Anda nak:
Keluar KWSP kali ke
5?
Nak Dividen KWSP
tinggi?
Nak OPR rendah?
Nak Inflasi rendah?
Nak ekonomi mengukuh
dah peluang pekerjaan banyak?
Well good luck
finding that sebab tak dapat semua sekali di Malaysia. Ini orang putih kata
"you can't have your cake and eat it too".
Orang kita ini kena
banyak sikit membaca terutama sekali bab ekonomi dan kewangan, barulah tak
senang kena pengaruh dengan sentimen dari politikus.
Untuk rekod kerajaan
telah membenarkan empat pengeluaran KWSP iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan
Pengeluaran Khas KWSP berjumlah RM145 bilion, melibatkan 8.1 juta pencarum
sejak pandemik COVID-19 melanda negara.
Jadi kalau 4 kali
pengeluaran pun masih tak selesai masalah, maknanya kalau yang kali 5 pun pasti
akan sama; Insanity is doing the same thing over and over and expecting
different results
Masalah dengan
pengeluaran KWSP ini, asset KWSP ini majoritinya dalam bentuk bukan tunai jadi
kalau nak benarkan pengeluaran kali ke 5, KWSP kena jual aset atau saham untuk
dapatkan tunai. Bila jual aset atau saham, kesan dia akan nampak pada tahun
kewangan yang hadapan; nanti korang pula bising bila dividen KWSP 2024 rendah.
Kemudian masalah
inflasi bila ada lambakan tunai dalam market. Kena belajar sikit teori ekonomi
demand and supply dan inflasi hari ini adalah sebab 33 bulan dulu tak buat apa.
Secara umumnya kalau duit dalam market banyak, boleh menyebabkan peningkatan
permintaan untuk barang dan perkhidmatan, yang boleh mengakibatkan peningkatan
harga.
Contoh waktu
Pandemik, GPU RTX 3080 keluar tapi kuantiti sangat terhad, masa itu KWSP boleh
keluar pula dan jadi lagi teruk bila ada kripto miner pun demand nak GPU. Itu
yang harga GPU masa itu inflated sampai 2 kali ganda sebab supply kurang, tapi
demand lebih. Sekarang ini pula demand GPU dah kurang sebab kripto market dah
crash dan lambakan GPU banyak di market sebab itu harga GPU adalah di bawah
MSRP.
Masalah besar bila
banyak wang dalam circulation, ia boleh menyebabkan peningkatan permintaan
untuk barang dan perkhidmatan. Nak kawal benda ini dengan naikkan OPR supaya
orang tak berbelanja dan simpan duit. Ini terbalik dengan masa Pandemik, OPR
sangat rendah sebab Bank Negara nak suruh orang bebelanja untuk merancakkan
ekonomi. Kalau nak ekonomi terus kukuh, kalau ikut pendapat saya terus naikan
OPR 0.5 mata baru tukaran kita dengan USD kukuh dan inflasi akan dapat di kawal
dengan lebih cepat.
Tapi kalau buat macam
ini nanti orang yang ada loan akan sakit. Tambah sakit lagi kalau ada
pengeluaran KWSP kali 5, macam orang kena kencing manis di sua cendol waktu
puasa.
Bila ada survey kata
87% rakyat tak berminat pinjaman bercagar untuk KWSP, ini satu perkara yang
bagus. Maknanya hanya 13% sahaja yang terdesak dan rate yang di tawarkan oleh
bank yang terlibat masih lagi rendah dari pinjaman peribadi. Yang terdesak
boleh guna duit pinjaman tadi untuk bayar hutang tertunggak dan bila mereka
bersara nanti, mereka masih ada duit dalam KWSP untuk meneruskan saki baki
hidup.
Yang tidak terdesak
tak payah pinjam, macam ada adik yang saya jumpa sendiri cerita dia keluarkan
duit KWSP 30K waktu covid beli macam-macam online, habisnya sekarang barang
tersebut tak tahu ke mana dan duit KWSP sudah habis.
Keluar KWSP ini boleh
menyebabkan ketagihan terutama sekali jika kita tak ada pengawalan diri
terhadap kewangan. Sebab itu krisis ekonomi 97 dan 2008, mana ada orang
keluarkan KWSP. Benda ini special case sebab orang tak boleh berkerja dan
kerajaan dalam masa yang sama tak ada kewangan yang cukup untuk membantu rakyat
pada waktu itu kecuali sesetengah orang yang dapat projek Janawibawa, tapi dia
pula buat masuk duit dalam akaun parti.
MMMS.