KEADILAN TERTEGAK AKHIRNYA


Imej mungkin mengandungi: 1 orang



KEADILAN TERTEGAK AKHIRNYA
Saya bersyukur dan menyambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang membebas dan membersihkan sahabat saya, mendiang Karpal Singh daripada pertuduhan kes hasutan mengenai kenyataan yang dibuat beliau berkenaan krisis perlembagaan Perak 10 tahun lalu.
Setelah sekian lama berjuang menuntut kebenaran terhadap kes ini akhirnya keadilan tertegak juga buat beliau.
Keputusan ini juga sudah pastinya melegakan ahli keluarganya serta ia sesuatu yang manis menjelang ulangtahun ke-5 kematian Karpal.
ANWAR IBRAHIM


Najib menikus di Parlimen, hanya berani di media sosial


Siapa tidak kenal dengan Najib Razak yang kini terkenal dengan gelaran “bossku” oleh pengikutnya yang setia, termasuk yang berbayar.
Sejak akhir-akhir ini, Najib begitu popular dengan siri trollnya di Facebook.
Gebang Najib di platform tersebut tidak langsung mencermin perwatakannya sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.
Ini sedikit sebanyak mengesahkan dakwaan orang ramai bahawa yang menulis di media sosial Najib itu bukan dia, sebaliknya askar siber upahan.
Lebih pelik, kita tidak jumpa perwatakan troll Najib ini di luar ruang lingkup alam maya. Di luar, Najib masih Najib yang dulu, bezanya sekarang terpalit tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.
Pemimpin yang ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu itu tidak pula membawa seni trollnya ke Dewan Rakyat.
Semalam, dia diberi peluang untuk berbahas, untuk menggunakan senjata seni yang ada padanya, tapi malangnya Najib hanya mampu menikus.
Tetapi ada lah sedikit cit cit nya, itupun hanya cit cit yang lemah, malu-malu alah. Di hujung dewan, Najib didengari mencit cit “terowong”. Macam kena pula tikus dengan terowong dan Najib.
Kisahnya, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bagi ruang pada Najib untuk jelaskan mengapa pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini menjual Bangunan Malaysia di Hong Kong secara rundingan terus.
Cerita penjualan Bangunan Malaysia ini dibangkitkan sendiri oleh Najib, tapi dia sendiri terlupa yang dia lah yang memulakan rundingan jualan aset tersebut, tapi tup tup salahkan kerajaan Pakatan Harapan.
Sudahlah guna kaedah rundingan terus yang tak menguntungkan rakyat Malaysia, apabila kerajaan Pakatan Harapan cuba mengambil cara tender terbuka yang dibuktikan mengaut untung yang lebih untuk negara tiba-tiba dia mahu kritik pula.
Bila diberi ruang untuk pertahankan diri, menikus. Itulah Najib, itulah perwatakannya yang sebenar. Panglima di media sosial, tetapi tikus di hadapan kebenaran. –

HARGA LAPTOP 40 K- SAIFUDDIN NASUTION


https://www.facebook.com/saifuddin.nasution/videos/432230740856186/?t=15


Laptop dibeli dengan harga RM 40,000 seunit. Pasu bunga dibeli dengan harga RM 150 seunit. Pemutar Screw dibeli dengan harga RM 60 seunit. Inilah pembaziran yang berlaku pada zaman kerajaan terdahulu apabila amalan tipuan bida dalam proses perolehan kerajaan tidak dibendung.

Tipuan bida adalah amalan bersifat anti-persaingan di mana pembida projek bersepakat untuk meningkatkan anggaran kos projek dalam proses perolehan kerajaan dan membahagikan keuntungan. Proses tipuan bida ini juga boleh melibatkan unsur rasuah dengan perlibatan pegawai perolehan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), melalui agensi The Malaysia Competition Commission, telah mulakan proses mengkaji semula proses perolehan kerajaan bagi membanteras amalan tipuan bida. Baru-baru ini, MyCC telah mengenakan penalti RM 1.94 juta terhadap 8 buah syarikat IT kerana didapati bersepakat melakukan tipu bida. (Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/466699)
Banyak lagi kes dalam siasatan dan tindakan tegas yang sama juga akan diambil. KPDNHEP-Laman Rasmi, melalui MyCC, komited untuk membersihkan proses perolehan kerajaan daripada amalan tipu bida supaya wang yang diamanahkan rakyat dimanfaatkan sepenuhnya untuk rakyat.

GAMBAR-GAMBAR LAWATAN PARA PIMPINAN JAMIYYATUL ISLAMIYAH DAN MAJLIS BACAAN YASSIN DIRUMAH ANWAR

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang duduk dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 12 orang, orang senyum, orang duduk dan dalaman

Imej mungkin mengandungi: 10 orang, orang dudukImej mungkin mengandungi: 10 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 21 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri
Deligasi Negara jiran(bapak-bapak professor) bersama di Kediaman Tokoh Besar Presiden KEADILAN Malaysia
Lawatan para pimpinan ulama Indonesia ke rumah DSAI malam tadi. Hubungan yang sangat mesra dan tinggi hormat mereka kepada tokoh ini.
DSAI beramah mesra bersama delegasi dari Jamiyyatul Islamiyah (JmI) Indonésia. Anggota rombongan seramai 25 orang kebanyaknnya adalah professor dan profesional unggulan.
28.03.2019

Betulkah YB Nurul Izzah Anwar tidak mengenang budi?


Image result for MAHATHIR MEET ANWAR AT COURT





Fakta.
1. Bagai mana dan Kenapa Mahathir kembali kepada Anwar Ibrahim?
3. Ketika Tun berada dalam Umno dan berusaha menjatuhkan Dato Seri Najib atas sebab tidak dapat mengawalnya lagi, tembahan pula Dato Najib tidak mahu selamanya ikut telunjuk Tun. Pelbagai cara digunakan oleh Tun ketika dalam umno untuk menjatuhkan Dato Najib tetapi gagal,akhirnya Tun keluar dari Umno dan menubuhkan Bersatu.
Tun keluar dari Umno kerana gagal menjatuhkan Dato Najib.
4. Pada mulanya Tun berniat hanya untuk menjatuhkan Dato Najib tetapi apabila beliau gagal,Tun mengubah fikiran keluar dari Umno dan menubuhkan Bersatu.
Related image

5. Setelah Tun berjaya menubuhkan Bersatu akhirnya Tun mahu ' Mohon Kerjasama ' dengan Dato Seri Anwar Ibrahim.
Tun kemudian jumpa dengan Dato Seri Azmin Ali dan Azmin Ali menyampaikan hasrat Tun kepada Anwar Ibrahim.
6. Akhirnya Azmin Ali bawah Tun berjumpa Anwar Ibrahim ketika Anwar hadir perbicaraan di Mahkamah.
7. Perundangan membataskan Anwar Ibrahim yang tidak dibenarkan berjumpa dengan orang awam kecuali Isteri dan anak-anaknya serta peguam atau pengamal Undang-undang.
8. Akhirnya Tun mengarahkan kawannya, Tun Daim memperbaharui lesennya untuk kembali aktif sebagai Peguam atau pengamal undang-undang agar dapat berjumpa dengan Anwar Ibrahim dalam penjara untuk proses perundingan dan persafahaman.
9. Tun mahu jumpa Anwar Ibrahim dengan tujuan dan niat memohon kepada Anwar Ibrahim masuk bergabung dalam PAKATAN pembangkang yang telah diasaskan oleh Anwar Ibrahim.
10. Anwar Ibrahim terima permohonan Tun dengan ' BERSYARAT. '
Syarat pertama adalah, Tun kena AKUR dan PATUH kepada ' Agenda Reformasi ' dan Tun bersetuju.
Syarat kedua, Tun akan dilantik sebagai Perdana Menteri ' SEMENTARA ' Tun bersetuju.
11. Anwar Ibrahim menerima Tun sebagai rakan kerjasama dalam Pakatan kerana dua sebab.
Pertama, Tun yang terlebih dahulu menghulurkan ' Ranting Jaitun ' sebagai tanda persahabatan.
Tidak seperti yang tersibar di alam maya, Anwar Ibrahim di ' Fitnah ' melutut kepada Tun.Wal hal Tun yang menghulurkan persahabatan terlebih dahulu bukan Anwar Ibrahim.Anwar Ibrahim seorang yang berprinsip tidak akan tunduk dan melutut kepada sesiapa.
Kedua,Tun SETUJU, AKUR dan PATUH kepada ' AGENDA REFORMASI ' dimana matlamatnya ialah menumbangkan Umno/Bn yang sombong,bongkak,rakus menggunakan kuasa,perasuah dan salah guna kuasa dalam konteks mengubah kerajaan dan membuat pembaharuan bukan sekadar menjatuhkan Dato Najib.
12. Anwar Ibrahim seorang yang luar biasa bayangkan dalam penjara Anwar Ibrahim masih boleh mengawal dan menantukan percaturan politik diluar yang menjadikan beliau sebagai ' King Maker ' dalam kitaran politik Malaysia masa kini.
13. Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang berfahaman ' DEMOKRATIK ' dan menggunakan pendekatan Islam dalam politik.
14. Dalam politik tiada kawan dan musuh yang kekal, yang kekal adalah prinsip perjaungan atau fahaman dalam politik,moral,maruah dan harga diri.
Anwar Ibrahim tidak mengubah prinsip perjuangan ' Menentang Kemungkaran dan Menegakkan Keadilan' sebagai seorang denokratik,sebaliknya musuh-musuh nya yang mengubah prinsip dan kembali kepadanya.

BAGUSLAH KALAU BETUL TIADA SIAPA CUBA HALANG ANWAR DARIPADA JADI PM….

Image result for ANWAR AZMIN

Seorang penyokong dan pentaksub Tun Mahathir Mohamad, Khairuddin Abu Hassan membidas dakwaan wujudnya sebarang cubaan untuk menghalang Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri.
Katanya, tiada cubaan sama sekali untuk menghalang Anwar daripada menjadi pengganti kepada Tun Mahathir sebagaimana yang sudah dipersetujui oleh PH.
Khairuddin berkata demikian sebagai mengulas tweet Zaid Ibrahim yang mengatakan sebarang cubaan untuk menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri tidak akan menemui kejayaan.
Sehubungan itu, Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri mahu Nurul Izzah yang dilaporkan patah hati dengan perkembangan politik semasa agar terus berani bersuara dan yakin dengan apa yang dilakukannya.
Dalam hal tersebut, Khairuddin meminta Zaid agar menamakan individu yang didakwanya cuba menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri di masa akan datang itu.
Isu peralihan kuasa kepada Anwar menjadi bualan kembali sehari dua ini berikutan wawancara Nurul Izzah dengan sebuah akhbar Singapura, baru-baru ini yang menyentuh beberapa aspek dengan kepimpinan Tun Mahathir.
Antara lain Nurul Izzah menyatakan kesukaran bekerja dengan Tun Mahathir sebagai bekas diktator, selain meluahkan kecewanya dengan kemasukan bekas pemimpin UMNO ke dalam Bersatu.
Reaksi Khairuddin terhadap apa yang disebut oleh Zaid tidaklah memeranjatkan sebenarnya, tetapi kebimbangan orangramai terhadap sikap Tun Mahathir bukanlah sesuatu yang mudah untuk diketepikan begitu saja.
Dalam soal pengganti dan ingin berundur atau melepaskan jawatan, Tun Mahathir terbukti telah banyak kali bertindak lain daripada apa yang kerap disebutnya.
Hanya kepada Tun Abdullah Badawi saja beliau benar-benar menyerahkan jawatannya, namun kemudian keluar daripada persaraannya untuk menyingkirkan kembali penggantinya itu.
Bagaimanapun, jika benar seperti kata Khairuddin bahawa tiada sebarang cubaan untuk menghalang Anwar dan peralian kuasa kepadanya akan tetap berjalan seperti yang dijanjikan, ia tentulah sesuatu yang bagus untuk masa depan PH.
PH akan terus kukuh dan berpadu jika janji peralihan kuasa itu ditepati sebagaimana yang dipersetujui.
PH tentu saja akan berantakan dan berpecah kiranya Tun Mahathir cuba berdalih dan tidak mahu menepati janji tersebut.
Segala-galanya terserah kepada Tun Mahathir sama ada beliau mahu melihat PH ini terus stabil atau sebaliknya. (Shahbudindotcom 27/03/2019)

VIRAL GAMBAR SIAPA LA BUDAK MEWAH INI?


JIKA TAK BETUL....SILA BERI KENYATAAN..... 

MALAM INI, ANWAR TURUN LAGI DI RANTAU MENJELANG HARI PENAMAAN CALON



W.FAUDZIN


Pertarungan di Rantau bukannya mudah. PH dikatakan 'Under dog" kerana lawannya kali ini adalah penyandang Kerusi sebelum ini bahkan lebih dari itu calon Umno/Bn di Rantau, Mohammad Hassan atau Tok Mat adalah Pemangku Presiden Umno dan bekas MB Negeri Sembilan.
Samada PH menang atau Umno/Bn kalah, tampuk pemerintahan Negeri Sembilan tidak berubah, tetap dipegang oleh PH. Namun, kemenangan buat PH itu penting kerana kita mahu mencipta sejarah Pemangku Presiden Umno dapat dikuburkan di halaman sendiri.
Justeru itu, PH lebih awal membuat persediaan di Rantau. Anwar sendiri akan menjadikan Rantau sebagai rumah keduanya sepanjang tempuh kempen bermula 30 Mac 2019 (Sabtu) ini. MB Negeri Sembilan, Aminuddin sekali lagi diuji kehebatannya mengendalikan kempen dan jentera PRK Rantau setelah melaksanakan tugas yang cemerlang di PRK Port Dickson sebelum ini.
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang ramai
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, orang ramai dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum
Semalam , Anwar turun menemui rakyat tempatan dan jentera-jentera PH di sana. Beliau ingin melihat sendiri persiapan yang telah dibuat untuk misi penting mengalahkan Umno/Bn. Gelanggang dibuka Sabtu ini, maka saya menyeru agar semua penyokong PH dapat hadir di hari penamaan calon Sabtu ini.
Tutup mulut dan kesombongan Umno/Bn di Rantau !!