Shahrizat, rakyat tidak lupa skandal lembu anda



Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil adalah salah satu watak utama dalam persembahan ‘sarkas’ UMNO di PWTC tahun ini.
Shahrizat, dilaporkan berkata dalam ucapan beliau semalam bahawa rakyat Malaysia hanya ada dua pilihan – kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, atau pembangkang yang dipimpin ‘Maharaja Lim’.
Gelaran tersebut merujuk kepada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang menjadi bahan sasaran utama parti pemerintah itu sejak mula bersidang kali ini.
Pengarah Pendidikan Politik Wanita DAP Pulau Pinang, Syerleena Rashid menyifatkan Shahrizat sebagai ‘bertuah’ kerana berjaya melepaskan diri daripada pendakwaan melibatkan skandal ‘lembu dalam kondo’ beberapa tahun lalu.
“Rakyat Malaysia tidak akan melupakan skandal National Feedlot Corporation (NFC) dan bagaimana keluarga beliau tidak mampu membayar semula pinjaman RM250 juta ke atas kegagalan projek menternak lembu itu,” tegas Syerleena.
Beliau terlebih dahulu menyertai rombongan DAPSY Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap kenyataan Shahrizat itu yang didakwa bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan menghina institusi raja-raja Melayu.
Shahrizat dan keluarganya didedahkan terlibat dalam skandal lembu pada tahun 2011 melalui laporan Ketua Audit Negara.
Dana yang dikhaskan untuk projek penternakan lembu terbabit ternyata telah disalahguna untuk melabur dalam hartanah oleh NFCorp yang diuruskan suami dan anak-anak Shahrizat sendiri.
Antaranya kondominium mewah One Menerung bernilai RM9.8 juta yang membawa kepada jenaka ‘lembu dalam kondo’.
“Saya percaya rakyat Malaysia tidak akan termakan pembohongan kleptorat seperti Shahrizat.
“Mereka ini akan terus membazirkan dana pembayar cukai demi kepentingan sendiri,” tegas Syerleena yang juga Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

UMNO BERKUASA 1000 TAHUN, KERAJAAN MAHARAJA?

PH PERAK DIJANGKA MENANG MAJORITI MUDAH PRU 14 – IR NIZAR

‘LEBUH RAYA RAKYAT DI KELANTAN TINGGAL KENANGAN?’

PAHANG BERPOTENSI JATUH KE TANGAN PH