PM Anwar Hubungi Presiden Prabowo Bincang Isu Malaysia-Indonesia, ASEAN

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri majlis angkat sumpah jawatan Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Jakarta pada 20 Oktober 2024. Foto MPR Republik Indonesia

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menghubungi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto bagi membincangkan pelbagai isu membabitkan kerjasama dua negara dan persiapan Sidang Kemuncak ASEAN 2025 di Kuala Lumpur, hujung bulan ini.

Dalam satu hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata dalam perbincangan singkat itu Malaysia-Indonesia membincangkan usaha memperkukuh kerjasama meliputi pelbagai bidang.

“Kami menyentuh keperluan kedua-dua negara sahabat ini untuk memperkukuh hubungan kerjasama meliputi pelbagai bidang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubungi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto bagi membincangkan pelbagai isu membabitkan kerjasama dua negara pada 3 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya dan Presiden Prabowo percaya hubungan erat Malaysia dan Indonesia ini dapat memberi manfaat buat rakyat keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan itu.

Dalam pada itu, Anwar turut berkata, persiapan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN 2025 turut dibincangkan.

“Kami juga menyentuh soal persiapan Sidang Kemuncak ASEAN 2025 di Kuala Lumpur pada hujung bulan ini.

“Presiden Prabowo turut mengundang saya ke Jakarta bagi mengadakan lawatan rasmi dalam masa terdekat,” katanya.

Untuk rekod, April lalu, Prabowo membuat kunjungan ke Malaysia dan mengadakan pertemuan dengan Anwar.

Ia adalah lawatan ketiga Prabowo ke Malaysia sejak memegang jawatan itu pada Oktober 2024.



Berpada dalam perbezaan pendapat, jangan putus silaturahim, kata Mat Sabu selepas jumpa Mustafa Ali


 

Aktivis politik terutamanya golongan muda boleh berbeza pandangan politik tetapi ia tidak boleh menjadi punca kepada terputusnya silaturahim antara satu sama lain, kata presiden parti AMANAH Datuk Seri Mohamad Sabu.


“Nasihat saya kepada semua ahli parti politik terutamanya di kalangan orang muda, berpadalah di dalam perbezaan pendapat dan jangan jadikan ia punca kepada terputusnya silaturahim.


“Kepelbagaian pandangan jika diurus dengan baik seharusnya menjadi pencetus idea kepada pembangunan negara yang lebih baik dan makmur untuk semua rakyatnya.”

Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata demikian dalam satu hantaran Faceebook setelah menziarahi rakan seperjuangannya yang lama – Datuk Mustafa Ali.

“Walaupun telah berbeza wadah politik, hubungan kami masih kekal seperti dulu.


“Di dalam keadaan kesihatan yang tidak berapa baik, beliau masih mengingati banyak peristiwa di antara kami berdua terutamanya di dalam usaha awal penubuhan Unit Amal.


“Beliau telah menghantar saya dan beberapa rakan lain ke Iran untuk berkongsi pengalaman selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979.”


Mohamad pernah berkhidmat sebagai ahli jawatankuasa Dewan Pemuda Pas ketika Datuk Mustafa mengetuai sayap tersebut dari tahun 1975 sehingga 1987.





Larangan bersuara isu Titah Adendum Najib: Ini tindakan bakal diambil kerajaan


 

Kerajaan akan memohon di Mahkamah Tinggi Putrajaya untuk mendapatkan perintah larangan bersuara bagi melarang mana-mana pihak, membincangkan permohonan semakan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Titah Adendum.

Menurut Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan yang mewakili kerajaan, permohonan dibuat kerana kes berkaitan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC) itu menyentuh isu sensitif.

“Mahkamah mengarahkan permohonan itu difailkan pada 20 Januari ini dan Najib perlu memfailkan afidavit balasan dalam tempoh seminggu.

“Mahkamah juga menetapkan pengurusan kes semakan kehakiman secara dalam talian pada 11 Mac depan,” jelasnya.

Shamsul Bolhassan

Shamsul berkata demikian kepada pemberita selepas prosiding yang berlangsung dalam kamar di hadapan Hakim, Hayatul Akmar Abdul Aziz.

Dalam masa sama, Shamsul berkata, kerajaan akan membantah permohonan Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Tan Sri Azhar Azizan Harun dan Datuk Seri Zulkiflin Nordin untuk menjadi peguam pemerhati bagi kes tersebut.


Mereka akan hadir bagi pihak tiga ahli Parlimen iaitu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee.

“Mahkamah mengarahkan permohonan itu, difailkan secara rasmi pada 27 Januari ini dan kerajaan perlu memfailkan afidavit balasan pada 10 Februari,” katanya lagi.




Adakah tiga pertuduhan pengubahan wang haram RM27 juta terhadap Najib akan digugurkan?




 

Adakah tiga pertuduhan pengubahan wang haram RM27 juta terhadap Najib akan digugurkan?

K PRAGALATHMay 4, 2025

Mantan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengetahui sama ada permohonan untuk menggugurkan tiga pertuduhan dalam kes SRC International pada hari Selasa ini.

Ini berikutan representasi yang dihantar kepada Jabatan Peguam Negara terhadap tuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dan SRC International Sdn Bjd.

Pada prosiding terakhir yang berlangsung pada 10 Mac Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul memaklumkan kepada mahkamah bahawa representasi tersebut belum diputuskan lagi.

Pada 3 Februari 2019, Najib, 71, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya, di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

 

 

Mahkamah Tinggi sebelum itu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Persekutuan selepas menolak rayuan Najib.

Beliau memfailkan petisyen bagi mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022 dan Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Mahkamah Tinggi pada minggu ini juga akan meneruskan dengan mendengar perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion yang dihadapi Najib.

 

PAS & BERSATU BEREBUT BERSAMA UMNO! APA KATA PULA PEMIMPIN UMNO SENDIRI!



Kemukakan surat rasmi jika benar-benar ingin berbincang mengenai kerjasama, kata seorang pemimpin kanan Umno kepada Bersatu yang menyatakan hasrat untuk berbaik-baik dengan parti itu. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Ahmad Maslan, berkata di sebalik pelbagai kenyataan dan bayangan yang diberikan Bersatu, setakat ini belum ada sebarang permohonan rasmi dibuat. Sebaliknya, kata Ahmad, tawaran berkenaan hanya dibangkitkan melalui media. "Tentunya perkara penting sebegini perlu dibincang di peringkat MKT Umno. "Jika Bersatu mahu lakukan (kerjasama dengan Umno) atau mahu berkeinginan menyertai Umno semula, kemukakan surat supaya perbincangan rasmi dapat dibuat. "Jangan asyik bangkitkan perkara ini (di media) kerana jika tiada permohonan, macam mana ia hendak dibincangkan secara rasmi di peringkat MKT Umno?" katanya seperti dipetik Berita Harian. Ahmad berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan program Jelajah Revolusi Pembinaan CR4.0 dan myDigital Kontraktor (MDK), di Benut, Pontian, hari ini. Kelmarin, dalam sesi audio siar bersama bekas menteri, Zaid Ibrahim, Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin, berkata Bersatu yang merupakan serpihan Umno mempunyai ideologi yang sama dengan parti itu.





GEMPAR!! - SIAPA PEMIMPIN PAS BERUNDING DENGAN PMX? | BERSATU PUPUS & BE...



Ada desas desus menyatakan sudah ada rundingan untuk PAS bersama dalam gabungan PH-BN untuk menghadapi PRU16 nanti. Sebabnya PAS sudah merasakan bahawa banyak kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU15 bakal lesap susulan mantapnya gabungan UMDAP PH sekarang dibawah kepimpinan PMX Anwar Ibrahim. Sudikan PH menerima PAS kembali. Kemana pula halatuju BERSATU? KEMUNGKINAN BERSATU BESAR AKAN PUPUS!





UMNO janda berhias menjadi rebutan Lebai Selak Kain sambil bawa bunga ....

REE DI KEDAH DI CURI! PENDEDAHAN PENDEDAHAN PANAS DARI DS SAIFUDDIN!

Rafizi bercuti , walaun yang panas.....

SELAMAT TINGGAL DS RAFIZI RAMLI! BENARKAH? PEMILIHAN PARTI KEADILAN!


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli sedang bercuti, kata seorang menteri kabinet susulan khabar angin yang mendakwa timbalan presiden PKR itu telah meletakkan jawatan dalam kerajaan. "Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan mesyuarat kabinet hari ini bahawa Rafizi sedang bercuti beberapa hari. “Tiada peletakan jawatan berlaku, dan khabar angin ini sama sekali tidak benar," kata menteri berkenaan kepada Malaysiakini dengan syarat namanya tidak didedahkan. Keresahan mula timbul di kalangan pemimpin parti susulan keputusan pemilihan cabang yang menyaksikan beberapa sekutu rapat Rafizi tersingkir – memberi isyarat laluan getir buatnya dalam mempertahankan jawatan nombor dua PKR dalam pemilihan kepimpinan pusat bulan depan. Sumber Video/Berita 1. YT Bro ISwardy





Sejak umur 40-an ni, ada 5 perkara yang saya baharu sedar pasal kereta:






1. Tak semua orang kisah kereta apa kita pakai. Bila muda, sanggup cuci hari-hari sebab nak orang puji. Sanggup belanja ribu2 nak kasi laju. Sekarang baru sedar, 90% orang tak tahu pun kita pakai kereta apa. 


2. Orang muda sekarang dah mampu pakai Supercar. Kalau dulu, Tan Sri2 aje yg mampu, sekarang dalam media sosial dah “berlambak” orang  muda pakai supercar. Jadi, tak perlu lah kita berlumba2 atau terkejar2, pakai je apa yang mampu. 


3. Tak kisah kereta apa pun, semua tetap jem dalam trafik. Ada 1000 kuasa kuda atau enjjn V12 sekalipun, tapi realitinya tetap tersekat kat Federal Highway tiap pagi. 


4. Kereta besar bukan lambang kejayaan – kadang lambang hutang. Kemungkinan 9 tahun hutang yang tengah "cekik" setiap bulan.


5. Kereta murah tapi dijaga rapi lebih dihargai dari kereta mewah yang ‘tengok pun seram’. Jumpa orang bawa Proton lama tapi bersih berkilat, semua cantik, dalam wangi — terus rasa hormat.


Kesimpulannya, saya pakai ajelah kereta klasik Mercedes ni. Beli pun cash, xde hutang. Tak berlumba2 dengan  sape bawak rilek2 je. Nak maintain pun murah. Sampai juga ke destinasi…BINI TETAP SAYANG…Dan paling best…kat mana2 orang semua cakap..Arghh Pergh Pengsan Berdiri! 


❤️AZRIL BAHAMAN 

Pengasas Klasik Mercedes Malaysia



GAYA TAKUT HILANG KUASA DAN PANGKAT JA...

 


WOIII.. DOK MERAPU APA NI?

 

Fendi Apple



RAJA KARAOKE MALAYSIA- BUKA MULUT MUHONG... DIA KATA KAT DIRI DIA... MUHONG ATAIH BAWAH.....




Armada Jiwa. 


 









BAGAIMANA AIRASIA MEMBINA KERJAYA KAKITANGANNYA.

 

Mazlan




Belajar takat SPM je pun tapi pegang jawatan tinggi, 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.


Biar betul?


Betul, nama beliau Bo Lingam dan pegang jawatan itu di AirAsia Aviation Group. 


Dalam buku laporan tahunan syarikat tertera nama dan kelayakan SPM beliau. Sedangkan orang lain paling kurang Master.


Bo Lingam ini sebenarnya adalah antara pekerja terawal AirAsia dan merupakan orang kanan Tony Fernandes.


Beliau bekerja di AirAsia dari hari pertama lagi.


Ada lagi yang perlantikan yang dianggap pelik di Malaysia berlaku di AirAsia.


18 juruterbang terawalnya pada asalnya terdiri dari petugas bagasi, petugas kabin, pembantu kabin atau penjaga stor.


Tapi mereka diberi peluang ambil belajar dan ambil lesen jadi juruterbang.


Setiap pekerja AirAsia memang diberi peluang majukan diri.


Sudah jadi polisi syarikat mereka boleh memohon untuk tukar ke jabatan lain selepas tempoh dua tahun bekerja.


Setiap pekerja pula sedaya upaya dilayan sama adil tanpa kira jantina, agama dan kaum.


Ia syarikat penerbangan komersil pertama yang ambil juruterbang wanita.


Jurutera wanita pertama dalam syarikat penerbangan di Malaysia pun dirintis oleh AirAsia pada tahun 2001.


Zaman itu memang pelik di negara kita jika wanita jadi juruterbang dan jurutera.


Banyak juga jawatan-jawatan utama di AirAsia dipegang oleh wanita.


Malah ia syarikat penerbangan pertama yang selarikan usia bersara pramugari sama dengan pramugara iaitu sehingga umur 55 tahun.


Menua dalam atas awan.  😆


....


* Hayati amalan bisnes billionair Melayu, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang boleh kita tiru. Dapatkan di sini 👇


https://tipbiz.ordersini.com/view/s/amalan-bisnes-syed-mokhtar-albukhary



WALAUN OTAK TAK PAKAI

 

Tarmizi Mohd Jam




Gigih walaun ini mohon maaf dengan Menteri WP, Dr Zaleha setelah posting mencaci dan mengutuk beliau viral. Setelah dihimpit oleh natizen, baharulah dia membuat kenyataan maaf, pergi ke Pejabat Menteri WP mencari Dr Zaleha tetapi tak ketemu. 


Akhirnya beliau sempat ketemu pada satu majlis dan mohon maaf serta bergambar dgn Dr Zaleha. Tahniah kerana insaf dan sedar atas kesilapan dan keceluparan posting yang kamu bikin sendiri. Amacam?



SEMBANG SI LEBAI

 


Isu Minyak & Gas: Premier Sarawak Dedah Terima Panggilan Perdana Menteri, Komited Cari Penyelesaian Menang-Menang


BIDIN LOTOT









LONDON: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg mendedahkan bahawa beliau telah menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu waktu tempatan bagi mencari jalan penyelesaian yang harmoni dan adil berhubung isu yang melibatkan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Sarawak dalam sektor minyak dan gas.

Berkongsi berkenaan perkara itu semasa sesi Sarawak Agenda Townhall sempena Lan Berambeh Anak Sarawak 2025, United Kingdom (UK) Edition, Premier Sarawak memaklumkan perkara itu adalah berteraskan pendekatan menang-menang bagi kedua-dua pihak iaitu Petronas dan Sarawak.

"Dalam isu minyak dan gas ini, adalah kita bermain 'bola' sikit-sikit dengan Petronas.

"Pada masa ini, saya pasti anda telah mengikuti perkembangan semasa berkaitan isu ini.

"Namun, kita akan menyelesaikan perkara ini. Malah, Perdana Menteri telah menghubungi saya pagi tadi (Sabtu waktu London) dan kami mencapai komitmen bersama untuk menyelesaikannya.

"Ia merupakan satu pendekatan menang-menang antara pihak kita dan juga Petronas. 

"Penyelesaian ini akan diasaskan kepada keikhlasan bahawa hasil minyak dan gas negara perlu dikongsi secara adil, dan kita telah melaksanakan tanggungjawab kita, meskipun tanpa menerima hasil tambahan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Premier Sarawak memberitahu, fokus utama kerajaan negeri pada masa ini ialah memperkukuh asas ekonomi Sarawak khususnya disokong dengan penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Depan Sarawak dengan penyediaan simpanan sebanyak RM8 bilion.

Jelas beliau, apabila ekonomi kita mencapai tahap kestabilan yang kukuh, hasil daripada pertumbuhan tersebut akan dapat disalurkan kepada rakyat melalui pendekatan pembangunan ekonomi yang tersusun dan menyeluruh merangkumi semua sektor.

"Apa yang sedang kita usahakan kini ialah memperkukuh asas ekonomi negeri. 

"Setelah ekonomi kita benar-benar kukuh, maka hasilnya akan dapat disalurkan kepada rakyat melalui pendekatan ekonomi yang tersusun dalam semua bidang," katanya.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee, Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS), Dato Ibrahim Baki, Peguam Besar Sarawak, Dato Sri Saferi Ali, Setiausaha Kewangan Sarawak Dato Sri Dr. Wan Lizozman Wan Omar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi & Pembangunan), Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel dan Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman selaku moderator sesi town hall itu.

Selain itu, seramai kira-kira 230 orang pelajar di United Kingdom, Jerman dan Perancis telah menyertai program Lan Berambeh Anak Sarawak 2025 UK Edition. -EDISI UKAS

#lbas25uk
#anaksarawak
#SarawakMajuMakmur



PARTI KAU PUN TUNGGU MASA NAK MELINGKUP. ADA HATI NAK MINTA PKR BAIKI DIRI


 

KEH.. KEH.. KEH..


Mukhlis Eddie


 Tak cukup dengan tonggang agama ... 

Optimus Prime pun dia tonggang ..🤭




PKR RUGI BESAR JIKA RAFIZI LETAK JAWATAN. ANDA PERCAYA YANG KELILING PRESIDWN BIJAK DAN JUJUR?

Spark Nauza


 Hebat tak hebat la Rafizi Ramli ni.. dia selalu jadi lauk walaun .





Kat sana kita tau dia ni jadi ancaman walaun... Yg masa jadi kerajaan tak reti buat apa.  


Sapa pernah jadi wartawan era Rafizi selalu carry isu.. Tau la macam mana detailnya maklumat dia bagi.


Dalam parti. Dia ni dianggap 'bridge' antara pemimpin senior parti dan pemimpin baharu.. 


Dalam kerajaan.. dia la pencetus IPR.. tanam cili, buat mesin gedegang yg bantu ekonomi ramai orang.


Tu belum kira dasar beri kelulusan peruntukan projek2 pemilihan infra di kampung-kampung dan kawasan perumahan.


Kesimpulan.. 


Kita perlukan pemimpin macam Rafizi .. geliga dan bekerja.


Bukan pilih kepimpinan walaun yg suka menghina.. Mencaci sambil letak ikon ketawa.


Rileks la.. Rafizi cuti je... Bukan keponteng tapi ambik gaji.



SEMBANG.... DENGAN PSM PUN BUNGKUS


 

JALANRAYA HITAM SANA SINI. SAMPAI ULU BANAT PUN DIBAIKI.




PAS NAK SERTAI KERAJAAN? BERSATU NAK AJAK UMNO ? TAK PAYAH LA...WALAUN MEMANG TAK LEH PAKAI.


 

MANA SAMA UMNO DAN BERSATU ? JOM DENGAR BAGAIMANA BERSATU NAK LINGKUPKAN UMNO DAN PERANAN HAMZAH ZAINUDDIN.


 

Saifuddin Saman Fitnah “Tam Jebat” (Cytro pro Sanusi)


Sham Ghaz.


1. Fitnah Saifuddin dalang serbuan SPRM ke pejabat Persatuan Bola Sepak Kedah Kedah







2. Mengejek Saifuddin derma RM200,000 sumbangan kepada pemain bola sepak Kedah sempena Aidilfitri.


Pengurusan kes 9 Jun 2025. 


Saman saman lain bakal menyusul. Terbaik SN! Jalan Terus