KENAPA BEGINI?



Apabila Hitler membunuh orang Yahudi, seluruh dunia bangkit menentang. Lahirlah istilah anti-semitism. 


Tetapi bila Donald Trump, yang mengaku memberi senjata kepada Israel, yang diguna untuk membunuh lebih 70,000 rakyat Palestin termasuk puluhan ribu kanak-kanak, dia disanjung.


Yang paling pelik, yang memuji itu bukan orang Barat. Yang memuji Trump itu negara Islam. Yang bersorak itu bangsa Arab.


Hitler dibenci Eropah kerana membunuh Yahudi. Trump disanjung Arab walaupun membunuh Palestin.


Trump takut ke Eropah kerana rakyat di sana sudah muak dengan kekejaman. Tapi dia selesa ke dunia Arab, kerana tiada siapa berani bersuara.


Itulah dunia hari ini.

Yang membunuh disanjung.

Yang dizalimi dilupakan.

Umat Islam, bangkitlah dari lena.


MOHAMAD SABU

Presiden Parti Amanah Negara

Selasa, 21 Oktober 2025




MENGIMBANGI KUASA BARAT DAN TIMUR DI MESYUARAT ASEAN.

 

Ayman Rashdan Wong




Trump sahkan dia akan mai Malaysia pada 26 Oktober, sebelum pergi Jepun 27 Oktober dan Korea 29 Oktober.


Kalau tak cancel last minit, Trump akan jadi presiden Amerika ke-3 yang jejak kaki ke Malaysia selepas Lyndon Johnson (1966) dan Barack Obama (2014 dan 2015).


Agak luar biasa sebenarnya presiden Amerika cuma pernah lawat Malaysia 3 kali. Sikit sangat kalau banding dengan Filipina (10 kali), Indonesia (9 kali), Vietnam (9 kali), Thailand (7 kali) dan Singapura (5 kali).


Padahal Amerika dah iktiraf Malaya/Malaysia sejak 31 Ogos 1957 lagi.


Lawatan Trump kali ni pun berbeza dengan lawatan Johnson atau Obama. Diorang datang untuk tujuan lawatan negara (state visit), menghadap Agong, dan diberi istiadat penuh sebagai tetamu kehormatan negara.


Johnson siap lawat FELDA Labu Jaya, dan kampung tu dinamakan LBJ sempena nama singkatan dia (Lyndon Baines Johnson).


Obama pula datang sekali sebagai tetamu negara (2014), siap berucap kat Universiti Malaya. Sekali lagi dia datang sebagai tetamu ASEAN (2015), masa Malaysia jadi tuan rumah ASEAN.


Dan Trump kali ni datang sebagai tetamu ASEAN.


Sejak zaman Obama, tuan rumah ASEAN memang akan jemput Amerika ke sidang kemuncak ASEAN.


Apa kena-mengena Amerika yang jauh gila tu nak datang ASEAN?


Sebab boleh.


Pada tahun 2009, Amerika bawah Obama buat satu langkah luar biasa: menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama ASEAN, atau TAC (Treaty of Amity and Cooperation).


Perjanjian ni penting sebab siapa-siapa yang nak join mesyuarat diterajui ASEAN macam Sidang Kemuncak Asia Timur (East Asia Summit, EAS), kena sign perjanjian ni dulu sebagai tanda dia mahu diikat dengan "cara ASEAN" (ASEAN Way).


Lebih kurang macam "masuk kandang kambing mengembek". Lepas sign TAC ni tak boleh langsi lagi. Kau join ASEAN sebagai rakan dialog yang duduk sama tinggi, diri sama rendah dengan rakan-rakan ASEAN lain.


China sign TAC pada 2003, kemudian join Sidang Kemuncak Asia Timur bersama-sama Jepun, Korea, India, Australia dan New Zealand.


Sebelum 2009, Amerika tak ambil port pun pasal ASEAN ni.


Orang Amerika ni, jangan kata ASEAN, NATO tu ada negara apa pun majoriti diorang tak tahu.


Menteri Pertahanan (atau acah-acah Menteri Perang) Amerika sekarang, Pete Hegseth, kantoi tak kenal ASEAN tu apa. Tu level menteri tau.


Tapi Obama lain. Dia ni empat tahun duduk Jakarta. Cara dia lihat dunia pun lain.


Zaman Bush (2001–2009), dia sibuk perang kat Timur Tengah. Tapi bila Obama naik je, dia terus "Pivot to Asia".


Maksudnya, Amerika mengalih arah (pivot) strategiknya dari Timur Tengah ke Asia. 60% tumpuan diplomasi dan ketenteraan Amerika akan diberi kepada Asia.


Sebab kebangkitan China. Amerika tak boleh duduk diam biar China kuasai ASEAN.


Negara ASEAN pun mengalu-alukan kedatangan Amerika. Bukan sebab semua nak jadi barua Ziyonis, tapi sebab hanya Amerika yang mampu jadi pengimbang kepada China.


Adakah ASEAN benci China? Bukan.


China penting sebagai rakan ekonomi. Kita rilek je minum Chagee, Mixue, Luckin semua tu.


Tapi hukum kuasa: kalau satu kuasa besar tak ada pesaing, dia akan jadi "hegemon" yang dominasi satu rantau dan paksakan kehendak dia.


Dan benda ni boleh nampak dalam isu Laut China Selatan.


Sebelum 2010-an, China agak berhemah dalam isu Laut China Selatan. Dia tuntut, tapi dia bincang.


Tapi lepas 2010-an, dia makin langsi. Main langgar je sempadan yang dituntut negara ASEAN: Vietnam, Filipina, dan juga Malaysia.


Sebab China tahu negara ASEAN ni bergantung kepadanya dari segi ekonomi. Kalau dia "buli" pun, negara ni tak berani berbunyi atau putuskan hubungan.


Dan dia lebih kuat di rantau ni. Negara-negara dekat macam Jepun dan Australia pun bukan lawan China.


Jadi negara ASEAN pun memandang ke Amerika sebagai pengimbang China.


Bila China buat samseng di Laut China Selatan, Amerika akan berbunyi, kadang-kala beraksi dengan hantar kapal dia untuk show power.


Semua ni hanya berlaku bila Amerika lihat ASEAN tu penting dan beri komitmen kepadanya. Dan TAC menjadi simbol komitmen Amerika terhadap ASEAN.


Dua tahun selepas tandatangan TAC, Amerika join Sidang Kemuncak Asia Timur ASEAN buat pertama kali pada tahun 2011.


Lepas 2011, hampir setiap tahun Obama tak pernah miss ASEAN.


Lepas Obama, Trump pun join Sidang Kemuncak ASEAN tahun 2017. Tapi lepas tu dia dah malas. 2018, 2019 dan 2020 tak join.


Biden tak join 2021 sebab negara masih serabut dengan COVID. Pastu dia join 2022. Tahun 2023 dan 2024 pulak tak join, mungkin sebab tak larat.


Jadi di pihak pemimpin ASEAN, sebenarnya agak gelisah. Nampak macam Amerika kembali ke jalan lama, makin tak ambil berat pasal ASEAN.


Dan kalau benda ni berterusan, akan wujud "kekosongan kuasa" (power vacuum) yang boleh diambil kesempatan oleh China.


Lebih-lebih lagi dengan kembalinya Trump, pemimpin ASEAN risau dia hanya pentingkan Amerika, dah tak nak fikir pasal masa depan ASEAN.


Dasar perang dagang Trump pun dah buat negara ASEAN makin bergantung kepada China. Kalau dari segi diplomasi pun Amerika makin berjauhan, memang ASEAN ni boleh jadi blok China sudah.


Jadi kedatangan Trump ke ASEAN sebenarnya sangat penting: sebagai jaminan komitmen berterusan Amerika terhadap ASEAN.


Dan sebagai tuan rumah ASEAN, tak ada sebab Malaysia nak membelakangi kehendak dan kepentingan ASEAN secara keseluruhan.


Benar, Trump sebagai pemudah cara kezaliman Isiel memang sangat tak dialu-alukan, dan tak cocok dengan pendirian Malaysia yang membela keadilan Falisteen.


Tapi tanpa kehadiran Trump, ASEAN 2025 sebenarnya kurang seri, malah mungkin akan diingati sebagai titik permulaan ASEAN kehilangan relevannya.


Itulah dilema antara prinsip dan pragmatisme yang selalu dihadapi pemimpin dalam soal hubungan antarabangsa.


Dan kepentingan negara pun ada banyak dimensi. Kadang kau kena kutuk Amerika. Kadang kau kena berbaik dengan Amerika. 


Bukan hipokrit. Tapi itulah hakikat politik antarabangsa.


Dan sebenarnya bukan Trump je yang dijemput. Xi (China), Putin (Rusia) pun dijemput. Manakala Modi (India), Lula (Brazil) dan Ramaphosa (Afrika Selatan) pula confirm datang.


So nampak, sebenarnya agenda ASEAN kali ni ialah untuk menghimpunkan Amerika dan BRICS sama-sama, untuk tonjolkan ASEAN sebagai penghubung antara blok di era multipolar.


Cuma Xi tak datang, dah penat kot nak kena datang banyak kali. Putin pulak tak confirm, tapi nampak gaya macam tak nak datang.


Sayang sebenarnya. Kalau tak ASEAN 2025 pasti mencipta sejarah luar biasa.


Sekarang Trump dapat semua spot light. Dan ASEAN pun terpaksa bagi dia spot light demi kepentingan lebih besar.


Jadi kesimpulannya, nak faham hubungan antarabangsa ni kena faham dulu gambaran besar (big picture) politik dunia.


Macam mana nak faham gambaran besar politik dunia?


Dapatkan dan baca buku ADIKUASA. Boleh dapatkan kat kedai buku, atau klik link kat komen. (tulis panjang-panjang ni nak promo buku je sebenarnya)






ANUAR MUSA NI SEJARAH POLITIK TAK LA BERSIH MANA ...KENAPA SEHINGGA KINI SPRM TAK SIASAT DIA NI.?


 

KATANYA KONTENT SARKARSTIK...PAHAM KAH BUDAK BUDAK WALAUN YANG TAK CERDIK SESIA ADA...BAGI YANG DEWASA MELIHAT DIA NI MENGANJING .


 

BUKAN HANYA CARCOSA TETAPI BANYAK BANGGUNAN SEJARAH LAIN YANG PERLU DICANYIKKAN.



 

Bersekutu Bersatu pula bergolak: RM100,000 cukup untuk hentikan tindakan Lembaga Disiplin?


Ketua Bersekutu Bersatu Bangi K Vasantha Kumar mempersoal sumbangan tunai RM100,000 oleh naib ketua Bersekutu Bersatu R. Sri Sanjeevan kepada bendahari parti Datuk Seri Rina Harun di hadapan presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yassin dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi pada pertengahan tahun ini.


“Sri Sanjeevan kini berhadapan dengan kritikan dari pelbagai pihak termasuk pimpinan tertinggi atas tindakan tidak menghormati perjalanan Persidangan Mesyuarat Agung Bersekutu Bersatu pada 6hb September 2025.

“Beberapa aduan telah diajukan kepada Lembaga Disiplin atas pemulauan Mesyuarat Agung Bersekutu Besatu kepada Lembaga Disiplin tetapi sehingga hari ini tiada sebarang tindakan diambil ke atas dua pemimpin utama Bersekutu, Sri Sanjeevan dan Datuk Goh Gaik Meng.



Goh ialah Ketua Bersekutu Bersatu Selangor.

Goh dan Sanjeevan telah bertindak keluar dewan bersama penyokong mereka ketika ucapan disampaikan oleh Ketua Bersekutu Bersatu Chong Fatt Full.

Dua laporan telah dibuat terhadap Goh dan Sanjeevan oleh anggota pimpinan Bersekutu Bersatu namun tiada tindakan diambil oleh Lembaga Disiplin Bersatu.



 “Ramai ahli akar umbi Bersekutu mula menyoal kredibiliti Lembaga Disiplin parti. Adakah Sri Sanjeevan mendapat Imuniti Istimewa kerana memberi sumbagan tunai RM100,000?

“Adakah sumbangan tunai dimasuk dalam akaun dan diaudit?


“Kepercayaan dan integriti parti menjadi pertikaian di kalangan ahli manakala pihak lawan dari parti lain pula memandang Bersatu bukan untuk semua,” soal Vasantha Kumar dalam satu kenyataan.

“Jika sumbangan RM100,000 tunai adalah cukup untuk menutup segala kesalahan tata tertib dan kekal dengan imuniti dalam parti maka tindakan disiplin ke atas 6 pimpinan juga menggunakan kaedah yang sama untuk kembali kepada parti,” katanya lagi.


Beliau merujuk kepada penggantungan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan pemecatan Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan bersama beberapa ketua bahagian.

Sanjeevan ketika dihubungi berkata bahawa tuduhan tersebut patut ditanya kepada pimpinan parti.

“Dia kalah teruk dalam pemilihan parti. Kalau mahu tanya saya, bertandinglah dalam pemilihan parti akan datang.”





‘Kumpulan pro Hamzah dalam Bersatu mungkin pindah ke Pas’


 K PRAGALATH

Kumpulan penyokong Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin tidak menolak kemungkinan untuk menyertai Pas sebagai satu pilihan sekiranya kepincangan kepimpinan Bersatu tidak selesai, dedah Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal

“Boleh (sertai PAS). ‘Unequivocal’ dengan cadangan tersebut, maksudnya ia sebagai ‘option’,” katanya dalam episod The Zaid Ibrahim Podcast.

Beliau yang sebelum ini juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi berpendirian bahawa ahli Bersatu perlu melakukan pembetulan semula secara kolektif.


Beliau turut mendakwa penggantungannya adalah kerana kritikan terbukanya terhadap pemilihan parti yang ‘terlalu kotor’ dan banyak ‘silap mata’.

“Saya digantung sebab saya bantah perjalanan pemilihan. Saya menegur secara beradab beberapa perkara di media (sosial) dengan mengajukan soalan, apabila dibuat satu (program) jelajah Bersatu, tak jemput timbalan presiden … yang pergi setiausaha agung dan naib-naib presiden.

“Tidak ada pemakluman dalam mesyuarat MPT tentang program parti yang bersifat nasional,” katanya.


Wan Ahmad Fayshal turut mendakwa bahawa usul menamakan presiden parti Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai calon perdana Menteri tidak dipersetujui oleh majoriti ketua bahagian.

“Dalam keadaan Bersatu paling lemah … Bersatu amat bergantung ihsan PAS di kawasan masing-masing. Jadi kita perlu menghormati dan memahami sensitiviti PAS,” katanya.




Penyeludupan: Kerajaan Pusat Lulus RM1.5 Bilion Bina Tembok Sempadan

 


Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata perkara itu dimaklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini.

KOTA BHARU, 21 Okt – Kerajaan Pusat sudah meluluskan peruntukan RM1.5 bilion bagi pembinaan tembok sempadan di Kelantan-Thailand.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata perkara itu dimaklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini.

“Peruntukan sudah lulus untuk membina tembok dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar sudah melakukan lawatan di sempadan.

Aktiviti penyeludupan bukan sahaja salah di sisi undang-undang malah dilarang keras dalam ajaran agama tanpa kompromi atas apa alasan sekalipun.

“Bagi kawasan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (KESBAN) akan ditambah pagar.

“Manakala bagi kawasan terbuka akan dibina tembok dan projek berkenaan dijangka dilakukan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini

Media sebelum ini melaporkan, pembinaan tembok keselamatan di sepanjang Sungai Golok, Rantau Panjang di Pasir Mas kini bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan strategik untuk mengekang penyeludupan sekali gus mempertahankan kedaulatan negara di sempadan Kelantan-Thailand.

Pasukan keselamatan melakukan rondaan di sepanjang Sungai Golok bagi mengekang penyeludupan barangan bersubsidi yang sepatutnya menjadi hak mutlak rakyat Malaysia.

Mohd Yusoff sebelum ini dilaporkan berkata, hal ini kerana bentuk geografi Sungai Golok yang sempit dan airnya cetek menyebabkan kawalan keselamatan sukar dilaksanakan secara konvensional, meskipun dengan bantuan teknologi tinggi seperti kecerdasan buatan, dron atau kamera litar tertutup (CCTV).

– Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim





ABANG PIJON MENJAWAB KRITIK .HANG BODO KA KAMI TENGOK HANG BODO. KANTOI HANG KONA KOT LAIN......KPN AMBIL JA TINDAKAN PADA ANGGOTA NI.

Kenapa samakan bukan Melayu, bukan Islam Malaysia dengan Yahudi? Syahredzan selar Ahmad Marzuk


 

Syahredzan Johan (PH-Bangi) menyelar kenyataan Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) yang menyamakan masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam dengan Yahudi dan Israel.


“Apa yang disampaikan oleh pemimpin PAS ini adalah jelas; orang Melayu dan Islam di tanah air mereka sendiri akan mendapat nasib yang sama seperti rakyat Palestin jika kita lalai. Bezanya di sini, pelakunya adalah golongan bukan Melayu dan bukan Islam.


“Kita semua bersatu menentang kezaliman Israel dan tindakan rejim Zionis yang tidak berperikemanusiaan dan melanggar batas manusiawi. Tiada pertikaian mengenai perkara ini.


“Tetapi, tindakan Ahli Parlimen PAS ini yang mengaitkan rakyat Malaysia bukan Islam dan bukan Melayu dengan apa yang dilakukan oleh Israel ke atas Palestin adalah melampau dan tidak boleh diterima.

“PAS diingatkan sekai lagi bahawa orang bukan Melayu dan bukan Islam telah bersama-sama dengan orang Melayu dan Muslim untuk membina negara kita yang tercinta ini. Maka pemimpin Perikatan Nasional seperti Datuk Ahmad Marzuk tidak wajar dan tidak berhak mempersoalkan keikhlasan mereka demi politik sempit,” kata Syahredzan yang juga naib pengerusi DAP dalam satu kenyataan.

Marzuk mendakwa tanda-tanda perkara sama yang berlaku di Palestin sudah kelihatan di Malaysia.

“Bidang ekonomi kini semakin dikuasai oleh bukan Islam dan bukan bumiputera. Gedung-gedung besar, syarikat utama, dan tanah-tanah strategik sudah lama keluar dari genggaman umat Islam.

“Kini langkah mereka telah sampai ke Putrajaya, menggubal undang-undang, menulis akta, dan perlahan-lahan menata peta kuasa politik negara ini.”

“Sejarah Palestin sedang menulis babak baharunya di bumi Malaysia jika kita terus lena,” kata Marzuk dalam hantarannya kelmarin.







Pelabur Terima Positif Prospek Ekonomi Malaysia Pada 2026

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Menurut tinjauan pelabur yang dibuat oleh CIMB Treasury and Markets Research, membabitkan eksekutif kanan daripada institusi, korporat, dan pelanggan borong, menunjukkan sentimen yang secara umum positif terhadap prospek ekonomi Malaysia pada 2026.

“Sekitar 67.6 peratus responden optimis terhadap ekonomi dan persekitaran perniagaan, manakala 53.1 peratus percaya Belanjawan 2026 telah memperbaiki prospek mereka.

“Langkah kebajikan dan subsidi bersasar dilihat sebagai keutamaan dasar yang paling memberi impak (41.9 peratus), diikuti oleh perbelanjaan modal dan infrastruktur (38.7 peratus), yang boleh meningkatkan lagi sentimen, terutamanya apabila 54.8 peratus masih bersikap neutral terhadap pengembangan pelaburan domestik,” katanya.

Di bawah Belanjawan 2026, perbelanjaan awam dijangka mencecah RM470 bilion tahun depan, satu pendekatan sedikit mengembang tetapi berdisiplin, dengan kebergantungan lebih besar kepada pembiayaan GLIC dan kerjasama awam swasta (PPP) untuk infrastruktur.

Perbelanjaan mengurus kekal sebanyak 96 peratus telah diperuntukkan awal, sebahagian besarnya untuk gaji, pencen, dan pembayaran hutang, mendorong kepada perancangan peralihan ke model pencen berasaskan caruman.

Usaha mempelbagaikan hasil sedang berjalan memandangkan sumbangan PETRONAS berkurang daripada RM32 bilion pada 2025 kepada RM20 bilion pada 2026, dan diimbangi oleh peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang terkini, e-Invois, dan pelaksanaan berfasa cukai karbon menjelang akhir 2026.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Dari cukai, tiada rancangan untuk memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST 2.0) yang walaupun diiktiraf sebagai cekap, ia dianggap regresif kerana memberi kesan kepada pengguna akhir.

Cukai karbon dijangka dilaksanakan pada akhir 2026, pada peringkat awal meliputi sektor besi, keluli, dan tenaga.

Ketika membentangkan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mensasarkan ekonomi negara tumbuh sekitar 4.0 hingga 4.5 peratus tahun depan, sedikit menurun berbanding sasaran 4.8 peratus tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan sesi Libat Urus Belanjawan 2026 bersama pemain industri pelancongan dan pembuatan di Banda Hilir, Melaka pada 27 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Tambah pusat penyelidikan pasaran itu, berdasarkan maklumat yang dikongsikan itu, hasil awal menunjukkan perkembangan positif apabila kadar kemiskinan tegar menurun daripada 0.2 peratus pada 2022 kepada 0.09 peratus pada 2024, dengan hanya 8,000 isi rumah masih berada dalam kategori berkenaan, manakala kadar pengangguran berada pada 3.0 peratus, terendah sejak pandemik.

Kibar Bendera Isr*el: Kertas Siasatan Dirujuk Kepada Pendakwaan Negeri

 


Tindakan penganjur di Kelantan mengibarkan bendera rejim haram Zionis Israel dilarang kerana termasuk dalam perbuatan yang melampaui batas syarak apabila menzahirkan pengiktirafan terhadap kezaliman dan menyinggung sensitiviti umat Islam di seluruh dunia.

KOTA BHARU, 21 Okt – Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan kertas siasatan berhubung isu pengibaran bendera Israel di Sungai Kelantan sudah diserahkan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, seramai lapan orang diambil keterangan termasuk pencetak bendera dan penganjur himpunan menyokong Palestin bagi melengkapkan siasatan setelah isu berkenaan tular di media sosial baru-baru ini.

“Untuk kes kibar bendera Israel, kita merakam lapan keterangan meliputi pihak penganjur, pencetak bendera dan mereka yang melakonkan watak di program berkenaan.

Kebodohan penganjur amat ketara kerana memberi ‘penjelasan’ kononnya pengibaran bendera Israel hanya sebuah ‘lakonan’.

“Bendera itu dicetak sendiri oleh pihak mereka. Siasatan kes sudah selesai dan kita menunggu maklum balas daripada pihak PPN untuk tindakan selanjutnya.

“Saya mengingatkan semua pihak supaya sensitif dengan perkara tertentu. Walaupun niat mereka untuk lakonan dengan mengibarkan bendera Israel, namun ia tetap menjadi kesalahan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan beberapa pihak dari kalangan mufti dan pemimpin termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak berkuasa menyiasat insiden berkenaan selain kes tulisan Hebrew yang dikesan di Melaka.




SOKONG PAS HILANG DOSE | DR MAZA "BALUN" TUAN IBRAHIM

AKHIRNYA PAS TUNJUK MUKA SEBENAR TOLAK YIDDIN DAN MEMILIH HAMZAH!

NI LAGI LA..KALAU CAKAP KEMAIN LAGI. TAPI SEMBANG KOSONG

 


GANG MACAM HANG NI LA PEDUKANG OIIII YANG BUAT TAK PAHAM...SEMUA ORANG TAU LA...TUJUAN DIJEMPUT ADA LAH UNTUK ASEAN BERBINVANG DENGAN PUAK US NI.


 

TAMAKNYA GANU 32-0...



Sham Ghaz


 Samsuri MB Terengganu TAMAK; Minta LPT Disambung. Anwar Fokus Siapkan Lebuhraya CSR Bentong - Kota Bharu dan ECRL. Keutamaan sekarang yang mana? 







1. MB Terengganu, Samsuri kena cermin diri dulu, cadang supaya Kerajaan pusat sekarang menyiapkan LPT perlu RM9.8 Billion, padahal waktu Pas berada dalam Kerajaan PN 33 bulan ia tidak beri fokus untuk siapkan? 


2. Malah Prestasi hasil pendapatan Terengganu hanya RM263.4 juta tahun 2025, manakala Kelantan RM585.4 juta sahaja.


3. Bajet 2026 perlu utamakan Lebuhraya CSR Bentong - Kuala Krai yang lebih mendesak untuk pembangunan ekonomi kawasan pendalaman Pahang - Kelantan dan kosnya cuma RN7 billion +.


4. LPT sekarang tamat di Kg Gemoroh, Kuala Nerus, untuk ke Kuala Terengganu cuma 14km bila. Bermakna Terengganu sudah dapat Lebuhraya! Kelantan juga Negeri PAS menang, langsung takda Lebuhraya. Keutamaan Kerajaan sekarang bangunan Pahang - Kelantan.


5. Samsuri bagi bayangan seolah olah Kerajaan Pusat pinggir Terengganu dalam Bajet 2026, faktanya Kerajaan sudah umum/luluskan:


i. Naik taraf jalan luar bandar dan penghubung kampung – termasuk jajaran Jalan Kampung Tok Adis – Kampung Banggol di bawah peruntukan RM 3.3 bilion projek infrastruktur luar bandar.


ii. Mitigasi banjir dan saliran utama – sebahagian daripada RM 2.2 bilion nasional bagi projek RTB Sungai Buaya (Kuala Nerus) dan RTB Anak Sungai Ibai (Kuala Terengganu).


iii. Peningkatan kemudahan pendidikan & kesihatan daerah, termasuk pembaikan sekolah pedalaman dan fasiliti kesihatan setempat.


iii. Peruntukan pembangunan Persekutuan untuk Terengganu naik dari RM 1.4 b → RM 1.8 b – menunjukkan komitmen berterusan terhadap ekonomi wilayah.


6. Malah jika kita semak bajet Kerajaan Perpaduan kepada Negeri Pembangkang sekarang, terutamanya Terengganu jauh lagi tinggi dari Kerajaan PN 33 bulan bagi.


Perbandingan Antara tahun 2022 → 2025:


 • Kelantan: RM 2.4 b → RM 3.2 b

 • Terengganu: RM 1.4 b → RM 1.8 b

 • Kedah: RM 1.6 b → RM 2.2 b

 • Perlis: RM 400 j → RM 600 j


Kenaikan 25–50 peratus – semuanya negeri pembangkang. Itu bukan diskriminasi, itu bukti keadilan sebenar. Anwar tak pilih kasih.


7. Kini Kerajaan fokus siapkan segera ECRL supaya Kelantan, Terengganu, Pahang dapat melonjakkan lagi kadar Ekonominya. Projek rel mega itu bernilai RM 74.96 bilion, 68 % siap, beroperasi 2026, dijangka menjana pelaburan RM 60 bilion di sepanjang koridor industri Pahang–Terengganu–Kelantan.


8. Inilah strategi sebenar — bukan janji pilihan raya, tapi pelan pembangunan menyeluruh yang akan menghubungkan Pantai Timur terus ke jantung ekonomi negara, Kuala Lumpur dalam masa 4 jam sahaja.


8. Kerajaan Perpaduan tidak berdendam dengan negeri pembangkang. Anwar tidak membalas politik dengan politik — beliau membalas dengan jalan raya, projek, sekolah, tebatan banjir, ECRL, lebuhraya CSR, buka hospital dan jana ekonomi serta peluang pekerjaan.


“Ada yang bercakap tentang defisit, Tapi Anwar sudah pun menutup jurang pembangunan Pantai Timur.”


LPT sudah sampai ke Terengganu. CSR sedang menuju ke Kota Bharu. ECRL akan menyatukan seluruh Pantai Timur dengan Lembah Klang.


Itulah bukti bahawa Anwar bekerja untuk rakyat, bukan untuk warna bendera Parti.


21 Oktober 2025


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4325017494451637&id=100008302865519&mibextid=wwXIfr




INDONESIA PEROLEH PESAWAT TEMPUR CHINA.

 


Indonesia dilaporkan telah memperuntukkan bajet sebanyak AS$9 bilion (anggaran RM43.3 bilion) bagi pemerolehan pelbagai aset ketenteraan termasuk pesawat pejuang Chengdu J-10C dari China.


Sumber-sumber tempatan menyebut 42 unit pesawat J-10 sedang dipertimbangkan, sama ada versi eksport J-10CE atau J-10B.


Berita lanjut di ruang komen





DENGAN MENELEFON ITULAH KITA FAPAT BANYAK FAEDAH DAN MENDAMAIKAN DUA NEGARA TERMASUK PERBINCANGAN LAINNYA


 

KITA BUKAN KEMPEN POLITIK..KITA NAK TERANGKAN APA KERAJAAN BUAT. JANGAN JADI MACAM ANGGOTA POLIS TU...PETROL DAN DIESEL PUN DIA TAK TAU.


 

LOH ...INGAT PANDAI SANGAT...MERAPU JUGAK LEBIH...KIOK.

 Che Ibrahim



Ambo pernah diejek dan dibuat nganyim oleh pemimpin Pas dlm ceramah mereka kerana tersilap membaca ayat الزانى والزانية... Sedangkan wat betulnya الزانية والزانى..... dalam keadaan ambo sendiri tak perasan kesilapan tersebut.





Sampai lo ni ambo masih ingat ejekan tersebut, tapi selepas itu dia telah buat kesilapan lebih besar dgn menyebut " orang buat taklik sebelum akad nikah....". Beliau jugalah yang selepas itu didapati telah mempermainkan ayat alquran dengan menyebut كل من عليها فان dengan merujuk perkataan PAN tu ialah parti Amanah.


Itulah hukum alam, jgn mudah persenda orang lain dgn tujuan mengaibkan mereka, kerana sebagai insan yang lemah, suatu hari aib itu akan terkena kita juga.




DALIL. SETANG. KUAT MERAPU.

 







𝗦𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗸𝗼𝗿𝗯𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗱𝗲𝗺𝗶 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶, 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗸𝗲 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶? 𝗕𝗶𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗮𝘀𝗮, 𝗠𝗼𝗿𝗮𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝗕𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂.




(Ketika Kejujuran Menjadi Dosa dan Pengorbanan Tidak Lagi Dipandang Mulia)


I̲n̲t̲r̲o̲:

𝘚𝘢𝘮𝘣𝘶𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘭𝘶𝘢𝘩𝘢𝘯, 𝘣𝘪𝘴𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘩𝘢𝘳𝘢𝘱𝘢𝘯 𝘰𝘵𝘢𝘪-𝘰𝘵𝘢𝘪 𝘙𝘦𝘧𝘰𝘳𝘮𝘢𝘴𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘶 𝘵𝘦𝘮𝘶𝘪 𝘣𝘦𝘣𝘦𝘳𝘢𝘱𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘬𝘦𝘭𝘮𝘢𝘳𝘪𝘯.


 1️⃣ 𝗗𝘂𝗮 𝗞𝗮𝗹𝗶 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗠𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗴𝗮𝗹𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗗𝗲𝗺𝗶 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶


Kalau perjuangan diukur dengan berapa kali seseorang 𝙨𝙖𝙣𝙜𝙜𝙪𝙥 𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙢𝙚𝙬𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙙𝙚𝙢𝙞 𝙥𝙧𝙞𝙣𝙨𝙞𝙥,

maka Rafizi sudah 𝙙𝙪𝙖 𝙠𝙖𝙡𝙞 𝙙𝙞𝙪𝙟𝙞 — dan dua kali dia lepaskan semuanya.


𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮:

Dia meninggalkan kerjaya selesa di Petronas — gaji lebih RM20 ribu, hidup stabil —

semata-mata kerana percaya pada idealisme Reformasi.

Dia 𝙢𝙚𝙣𝙮𝙖𝙝𝙪𝙩 𝙨𝙚𝙧𝙪𝙖𝙣 Anwar ketika itu, 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙗 𝙜𝙡𝙖𝙢𝙤𝙪𝙧,

tetapi sebab percaya bahawa keadilan mesti 𝙗𝙚𝙧𝙢𝙪𝙡𝙖 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙠𝙚𝙗𝙚𝙧𝙖𝙣𝙞𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖𝙡𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙨𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣. Dia 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙚𝙡𝙪𝙝 𝙬𝙖𝙡𝙖𝙪𝙥𝙪𝙣 diberi gaji 6 ribuan.


𝗞𝗲𝗱𝘂𝗮:

Dia meninggalkan jawatan Menteri Ekonomi —

gaji lebih RM30 ribu, pencen, elaun, chauffeur, kereta, kuasa.

Tapi dia tetap 𝙢𝙚𝙢𝙞𝙡𝙞𝙝 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙗𝙚𝙧𝙪𝙣𝙙𝙪𝙧 kerana tak sanggup jadi hiasan dalam sistem yang sedang membusuk dari dalam.


Kalau dibanding, 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙤𝙧𝙗𝙖𝙣𝙖𝙣 𝙍𝙖𝙛𝙞𝙯𝙞 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙘𝙞𝙡.

Anwar memang menanggung penjara, tapi dia juga kembali sebagai Perdana Menteri —

kuasa tertinggi yang diimpikan ramai.


Rafizi pula — dua kali 𝙢𝙚𝙡𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙝 𝙥𝙚𝙧𝙜𝙞.

Dua kali 𝙢𝙚𝙣𝙤𝙡𝙖𝙠 𝙠𝙚𝙨𝙚𝙡𝙚𝙨𝙖𝙖𝙣.

Dua kali 𝙢𝙚𝙣𝙤𝙡𝙖𝙠 𝙥𝙚𝙡𝙪𝙖𝙣𝙜 untuk jadi “selamat.”


Dan di situlah b̲̲e̲z̲a̲ antara mereka berdua:

Anwar 𝙢𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜𝙜𝙪𝙣𝙜 𝙥𝙚𝙣𝙙𝙚𝙧𝙞𝙩𝙖𝙖𝙣 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙢𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜 𝙠𝙪𝙖𝙨𝙖,

tapi Rafizi 𝙢𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜𝙜𝙪𝙣𝙜 𝙠𝙚𝙝𝙞𝙡𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙢𝙚𝙣𝙟𝙖𝙜𝙖 𝙣𝙪𝙧𝙖𝙣𝙞 𝙥𝙚𝙧𝙟𝙪𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣.


 2️⃣ 𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗦𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗕𝗲𝗿𝘁𝘂𝗸𝗮𝗿 𝗝𝗮𝗱𝗶 𝗕𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗞𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗟𝗮𝗺𝗮


Kini, Reformasi bukan lagi suara melawan — ia sudah menjadi sistem.

Dan seperti semua sistem yang pernah mereka lawan dahulu,

ia kini mula 𝙢𝙚𝙡𝙖𝙝𝙞𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙡𝙤𝙢𝙥𝙤𝙠 “𝙗𝙖𝙧𝙪” 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙡𝙖𝙟𝙖𝙧 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙠𝙚𝙗𝙤𝙗𝙧𝙤𝙠𝙖𝙣 𝙡𝙖𝙢𝙖 — tapi lebih licik.


Apa yang dulu 𝙙𝙞𝙗𝙚𝙣𝙘𝙞 kini dipelajari.

Apa yang dulu 𝙙𝙞𝙠𝙪𝙩𝙪𝙠 kini disalin dengan lebih canggih.

Perkongsian kuasa di meja rundingan,

𝙡𝙖𝙣𝙩𝙞𝙠𝙖𝙣 berasaskan geng dan “𝘬𝘦𝘴𝘦𝘵𝘪𝘢𝘢𝘯,”

projek diagih atas nama “𝘴𝘵𝘢𝘣𝘪𝘭𝘪𝘵𝘪.”


Dan bila Rafizi bersuara — dia bukan menghina kerajaan sendiri,

dia sedang 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙞𝙣𝙜𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣 apa makna Reformasi yang sebenar.


𝙏𝙖𝙥𝙞 𝙨𝙪𝙖𝙧𝙖 𝙨𝙚𝙗𝙚𝙜𝙞𝙩𝙪 𝙨𝙖𝙣𝙜𝙖𝙩 𝙗𝙚𝙧𝙗𝙖𝙝𝙖𝙮𝙖 untuk mereka yang sudah selesa di singgahsana kuasa.


 3️⃣ 𝗚𝗲𝗹𝗼𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮: 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗝𝗮𝗹𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗸𝗲 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗡𝘂𝗿𝗮𝗻𝗶


Ramai lupa — Reformasi bukan sekadar “𝘫𝘢𝘵𝘶𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘳𝘦𝘫𝘪𝘮.”

Ia adalah tentang 𝙢𝙚𝙢𝙥𝙚𝙧𝙗𝙚𝙩𝙪𝙡𝙠𝙖𝙣 manusia yang terlalu cinta pada kuasa.


Dan kini, gelombang ketiga Reformasi 𝙢𝙪𝙡𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙜𝙚𝙩𝙖𝙧 —

bukan lagi dari jalan raya,

tetapi dari jiwa-jiwa yang kecewa melihat perjuangan dijadikan perdagangan.


Golongan ini — dari aktivis lama, anak muda idealis, dan rakyat yang 𝙢𝙖𝙨𝙞𝙝 𝙥𝙚𝙧𝙘𝙖𝙮𝙖 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙣𝙞𝙡𝙖𝙞 𝙠𝙚𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧𝙖𝙣 —

mula berkumpul dalam diam.

Mereka tak lagi mahu menjerit di jalan,

tapi mereka sedang 𝙢𝙚𝙣𝙪𝙡𝙞𝙨, 𝙢𝙚𝙣𝙮𝙞𝙣𝙙𝙞𝙧, 𝙢𝙚𝙣𝙙𝙚𝙙𝙖𝙝,

𝙙𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙞𝙣𝙖 kesedaran baru. Kau, aku dan semua penulis Fb 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙖𝙣𝙜𝙠𝙞𝙩, 𝙗𝙚𝙧𝙠𝙤𝙣𝙜𝙨𝙞 walau satu komen pun untuk 𝙢𝙚𝙣𝙙𝙞𝙙𝙞𝙠, 𝙢𝙚𝙣𝙘𝙚𝙧𝙙𝙞𝙠 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙝𝙚𝙧𝙙𝙞𝙠.


Inilah 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 — bukan revolusi politik,

tetapi 𝙧𝙚𝙫𝙤𝙡𝙪𝙨𝙞 𝙢𝙤𝙧𝙖𝙡.


 4️⃣ 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶: 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗴𝗲𝗿𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗻𝘇𝗮𝗵𝗶𝗿 𝗡𝘂𝗿𝗮𝗻𝗶 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂


Rafizi mungkin tidak lagi berada dalam kabinet,

tapi secara paradoks,

𝙨𝙪𝙖𝙧𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙥𝙧𝙞𝙣𝙨𝙞𝙥𝙣𝙮𝙖 𝙠𝙞𝙣𝙞 𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙚𝙧𝙞 𝙠𝙚𝙨𝙖𝙣 daripada kenyataan rasmi mana-mana menteri.


Kerana rakyat tahu,

suara orang 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙪𝙙𝙖𝙝 𝙢𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙪𝙖𝙨𝙖 𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝 𝙩𝙪𝙡𝙪𝙨 daripada mereka yang masih berpaut pada jawatan.


Dan jika sejarah mengajar sesuatu,

maka setiap 𝙠𝙚𝙟𝙖𝙩𝙪𝙝𝙖𝙣 𝙠𝙪𝙖𝙨𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙢𝙪𝙡𝙖

bukan bila musuh datang menyerang,

tetapi 𝙗𝙞𝙡𝙖 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙖𝙞𝙠 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙨𝙞𝙨𝙩𝙚𝙢 𝙗𝙚𝙧𝙝𝙚𝙣𝙩𝙞 𝙥𝙚𝙧𝙘𝙖𝙮𝙖 pada sistem itu sendiri.


Rafizi sudah sampai ke titik itu —

dan 𝙙𝙞𝙖 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙡𝙖𝙜𝙞 𝙢𝙖𝙝𝙪 𝙗𝙚𝙧𝙠𝙤𝙢𝙥𝙧𝙤𝙢𝙞.


𝗦𝘂𝗮𝗿𝗮 **𝗦𝗘𝗕𝗘𝗠:


> “𝘒𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘣𝘦𝘭𝘪 𝘫𝘢𝘸𝘢𝘵𝘢𝘯,

𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘵𝘢𝘬 𝘱𝘦𝘳𝘯𝘢𝘩 𝘮𝘢𝘮𝘱𝘶 𝘣𝘦𝘭𝘪 𝘮𝘢𝘳𝘶𝘢𝘩.”


𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗱𝗮𝗿 𝘀𝗹𝗼𝗴𝗮𝗻;

𝗶𝗮 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗰𝗲𝗿𝗺𝗶𝗻 — dan 𝙍𝙖𝙛𝙞𝙯𝙞 𝙠𝙞𝙣𝙞 𝙨𝙚𝙙𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙢𝙚𝙜𝙖𝙣𝙜 𝙘𝙚𝙧𝙢𝙞𝙣 𝙞𝙩𝙪 𝙩𝙚𝙥𝙖𝙩 𝙙𝙞 𝙝𝙖𝙙𝙖𝙥𝙖𝙣 𝙬𝙖𝙟𝙖𝙝 𝙠𝙪𝙖𝙨𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙙𝙖𝙣𝙜 𝙡𝙪𝙥𝙖 𝙖𝙨𝙖𝙡-𝙪𝙨𝙪𝙡𝙣𝙮𝙖.


====>>>

🖋️ 𝘗𝘦𝘯𝘢: Leon Wen | 𝘏𝘪𝘳𝘶𝘬 𝘬𝘢𝘵𝘢...

𝘋𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬, 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘫𝘶𝘫𝘶𝘳 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘭𝘢𝘩 — 𝘤𝘶𝘮𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘥𝘶𝘭𝘶, 𝘴𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘮𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘴𝘪𝘣𝘶𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘵𝘶𝘳 𝘵𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶 𝘨𝘪𝘭𝘪𝘳𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘪𝘭𝘢𝘵.


**𝘚𝘌𝘉𝘌𝘔: 𝘚𝘌𝘮𝘣𝘢𝘯𝘨 𝘉𝘌𝘳𝘢𝘱𝘪 𝘔𝘢𝘳𝘩𝘢𝘦𝘯