Graffiti Anwar dalam klip video kumpulan Exist ‘Pasti Kau Ingin’
Graffiti Anwar dalam klip video kumpulan Exist ‘Pasti Kau Ingin’
Sidiqin Omar
KUALA
LUMPUR 2 APRIL: Lagu ‘Pasti Kau Ingin” dendangan kumpulan Exist ciptaan
Jay D dan lirik Musrad atau nama sebenarnya Musa Radhi yang memaparkan
graffiti Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini boleh
ditonton melalui Youtube.
Dalam masa kurang 12 jam dimuat naik ,
video yang mula dilancarkan pada 1 April 2013 kini dilayari dan
dikongsi semula di facebook oleh lebih 12,000 penonton Youtube dan
jumlahnya terus meningkat.
Video
berdurasi 4 minit 6 saat disusun melalui satu naratif dengan empat plot
terpisah memaparkan kugiran di dalam studio, remaja perempuan yang
bertengkar dengan gurunya di dalam kelas dan lelaki muda di pejabat yang
kelihatan tertekan.
Difahamkan,
video klip itu adalah arahan Johan, pengendali laman facebook
‘Malaysian Gags’ dan diterbitkan Eddie Putra, penyelaras informasi
pejabat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Di
babak akhir video menunjukkan seorang anak muda di jalanan menyembur
spray ke dinding menggunakan kaedah ‘stensil’ dengan paparan imej Anwar
Ibrahim dan perkataan ‘We Want, We Need’ (Kami Mahu, Kami Perlu)
Meskipun
sekadar bermodalkan RM3,000 sahaja, namun video berkenaan berjaya
dihasilkan dengan kualiti definisi tinggi (HD), selain memiliki nilai
kreativiti menarik.
Siaran langsung Merdeka Rakyat ke Kampung Datuk Sulaiman Menteri
JOHOR BAHARU 2 APRIL: Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung Jelajah Merdeka Rakyat di Jalan Kemboja, Kampung Datuk Sulaiman Menteri di sini, malam ini melalui internet.Antara yang dijadual berucap ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein, Lim Kit Siang, Sallehuddin Ayub, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, R Sivarasa dan lain-lain.
Untuk tonton, KLIK INI.
Zul Kulum Raja Penipu, kantoi lagi... (LM)
Zul Kulum
mendakwa kata-kata penghinaannya terhadap agama Hindu, khususnya Patung
Murugan di Batu Caves dibuatnya sepuluh tahun lalu ketika bersama PAS
sedangkan Patung Murugan hanya dibina sekitar tahun 2006, kira-kira enam
tahun yang lalu...
Bacaan seterusnya: Zul Kulum Raja Penipu, kantoi lagi...
Subscribe to:
Posts (Atom)