W.FAUDZIN
Pertarungan di Rantau bukannya mudah. PH dikatakan 'Under dog" kerana lawannya kali ini adalah penyandang Kerusi sebelum ini bahkan lebih dari itu calon Umno/Bn di Rantau, Mohammad Hassan atau Tok Mat adalah Pemangku Presiden Umno dan bekas MB Negeri Sembilan.
Samada PH menang atau Umno/Bn kalah, tampuk pemerintahan Negeri Sembilan tidak berubah, tetap dipegang oleh PH. Namun, kemenangan buat PH itu penting kerana kita mahu mencipta sejarah Pemangku Presiden Umno dapat dikuburkan di halaman sendiri.
Justeru itu, PH lebih awal membuat persediaan di Rantau. Anwar sendiri akan menjadikan Rantau sebagai rumah keduanya sepanjang tempuh kempen bermula 30 Mac 2019 (Sabtu) ini. MB Negeri Sembilan, Aminuddin sekali lagi diuji kehebatannya mengendalikan kempen dan jentera PRK Rantau setelah melaksanakan tugas yang cemerlang di PRK Port Dickson sebelum ini.
Semalam , Anwar turun menemui rakyat tempatan dan jentera-jentera PH di sana. Beliau ingin melihat sendiri persiapan yang telah dibuat untuk misi penting mengalahkan Umno/Bn. Gelanggang dibuka Sabtu ini, maka saya menyeru agar semua penyokong PH dapat hadir di hari penamaan calon Sabtu ini.
Tutup mulut dan kesombongan Umno/Bn di Rantau !!