Oleh MOHD ALI HASHIM / December 19, 2021
Banjir besar: Kerajaan Persekutuan perlu hulur segera bantuan - Exco Selangor
Situasi banjir di Selangor yang memburuk seharusnya ditangani
segera oleh Kerajaan Persekutuan 24 jam lebih awal.
Menurut Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan
Usahawan Selangor, Rodziah Ismail, sehingga malam tadi bantuan daripada agensi
Persekutuan masih banyak yang tersangkut manakala aset aset penting yang
dimiliki pasukan keselamatan misalnya belum dikerah sepenuhnya.
"Yang kita sedih bila mana kita mohon bantuan pihak bomba atau polis dan sebagainya, balai polis pun tenggelam.
"Saya rasa Kerajaan Persekutuan perlu cepat sikit bangkit dan bantu kami di Selangor. Ini bukan perkara main main. Walau Perdana Menteri dah umum tetapi dia sepatutnya umum pagi semalam.
Rodziah Ismail
"Sekarang dah hampir 24 jam banjir berlaku, kalau nak
harapkan jentera kerajaan tempatan (PBT) kita tak mungkin dapat
melaksanakannya.
"Kami dari subuh hingga ke subuh tidak berehat memberi bantuan. Apa yang kita harapkan, mana mana yang ada bahan mentah seperti sayur, ayam, telur hantarlah ke pusat khidmat. Atau sapa sapa yang boleh masak untuk 10, 20 orang pergilah hantar ke pusat pemindahan," katanya dalam satu siaran video.
Menurut Rodziah lagi, DUN Batu Tiga, Shah Alam yang diwakilinya masih terdapat kawasan yang tidak mendapat bantuan makanan kerana terputus hubungan darat sama sekali.
Katanya, mangsa banjir berjam jam menahan lapar dan hal itu tidak sepatutnya berlaku.
"Saya menyiapkan makan malam untuk dihantar ke beberapa pusat pemindahan sementara di DUN Batu Tiga
"Kita pun sudah habis barang makanan untuk disediakan. Apa yang ada di pusat khidmat kita berikan.
"Apa yang merisaukan saya, banyak lagi pusat pusat pemindahan tidak dapat disediakan makanan dan juga kita nampak Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak dapat menghulurkan bantuan disebabkan mereka terkandas," katanya.
Dalam pada itu, Rodziah menyeru agar orang ramai yang tidak terjejas banjir agar membantu sesiapa sahaja di kawasan kejiranan mereka, sama ada memperhatikan keselamatan, memeri makanan atau membantu apa yang termampu.
'Minta Kerajaan Persekutuan beri bantuan segera mangsa banjir' - Anwar
Mangsa banjir di Selangor yang
telah berada di pusat pemindahan banjir melebihi 24 jam masih tidak memperolehi
peralatan tidur dan makanan yang sempurna, perlu diberi tumpuan oleh Kerajaan
Persekutuan.
Hal itu ditegaskan oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas melawat mangsa banjir di sekitar DUN Pelabuhan Kelang, pagi tadi.
Katanya, Kerajaan Persekutuan yang mempunyai aset pasukan keselematan sepatutnya boleh menghulurkan bantuan segera dengan apa cara sekali pun termasuk melalui udara.
Anwar meninjau kawasan yang tenggelam akibat banjir
"Agensi-agensi kerajaan mesti proaktif dan cepat menghantar bantuan, terutamanya makanan panas, selimut dan barang keperluan anak-anak yang masih kecil.
"Saya gesa Kerajaan Negeri dan Persekutuan beri jaminan tegas terhadap kebajikan semua mangsa banjir.
"Semua Pusat Pemindahan Sementara juga mesti dipastikan lengkap dengan kemudahan asas bagi menjamin keselesaan mangsa-mangsa banjir.
"Kita tidak mahu sikap dan prestasi sambil lewa dan usah menambah beban yang dipikul rakyat," katanya.
Dalam kunjungan beberapa jam ke pusat pemindahan berkenaan mangsa mangsa mengadu kepada Datuk Seri Anwar mereka tidak mendapat bekalan makanan dan peralatan peribadi secukupnya dari agensi agensi Kerajaan Persekutuan yang mempunyai peruntukan khas bencana alam.
Bantuan segera diterima daripada kerajaan Selangor yang kurang persediaan menghadapi banjir pada skala besar.
ADUN Pelabuhan Kelang lawati semua kawasan terlibat banjir
Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Kelang, Azmizam Zaman Huri berusaha
gigih mengharungi banjir dalam membekalkan bantuan makanan kepada mangsa mangsa
banjir di pusat pemindahan, masjid mahu pun yang terperangkap di tingkat atas
bangunan.
Menurut satu muatnaik di Facebook beliau, bantuan yang dihantar oleh syarikat berkaitan kerajaan, MBI Selangor disempurnakan ke beberapa pusat pemindahan banjir, dan lebih banyak bantuan diperlukan berikutan mangsa semakin meningkat.
"Saya berkesempatan menziarahi beberapa Pusat Penempatan Banjir di dalam kawasan DUN Pelabuhan Klang. Mangsa-mangsa banjir semakin bertambah dari semasa ke semasa.
"Saya juga sempat menziarahi sebuah Pusat Tahfiz Ar Riduan di Telok Gong yang juga telah dinaiki air banjir. Kesian saya tengok mereka dan sempat juga saya memberikan sedikit sumbangan makanan dan kata-kata semangat kepada anak-anak Tahfiz ini. Saya minta mereka doakan semoga semua selamat menempuhi dugaan dan ujian Allah ini.
"Banjir besar yang berlaku di kawasan DUN Pelabuhan Klang masih lagi belum surut. Bersama kita berdoa semoga ianya segera berakhir.
"Saya merayu kepada mana-mana pihak yang berkemampuan untuk turut serta menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan DUN Pelabuhan Klang dan boleh hubungi pejabat saya di talian 017-2434200," katanya.
Selain itu, beliau juga menmgucapkan penghargaan kepada semua pihak terutama sekali pihak Bomba yang telah bertungkus lumus memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir daripada awal sehingga kini.
Demi pesakit, doktor kayuh basikal redah banjir
PETALING JAYA: Hujan lebat disusuli banjir tidak langsung mematahkan keazaman seorang doktor untuk melakukan pemeriksaan terhadap pesakitnya.
Dr Shathiskumar Govindaraju, sanggup meredah banjir menggunakan basikal walaupun menyedari tindakan itu cukup bahaya selepas terserempak dengan ular dan biawak, dalam perjalanan ke hospital termasuk melawat pesakitnya, semalam.
Pakar kardiologi itu berkata, beliau mahu melakukan pemeriksaan terhadap dua pesakitnya yang ditempatkan di unit rawatan rapi dan seorang lagi pesakit jantung di Pusat Perubatan Bukit Tinggi, Klang, di mana tempatnya bertugas.
“Isteri saya memberitahu saya untuk menunggu dulu sehingga petang sebelum ke hospital kerana banjir dan hujan lebat, dan katanya biarkan jururawat saja menjaga pesakit itu buat sementara.
“Namun, saya mendapati hujan seperti tidak akan reda dan paras air semakin meninggi, jadi saya tidak mahu lagi menunggu lama.
“Saya tidak dapat memandu pacuan empat roda (4WD) kerana kenderaan itu sudah separuh ditenggelami air. Jadi, saya ambil keputusan naik basikal sahaja,” kata doktor berusia 40 tahun itu kepada FMT.
Shathiskumar berkata, pengalaman meredah banjir menggunakan basikal pasti sukar dilupakan kerana beliau tidak pernah menempuh pengalaman seumpama itu sebelum ini dalam kerjayanya.
“Ia pengalaman menakutkan kerana terserempak dengan beberapa ular dan biawak dan saya kena pastikan tidak berada berdekatan dengan haiwan terbabit.
“Ada dua tasik berdekatan, dan saya melihat beberapa ular dan biawak di sana. Tetapi, melihat haiwan itu di tasik dan melihat sendiri haiwan itu menelusuri banjir adalah dua pengalaman berbeza sama sekali.
“Syukur, haiwan yang berada berdekatan dengan saya adalah lipan saja,” katanya.
Walaupun berdepan kemusnahan disebabkan banjir, Shathiskuma turut menerima ihsan daripada orang tidak dikenali.
Dua orang budiman menawarkannya pengangkutan, di mana situasi pertama dalam pertengahan jalan ke hospital, manakala situasi kedua dalam perjalanan pulang ke rumah.
“Saya melihat orang tidak dikenali sudah menghulurkan bantuan. Dalam situasi normal, kita mungkin tidak bercakap pun kalau berjumpa.
“Kebiasaannya, saya mengambil masa tujuh minit sahaja untuk sampai ke hospital dari rumah, namun semalam ia mengambil masa setengah jam kerana terpaksa berhati-hati meredah banjir.
“Jadi, saya bernasib baik orang yang tidak dikenali ini sanggup menumpangkan saya,” katanya.
DAP DAN AMANAH EKSTREMIS, PAS DAN UMNO PARTI APA PULA?
“Akhirnya, kesemua pihak dalam PH, termasuk wira-wira kaum ini, tersungkur dalam bingkai perkauman yang direka oleh UMNO dan PAS,” ujarnya.
Beliau berkata jika semua pihak bersatu di bawah naratif jalan tengah Malaysia, PAKATAN HARAPAN mampu menjadi gabungan yang mantap untuk kembali memimpin dan membina negara dengan lebih baik.
TERBARU !! Bukan Hanya Pembayaran Dengan Minyak Sawit Banyak Keuntungan ...
Buat pertama kali, Malaysia akan memiliki kemudahan pemasangan akhir pesawat pejuang. Kemalak Systems telah mencadangkan kepada KAI untuk mewujudkan kemudahan pemasangan akhir pesawat FA-50 itu di Malaysia dan KAI telah bersetuju dan menyertakannya di dalam tawaran mereka kepada Kementerian Pertahanan,” kata Mohd Iswandi.
UMNO jangan lupa mudah lupa diri, tidak ada istilah ‘abang besar’: Muhyiddin
Tan
Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan UMNO supaya tidak mudah lupa diri dan kembali
menjadi angkuh apabila mahu membuat keputusan sesuka hati tanpa berbincang
dengan rakan parti komponen kerajaan lain.
Presiden
Bersatu itu berkata sedemikian selepas terdapat desakan dalam UMNO yang mahu
pilihan raya umum (PRU) diadakan dengan segera dan seakan-akan parti dipimpin
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan
tarikh pilihan raya diadakan tanpa berbincang dengan parti lain dalam kerajaan.
“Kita
dengar di luar, kata PRU nak sampai (sudah dekat) tapi sebenarnya bukan Umno
(sahaja) yang tentukan.
“PN
akan duduk bincang (bersama) bila masa yang sesuai. Ini antara terma untuk
sokongan kita (terhadap Ismail),” katanya ketika ketika berucap dalam
Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di Kuala Lumpur, hari ini.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata malah Perdana Menteri (PM)
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga mengakui kerajaan yang terbentuk sekarang
bukan kerana majoriti yang dimiliki UMNO semata-mata dan menasihati UMNO supaya
jangan mudah terlupa diri.
“Sebagaimana disebut Perdana Menteri (Ismail Sabri) sendiri,
dia kata UMNO kembali memegang tampuk kerajaan bukan parti itu ada jumlah
kerusi majoriti atau bukan kerana UMNO menang… kerana sokongan diberikan
parti-parti dalam PN (Perikatan Nasional) dan Ahli Parlimen Bebas yang
menyokong kita.
“Jadi saya nak pesan sesetengah pihak dalam Umno ni, bukan
semualah… hormatlah kita ni sikit, ‘there’s no big brother’ (kita) sama saja…
jangan mudah lupa diri,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,600
perwakilan.
“Kena cakap lembut saja, takut salah faham, bukan kerana
takut…,” katanya lagi.
Muhyiddin yang juga Pengerusi PN itu juga berkata, walaupun
UMNO membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU015 yang
disifatkannya sebagai “menakjubkan”, parti di bawah gabungan itu tetap
memberikan sokongan kepada PM dari UMNO untuk menerajui negara sehingga
Parlimen dibubarkan.
“Kita berikan sokongan kepada Perdana Menteri dan kita
bersama beliau dalam kerajaan… Ya, saya tiada dalam kerajaan tetapi saya
Presiden parti yang menyokong kerajaan dan sokongan ini berdasarkan terma-terma
tertentu.
“Kita tandatangani perjanjian persefahaman yang mana ada
terma-terma yang perlu dipatuhi dan diikuti yang telah kita setuju bersama,”
katanya lagi.
Beliau juga berkata selagi terma-terma tersebut dipatuhi,
selagi itu jugalah sokongan akan diberikan kepada kerajaan Ismail Sabri.
“Kita tak dedahkan cuma kita bagi tajuk saja, dan selagi mana
terma-terma ini dipatuhi selagi itulah kita beri sokongan sehingga tiba masa
sesuai untuk diadakan PRU-15,” katanya.
Mengenai tempoh sesuai untuk diadakan PRU-15, mantan PM itu
berkata, perkara berkenaan berdasarkan budi bicara dan persetujuan semua parti
yang menyokong kerajaan, bukan mengikut keputusan satu parti saja.
KUMPUL LAH KEKUATAN DAN KAMI TETAP BERSAMA PKR
Saya tidak suka cakap ulang-ulang... bosan. Dari awal saya cakap seseorang tak kira siapa tua atau muda akan belajar melalui pilihan mereka. Reform PKR saya dah tulis awal dan berhati2 dengan mereka yang tiba2 muncul dan mencipta pelbagai tohmah dan mehnah.
Saya sayang perjuangan dan yakin dengan Reformasi. Jika DS Anwar Ibrahim masih menjadi hero maka harapan untuk Malaysia diselamatkan tidak akan berjaya. Saya sedih jika ini berlaku. Legasi Reformasi juga akan terkubur dan mungkin diciplak dan dipopular semula oleh pihak lain yang lebih muda.
Anwar Ibrahim mesti lakukan sesuatu sebelum semua pengorbanan beliau selama lebih 5 dekad menjadi sia-sia dan tidak releven lagi. Saya masih TIDAK nampak orang lain yang boleh selamatkan Malaysia selain Anwar Ibrahim. Saya amat sedih jika harapan saya lebih 2 dekad melihat DSAI menerajui negara melalui perubahan, hancur ðŸ˜
DSAI plese do something, please stop wandering, we need you to put your feet firmly on the ground and lead to save this country and its people. Please don't let us down. You are our only hope.
PRN Melaka and Sarawak should enable you differentiate friends from foe. If we can see who they are, why can't you? Didn't you learn anything at all from Azmin? It took you so long and much destruction to the party before he was driven out! Would you repeat and destroy our hopes further? Our hope lies in you. You have a big responsiblity to the people who supported you for a better, cleaner, harmonious and just Malaysia. Please get a grip of yourself and stay focus on the agenda. Please. Please save Malaysia, Please save the people.
DSAI, kumpul semula orang-orang lama, yang masih setia menyokong DSAI dan Reformasi. Kami ingin menyatakan sesuatu kepada DSAI. Jangan pinggir kami, doa-doa kami yang senantiasa untuk DSAI dan perjuangan Reformasi. Kami masih bersama kerana yakin dengan perjuangan DS dan yakin DS masih boleh lakukannya jika DSAI tegas dan tidak membenarkan sesiapa baik dari dalam mahupun luar mengkhianati perjuangan ini.
DSAI kami berjuang disamping DSAI TANPA apa-apa harapan selain sebuah negara yang ditadbir dengan baik, bersih, harmoni dan adil. Ia amat berbeza dengan team baru yang lebih muda, yang mempunyai agenda untuk menyerlah dengan menumpang nama DSAI dan memiliki jawatan serta kepentingan dan kuasa dalam parti. Walau parti bergerak dengan progresif dan hebat TETAPI gagal menambat hati rakyat untuk bersama dan memahami betapa pentingnya Malaysia direformasi. Will you not ever learn? How long more do you need to finally decide to help Malaysia?
Saya menegur kerana saya yakin DSAI mampu cuma saya sedih DSAI tidak fokus untuk melabuhkan bahtera penuh dengan penumpang yang sangat berharap DSAI mendarat di pulau impian. DSAI kita sudah belayar dan tersasar terlalu lama. Sampai masa kita mendarat. Jangan sampai kata-kata bahawa Tun M yang memenangkan PH menjadi kenyataan, sedangkan yang bekerja keras adalah penyokong bawahan yang fokus dengan agenda Reform dan gerak kerja tersusun dan penuh displin Rafizi Ramli yang menyumbang kepada kemenangan. Jangan sampai menjadi buah mulut parti lebih terarah TANPA DSAI menerajui.
Kami bertungkus lumus bekerja, berdoa agar DSAI bebas untuk memimpin kami. Kami masih menunggu walau kami sedar sedikit demi sedikit kami ditolak ke tepi dengan kehadiran orang-orang baru dengan langkah smart TANPA isi. Maaf saya menegur kerana saya sayang dan yakin dengan REFORMASI yang pernah DSAI laungkan suatu masa dahulu.
Sejak laungan bersemangat DSAI lebih 2 dekad lalu, negara-negara jiran yang sudah reform dan rakyat mereka merasai kerajaan dan keadaan lebih baik dan teratur, sedangkan Malaysia terus mengundur dan mundur!
In you we trust
KakIdaAbd
19 Disember 2021
KAH..KAH..SAMPAI PKR PUN NAK DIKOMEN..BAIK TAK PAYAH MASUK CAMPOQ LA..MASA RAMAI YANG MENANG..KAU TETAP KALAH .....KALAU SEKADAR NAK SURUH JOIN ATOK HENTIKAN LAH..
Kekalahan PRN Melaka berulang di Sarawak, PH perlu ambil iktibar
Kekalahan Pakatan Harapan (PH) untuk kali kedua dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak semalam selepas pilihan raya negeri (PRN) Melaka baru-baru ini seharusnya menjadi iktibar kepada pimpinan PH khususnya PKR dan DAP sebagai parti lama.
Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Datuk Khairuddin Abu Hassan melalui kenyataan beliau kepada Malaysia Dateline hari ini berkata, sejak memorandum persefahaman dimeterai dengan kerajaan yang ditunjangi oleh Umno, rakyat benar-benar hilang hormat terhadap PH.
“Terbukti dalam PRN Sarawak, gabungan PH tewas teruk kepada GPS apatah lagi DAP juga hanya mampu meraih dua kerusi dan PKR juga tidak mampu memperolehi kemenangan yang diharapkan.
“Sejarah PRN Melaka berulang kembali dengan kekalahan di Sarawak secara tidak masuk akal walaupun pimpinan DAP bersikap ‘superiority complex’ yang terlalu tinggi dengan membuat percaturan politik baru untuk PH.
“Sebetulnya dari awal lagi telah diingatkan bahawa tindakan memeterai MoU dengan kerajaan yang dipimpin oleh Umno juga dibayangi oleh pemimpin-pemimpin kleptokrasi yang bakal ‘membunuh’ masa depan politik PH,” ujar beliau.
Namun begitu katanya, gambaran jelas yang sedang diperlihatkan oleh majoriti rakyat kini ialah menghukum kesilapan PH dengan menolak melalui keputusan PRN Melaka dan juga PRN Sarawak.
Sejajar dengan itu, Pilihan Raya Umum ke 15 yang akan datang bakal memberi impak kepada PH dan dibimbangi akan menerima nasib yang sama seperti mana yang diterima dalam kedua-dua PRN baru-baru ini.
Tambah beliau, poercaturan dan kepimpinan politik yang berpaksi kepada ‘pecah dan perintah’ sudah tidak sesuai lagi di kaca mata rakyat tatkala ini.
PAK LONG..DEPA KATA JANGAN DOK MAI MELAWAT SAJA....
PETALING JAYA: Seorang pemimpin pembangkang menuduh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob ‘bersandiwara’ mengenai isu banjir yang membelenggu negara, dengan ribuan penduduk memerlukan bantuan, termasuk di Lembah Klang, manakala kerosakan harta benda dianggarkan ratusan juta ringgit.
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata tindakan Ismail meminggirkan beliau dan wakil rakyat lain dalam program lawatannya ke Klang menunjukkan beliau tidak berminat mengetahui masalah yang menghimpit penduduk di situTindakan Ismail “berjalan ke pusat pemindahan banjir dan berbual sekejap dengan mangsa…sahaja tidak mencukupi,” kata pemimpin DAP itu.
Santiago kecewa kerana Ismail tidak mengamalkan slogan Keluarga Malaysia yang sering dicanangnya, sebaliknya memulau wakil rakyat daripada parti politik pembangkang.
“Beliau juga tidak berminat mengenai apa sebenarnya berlaku di lapangan dan bagaimana kita boleh bekerjasama membendung isu banjir ini,” kata beliau.
Mangsa banjir di Klang kini menghampiri 10,000 orang yang diselamatkan pelbagai agensi penyelamat untuk ditempatkan di 32 pusat pemindahan sementara (PPS).
Klang disifatkan daerah paling teruk terjejas banjir di Selangor susulan hujan lebat sejak semalam.
Sistem perparitan dan pengairan yang tidak mampu menampung jumlah hujan berterusan sekian lama disebut antara punca utama kekerapan banjir di Klang.
Seorang penduduk Kampung Delek Kiri, Klang, Abdul Basir Abdul Hadi, 55, berkata, ini adalah kejadian kali kelima kampung tersebut dilanda banjir dengan kali ini adalah insiden terburuk sehingga mencecah hampir satu meter pada malam kelmarin, Kosmo melaporkan.
Katanya, pembangunan pesat dan tidak seiring dengan peningkatan kemudahan prasarana terutama longkang dan parit memudahkan kawasan ini ditenggelami banjir.
“Kami sudah penat dan serik, bukan sekali tetapi lima kali banjir di kampung ini yang mempunyai kira-kira 10,000 penduduk.
“Malam tadi (kelmarin) saya terpaksa memindahkan kambing, ayam dan itik ke lokasi lebih tinggi,” katanya.
Santiago berkata sebagai Perdana Menteri, Ismail sepatutnya mendapatkan maklum balas daripada wakil rakyat sepertinya tentang cara berkesan untuk menangani masalah banjir.
“Tetapi saya mahupun ADUN kawasan tidak dimaklumkan (mengenai lawatan Ismail). Sudah tentu jika berpeluang, saya mahu menyampaikan kepada Perdana Menteri kenapa kerajaan harus meluluskan peruntukan segera untuk membendung banjir yang kerap berlaku,” katanya.
Kenyataan Santiago itu menarik pelbagai komen warganet, termasuk kritikan terhadap tindakan Pakatan Harapan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Ismail sebelum ini.
“Adakah anda terkejut (dengan tindakan Ismail)? Kenapa parti anda menandatangani MoU dengan beliau?” tanya Darren Chan.
Ismail “hanya ke pusat pemindahan untuk tunjuk muka, ia tidak kena mengena dengan Keluarga Malaysia, ia (lawatan ke Klang) adalah untuk dirinya sahaja,” ujar Teck San Low.
PM orang lain, pemimpin parti orang lain, itu tak jadi, kata Ku Li
PETALING JAYA: Umno perlu melaksanakan proses ‘reboot’ terlebih dahulu sebelum berdepan pilihan raya umum (PRU) ke-15, kata bekas Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah.
Beliau berpandangan bahawa ia bagi membolehkan parti itu menghadapi PRU15 dengan lebih berkesan dan bukannya dalam keadaan terumbang-ambing.“Bagi saya sendiri, jika kita nak menghadapi pilihan raya dengan lebih berkesan mesti ada reboot energy atau reboot force sebelum kita hadapi rakyat. Kita tidak boleh terumbang-ambing macam ini.
“Kalau PM orang lain, orang memimpin parti lain, itu tak jadi. Kita tak dapat menyatukan tenaga kita. Bukan bererti orang sama jadi Perdana Menteri, tetapi kena bersatu hatilah walaupun orang berlainan.
“Apabila ada pemikiran begitu, kuatlah kita untuk dapat balik kuasa yang hilang sebab fitnah atau mungkin kerana kempen pihak lawan hebat. Sekarang kita kena bersatu, bersih imej dan nama baik Umno. Kalau tidak, susah kita nak hadapi rakyat,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Gua Musang di Bukit Cekati, semalam.
Pandangan beliau itu bagaimanapun dilihat tidak senada dengan pendirian Pemuda dan Puteri Umno yang dilaporkan menggesa supaya pemilihan parti hanya diadakan selepas PRU15.
Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, keputusan sama ada untuk menangguh atau meneruskan pemilihan parti adalah bergantung kepada Presiden atau Majlis Tertinggi Umno dan beliau menghormatinya.
Terdahulu, sebagai respons kepada desakan Pemuda dan Puteri Umno, Timbalan Presiden, Mohamad Hasan berkata, keputusan berkaitan pemilihan akan diputuskan selepas kelima-lima pemimpin tertinggi parti berbincang.
Mengulas mengenai usul kebanyakan bahagian supaya Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai Perdana Menteri hingga tamat penggal pada 2023, Tengku Razaleigh berkata, beliau turut menyokong kepimpinan Ahli Parlimen Bera itu.
Namun lebih utama katanya, adalah lebih baik untuk pimpinan kerajaan tidak ‘bergantung’ kepada mana-mana pihak yang tidak ada kena mengena dengan Umno, selaras dengan usul diluluskan dalam perhimpunan agung yang lalu.
“Kita dah putus hubungan dengan Bersatu. Kita menang dulu atas tiket BN iaitu Umno, MCA, MIC. Bukan macam sekarang, dikongkong orang yang tak ada kena mengena, itu berlawanan dengan usul yang diluluskan dalam perhimpunan agung.
“Parti yang ada dalam kerajaan sekarang bertentangan dengan Umno, melanggar disiplin parti. Usul ini keputusan besar dibuat parti yang tidak boleh dimain-mainkan atau buat ikut suka hati kita,” tegasnya.
SHAH ALAM PERLU BANTUAN SEGERA
HAMZAH RIE NA
Taman Sri Muda Shah Alam. Mereka amat2 memerlukan bantuan. Mohon disegerakan penghantaran bantuan buat mangsa2 banjir ini.
Ya Allah kami tak mampu menanggung ujian berat ini, Engkau ringankanlah ujian buat kami dan cekalkan hati kami untuk redha dengan ikhlas.
Mana bot, heli atau apa2 bentuk bantuan dari badan yg berwajib terutama dari KERAJAAN #ismailsabri ?
Lebih 14,000 mangsa banjir dipindahkan setakat pagi Ahad
Kanak-kanak bermain air banjir
berikutan hujan lebat sejak semalam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette
di Kampung Jalan Kebun Seksyen 30 Shah Alam,
Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 18 DISEMBER 2021.
KUALA LUMPUR – Lebih 14,000 mangsa banjir
berada di pusat pemindahan sementara (PPS) dengan Pahang mencatatkan jumlah
mangsa tertinggi iaitu 5,189 orang pagi ini.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM), tujuh daerah di Pahang iaitu Raub, Lipis, Bentong, Jerantut,
Maran, Kuantan dan Pekan dilanda banjir dengan 116 PPS dibuka setakat 9 pagi.
Banjir turut menyebabkan laluan di Lebuhraya
Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) ditutup di kedua-dua hala membabitkan Kilometer (KM)
113.4, KM84.6, KM198.7 dan KM74.4 setelah dinaiki air manakala hanya kenderaan
berat dibenarkan melalui KM75.1.
Pemegang konsesi lebuh raya itu, ANIH Bhd
memaklumkan KM66.4 hingga KM66.1 arah ke Kuala Lumpur juga masih ditutup bagi
kerja pembersihan akibat banjir lumpur, selain kejadian tanah runtuh
menyebabkan KM67.8 dan KM69.5 ditutup bagi semua kenderaan untuk laluan ke ibu
negara.
Hujan berterusan juga menyebabkan bacaan di 19
stesen sungai di Pahang melebihi paras bahaya antaranya Sungai Jelai di Lipis,
Sungai Tembeling (Jerantut), Sungai Bentong (Bentong), Sungai Semantan
(Temerloh), Sungai Pahang (Temerloh) dan Sungai Lembing serta Sungai Belat di
Kuantan.
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan
lebat berterusan peringkat bahaya akan berlaku di Cameron Highlands, Lipis, Raub,
Jerantut, Bentong dan Kuantan hari ini manakala Temerloh, Maran dan Pekan
dijangka dilanda hujan lebat berterusan tahap buruk.
Di SELANGOR, Ibu Pejabat Polis
Kontinjen Selangor memaklumkan beberapa jalan ditutup untuk laluan kenderaan di
sesetengah kawasan susulan banjir.
Jalan-jalan tersebut termasuk di bawah seliaan
kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Klang Utara, Sungai Buloh,
Subang Jaya, Kuala Langat, Sepang dan Shah Alam.
Sementara itu, Info Bencana JKM memaklumkan
4,596 orang dipindahkan setakat 7 pagi ini, membabitkan pembukaan 55 PPS.
Di KELANTAN, mangsa banjir terus
menunjukkan peningkatan setakat 8 pagi ini, dengan 3,652 orang daripada 826
keluarga ditempatkan di 44 PPS.
Pegawai Bahagian Pengurusan Bencana dan
Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kelantan Kapt Mohd Hanif
Omar berkata 21 PPS dibuka di Kuala Krai, 15 di Gua Musang, empat di Jeli dan
masing-masing dua di Tanah Merah dan Pasir Mas.
Portal rasmi eBanjir Kelantan melaporkan lima
sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di
Tangga Krai, Kuala Krai yang merekodkan bacaan 27.06 meter (m), Sungai Kelantan
di Jambatan Guillemard (16.94 m), Sungai Lebir di Tualang (36.59 m), Sungai
Golok di Jenob, Tanah Merah (24.01 m) dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir
Mas (10.04 m).
Di TERENGGANU, jumlah mangsa
banjir di negeri itu meningkat sedikit kepada 261 orang daripada 88 keluarga
setakat 9 pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana
Negeri Terengganu dalam satu kenyataan memaklumkan Dungun merupakan
satu-satunya daerah yang dilanda banjir ketika ini dengan tiga PPS beroperasi.
Di MELAKA, jumlah mangsa banjir di
negeri itu meningkat kepada 563 orang daripada 112 keluarga melibatkan daerah
Alor Gajah dan Melaka Tengah.
Di NEGERI SEMBILAN, Jabatan Kerja
Raya (JKR) Daerah Seremban memaklumkan laluan menuju Jalan Seremban-Simpang
Pertang yang menghubungkan jalan Pantai dan Jeram Toi, Jelebu ditutup sementara
kepada pengguna jalan raya susulan tanah runtuh di kawasan tersebut malam tadi.
Pengarah APM Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd
Syukri Madnor berkata mangsa banjir di negeri itu terus meningkat kepada 413
individu daripada 96 keluarga dan 10 PPS dibuka setakat 8 pagi ini.- BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)