Siaran Langsung dari Pentas Utama Bilik Gerakan Utama, PD.





https://youtu.be/14mP_WTiLHs


ANWAR MENANG BESAR, 23,560 MAJORITI

Updates Sila Refresh: "LIVE FROM PD" . UPDATES

Assalamualaikum dan selamat pagi warga PD semoga anda diberkati,sihat,ceria dan diberikan kesihatan yang baik. Anda menentukan bakal PM ke 8 dan keluarlah beramai ramai menunaikan tanggungjawab anda untuk menjadi seorang pengundi yang bijak dalam menentukan calon yang dianggap terbaik.


7.30 am   PANGGILAN DARI DSAI 










8.15 am   CERAMAH MALAM AKHIR.......ANWAR JAWAB











????????????? PARTI APA  USUNG KERUSI...


Image may contain: one or more people and people sitting


Image may contain: 2 peopleImage may contain: 1 person




10.03 am    

SOKONGAN KEPADA ANWAR KIAN MELONJAK DI SAAT-SAAT AKHIR



Menjelang detik-detik akhir sebelum hari pengundian hari ini, sokongan kepada Anwar Ibrahim dilihat semakin melonjak dengan ketara.

Di semua program atau di mana saja ada kemunculan Anwar dalam sehari dua ini, kehadiran pengundi membanjiri setiap program tersebut semakin jelas dapat dirasakan.

Pada malam terakhir kempen, program kempen "Grand Finale" di Pasir Panjang, Chuah dan Bagan Pinang, kehadiran orangramai dapat dilihat begitu di luar jangkaan yang memberi gambaran sokongan terhadap Anwar turut semakin melimpah ruah.

Begitu juga pada program malam sebelumnya di Lukut dan Sri Tanjung turut menyaksikan kehadiran orangramai yang amat memberangsangkan.

Kunjungan Anwar ke kuil-kuil dan penempatan pengundi India juga menunjukkan sokongan mereka yang tidak berbelah kepada bakal pengganti Tun Mahathir Mohamad itu.

Semua gambaran yang ada itu memperlihatkan tidak saja pengundi Cina dan India yang secara majoritinya dilihat akan memihak kepada Anwar, bahkan undi Melayu di sekitar Bagan Pinang dan Linggi juga akan memberi jumlah yang selesa kepadanya.

Di beberapa kampung Melayu, pengundi tradisional yang selama ini mengundi BN turut menunjukkan wujudnya peralihan yang ketara kepada PH berikutan kesedaran mereka bahawa menyokong kerajaan adalah lebih baik berbanding menyokong pembangkang atau calon Bebas.

Mereka yang ditanya dan dirisik-risik berkenaan kecenderungan pada hari mengundi nanti tanpa ragu-ragu menyatakan akan memberi undi kepada bakal Perdana Menteri itu.

Rata-rata pengundi kini sedar hanya Anwar yang mewakili PH merupakan calon yang paling relevan untuk diberikan undi berbanding Pas yang hanya berkuasa di Kelantan dan Terengganu, manakala lain-lain calon sekadar merupakan calon Bebas tanpa disokong oleh mana-mana parti atau kerajaan negeri.

Selain itu, berpuluh-puluh NGO dan  parti Gerakan Negeri Sembilan yang menyatakan ikrar untuk memberi sokongan kepada Anwar di hari-hari terakhir ini dilihat akan melonjakkan lagi harapan untuk memastikan kemenangan besar buat Pakatan Harapan.

Di beberapa kampung Melayu pula, kehadiran Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam beberapa siri kempen sejak beberapa hari lalu dilihat telah berjaya menarik undi kaum wanita yang selama ini memihak kepada UMNO dan BN untuk kali ini beralih kepada Pakatam Harapan.

Penampilannya yang sederhana, bersifat keibuan, mudah mesra dan tidak pernah walau sekali menunjukkan wajah bosan atau mencuka membuatkan ramai yang secara terbuka berjanji mahu memberikan undi agar suaminya dapat bergelar Ahli Parlimen dengan kemenangan yang bergaya.

Secara umumnya, menjelang  detik pengumuman keputusan nanti, soal kemenangan Anwar langsung tidak menjadi kebimbangan. Kemenangan boleh dikata sudah ada dalam genggaman.

Yang dirisaukan hanyalah berapa majoriti kemenangan mampu dicapai nanti. Sebagai bakal Perdana Menteri, mahu tidak mahu, Anwar mesti menang dengan jumlah undi yang besar dan selesa untuk menggambarkan sokongan meluas yang diterimanya.

Jika peratusan mengundi tinggi, majoriti kemenangan Anwar juga akan meningkat sama. Apa yang penting, pengundi tidak harus mengambil sikap mudah dan mesti keluar menunaikan tanggungjawab mereka tanpa banyak alasan di sebalik tanggapan bahawa kemenangan sudah berada dalam tangan.

Selain itu, oleh kerana cuaca dijangka hujan pada sebelah petang, adalah diingatkan agar pengundi dapat menunaikan tanggungjawab mereka pada sebelah pagi atau sebelum waktu tengahari.

Sebagai pengundi yang bakal menerima Ahli Parlimen mereka menjadi Perdana Menteri selepas ini, warga Port Dickson hanya perlu ingat satu perkara mudah sebelum menunaikan tanggungjawab mereka - Anwar menang, rakyat senang.

Selamat mengundi untuk melahirkan seorang Perdana Menteri. (ShahbudinHusin 13/10/2018).




10.05 am 
Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson bermula 8 pagi ini di kesemua 32 pusat pengundian bagi membolehkan 68,317 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.
Pusat pengundian yang merangkumi sekolah dan dewan orang ramai itu akan ditutup pada 5.30 petang ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan 70 peratus pemilih keluar mengundi pada PRK ini dan keputusan dijangka diumumkan pada 10 malam.
Proses penjumlahan undi akan dilakukan di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di sini sebaik proses pengundian tamat pada 5.30 petang.

11.30 am.

Image may contain: 5 people, people standing


Sdr Anwar,meninjau pusat pengundian..Dari 7 calon menawarkan diri, hanya Sdr Isa Samad adalah pengundi berdaftar diParlimen Port Dickson..beliau mengundi Dun.Linggi...

Foto Mohd Shah Rim

Image may contain: one or more people and outdoorImage may contain: one or more people and outdoorImage may contain: one or more people, people walking, sky and outdoor
'

Penyokong HARAPAN dan PAS percaya calon mereka bakal menang..


Image may contain: 5 people, including Amir Udin, people smiling, people standing and hat
Terima kasih Tan Sri Muhyiddin Yasin kerana turun berkempen untuk bantu Anwar di Port Dickson.

Nampak sedikit uzur tapi semangatnya tak luntur.


4.15 pm

Tinggal 45 minit sebelum semua 32 pusat mengundi ditutup. Jumlah peratusan keluar mengundi masih rendah. Ianya sekitar 47% sahaja. Ini sudah tentulah menjadikan jumlah undi yang dihadapi setiap calon juga separuh dari pilihanraya umum lalu.


5.20pm


Sehingga jam 5 petang jumlah keluar mengundi sekitar 54%

Pecahan peratusan pengundi mengikut Dun: % keluar mengundi
Dun Chuah: 35%
Dun Sri Tanjung: 33%
Dun Lukut: 36%
Dun Bagan Pinang: 34%
Dun Linggi: 31%