PM 8 ATAU PM 10 YANG SEBENARNYA MENYELESAIKAN HUTANG PENEROKA FELDA? JO...

Rafizi Ramli & Nurul Izzah: Ceramah Jelajah Madani PKR Di Dun Gurun Kedah

KIT SIANG AKAN SAMAN HJ ANNUAR MUSA


 

JENTERA BN/PH DI KEDAH - SANUSI JANGAN ANGKUH- SILAP SILAP KEDAH PUN JADI KERAJAAN MADANI


 

KEJAYAAN KDNK TERENGGANU KERANA PELABURAN LUAR YANG DIBAWA KERAJAAN MADANI. KENAIKAN ADALAH TRASH HOLE KERAJAAN NEGERI TAK ADA APA JUGA.


 

KALAU TERBUKTI GUAN ENG PUN MAIN ISU 3R, KERAJAAN MESTI BERANI AMBIL TINDAKAN

 


Apabila kerajaan mengeluarkan arahan atau peringatan agar isu berkaitkan 3R (Raja, Agama dan Kaum) tidak dimainkan, terutama menjelang PRN akan datang, ia sebenarnya bukan saja ditujukan kepada parti atau pemimpin blok pembangkang semata-mata.

Secara umum dan mudah difahami, arahan berkaitan larangan isu 3R itu adalah bersifat menyeluruh dan tidak memilih bulu.

Semua parti, pemimpin atau sesiapa saja tidak terkecuali daripadanya kewajipan mematuhinya.

Jika tidak, arahan atau peringatan seperti itu tidak bermakna sama sekali.

Namun demikian, terlebih penting lagi sebenarnya, parti dalam kerajaan perpaduan sendiri haruslah lebih dahulu mematuhi arahan tersebut.

Kiranya pihak pembangkang dianggap bersalah kerana melanggar arahan yang dikeluarkan kerajaan, pemimpin yang berada dalam kerajaan atau partinya sebahagian daripada kerajaan lebih bersalah lagi jika berbuat demikian.

Ini kerana, sebagai parti atau sebahagian daripada kerajaan, menunjukkan teladan dan mematuhi arahan yang dikeluarkan kerajaan sendiri adalah lambang intergriti serta kewibawaan.

Sebab itu, semua kita, tentu terkejut dengan laporan berhubung kenyataan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang memberi amaran kepada pengundi Pulau Pinang untuk menyekat “gelombang hijau” daripada bertapak di negeri itu, sambil mendakwa ia akan mengakibatkan tokong Buddha dimusnahkan dan orang bukan Islam berdepan pelbagai sekatan.

Portal Malaysia Now yang memetik laporan daripada Chine Press yang menyebut bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai berkata, jika “gelombang hijau tidak senang dengan tokong yang mereka lihat, mereka akan memusnahkannya”.

“Tetapi selagi Pulau Pinang masih kekal sama, rakyat masih boleh bersembahyang kepada dewa dan Buddha,” kata Lim ketika menghadiri sebuah acara keagamaan sempena Jelajah Raja Naga Putih Tian Fu Gong di Jelutong semalam.

Laporannya di sini – https://www.malaysianow.com/my/news/2023/07/08/guan-eng-dakwa-gelombang-hijau-bakal-musnahkan-tokong-nafi-hak-agama-di-pulau-pinang

Dalam hal ini, kita tentu terkejut dan hairan, jika benar, bagaimanakah kenyataan seperti yang dilaporkan itu boleh dikeluarkan oleh pemimpin DAP yang merupakan sebahagian daripada kerajaan?

Dan sebagai membuktikan keseriusan serta ketegasan mengota apa yang dikata, pihak berkuasa dalam hal ini hendaklah segera menyiasat Lim Guan Eng untuk mengetahui sama ada beliau benar-benar berucap sebagaimana dilaporkan media itu atau sebaliknya.

Kalau sahih, kerajaan mesti berani dan tidak takut mengambil sesuatu tindakan yang munasabah.

Ini sebagai pengajaran dan untuk menunjukkan betapa kerajaan benar-benar serius menjaga keharmonian dan perpaduan kaum serta agama di negara.

Penduduk pebagai kaum dan agama secara umumnya tiada masalah untuk hidup harmoni di negara ini, tetapi ia seringkali dirosakkan oleh lidah-lidah ahli politik yang terdesak untuk memperolehi undi.

Mereka inilah yang sering memecahbelahkan perpaduan dan menghasut rakyat menggunakan sentimen kaum dan agama semata-mata untuk memperolehi undi.

Maka itu, kerajaan tidak boleh bertolak ansur lagi tanpa mengira siapa.

Pembangkang, pemimpin kerajaan, bekas Perdana Menteri, negarawan, agamawan atau siapa saja, jika terbukti memainkan isu 3R, tindakan tegas hendaklah diambil tanpa pengecualian.

Jika kes berkaitan Lim Guan Eng ini boleh dijadikan duluan dalam menunjukkan ketegasan kerajaan, maka jika ada kes-kes 3R yang lain berlaku lagi selepas ini, tidak kira siapa yang memainkannya, lebih mudah lagi untuk kerajaan bertindak menanganinya. – ShahbudinHusin 08/07/2023.






KALAU DAH BERSIH KENAPA TAKUT UNTUK BERBAHAS




 

TUGAS MEMANTAU IMIGRESEN KASTAM DAN IMIGRESYEN BUKAN KERJA PM


 

PAS TIDAK BAWA KEFAHAMAN ISLAM YANG BETUL


 

PENGKHIANAT GILA TALAK


 

JOM TONTON SANTAI. DI PENANG BIASA....MELAYU CAKAP CINA...INDIA CAKAP CINA...


 

JOM TONTON SANTAI SAT. NI NAK HABAQ KE HANGPA. SEMPOI PUNYA MENU.KOT TERINGIN.


 

KAH KAH KAH....LEBAI NAK PEMBOHONG KERAJAAN. MINTA 8 BILLION UNTUK 1 LOJI RAWATAN AIR


 

ANAK MUDA..PERLU MEMBACA..LIHAT DAN DENGAR PERKARA YANG BETUL..


 

KEH..KEH.KEH....

 

KUNUN MB Selangor bangga rakyat Selangor naik bas free tiap2 hari. Kelantan maju sejak 2018 lagi rakyat naik bas elektrik.





(LIVE) Anwar Ibrahim: Temu Anwar Kedah Di Universiti Utara Malaysia

PADU & GERUN!! - PMX TEKAT TENDANG KELAUT PENGKIANAT | PH BN ANWAR IBRAH...


Pelancaran Majlis JELAJAH PERPADUAN MADADNI DAN PELANCARAN JENTERA PERPADUAN SELANGOR pada 7 Julai 2023 (Jumaat) di Laman Niaga, Bandar Baru Bangi. Bakal menjadi mimpi ngeri kepada Perikatan Nasional untuk menawan Selangor pada PRN nanti. Ikuti ucapan padu Anwar Ibrahim yang mensasarkan pengkhianat yang telah menumbangkan kerajaan PH 2018 lalu.

7.7.23 Kisah bagaimana anwar selamatkan Felda. Lim kit siang bak...



Kisah bagaimana anwar selamatkan Felda. #PASGagal mentadbir negeri mereka sendiri. 1 billion pun tak mampu selesaikan. PEmbangkang gagal jadi pembangkang yang baik. Hanya tahu sebar fitnah. Lim kit siang bakal saman Annuar Musa

Azmin patut malu lepas kalah di Gombak - Amirudin

 




Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Azmin Ali digesa untuk lebih sedar diri dan merasa malu atas kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata begitu sebagai mengulas hasrat Azmin untuk merampas negeri itu dari pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan Ogos ini.


Berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan Selangor di Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi malam tadi, Amirudin turut menyifatkan Azmin sebagai seorang yang tidak pernah 'bertaubat' meskipun kalah dengan sejumlah majoriti yang besar.


"Pembangkang hari ini berhasrat untuk merampas Selangor kerana mereka tahu negeri ini maju dan membangun.


"Yang berkata sedemikian adalah bekas Menteri Besar (Azmin) yang tidak sedar diri dan tidak pernah bertaubat walaupun kalah dengan majoriti 12,000 undi," katanya.


Sementara itu, Amirudin beranggapan PN merasakan sangat penting untuk mereka merampas Selangor yang maju dan membangun dari sudut ekonomi itu bagi menamatkan rekod prestasi cemerlang ditunjukkan PH.

"Selangor sebelum ini menyumbang kepada 23 hingga 24 peratus ekonomi negara dan terbaru, 25.5 peratus atau satu perempat ekonomi negara berada di Selangor.

"Mereka cuba membuat pelbagai serangan untuk menutup mata dan membisukan kita daripada pencapaian yang sudah kita peroleh sejak 15 tahun lalu.


"Pemuda Pas kata kita perlu ikut Pas dalam mentadbir Kelantan, yang memberikan bas percuma untuk membawa balik pengundi, tetapi bas percuma ini sudah ada sejak 10 tahun di Selangor," katanya.


Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan malam tadi disempurnakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dihadiri Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi UMNO Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin serta pimpinan dari kedua-dua gabungan.


Ribuan penyokong dan jentera dari kedua-dua gabungan membanjiri khemah sepanjang majlis berlangsung dengan bendera PH dan BN dikibarkan.


Selain mendengar ceramah penerangan, penyokong turut menyaksikan penyerahan bendera PH dan BN kepada pimpinan sebagai simbolik pelancaran itu.

DAP cabar negeri Pas keluar kad laporan prestasi


 Pas dicabar berkongsi kad laporan prestasi pentadbiran mereka sepanjang menerajui tiga negeri dan tidak hanya mendabik dada di atas pembangunan dan kebajikan yang tidak seberapa.


Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming menegaskan negeri yang sebelum ini diterajui Pakatan Harapan (PH) iaitu Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang sudah mengeluarkan kad laporan susulan pembubaran DUN masing-masing.


Justeru negeri ditadbir Pas tegasnya wajar mendedahkan kad laporan mereka supaya dapat dinilai oleh rakyat.


"Hari ini saya minta negeri ditadbir oleh parti ini (PN), tolong tunjukkan kad prestasi, apakah pencapaian kamu? 32 tahun pimpin pun bekalan air bersih masih tak dapat selesai," katanya dipetik.


Beliau turut mengambil contoh pentadbiran Selangor, selain pembangunan kerajaan ditadbir PH menyediakan pelbagai insentif dan bantuan untuk kebajikan rakyatnya.


"Bayi baru lahir pun dapat (insentif), meninggal (dunia) pun dapat (insentif), air percuma, biasiswa, membeli belah semasa perayaan, bas percuma, internet percuma, semua Selangor bagi.


"Apa Kelantan, Kedah bagi?," soalnya pada sidang media khas mengenai Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan (GPP) Bandar Diraja di Putrajaya pada Jumaat.


Dalam sidang media sama Nga yang juga Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, menolak dakwaan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Amar Nik Abdullah yang berkata negeri itu bukan “tidak maju” seperti didakwa pengkritik kerana ia sudah mempunyai Aeon Mall di sana.


"Ada pula seorang pemimpin yang kononnya bakal Menteri Besar, dan dia kata Kelantan ada pembangunan. Buktinya ada pusat beli belah di Kota Bharu.


"Pusat beli belah ini dibina kerajaan atau syarikat? Bagi saya ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima," katanya.