HAMDAN TAHA
Asalamualaikum...
Saya cukup bangga pada asalnya kepada menteri wilayah yanghebat tu apabila buat keputusan kedai runcit dan seven eleven seangkatannya di kl tak boleh jual arak...bagus itu lah tuntutan islam. Walaupun saya ragui kenyataan itu kerana apakah itu kuasa menteri wilayah...tapi tak apa lah kira bagus dah tu ada tindakan dan niat begitu...kita sebagai orang islam wajib sokong jika ada pemimpin mahu laksanakan undang undang islam....jangan kita ragui itu...
Tapi wilayah persekutuan ni kota raya kuala lumpur hotel
disko,karoke semua segala tempat maksiat ada termasuk pusat pelacuran. Menjadi
menteri wilayah bukan senang. Khalid samad 22 bulan pun tak ada buat apa...itu
asal dari pas dan sekarang amanah....parti yang berteraskan islam. DBKL tetap
keluarkan lesen pusat hiburan seperti biasa....
Tiba tiba semalam menteri wilayah sekarang keluarkan kenyataan U
turn dia....kedai runcit dan kedai serbanika boleh jual Bir Atau Beer kerana
itu tidak memabukkan dan ikut kenyataan itu bir atau beer itu bukan
arak...mengejutkan juga...barangkali menteri ini maksudkan root beer yang di keluarkan
oleh A&W itu masyaAllah ana suka sheikh....cukup sedap....
Lebih bagus lagi timbalan menteri kepada menteri agama terus
sambut....kerajaan akan mempertimbangkan akan laksanakan tidak membenarkan
kedai runcit dan serbanika di seluruh negara tidak menjual arak....arak yang di
maksudkan kerajaan PN ni mengelirukan .....apa yang di maksudkan dengan
arak....apakah bir...beer...sandy...dan samsu...entah apa nama yang lainnya
carlberl ejaan pun salah...bintang tiga seangkatan dengannya itu bukan arak...dan
arak tu macam mana pula ropenya
Atau pun lebih kurang sebut dadah itu haram....kecuali ganja
sebab dia daun....mana boleh nak haram kan ganja....sebab dia adalah ujud asli
ciptaan Allah....tak ada campuran maka dia halal....sama juga ketum....tahi
lembu...tapi kokain...candu...aisss...semua tu manusia buat baru haram....
Saya suka menteri wilayah ini yang saya panggil ADAM kerana di
indonesia ada yang memanggil annuar musa ini dengan panggilan ADAM....masa dia
tak ada jawatan negara kedua dia ialah jakarta indonesia....datang sorang
sorang sahaja....saya duduk sana ada jumpa beberapa kali dengan menteri yang
ada janggut tiga helai ini....kesesuaian beliau ialah presiden umno dan perdana
menteri jawatannya. Pakej yang ada pada dia cukup lengkap....ada persamaan
dengan TSMY sejarah politiknya....