M-C-M': Utopia Milik Siapa? by Boon Kia Meng VIDEO


Anwar pertimbang bawa isu kecurangan PRU kepada Agong

Anwar pertimbang bawa isu kecurangan PRU kepada Agong

(Oleh Mohd Arif Juhani)
KUALA LUMPUR 25 JUN: Ketua Parlimen Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ucapan titah Yang Dipertuan Agong (YDPA), Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ketika perasmian pembukaan Dewan Rakyat adalah titah yang diusulkan Perdana Menteri dan bukan satu arahan.
Katanya, ucapan itu lebih menjurus kepada perbahasan terbuka dalam Parlimen seperti yang terkandung dalam Konvensyen Demokrasi Berparlimen.


Anwar Parlimen“Titah Tuanku itu adalah titah Diraja atas usul Perdana Menteri bagi pihak kerajaan dan itu untuk membolehkan perbahasan terbuka di Dewan Rakyat diadakan. Ini adalaha malan biasa dalam mana-mana demokrasi berparlimen,”


“Maknanya kalau pidato titah Tuanku itu sebagai arahan, (maka) tidak ada perbahasan.
“Hal ini kerana prinsip konvensyen dalam negara demokrasi ialah asas itu (titah Diraja) untuk dibahaskan, bukan arahan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian persidangan pertama Parlimen ke-13 hari ini.


Beliau mengulas titah Tuanku yang menyeru kepada semua pihak supaya menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Justeru, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menimbang untuk satu langkah sesuai supaya Agong turut sama memperoleh maklumat penipuan sepanjang proses pilihan raya lalu.


“Saya mempertimbang satu usaha untuk memastikan Tuanku juga mendapat maklumat berhubung penipuan dan kecurangan besar dalam PRU lalu,” kata Ketua Umum KEADILAN itu lagi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli tidak menolak teks ucapan YDPA meminta semua pihak menerima keputusan PRU lalu itu disediakan oleh Perdana Menteri.


“Wujud satu usaha untuk mengheret nama baik Agong dalam isu ini. Ini adalah soal kredibiliti, legitimasi dan saya cenderung melihat ini sebagai masalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan Umno,” ujar Pengarah Strategi KEADILAN itu.


Rafizi berkata, KEADILAN dan Pakatan tetap akan meneruskan usaha untuk memikul tanggungjawab bagi membersihkan senarai pengundi dan proses pilihan raya.



Afidavit palsu dalam kes Fitnah II, Najib perlu disiasat

Afidavit palsu dalam kes Fitnah II, Najib perlu disiasat

(Oleh Azuan Ab Rahman)
KUALA LUMPUR 27 JUN: Ketua Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung afidavit palsu dalam kes Fitnah II yang difailkan pada 21 dan 23 September 2011 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Dalam laporan itu, beliau menggesa polis menjalankan siasatan kerana Najib dalam afidavit berkenaan telah membuat kenyataan bersumpah menggunakan nama penuh sebagai ‘Najib bin Tun Hj. Abdul Razak’.
Manakala isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga ada membuat afidavit pada 21 September 2011 dan menyatakan secara bersumpah juga bahawa nama penuh suami beliau ialah Najib dan bukan Mohd Najib.
Bagaimanapun menurut Fariz, semasa hari penamaan calon 20 April lalu, Najib telah mendaftarkan nama penuhnya sebagai Mohd Najib dan diterima oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi kawasan Parlimen Pekan.


afidavit



Ini bercanggah dengan nama yang difailkannya dalam afidavit kes Fitnah II, yang kini di peringkat rayuan.
“Saya mempunyai sebab untuk mempercayai Pengerusi SPR sendiri telah mengetahui perkara ini sebelum hari penamaan calon dan boleh menjangka percanggahan berkaitan nama sebenar Najib akan berlaku,” kata Fariz kepada pemberita selesai membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam.


Beliau dalam laporannya turut merujuk dua artikel bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim yang disiarkan Free Malaysia Today – ‘Usulkan undi tidak percaya terhadap Najib’ yang disiarkan pada 17 Jun lalu dan ‘Pencalonan Najib dalam PRU 13 ditolak?’ pada 15 April lalu.
Mat Zain dalam surat terbukanya berkata, kes sama pernah terjadi dalam sejarah undang-undang Malaysia apabila seorang wanita – Sharma Kumari Shukla dijatuhkan hukuman penjara enam tahun setelah didapati bersalah membuat dua afidavit palsu berkaitan dengan nama penuh beliau.


“Najib tidak boleh mengatakan beliau tidak dinasihatkan berkaitan peraturan ini, memandangkan salah seorang peguam beliau yang menyediakan afidavit-afidavit tersebut, merupakan bekas Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan
kes Sharma Kumari dalam tahun 2000,” kata Mat Zain yang dipetik dari surat terbukanya itu.
Sehubungan itu, Fariz yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, menggesa polis menyiasat Najib kerana dikatakan telah membuat afidavit palsu dalam perbicaraan kes Fitnah II dan dengan menggunakan nama berlainan semasa mengisi borang pencalonan PRU 13.



“Saya juga menggesa polis menyiasat tindakan Pengerusi SPR kerana cuba bersubahat dengan Najib menyorokkan maklumat penting, iaitu mengenai pembikinan afidavit palsu dan pencanggahan antara nama dalam afidavit dan nama dalam borang pencalonan, daripada pengetahuan calon lawan dan pengundi kawasan Pekan,” kata calon KEADILAN bagi Parlimen Pekan pada PRU lalu itu.



“Perbuatan menyorokkan maklumat mustahak seperti di atas boleh dikatakan sebagai perbuatan menipu,” tegas Fariz.



ABN News dapat pinjaman mudah Bank Pembangunan RM500 juta

ABN News dapat pinjaman mudah Bank Pembangunan RM500 juta

KUALA LUMPUR, 27 JUN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, ahli perniagaan Tan Seri Kenneth Eswaran mendapat pinjaman mudah dari Bank Pembangunan berjumlah RM500 juta.

eswaran
K Eswaran, pemilik ABN News


Katanya, K Eswaran turut mendapat lesen siaran bagi Asian Broadcasting Network Sdn Bhd untuk melancarkan jenama televisyen berbayar yang baru, ABN Media Group.

“Ini seorang peniaga baru yang rapat dengan pemimpin negara ini. Bagaimana boleh mendapat pinjaman mudah tanpa proses yang jelas?

“RM500 juta dari Bank Pembangunan kepada syarikat tauke kaya kroni berbanding ribuan usahawan kecil Melayu bumiputera yang menyokong (kerajaan) tidak diberi pertimbangan?, kata Anwar di Dewan Rakyat hari ini.

“Tetapi Kenneth Eswaran, seorang tauke kaya diberi pinjaman RM500 juta untuk satu saluran televisyen yang baru,” kata Anwar.


Anwar menegaskan, tindakan tersebut bertentangan dengan slogan membela orang Melayu seperti yang dilaungkan Umno-BN.
“Ini kelulusan terbesar yang ketiga (selepas PRU-13),” katanya.

Sebelum ini dilaporkan K Eswaran adalah ahli perniagaan yang berada di belakang stesen TV berbayar baru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi di bawah syarikat Nilamas Corporation Sdn Bhd.




VIDEO FITNAH TITAH SULTAN :PENJELASAN DSAI DI DALAM PARLIMEN










Tahaaluf Siyasi! Kuala Besut. PSM, PKR wajib sediakan watikah dan calon!

Kuala Besut. PSM, PKR wajib sediakan watikah dan calon!


Manalah tau kot2 last minute calon PAS tarik diri?

PAS menjalankan langkah yang betul menyediakan calon beserta watikah di kerusi PKR dan PSM bertanding untuk mengelakkan calon BN menang tanpa bertanding sekiranya calon PKR atau PSM telah dibeli untuk menarik diri.

Maka dalam kedudukan sekarang di Terengganu UMNO 17 kerusi, PAS 14, PKR 1 kerusi maka adalah menjadi kewajipan kepada PKR dan PSM mengikut langkah "bernas" PAS menyediakan calon dan watikah.

Kalau PAS menang kedudukan BN(UMNO) 16, PR 16! terpaksa bubar DUN negeri woo!

Usahkan 5 juta, 50 juta pun BN(UMNO) sanggup bayar!

Kalau lagi 10 minit terakhir PAS tak daftar calon, PKR atau PSM on!

PAS gerenti tak marah. Depa yang mula dulu. kan! kan! Kan! Ini macam baru la Tahaaluf Siyasi!