KEH KEH KEH....

 


Bersatu sudah hancur, begitu juga PN - Semua pemimpin pembangkang dah ta...

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI (Part 2)

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI (Part 1)

Anwar: M’sia urged comprehensive Gaza resolution in every meeting with T...

(PENDEDAHAN) Pembangkang dengki sungguh, sampai putarbelit isu kedaulata...

INI KES OGOS 2025--PROSECUTION OF HAMZAH'S SON IS NOT COMPLETED! FORMER SETPOL ALSO CHARGED...


Perbicaraan kes bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang berdepan tiga pertuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM350,000, akan bermula 25 Ogos ini di Mahkamah Sesyen di sini. Hakim Rosli Ahmad mengekalkan tarikh perbicaraan kes rasuah melibatkan Sayed Amir Muzzakkir Al Syaed Mohamad dari 25 hingga 28 Ogos dan mengarahkan untuk menyerahkan pernyataan pembelaan kepada pihak pendakwaan pada 22 Ogos. Pada perbicaraan hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Hazel Tan Jia Qi telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah menyerahkan pernyataan saksi pada 31 Julai lalu. Peguam Md Yunos Shariff yang mewakili Sayed Amir Muzakkir berkata pembelaan akan mengemukakan pernyataan di bawah Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 sebelum tarikh perbicaraan. Pendakwaan akan memanggil 20 saksi. Pada 23 Mei lalu, Sayed Amir Muzzakkir, 43, didakwa menerima suapan RM350,000 daripada Pengarah Urusan Nexuscorp Group Sdn Bhd Wan Azhar Mohamed Yusof sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan tender perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti peralatan infrastruktur, pelayan, perisian dan radio pengguna Sistem RMPNet untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) bernilai RM381.1 juta. ============================================================================== Jun lalu, Muhammad Faisal, 40, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima rasuah bernilai RM100,000. Dia didakwa menerima wang berkenaan daripada Izmir Abd Hamid sebagai bayaran untuk Heitech Padu Bhd (Heitech Padu) melantik Syarikat Rimba Merpati Sdn Bhd dan Syarikat Per My Solutions menjadi perunding pemasaran. Kesalahan itu dikaitkan dengan Heitech Padu yang dikatakan mendapat tender RM33 juta oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk pembekalan, penyewaan, pelaksanaan, latihan, sokongan dan penyelenggaraan infrastruktur keselamatan. Muhammad Faisal didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pejabat dekat Publika Shopping Gallery, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur pada Mac 2018. Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun, denda lima kali ganda nilai rasuah atau RM10,000, yang mana lebih tinggi. Susulan pengakuan tidak bersalah tertuduh, mahkamah membenarkan dia dibebaskan dengan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin.






DATO LOKMAN RESPON SAIFUDDIN DIGUGUR KETUA PN PAHANG

KOW-KOW!! - TENGKU ZAFRUL BALUN ISHAM JALIL | Perjanjian Dagang Amerika ...

PANAS! DS ANWAR TEMPELAK POLITIKUS SAMPAH MASYARAKAT KATA PMX JUAL NEGARA!

Anwar 'sekolahkan' Wan Fayhsal: 'Nak bebal kenapa? Baca teliti dulu'



Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART 2025) yang ditandatangani antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) mempunyai 'exit clause' - klausa yang membolehkan negara menamatkan atau menarik diri secara sah. Penjelasan itu dibuat Perdana Menteri Anwar Ibrahim susulan pelbagai dakwaan mengaitkan Malaysia terikat dengan AS melalui pemeteraian perjanjian terbabit. Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang beranggapan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas antara Malaysia dan AS tidak menguntungkan negara ini dan meminta ia dibahaskan di Dewan Rakyat.





KOW-KOW PMX BALUN WAN FAYHSAL | Perjanjian Syetan Dagang Bilis Amerika ...

𝗙𝗔-𝟱𝟬𝗠: 𝗟𝗼𝗻𝗷𝗮𝗸 𝗸𝗲𝘂𝗽𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗺𝗽𝘂𝗿, 𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗹𝗲𝗺𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 𝗸𝗲𝗸𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗸𝘁𝗶𝗸𝗮𝗹 𝗧𝗨𝗗𝗠







Kekuatan pertahanan sesebuah negara tidak disangkal lagi apabila ia dilengkapi bantuan aset ketenteraan moden dan berteknologi tinggi. Keupayaan ini penting dalam memastikan keselamatan ruang udara, darat dan maritim sentiasa berada pada tahap terbaik bagi menghadapi ancaman pelbagai bentuk.


Dalam konteks keselamatan udara Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini berada di ambang era baharu apabila pesawat tempur ringan F-50M bakal memperkukuh armadanya dalam masa terdekat. Difahamkan, kumpulan pertama empat buah pesawat akan diterima pada Oktober 2026, manakala selebihnya diterima secara berperingkat pada tahun 2028. Ia menjadi detik penting dalam sejarah TUDM, kerana pesawat ini bukan sekadar penambahan kepada skuadron sedia ada, tetapi juga menandakan peralihan taktikal dari pesawat latihan kepada platform operasi ringan berteknologi tinggi.


#Airtimes #FA-50M  #pesawat #KAI #TUDM #pertahanan #Korea #Malaysia


Artikel penuh:

https://www.airtimes.my/2025/10/27/fa-50m-lonjak-keupayaan-tempur-buka-lembaran-baharu-kekuatan-taktikal-tudm/





HARAP HARAP KERAJAAN KELANTAN DAH ADA TEMPAT NAK JUAL REE NEGERI DIA SEBAB....





Che Ibrahim



 Harap harap Kerajaan Kelantan ada perjanjian sendiri dengan negara Islam untuk jual REE. Jangan biarkan orang lain dapat manfaat REE kita, kemudian mereka guna untuk lawan Islam.



Jangan jual REE ke US sebab Zionist. 

Jangan juga ke China sebab kominis. 

Jangan jual ke Iran sebab syiah. 

Jangan jual ke Saudi sebab wahabi. 

Jangan jual ke India sebab mereka hindu. 


Cukuplah pengalaman serah hak gali minyak ke Petronas, hak melombong emas ke Singapura, hak melombong besi/manganese ke syarikat syarikat bukan melayu, hak buat ladang hutan ke cina, hak buat pertanian komersial kepada bukan bumipetra, hak tanam musang king ke cina benua, hak buat ladang solar pun ke cina juga, bahkan tanah rezab kubor pun ada yang diistibdal dan jual ke cina...




REE: PATUTLAH PAS KEDAH SENYAP BAB REE, PAS KELANTAN JE RIUH.









RUPANYA BEKAS CEO MBI KEDAH/PIMPINAN PAS TENGAH DIBICARAKAN DI MAHKAMAH TINGGI ALOR SETAR KELMARIN DULU.


Kononnya Kerajaan Malaysia nak jual REE ke Amerika! 


Yang terlibat dengan geng geng syarikat yang mencuri REE dan buat MOU dengan Syarikat China tu geng kamu?


Pimpinan PAS dan bekas CEO MBI Kedah telah didakwa dan dibicarakan kelmarin di Mahkamah Tinggi Alor Setar kelmarin dulu kerana terima RASUAH syarikat membabitkan projek REE di Sik, Kedah.


Patutlah berasap serang Kerajaan Madani buat MOU dgn US bab REE pun, ada udang di sebalik mee rupanya!


Berikut adalah kronologi kes pendakwaan kes Rasuah babitkan bekas CEO MBI Kedah dan bekas Setiausaha Politik Sanusi, MB Kedah:


1. Pada 27 dan 28 Oktober 2025 lepas telah berlaku perbicaraan skandal RASUAH bekas CEO Menteri Besar Kedah Incorporate (MBI Kedah) di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah membabitkan pertuduhan meminta suapan berjumlah RM4 jutabagi projek REE di Bukit Enggang, Sik, Kedah sebelum ini. MBI Kedah dipengerusikan oleh Dato Seri Sanusi Mohd Nor, MB Kedah.


2. Skandal ini didedahkan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada bulan Ogos 2023 lalu. Kononnya ramai menafikan REE dicuri, akhirnya SPRM mendedahkan memang ada penyelewengan, RASUAH dan Ho Chung Meng, rakyat KUALA KRAI, Kelantan ditangkap oleh polis kerana terlibat/masuk dalam Hutan Simpan bagi mengeluarkan REE secara haram. Malah kompaun denda pun telah dibayar ke PTG.


3. Syarikat Ho Chung Meng ada kaitan dengan syarikat yang buat MoU dengan MBI Kedah yang ada gambar Sanusi terpampang tu.


4. Berikut adalah fakta yang diberikan oleh SPRM (ini maklumat umum berdasarkan kenyataan media SPRM; https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2023/11/1179140/bekas-ceo-mbi-kedah-didakwa-minta-rasuah-rm4-juta-untuk-perlombongan)


i. Tertuduh didakwa meminta suapan bagi dirinya iaitu wang RM4 juta daripada John Abad Pe sebagai dorongan membantu syarikat Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd menjalankan usaha sama perlombongan REE melalui suatu Memorandum Persefaham (MoU) antara MBI Kedah dan syarikat terbabit. 


ii. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Central Hotel Hatyai, Songkhla, Thailand pada 20 Mei 2023. Pilihanraya Umum Negeri pada bulan Ogos 2023.


iii. Pertuduhan ke 2, dia didakwa menerima suapan wang tunai RM1 juta daripada John Abad Pe melalui Liyana Mamat sebagai dorongan membantu syarikat Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd menjalankan usahasama perlombongan REE melalui MoU antara MBI Kedah dan syarikat terbabit.


iv. Dia melakukan kesalahan itu di perkarangan tempat letak kenderaan Wisma Darul Aman (SUK Kedah) di sini, pada 29 Mei 2023


v. Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara maksium 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan.


vi. Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahah Rasuah Malaysia (SPRM), Farah Yasmin Salleh, Natrah Fareha Rahmat dan kemudian meminta mahkamah menetapkan jaminan RM100,000 bagi kedua-dua pertuduhan berikutan kes terbabit membabitkan isu KEPENTINGAN AWAM, dan dia diberikan ikat jamin RM100,000, serah passport dan lapor diri ke SPRM setiap bulan.


5. SPRM juga menahan bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah (Sanusi Mohd Nor), Mohamad Hilmi Abdul Wahab, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan berkaitan projek perlombongan unsur Nadir Bumi (REE) di sekitar negeri itu, Julai 2023, kes ini dalam proses berjalan.


6. Berikut adalah ringkasan laporan kenyataan media oleh SPRM (https://www.hmetro.com.my/amp/utama/2023/11/1031972/bekas-setiausaha-politik-kepada-sanusi-didakwa-tuduhan-rasuah-rm400000) berkaitan bekas SuPOL Sanusi;


i. Dia didakwan meminta suapan wang tunai berjumlah RM250,000 daripada Pengarah Syarikat Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd, Liana Mamat @ Khalid, 40, melalui Syed Muhammad Syid Aluvi, 34.


ii. sebagai dorongan bagi tertuduh sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membantu syarikat itu untuk mendapat kelulusan permohonan Lesen Perlombongan dan Lesen Penjelajahan REE di sekitar Kedah.


iii. Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Sunway Kiara Hills, Taman Sri Hartamas di sini, pada 4 Julai 2023. PRN Kedah Ogos 2023.


iv. Dia turut didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah RM150,000 daripada individu sama (Liana) bagi tujuan sama di sebuah restoran di Desa Sri Hartamas di sini, pada 11 Julai lalu.


v. Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.


Syam Ghaz



MEREKA TANPA NAMA TAPI BERJASA.

 


Sedang kita dibanggakan dengan elemen Sang Saka Biru di ASEAN Summit ke 47






Ada yang tanya MMP ke mana pergi nya pasukan si beret sandy ni semasa sidang kemuncak Asean ni.


Tanpa kita sedari, mereka ini semua ini ada dalam setiap detail keselamatan delegasi dan tetamu VIP di acara ini. MMP difahamkan bahawa VAT69 ditugaskan sebagai  Core Tasking

Penggempur untuk semua Deligasi  bagi setiap venue dan penempatan.


Kita dihidangkan gambar-gambar kehadiran pasukan SFG US Secret Service meliputi pasukan CAT dan Sniper


Tapi kita agak terleka dan tertanya di mana kah elemen sniper pasukan sandy  beret. Kekal misteri dan kekal rahsia.


Itu laa mereka. Berkhidmat tanpa perlu gambar kemegahan di lensa media mainstream.


Terbaik Warisan Darah Pewira


Kredit : MMP




INGAT DIA PAHAM AKTA.. RUPANYA TIDAK. ELOK LA PENGGAL DEPAN.. PENGGAL JA DIA NI

 Che Ibrahim





Ambo ingat Pas jah suka main isu royalti minyak, ada juga wat bengong tak cekat faham Akta Pembangunan Petroleum 1974.


Kalaulah benar Kelantan Dan Terengganu berhak dapat royalti minyak, kenapa masa 33 bulan jadi Kerajaan dulu tak bayar?? 


Sila saman Petronas dan Kerajaan Persekutuan kerana gagal mematuhi Perjanjian Royalti Minyak.



PEMUJA ATOK SAKA TAK PAHAM. LAGI LAMA BICARA LAGI BAGUS. NANTI KITA SIH PEGUAM ANWAR MINTA ATOK SUMPAH TAK CURI DUIT.


Sam Zayyan





Steady Tun..bkn mcm org tu suh sumpah laknat pn xberani dulu..bab create narrative burukkan org nmbr satu..😌.


Mereka guna tektik nak memenatkan Tun tapi akhirnya depa sendiri yg penat nak mampus. Tun steady je 🤣🤣🤣


Peguam pun dh jadi bodo..jgn jadi gila dah..sbb dh x tau nk tanya apa.😛😛


Hari ini hari kedua sesi pemeriksaan balas kes Tun Dr Mahathir melawan Datuk Seri Anwar. 


Dalam sesi mahkamah hari ini, peguam Anwar masih bertanya kepada Tun Dr M soalan soalan yang tidak berkaitan.


Bermula dengan soalan mengenai perkauman, politik dan di sebelah petang mengenai pemecatan Tun Salleh Abbas.


Namun, hakim mencelah supaya peguam Anwar tidak membuang masa bertanya soalan yang tak ada kena mengena.


Akhirnya mahkamah habis awal sebab peguam Anwar minta. 


Sungguhpun begitu Tun telah menjawab keseluruhan 500 soalan. 


Antara qoutes yang menarik dari Tun hari ini : 


"INI SATU FITNAH SAYA TAK BOLOT APA APA PUN. TUNJUK BUKTI SAYA AMBIL BERBILION BILION. SAYA BAGI 2 MINGGU SEKARANG DAH 2 TAHUN"



TERKEDU PEMUJA SAKATUA

 

Alif Jamil





Ingat tak waktu memula tercetus perperangan antara Thai dan Kemboja, PMX ada beritahu yg beliau bercakap ditelefon dgn Donald Trump dalam soal isu keamanan antara dua negara tu ?



Tapi pada masa tu, pemuja² sakatua cepat sangat inzal untuk menyindir kononnya itu cuma lakonan dan gimik pembohongan semata².. 


Dan apabila keluar berita PMX menjadi mediator dalam rundingan damai Thai~Kemboja pun, juak² saka ni jugaklah yg terus perlekeh lagi. 


Dikatanya lagi kononnya PMX bukannya mediator pon, cuma sekadar fasilitator yg sediakan kerusi meja saja. 


Nampak tak betapa buta perutnya juak² saka ni ?


Nah, hari ni Trump sendiri yg sahkan bahawa dia sendiri yg call Anwar Ibrahim untuk bincang isu pendamaian dua negara tu. 


Dan dia siap cakap lagi, kalau rundingan tu berjaya, dia sendiri akan datang ke Malaysia dan janji itu Trump dah tunaikan hari ni.


Kita kena faham, bukan level² biasa apabila Presiden US yg call pemimpin negara lain apatah lagi jenis  kepala batu macam Trump tuh. 


Dia takkan buang masa kalau tak percaya pada kebolehan seseorang. 


Tapi kali ni, dia sendiri yg cari Anwar Ibrahim.

Bahkan Trump sendiri cakap hanya dalam 2 hari sahaja mereka berjaya tandatangan rundingan damai antara Thai dan Cambodia. 


Dan perasan tak, lepas Sidang Kemuncak ASEAN pun Trump masih puji PMX dihadapan pemimpin Korea dan negara² lain.


Entah apa jampi yg PMX baca dekat Trump tu sampai boleh lentok semacam siap bagi pelepasan 0% cukai eksport Malaysia untuk semikonduktor dan farmaseutikal lagi.


Dari rundingan damai hingga ke rundingan dagang semua PMX sapu dgn seni dan strategi yang bijak.



KALAU IKUT PEMBANGKANG YANG BODO KAT MALAYSIA NI MEMANG HABIS LA NAK OERINTAH NEGARA NI.


MALAYSIA BELI DARI KANADA, DARI TELUK..... US TAK BOLEH? BODO NYA PEMBANGKANG MALAYSIA. 


 Che Ibrahim



Beli LNG negara lain takpe, beli dgn US tak boleh... 


Pembangkang ni tahu ke dok PETRONAS dah lama beli LNG Dari US dan beberapa negara lain... Tu la orang panggil niaga, beli sana jual sini, beli sini jual sana.









PATUT LA NEGERI KO NI LEMAU LEMAH KIOK.... APA YANG BERLAKU DALAM NEGERI KO PUN TAK TAU. LEMAH..


Sham Ghaz


 Ree dah dicuri dari bumi Kelantan bang YB EXCO Kelantan, Adun Guchil Kuala Krai. YB tak tahu ke? 






Bang Haji tak tahu agaknya kecurian ni dah banyak tempat berlaku sblm ni.


Geng yang curi REE di Kedah tu orang Kuala Krai bang Haji tak tahu ke?


Jangan buat secara haram sudah la.


PGA dan PDRM tak bagi ruang segram pun REE dicuri dari bumi Malaysia. PTG tak tahulah 😅


Jangan yang kena tangkap tu adalah kroni Kerajaan Negeri Kelantan sudah la


Baca sini YB: https://www.sinarharian.com.my/article/701670/edisi/kelantan/ree-dilombong-secara-haram-kelantan-tingkat-penguatkuasaan