INI DAH KELUAR FATWA KA MACAMANA?
Mohd Asri Bakar
Dah keluar dah dalil dari pemimpin-pemimpin PASik tentang penjualan dan meminum BEER seperti saranan Annuar Musa sebentar tadi.
Amar Pendek telah berkata-kata kepada para wartawan yang bertanya. "Minuman yang tidak mempunyai kandungan Alkohol yang tidak melebihi 0.7%..pasti tidak akan memudaratkan kesihatan atau tidak boleh melemahkan daya fikir seseorang. Bila seseorang itu minum dengan terlalu banyak (BEER) tu dan sudah mula mabuk, masa itu barulah perbuatannya salah dan berdosa".
Wartawan: Maknanyer..bila minum tu tidak mabuk, tak berdosa ker Dato'?"
Amar Pendek: "mengikut tafsiran dan pendapat kebanyakan ulamak-ulamak dunia..tak haram dan tiada dosa. Macam minyak wangi lah".
Wartawan: "jika kami keluarkan statement ni kepada public...dan selepas itu, ramai jer remaja-remaja yang mula berjinak-jinak dengan minuman beer ni..camane Dato'?".
Amar pendek: "boleh jer tetapi janganlah sampai ianya memabukkan".
Wartawan: "Tetapi fatwa Majlis fatwa dah sahkan bahawa Beer itu adalah salah satu minuman yang memabukkan dan haram mengikut syarak?".
Amar pendek: "dari dulu lagi..kita ulama-ulamak Islam ni..memang selalu ada perselisihan pendapat tentang sesuatu perkara dan hukum. Tu tak jadi masalah sebab pandangan-pandangan ulamak semua tu memang selalunya ada yang menyokong (dgn fatwa/pendapat/hukum) dan ada jugak yang sebaliknya. Biasa la perkara-perkara camni...dan kami (Majlis syura Ulamak) akan membuat pengumuman tentang perkara ini pada awal minggu depan".
Apa kata dan pendapat korang semua?
P/s : link ini telah di padamkan.
Rakyat terus muntah amarah tuntut KWSP, moratorium automatik
Oleh FAZLI RADZINovember 22, 2020
Laman rasmi Facebook Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz terus dihujani kritikan warganet berhubung isu pengeluaran wang akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium ke atas pinjaman bank.
Rakyat juga menyatakan tidak peduli tentang persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 kerana menyifatkan kedudukan kewangan mereka sudah berada dalam tahap genting akibat pandemik Covid-19.
Dalam masa sama, rata-rata warganet mengingatkan mereka bukannya meminta duit kerajaan sebaliknya wang dalam dana persaraan itu adalah hasil daripada titik peluh mereka.
“Luluskan KWSP kepada semua pencarum. Tak banyak pun RM10,000 sahaja. Ada lagi baki RM90,000. Susah sangat ke?” soal Farisha Quera.
Untuk rekod, KWSP ialah simpanan mandatori dipunyai pekerja di Malaysia, walaupun cuma ada 6.5 juta pencarum dari 15.5 juta tenaga kerja di negara ini.
Tidak kurang juga pemegang akaun KWSP menolak pengumuman kerajaan mengenai pengeluaran Akaun 1 secara bersasar kerana dianggap tidak mengambil kira jumlah lebih ramai golongan B40 dan M40 yang menghadapi tekanan kewangan.
“Harap umum nanti biarlah (duit) KWSP itu semua dapat. Janganlah bersasar lagi,” rayu Eyka Jaafar.
Bahkan, ada yang mengingatkan Tengku Zafrul yang juga bekas Ketua Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) agar mengambil berat tentang nasib rakyat.
“Maaf Menteri Kewangan. Ambil berat rakyat Malaysia. Belanjawan untuk semua. Tidak boleh berpihak. Jangan berfikir sebagai pegawai bank atau kapitalis,” bidas K.A. Ramu.
Menerusi Belanjawan Negara 2021, kerajaan akan membenarkan pengeluaran bulanan RM500 daripada Akaun 1 KWSP, berjumlah RM6,000 dalam tempoh 12 bulan bagi membantu mereka yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19.
AKIBAT TAKUT HILANG NIKMAT DUNIA
SHAHBUDIN HUSIN
Sekarang pandai pula nasihat orang lain untuk berkorban, tapi jika kita masih ingat lagi menjelang PRU14 lalu dia ini jugalah yang begitu keras kepala dengan pelbagai kenyataan semata-mata kerana enggan berkongsi kerusi dengan sesiapa.
Hahaha..takut hilang nikmat jadi kerajaan la tu....
PETANDA KERAJAAN TEBUK ATAP BAKAL TUMBANG SEMAKIN NYATA
Ibrahim Mat Isa
YBM Tengku Razaleigh Hamzah cakap dia tak mau masuk campur.
UMNO hilang satu sokongan, PN hilang sokongan lagi dan Muhyiddin bakal bungkus!
EKONOMI BERKEMBANG 6% TAHUN DEPAN ‘TERLALU PELIK’
Ekonomi berkembang 6% tahun depan ‘terlalu pelik’
Sebuah badan bukan kerajaan menyifatkan unjuran Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz untuk ekonomi negara pulih semula dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) berkembang 6.5% hingga 7.5% tahun depan terlalu optimistik.
Sebaliknya, Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN), Mohd Jamaludin Shamsudin meramalkan kesan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang menjejaskan sebahagian besar ekonomi negara mungkin memakan masa beberapa tahun untuk pulih.
“Walaupun dengan adanya vaksin yang boleh meredakan kemelut ekonomi dunia yang terjejas dengan pandemik Covid-19, namun ekonomi dunia sudah pun mengalami kemerosotan ketara sebelumnya lagi.
“Isu struktur dan sistematik belum dapat diatasi. Antaranya, beban hutang negara maju dan membangun terlalu tinggi yang akan mengheret perkembangan ekonomi,” katanya kepada FMT.
Pada 8 Nov lalu, Zafrul menjangkakan ekonomi negara pulih semula tahun depan berdasarkan perkembangan ekonomi global dan laporan vaksin Covid-19 sedia digunakan pada pertengahan 2021.
Beliau turut mengunjurkan KDNK akan berkembang 6.5% hingga 7.5% tahun depan, sejajar jangkaan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) serta Bank Dunia kira-kira 6 hingga 8%.
Presiden Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid turut menolak unjuran Zafrul itu yang dibuat tanpa asas kuat.
“Malah, ia boleh memberi kesan kepada imej Malaysia. Pelabur asing akan meletakkan taraf Malaysia sebagai ekonomi tidak boleh dipercayai.”
Katanya, statistik perolehan kerajaan jelas menunjukkan sumber pendapatan negara akan menguncup kerana cukai korporat dan individu tidak menunjukkan petanda akan bertambah.
“Pertanyaan yang sangat penting ialah ketika ekonomi negara amat bergantung kepada pasaran dunia yang jelas menunjukkan permintaan dunia menjunam, bagaimana Belanjawan 2021 tiba-tiba membuat unjuran pertumbuhan 6.5 hingga 7.5%?
“Jelas Belanjawan 2021 akan menambah hutang untuk membiayai bajet terbesar, iaitu RM322 bilion.”
Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidi bagaimanapun berharap jangkaan Zafrul untuk ekonomi negara pulih tahun depan menjadi kenyataan.
“Kita sebenarnya tak mahu komen tentang unjuran. Sama ada unjuran daripada Zafrul mahupun IMF.
“Ini kerana unjuran ialah unjuran. Apa-apa boleh jadi pada masa akan datang. Kita hanya harapkan agar unjuran yang berkembang ini akan menjadi kenyataan.”
Katanya, terdapat kira-kira 960,000 perusahaan kecil dan sederhana di seluruh negara dan mereka akan gulung tikar tanpa bantuan kerajaan menerusi Belanjawan 2021.
KEDAI RUNCIT MEMANG JUAL BIR, MANA BOLEH JUAL ARAK?
Kedai runcit memang jual bir, mana boleh jual arak?
Oleh: Redzuan RF8 Media
FB Nadzmi Al Auzaei
Saya telah tulis sebelum ini(https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3791397137545963&id=100000271418357) berkenaan larangan jualan liqour memabukkan di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina bermula 21 Oktb 2021. Larangan penjualan tersebut tidak termasuk arak bir. Ia boleh terus dijual di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina. Cuma berkuatkuasa 1 Oktober 2021, waktu jualan hendaklah bermula 7.00 pagi sehingga 9.00 malam, mesti diasingkan antara bir dan minuman lain, mengunci ruang penjualan selepas tamat masa operasi dan had umur pembeli 18 tahun ke atas.
Jika diteliti sebenarnya minuman keras boleh terus dijual di KL dan boleh mendapatkannya samada secara runcit atau borong(wholeseller) di gudang, stor, rumah kedai, kompleks perdagangan, pub, bar, lounge, restoran, hotel kompleks perdagangan, pasaraya, dan hypermarket. Larangan DBKL tidak termasuk premis-premis tersebut.
Tan Seri Annuar Musa memang hebat berpolitik…
BELANJAWAN 2021 WAJIB DITOLAK, MUHYIDDIN TERANG-TERANG CAKAP TAK SERUPA BIKIN
Jika kita mengingati semula ucapan-ucapan dalam perutusan khas Muhyiddin Yassin sepanjang pandemik Covid19 melanda negara, semuanya nampak indah-indah belaka.
Rata-rata ucapannya mengandungi janji untuk berbuat yang terbaik, memahami susah derita rakyat, tidak ada sesiapa terpinggir, tidak berpolitik dan sentiasa mengutamakan keperluan mereka.
Pendek kata, segala-galanya janji syurga belaka.
Tetapi, apakah itu yang dilakukannya?
Walaupun di peringkat permulaan Covid19 melanda pada Mac lalu, ramai yang berasa selesa dengan pelaksanaan moratorium pinjaman bank selama enam bulan serta bantuan tunai yang diberikan kerajaan, malangnya kemudian ramai juga yang gagal hanya kerana alasan remeh seperti pernah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau SSM misalnya.
Apabila banyak rungutan dan ramai yang mengeluh berkenaan isu tersebut, Muhyiddin akhirnya gagal menangani isu tersebut dengan sewajarnya, malah seolah-olah lepas tangan begitu saja.
Desakan pelbagai pihak berkenaan isu pernah berdaftar dengan SSM langsung tidak dipedulikan, walau dijelaskan perkara itu tidak bermakna seseorang itu ada perniagaan.
Maknanya, mereka yang tidak berjaya memperolehi bantuan sara hidup, tetap gagal sehingga ke sudah di sebalik kehidupan jadi bertambah sudah, hilang kepercayaan dan tiada pendapatan.
Seterusnya, apabila Covid19 terus berpanjangan melanda dan kerajaan pimpinannya perlu membentangkan Belanjawan 2021, sepatutnya fokus perbelanjaan adalah semata-mata untuk menolong rakyat dan memulihkan ekonomi negara.
Malangnya, walaupun banyak desakan agar pengeluaran wang daripada Akaun 1 KWSP sehingga RM10 ribu dibenarkan dan moratorium pinjaman bank dilanjutkan enam bulan lagi, Muhyiddin nyata hanya buat tak tahu saja mengenainya.
Beliau bukan saja tidak memasukkan perkara tersebut dalam Belanjawan 2021, malah sebelumnya cuba mencari jalan pintas dengan memohon darurat daripada Yang Dipertuan Agong agar Parlimen dapat digantung dan perbelanjaan wang negara tidak dibahas atau dipersoalkan untuk dibelanjakan.
Hanya apabila darurat ditolak, maka terpaksalah Belanjawan 2021 dibentang, dibahas dan perlu diundi untuk kelulusan.
Dalam belanjawan yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz itu, jelas tidak menampakkan ia suatu belanjawan Covid19, selain kerana tidak dimasukkan kebenaran mengeluarkan wang KWSP dan lanjutan moratorium yang merupakan keperluan rakyat di waktu susah ini, bahkan dimasukkan pula dana RM85.5 juta untuk propaganda Jasa, RM8.5 juta untuk NGO politik di bawah Zuraida Kamaruddin, pertambahan lumayan untuk perbelanjaan Pejabat Perdana Menteri, pembinaan pejabat kementerian yang tidak perlu dan pelbagai lagi.
Jadi, kalau sudah begitu bentuk belanjawan yang dibentangkan, di mana janji-janji manis Muhyiddin sewaktu menyampaikan perutusan khas sebelum ini kononnya beliau mengutamakan rakyat dan memahami susah derita mereka?
Kalau PKPB boleh disambung beberapa kali, kenapa susah sangat untuk melanjutkan moratorium dan memberi kebenaran wang KWSP dikeluarkan secara one-off?
Dan cuba bayangkan apakah bentuk perbelanjaan wang rakyat oleh Muhyiddin andai kata darurat dibenarkan?
Sebab itu, tindakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan Pengerusi BNBBC, Najib Razak yang menyatakan mereka hanya akan menyokong Belanjawan 2021 jika kerajaan sedia melakukan pindaan berkaitan KWSP dan moratorium, adalah sesuatu yang sangat wajar.
Tanpa pindaan dua perkara tersebut, di samping perlu juga dibatalkan peruntukan untuk Jasa dan NGO politik, Belanjawan 2021 adalah belanjawan politik untuk kepentingan Muhyiddin mengekalkan kuasanya dengan memperalatkan derita rakyat akibat Covid19.
Sebagaimana PH dan BN berjanji tidak akan memberi sokongan jika tiada pindaan, mereka harus membuktikan ketegasan tersebut dalam pengundian peringkat dasar pada 26 November ini.
Tidak harus ada kompromi dan tolak ansur lagi dalam hal ini – sekecil mana sekali pun syarat yang telah dituntut, jika tidak dipenuhi, jangan sesekali undi diberi.
Yang nyata, dalam bentuknya yang ada sekarang, Belanjawan 2021 sudah dikecam dan ditolak oleh hampir 80 peratus rakyat yang waras.
Tindakan mana-mana pihak menyokong belanjawan yang tidak disenangi rakyat adalah suatu bentuk pengkhianatan yang nyata kepada rakyat sendiri.
Gunalah naluri dan bahasa hati untuk membela rakyat di waktu susah ini, lebih-lebih lagi buat UMNO dan BN, ketegasan pendirian mereka adalah bonus untuk memastikan Muhyiddin tidak sesuka hati lagi membuli.
(Shahbudindotcom 22/11/2020)
ADAKAH MAHATHIR KHIANAT PADA PH? LIHAT GERAKKERJANYA SELAMA 22 BULAN....
1. Mula-mula PH menang langkah pertama Tun M bawa masuk musuh-musuh PH
didalam Bersatu seperti Hamzah Zainudin, Mustafa Mohamad, Mas Ermiyati, Shabudin
Yahaya dll, tanpa restu PH.
2. Tun M membuat temu janji dengan pemimpin pemimpin musuh PH
seperti Ustaz Hadi, Zahid Hamidi, Mohd Hasan dll beberapa kali.
3. Membiarkan Azmin dan Hisamuddin membuat percaturan secara
rahsia dengan MP-MP Pembangkang.
4. Tun M juga menganjurkan perhimpunan denang pemimpin pembangkang
kononnya atas semangat Maufakat Melayu di Universiti Malaya.
5. Sebelum langkah Sheraton Tun M telah bertemu dengan semua
pemimpin tertinggi PN.
6. Tun M letak jawatan tanpa berbincang sepatah pun dengan Majlis
President PH.
Berdasar kepada 6 fakta itu bolehkah pemimpin² PH berbaik sangka
lagi dg Tun M sedangkan PH telah pun memberi peluang dan ruang selama 22 bulan
utk memimpin negara.
Tetapi selama 22 bulan itu penuh dengan onak dan duri yang menikam PH
sendiri. Apakah kebaikan Tun M anyg dilakukan dalam membina pengukuhan dan kekuatan
PH selama 22 bulan?
Apakah sekutu-sekutu dlm PH boleh menghukum Dsai tidak adil kerana
tidak mahu berkerjasama lagi dalam politik dengan Tun M? Adakah Tun M tidak bersalah
langsung di atas kejatuhan kerajaan PH secara haram itu?
Nasihat saya pada pemimpin-pemimpin PH yang hebat-hebat
itu, jangan buang masa dengan Tun M.
KENAPA EKONOMI MALAYSIA SEMAKIN MURAM?
ZAMZURI ARDANI
Pastinya ada banyak punca. Sesuatu malapetaka besar itu biasanya
adalah gabungan dari beberapa faktor utama. Faktor-faktor yang pelbagai ini
bercantum pada waktu dan ketika yang tertentu menyebabkan 'perfect storm'
melanda.
Pemikiran feudal adalah salah satu punca besar. Pemikiran feudal
tidak semestinya wujud hanya dalam sistem feudal. Beberapa negara Eropah masih
mengekalkan sistem beraja, tetapi rakyatnya tidak berfikiran feudal. Beberapa
negara Arab seperti Mesir dan Yaman tidak punya raja, tetapi rakyatnya masih
berfikiran feudal.
Asas kepada pemikiran feudal ialah terlalu mengagungkan tokoh
pemimpin. Akhirnya kita mempunyai pemimpin yang tidak tahu waktu untuk bersara.
Sudah hampir setengah abad berada di pentas politik, masih tidak tahu berundur.
Bukan seorang. Bukan dua orang. Tapi sebahagian besarnya begitu. Kebanyakan
pemimpin utama politik negara di negara kita adalah tokoh-tokoh usang yang
tidak mampu lagi menggarap cabaran dunia baru. Kita tidak punya inovasi. Tidak
punya dinamisma. Tidak progresif. Isu-isu besar dalam wacana politik kita hanya
berkisar dengan isu yang sama berdekad-dekad lamanya.
Antara punca besar juga ialah menjadikan bangsa dan agama
sebagai komoditi politik kuasa. Kita gadaikan kejujuran, ketelusan, integriti,
urustadbir yang baik, kompetensi, dan nilai demokrasi kononnya untuk
pertahankan bangsa dan agama. Padahal kita telah menjual bangsa dan agama itu
dengan pembohongan, kecurangan, salahlaku, dan kezaliman.
Masyarakat Eropah dulu tidak menolak peranan agama dalam
tatacara kenegaraan tanpa sebab. Mereka ada sebab yang kuat. Mereka sedar,
selama ratusan tahun masyarakat Eropah tertipu dengan lakonan para bangsawan
dan agamawan di kalangan mereka sehingga mereka hidup di zaman gelap begitu
lama.
Kalau kita sayang bangsa dan agama kita, jangan biarkan ianya
dijadikan komoditi politik kuasa. Kelak nanti, kita akan mengulangi kebodohan
masyarakat Eropah selama ratusan tahun.
Akibat menjadikan bangsa dan agama sebagai komoditi tawar
menawar politik kuasa, kita menghancurkan potensi kebangunan rakyat secara
bersepadu. Kita jadi 'over-protective', tidak kompetetif. Kita jadi manja. Kita
tidak resilien.
Antara faktor besar juga adalah kegagalan sistem pendidikan
nasional yang usang. Kita ada sekolah yang bagus. Ramai guru yang cemerlang.
Ibubapa yang tinggi semangatnya. Tetapi, semua itu beroperasi dalam sistem
pendidikan yang sudah usang. Sistem pendidikan kita melahirkan pekerja, bukan
inovator atau pencipta ekonomi baharu. Seorang rakan saya dari luar negara
pernah berkata kepada saya, "Kalau Bill Gates lahir di Malaysia, dia tidak
akan mampu mengasaskan Microsoft".
Wacana ilmiah kita sangat kurang berbanding jiran tetangga kita
seperti Indonesia, Thailand, Filipina, dan Singapura. Buku-buku yang dihasilkan
oleh sarjana kita juga sangat kurang dan kualitinya tidak begitu membanggakan.
Sistem kewangan dan perbankan kita juga sangat konservatif. Amat
sukar untuk mendapat pembiayaan bagi inisiatif perniagaan yang berisiko tinggi
yang boleh membawa pulangan yang besar dari sudut jangka panjang. Pembiayaan
untuk inisiatif penyelidakan dan pembangunan sangat terhad.
Kita sebenarnya masih terperangkap dalam kerangka politik,
pemikiran, dan sistem kenegaraan yang usang.
Samada kita mahu keluar dan terus berada di situ. Kalau kita
mahu keluar dari kepompong ini, saya mengharapkan tokoh-tokoh politik yang
sudah lama beraksi itu berundurlah. Tidak kita dari kelompok dan blok politik
mana sekali pun. Anda telah gagal sebenarnya. Kita kalah dengan Jepun. Kalah
dengan Korea. Kalah dengan Thailand. Kalah dengan Singapura. Malah Vietnam dan
Indonesia sudah mula memintas kita. Kalau itu bukan kegagalan, apa lagi?
Kita serahkanlah kepada pemimpin generasi baru. Percayalah,
mereka lebih berani dan bijak dari kita.
"Nak zalim sampai bila?"
FARHASH WAFA SALVADOR
Ada batasnya untuk menghormati seseorang lebih tua dan seorang
negarawan. Sebelum ini Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan kepentingan negara
dahulu dan meminta semua pihak pembangkang untuk memberi sokongan kepada Tun
Mahathir.
Namun, ketidak ikhlasan bekas Perdana Menteri ini diperlihatkan
sekali lagi apabila beliau lupa bahawa dirinya adalah punca sebenar
ketidakstabilan politik di Malaysia pada hari ini.
Jika kita lihat sejarah pentadbiran dan politik di Malaysia
juga, beberapa krisis perlembagaan sebelum ini juga adalah berpunca dari
Mahathir. Malah beberapa penyelewengan yang tidak pernah disiasat pada era 90an
juga melibatkan kroni-kroni Mahathir yang telah membantutkan dan malah hampir
melumpuhkan ekonomi kita. Namun beliau tetap mahir dalam memesongkan rakyat
melalui naratif bahawa kuasa asing bertanggungjawab dan DSAI telah bersekongkol
dengan mereka.
Hakikatnya sewaktu DSAI mengambil alih pentadbiran negara ketika
Mahathir bercuti dua bulan pada masa itu, beberapa rombakan dan usaha reformasi
telah pun dimulakan. Dua tahun sebelum itu juga, DSAI pernah diiktiraf sebagai
Menteri Kewangan terbaik selepas negara kita melihat kadar pertumbuhan ekonomi
sebanyak 8% setahun selama 8 tahun beturut-turut.
Jadi mengapa Mahathir begitu zalim sehingga memperlakukan DSAI
sedemikian dulu dan sehingga sekarang? Jawapan jelas adalah kerana takut akan
reformasi dan masa depan mereka yang selama ini bergantung kepada talian hayat.
Sudahlah Mahathir, insaf sebelum anda lebih teruk dibenci
berbanding Muhyiddin Yassin sebagai pengkhianat mandat rakyat.
Sekian.
SILA BENCI MAHATHIR
"Kalau kau benci Mahathir, jangan suruh orang lain benci
sekali. Kau nak kecam Mahathir, tak payah paksa orang lain kecam sekali."
Banyak aku nampak statement ini. Dari pemimpin utama sampai ke
ahli biasa. Persoalannya, siapa suruh benci dan kecam Mahathir?
Kita cuma minta kenyataan tegas menyebut yang tiada kerjasama
dengan sesiapa di luar PH. Siapa yang mahukan sokongan PH, join PH.
Itu sahaja. Apa yang susah sangat nak buat? Bukan suruh korang
maki hamun Mahathir. Tak perlu. Yang kita mahu hanya penegasan. Tak lebih.
"Takkan nak minum kopi dengan Mahathir pun tak boleh?"
Laa... Siapa kata tak boleh? Jangankan minum kopi, nak tidur rumah Mahathir pun
boleh.
Pokoknya, kita nak dengar dari mulut semua pemimpin yang
Mahathir bukan option. Yang dalam segala hal, hanya PH sebagai solusi. Itu
sahaja.
Penting sangat ke tolak Mahathir?
Penting. Terlalu amat sangat penting. Pertamanya bagi meyakinkan
pengundi atas pagar yang PH itu adalah satu unit yang padu.
Keduanya bagi meletakkan Mahathir di tempat sepatutnya. Ketika
ini Mahathir masih terawang awangan berasakan dirinya masih relevan.
Dan dia gunakan itu untuk merosakkan PH. Korang boleh lihat
buktinya sekarang ini. Statement tolak Mahathir akan buat dia senyap. Bahkan
mungkin bersara terus. Sekali gus memperkukuhkan PH.
Mungkin juga, Mahathir akan menunjukkan belang yang sebenar
iaitu berpatah balik kepada PN. Hari ini, Mahathir bertahan sebagai bebas hanya
untuk pastikan PH runtuh. Kalau dia sah ditolak, tiada keperluan untuk dia
berlakon lagi.
Mana-mana pemimpin PH yang tidak berani dengan tegas menolak
Mahathir, maka adil kalau kita katakan orang itu sebenarnya api dalam sekam.
Amacam? Berani?
- R a j a G e l a p -
23 POSTING SEHINGGA KINI.. LAGI BERITA MENYUSUL SESSI PETANG
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI
WRLR..LAGI BERITA MENYUSUL....SILA
TEKAN > UNTUK MEMBACA BERITA
AWAL PAGI..TERIMA KASIH.
BILA KAPAI UMNO NAK KAQAM..RAMAI CEMPEQA NAK CARI DAHAN BERTAUT
ANNUAR DAH ‘ARWAH’ DALAM UMNO?
Annuar dah ‘arwah’ dalam Umno?
Oleh: Redzuan RF8 Media
Timbalan Pengerusi Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed menyifatkan Annuar Musa sebagai figura yang “sudah mati” dalam perjuangan Umno.
“Dia ‘dah mati’ dalam Umno tetapi tak mahu lompat ke Perikatan Nasional (PN),” katanya dipetik.
Beliau mengulas kenyataan setiausaha agung Barisan Nasional itu yang menegaskan Umno perlu sedar diri dan tidak berhak mempersoalkan layanan diterima parti itu dalam Kabinet Muhyiddin Yassin.
Dalam satu wawancara bersama Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan anjuran Umno Online kelmarin, Annuar juga mendakwa segelintir ahli dalam parti itu sudah lupa, Umno adalah parti yang kalah dan sudah jatuh.
Di sebalik sindiran daripada pemimpin Umno itu, Shahrir Samad selaku veteran parti menyifatkan kenyataan Annuar itu sebagai luar biasa kerana dikeluarkan setiausaha agung BN, dan bukannya pemimpin PPBM atau PAS.
Ketua Umno Bahagian Johor Bahru itu berkata tajuk berita seperti itu sememangnya selalu lebih sensasi berbanding kandungannya bagi menarik minat pembaca.
“ ‘Umno kena sedar diri, kata Annuar Musa’. Ini macam cerita biasa sahaja, saya terfikir. Hanya yang luar biasa kali ini ialah ia pendapat Annuar Musa dan bukan lagi pendapat pemimpin muda PPBM atau PAS.
“Annuar menghuraikan bahawa pada PRU15, BN hanya ada 2 pilihan, iaitu pertama, bersendirian, atau ke-2, berpakat bersama PN,” katanya.
Bekas ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, Annuar hanya mementingkan matlamat politik berbanding asas perjuangan parti.
“Sebelum dibangkitkan ‘matlamat politik’ dalam kalangan kepimpinan tertinggi parti, apa sebenarnya keputusan kepimpinan?
“Bukankah lebih waras memuktamadkan keputusan sebelum mencemuh parti sendiri seolah-olah kepimpinannya ‘tidak sedar diri’ yang kononnya PAS akan ‘pertahankan’ PN dan hanya akan ‘memperkasakan’ MN.
“Kalau belum ada keputusan, lebih baik bagi Annuar sebagai Setiausaha Agung BN tidak mendahului, malah tidak mencampuri, urusan sebuah parti komponen BN, iaitu Umno, yang tidak pernah pun memperkasakannya.”
Beliau berkata, semua pihak ketika ini hanya mampu menyaksikan sama ada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mempunyai matlamat politik untuk memperbetulkan situasi itu.
“Apa pun, kita tengok sahaja lah sama ada Zahid, selaku Presiden Umno dan Pengerusi BN, mempunyai ‘political will’ membetulkan keadaan.”
Dalam pada itu, Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin yang dihubungi FMT tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu, namun berkata ia akan diselesaikan secara dalaman.
“Biar kita urus dalaman,” katanya ringkas.
UMNO AKAN BERTEMBUNG DENGAN BERSATU DI SELANGOR?
Umno akan bertembung dengan Bersatu di Selangor?
Oleh: Redzuan RF8 Media
Umno Selangor bersedia bertembung dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, pertembungan itu tidak dapat dielak sekiranya Bersatu meletakkan calon mereka di kerusi ditandingi Umno di negeri ini.
Bagaimanapun, katanya, Umno Selangor akan memastikan calon parti itu tidak menentang Pas bagi mengelakkan kekalahan sama seperti dialami pada PRU14.
“Prinsip kita (Umno) di Selangor jelas iaitu tidak mahu bertembung dengan Pas. Jika (Bersatu) hendak lawan (Umno), kita bersedia,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melakukan kunjungan dan lawatan di Pusat Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) Bagan Pasir, di sini hari ini.
Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, kerjasama Umno dan Pas amat penting bagi meraih sokongan pengundi terutama majoriti Melayu.
“Di Selangor ini ada 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 14 kerusi Parlimen yang pengundinya lebih 50 peratus Melayu.
“Ini yang kita harapkan apabila calon daripada Muafakat Nasional (Umno atau Pas) bertanding di kerusi terbabit, kita dapat meraih kemenangan,” katanya.
Beliau memberitahu, Umno dan Pas juga telah bersepakat serta menyelesaikan pembahagian kerusi Parlimen dan DUN di negeri ini bagi menghadapi PRU15.
“Umno tidak akan bertanding di mana-mana kerusi ditandingi calon Pas.
“Dari segi agihan kerusi pula jika calon Umno bertanding di dalam Parlimen, maka calon Pas pula diletakkan di kerusi DUN dan begitu juga sebaliknya asalkan tidak bertembung,” katanya.
LARANG JUAL ARAK: APA BEZA BIR DAN ARAK?
Larang jual arak: Apa beza bir dan arak?
Oleh: Pentadbir
Ape beza Arak dan Bir.. sama lah.. Hat Carlsberg.. Tiger, Heineken tu Bir lah.. Sejak Bila Wine ,Vodka Wiski juak kat Kedai Serbaneka dan Kedai Runcit… ? Nampak tak macam mana Anuar Musa nak game Bani Melayu..
Sejak minggu lepas bila DBKL buat kenyataan akan haramkan jualan arak dikedai Runcit dan Serbaneka.. Ramai kalangan bani Melayu, Terutama Pemimpin PAS pakat puji melambung pada Menteri Wilayah..
Dan kita pun tahu game Anuar Musa.. Tu sebab dia letak tarikh perlaksanaan Oktober 2021 setahun lagi.. Sebab apa plan dia nak beli hati Melayu.. target dia, dia nak umpan DAP..Selepas PRU 15.. dia tukar lah keputusan..alasan dia mudah, Dapat bantahan pekedai Runcit.. Kedai Serbaneka..
Tapi biasa lah DAP..Baru Anuar Musa umpan dah masuk perangkap..DAP kutip sokongan buat bantahan.. Rupanya DAP pun umpan MCA.. kalau DAP tak bertindak pun MCA akan bantah.. MCA bijak, Dia bisik kat telinga Anuar Musa jer.. Kalau tak U-turn giliran depa beraksi pulak..
Rupanya tak sampai Seminggu.. Laporan Berita hari ini..Katanya Bir dan arak minuman Keras Perubatan China tak masuk dalam senarai larangan.. Pulak dah…. Jadi sia sia jer Ketua Pemuda PAS..Ulama PAS memuji Menteri Wilayah…
Maklum lah lebai mana tahu Bir tu apa..Depa dok ingat Bir tu Root Beer A&W…depa tak tau Bir tu lah Carlberg, Heniken dan Tiger…hat orang PAS selalu mengamuk kat kedai Speedmart, 7 ELeven.. depa panggil Arak..Anuar Musa panggi Bir..macam Bani Melayu sebut Babi lah..Lembut sikit Khinzir..
Nabi dah habaq dah..
Ù„َÙŠَØ´ْرَبَÙ†َّ Ù†َاسٌ Ù…ِÙ†ْ Ø£ُÙ…َّتِÙ‰ الْØ®َÙ…ْرَ ÙŠُسَÙ…ُّونَÙ‡َا بِغَÙŠْرِ اسْÙ…ِÙ‡َا..
“Demi sesungguhnya manusia di kalangan umatku akan minum arak yang mereka menamakannya dengan nama yang lain.”
'Bukan soal Anwar tolak, tetapi rakyat tolak Tun yang berbelit-belit'
Tulisan
bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad di Facebook menjernihkan kritikan
terhadap dirinya, konon beliau mangsa pengkhianatan kurang diterima oleh
penyokong reformasi.
Bagi Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Thiban Subbramaniam, isu utama yang tidak dijelaskan Tun Mahathir bukannya Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak beliau, sebaliknya Ahli Parlimen Langkawi itu yang berbelit-belit dan menolak Anwar sebagai calon PM tanpa alasan munasabah.
Sedangkan realitinya, menurut Thiban, sejak Langkah Sheraton mengambilalih kerajaan, rakyat melihat Tun merupakan mastermind di belakang Azmin Ali dan Muhyiddin Yassin yang menggagalkan peralihan kuasa.
"Ini kerana penyusunan langkah politik beliau (Tun) setelah menjadi Perdana Menteri (Pakatan Harapan) membelakangkan keputusan parti komponen PH. Azmin Ali dan konco-konconya menjadi orang penting dalam kerajaan dan sering berusaha untuk menggagalkan peralihan kuasa kepada Anwar. Ia direstui oleh Tun sendiri.
"Tun Mahathir perlu sedar bahawa rakyat jelata hilang kepercayaan terhadap beliau kerana sikapnya yang berbelit - belit, tidak ikhlas dan gagal menunaikan janji.
"Beberapa siri audio semasa mesyuarat PH dan Bersatu yang dibocorkan sebelum ini telah membuktikan apa agenda sebenar Tun. Ada sesiapa yang menafikan kesahihan audio? Rakyat tidak mudah lupa.
"Dalam coretan yang dibuat oleh Tun, beliau sendiri mengesahkan bahawa dirinya hanya dapat sokongan 66 Ahli Parlimen (di hadapan Agong) manakala Anwar telah mendapat sokongan 92 Ahli Parlimen. Siapa yang harus mengalah dalam situasi sebegini? Jika Tun tidak dapat menyokong Anwar Ibrahim pada masa itu (Februari 2020) bagaimana dia boleh dapatkan sokongan untuk Anwar Ibrahim selepas enam bulan beliau jadi PM (kali ketiga)?
"Sebaliknya coretan Tun menyerang Anwar kebelakangan ini lebih dilihat satu cubaan untuk melaga dan memecahbelahkan Pakatan Harapan serta cuba menyokong Muhyiddin-Azmin kekal berkuasa secara senyap," kata Thiban dalam satu kenyataan.
Menurut beliau lagi, Tun terkenal sejak sekian lama berpolitik secara 'baling batu sembunyi tangan'.
Dan cara itu dilakukan beliau sekali lagi sejak Februari lalu sehingga hari ini bagi memastikan Anwar dan Najib Razak hilang dari persada politik tanah air.
"Tetapi malangnya kita bukan berada dalam era 1990an untuk percaya kepada segala lakonan Tun. Sekejap sokong, sekejap tidak. Sekejap ingin bersara, sekejap bertekad jadi PM sekali lagi.
"Bila Tun menyerang Anwar secara terbuka, rakyat membaca maknanya Anwar sudah meraih sokongan yang mencukupi dan perubahan bakal berlaku dalam masa terdekat. Inilah masanya untuk PH dan yang lainnya berdiri teguh bersama Anwar Ibrahim.
"Jasa Tun tidak dinafikan namun cukup-cukuplah bermain politik. Rakyat sudah lama menolak Tun. Kini masanya untuk Tun bersara dari politik dan meluangkan masa bersama keluarga, kawan-kawan dan konco-konco Tun," katanya lagi.
Sikap Tun Mahathir yang tidak menentu sejak sebulan lalu mengkritik Anwar tetapi dalam masa sama menghentam pentadbiran Muhyiddin menyebabkan beliau kembali mencuri tumpuan pemerhati politik.
Namun, hakikatnya Tun dilihat semakin hilang pengaruh apabila saranannya beberapa minggu lalu untuk membentuk kerajaan campuran tidak dilayan oleh Perikatan Nasional mahu pun Pakatan Harapan.
Dasar utamakan kaum: Dana RM1.1 trilion berakhir dengan penyelewengan besar-besaran
Peruntukan ekonomi yang mengutamakan Bumiputera sejak puluhan
tahun lalu terbukti tidak menjana ekonomi dan memperbaiki jurang kesenjangan
antara kaum, sebaliknya menyuburkan penyelewengan berskala besar.
Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen dalam perbahasan Belanjawan 2021 baru-baru ini mengungkapkan kegagalan dasar ekonomi berasaskan kaum itu dan tidak mahu kerajaan Perikatan Nasional mengulangi dasar yang gagal pada era BN.
Katanya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagaimana amalan kerajaan sebelum ini hanya menghasilkan segelintir kelompok elit Melayu tetapi memangsakan Melayu marhaen. Dasar itu tidak perlu dikitar semula dalam pandemik Covid 19 dengan mengutamakan peruntukan sebesar RM22 bilion untuk Bumiputera.
"Penerapan pendekatan baru diperlukan kerana serampang kedua DEB yang sepatutnya bertujuan untuk menangani keseimbangan ekonomi antara etnik dengan penggunaan kuota Bumiputera dalam perniagaan, pendidikan dan kegiatan ekonomi lain telah mengakibatkan politik patronage dan rent-seeking yang membawa kepada rasuah.
"Sebahagian besar daripada hasil kerajaan sebanyak RM1.1 trilion selama 20 tahun telah diberikan kepada kontraktor Bumiputera. Walaupun demikian, sumbangan Perusahaan Kecil dan Sederhana Bumiputera kepada Keluaran Dalam Negara Kasar tetap masih kurang daripada 9%
"Sekiranya jumlah hasil kerajaan selama 50 tahun dari tahun 1971 dikira, pemulangan sebanyak 9% tentunya terlalu kecil sebagai balasan kos DEB. Ini tidak termasuk penderitaan dan pengorbanan bukan Melayu yang kehilangan peluang untuk kehidupan yang lebih baik berlandaskan bakat dan usaha mereka," katanya dalam satu kenyataan.
Hal itu, menurut William perlu diperbetulkan dalam Wawasan Kemakmuran 2030. Sebaliknya, kerajaan PN hari ini seolah-olah ingin mengulang semula pendekatan lama hanya kerana mahukan sokongan politik orang Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke 15.
"Dengan hanya 2.1% daripada 20 golongan kaya teratas adalah Melayu, persoalannya siapakah yang memperoleh semua kekayaan itu apabila lebih daripada RM1.1 trilion dibelanjakan untuk Agenda Bumiputera? Pelaksanaan Agenda Bumiputera tidak dapat dicapai disebabkan oleh kleptokrasi, nepotisme, kronisme dan amalan rasuah.
"Cadangan dalam belanjawan kali ini yang bertujuan menerapkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dilihat merupakan lanjutan daripada dasar pengutamaan kaum yang mana ia hanya akan membawa kepada hasil yang sama buruk (dengan pemerintahan BN)," katanya.
Justeru, Wiliam mencadangkan pendekatan peruntukan ekonomi bagi semua kaum yang terkesan akibat Covid 19 diberi keutamaan.
Katanya, kerajaan perlu menyelesaikan isu pokok yang mengancam ekonomi. Sekiranya beberapa langkah perlu tidak dibuat maka kelemahan itu mungkin mengakibatkan penutupan lebih banyak industri dan perniagaan seterusnya merugikan semua kaum di Malaysia.
Beliau menggariskan 4 perkara utama yang perlu diberi perhatian, iaitu: memanjangkan moratorium sehingga Mac 2021; Program Subsidi Upah Bersasar yang tamat dalam 3 bulan akan menjejaskan 70,000 majikan dan 900,000 pekerja yang perlu diambilkira; RM50 juta untuk masalah pekerja sektor penerbangan yang diberhentikan namun tiada peruntukan untuk sektor pelancongan, perhotelan dan peruncitan serta 9,675 PKS ditutup semasa fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 Mac hingga 9 Jun sementara 22,794 perniagaan ditutup dari Jun hingga September semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang memerlukan perhatian segera kerajaan.
William juga mencadangkan konsep Masyarakat Bersama diwujudkan bagi memastikan kemakmuran dikongsi oleh pelbagai kaum yang sama-sama membina semula ekonomi Malaysia pasca Covid 19.
"Masyarakat Bersama menjana keuntungan ekonomi dengan memanfaatkan kemahiran, kekuatan dan bakat seluruh rakyat. Masyarakat Bersama turut mewujudkan komuniti yang lebih selamat dan sejahtera.
"Di mana setiap orang mempunyai kapasiti yang sama untuk terlibat dan memanfaatkan peluang ekonomi, politik dan sosial tanpa mengira bangsa, etnik, agama, bahasa dan lain-lain identiti, maka hubungan antara kumpulan akan menjadi damai dan semestinya wajar," katanya lagi.
William membuat kesimpulan, sekiranya Belanjawan 2021 tidak dipinda bagi membawa negara ke arah yang lebih baik maka sewajarnya belanjawan kali ini tidak disokong.
Subscribe to:
Posts (Atom)