FARHASH WAFA SALVADOR
Ada batasnya untuk menghormati seseorang lebih tua dan seorang
negarawan. Sebelum ini Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan kepentingan negara
dahulu dan meminta semua pihak pembangkang untuk memberi sokongan kepada Tun
Mahathir.
Namun, ketidak ikhlasan bekas Perdana Menteri ini diperlihatkan
sekali lagi apabila beliau lupa bahawa dirinya adalah punca sebenar
ketidakstabilan politik di Malaysia pada hari ini.
Jika kita lihat sejarah pentadbiran dan politik di Malaysia
juga, beberapa krisis perlembagaan sebelum ini juga adalah berpunca dari
Mahathir. Malah beberapa penyelewengan yang tidak pernah disiasat pada era 90an
juga melibatkan kroni-kroni Mahathir yang telah membantutkan dan malah hampir
melumpuhkan ekonomi kita. Namun beliau tetap mahir dalam memesongkan rakyat
melalui naratif bahawa kuasa asing bertanggungjawab dan DSAI telah bersekongkol
dengan mereka.
Hakikatnya sewaktu DSAI mengambil alih pentadbiran negara ketika
Mahathir bercuti dua bulan pada masa itu, beberapa rombakan dan usaha reformasi
telah pun dimulakan. Dua tahun sebelum itu juga, DSAI pernah diiktiraf sebagai
Menteri Kewangan terbaik selepas negara kita melihat kadar pertumbuhan ekonomi
sebanyak 8% setahun selama 8 tahun beturut-turut.
Jadi mengapa Mahathir begitu zalim sehingga memperlakukan DSAI
sedemikian dulu dan sehingga sekarang? Jawapan jelas adalah kerana takut akan
reformasi dan masa depan mereka yang selama ini bergantung kepada talian hayat.
Sudahlah Mahathir, insaf sebelum anda lebih teruk dibenci
berbanding Muhyiddin Yassin sebagai pengkhianat mandat rakyat.
Sekian.