AMANAH MAMPU TAWAN DUN PERMATANG PASIR, P PINANG

EKONOMI MERUDUM ORANG MISKIN MAKAN ROTI, MEE SEGERA – LIP ENG

Pulau Pinang di kedudukan kedua tertinggi pelaburan, kata Guan Eng


Pulau Pinang di kedudukan kedua tertinggi pelaburan, kata Guan Eng
Sebanyak RM9.91 bilion pelaburan terkumpul dalam tempoh Januari hingga September tahun ini menjadikan Pulau Pinang berada di kedudukan kedua paling tinggi, di belakang Sarawak yang berjumlah RM10.52 bilion.

Memetik laporan statistik terbaru Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, angka RM9.91 bilion itu adalah lebih sekali ganda berbanding RM4.3 bilion pelaburan terkumpul yang direkodkan sepanjang tempoh 12 bulan pada tahun 2016.
“Terima kasih kepada MIDA atas usaha yang mereka lakukan dan juga kepada rakyat Pulau Pinang yang sama-sama menyumbang ke arah perkembangan pelaburan tahun ini.
“Selain modal insan yang berkemahiran tinggi, penyediaan infrastruktur yang efisien dan tadbir urus yang baik turut menjadi penyumbang terhadap percambahan pelaburan di negeri ini,” jelasnya yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) kebangsaan di Komtar pada tengah hari tadi.
Pun begitu, Guan Eng memberitahu RM8.03 bilion pelaburan asing langsung (FDI) ke Pulau Pinang di kedudukan paling tinggi berbanding semua negeri lain, termasuk Sarawak.
Laporan statistik MIDA mendedahkan, pelaburan terkumpul ke Sarawak berjumlah RM10,518,444,919; diikuti Pulau Pinang (RM9,913,766,407), Johor (RM3,718,610,173), Melaka (RM3,211,212,620), Selangor (RM3,049,396,790), Kedah (RM1,289,945,993), Negeri Sembilan (RM896,908,928), Perak (RM871,733,763), Sabah (RM641,063,401), Perlis (RM525,000,000), Pahang (RM191,395,184), Terengganu (RM73,123,716), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM57,540,408) dan terakhir Kelantan (RM4,200,000). Tiada rekod untuk Wilayah Persekutuan Labuan.
Menurut sumber sama, Guan Eng memberitahu 90 projek daripada keseluruhan 464 projek yang telah pun diluluskan adalah di Pulau Pinang, dengan RM1,882,310,557 jumlah terkumpul pelaburan domestik ke negeri ini selain FDI berjumlah RM8,031,455,850.
“Pulau Pinang mendahului dengan jumlah pelaburan asing berjumlah RM8.03 bilion berbanding Sarawak (RM351,489,945).
“Manakala, pelaburan domestik Sarawak mencatatkan jumlah RM10.2 bilion dan Pulau Pinang (RM1.9 bilion),” jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih.
27 Jun lalu, Guan Eng mengumumkan laporan statistik MIDA mengenai RM1.346 bilion pelaburan terkumpul ke Pulau Pinang dalam tempoh Januari hinggga Mac 2017 (Q1 2017) adalah di kedudukan ketiga paling tinggi, di belakang Sabah (RM1.697 bilion) dan Sarawak (RM1.655 bilion).

Projek jalanraya di Katibas belum siap sejak 1979, rakyat rasa diperbodoh





Meski sering melaungkan slogan-slogan pembangunan di Sarawak, kesungguhan dan keikhlasan kerajaan Barisan Nasional (BN) – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memajukan kawasan pedalaman wilayah itu boleh dipertikai.
Hakikatnya, banyak kawasan luar bandar Bumi Kenyalang tersebut masih belum disentuh arus pembangunan meliputi kemudahan asas, jalan raya, elektrik dan sistem komunikasi yang baik.
Namun, apa yang pasti, BN-PBB akan terus menabur janji-janji pembangunan setiap kali musim pilihanraya.
Menurut Pengerusi DAP Katibas, Paren Nyawi, kawasanmya yang kini diwakili Ahli Dewan Undangan Negeri Ambrose Blikau tersebut masih jauh ketinggalan meskipun dikuasai BN-PBB sejak sekian lama.
“Selepas mendapat mandat besar dari rakyat Sarawak secara amnya dan rakyat Katibas secara khususnya semasa Pilihan Raya Negeri ke 11 yang lalu, kerajaan sepatutnya memberikan hadiah pembangunan yang lebih bermakna kepada pengundi di Katibas.
“Tetapi apa yang rakyat Katibas dapat? 70 peratus rumah panjang di Katibas masih dihubungkan dengan laluan Sungai.
“Saya ingin bertanya kepada Datuk Ambrose Blikau, apakah sumbangan beliau kepada penduduk Katibas selama 40 tahun ini?” soalnya menggesa kerajaan Sarawak membina jalan ke Ulu Katibas memandangkan sebuah jalan di Sungai Katibas hanya berakhir di Nanga Banjor.
Lebih menghairankan, meskipun Adun tersebut mengakui telah meminta supaya projek pembinaan jalan dilaksanakan sejak tahun 1979 lagi, namun sehingga kini kerajaan BN masih belum menunaikan tuntutan tersebut.
Keadaan itu katanya seolah-olah cuba mempermain dan memperbdohkan rakyat di kawasan tersebut.
“Ini menunjukkan Kerajaan BN dan Wakil Rakyat BN di Katibas sedang dan akan terus memperbodohkan kebijaksanaan pengundi di luar bandar dan dia sendiri bersenang lenang hidup di bandar Kuching tanpa merasakan sendiri kesusahan harian pengundi di kawasannya,” katanya lagi. 



PH AKAN UMUM CALON PM BULAN DEPAN

SAHKAN SISTEM IMAMS DIBATALKAN – KHALID SAMAD

SIAPA PENIPU LEBIH BESAR???






Mengikut laporan media yang disiarkan pada 27 Mac 2017,  Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Mas Ermieyati Samsudin memberitahu, rakyat Malaysia menanggung kerugian lebih RM10 juta disebabkan penipuan visa umrah sejak tahun 2012 yang lalu.

Katanya, kerugian itu merangkumi 266 kes yang dilaporkan kepada kementeriannya.

“Tindakan berurus niaga dengan syarikat atau individu tidak berlesen yang menjadi ejen jualan tiket, terutamanya secara dalam talian merupakan tindakan yang sangat berisiko dan mendedahkan  orang ramai kepada penipuan.

“Semua agensi pelancongan berlesen mestilah mengambil usaha secukupnya dalam memastikan status rakan niaga mereka sama ada berlesen atau tidak,” Mas Ermieyati kepada para wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kawal Selia Umrah di Kuala Lumpur.

Berdasarkan  kenyataan beliau itu, bermakna jumlah kerugian akibat penipuan visa umrah sebanyak RM10 juta antara 2012 hingga 2017 adalah bersamaan dengan RM2 juta setahun.

Tetapi, melalui sistem IMAMS yang diperkenalkan oleh kementerian itu yang kini telah dibatalkan akibat bantahan orang ramai, syarikat pengendalinya  dijangka mampu mengutip "tol" daripada jemaah umrah sebanyak lebih RM26 juta setahun.

Angka itu meliputi bayaran RM90.10 yang dikenakan kepada setiap jemaah umrah di mana pada tahun lalu, umat Islam yang menunaikan umrah adalah berjumlah 240 ribu orang dan angkanya diramalkan mencecah 290 ribu pada tahun depan.

Dalam erti kata lain, untuk menyelamatkan penipuan visa umrah yang berjumlah RM2 juta setahun, IMAMS diwujudkan dengan memangsakan semua jemaah umrah sehingga syarikat pengendalinya senang-senang mampu mengumpul kutipan kira-kira RM26 juta setahun. 

Daripada jumlah itu, ditolak GST sebanyak RM5.10 yang masuk ke kantung kerajaan dan RM40 untuk insurans (meskipun insurans berkelompok untuk umrah boleh didapati hanya antara harga RM15-RM20 seorang), bayangkan berapa banyak keuntungan yang mampu dijana oleh syarikat pengendali IMAMS secara mudah dan berselindung di sebalik keinginan mengelakkan umat Islam daripada penipuan untuk beribadah ke tanah suci Mekah.

Maka, siapa penipu yang lebih besar sebenarnya?

Jadinya, untuk apa kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berkeras mahu menggantikan sistem lain menggantikan IMAMS jika akhirnya ia tetap berupa satu bentuk samunan di siang hari juga? (ShahbudinHusin 17/12/2017).

DARI BLOG KEMPEN GURU TERTINDAS

Blog KEMPEN GURU TERTINDAS kini dihidupkan semula apabila kes CIKGU  Azizan disebut di mahkamah hari ini. Blog ini yang diwujudkan beberapa tahun dahulunya kemudiannya senyap seketika apabila pengendalinya melanjutkan pelajaran dan ini sebagaimana yang diberitahu. Menurut pengendalinya , blog KEMPEN GURU TERTINDAS diwujudkan untuk kaum pendidik melepaskan permasaalahan mereka berkaitan kerja dan lain lain kes guru dibuli ibubapa.





Hak guru berhimpun sokong 'Cikgu Azizan', kata kementerian




       
Kementerian Pendidikan tidak akan menghalang mana-mana guru yang ingin berhimpun dan memberikan sokongan jika ada guru terlibat dalam kes mahkamah.
Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu seorang guru yang dikenali sebagai 'Cikgu Azizan' yang dihadapkan ke mahkamah esok atas dakwaan menyerang pelajar.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dalam kenyataan 15 Disember lalu menggesa guru di seluruh negara memberikan sokongan kepada 'Cikgu Azizan' dengan hadir ke perbicaraan di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan, pada jam 8.30 pagi, 19 Disember ini.
Menurut laporan Bernama hari ini, Mahdzir berkata isu kehadiran di mahkamah adalah hak peribadi termasuk bagi guru.
"Saya tiada halangan jika guru ingin berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada rakan mereka yang terlibat dalam kes mahkamah.
"Kalau jadi pada rakan kita, kita juga akan hadir, begitu juga dengan warga guru," kata Mahdzir yang turut mengongsikan kenyataannya itu di Facebook.

Guru tersebut didakwa menghukum pelajar atas kesalahan disiplin seperti menghidu gam, terlibat dalam pergaduhan dan membuli pelajar lain.
Dia didakwa bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan berhadapan hukuman setahun penjara atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali, jika didapati bersalah.
Isu tersebut menjadi tular dengan ramai pengguna laman sosial menggunakan #PrayForCikguAzizan bagi menyatakan sokongan mereka terhadapnya.

KRONOLOGI YANG DI SALIN SEMULA

Norhara Ahmad:


[1:10PM, 12/17/2017] +60 13-786 5510 : Assalamualaikum..utk pengetahuan sahabat semua..sy mendenda Murid tersebut atas kesalahan:1.menghidu Gam Dalam kawasan sekolah Dan mempengaruhi Murid lain ( 3 org) supaya turut Serta..kesalahan tersebut dilakukan sejak 2016...2. Buli...3. Memukul Murid lain..4. Ponteng dgn memanjat pagar sekolah.

[1:10PM, 12/17/2017] +60 13-786 5510 : YG mendakwa sy ialah parent Murid tersebut...tolong betulkan fakta jika Ada cerita selain drp di atas...t.kasih atas doa Dan sokongan sahabat semua..terima kasih... AZIZAN.

[1:10PM, 12/17/2017] +60 13-786 5510 : Anak bekas askar. Saman melalui peguam persatuan bekas tentera. Guru tu HEM. Dpt tangkap bdk tu sdg hidu gam dan sdg rekrut pelajar lain hidu gam dlm sekolah. Bdk tu melawan, berlaku pergelutan dan cikgu tu dpt tampar bdk tu. Bapak bdk tu x puas hati teruskan utk bawa ke mahkamah. KPPK sediakan peguam utk cikgu ni krn ada alasan kukuh. Kalah x apa tp peguam KPPK akan bw isu moral mengenai sikap KPM yg x membela guru dlm isu berat yg berlaku di sekolah

[1:10PM, 12/17/2017] +60 13-786 5510 : Kerana ketegasan seorang guru mengajar dan mendidik anak muridnya, beliau kini bakal dihadapkan ke Mahkamah pada 19 Disember 2017 Selasa ini.


Kami warga guru mendoakan agar Cikgu Azizan tabah menghadapi ujian ini, dan semoga kemenangan memihak kepada beliau.

Kepada guru-guru diharap memberi sokongan kepada beliau walau di mana sekalipun, biarpun tidak dapat hadir ke mahkamah, anda boleh nyatakan sokongan anda dengan mengundi dan share di media sosial atau group Whatsapp masing-masing.




CIKGU AZIZAN ADALAH WIRA KAUM PENDIDIK


PIHAK PENTADBIR KEMPEN GURU TERTINDAS MENGAMBIL SIKAP MELAKUKAN KEMPEN BAGI MENYOKONG TINDAKA 


Bagi pihak KEMPEN GURU TERTINDAS, tindakan NUTP dianggap sebagai stu tanggungjawab yang bukan sahaja ke atas Azizan, namun banyak kes lain. Guru difitnah, guru diugut, guru dipukul dan berbagai lagi ancaman yang harus guru hadapi dengan bukan sahaja fizikal , malahan dengankata kata yang menyakitkan.


Pelajar terbabit dikatakan dihukum kerana menghidu gam, bergaduh dan membuli pelajar lain.
Nasib dialami Cikgu Azizan itu turut mendapat perhatian Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang menggesa pendidik di seluruh negara memberi sokongan kepadanya dengan menghadiri perbicaraan di Mahkamah Majistret Seremban pada jam 8.30 pagi, 19 Disember ini.
NUTP juga menyediakan peguam bagi membela guru terbabit.
Menurut laporan New Straits Times, Azizan didakwa bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Jika disabitkan kesalahan beliau boleh dihukum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali.
Kisah Cikgu Azizan juga menjadi tular dan dikongsi ramai orang melalui media sosial sejak beberapa hari lalu.

KEMPEN GURU TERTINDAS JUGA  yang juga mengganggap ibu bapa pelajar terbabit bukan sembarangan orang kerana berani dan tahu akan  prosedur mahkamah, namun sikap mereka ibubapa yang membela anak yang menghadapi masalah ketagihan gam adalah sesuatu yang amat serius.
 Negara ini memang memerlukan lebih ramai "Cikgu Azizan" yang sanggup menghadapi apa saja demi menunaikan amanah sebagai pendidik.Sepatutnya kisah ini boleh diselesaikan diperingkat sekolah dan PIBG, namun sikap ibubapa murid ini telah hilang budi bicara. Mereka sebenarnya gagal mendidik anak mereka sendiri. Pihak sekolah sepatutnya menghubungi pihak polis dan pelajar terbabit sepatutnya di letakkan dibawah AADK dan ditempatkan di pusat pemulihan.
Sebenarnya Cikgu Azizan  itu boleh saja memilih untuk hidup senang dan tidak perlu memeningkan kepala memikirkan perihal anak murid atau mendiamkan diri kerana ianya bukannya saudara mara atau adik beradik atau keluarga sendiri. "Melingkup kau ;ah" jika sikap yang diambil sedemikian memang amat mudah. Namun keadaan itulah yang mengajar gruru-guru hari ini membiatrkan keadaan disiplin di sekolah tidak terkawal. Sebab utamanya ialah kerana sikap ibubapa sendiri yang terlalu memanjakan anak anak.
" Tanya lah guru guru di Pulau Pinang, Kula Lumpur dan seluruh negara , mereka sebenarnya pernah mengalami komplen tentang tindakan ke atas murid yang adakalanya cuba diajar agar tidak melangar disiplin . "JIka hanya dengan memulas telinga pun guru akan di serang , malahan jika merotan dengan pembaris pun akan diserang oleh ibubapa yang kononya terpelajar dan menjaga anak. Tetapi dirumah entah dijaga atau tidak keadaan anak mereka dan disemak atau tidak kerja rumah mereka" 

Namun , sebagai seorang guru yang dilatih dan dididik menjadi guru, semahunya anak murid bukan sahaja menyiapkan kerja sekolah, malah murid juga harus tahu membaca.

Jika nak mudah biar sahaja.. masuk kelas mengajar..sama ada murid mahu menyalin atau menyiapkan kerja sekolah itu adalah hak engkau . Jika semua guru mengambil sikap sebegii maka  kerja guru adalah lebih mudah. 

"SEKALI MENJADI GURU , MAKA SEUMUR HIDUP ANDA BERGELUMNAG DENGAN BUKU DAN TETAP MAHU MENJADI PENDIDIK DAN BUKAN SEKADAR GURU"