DAKWAH MALAM JUMAAT

 



Dalam sebuah majlis, Khalifah Umar bin Khattab RA pernah berkata, 


”Sesungguhnya, yang paling mengkhuatirkan dari umat ini adalah para munafik yang berilmu."


Para sahabat lalu bertanya, "Bagaimana mungkin orang munafik tapi dia alim?"


Khalifah Umar RA menjawab,

”Mereka alim dalam lisannya tapi tidak dalam hati dan amaliahnya."


Ulama (orang yang alim) tetapi ucapan lisannya jauh dari kebaikan, akhlaknya jauh dari ilmu yang dimilikinya. 


Rasulullah SAW berkata, bahawa kelak di akhir zaman ini dan menjadi petanda kiamat adalah ramainya muncul ulama-ulama yang jahat (ulama Suu’).


Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, 


”Kebinasaan bagi umat ku (datang) dari ulama suu’. Mereka menjadikan ilmu sebagai barang dagangan yang mereka jual kepada para penguasa di masa mereka untuk mendapatkan keuntungan bagi diri mereka sendiri. Allah tidak akan memberikan keuntungan dalam perniagaan mereka itu."

(Hadith Riwayat al-Hakim).


Wallahua'lam...



BOLEH PULAK NO- ISHHH BUKA JA MULUT BOHONG. KEPALA BAPAK HANG- KEPALA BAPAK BUKAN MAKI TUAN TUAN- TU PUJIAN.








 

[LANGSUNG] Sidang Media Pasca Peluncuran Pangkalan Data Utama (PADU) | 4...

[gempak] SEORANG LAGI BAKAL SOKONG! PN MAKIN TERDESAK & TENGGELAM!

Lelaki jual data milik agensi kerajaan di 'darkweb' diberkas


SINAR HARIAN


EMPAT INDIVIDU DISIASAT SPRM BERKAIT KES TUN DAIM

 

SPRM merekodkan kenyataan daripada empat individu dalam siasatannya terhadap bekas menteri kewangan Daim Zainuddin.

Peguam Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Sohanpal, yang mewakili empat individu terbabit, mengesahkan dalam satu kenyataan media bersama bahawa SPRM memanggil mereka ke ibu pejabat agensi itu di Putrajaya awal hari ini.

“Keempat-empat individu itu telah dipanggil untuk keterangan mereka direkodkan mengikut seksyen 30 Akta SPRM 2009.

“Keempat-empat mereka sangat bekerjasama dan segera hadir ke ibu pejabat SPRM untuk direkodkan kenyataan mereka walaupun diberi notis kurang daripada 24 jam untuk berbuat demikian,” kata kedua-dua peguam itu.

Bagaimanapun, kedua-dua peguam itu membidas SPRM sebagai “penindasan menyalahi undang-undang dan angkuh”.

Kedua-duanya memetik insiden pegawai SPRM didakwa melarang mereka menemani anak guam mereka ketika disoal, sekali gus menghalang mereka daripada mewakili dan menasihati anak guam mereka.

Apabila ditanya pihak yang mengarahkan peguam beredar, pegawai SPRM mendakwa ia “arahan datang daripada pihak atasan”.

Kedua-dua peguam itu mengingatkan SPRM tentang hak untuk mendapatkan perwakilan undang-undang apabila disiasat oleh badan penguatkuasaan adalah asas kepada sistem keadilan jenayah Malaysia.

Malaysiakini telah menghubungi Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki untuk mendapatkan maklum balas berhubung perkara itu.

Pada 21 Dis tahun lepas, SPRM menyita Menara Ilham, sebuah bangunan bernilai komersial tinggi yang terletak di Kuala Lumpur.

Bangunan itu dimiliki oleh keluarga Daim, yang juga sekutu rapat bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/692147




Hampir 500,000 daftar PADU, sentiasa pantau keselamatan sistem


 

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli memberitahu setakat pagi ini seramai 456,136 orang pengguna telah mendaftar ke dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan kelmarin.



Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 230,443 orang telah membuat proses Kenali Pelanggan Elektronik (e-KYC) dengan sebanyak 61 peratus berjaya membuat pengesahan.



"Proses e-KYC boleh dilaksanakan sepenuhnya dalam tempoh kurang 5 minit. Secara umumnya, individu yang memakai cermin mata tidak menyebabkan masalah untuk melaksanakan e-KYC.



"Pengguna perlu mengemas kini sistem pengoperasian telefon bimbit masing-masing dengan versi terkini, mengosongkan cache serta memastikan pelayar (browser) tidak berada dalam tetapan private," ujarnya dalam ciapan di aplikasi X hari ini.



Rafizi berkata sekiranya pengguna masih menghadapi masalah berkaitan e-KYC, mereka boleh hadir ke kaunter PADU yang terdekat.



Katanya senarai lokasi kaunter PADU di seluruh negara boleh didapati di pautan padu.gov.my/hubungi/lokasi dan klik ‘Senarai kaunter’.



Jelas beliau mekanisme kawalan maklumat yang dibangunkan dalam sistem PADU memerlukan individu membuat perakuan dan pengesahan maklumat yang telah dikemas kini setelah menjalani proses pengesahan identiti melalui e-KYC.



"Setiap maklumat yang telah diperakukan tidak boleh dipinda oleh individu kecuali dengan membuat pelaporan aduan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) bagi membolehkan tindakan dilaksanakan oleh pentadbir PADU.



Mengenai masalah kemaskini jenis pendapatan kata beliau, pengguna perlu mengemaskini maklumat pekerjaan dan seterusnya boleh mengemaskini variabel pendapatan.



"Bagi kategori penganggur, pengguna boleh mengemaskini bantuan atau sumbangan serta memasukkan amaun bantuan atau sumbangan yang diterima sama ada daripada agensi kerajaan atau ahli keluarga bagi menampung kehidupan," ujarnya.



Rafizi berkata, berkaitan aduan kelemahan pengendalian pengaturan aplikasi rangkaian (API) membabitkan kata laluan yang menyebabkan risiko keselamatan, pasukan pembangunan sistem telah berjaya melaksanakan pembaikan, peningkatan dan pengukuhan dalam tempoh satu jam.



Insiden ini telah diselesaikan pada pukul 9.15 malam kelmarin, katanya.



"Kami melihat isu keselamatan siber sebagai isu yang serius dan akan sentiasa memantau dan menguji sistem kami untuk memastikan tiada kecacatan atau kelemahan pada sistem," katanya.



Dalam pada itu katanya, bagi pengguna yang mendaftar PADU menggunakan komputer/komputer riba, apabila sampai ke peringkat e-KYC, pengguna akan diberi satu QR code.



"Pengguna perlu scan QR ini menggunakan telefon pintar untuk proses mengambil gambar kad pengenalan (depan dan belakang) serta gambar swafoto.



"Ketika ini terdapat pengguna yang menghadapi masalah ketika melakukan proses tersebut dan mendapat ‘error code 100’.



"Pengguna perlu mengemas kini sistem pengoperasian telefon bimbit masing-masing dengan versi terkini, mengosongkan cache serta memastikan pelayar (browser) tidak berada dalam tetapan private," jelasnya.

 

Propaganda jatuh kerajaan: AMK Pulau Pinang gesa tindakan undang-undang


 Oleh: Abdullah Zaid


Propaganda yang dimainkan oleh penyokong pembangkang kononnya Kerajaan Perpaduan bakal tumbang beberapa kali sejak setahun lalu tidak boleh dibiarkan berterusan.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Muhammad Fadzli Roslan berkata, tiba masanya kerajaan mengambil tindakan terhadap propaganda yang mengelirukan dan meresahkan rakyat itu.


Jelas Fadzli, penguatkuasaan undang-undang ke atas unsur unsur menggugat keamaman dilihat releven memandangkan Kerajaan Perpaduan yang dibentuk ketika ini adalah saranan Yang di-Pertuan Agong dan telah pun melepasi Undi Percaya di Parlimen.


"Saya kira tindakan undang-undang perlu dikenakan sekiranya ada bukti dan asas kukuh kerana Kerajaan Perpaduan ini ditubuhkan atas saranan Yang di-Pertuan Agong.


"Oleh itu, mana-mana individu yang cuba melanggar titah ketua negara boleh dikenakan undang-undang," katanya.


Selain itu, menurut beliau, sekiranya blok pembangkang masih lagi berterusan dengan usaha mahu menumbangkan kerajaan, ia dibimbangi akan menjejaskan ekonomi negara dan menjauhkan pelabur daripada menanam modal.


"Saya lihat mereka provokasi dan propaganda yang dibawa pembangkang ini akan memberi kesan kepada ekonomi dan keyakinan pelabur luar untuk melabur di Malaysia sekiranya isu peralihan kerajaan masih lagi berlaku.


"Justeru, saya seru kepada pembangkang untuk jalankan fungsi mereka sebagai semak dan imbang kepada negara dan bukan hanya bermain politik semata-mata," ujarnya lagi.


Terbaharu, laskar siber pembangkang menularkan tarikh baharu bagi pertukaran kerajaan, iaitu pada bulan Februari 2024 selepas tarikh hujung Disember 2023 gagal.


Tarikh baharu ini adalah yang ke-6 selepas 5 tarikh diberikan sebelumnya sepanjang 2023 tidak menjadi kenyataan.