Malaysia mencatat rekod prlaburan tertinggi selama tiga tahun berturut-turut dibawah pentadbiran kerajaan Madani.
Ini yang berlaku zaman MADANI..
Nasrul Hisham.
Dan sebenarnya..
Ini yang berlaku zaman MADANI..
1. Lonjakan Ekonomi dan Pelaburan
Rekod Pelaburan Tertinggi: Jumlah pelaburan yang diluluskan mencecah RM426.7 bilion pada 2025, satu peningkatan sebanyak 11% berbanding tahun sebelumnya.
2.Peluang Pekerjaan: Sebanyak 8,390 projek diluluskan dengan potensi mewujudkan 244,902 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat.
3. Pertumbuhan KDNK Stabil: Ekonomi negara kekal berdaya tahan dengan unjuran pertumbuhan sekitar 4.0% hingga 5.0%, disokong oleh permintaan domestik yang teguh.
4. Pemulihan Hasil Negara dan TatakelolaKutipan Cukai Rekod: Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) merekodkan kutipan cukai tertinggi dalam sejarah sebanyak RM203.991 bilion pada 2025.
5.Pengurangan Defisit: Kadar defisit berjaya diturunkan secara berperingkat hasil pengurusan kewangan yang lebih berhemat dan pengurangan ketirisan.
6. Pengiktirafan dan Hubungan AntarabangsaIndeks Daya Saing Dunia: Malaysia berjaya melonjak 11 anak tangga ke kedudukan ke-23 dalam Indeks Daya Saing Dunia.
7. Pengaruh Pemimpin Islam: PMX tersenarai di tangga ke-11 dalam senarai 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh di Dunia, diiktiraf atas kelantangan beliau menyuarakan isu sejagat dan solidariti antarabangsa.
#KerajaanMadaniTerbaik
4 ANGGOTA POLIS BERAGAMA ISLAM MATI SYAHID AKIBAT DIBUNUH OLEH PAS DALAM TRAGEDI MEMALI.
Aman Muhamad
1. Inspektor Azmi Hamzah (tiada gambar)
2. Sarjan Abd. Rahman Mat Noor
3. Konstabel Jaafar Sain
4. Konstabel Mohd Soli Uthman
Semoga Allah merahmati 4 angoota polis yang mati syahid ketika menjalankan tugas.
Dan semoga Allah memberi azab yang pedih kepada pemimpin PAS dan penyokong PAS yang menjadi asbab kepada pembunuhan 4 anggota polis beragama Islam ini.
Sudahlah mereka bunuh polis.
Mereka pula berlagak mati syahid sebab bunuh polis.
Amin, ya Allah.
🤲
p/s: Tragedi Memali perlu difilemkan untuk selamatkan akidah anak-anak orang Islam di masa hadapan.
(wajah para syuhada' diwarnakan dengan menggunakan AI)
Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian Bakal Disaman: Urus Sewa Pun Gagal, Ada Hati Nak Urus Negara?
Jason Yew
Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian Bakal Disaman: Urus Sewa Pun Gagal, Ada Hati Nak Urus Negara?
1. Saya ada terbaca satu kenyataan daripada seorang pemilik bangunan, Dr Haji Muhammad bin Hj Zolkifli.
2. Beliau mengeluh. Bangunannya disewa oleh Ahli Parlimen dari PAS, wakil rakyat Kubang Kerian.
3. Sebagai wakil rakyat dari parti yang sering mendabik dada mempunyai moral yang tinggi, kita harap mereka menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat.
4. Tetapi nampaknya, apabila tiba bab melunaskan bayaran sewa, tanggungjawab asas diketepikan. Janji tidak ditepati.
5. Menurut pemilik, bila dituntut bayaran, mereka pandai tawar-menawar. Modalnya mudah. Menggunakan sentimen "perjuangan Islam" sebagai alasan untuk meraih simpati.
6. Rupa-rupanya, dalam kamus kepimpinan mereka, meminggirkan hak pemilik dan culas membayar hutang dianggap perkara biasa. Integriti tolak ke tepi, asalkan atas nama perjuangan Islam.
7. Pemilik terpaksa mengalah banyak kali kerana budi bicara. Tetapi penyewa langsung tidak memikirkan nasib pemilik sebaliknya membiarkan beliau menanggung kerugian berterusan.
8. Surat penamatan sewa sudah dihantar berkali-kali. Tetapi mereka buat tidak tahu. Ingkar dan degil. Inikah integriti seorang pemimpin yang mahu ditunjukkan kepada rakyat?
9. Hutang wajib dibayar. Perjanjian kontrak wajib dihormati. Bukannya memanipulasi sentimen atau kedudukan untuk mengelak bayar sewa.
10. Saya hairan. Kalau urus bayaran sewa pejabat sendiri pun gagal dan culas, macam mana mereka ini mahu urus negara? Macam mana mahu tadbir ekonomi yang berbilion ringgit?
11. Minggu depan, dengarnya saman pemula akan difailkan di mahkamah.
12. Harapnya apabila berdepan tindakan undang-undang nanti, selesaikanlah apa yang patut. Janganlah pula nanti pusing cerita mengatakan ini semua adalah sabotaj politik terhadap parti mereka.
13. Malaysia aman tanpa PAS.
#kubangkerian #pas #tuanibrahimtuanman
KALAU BOLEH BUAT FILEM...MATI SIA SIA...SAPA TANYA SOALAN SETANG.
Aman Muhamad.
Aku benar-benar berharap agar kisah Memali dapat difilemkan dan rakyat dapat tahu sejarah benar betapa ganas dan ekstremisnya PAS sehingga sanggup membunuh umat Islam yang tidak mahu sokong PAS.
Dan jelas, punca tragedi Memali, adalah dari Amanat Haji Hadi.
Kerana amanat itu, ramai orang Islam menjadi taksub, menjadi ganas, menjadi ekstremis, mengkafirkan orang Islam yang lain, sehingga ke tahap angkat senjata, angkat parang, angkat pedang, angkat senapang patah nak lawan kerajaan dan polis.
Akhirnya kerana amanat itu, 4 orang pegawai polis beragama Islam telah mati syahid akibat dibunuh oleh penyokong PAS yang terpengaruh dengan Amanat Hadi.
Kalau nak lagi best, boleh offer MB Kedah jadi pelakon tambahan seagai salah seorang penyokong PAS ekstremis yang membunuh anggota poils beragama Islam tu.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas 4 syhuhada' anggota polis yang beragama Islam yang mati dibunuh oleh penyokong PAS dalam Tragedi Memali 1986.
Jika dulu ulamak jahat Khawarij bunuh orang Islam seperti Saidina Ali.
Maka sekarang ulamak jahat PAS bunuh orang Islam dalam tragedi Memali.
;)
LA NI LAWAN SAMPAI LUNYAI
PRU 14 Kak Wan berdepan tekanan kuat daripada Tun dan Muhyiddin. Bersatu mahukan lebih banyak kerusi, termasuk beberapa kerusi yang sebelum itu memang dimenangi PKR.
Bila rundingan makin tegang, Kak Wan minta Rafizi ikut serta membantu. Bukan sebab nak bergaduh, tapi sebab keadaan dah sampai tahap susah nak cari titik persetujuan.
Rafizi pun masuk berunding. Deal punya deal, bincang berjam-jam. Akhirnya tinggal 3 kerusi yang masih sangkut dan tak nampak jalan penyelesaian. Tun tetap berkeras mahukan kerusi-kerusi tersebut.
Bila rundingan dah buntu, Rafizi terus ajak Kak Wan balik.
Katanya lebih kurang, "Tak apalah Tun. Nampaknya tak ada jalan selesai. Kita lawan sajalah di kerusi yang bertindih. Mana-mana kawasan yang masing-masing rasa kuat, kita bertanding."
Bila dengar macam tu, akhirnya Tun yang mengalah. Ketiga-tiga kerusi yang jadi pertikaian itu kekal dalam pembahagian Pakatan Harapan. Cuma satu kerusi PKR di Lumut yang akhirnya ditukar sebagai sebahagian daripada kompromi.
Haa ..mcmtulah general perang.Berunding dengan tegas dan bijaksana.Ceplos mana tahu semua tu.
bersama.org
DULU OK SEBAB KAWAN ..LA TAK LEH SEBAB BUKAN KAWAN.
Dulu korban ni biasa setiap tahun dan tak ada isu pun...kita marah kat dia pun kerana isu 1mdb dan berkaitan isu dana negara...
Hari ni kerana hati sakit dan dengki pada seseorang isu korban pun jadi masalah...
Ini yang aku selalu sebut masalah hati di kalangan kita ni tinggi....tu sebab harta orang melayu banyak tak boleh selesai sebab bergaduh sesama adik beradik
Hang pa cakap lah konon nak satu kan melayu...tak akan jadi kerana melayu ni sifatnya kuat dengki...
Baik buat satukan rakyat tanpa kira bangsa untuk negara dan hidup aman damai....
US PERTIMBANG ISU SENJATA TLDM.
Amerika Syarikat (AS) memberi jaminan akan mempertimbangkan penjualan Naval Strike Missile (NSM) kepada Malaysia, sebagai penyelesaian kepada isu yang dihadapi negara berhubung perolehan sistem persenjataan itu dari Norway - DS Mohamed Khaled Nordin
Perkara tersebut disuarakan oleh Setiausaha Pertahanan AS Pete Hegseth, dalam pertemuan dua hala yang diadakan di sela-sela Dialog Shangri-La (SLD) IISS ke-23 di Singapura, yang kini sedang berlangsung sehingga Ahad 31 Mei 2026.
Binatang Tidak Dapat Ditangkap Untuk Disembelih, Boleh Ditembak – Mufti Perlis
Perlis Permai
KANGAR: Binatang yang boleh dimakan namun tidak dapat ditangkap untuk disembelih boleh dipanah atau ditembak terlebih dahulu.
Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata, bahkan, boleh menggunakan haiwan buruan seperti anjing untuk menangkapnya.
“Binatang yang boleh dimakan, yang tidak dapat ditangkap untuk disembelih, boleh dipanah, atau ditembak terlebih dahulu. Bahkan boleh menggunakan haiwan buruan seperti anjing untuk menangkapnya.
“Dibaca Bismillah sebelum melancarkan. Jika panah atau peluru atau gigitan telah mematikan haiwan tersebut, maka boleh dimakan.
“Jika belum mematikan, hendaklah disembelih seperti biasa,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu, Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah tampil memberi penjelasan bagi mengelak salah faham atau kekeliruan berhubung video tular beliau menembak seekor lembu yang sedang mengamuk pada program korban perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis di sini semalam.
Beliau berkata, lembu berkenaan yang terlucut tali telah mengamuk sekali gus telah mengundang mudarat kepada para petugas sebagai mana berlaku di lokasi-lokasi lain yang ada sehingga menyebabkan kematian.
Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis itu, beliau hanya menembak ke arah kaki lembu berkenaan dan selepas itu, proses penyembelihan dilakukan seperti biasa.
“Kita buat program korban membabitkan 25 ekor lembu. Hanya seekor yang talinya terlepas lari dan mengamuk, jadi kita terpaksa hentikanlah daripada mengelak sebarang mudarat atau bahaya kepada petugas atau orang ramai.
“Seekor lembu itu yang kita tembak tidak mati, ia dilepaskan mengenai kaki dan kemudian kita melakukan proses penyembelihan seperti biasa. Saya sudah sembelih 24 ekor lembu, yang satu ini sahaja kita tembak di kaki sebelum sembelih.
“Saya tembak bagi mengelak kejadian tidak diingini seperti berlaku di beberapa lokasi lain di seluruh negara sehingga ada kes yang mengorbankan nyawa akibat ditanduk lembu,” katanya.
Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽
.
Sumber : Utusan Malaysia
.
Teruskan Bersama @PerlisPermai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.
.
#PerlisPermai
BAHAYANYA SALAHGUNA KUASA .
Viral Superking.
Siapa sangka hanya kerana satu hantaran lawak di media sosial, seorang lelaki terpaksa meringkuk dalam penjara. Namun, pengakhiran kisah ini benar-benar membuatkan ramai orang terduduk tergamam.
Kisah ini terjadi kepada Larry Bushart, seorang pesara polis berusia 61 tahun dari Tennessee. Beliau ditahan selepas memuat naik meme sarkastik mengenai seorang aktivis politik terkenal.
Meme tersebut memaparkan gambar Donald Trump berserta ayat sindiran yang dipetik daripada ulasan isu lama. Malangnya, pihak berkuasa tempatan tersalah anggap hantaran itu sebagai satu ancaman nyata.
Disebabkan nama sebuah sekolah berhampiran agak mirip dengan kandungan meme tersebut, Larry dituduh melakukan jenayah berat. Beliau didakwa atas kesalahan melakukan keganasan massa yang sangat serius.
Keadaan menjadi lebih parah apabila mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak dua juta dolar. Kerana tidak mampu membayar angka tidak masuk akal itu, Larry terpaksa berkampung di dalam lokap selama 37 hari.
Ajaibnya, pihak pendakwa raya akhirnya menggugurkan kesemua pertuduhan tersebut sebulan kemudian kerana tiada bukti kukuh. Berang dengan penindasan yang dialami, Larry nekad membawa kes ini ke mahkamah persekutuan.
Beliau memfailkan saman sivil atas alasan hak kebebasan bersuara beliau telah dicabuli sewenang-wenangnya. Baginya, hantaran tersebut hanyalah sekadar pandangan politik biasa yang dilindungi undang-undang negara.
Langkah berani itu membuahkan hasil apabila daerah Perry dan pihak syerif bersetuju membayar ganti rugi sebanyak 835 ribu dolar. Larry kini berasa sangat puas kerana maruahnya telah dibersihkan sepenuhnya.
Kes ini menjadi bukti jelas tentang bahayanya salah guna kuasa oleh pihak pemerintah. Ia juga menjadi peringatan bahawa kebebasan bersuara adalah hak mutlak yang wajib dipertahankan oleh setiap individu.
SEPATUTNYA GURU GURU PASTI NI MINTA KENAIKAN GAJI DAN JUGA KWSP. PI JADI KULI LEBAI PAS BUAT APA?
Aziani SU
PAS sendiri yang mempertahan kan bahawa PASTI tiada kaitan ngan politik.... macam mana pulak PASTI boleh masuk dalam pelancaran jentera pru.
SEMOGA DIPERMUDAHKAN PERUNDINGAN.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau akan membuat satu keputusan akhir pada Jumaat berhubung rundingan dengan Iran bagi melanjutkan gencatan senjata, yang perlu merangkumi pembukaan Selat Hormuz serta memansuhkan keupayaan Tehran untuk menghasilkan senjata nuklear.
"Saya akan mengadakan mesyuarat sekarang di Bilik Situasi bagi membuat satu ketetapan akhir," katanya merujuk kepada pusat kawalan White House bagi memantau krisis global.
Beberapa sumber sebelum ini menyatakan satu perjanjian bakal dicapai bagi melanjutkan gencatan senjata yang berkuat kuasa sejak awal April untuk tempoh 60 hari lagi, bagi membolehkan penghantaran minyak dan gas disambung semula melalui laluan air strategik itu sementara perunding menangani isu rumit seperti program nuklear Iran.
"Iran mesti bersetuju bahawa mereka tidak akan sesekali memiliki Senjata atau Bom Nuklear. Selat Hormuz mesti dibuka serta-merta tanpa sebarang tol, untuk trafik perkapalan tanpa sekatan di kedua-dua arah," kata Trump sambil menambah bahawa bahan nuklear akan "digali keluar" oleh AS.
Setakat ini, tiada maklum balas segera daripada pihak Iran, namun ketua perundingnya, Mohammad Baqer Qalibaf sebelum ini membayangkan nada skeptikal.
"Kami tidak mempercayai jaminan dan kata-kata, hanya tindakan yang menjadi ukuran. Tiada sebarang tindakan akan diambil sebelum pihak di sana bertindak," kata Qalibaf dalam satu hantaran di media sosial tanpa mengulas lanjut.
"Pemenang bagi mana-mana perjanjian adalah pihak yang lebih bersiap sedia untuk menghadapi peperangan pada keesokan harinya."
Perang yang dilancarkan oleh AS dan Israel pada 28 Feb telah mengorbankan ribuan nyawa, terutamanya di Iran dan Lubnan, selain mencetuskan impak ekonomi global berikutan kenaikan harga tenaga ekoran tindakan Iran menutup Selat Hormuz secara berkesan.
Harga minyak dilaporkan merosot manakala pasaran saham meningkat pada Jumaat susulan potensi perjanjian berkenaan.
Dalam hantaran di platform Truth Social, Trump berkata, periuk api akan dialihkan dari selat itu dan kapal-kapal yang terkandas di sana boleh mula pulang ke tanah air: "Sampaikan salam kepada isteri, suami, ibu bapa, dan keluarga anda daripada saya, Presiden kegemaran anda!"
Beliau berkata, tiada pertukaran wang akan dilakukan "sehingga diberitahu kelak" - kemungkinan merujuk kepada tuntutan Iran untuk pembayaran tol di selat berkenaan, ganti rugi kemusnahan perang atau pelepasan dana Iran yang dibekukan di luar negara.
Sementara itu, Kazakhstan telah memberi isyarat sedia menerima simpanan uranium Iran yang diperkaya hampir ke tahap gred senjata sekiranya AS mencapai persetujuan dengan Iran, kata ketua badan pengawas nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Rafael Grossi kepada Financial Times.
Kazakhstan menempatkan bank uranium diperkaya pada kadar rendah yang dikawal secara antarabangsa bagi memastikan bekalan bahan api untuk stesen janakuasa dalam kalangan negara anggota Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
-- REUTERS
#1media4all #malaysianews #trendingmalaysianews
JOM BACA . PELABURAN TRILLION PALING HEBAT DALAM SEJARAH NI, APA AKU DAPAT ?
Nazri Haris
Aku benci la sembang Malaysia dapat pelaburan sampai triliyun, tapi hidup aku sama aje. Pigi dah!!!
Yea. Betul. Malaysia cecah RM1 trillion jumlah dagangan dalam 4 bulan terawal ini.
Angka RM1 trilion ini bukan sekadar nombor di atas kertas.
Merujuk laporan rasmi terbaru dari Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), ini adalah sejarah baharu negara.
Buat pertama kalinya, seawal Januari hingga April 2026, jumlah perdagangan kita mencatat angka sebesar ini.
Tapi bagi rakyat biasa, soalan yang bermain di fikiran mestilah...
"Apa kaitan angka MITI yang bertrilion ini dengan periuk nasi saya di rumah?"
...
...
#Ceritera1
Eksport kita (apa yang kita jual ke luar) melonjak kepada RM609.31 bilion.
Import pula (apa yang kita beli) pada RM517.40 bilion.
Hasilnya?
Kita mencatatkan lebihan dagangan (trade surplus) sebanyak RM91.92 bilion.
Ini adalah lonjakan hampir dua kali ganda berbanding tahun lepas.
Secara logik akalnya, bayangkan kita berniaga.
Wang jualan yang masuk ke dalam poket jauh lebih besar daripada modal yang anda keluarkan untuk beli stok.
Untung bersih kita berganda.
Di saat nilai mata wang negara jiran jatuh mendadak,
wang asing yang masuk lebat inilah yang menjadi benteng pertahanan paling kukuh untuk menyokong nilai R1nggit kita secara organik.
...
...
#Ceritera2
=Apa Pula Malaysia Jual Sampai Laku Keras?=
Jawapannya bukan lagi sekadar minyak atau kelapa sawit.
Senjata utama kita sekarang adalah cip semikonduktor dan produk Elektrik & Elektronik (E&E).
Tatkala kuasa besar dunia sedang 'berperang' untuk membangunkan teknologi A.I dan pusat data, mereka sangat perlukan cip.
Di sinilah letaknya kedudukan strategik kita.
Fakta menarik: Eksport produk sokongan A.I kita sahaja menyumbang separuh daripada jumlah keseluruhan eksport negara.
Secara kasarnya, dunia terpaksa bergantung kepada kepakaran kilang di negara kita.
...
...
#Ceritera3
=Pasaran 'Plan B' Menjadi Senjata Rahsia=
Siapa kata kita tak terkesan dengan Selat Hormuz?
Ketegangan di Asia Barat dan keretakan rantaian logistik maritim global memberi kesan kepada semua negara.
Hebatnya lagi, kita tidak lagi letakkan semua telur dalam satu bakul.
Di sinilah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar M@laysia (MATRADE) memainkan peranan besar di belakang tabir.
Hasil gerak kerja agresif MATRADE, kita tidak lagi hanya mengharap kepada pasaran tradisional.
Produk buatan tempatan kini laku keras menebuk pasaran baharu di benua Afrika, Amerika Latin, dan Eropah Timur.
Jadi, jika satu pasaran merudum atau berlaku krisis geopolitik di Asia Barat, ekonomi kita ada penampan dan 'Plan B' yang sangat teguh.
...
...
#Ceritera4
="Sembang Lebat Sangat, Habis Tu, Kenapa Poket Aku Tak Rasa Apa-Apa?"=
Ini persoalan yang sangat wajar.
Rantaian ekonomi ini mengambil masa.
Ia bukan magis.
Nak rasa dividen ASB pun paling kurang setahun.
Dalam tiga tahun kebelakangan ini, data dari Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menunjukkan kelulusan pelaburan sentiasa mencatat rekod:
RM329.5 bilion (2023),
RM384.4 bilion (2024), dan
RM426.7 bilion (2025).
Namun, pelaburan berbilion yang diluluskan MIDA ini tidak turun dari langit terus ke dalam dompet kita.
Ia perlukan proses.
Syarikat gergasi luar perlu membeli tanah, membina struktur kilang, membawa masuk mesin berteknologi tinggi, dan akhir sekali, baru mereka mula mengambil pekerja.
Proses ini kebiasaannya mengambil masa dua hingga tiga tahun.
Dan sekarang, pada tahun 2026, kita mula menuai hasil daripada pelaburan besar tahun-tahun sebelum ini.
Kilang-kilang mega mula beroperasi dengan kapasiti penuh.
Apabila peluang pekerjaan teknikal berpendapatan tinggi terbuka luas dan gaji mula mengalir, kuasa beli rakyat akan kembali merancakkan sektor peruncitan tempatan.
Rantaian pelaburan bertahun-tahun inilah yang kini mula menjadi perisai 3konomi kita daripada ketidaktentuan global.
Malaysia sedang memacu laju di landasan yang tepat.
Dirgahayu Malaysiaku.
Salam Aidiladha 1447H/ 2026
PENUMPANG DIHALAU KERANA PENAMPAR ISTERI.
Viral Supeking
Dunia hari ini memang pelik-pelik, hal sekecil zarah pun boleh jadi punca singa mengamuk. Baru-baru ini kecoh di Facebook pasal satu video rakaman kamera papan pemuka kereta yang buat ramai netizen mengucap panjang.
Abang Grab kita yang bernama Stanley Loi dari Seremban kongsi detik cemas bila seorang abang ni tiba-tiba naik hantu. Kisahnya bermula apabila tambang cuma tujuh ringgit, tapi si suami tadi hulur duit besar bernilai RM50.
Disebabkan baki tak ada, Stanley dengan budiman offer sahaja perjalanan itu secara percuma sebagai sedekah. Malangnya, niat baik pemandu itu dibalas dengan tengkingan melampau daripada penumpang terbabit.
Si isteri yang sedang memangku bayi mereka cuba menenangkan keadaan dengan memegang lengan suaminya. Alih-alih, wanita malang itu pula yang makan penampar free siap pakej makian yang sangat kasar.
Tak sanggup tengok drama keganasan domestik depan mata, Stanley terus halau lelaki baran itu keluar dari keretanya. Kes ini akhirnya dipanjangkan kepada pihak pengurusan Grab untuk tindakan senarai hitam yang sewajarnya.


















