REAL UNTUK RAKYAT IALAH SEBAGAIMANA IPR


 Eddy Gordon Zul





Dah start dah game bullshit project Hartanah dan panggil tu

 "pembanggunan".Ingatkan nak berlainan dari gomen sebelum ni.


Kalau  bukak "Naratif Ekonomi Madani",  akan jumpa sebenaqnya gomen madani ni berhasrat nak jadikan DDI sebagai KPI Kerajaan Madani.DDI ni ialah Direct Domestik Invesment dimana 5 GLCI dikenalpasti untuk invest besar besaran dalam ekonomi Malaysia sendiri.


Kalau DDI ni diterjemah dengan projek hartanah tempatan, memang baik takyah tuka kerajaan,takyah panggil madani pon takpa. Sama ja.


Takat ni yg dapat faedah polisi ni ialah Stock Market.Memang ada GLCI bawak balik untung luar negara labur ke Malaysia. Dan kalau DDI diterjemah dalam segala mak nenek IPR dan extension of the project, tu baru real madani.


Since Naratif Ekonomi Madani ni kemungkinan besar ditulis oleh Rafizi, maybe yang sebeno2 madani tu Rafizi.Bukan Bang Non pon.


PMx tu cuma bekas UMNO.Madani dah mati.



UMNO MELAWAT LONDON. BUKAN SAJA SAJA MELAWAT.

 


Sejumlah pemimpin Umno dilihat menyertai lawatan kerja empat hari Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi ke United Kingdom yang bermula pada 1 Jun lalu.





Berdasarkan gambar yang dimuat naik di media sosial, Malaysiakini menganggarkan sekurang-kurangnya 12 pemimpin Umno kini berada di kota London.


Tiga daripada mereka merupakan pegawai Zahid sendiri – setiausaha politik Megat Zulkarnain Omardin (Ketua Umno Selangor), Razlan Rafii (Ketua Umno Seputeh) dan setiausaha akhbar Fadzmel Fadzil (exco Pemuda Umno).


Berita penuh: https://mk.my/j6VBFNJ



DUIT RAKYAT DI LONDON BAWA BALIK MAI


 

APA MAKSUD REZAB BANK NEGARA MENINGKAT? JOM UN KITA PAHAM PAHAMKAN... JANGAN IKUT PADLI N AFNAN...TAK LEH PAKAI.


 

CERITA HUTANG BELANJAWAN DEFISIT NI... TOBAT WALAUN NAK PAHAM. MP DEPA PUN TAK KETAHUAN.. MACAMANA WALAUN NAK PAHAM

 


ELOK RELAX

 Norshidah Md Daud


Sekarang aku nak relax2 je, malas nk bedal lebai especially Mokhtar Bin Senik 

So dia boleh mintak sedekah dgn aman & tenteram skrg

Biarla dia nk wt ape pun, pandai2 la bebudak parti jwp 


Petang td & smlm pun dia ada wt post yg boleh dikenakan saman

Pasal pemuda Amanah Terengganu 

Lepas ramai bantai, dia delete dah post tu

Sengaja aku malas nk screenshot, lantak korang la kan


Lagipun dok pikir2, buang masa aku je 

Mana tau kot nnt Nuar invite dia join Perpaduan 

Buang masa aku je

Kepala hotak Nuar tu bukan leh kira

Skrg ramai org tua jd bodo, aku syak sebab vaksin la


Tambah2 lg dok pikir, umah bini tua Mokhtar Bin Senik tu dekat gila dgn umah Dr Fuziah Salleh 

MEDIS tu lg la dekat

Jalan kaki 5 min smpai dah

Bukan dia x nmpk MEDIS tu bertahun2 x siap, x logik lak dia xtau Mokhtar Bin Senik tu mintak sedekah selama ni 

Dia lak dulu Mantan Timbalan Menteri Agama

Langsung x terpikir nk ambik tindakan 

Maklumla bz mengipas kan 


Budak2 Keadilan Pahang pun wt bodo je, sibuk dok tunggu bakul makanan 

Sama je taraf dok mintak sedekah mcm Mokhtar Bin Senik 

Taraf2 sampah



KESIHATAN USTAZ HASLIN SEMAKIN BAIK

 







Alhamdulillah!!! 🙌

Segala puji bagi Allah – Tuhan yang Maha Menyembuhkan segala penyakit.

👋 Assalamualaikum semua, saya ialah Ustaz Haslin Baharim, ingin berkongsi satu kisah yang benar-benar saya alami dalam 2 bulan lepas.

🕌 Sebagai seorang ustaz yang sering bergerak ke sana sini untuk menyampaikan dakwah, bertemu masyarakat dan terlibat dalam aktiviti sosial – tekanan kerja, jadual padat dan perjalanan jauh telah menjejaskan kesihatan saya.

😔 Keadaan menjadi semakin serius – tangan dan kaki saya mula membengkak dan sukar digerakkan, sampai saya terpaksa berhenti mengajar untuk sementara waktu kerana sudah tidak mampu berjalan seperti biasa. Setiap kali rukuk, sujud atau berjalan – semuanya menjadi perjuangan menahan sakit. Saya sangka mungkin saya akan terpaksa duduk di atas kerusi roda sepanjang hayat.

✨ Tetapi Subhanallah – Allah Maha Penyayang dan Maha Mengatur.

🤲 Allah telah aturkan untuk saya bertemu semula dengan seorang sahabat lama, yang telah memperkenalkan saya kepada Ibu Ida Dayak – seorang tabib terkenal yang mewarisi ilmu perubatan tradisional Dayak di pergunungan Kalimantan. Selepas diperiksa dan dirawat, saya diberikan 3 botol Minyak Urut Dayak dan dinasihatkan untuk sapu secara konsisten 2 kali sehari pada bahagian yang bengkak – dan Alhamdulillah, selepas 2 minggu, saya mula merasai perubahan besar – badan rasa lebih ringan, tidak lagi sakit bila baring atau tunduk.

💪 Selepas sebulan, saya sudah boleh berjalan seperti biasa, tanpa perlu guna tali pinggang sokongan atau bergantung pada ubat moden lagi.

🏥 Ketika pemeriksaan susulan, doktor mengesahkan saya telah sembuh sepenuhnya. Mereka sendiri terkejut – dan setelah tahu saya menggunakan Minyak Urut Dayak, mereka memaklumkan bahawa gabungan akar kayu dan herba di dalamnya membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan keradangan, dan menyokong pertumbuhan semula tisu sendi – dengan kesan yang tahan lama dan tiada kesan sampingan. Minyak ini diperbuat sepenuhnya daripada bahan semula jadi: akar saluang, ginseng hutan, akar kuku atei, batang sirih, serai dan pelbagai herba tempatan Kalimantan.

🙏 Segala puji bagi Allah – Tuhan yang Maha Menyembuhkan segala penyakit. Alhamdulillah Ya Rabb.

Saya benar-benar bersyukur kerana Allah telah memberi saya peluang kedua untuk terus hidup dan berkhidmat kepada masyarakat.  Sekarang, setiap kali pergi ceramah, saya sentiasa bawa bersama minyak ajaib ini dan menggunakannya setiap hari.

👉 Saya hanya ingin berkongsi pengalaman peribadi saya, tetapi ramai jemaah warga emas yang turut mengalami masalah sakit sendi, sakit belakang, kebas anggota badan – dan mereka kerap bertanya saya: “Ustaz beli minyak tu kat mana?” Saya tak mampu jawab seorang demi seorang, jadi saya letakkan pautan rasmi di sini untuk rujukan semua:

🌐 https://www.kesihatan-islam.shop/minyak-urut-ibu-ida-dayak

😍 Jagalah kesihatan keluarga anda, terutama ibu bapa dan datuk nenek. Jangan biarkan penyakit arthritis menjejaskan kebahagiaan keluarga.

------------------------------------------------------

🤲 Semoga Allah memberi kesembuhan kepada semua yang sedang diuji dengan kesakitan dan memberi kita kekuatan untuk terus hidup dan berkhidmat. Amin Ya Rabbal Alamin.



AWAT KUNCI MULUT?


 

KEH.. KEH.. KEH... INGAT LETAK LAWAH TERJEMAHAN LAWAK... DIA NI LAGI LAWAK DALAM LAWAK.


 

LAGU MANA PAK CIK... LAGU SANUSI KA? DIA SUKA NYANYI.. PASAI TU KEDAH LA NI LAGU TU.


 

PKR AWAL DULU SULU LEN.... LA PKR ELIT DAH.


 

TAK APA JIKA DITERUSKAN PRK SI SELANGOR. TEAM NIA KAN ADA... APA MAU BIMBANG

 


ELOK ANWAR BATALKAN SAJA RANCANGAN ADAKAN PRK UNTUK TENGKU ZAFRUL


3 June 2025


Semua orang sebenarnya sedar, keputusan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz keluar UMNO dan menyertai PKR tidak lain adalah bagi membolehkan beliau terus berada dalam kabinet selepas tamat tempoh Senatornya pada Disember nanti.


Ia adalah dengan cara menjadikan beliau sebagai Ahli Parlimen melalui pilihan raya kecil atau PRK yang sengaja diadakan, meski pada hakihathya tindakan itu  suatu perbuatan yang jelas membazirkan wang rakyat.


Terdapat juga ura-ura mahu menjadikan Tengku Zafrul sebagai Menteri Besar Selangor, tetapi dengan kenyataan Perdana Menteri dua hari lalu yang memuji beliau sebagai Menteri MITI yang berperanan sangat baik dalam menarik pelaburan dan khidmatnya dikatakan masih diperlukan untuk negara, nyata memperlihatkan Anwar Ibrahim lebih memerlukannya di peringkat pusat.


Dengan itu, kemungkinan paling tinggi sekarang ialah akan ada mana-mana Ahli Parlimen PKR yang diarah mengosongkan kerusi bagi memberi laluan kepada Tengku Zafrul bertanding.


Selepas menang dan bergelar Ahli Parlimen, beliau akan dilantik semula sebagai Menteri MITI dan dengar khabarnya, sebagai pertukaran dan untuk menjaga hati UMNO yang mungkin tersinggung dengan tindakannya keluar parti, jawatan Menteri Ekonomi yang sebelum ini milik PKR akan diserahkan kepada UMNO.


Namun demikian, persoalan paling besar dengan tindakan membawa Tengku Zafrul menyertai PKR dan kemudian mempertaruhkannya dalam suatu PRK, mampukah beliau beroleh kemenangan?


Dalam keadaan PKR ketika ini sedang bergolak selepas pertandingan jawatan Timbalan Presiden yang menyaksikan Rafizi Ramli disingkir daripada kepimpinan dan terdapat pula elemen marah dan sakit daripada UMNO atas tindakan Tengku Zafrul keluar parti, harus diakui potensi beliau kalah adalah lebih tinggi berbanding menang.


Tambahan lagi Rafizi ketika berkempen dalam Jelajah HIRUK amat menentang orang yang baru menyertai PKR, tetapi diberi keistimewaan untuk bertanding dan diberikan jawatan dalam kerajaan.


Hakikatnya, jika Tengku Zafrul  bertanding dalam PRK selepas ini, beliau lebih diberi keistimewaan berbanding R. Ramanan yang kerap dijadikan sasaran oleh Rafizi sebelum ini.


Sekurang-kurangnya Ramanan diberi peluang bertanding dalam PRU setelah dua tahun menyertai PKR, bukan masuk PKR terus bertanding dan tersedia jawatan menteri.


Selain itu, jika Tengku Zafrul bertanding di Gombak (Menteri Besar Selangor  diarah mengosongkan kerusi Parlimen itu) atau di Bandar Tun Razak di mana Dr Wan Azizah Wan Ismail akan diarah mengosongkan kerusi tersebut, risiko beliau kalah pastinya lebih tinggi kiranya PN meletakkan Azmin Ali sebagai calon gabungan itu untuk berlawan dengannya.


Bahkan jika di Port Dickson pun, satu lagi kerusi yang berpotensi untuk diadakakan PRK,  tidak mustahil PN juga akan tetap meletakkan Azmin untuk berlawan dengan Tengku Zafrul.


Dalam waktu yang sama, kemasukan Tengku Zafrul ke dalam PKR akan terus meretakkan hubungan PKR dengan UMNO sehingga PRU16 akan datang.


Wujud juga sentimen daripada pihak tertentu dalam UMNO yang mahu melihat Tengku Zafrul kalah dalam PRK yang bakal sengaja diadakan untuknya nanti.


Usul mengecam Tengku Zafrul dan memberi teguran kepada PKR  dengarnya akan banyak ditimbulkan dalam mesyuarat perwakilan UMNO bahagian-bahagian yang bermula pada 9 Jun hingga 27 Julai depan.


Semua ini akhirnya menjadikan hubungan PKR/PH dengan UMNO tidak lagi harmoni.


Risiko paling besar yang akan menanti kerajaan madani dan Anwar adalah sekiranya Tengku Zafrul tidak menang dalam PRK yang dirancang untuknya itu.


Ia bukan saja menyebabkan rancangan mengekalkan Tengku Zafrul sebagai Menteri MITI gagal, malah meletakkan Anwar dalam situasi penolakan rakyat yang lebih nyata.


Kekalahan Tengku Zaftul nanti akan menjadikan Anwar dan PH lebih sukar untuk beroleh kemenangan pada PRU16 akan datang.


Dengan demikian, pertimbangan paling munasabah ialah Anwar harus membatalkan saja rancangan untuk mengadakan PRK semata-mata untuk membolehkan Tengku Zafrul terus dilantik sebagai menteri selepas tempoh Senatornya berakhir.


Selepas Disember nanti, biarkan saja Tengku Zafrul tiada jawatan dalam kabinet  dan kalau Anwar masih mahukan khidmatnya, lantik saja beliau sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri berkaitan pelaburan.


Nak bagi sedap sikit, jadikan jawatan Penasihat Khas itu bertaraf menteri.


Lagi pula, Tengku Zafrul adalah satu-satunya menteri dalam kerajaan madani yang diberi keistimewaan untuk menerajui persatuan sukan iaitu Persatuan Badminton Malaysia setelah diberi kebenaran khas oleh Perdana Menteri.


Sebelum ini, dua menteri yang merupakan orang lama dalam PKR, Fahmi Fadzil dan Nik Nazmi Nik Ahmad terpaksa menarik diri untuk merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak KL kerana dilarang oleh ketetapan kabinet yang tidak membenarkan mana-mana menteri menerajui persatuan sukan.


Makanya, lebih baik Tengku Zafrul berperanan sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri saja, di samping memberi tumpuan kepada badminton selepas tempoh Senatornya berakhir  pada Disember nanti.


Nak bertanding pilihan raya, tunggulah PRU16 nanti dan dengan tiada PRK, duit negara pun dapat dijimatkan!! – ShahbudinHusin 03Jun2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/06/elok-anwar-batalkan-saja-rancangan-adakan-prk-untuk-tengku-zafrul/



ROMBAKAN KABINET.. BUKAN ROMPAKAN KABINET


 

JOM DENGAQ LAWAK NI DULU..


 

KENAPA NAK GAGALKAN RAFIZI???


 

ZAMAN DIA.. JUAI HABIH


 

NOHH KES MAJU HOLDING


 

KEKAL BERPRINSIP. KITA TENGOK APA DEPA NAK BUAT..


 

SOKONG PENUH

 


Menyokong sepenuhnya kenyataan YB Syahredzan Johan

MCA sebaiknya berambus drpd kerajaan Perpaduan, i tngk MCA ni hnya sekadar mnjdi lialibiliti sahaja begitu jg akmal saleh…pegi ikut MCA jd keldai macam GERAKAN sama PN 


MCA kalau u rasa u hebat sngt nnti PRU kasi lawan sama DAP d semua parlimen lah kalau u anak jantan!!!







JANGAN BELA SANGAT ANAK. DISIPLINKAN ANAK SUPAYA ANAK JADI MANUSIA TEEBAIK DUNIA AKHIRAT

 


AHMAD MASLAN BAKAL JADI MENTERI GANTI KOUTA TENGKU ZAFRUL?



2 June 2025


Berikutan tindakan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz keluar UMNO untuk menyertai PKR, ia secara langung juga membawa kepada beralihnya kerusi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri daripada milik UMNO kepada PKR.


Selain Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sendiri secara terbuka meminta Perdana Menteri memberi satu lagi  kerusi menteri kepada UMNO bagi menggantikan tempat Tengku Zafrul itu, beberapa pemimpinya yang lain, termasuk Ketua Pemuda, Dr Akmal Salleh turut menyokong penuh tuntutan tersebut.


Bahkan sebelum itu, Dr Akmal juga menggesa Tengku Zafrul mengosongkan kerusi menteri yang didudukinya kerana ia tegasnya, adalah lantikan atas kouta UMNO.


Azalina Othman Said pula mengingatkan, seseorang itu dilantik menteri adalah atas kouta parti, bukan melalui kapasiti peribadi.


Dalam waktu yang sama, Tengku Zafrul juga nampaknya sedar kerusi menteri yang didudukinya adalah melalui kouta UMNO, lalu beliau menyerahkan kepada Presiden UMNO dan Perdana Menteri untuk memutuskannya.


Makna kata,  kalau Zahid Zahid berani angkat suara tinggi sikit untuk mendesak Anwar Ibrahim agar melantik seorang menteri baru daripada UMNO bagi menggantikan kerusi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang dibawa lari kepada PKR itu, secara moralnya ia adalah tuntutan yang wajib dipenuhi dan tidak boleh dipandang sepi, bahkan perlu disegerakan.


Dengan adanya satu kerusi menteri daripada UMNO perlu diisi, ruang legar pencatur-pencatur politik UMNO ketika ini turut hangat dengan perbualan siapakah yang paling layak bagi mengisi tempat tersebut.


Secara umumnya, dua nama disebut-sebut oleh para pencatur sebagai paling layak menjadi pemimpin ketujuh UMNO untuk dilantik sebagai menteri dalam kerajaan perpaduan ini.


Calon pertama  ialah Shamsul Anuar Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Ahli MT UMNO.


Sebelum ini, ketika Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri di mana ketika itu UMNO adalah juga sebahagian daripada kerajaan, Shamsul Anuar adalah Menteri Tenaga dan Sumber Asli.


Ketika Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri, beliau tidak dilantik sebarang jawatan dan ketika era Anwar ini pula, beliau hanyalah Timbalan Menteri Dalam Negeri.


Dengan pernah menjadi menteri dan kini hanya menjadi timbalan menteri, jika ada kekosongan seperti sekarang, bererti sesuailah beliau dinaikkan pangkat sebagai menteri semula.


Lagi pun, Shamsul Anuar diketahui memang merupakan penyokong setia kepada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.


Pemimpin UMNO kedua yang layak dijadikan menteri ialah Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia.


Sama seperti Shamsul Anuar, sebelum ini Noraini juga pernah memegang jawatan menteri iaitu Menteri Pengajian Tinggi di bawah era kepimpinan Muhyiddin.


Makanya, jika ada keperluan untuk mengisi jawatan menteri, Noraini adalah calon yang wajar dipertimbangkan untuk dinaikkan pangkat semula.


Tambahan lagi, beliau juga berjawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia, sayap penting dalam memeriahkan majlis serta program-program parti.


Begitu pun, di celah-celah dua nama itu menjadi sebutan di kalangan pencatur-pencatur politik UMNO, dikatakan turut muncul nama ketiga yang juga amat berminat untuk menjadi menteri iaitu Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya sekarang.


Diperkatakan di kalangan para pencatur politik UMNO bahawa Ahmad Maslan turut berminat kerana bersandarkan hujah bahawa beliau sudah lama menjadi Timbalan Menteri di pelbagai kementerian sejak era Najib Razak lagi.


Kononnya kini sudah sampailah masanya untuk beliau dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh pula.


Senada dengan keinginan Ahli Parlimen Pontian itu, pencatur-pencatur politik UMNO juga merasakan peluang kali ini lebih memihak kepada Ahmad Maslan.


Ia antaranya kerana beliau dikatakan lebih menonjol dalam memuji Perdana Menteri berbanding Shamsul Anuar dan Noraini, selain sudah tentu tidak pernah ketinggalan berdiri teguh di belakang Ahmad Zahid Hamidi.


Meski Ahmad Maslan sebelum ini agak kerap dan keras menolak Anwar sebagai Perdana Menteri, termasuk menggelarnya sebagai “PM Tepi”, tetapi beliau kini sudah beralih arah dan pujiannya  sekarang tidak dinafikan amat menyenangkan hati Perdana Menteri.


Dalam satu video yang tersebar, beliau ada berkata – nama saya Ahmad dan orang panggil Mad, nama isteri saya Noraini dan orang panggil Ani, bila dicantumkan ia menjadi Madani.


Macam ini punya lambung, takkan tak dapat jadi menteri lagi?, demikian kata pencatur-pencatur politik UMNO membuat kesimpulan. – ShahbudinHusin 02Jun2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/06/ahmad-maslan-bakal-dilantik-menteri-ganti-kouta-tengku-zafrul/



TAK GUNA PUNYA WE KA SIONG- 𝗧𝗢𝗡𝗚 𝗚𝗔𝗦 𝗨𝗡𝗚𝗨: 𝗪𝗘𝗘 𝗞𝗔 𝗦𝗜𝗢𝗡𝗚 𝗡𝗔𝗞 𝗞𝗥𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗧𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛, 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗣𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗜𝗣𝗨?





1.  Kritik hak dia, tapi tak perlu buat pembohongan bersiri. Dah banyak isu, dia menipu fakta juga dengan muka tak tahu malu. #WeeTipu. 'Kalau tak Wee, tak menipu'.


2.  Tahun 2021, peraturan berkaitan Tong Gas Ungu ni diluluskan oleh Jemaah Menteri yang mana dia menteri waktu itu bersama PAS dll. Dia tahu ke apa dan kenapa diluluskan? atau jadi batu macam menteri PAS juga, jadi tukang angguk dan makan gaji buta je?


3.  Takkanlah bekas menteri, sembang macam walaun picisan tanpa semak fakta dan faham latar belakang peraturan tu dibuat?


4.  Sejak dulu lagi, Laporan Audit Negara berkali-kali tegur kerajaan bahawa pihak komersial 'curi' subsidi LPG yang dikhususkan untuk Isi rumah. Tahun 2018, laporan audit sekali lagi kata RM1.71 subsidi bocor antara 2015-2017.


5.  Sebab tu, Kerajaan Tebok Atap buat Tong Gas Ungu tu untuk mudah kenal pasti tong gas komersial dan domestik. Peniaga kecil boleh guna 3 tong hijau serentak. Jika 4 tong serentak, kena daftar di bawah barang kawalan.


6.  Maksudnya, Tong Gas Ungu tu bukan dicipta zaman Madani. Peraturan dah sedia berkuatkuasa dan berjalan masa Madani naik.


7.  Ada pihak peniaga yang refill gas dari tong subsidi kepada tong gas komersial cara haram dan berbahaya untuk curi subsidi (decanting).


8.  Wee menipu bahawa SEMUA peniaga kecil, warung, gerai tepi jalan' terlibat.


9.  Bagi peniaga kecil, masih dibenarkan. katakan hari ni beli maksimum 3 tong gas, esok 3, lusa 3 lagi. Cukup sebulan meniaga dah 90 tong. Tak banyak ke 90 tong gas sebulan untuk peniaga kecil?


10.  Kalau mamak pula misalnya, untung ratus2 ribu sebulan, masih 'mencuri' subsidi LPG untuk tujuan buat lebih banyak untung, jumlahnya jadi sangat besar dan rugilah rakyat marhaen yang sepatutnya enjoy subsidi kerajaan tu dalam bentuk manfaat yang lain.


11.  Jadi kenapa pembangkang nak pertahan peniaga skala besar yang 'mencuri' subsidi tong gas dan curang ni? Ini subsidi untuk pengguna, bukan untuk peniaga buat untung.


12.  Selama mana lagi kerajaan nak tanggung untuk peniaga besar jana lebih banyak untung? Bukankah kerja kerajaan tutup ketirisan dan perbetulkan?


13.  Selama subsidi ni dicuri, harga makanan siap tak naik ke? naik dan terus naik dan tak pernah turun walaupun harga bahan mentah turun. Guna la kuasa pengguna ajar peniaga yang curang.



KES BERLAKU SETAHUN BARU NAK KALUT

 


Katanya kejadian setahun berlalu baru nak buat laporan.


Pastu terjebak kes narkotik


Pastu hire peguam mahal. Banyak duit lak. Ke ada yg payung peguam? Siapa?




JOM PAHAM KISAH SONGLAP DUIT. TANGKAP MAHATHIR... EHHH... TANGKAP SEMUA.





KEDAH MASE KINI


 

KEDAH MASE KINI


 

TUUU DIA.. PAS TAK LEH PAKAI.. SEMBANG KENCANG


 

NOHHHH.. BETOI..


 

ANWAR... CEPAT SAMAN MAHAZALIM.

 


Dr Mahathir belum puas selagi Anwar tak jatuh... dia pula main isu Pengampunan DSAI pada ketika beliau jadi PM 7 dulu KYDMM Tuanku Agong telah memberi pengampunan penuh kepada DSAI, semua orang ingat Tun Dr Mahathir yang minta, rupanya BUKAN DIA. IKUTI PENJELASAN Tan Sri Apendi Ali bekas Peguam Negara.


Pengampunan DS Anwar: Maklumbalas Terhadap Tun Dr. Mahathir


Apa yang dinyatakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed mengenai pengampunan DS Anwar Ibrahim sebagai  tidak sah merupakan sesuatu yang khilaf, iaitu tidak benar sama sekali. 


Walaupun pada masa itu, saya diarahkan bercuti (garden leave), saya telah pun mengemukakan pandangan saya selaku Peguam Negara kepada Lembaga Pengampunan berhubung dengan pengampunan tersebut.


Saya juga telah menurunkan kuasa (delegate) kepada Peguam Cara 2,  untuk mewakili saya, iaitu Datin Paduka Zawyah Bee Loth Khan untuk menghadiri mesyuarat pengampunan tersebut.


Zawyah merupakan wakil sah saya berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. 


Justeru itu, dari segi undang-undang, pengampunan Anwar adalah sah!


Semua dokumen dan butiran mesyuarat pengampunan ini ada di Jabatan Peguam Negara (AGC).


Saya pohon jasa baik kepada mana-mana pihak agar perkara ini disampaikan kepada YAB Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim. 


Saya mahu beliau mengetahui kebenaran isu ini. 


Kebenaran bahawa beliau telah melalui suatu proses pengampunan yang sah. 


YAB Perdana Menteri  boleh mengemukakan saman sivil terhadap Mahathir atas kenyataannya yang tidak benar itu.


Salam hormat dari saya,

TS Mohamed Apandi Ali

Mantan Peguam Negara.

Isnin 2 Jun 2025 @ 1.00pm



KEH KEH KEH

 


TAK CAYA SUDAH

 

Ustaz AL Asri


Zaman Kamil jadi boss AMK refomasi sudah tidak lagi seksi ,Katak dikatakan nilai tambah..Semua ni dimainkan sebab nak welcome TZ join PKR.

.




Master plannya adalah RANGKUL SEMUA.Ha pernah dengar perkataan ni tak??...Korang google nanti jumpa lah.


Tak tahu lah ustaz apa nilai tambah TZ ni tapi yg kita nampak, MB Amir yg mulanya garang waktu kempen cantas Rafizi Ramli . Statement terbaru ,dia mintak TZ doakan untuk dia kekal jadi MB.


Jangan terkejut Langkah Sungai Tua pulak jadi bulan depan.... last2 plot twist Selangor dapat MB wanita pertama .Huhuhu.