RENTASAN 1349 | GEMPAR!! KINI USAHA 'JAHAT' UMNO UNTUK BEBASKAN NAJIB RA...


MENARIK DALAM RENTASAN 1349 1. PEMIMPIN PAS MASIH MIMPI TEBUK ATAP? 2. JANGAN JADI ANJING MENYALAK BUKIT 3. PONTENG SESI PARLIMEN, ADA HATI NAK JATUHKAN KERAJAAN YDPA




'Kalau nak jatuhkan saya kerana lawan rasuah, silakan'


Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan tidak akan bertolak ansur dalam usaha membersihkan Malaysia dan menyelamatkan bangsa daripada tindakan individu yang merompak kekayaan negara. Anwar telah mengarahkan kerajaan supaya menyelamatkan negara daripada pemimpin yang mengkayakan diri dengan merompak harta kekayaan negeri.

NOTA KEPADA ANWAR - FAHAMI APA YANG RAKYAT MAHU DALAM ISU NAJIB DAN ZAHID HAMIDI


Tulisan kali ini saya titipkan khas buat Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dengan doa agar kekal istiqamah melawan rasuah.


Saya tidak pasti sama ada beliau punya masa membaca tulisan saya kali ini, tetapi saya yakin orang-orang kanan Anwar dan pegawai-pegawainya yang sebahagiannya merupakan kawan-kawan saya pasti membaca tulisan ini.


Terserahlah kepada mereka mahu menyampaikannya kepada Anwar atau tidak, tetapi jika mereka kekal sayang kepadanya, pasti mereka tidak berlengah untuk berbuat demikian.


Dalam isu yang sedang diperbualkan masyarakat ketika ini iaitu pengampunan Najib Razak dan permohonan Zahid Hamidi untuk menggugurkan 47 kes mahkamahnya, saya ingin memaklumkan kepada beliau apa yang sebenarnya keinginan atau kemahuan rakyat dalam perkara tersebut.


Mungkin dapatan saya ini tidak berapa tepat atau tidak memenuhi kaedah yang betul dalam metodologi kajian yang betul-betul akademik.


Tetapi, sejak isu ini timbul, saya telah bercakap dengan ramai orang daripada pelbagai peringkat usia dan latar belakang, sambil dalam masa yang meneliti kecenderungan di hampir semua platform media sosial sejak beberapa hari lalu berkenaan dua isu terbabit.


Kesimpulan mudah yang didapati dalam kes pengampunan Najib ialah rakyat menolak dan tidak setuju pengampunan diberikan kepada bekas Perdana Menteri itu dalam waktu terdekat ini.


Rata-rata mahukan beliau terus berada di penjara untuk suatu tempoh tertentu sebelum pengampunan hendak diberi atau dicadangkan.


Ada yang mahu beliau berada di penjara sekurang-kurangnya selama 4 tahun dan ada yang mahu 6 tahun sebelum pengampunan diberikan, bahkan tidak kurang yang ingin biarlah sehingga “tamat pengajian” di Penjara Kajang selama 12 tahun.


Ini kata mereka, untuk keadilan kepada rakyat yang terpaksa menanggung beban hutang 1MDB, selain kerana seriusnya kesalahan yang telah beliau lakukan atas jawatannya selaku Perdana Menteri ketika itu.


Begitu pun, sebahagian besar bersetuju, kalau pun pengampuan hendak dicadangkan, masa yang munasabah ialah selepas PRU16 pada tahun 2027 akan datang.


Diharapkan Anwar tidak sukar memahami kemahuan rakyat dalam hal ini dan jika beliau masih ada keraguan, bolehlah cuba membuat hantaran di FB atau Twitter dengan ayat – Berapa lama rakyat Malaysia mahu Najib berada di penjara? – dan kemudian lihatlah sendiri komen-komen yang diperolehi.


Dalam kes Zahid Hamidi pula, oleh kerana 47 kes pecah amanah, rasuah dan penggubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi yang sedang dihadapinya sudah dalam peringkat membela diri, rakyat tidak setuju sama sekali jika Peguam Negara bertindak menggugurkannya.


Menggugurkan kes tersebut akan dilihat pelik sedangkan Mahkamah Tinggi pada Januari 2022 membuat keputusan membela diri itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie bagi semua 47 tuduhan terhadap Zahid Hamidi.


Di mana logiknya setelah pihak pendakwa berjaya membuktikan kes frima facie, tetapi tiba-tiba Jabatan Peguam Negara mahu menggugurkannya pula?


Sepatutnya, representasi yang dikemukakan Zahid Hamidi itu dibantah keras oleh pihak pendakwa demi menjaga kewibawaan Jabatan Peguam Negara, bukan dengan mendiamkan diri tidak membantah sama sekali ia dikemukakan beserta penangguhan perbicaraan.


Apa yang rakyat mahukan ialah biarlah semua kes yang sedang dihadapi Zahid Hamidi itu berjalan tanpa gangguan dan kemudian terserah kepada hakim mahkamah menentukan sama ada bersalah atau sebaliknya.


Dalam hal ini, oleh kerana Jabatan Peguam Negara terletak di bawah dagu kuasa seorang Perdana Menteri, adalah penting untuk Anwar selaku seorang reformis memastikan kewibawaan jabatan tersebut tidak tercemar dan dikotori sebagaimana dana Yayasan Akalbudi yang matlamatnya untuk tujuan suci tetapi telah didedahkan di mahkamah dengan pelbagai perbelanjaan di luar kewajaran.


Sama seperti kes pengampunan Najib, jika Anwar turut meragui sentimen kemahuan rakyat dalam isu permohonan Zahid Hamidi untuk menggugurkan kesnya, beliau boleh juga membuat hantaran di FB dan Twitter dengan ayat – Kes mahkamah Zahid Hamidi wajar digugurkan atau diteruskan? – dan kemudian lihatlah sendiri apa komen rakyat mengenainya.


Namun demikian, di sebalik dua kemahuan itu, rakyat juga secara umumnya mahu Anwar terus kekal sebagai Perdana Menteri sekurang-kurangnya sehingga PRU16 pada tahun 2027 akan datang.


Tanyalah di mana-mana dan kepada siapa saja, pelbagai lapisan rakyat pasti tidak ragu-ragu memberi jawapan mereka sudah letih dengan episod pertukaran tiga Perdana Menteri sebagaimana berlaku selepas PRU14 sebelum ini.


Mereka kini mahu Anwar kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal, malah tiada masalah jika bersambung lagi selepas PRU16 nanti.


Cuma, syarat utamanya hanya satu – Jangan sesekali berkompromi dalam isu Najib dan Zahid Hamidi!! – ShahbudinHusin 11/04/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/

RIUH RNDAH PASAL NAK RAYA JOM DENGAR DAN TONTON


 

NUSI NUSI - TENGOK DIA DALAM DEWAN...HANGPA BOLEH GELAK PUAS PUAS.


 

KISAH YB RASMI MESIN ATM ...KAH..KAH..KAH...WOIIIIII......TAK DA BENDA LAIN KAH? NAMPAK SANGAT PEMBANGGUNAN TAK ADA


 

KULI ANWAR DAN BANK ISLAM


 

DENGAQ NUSI- JANGAN DOK GABUIH REE KA BILLION BILLION...TUUUDIAƀ AIHHH ..LORI TERBALIK DEPAN MATA BUAT TAK NAMPAK...AAAUUUMMMM


 

NEGERI LAIN BERTAMBAH,,ADA SATU NEGERI DI UTARA MB DIA GEBANG DERAIH.,..TANAH PUN SUSUT.


 

NAK BUAT GENA...NEGERI HANG TAK MAJU..HARAP KE HANG GEBANG JA PANDAI......SATU HABUK PUN TARAK..RAKYAT HANG MAI MELUKUT CARI KERJA...TAK MAU BALIK BELAMBAK...


 

HANG INGAT ANWAR MACAM LEBAI HANG KA IKUT CAKAP MAHIADDIN..


IBRAHIM MAT ISA


 Aku lalui banyak zaman dalam parti PAS, tak pernah jumpa lagi budak universiti sokong PAS jadi buta tuli ilmu melainkan zaman sekarang ni.




KERAJAAN INI MASIH BELOM SERIK LAGI.


Al Abror Mohd Yusof.


Semasa zaman PH menjadi kerajaan, ketua jabatan komunikasi strategik kerajaan dipegang oleh orang yang dekat dengan muhyiddin. melalui orang ketiga, saya diberitahu pegawai tersebut pernah bertanya: "kau rasa anwar boleh jadi pm? tak de nyer..."


beberapa menteri juga mengambil pegawai2 yg mempunyai rekod yang cemerlang sebagai orang anti-ph sebagai pembantu. termasuk dalam kalangan setiausaha akhbar. punya la baik (sepatutnya: bodoh).


kemudian datanglah takdir yang ada.


sekarang ph masih belum boleh belajar drp pengalaman langkah sheraton dengan - bodohnya - memberikan kepercayaan kepada orang yang diragui.



* gambar hiasan


KPM UMUM CUTI KHAS 19 APRIL

 


PUTRAJAYA- Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan cuti khas tambahan persekolahan pada 19 April (Rabu) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada minggu depan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, cuti itu bertujuan memberikan ruang kepada murid-murid dan guru untuk membuat persiapan bagi negeri di kumpulan A dan B.

“KPM umumkan bahawa pada 19 April isytihar cuti khas untuk semua warga KPM. Jadi, 19 April tidak akan ada sesi persekolahan,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Forum Integriti di sini hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memohon KPM memberikan cuti khas kepada guru pada 19 April ini, menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.

Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE



KISAH KERETA ROSAK DAN TADBIR NEGERI DENGAN DOA


 

KEDAH BERGANTUNG PADA MAIDA..MADA..DAN LADA....TAPI SANUSI HANYA PANDAI MENDABIK DADA...SEMUA DIA SEMBANG HANYALAH PROPAGANDA.JOM DENGAR DATO ISMAIL BERBICARA.



 

JANGAN TERKEJUT SELEPAS INI GILIRAN BEBERAPA MP PAS PULA DI SIASAT.


 

KISAH LAWATAN PM KE KOMPUCHEA


 

INI KISAH WALAUN.


 

KENAPA RAKYAT TERENGGANU TIDAK BANTAH ?


 

PH BN KEDAH KINI BERSEDIA


 

HADI NI KALAU SOH BICARA PASAI EKONOMI KELAUT LA DIA..


 

ADAKAH HADI AWANG MENDERHAKA ?


 

ORANG KEDAH KALAU TAK ADA AIR , KENA BELAJAR DARI ORANG KELANTAN....DEPA RELAX JA BERDEKAD LAMANYA.


 

TIADA TOLAK ANSUR LAWAN RASUAH, ANWAR DIHARAPKAN TIDAK MUDAH MENGALAH

 

Berdepan tekanan daripada UMNO, terutama dalam isu pengampunan Najib Razak dan tindakan terbaru Zahid Hamidi mengemukan representasi kepada Peguam Negara untuk menggugurkan 47 kes mahkamahnya yang sedang berjalan, sekurang-kurangnya setakat ini, Anwar Ibrahim ternampak masih teguh dengan pendiriannya.

Katanya, beliau tidak akan bertolak ansur dalam usahanya untuk menyelamatkan negara ini daripada amalan rasuah.

Malah, bersama ketegasannya memerangi rasuah itu, Anwar juga bersedia jika ada sesiapa mahu menjatuhkannya sebagai Perdana Menteri.

“Itu tekad saya, senang susah saya hadapi. Kalau nak jatuhkan kerana saya lawan rasuah, silakan, tetapi saya tidak akan bertolak ansur daripada usaha bersihkan negara ini dan selamatkan bangsa kita dan negara kita daripada tindakan orang yang merompak kekayaan negara.

“Bukan sedikit, dan ini termasuk pimpinan yang ada dalam kerajaan, baik menteri, dalam kalangan kerajaan negeri (exco).

“Kena ingat, saya arah SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), ambil tindakan kepada siapa sahaja yang melakukan rasuah, terutama setelah kita bagi amaran, dia buat juga lagi,” katanya ketika berucap dalam satu program di Tambun, Perak semalam.

Dengan ketegasan ini, kita setidak-tidaknya masih ada keyakinan bahawa Anwar tidak akan tunduk kepada kemahuan UMNO untuk menyelamatkan Najib dan juga Zahid Hamidi itu.

Sebagaimana diperingatkan dalam artikel sebelum ini, jika pengampunan diberi kepada Najib di mana meskipun kata akhir dalam memberi pengampunan itu adalah atas budi bicara Yang Dipertuan Agong, tetapi baginda juga tertakluk kepada nasihat Perdana Menteri dalam hal berkenaan dan tidak dapat dielakkan, kerajaanlah yang akan menerima kesan buruknya.

Mahu tidak mahu, Anwar tidak terlepas daripada dipertanggungjawabkan dalam nasihat yang diberi kepada Agong itu.

Dengan itu, dalam PRU16 akan datang, Anwar dan PH tidak akan dipercayai lagi oleh rakyat dan sudah tentu jauh panggang daripada api untuk memperolehi undi lagi.

Begitu juga dalam isu permohonan Zahid Hamidi untuk menggugurkan 47 kes pecah amanah, rasuah dan penggubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi yang sedang dihadapinya, ini juga satu lagi beban yang akan menimpa bahu Anwar jika nanti keputusan Peguam Negara memihak kepada Presiden UMNO itu.

Apa lagi, bayangan cerahnya harapan permohonan Zahid Hamidi itu bakal menemui kejayaan sudah pun dapat dirasai banyak pihak apabila pendakwa memaklumkan telah mendapat arahan daripada Peguam Negara, Idrus Harun untuk tidak membantah permohonan penangguhan perbicaraan kes itu kepada bulan Ogos akan datang.

Ini bermakna, sebagaimana dalam kes Zahid Hamidi memohon agar pasport peribadinya dikembalikan secara kekal yang tidak dibantah oleh pendakwa baru-baru ini, juga kerana adanya arahan, dalam kes permohonan menggugurkan kes juga terdapat arahan supaya tidak mengemukakan bantahan.

Yang jelas, seperti mana semua orang tahu bahawa Jabatan Peguam Negara adalah terletak di bawah dagu kekuasaan Perdana Menteri dan permohonan Zahid Hamidi untuk menggugurkan kesnya adalah satu tekanan yang memang ditujukan kepada Anwar.

Zahid Hamidi nampaknya tidak sedia menunggu sehingga kesnya diadili oleh hakim mahkamah sama ada beliau didapati bersalah atau tidak, sebaliknya mahu kesnya digugurkan oleh Peguam Negara yang terletak dibawah kekuasan Perdana Menteri.

Dalam erti kata lain, Zahid Hamidi sebenarnya mahu Anwar menggugurlan kesnya itu.

Tetapi, berdepan semua karenah UMNO itu, apa yang diharapkan ketegasan Anwar yang mengatakan beliau tidak bertolak ansur atau tunduk kepada tekanan, akan terus dapat dipertahankannya dan tidak mengalah semata-mata untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri.

Satu perkara yang Anwar harus ingat, jika beliau ternampak mengalah dalam kes pengampunan Najib dan pengguguran kes yang dipohon Zahid Hamidi, ia bermakna beliau telah bertolak ansur terhadap rasuah.

Kenyataan beliau hari ini yang menyebut – Tidak akan bertolak ansur dan kalau nak jatuhkan kerana saya lawan rasuah, silakan – hanya akan menjadi sisa kumbahan jika Najib dan Zahid Hamidi didapati lepas bebas akhirnya.

Ketika itu nanti, selain PH tidak lagi dipercayai pengundi, mungkin buat selama-lamanya, ia juga bermakna sudah matilah perjuangan reformasi dan sucinya kerajaan madani yang diagung-agungkan selama ini. – ShahbudinHusin 11/04/2023.



SANUSI KENA KACAU


 

BOLEH KAH ZAHID HAMIDI MOHON DI BUANG KES? WALAUN MEROYAN..JOM TONTON


 

YB PIIIISSSSHAAANGGG MENGANJING


 

BETUL KAH? MACAM TAK PERCAYA SAHAJA.



Suresh Unnikrishnan




 

JUJURKAH MEREKA ? SUDAH TENTULAH TIDAK.

 

ANNE ADURA

33 bulan mcm2 hal. Allah tu maha mengetahui segalanya betapa tak jujur.. tak amanah dan tak ikhlasnya PN ni. Maka dengan itu Allah swt memperkenankan DSAI diangkat mnjadi PM dan Allah juga menggerakkn hati 30 MP BN brsama yang lain untuk brgabung brsama dengan perantarannya YDPA.








MASA DIA JADI PM- WARTAWAN PUN DIA TAKUT NAK JUMPA

 

MMMS


Din Pdf konon-konon nak sembang hebat, masa jadi PM jumpa wartawan pun takut apatah lagi sidang media secara live.




TAHNIAH- KITA KENA TAHU JIKA MEREKA TAHU 3R

 

Syabas pada pihak berkuasa kerana pantas tangani isu 3R, cumanya solidariti kepada pegawai penyiasat, kita kena sedo kena pahang.




TAK TAHU ATAU SENGAJA PLAY VICTIM







MOHD MUKHLIS

Dia ini sama ada tak faham prosedur ataupun sengaja play victim.

Buat cerita sedih tapi tak ada bukti, sama dengan kes katering MAEPS, saman Fitnah Mahfuz, LIMA langkawi, tengok RAPTOR masa PKP dan Airport Kulim.

"Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor mendakwa ada usaha terancang menggantikannya dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Norizan Khazali untuk mewakili Kedah dalam Majlis Kewangan Negara. Bagaimanapun, beliau mengakui TIDAK MEMPUNYAI BUKTI untuk menyokong dakwaan itu kerana gerakan berkenaan belum menjadi realiti."

Pastu benda ini jelas dalam perlembagaan persekutuan yang hak melantik wakil dalam Majlis Kewangan Negara terletak pada wewenang Sultan Kedah, jadi dia nak sembang apa? Kalaupun Sultan pilih orang lain itu adalang perogatif baginda, hang kena muhasabah diri sendiri la. Jenis cerdik yang tak boleh di ajar.

"Perkara 108 Perlembagaan Persekutuan menetapkan Majlis Kewangan Negara perlu diketuai perdana menteri atau mana-mana menteri dilantik manakala setiap negeri diwakili individu diperkenan sultan atau Yang di-Pertua Negeri."

 

SEBENARNYA HANYA 13% YANG TERDESAK MENGENAI KWSP- JIKA DIBERIKAN PUN AKAN HADAPI MASAALAH YANG SAMA JUGA












Anda nak:

Keluar KWSP kali ke 5?

Nak Dividen KWSP tinggi?

Nak OPR rendah?

Nak Inflasi rendah?

Nak ekonomi mengukuh dah peluang pekerjaan banyak?

Well good luck finding that sebab tak dapat semua sekali di Malaysia. Ini orang putih kata "you can't have your cake and eat it too".

Orang kita ini kena banyak sikit membaca terutama sekali bab ekonomi dan kewangan, barulah tak senang kena pengaruh dengan sentimen dari politikus.

Untuk rekod kerajaan telah membenarkan empat pengeluaran KWSP iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas KWSP berjumlah RM145 bilion, melibatkan 8.1 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara.





Jadi kalau 4 kali pengeluaran pun masih tak selesai masalah, maknanya kalau yang kali 5 pun pasti akan sama; Insanity is doing the same thing over and over and expecting different results

Masalah dengan pengeluaran KWSP ini, asset KWSP ini majoritinya dalam bentuk bukan tunai jadi kalau nak benarkan pengeluaran kali ke 5, KWSP kena jual aset atau saham untuk dapatkan tunai. Bila jual aset atau saham, kesan dia akan nampak pada tahun kewangan yang hadapan; nanti korang pula bising bila dividen KWSP 2024 rendah.

Kemudian masalah inflasi bila ada lambakan tunai dalam market. Kena belajar sikit teori ekonomi demand and supply dan inflasi hari ini adalah sebab 33 bulan dulu tak buat apa. Secara umumnya kalau duit dalam market banyak, boleh menyebabkan peningkatan permintaan untuk barang dan perkhidmatan, yang boleh mengakibatkan peningkatan harga.

Contoh waktu Pandemik, GPU RTX 3080 keluar tapi kuantiti sangat terhad, masa itu KWSP boleh keluar pula dan jadi lagi teruk bila ada kripto miner pun demand nak GPU. Itu yang harga GPU masa itu inflated sampai 2 kali ganda sebab supply kurang, tapi demand lebih. Sekarang ini pula demand GPU dah kurang sebab kripto market dah crash dan lambakan GPU banyak di market sebab itu harga GPU adalah di bawah MSRP.

Masalah besar bila banyak wang dalam circulation, ia boleh menyebabkan peningkatan permintaan untuk barang dan perkhidmatan. Nak kawal benda ini dengan naikkan OPR supaya orang tak berbelanja dan simpan duit. Ini terbalik dengan masa Pandemik, OPR sangat rendah sebab Bank Negara nak suruh orang bebelanja untuk merancakkan ekonomi. Kalau nak ekonomi terus kukuh, kalau ikut pendapat saya terus naikan OPR 0.5 mata baru tukaran kita dengan USD kukuh dan inflasi akan dapat di kawal dengan lebih cepat.

Tapi kalau buat macam ini nanti orang yang ada loan akan sakit. Tambah sakit lagi kalau ada pengeluaran KWSP kali 5, macam orang kena kencing manis di sua cendol waktu puasa.

Bila ada survey kata 87% rakyat tak berminat pinjaman bercagar untuk KWSP, ini satu perkara yang bagus. Maknanya hanya 13% sahaja yang terdesak dan rate yang di tawarkan oleh bank yang terlibat masih lagi rendah dari pinjaman peribadi. Yang terdesak boleh guna duit pinjaman tadi untuk bayar hutang tertunggak dan bila mereka bersara nanti, mereka masih ada duit dalam KWSP untuk meneruskan saki baki hidup.

Yang tidak terdesak tak payah pinjam, macam ada adik yang saya jumpa sendiri cerita dia keluarkan duit KWSP 30K waktu covid beli macam-macam online, habisnya sekarang barang tersebut tak tahu ke mana dan duit KWSP sudah habis.

Keluar KWSP ini boleh menyebabkan ketagihan terutama sekali jika kita tak ada pengawalan diri terhadap kewangan. Sebab itu krisis ekonomi 97 dan 2008, mana ada orang keluarkan KWSP. Benda ini special case sebab orang tak boleh berkerja dan kerajaan dalam masa yang sama tak ada kewangan yang cukup untuk membantu rakyat pada waktu itu kecuali sesetengah orang yang dapat projek Janawibawa, tapi dia pula buat masuk duit dalam akaun parti.

MMMS.

 

BUKAN SAJA TAK KOMPETANT ..TAPI INILAH YANG TERMAMPU...ZAMAN BATU GAMAKNYA

 

             Barang order.                                 Barang sampai.






MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFF


Bersembur sahur baca berita pasal perangai MP pertikaian nasional, dah la tak competent, masuk parlimen merapu-rapu.

Ini Allah tunjuk depan mata bayar cash kalau undi puak-puak ni dapat apa.

Hangpa nak adun yang potong reben rasmi ATM atau jamban di Selangor? Atau teringin nak rasa americano keluar dari air paip? 


MALANG SUNGGUH- ASAL PEGANG JA MESTI KES AIR.


MB terbaik katanya... Asal PAS pegang, mesti jadi takde air negeri tu. Apa masalahnya? Guane boh?

Raja Gelap





 

ISU KEDAULATAN NEGARA: JANGAN BUAT ULASAN DI LUAR KONTEKS



1. Saya tidak pernah berhasrat untuk mengulas kenyataan media PM di Shah Alam pada 8 April 2023 tentang Laut China Selatan. Tetapi, apabila seorang YouTuber dengan tajuk videonya “Nak bodek China pun, AGAK-AGAKLAH BANG NON!”

mensensasikan isu ini, saya fikir ia sangat berbahaya dan memerlukan penjelasan.

2. Video ini mengecam PM sebagai individu yang "membodek China seolah-olah tak ingat dunia," ekoran kenyataan PM yang mahu berunding dengan China mengenai pertindihan cari gali petroleum di kawasan ZEE oleh Petronas.

3. Kenyataan PM bukan mengiktiraf kawasan ZEE itu milik China, tetapi mempertahankan kawasan itu sebagai kawasan milik negara kita di meja rundingan. PM menyuarakan hal tersebut kepada kerajaan China setelah China juga menyatakan mereka menuntut kawasan yang sama.

4. Kenyataan PM itu dimanipulasi oleh pembangkang sebagai menjual kedaulatan negara, dan menyerang PM dengan mengatakan kenyataan PM itu sebagai suatu tindakan yang mengguris hati rakyat. Mereka juga menganggap PM kita tidak layak memimpin negara ini.

5. Selepas itu muncul berbaris komen beremosi yang mencaci PM. Antaranya: “Anwar bukan tau apa pun dia ni lapaq nak jadi perdana menteri ja.” “PMX letak jawatan, anda bukan pelindung negara! “Kita kena bertindak sekarang sebelum nasi jadi bubur. Tak mustahil negara pun dia akan jual jika dia tersepit.”

6. Salahkah apabila PM mengatakan akan mempertahankan wilayah Malaysia melalui meja perundingan? Walhal rundingan itu sangat penting untuk kita menyelesaikan konflik secara aman dan konstruktif, terutamanya dengan China yang merupakan kuasa terbesar dunia.

7. Dua nasihat saya. Pertama, jika pun kita berbeza politik kepartian, janganlah bermain dengan isu kedaulatan negara. Menuduh PM hendak menjual kedaulatan negara adalah tidak bertanggungjawab, tidak beretika, dan tidak bermoral.

8. Kedua, berpolitiklah dengan fakta. PM dan semua kita mahukan yang terbaik untuk negara. Tidak puas hati dengan keputusan PM, tegur dan kritiklah secara berhemah.

9. Dalam kehidupan bernegara, tanggungjawab utama kita adalah membawa naratif yang betul kepada masyarakat. Sama-sama kita jaga kedaulatan negara kita.

 

DR AGUS

JKOM



Prof. Agus semakin mengenali walaun. Hahaha...


Walaun yang mempertikaikan kenyataan PM untuk berunding berkenaan kawasan tuntutan, adalah jenis yang tak sedar diri. Selain di meja rundingan, setakat mana keupayaan kita menentang China?

Nak lawan kuasa ketenteraan? Tak usah mimpilah. Nak lawan pengaruh? China tu negara kaya yang ada deretan negara lain berhutang kepada mereka. Kekuatan kita hanya pada jalan demokrasi.

Masalah dengan pembangkang kita, mereka gagal mencari kelemahan DS Anwar. Jadi terpaksalah merema merekayasa isu ataupun memperbesarkan isu yang remeh. Semata-mata untuk terbitkan rasa benci rakyat terhadap DS Anwar.

Tak sedar, ketika Mahiaddin jadi PM, kita langsung tak buat. Setidaknya DS Anwar berani berkata kita akan teruskan usaha carigali di kawasan tersebut. Mahiaddin ada berani cakap berguru? Tapi macam biasa, walaun pakar pusing cerita. Guane boh?

Raja Gelap

 

DIA PUNYA TAK TAU GUNA KUASA DIA ATAU DIA MEMANG TAK GUNA...DAN TAK TAHU BUAT KERJA




 

MARAH TERUK LAK...