KITA LIHAT LAGU MANA.... QUNUT MWNJADI GAMAKNYA
Ustaz Al Asri
Maklumat Raf tepat...
Ceplos cakap Raf saja buat cerita .Azam Baki kata tiada siasatan.
Hari ni SPRM sahkan ada siasatan.
Nanti boleh kita tengok invoice RR terima rasuah๐คฃ๐คฃ
#Bringiton
PERSAMAAN
Ramai yang mungkin tidak menyedari bahawa ๐๐ฒ๐ฟ๐ฑ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐บ๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐บ๐ฎ๐ป๐ถ๐ณ๐ฒ๐๐๐ผ ๐ฃ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ๐๐ฎ๐ป ๐ก๐ฎ๐๐ถ๐ผ๐ป๐ฎ๐น ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐ถ๐๐ฎ๐ป ๐ฐ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐น๐ฎ๐ป๐๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐๐๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐๐๐ฟ๐๐ต๐ท๐ฎ๐๐ฎ ๐ฆ๐๐ฟ๐๐ต๐ฎ๐ป๐ท๐ฎ๐๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฐ๐ฒ๐ด๐ฎ๐ต๐ฎ๐ป ๐ฅ๐ฎ๐๐๐ฎ๐ต ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ (๐ฆ๐ฃ๐ฅ๐ ).
Dalam hangatnya perdebatan isu #TangkapAzamBaki, wajar kita berhenti seketika dan meneliti fakta penting mengenai mekanisme pelantikan jawatan tertinggi agensi tersebut secara lebih objektif dan merujuk manifesto parti utama Kerajaan Perpaduan.
Menariknya isu ini, kedua-duanya (PH dan BN) pernah berjanji untuk memperkukuh peranan Parlimen dalam proses pelantikan, termasuk melalui saringan Jawatankuasa Pilihan Khas. Wujud titik persamaan dalam komitmen PH dan BN untuk melibatkan Parlimen sebagai mekanisme semakan, sekali gus memperkukuh ketelusan dan fungsi semak imbang terhadap kuasa eksekutif.
Dalam manifesto Pakatan Harapan, reformasi institusi ditekankan melalui komitmen memperkasa SPRM serta memperkukuh mekanisme semak dan imbang, termasuk cadangan peranan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dalam proses saringan pelantikan jawatan utama.
Sementara itu, manifesto Barisan Nasional PRU15 turut menyatakan komitmen agar pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM melalui proses yang melibatkan Parlimen, sebagai langkah meningkatkan kecekapan dan prestasi institusi awam serta tadbir urus negara.
Hari ini, kedua-dua gabungan berada dalam Kerajaan Perpaduan. Secara matematik politik, inilah peluang terbaik untuk menterjemahkan kesepakatan tersebut kepada pindaan undang-undang.
Apabila dua gabungan parti utama memerintah menyatakan komitmen yang hampir serupa dalam dokumen manifesto rasmi mereka, ruang untuk melaksanakan reformasi sebenarnya sudah tersedia.
Perkara yang diperlukan kini ialah tekad politik untuk menterjemahkan janji kepada dasar, demi memperkukuh keyakinan rakyat terhadap integriti institusi awam dan tadbir urus negara.
Tq Ubaidillah Harith Shahrin
BIAR BETUL.
Iswardy Morni
Demi nak takutkan rafizi ๐คญ ๐คฃ ๐คฃ
First time aku dengar tandatangan perjanjian "tergesa gesa" ni satu kesalahan bawah SPRM.
Harap siasat perdana menteri, Menteri kewangan dan Menteri Miti sekali. Bajet bawah menteri kewangan, dirasmikan oleh Perdana Menteri dan projek ni ditandatangani oleh MIDA bawah Miti. Takkan semua tergesa gesa tak cek dulu.
-----
Siasatan awal SPRM terhadap perjanjian mega RM1.1 bilion mendapati ia dipercayai dimeterai secara secara tergesa-gesa oleh Kementerian Ekonomi.
BILA HATI TELAH HITAM
Che Ibrahim
Bila hati ada penyakit macam ni, payah nak berubat. Buat masa skrg penyakit macam ni tidak boleh diubati oleh mana mana hospital pakar.
Kenyataan MOF sebagai respon kepada cadangan supaya naikkan limit minyak bersubsidi Ron95. PMX jawab 90% penguna guna bawah 200L (limit bersubsidi 300L), maknanya tidak ada keperluan untuk naikkan limit.
JANGAN PANDANG ENTENG BILA RAFIZI MULA KEMBALI KE JALANAN
16 February 2026
Semalam berlangsung demonstrasi Tangkap Azam Baki di depan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur.
Melalui demonstrasi aman itu menyaksikan kembalinya semula Rafizi Ramli kepada aksi jalanan semula setelah sekian lama beliau tidak berbuat demikian.
Sebelum ini, Rafizi dikenali sebagai juara demonstrasi jalan dan beliau memang mempunyai kepakaran membina narafif dan menghuraikan sesuatu isu dalam bahasa yang mudah difahami.
Dalam kemunculannya semalam bagi tujuan mendesak Azam Baki digantung tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM serta dibentuk badan siasatan bebas dan telus untuk menyiasat isu pemilikan saham dan dakwaan “mafia korporat” terhadap SPRM, ternampak Rafizi masih sama seperti Rafizi yang dahulu.
Bahasa, cara penyampaian, penggunaan ayat dan perkataan, melontarkan isi serta menembak sasaran – semuanya memperlihatkan Rafizi tetap ada tarikan yang sama.
Dengan ancamannya untuk menganjurkan lebih banyak demo awan selagi Azam Baki tidak direhatkan dan sebuah badan siasatan bebas tidak dibentuk, tidak mengejutkan jika demonsrasi selepas ini menerima kebanjiran hadirin yang lebih melimpah lagi.
Apalagi Bersih, selain turut serta dalam demonstrasi semalam, badan pemantau pilihanraya itu juga telah memberi komitmen menggerakkan demo Bersih 6 bersama-sama Rafizi selepas ini.
Jika itu berlaku, tentunya selepas beberapa isi demo kecil-kecilan diadakan terlebih dahulu, sejarah demonstrasi sebelum kejatuhan Najib Razak dahulu pasti berulang kembali.
Kepada yang tidak berkesempatan mengikuti ucapan Rafizi dalam Demonstrasi Tangkap Azam Baki 2.0 semalam, ia boleh ditonton di sini – https://youtu.be/Pop7Zu7swmA?si=2bFoRMMRU6e7oLt-
Apa pun pro dan kontra pandangan berkaitan demo semalam, kerajaan dan Perdana Menteri tidak harus menandang mudah kemunculan semula Rafizi dalam aksi jalanan ini.
Ia harus diberi perhatian dan sebaiknya cuba diselesaikan dalam kadar waktu yang tidak terlalu lama sebelum nasi menjadi bubur dan sebelum lebih ramai rakyat ikut serta dan sebelum blok pembangkang, tidak terkecuali DAP akan ikut serta dalam demo tersebut.
Beberapa pemimpin DAP sudah pun bersuara melalui kenyataan media yang senada dengan tuntutan Rafizi berkaitan isu Azam Baki.
Sebab itu, jangan pandang enteng dengan Rafizi.
Lagi pun, tuntutan yang diminta – gantung tugas Azam Baki dan wujudkan badan siasatan bebas serta telus – perkara itu juga adalah tuntutan banyak pihak sebelum ini, termasuk DAP, parti yang mempunyai paling kerusi dalam PH.
Orang awam sendiri, jika diperhalusi dalam perbualan di merata-rata, itulah juga keinginan mereka.
Lebih daripada itu, Anwar sendiri pada tahun 2022, sebelum bergelar Perdana Menteri, juga pernah mendesak Azam Baki digantung tugas dalam isu berkaitan pemilikan saham yang dikatakan nama Ketua Pesuruhjaya SPRM itu digunakan oleh adiknya.
Jika sewaktu bergelar Ketua Pembangkang, Anwar bersama pimpinan PH lain boleh mendesak Azam Baki direhatkan, sepatutnya setelah ada kuasa sebagai Perdana Menteri, perkara itu lagi mudah untuk dilakukannya.
Merehatkan atau menggantung tugas Azam Baki adalah demi kepentingan negara dan menjaga nama baik SPRM dan Anwar tidak harus terlepas pandang hakikat itu.
Dalam waktu yang sama, keputusan kerajaan mengarahkan badan siasatan yang diketuai Peguam Negara yang turut dianggotai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan untuk menyiasat Azam Baki dalam keadaan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu tidak digantung tugas, ia hanya akan menimbulkan lebih banyak keraguan dan ketidakyakinan awam.
Realitinya semua mereka itu, sama ada yang menyiasat atau disiasat, adalah sesama pegawai tinggi kerajaan yang barangkali sebelum ini pernah main golf bersama-sama.
Sebab itu, tuntutan yang diminta ialah badan siasatan bebas itu harus diketuai bekas Ketua Hakim Negara serta dianggotai beberapa personaliti berwibawa yang berkhidmat cemerlang kepada negara sebelum ini.
Jika Anwar sedia melakukan apa yang dituntut – gantung tugas Azam Baki dan wujudkan badan siasatan bebas, semua keributan politik yang ada sekarang ini akan selesai dengan sendirinya.
Rafizi pun tiada alasan untuk terus berdemo di jalanan lagi. – ShahbudinHusin 16Februari2026.
https://shahbudindotcom.net/2026/02/bila-rafizi-kembali-ke-jalanan-kerajaan-jangan-bersikap-enteng/
๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ก๐๐จ๐ฅ & ๐ฅ๐๐๐ฌ๐๐ง ๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐ฅ #๐ง๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ฝ๐๐๐ฎ๐บ๐๐ฎ๐ธ๐ถ
Pagi Jumaat lalu, ada beberapa orang aktivis anak muda tanya saya kalau mereka anjurkan demonstrasi untuk zahirkan kemarahan dan tuntutan berkenaan Tan Sri Azam Baki, apakah saya sudi untuk hadir.
Saya kata Insya Allah saya boleh hadir.
Saya juga maklumkan secara terbuka dalam sidang media pagi Jumaat lalu bahawa kami, 8 orang ahli parlimen PKR yang mengambil pendirian keras mengenai isu integriti Tan Sri Azam Baki ini, mencadangkan supaya BERSIH2.0 mengetuai gabungan rakyat menganjurkan demonstrasi.
Pukul 4 petang hari Jumaat, notis dipaparkan oleh BERSIH2.0 memanjangkan penganjuran demonstrasi oleh gabungan NGO (yang kebanyakannya anak-anak muda) menuntut siasatan bebas ke atas Tan Sri Azam Baki.
Alhamdulillah, dengan notis 24 jam sahaja dan ketika orang sudah mula bercuti, kehadiran itu baik.
Saya tak tahu berapa orang yang hadir, boleh suruh AI (artificial intelligence) kira dan anggarkan ha3.
Saya cuma ingin mengucapkan terima kasih kepada penganjur dan rakyat kerdil yang hadir.
Ia mengingatkan saya kepada siri demonstrasi #KitaLawan yang bermula bulan Februari 2015.
Ketika itu, Dato’ Seri Anwar kembali ke penjara setelah dijatuhkan hukuman kali kedua.
PAS sudah berjauh hati dan Pakatan Rakyat retak menunggu belah.
Tanpa PAS, pada ketika itu, pimpinan BERSIH2.0 pun tidak yakin sebarang demonstrasi akan berjaya menarik kehadiran.
Dalam PKR pula, kepimpinan sudah dikuasai oleh kumpulan Dato’ Seri Azmin Ali yang tidak berminat pun untuk berdemonstrasi atau membawa isu 1MDB, rasuah kerajaan dan sebagainya.
Ketika itu, saya adalah Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR. Ketua Angkatan Muda adalah Nik Nazmi.
Maka kami buat keputusan, kalau ada 10 orang pun, kita kena mulakan siri demonstrasi yang kami panggil #KitaLawan untuk terus mendedahkan mengenai 1MDB, kepincangan pentadbiran Dato’ Seri Najib dan membakar semangat melawan rakyat.
Memang betul, demonstrasi #KitaLawan yang pertama hanya ada kurang dari 50 orang. Saya tak sempat hadir sebab 2 hari sebelum demonstrasi dah kena tangkap.
Kemudian Nik, Lih Kang (sekarang dah menteri), Kar Hing (Ahli Parlimen Gopeng), Chean Chung (Ahli Parlimen PJ), Wei Kiat (ADUN Rawang), Akmal (sekarang dah menteri) dan yang muda-muda teruskan anjurkan yang seterusnya.
Merasa jugalah Nik, Lih Kang dan Kar Hing pakai baju lokap menjadi penganjur demonstrasi.
Selepas beberapa siri, demonstrasi #KitaLawan dalam bulan Mac 2015 ada kehadiran yang baik dan menambah keyakinan kami bahawa rakyat akan tetap menyokong kalau isu yang dibawa itu tepat dengan jiwa mereka.
Saya tidak tahu berapa banyak lagi demonstrasi #TangkapAzamBaki ini akan diadakan.
Saya pun makin berumur dan sudah berpuluh tahun menyertai demonstrasi.
Tapi kalau saya jadi Nurul Izzah atau Dato’ Seri Saifuddin Nasution yang boleh bisikkan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, saya akan sampaikan cerita siri demonstrasi #KitaLawan ini.
Sebab dia dalam penjara masa itu, mungkin dia tak tahu.
Sebab teladannya ialah jangan sekali-kali memandang rendah semangat sekumpulan kecil rakyat, terutamanya yang anak muda, sekiranya mereka rasa yang mereka perjuangkan itu adalah benar dan tanpa ada kepentingan peribadi kepada mereka.
Lama-lama suara mereka itu akan turut disambut oleh rakyat yang lain.
Isu integriti Tan Sri Azam Baki ini benar-benar menepati semua ciri-ciri itu.
Jumpa lagi di demonstrasi #TangkapAzamBaki, jika dianjurkan lagi.
Tolong bagi notis awal sikit ha3.
KEH KEH.
๐ง๐ฎ๐บ๐ถ๐บ ๐๐ฎ๐ต๐ฟ๐ถ siapa aku pun tak kenal. Maksud aku, tak kenal secara dekat. Baik ke dia, waras ke otaknya. Sebab tu aku tak berapa cara pasal dia.
Tapi bila mamat ni tulis posting macam ni, aku rasa tertarik pula. Tiba-tiba terasa nak tengok ada ๐ฎ๐ฝ๐ฎ-๐ฎ๐ฝ๐ฎ berlaku pada mamat Tamim tu.
Bukan apa. Nak jugak tengok yang buat posting ni berani sangat ke nak amuk. Biasa puak dia memang jenis cakap tanpa berfikir dulu. Acah-acah je berani tapi penakut na'uzubillah.
Ada sesetengah tu tengok jarum suntikan pun dah kecut. Dengan doktor gigi pun takut, tapi kalau cerita, macam dialah pahlawan segalanya.
Tapi rasanya takkan ada benda pelik berlaku. Sebab ini bukan zaman ๐ ๐ฎ๐ต๐ฎ๐ณ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐๐ป. Sekarang kebebasan lebih terjamin. Mamat ni pun berani posting begini sebab dia tahu takkan jadi apa-apa. Ambil peluang tunjuk berani je. Guane boh?
Raja Gelap II
HIMPUNAN TERSUSUN
Marlina
Oh, rupanya kat Sogo ada Himpunan Turun Azam Baki hari ni. Digerakkan oleh Rafizi Ramli, Bersih dan lain-lain.
Aku tak turun pun, bahkan dah sampai kampung. Tapi aku tonton melalui LIVE page media sosial dan LIVE peserta himpunan.
Aku tak nak ulas bab mereka berhimpun tu. Tak nak kritik atau sokong juga. Cuma aku nak bandingkan dengan himpunan yang pernah aku hadiri.
Seumur hidup aku, aku cuma pernah hadiri dua perhimpunan seumpama ini.
1. Himpunan Justice 4 Zara
2. Himpunan GARAH (Tak sempat turun motor kena halau balik dengan abang polis)
Aku bandingkan dua himpunan yang aku hadiri dengan himpunan hari ini. Jauh beza. Sangat jauh beza.
Himpunan aku hadiri, terutamanya GARAH, tak tersusun. Carca marba. Tak sistematik. Tak tahu mana nak tuju. Sampai depan Sogo, abang polis suruh balik, maka baliklah kami.
Himpunan Justice 4 Zara di Kedah lebih sistematik berbanding di Sogo. Sempat dengar orang berucap semua tu.
Tapi Himpunan Turun Azam Baki hari ni, nampak sangat tersusun dan sistematik.
Ada puak berkumpul di penjuru ini, ada puak berkumpul di penjuru sana, ada puak berhimpun di penjuru sinun.
Ada plakad, poster, kain rentang, kad manila yang tertera suara hati mereka.
Leader pakai microphone, pegang speaker, berada di belakang Hilux yang bergerak perlahan ke tempat himpunan utama.
Speaker tak berhenti melaung, menjerit kata-kata semangat, menyanyi lagu ciptaan mereka diikuti peserta himpunan dengan semangat sambil berarak perlahan-lahan.
Nampak padat dan penuh peserta yang hadir. Nampak teratur, sistematik dan tersusun.
Memang berbeza himpunan yang dianjurkan oleh otai jalanan macam Bersih dan Razifi berbanding himpunan yang dianjurkan oleh Zamri Vinoth dan NGO lain.
Pengalaman team Bersih memang banyak. Apatah lagi dulu-dulu himpunan mereka disekat, dikasari, disembur air gatal, gas pemedih mata dan sebagainya. Pun masih berjaya dijalankan dengan cemerlang dan mendapat sambutan ramai.
So, sesiapa nak buat himpunan lepas ni, kena tiru geng ni. Baru beri impak maksima.
Begitulah.
#MFS
.










