Muncul atau tidak angka 38.5 juta dalam bajet, pasti kena ‘belasah’

 


Baru-baru ini semasa menjawab soalan seorang YB PH mengenai pencen penjawat awam, seorang Menteri Gomen Tebuk Atap Gagal 2.0, antara lain, berkata:

“…bayaran pencen meningkat kira-kira 2 peratus setiap tahun sejak 2013 dan betapa kenaikan lebih besar bagi membantu pesara berdepan wabak Covid-19 haruslah dikaji terlebih dahulu” .

Ya lah memang patut dikaji terlebih dahulu sepertimana yang kita percaya semasa depa putuskan untuk belanja kos RM38.5 juta untuk baiki kerosakan -antaranya ATAP- mahligai rasmi PM dan belanja kos RM35.43 juta untuk buat 3 dewan di Parlimen Pagoh, depa mestilah juga telah MENGKAJI secara MENDALAM!

Rilekslah…RM38.5 juta + RM 35.43 jta hanya baru RM73.93 juta je.

Ada juga yang tanya ” Menteri Tebuk Atap habaq keputusan untuk baiki semula mahligai yang dikatakan rosak itu dibuat semasa tempoh darurat dan dah tentu ada dibincangkan di dalam kabinet, masa tu para menteri parti ehem dalam kabinet buat apa?”.

Suka tak suka masa Bajet sidang Parlimen yang seterusnya nanti, angka-angka ini patutnya mesti muncul sekali lagi… Jika muncul pun InsyaAllah akan teruk kena ‘belasah’…jika tak muncul, lagilah parah kena “belasah”. Mana lu mahu lari?

Enjoy!!!

TUHAN BALAS CASH JUGA AKHIRNYA-TERKENA PULAK FITNAH

 

Itu fitnah, penceramah bebas nafi terbabit sebar video, gambar lucah




Kesan daripada fitnah dan dakwaan liar itu, Firdaus Wong Wai Hung berkata beliau menjadi sasaran makian dan hinaan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, menafikan dakwaan yang mengatakan kononnya beliau pengasas dan pemilik akaun Telegram yang menyebarkan sebarang video atau gambar lucah.

Susulan daripada itu, Firdaus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju berkaitan fitnah yang disebarkan mendakwa beliau bertanggungjawab menyebar gambar dan video melalui aplikasi terbabit.

“Alhamdulillah selesai membuat laporan polis tentang fitnah yang disebarkan kononnya sayalah pengasas dan pemilik Telegram ‘channel’ yang menyebarkan video serta gambar lucah. Saya menafikan fitnah tersebut.

“Saya hanya memiliki satu Telegram rasmi sahaja di pautan ini https://t.me/brofirdauswong dan menafikan sebarang fitnah yang mengaitkan saya dengan penyebaran sebarang video dan gambar lucah,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Sehubungan dakwaan yang dikatakan tidak berasas itu, Firdaus menjadi sasaran dimaki, disindir selain diejek, termasuk dihina.

“Saya akan memaafkan mereka yang memaki-hamun, menyindir, mengejek atau menghina saya tetapi saya tidak akan mendiamkan diri apabila saya difitnah,” katanya.

Katanya, beliau menyayangi semua ‘sahabat’ dan tidak mahu mereka melakukan dosa fitnah tanpa disedari.

KISAH KLASIK KERAJAAN HARI INI.

 Image

BANGANG PUNYA PEMIMPIN UMno. INGAT MOU TU JALAN SELAMATKAN KERAJAAN KAH ? ITU ADALAH UNTUK MENUNTUT TITAH YDPA DEMI RAKYAT.

 


Bimbang kerajaan Melaka tumbang, pemimpin Umno cadang Sulaiman buat MoU dengan PH seperti di Pusat


Bimbang kerajaan Melaka tumbang, pemimpin Umno cadang Sulaiman buat MoU dengan PH seperti di Pusat


Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani di peringkat Pusat membabitkan kerajaan dan pembangkang perlu dicontohi di peringkat negeri bagi mengelakkan ‘kelam kabut’ politik seperti yang berlaku di Melaka ketika ini.

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, MoU itu juga dapat memastikan usaha kerajaan dalam memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi serta menangani pandemik COVID-19, tidak terjejas.

Tambahnya, individu yang didakwa terlibat dalam gerakan untuk menukar kepimpinan kerajaan negeri Melaka juga diharapkan untuk tidak tergesa-gesa melakukan perbuatan berkenaan, memandangkan Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) berkemungkinan akan diadakan tidak lama lagi.

Beliau turut mengingatkan kumpulan berkenaan untuk memikirkan yang terbaik khususnya dalam mengekalkan kepimpinan kerajaan negeri sedia ada yang diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

“Saya berharap bahawa mereka-mereka yang terlibat (dalam usaha menukar kerajaan negeri Melaka) dapat memikirkan yang terbaik untuk kekalkan kerajaan yang sedia ada, kita pun paling tinggi (atau paling lama) ada, lebih kurang setahun setengah lagi, tentulah ada Pilihanraya (Umum ke-15), tak perlulah (pihak itu) tergesa gesa.

“Kalau titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong untuk kita menstabilkan keadaan politik, (supaya) membolehkan tumpuan kerajaan kepada pandemik COVID-19 dan pemulihan ekonomi, kita dengar apa yang dititahkan YDPA agar wujudkan collaboration (atau kerjasama dalam politik),

“Di peringkat Federal (Pusat) sudah ada collaboration (kerjasama itu) antara kerajaan dan pembangkang melalui Memorandum of Understanding (MoU), saya harap di negeri negeri pun sama buat macam itu, tak payah kelam kabut buat masa ini untuk berlawan lagi sebab saya ingat perlawanan ini dah habis, ini bukan main bola ada 90 minit, (isu pergeseran) politik ini sudah habis,” katanya.

Mahdzir berkata demikian ketika sidang media selepas majlis penyerahan bas baharu MaraLiner di Bengkel MaraLiner Kuala Nerang pada Sabtu.

Terdahulu, media melaporkan, spekulasi bertiup kencang mendakwa, kerajaan negeri Melaka yang diterajui UMNO bakal tumbang pada bila-bila masa.

Ini berikutan empat ADUN kerajaan dikatakan akan melompat ke Pakatan Harapan dan difahamkan, keempat-empat ADUN berkenaan sudah menandatangani akuan bersumpah (SD).

Empat wakil rakyat yang disebut-sebut ialah Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas- Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Bersatu- Telok Mas), selain bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) dan Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor).

Untuk rekod kerajaan Melaka dipimpin oleh Sulaiman selepas PN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada PH tumbang Mac tahun lalu.

Kerajaan negeri mempunyai 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pembangkang pula 11.

LIHAT PERANGAI LEBAI- BILA DIA ADA KAWAN LAIN, DIA HENTAM KAWAN YANG DIA PERNAH BERGANTUNG UNTUK JADI KERAJAAN...

 


Panas! Pemimpin Pas sekolahkan Zahid, jangan utamakan parti sendiri saja


Panas! Pemimpin Pas sekolahkan Zahid, jangan utamakan parti sendiri saja



Seorang ulama PAS hari ini meminta para pemimpin politik Melayu mengutamakan “kepentingan umat” dan bukannya kepentingan peribadi bagi mengukuhkan muafakat antara mereka.

Ahli Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali berkata muafakat politik antara parti Melayu Islam sangat penting kepada negara.

“Setiap parti perlu mengetepikan kepentingan parti sendiri atau kepentingan peribadi dengan menjadikan kepentingan umat sebagai asas utama kebersamaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Kenyataan bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi itu muncul dua hari selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mempertegas pendirian parti itu untuk terus meletakkan calon di semua kerusi yang dimenangi pada PRU lalu.

Kenyataan itu bermakna ada kemungkinan besar Umno akan berdepan dengan pertikaian pembahagian kerusi dengan parti lain yang bekerjasama dalam kerajaan sekarang, termasuk PAS.

Sesetengah kerusi dimenangi Umno pada 2018 ‘dilarikan’ wakil rakyatnya yang melompat parti dengan menyertai Bersatu.

Kelmarin juga tular satu klip video temu bual Ahmad Zahid bersama myTV yang membayangkan rancangan Umno untuk menyertai PRU “secara solo menggunakan panji-panji BN”.

Klip itu juga memaparkan kenyataan Ahmad Zahid berkata: “Saya nak tanya balik, ada ke Muafakat Nasional ni lagi?”.

“Saya fikir elok Umno bertanding secara solo dengan menggunakan parti-parti BN dan kita fikir elok kerusi ini ‘free for all’ (bebas ditandingi sesiapa saja),” katanya.

Untuk rekod Muafakat Nasional adalah persefahaman rasmi yang dimeterai Umno bersama PAS semasa kedua-dua parti itu menjadi pembangkang. Namun di sebalik piagam yang dipersetujui bersama itu PAS menyertai Perikatan Nasional (PN) yang dijuarai Bersatu tanpa berunding terlebih dulu dengan Umno.

Presiden Bersatu merangkap Pengerusi PN Muhyiddin Yassin pula berkata gabungan itu mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan sendiri pembahagian kerusi yang akan ditandingi di peringkat parlimen dan dewan undangan negeri.

Kata bekas perdana menteri itu PN akan membincangkan isu tersebut tanpa menunggu maklum balas daripada BN.

“Kami belum terima apa-apa makluman daripada Umno atau BN untuk berbincang mengenai peruntukan pembahagian kerusi. Kita belum pasti hala tuju Umno ke hadapan dan belum ada satu pernyataan jelas daripada pimpinan Umno atau BN.

“Tapi realitinya dalam kerajaan, kita adalah bersama. Kalau kita hendak tunggu parti lain buat keputusan dan pendirian, ia akan ganggu urusan PRU yang hendak diatur oleh PN,” katanya.

PAS pula beberapa kali menekankan matlamat mereka mahu mendamaikan Umno dan Bersatu.

SEKADAR RENUNGAN.


Memang betullah kata Mat Amar yang PAS tak kuasai sepenuhnya kerajaan. Maka PAS tak punya kuasa mutlak untuk halang judi.


Tapi yang kelakarnya, DAP juga tak kuasai kerajaan secara mutlak. Tapi PAS dakwa yang DAP nak hapuskan hak Melayu dan Raja-raja Melayu seolah macam DAP boleh buat tanpa perlu kuasai kerajaan secara mutlak.


Lebih kelakar, ada yang percaya!


Untuk PAS menentang judi 22 kali itu seribu kali lebih mudah berbanding untuk DAP hapuskan hak Melayu dan kuasa Raja-raja Melayu.


Sebab PAS cuma perlu beri kata dua kepada PM, jangan tambah bilangan atau PAS tarik diri. Nescaya perkara itu akan terhalang.


Tapi untuk DAP hapuskan hak Melayu dan kuasa Raja-raja Melayu, perlukan sokongan ⅔ dewan. Nak dapat macamana sebab kalau nak buat, MP Melayu termasuk UMNO pun kena setuju.


Katakanlah dapat, pun tetap kemudiannya perlu dipersembahkan kepada YDP Agong. Ingat boleh senang-senang lulus ke? Payah oi!


Tapi itulah yang PAS dakwa dan itulah yang walaun semua percaya. Sekarang, pernyataan Mat Amar sendiri dah jelaskan yang tuduhan DAP nak hapus hak Melayu dan Raja-raja Melayu hanyalah retorik busuk mainan pemimpin PAS sahaja.


Secara tidak langsung Mat Amar dah jelaskan yang satu-satu parti itu perlu kuasai majoriti mutlak jika mahu laksanakan agenda mereka sendiri.


Harap selepas ini walaun boleh jadi bijak sedikit. Boleh pandai nilaikan setakat mana kecerdikan dan kejujuran mereka yang digelar sebagai ulama di dalam PAS.


 Raja Gelap..



DUN Melaka bergolak: Tiada pertemuan dengan TYT - Anwar

 


Shuhada Abdul Kadir
DUN Melaka bergolak: Tiada pertemuan dengan TYT - Anwar
Anwar ditemui media sewaktu mengadakan lawatan di sekitar Telok Kemang, Port Dickson hari ini. - Foto Astro AWANI
PORT DICKSON: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan akan mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam bagi membincangkan kemelut politik yang sedang melanda negeri itu ketika ini.
Malah katanya, beliau juga tidak ada membuat sebarang permohonan untuk menghadap Mohd Ali selain tidak mengetahui secara lebih lanjut tentang gerakan menukar kerajaan negeri itu.
“Ada berita saya mohon menghadap, saya tidak. Belum ada permohonan untuk saya menemui TYT (Tuan Yang Terutama).
“(Soalan: Belum ada perbincangan PH Melaka?) Saya bincang dengan semua Majlis Pakatan Harapan, dengan semua negeri. Paling akhir Selangor, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Sabah dan Melaka. (Soalan: Ada gerakan tukar pentadbiran Melaka ? Itu tanya Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di sekitar Telok Kemang, Port Dickson hari ini.
Terdahulu, timbul dakwaan kerajaan negeri Melaka yang diterajui UMNO bakal tumbang pada bila-bila masa.
BACA: "Siapa nak jadi Ketua Menteri, silakan" - Sulaiman
BACA: Melaka bakal bertukar tangan?
Ini berikutan empat ADUN kerajaan dikatakan akan melompat ke Pakatan Harapan dan difahamkan, keempat-empat ADUN itu sudah menandatangani akuan bersumpah (SD).
Khabar angin itu turut bertiup kencang mendakwa Anwar juga memohon untuk menghadap Mohd Ali, namun permohonan itu ditolak.

UMNO DIKIANATI OLEH PAS DAN BERSATU: PADAN MUKA...Bersatu sedia lawan Umno, kata Muhyiddin

 

Bersatu sedia lawan Umno, kata Muhyiddin


Muhyiddin Yassin ketika sidang media selepas menemui pemimpin Bersatu Sabah di Kota Kinabalu, hari ini.

KOTA KINABALU: Bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, Bersatu bersedia melawan Umno dalam pilihan raya akan datang sekiranya parti itu kekal dengan keputusannya untuk tidak bekerjasama.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat hari ini, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, mereka perlu menghadapi “realiti politik” ini sekiranya Umno enggan berganjak dalam pendiriannya.

“Inilah realiti politik – kadangkala kita kawan, kadangkala lawan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat dengan pemimpin Bersatu Sabah di sini, hari ini.


HANG TANYA LA HISHAMUDDIN TU..CHINA KOMENEH TU DIA KATA BIG BROTHER..,,

 

Jangan biarkan China terus ‘membuli’ negara ini, Kitingan beritahu kerajaan



Jeffrey Kitingan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, menggesa kerajaan membuat permintaan segera kepada Majlis Keselamatan PBB supaya bermesyuarat, dalam usaha mencari penyelesaian meredakan ketegangan di kawasan Laut China Selatan. (Gambar Reuters)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sabah mendesak kerajaan Malaysia menghantar nota bantahan diplomatik yang keras terhadap Beijing dan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membabitkan aktiviti ketenteraan negara itu di Laut China Selatan.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Jeffrey Kitingan yang juga Ahli Parlimen Keningau, berkata Malaysia jangan sesekali tunduk terhadap tindakan oleh mana-mana negara kuasa besar yang suka membuli, termasuk China.

“Malaysia mesti memanggil Duta Besar China berkenaan perkara itu dengan segera. Ini tindakan serius kerana membabitkan pencerobohan ke atas wilayah kita.

“Kerajaan mesti menghantar nota bantahan diplomatik keras terhadap Beijing dan PBB membabitkan aktiviti ketenteraan negara itu di Laut China Selatan,” katanya.

Kitingan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, turut menggesa kerajaan membuat permintaan segera kepada Majlis Keselamatan PBB supaya bermesyuarat, dalam usaha mencari penyelesaian meredakan ketegangan di kawasan terbabit, kesan daripada provokasi aktiviti serta kehadiran aset ketenteraan China.

Kitingan sebelum ini cukup berkeras berkenaan aktiviti ketenteraan China di kawasan Laut China Selatan, selain menyatakan kemarahannya terhadap “sikap terbuka dan bermusuhan” susulan laporan 16 pesawat tentera China terbang di ruang udara Malaysia.

Beliau tidak menolak China berminat menguasai kekayaan sumber asli di kawasan terbabit, yang menjadi motif di sebalik tindakannya membuli negara kecil seperti Malaysia, terutamanya di Sabah dan Sarawak.

“Laut China Selatan adalah laluan perdagangan antarabangsa dan perairan di dua negeri itu kaya dengan sumber seperti minyak dan gas,” katanya.

Kitingan turut menyatakan kebimbangan wujudnya konflik ketenteraan membabitkan negara besar di Laut China Selatan, terutama Sabah yang pastinya akan menerima kesan langsung.

Perjanjian keselamatan antara Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia, atau dikenali sebagai Aukus, menjadi tindak balas daripada sekutu Barat, bertujuan mendepani dominasi China di Asia Tenggara, termasuk merangkumi Laut China Selatan.

Dalam pada itu, Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Abdul Rahman Ayob, berkata pencerobohan kapal China dalam perairan Malaysia sudah berlaku sejak 2013, namun sejak akhir-akhir ini, pencerobohan semakin meningkat.

MEREKA - PEMERINTAH MENGAMALKAN POLITIK PECAH DAN PERINTAH

 


JAMZURI ARDANI


Saya tidak membantah kerajaan beri bantuan pada Dong Zong. Semua rakyat Malaysia berhak menerima bantuan kerajaan.

Tapi saya cukup meluat dengan hipokrasi pemimpin politik yang macam ni.
Mereka yang sebenarnya mengamalkan polisi pecah dan perintah.



TERKINI !!! PAS CUBA MAIN DUA KOLAM...TERNYATA PEMBAHGIAN KERUSI TANPA MELIBATKAN UMNO

 


Panas! Portal Pas lapor PN capai kata sepakat pembahagian kerusi PRU-15 tanpa libatkan Umno



Panas! Portal Pas lapor PN capai kata sepakat pembahagian kerusi PRU-15 tanpa libatkan Umno



Majlis Tertinggi Parti Perikatan Nasional (PN) telah membincangkan mengenai persiapan pilihan raya umum yang akan datang, kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, parti-parti komponen PN telah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan pembahagian kerusi-kerusi yang akan ditandingi di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri-Negeri (Dun) dengan segera.

“Kami juga telah membincangkan pendekatan dan program yang akan dilaksanakan untuk menyantuni golongan muda selaras dengan pelaksanaan Undi-18 dan bersiap sedia dengan penambahan pengundi-pengundi muda dan baharu ini,” ujarnya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, PN sentiasa menghormati dan komited mendukung hak generasi muda untuk mengambil bahagian dalam proses pilihan raya dan amalan demokrasi negara ini.

Muhyiddin sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti PN yang dihadiri oleh semua parti komponen iaitu Bersatu, PAS, STAR SABAH, SAPP dan Gerakan.

“Kami telah membincangkan pelbagai isu yang melibatkan pentadbiran kerajaan, perancangan Majlis Pemulihan Negara, pengurusan pandemik Covid-19, situasi ekonoml, Rancangan Malaysia Ke-12 dan isu-lsu yang berbangkit berkaitan politik semasa,” katanya.

Tambahnya, Majlls Tertinggi telah mencapai keputusan secara konsensus mengenal pendirian parti PN berkenaan beberapa isu.

Menurutnya lagi, mesyuarat telah mencapai ketetapan mengenai pendlrian parti untuk menyokong Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan pada 13 September lalu.

Katanya, PN akan memainkan peranan untuk menyampaikan pandangan dan pendirian dari masa ke semasa mengenal pelaksanaan MoU Transformasl dan Kestabilan Politik.

Mesyuarat juga, ujar beliau membuat keputusan untuk beliau sebagai Pengerusl PN bagi menyampaikan pendirian yang telah diambil oleh PN berkenaan jawalan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Selain itu, jelasnya Majlis Tertinggi juga telah menetapkan majlis pelancaran rasmi parti PN peringkat kebangsaan akan diadakan pada November depan dengan PN Negeri Selangor akan menjadi tuan rumah.

Beliau berkata, diputuskan juga Saiful Adli Mohd Arshad dilantlk sebagal Setiausaha Eksekutif parti PN berkuat kuasa 1 Oktober.

POLITIK ISLAM, POLITIK SEKULAR.

 

JAMZURI ARDANI


Ada sorang kawan lebai ni tuduh saya mengamalkan politik sekular kerana katanya saya berpolitik tidak peduli soal dosa dan pahala.
Tuduhan ini dibuat kerana kritikan saya ke atas pemimpin parti politik berjenama agama. Dalam kotak pemahaman dia, parti berjenama agama wajib disokong. Kalau tak sampai wajib pun, bagi dia sokong parti berjenama agama sudah tentu dapat pahala. Adapun melawan parti berjenama agama adalah satu dosa. Mendedahkan keburukan pemimpin berjenama agama adalah dosa. Oleh kerana saya dikatakan sering menghentam pemimpin parti berjenama agama, maka mengikut pemahaman dia politik saya ini tidak kenal dosa pahala. Maka itu, dia kata saya adalah pengamal politik sekular.
Pemahaman seperti ini sebenarnya membentuk pemikiran sebahagian besar penyokong dan pendokong parti berjenama agama tersebut. Itulah yang sentiasa diasak dalam pemikiran mereka dalam setiap program parti mereka. Itu jugalah yang diasak dalam ucapan-ucapan pemimpin mereka.
Bagi saya, pemahaman ini adalah fahaman songsang. Songsang dari sudut ajaran agama dan songsang dari sudut amalan berpolitik.
Dari sudut pandangan agama, semua orang Islam wajib meyakini perkara dosa dan pahala. Ia termasuk dalam perkara yang wajib diimani. Pun begitu, persoalan dosa dan pahala adalah perkara ghaibiyyat, seperti juga dengan persoalan syurga dan neraka. Hanya Allah SWT yang mengetahui secara tepat dan terperinci tentang semua perkara ghaibiyyat. Manusia hanya mengetahui perkara ghaibiyyat terhad ke atas apa yang ada di dalam nas sahaja. Manusia tidak berhak untuk membuat takwilan tentang perkara ghaibiyyat di luar dari apa yang dinaskan.
Maka itu, membuat takwilan dan andaian bahawa menyokong sesuatu parti politik adalah pahala atau dosa merupakan suatu fahaman yang bathil dan sonsang dari sudut ajaran agama. Perkara ini tidak pernah dinaskan secara jelas dan membuat andaian dalam perkara ghaibiyyat adalah dilarang oleh agama.
Semua ahli politik beragama Islam, samada penyokong atau pemimpin boleh melakukan dosa atau pahala. Ianya tergantung di atas amalan dan niatnya, dan bukannya ditentukan di atas parti politik apa. Pemimpin parti berjenama agama yang berbohong tetap berdosa. Pemimpin parti apapun yang beragama Islam yang berbuat amal sholeh tetap dapat pahala.
Kalau itu mahu dikatakan sekular, maka sekular itulah yang lebih hampir dengan ajaran agama.


Pergolakan politik Melaka berterusan, KM sedia jika ditukar

 

Pergolakan

Pergolakan politik Melaka berterusan, KM sedia jika ditukar.Pergolakan politik di Melaka tidak menjejaskan urusan pentadbiran negeri, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Beliau berkata, semua anggota Exco negeri masih menjalankan tugasan masing-masing seperti biasa dalam usaha menangani keresahan rakyat terhadap penularan wabak Covid-19 ketika ini.

“Siapa nak jadi Ketua Menteri, silakan, boleh jumpa dengan kepemimpinan (politik dan negeri).

“Saya berdiri di sini (menjalankan tugas seperti biasa) dan setakat hari ini kerajaan yang ada masih berjalan seperti biasa. Mengenai desas-desus politik di Melaka ini, saya pun tengok juga (sama ada) esok saya masih ada atau tidak (jadi kerajaan).

Pergolakan

“Dunia politik begitulah (keadaannya), khabar angin tu adalah perkara biasa dalam dunia politik. Namun, selagi saya diberi mandat oleh kerajaan sedia ada untuk memimpin dan menguruskan negeri, saya akan menjalankan tugas seperti biasa dan apabila diminta turun, saya akan turunlah,” katanya.

Beliau ditemui selepas melakukan lawatan ke Kampung Ayer Merbau, di sini hari ini.

Media semalam melaporkan keadaan politik Melaka dipercayai bergolak apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang mendukung kerajaan, dikatakan bakal melompat ke parti pembangkang.

Spekulasi mengenai perkara itu bertiup kencang sejak malam kelmarin selepas dipercayai empat nama yang dikatakan bakal beralih arah dengan menyertai Pakatan Harapan (PH) yang menggabungkan Parti Keadilan Nasional (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) dalam tempoh terdekat.

Antara nama Adun yang dikaitkan akan melompat kepada pembangkang termasuklah bekas Ketua Menteri Melaka yang juga Adun Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron; Adun Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan; Adun Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan Adun Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada beliau berhasrat untuk bertemu dengan empat Adun terbabit, Sulaiman berkata, ia tidak mungkin berlaku.

“Kenapa saya nak jumpa dia? Kalau siapa nak jadi Ketua Menteri datanglah (jumpa saya) dan boleh jumpa pihak kepimpinan, itu je,” katanya.

MOU: JANJI LAKSANA SERTA MERTA DARI 6 HANYA 1 DIUMUM AKAN DIBUAT


JOM LIHAT PERABOT ZAMAN "BOSSKU" DI SRI PERDANA. MACAI JANGAN TERLIUR ....KERAJAAN BOLEH TERIMA CADANGAN NAJIB UNTUK PULANGKAN RETA TERMASUK PERABOT.

 


LIYANA MARZUKI


Saya dapat gambar ni dari rakan, katanya ni Seri Perdana masa Rosmah Mansur jadi FLOM. Setelah direno. Wallahu alam.

Kalau betul, saya cadangkan dah Najib offer nak “pulangkan”perabot ni termasuk chandelier nya, Kerajaan ambil je la offer dia tu.
Lagipun bukan pakai pun semua ni katanya. Dia letak dalam gudang je. Katanya, just contact officer dia, pilih saja apa ada dalam gudang tu. Gitew!!! 😅
Saya tengok mewah belaka ni. Letak dalam gudang je. Huhu… 😩
Kita kalau ada extra macam ni dijualkan. Buat masuk education fund anak ke apa. Tapi level kayangan ni lain maciem spending nya…
Dah dijual perabot dan chandelier, duit nya boleh beli laptop pelajar ke, bagi bakul makanan ke, takpun buat modal nak beli booster shot vaksin.
Kalau susah sangat buat lelong timbang kati. Im sure ramai penyokong Bosskur nak beli…

ADAKAH INI SOP BARU PEGUAM NEGARA, SPRM? SOAL PH

 

Majlis Presiden Pakatan Harapan amat risau dengan trend kes mahkamah melibatkan individu-individu berprofil tinggi serta penyokong parti pemerintah yang telah dilepaskan atau dibebaskan dari pendakwaan dengan sama ada memulangkan sejumlah wang yang didakwa diterima secara tidak sah atau dengan membuat bayaran kompaun.

Terbaharu adalah kes yang melibatkan Datuk Seri Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian merangkap Setiausaha Agung UMNO yang didakwa menerima sejumlah wang dari Dato’ Sri Najib Razak yang dipercayai dana 1MDB.

Ahmad Maslan telah dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan tersebut setelah beliau membayar kompaun walaupun perbicaraan telah bermula, dan walaupun media melaporkan pada mulanya beliau enggan membayar kompaun dan mahu kes ini dibicarakan.

Oleh yang demikian, kami menggesa Peguam Negara untuk beri penjelasan memandangkan keputusan untuk mendakwa atau menarik pendakwaan terhadap seseorang itu terletak di tangan Peguam Negara.

Peguam Negara juga perlu menjelaskan apakah ini akan menjadi operasi prosedur standard (SOP) baharu terutama bagi kes-kes mahkamah berprofil tinggi yang lain.

Adakah SOP kini membolehkan seseorang boleh didakwa mencuri wang untuk dilepaskan dengan membayar balik sebahagian daripada “barang kes” tersebut?

Majlis Presiden juga kesal dengan sikap acuh tak acuh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM) yang mengiakan trend baharu ini.

Bolehkah SPRM memberikan penyelesaian serupa kepada semua kes rasuah dengan pembayaran balik wang sogokan yang dirampas sepertimana yang membabitkan ahli politik penyokong kerajaan?

Demi menegakkan kedaulatan undang-undang dan konsep negara hukum (rule of law), trend baharu Peguam Negara dan SPRM ini jelas melanggari prinsip bahawasnya keadilan itu bukan sahaja mesti dilakukan tetapi juga mesti disaksi dilakukan (“justice must not only be done, it must also be seen to be done”).

Tanpa ketelusan dan penguatkuasaan undang-undang yang adil, hasrat Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki agar SPRM mencapai taraf antarabangsa sukar dicapai.

Anwar Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Mohamad Sabu

Parti Amanah Negara (AMANAH)

Lim Guan Eng

Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Madius Tangau

Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)


BEGITU MUDAH MENJAHANAMKAN WANG RAKYAT DENGAN DALIL KESELAMATAN.

 May be an image of 2 people and text that says "Sinar Harlan Sinar Beli kereta rasmi Mercedes untuk keselamatan: Mohd Amar Û 24 Januari 2020 RM30 juta naik taraf kediaman rasmi PM demi keselamatan, imej September 2021 SR suara rakyat Ada Saje Helah Alasan Mereka Nak Halalkan Bazirkan Wang Rakyat"


HAMZAH RIE NA


Apa sudah jadi dengan Pas Tak kan parti Islam diam sahaja diatas keborosan umno 69 Bersatu ni? Mustahil Pas puas hati juga? Membazir bukan ker amalan syaitan.
Terutama diwaktu rakyat sedang terdesak dengan tekanan hidup sekarang.

May be an image of text that says "RM38.5 Juta boleh bina 916 buah rumah PPR PPR"

DALAM BELANJAWAN TERKESAN- BELANJA 38 JUTA UNTUK BAIKI SRI PERDANA DAN TIDAK UNTUK FAEDAH RAKYAT

 

Belanjawan 2022 fokus rakyat masih terkesan Covid-19, kata PM



Belanjawan 2022 juga akan menumpukan kepada pelaksanaan inisiatif jangka pendek selari dasar dan strategi RMK12, kata Ismail Sabri Yaakob. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2022 akan memberikan fokus kepada rakyat berikutan masih ramai yang terkesan akibat daripada pandemik Covid-19, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, walaupun banyak sektor ekonomi sudah dibuka tetapi ada rakyat yang semakin susah berikutan kesan berpanjangan daripada pandemik tersebut serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan pergerakan penuh.

“Minggu depan MOF (Kementerian Kewangan) akan bentang (maklumat lanjut berkaitan belanjawan),” katanya semasa wawancara khas bersama editor kanan media, di sini, baru baru ini.

Ismail Sabri berkata, bagaimanapun ketika ini keadaan rakyat sudah semakin baik dengan penurunan kes Covid-19 yang membolehkan banyak sektor ekonomi dibuka semula.

“Rakyat dah dapat bernafas sikit bila kita buka (sektor) ekonomi dan saya jangka menjelang Disember dah boleh buka semua sekali. Saya percaya, ‘feel good’ (faktor)) bila kes makin menurun. R-naught makin menurun.

“Cuba bayangkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor, kalau ikutkan dulu mula-mula tak tahu bila boleh buka (sektor ekonomi)…sekarang dah Fasa Tiga (Pelan Pemulihan Negara) dan ‘this is the heart centre’ (ini adalah bahagian paling penting).

“Di Malaysia, ekonomi Lembah Klang adalah tumpuan. Saya ingat lebih 70% tertumpu di sini (Lembah Klang). Jadi kita dah buka perniagaan, kilang, semua kita dah buka. Saya rasa ‘feel good’ itu semakin ada dalam kalangan rakyat,” katanya.

Ismail berkata, pembentangan Belanjawan 2022 akan menumpukan kepada pelaksanaan inisiatif jangka pendek yang dijajarkan dengan dasar dan strategi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi mencapai matlamat Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif, Mampan.

Mengenai pelaksanaan yang diharapkan daripada RMK12, Perdana Menteri berkata, kerajaan meletakkan sasaran yang optimistik dengan mengambil kira strategi dan transformasi yang akan dilaksanakan di bawah RMK12.

Menurutnya, Covid-19 telah memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dunia yang menguncup sebanyak 3.2% pada 2020 serta membawa kepada peningkatan kadar kemiskinan global, dengan Malaysia juga tidak terkecuali menerima kesan pandemik ini.

“Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), iaitu tahun 2016 hingga 2020, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang pada kadar purata 2.7% setahun, kurang daripada sasaran asal. Ini disebabkan penguncupan ketara sebanyak 5.6% pada tahun 2020, meskipun negara mencapai pertumbuhan lebih tinggi sebanyak 4.9% setahun dalam tempoh empat tahun pertama RMK11.

“Pencapaian yang agak rendah dalam RMK11 itu memerlukan kerajaan untuk merangka dasar dan strategi yang lebih menyeluruh bagi meletakkan semula ekonomi kepada landasan pertumbuhan jangka panjang yang lebih mampan dan berdaya tahan,” katanya.