Adakah Najib akan dipenjara?
LCS: Mungkin KD Mat Kilau masih berada di Luth Mahfuz - Zahid
LCS: Mungkin KD Mat Kilau masih berada di Luth Mahfuz - Zahid
LAPORAN JAWATANKUASA KIRA KIRA WANG NEGARA
NIK HASYUDEEN
Laporan Jawatankuasa Kira-Kira
Wang Negara berhubung dengan perolehan kapal peronda generasi kedua - Littoral
Combat Ship (LCS) 2/10
Ringkasan Eksekutif
Sebelum laporan terperinci, ada ringkasan eksekutif yang
berbentuk grafik yang memberikan gambaran kasar dapatan PAC berkenaan perolehan
kapal LCS.
Kaedah yang diambil oleh PAC ini amat kreatif kerana tentunya
tidak ramai rakyat yang akan membaca keseluruhan laporannya. Jadi infografik
menyenangkan mesej yang mahu disampaikan sampai kepada rakyat.
Di antara dapatan kasar yang terkandung di dalam ringkasan
eksekutif adalah:
1. Reka bentuk terperinci (detailed design) kapal belum
dikemukakan
2. Ada arahan pemberhentian kerja
3. Arahan penukaran (variation order) alatan utama
4. Pembayaran melebihi kerja sebenar
5. 15% dari inventori bernilai RM 1.7 bilion (RM 255 juta) sudah
usang (obselete)
6. Lebihan kos sebenar berbanding anggaran (cost overrun)
berjumlah RM 1.4 bilion
7. Kapal-kapal LCS sepatutnya mula diserahkan kepada TLDM mulai
April 2019 tetapi kemajuan pembinaan kapal yang pertama setakat laporan PAC
berkenaan hanyalah 44%
8. Kapal LCS ke 6, KD Mat Kilau masih belum dimulakan
pembinaannya walau pun dijadualkan diserahkan kepada TLDM pada Januari 2023
PAC juga membuat pelbagai saranan, di antaranya:
1. Laporan JKSTUPKK berkenaan perolehan LCS dinyahklasifikasikan
(declassify) sepenuhnya
2. Pihak Kementerian Pertahanan perlu membuat laporan kemajuan
projek LCS secara berkala kepada 3 setiap 3 bulan
3. SPRM mengambil tindakan berdasarkan laporan JKSTUPKK dan
audit forensik
Selepas ini kita akan lihat sendiri kandungan laporan PAC ini
secara lebih terperinci
SAHABAT SEJATI- HANGPA P MANA ???
Selama ini
Ku mencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci
Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah ku temui.
RCI- NAMPAK MACAM TAK RASA BERSALAH LA PULAK...KEH..KEH..SEDANG BERDERAMA ATAU REALITI..NANTI KTA LIHAT YA..
Hishammuddin kemuka cadangan RCI isu LCS ke Kabinet esok
PETALING JAYA: Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein akan membawa cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat isu pembelian enam kapal tempur pesisir (LCS) kepada Kabinet, esok.
“Saya memberi jaminan kepada YB (Yang berhormat) selepas ini, saya akan bawa ke Kabinet ini pandangan Dewan Negara walaupun bukan semua kerana ada ahli yang tidak bersetuju penubuhan RCI ini. Ini menjadi tanggungjawab saya untuk bawa ke Kabinet Rabu ini (esok) dan saya akan lakukan,” katanya menggulung perbahasan usul berkaitan projek LCS, di Dewan Negara.
Usul itu dikemukakan Senator Lim Hui Ying mengikut Peraturan Mesyuarat 17 (1) berkaitan isu berkepentingan awam yang memerlukan segera dibahaskan. Seramai 10 ahli Dewan Negara mengambil bahagian dalam perbahasan kira-kira sejam itu.
Menurut Berita Harian, Hishammuddin turut menjelaskan status menyahklasifikasikan Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) sudah dimulakan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan dijangka selesai dalam masa terdekat.
Katanya, pengauditan forensik projek LCS pula akan mengambil masa, sementara menunggu kelulusan peguam negara kerana dokumen itu bukan milik kerajaan, sebaliknya dimiliki Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).
Beliau berkata, apabila semua dokumen itu dinyahklafikasikan, orang ramai boleh melihat sendiri siapa yang rasuah, termasuk apa dikatakan penyelewengan itu untuk pertimbangan masing-masing.
Mengulas mengenai peralatan LCS yang dibeli dikatakan sudah usang seperti dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), perkara itu sudah dijawab Panglima Tentera Laut Mohd Reza Mohd Sany, yang mana ada sokongan jaminan sehingga 30 tahun atas sebarang risiko peralatan itu.
Katanya, sokongan dan jaminan itu membabitkan barangan utama termasuk enjin, sistem janakuasa, radar, sonar, meriam dan misil.
Beliau turut mengulangi keputusan Kabinet yang bersetuju dengan pelan pemulihan projek LCS yang membenarkan tempoh mobilisasi dilaksanakan selama enam bulan bagi membolehkan rundingan dibuat dengan pihak pengeluaran produk tulen (OEM) dan vendor tempatan, seterusnya memuktamadkan perancangan perolehan LCS seperti yang diperlukan oleh tentera laut.
Kerajaan BN - PN hentikan perebutan kuasa, fokus kos sara hidup rakyat
Kerajaan BN - PN digesa menghentikan pesebutan kuasa sesama sendiri dan menumpukan sepenuh perhatian ke aats usaha menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat.
Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Cabang Batu Kawan, Darwin Lim Chee Chien (gambar, dua dari kanan), kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi amat membebankan rakyat terutama golongan B40 dan anak muda yang baharu berkerja.
Pengalihan tumpuan kepada isu politik, katanya, amat merugikan rakyat kerana masalah asas mereka tidak mungkin dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.
"Tindakan parti komponen kerajaan terutamanya pimpinan Umno yang tidak berhenti-henti memberikan tekanan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya membubarkan Parlimen dan juga senario politik perebutan jawatan Timbalan Perdana Menteri yang berlaku di antara Umno dan Bersatu hanya menujukkan Kerajaan Persekutuan telah gagal memberikan keutamaan kepada isu yang dekat dengan rakyat, iaitu kenaikan kos harga barang yang semakin membimbangkan
"Walaupun kerajaan telah menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi baru-baru ini. Namun sehingga kini, rakyat masih tidak nampak apa kaedah dan solusi yang akan dilaksanakan oleh Pasukan Khas tersebut untuk mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi kos sara hidup yang mencanak sejak bekelakangan ini," katanya
Sehubungan itu, Darwin Lim menyeru kerajaan pusat supaya mengemukakan dasar yang lebih holistik bagi meringgankan beban rakyat secara menyeluruh, dan bukannya bermain politik setiap hari.
Beliau berkata sedemikian ketika berada di program Pertandingan Mewarna sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang dianjurkan oleh KEADILAN Cabang Batu Kawan di Kuil Sri Mangalanayagi Amman, Bukit Tengah, Bukit Mertajam, semalam.
Program yang dianjurkan untuk memupuk semangat cinta terhadap negara dan juga mengeratkan hubungan KEADILAN Batu Kawan dengan masyarakat setempat itu disertai 40 kanak-kanak.
Turut hadir ialah Ketua Cabang KEADILAN Batu Kawan YB Goh Choon Aik, Timbalan Ketua Cabang Anuar Shafiqah dan Naib Ketua Cabang Gobi Chan.
ANWAR BERTEMU WARDEN PENJARA SG BULOH. SELALUNYA ANWAR AKAN MELAWAK BERTANYA KHABAR TENTANG KEKOSONGAN SEL TEMPAT BELIAU...MUNGKIN ADA NANTI....KAH...KAH.....
Inilah kehebatan DS Anwar. Cuba lihat siapa yang beliau temui di
Ipoh? Warder penjara sewaktu DS Anwar dipenjara oleh Mahathir atas fitnah yang
dia reka dahulu.
Warder penjara melihat tahanan penjara lebih dari ayah melihat
anak sendiri. Warder kenal sangat dengan tahanan terutama seorang yang terkenal
seperti DS Anwar.
Kalau DS Anwar buruk lakunya, senario seperti tak akan terjadi.
Sekarang kita tunggulah pula bila Najib kena penjara nanti. Macamana pula dia
dengan warder. Guane boh?
Responden sekali lagi mohon mahkamah tolak afidavit Najib
PUTRAJAYA - Pasukan responden sekali
lagi memohon agar Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa, menolak afidavit
yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan
Pendakwa Raya Kanan adhoc, Datuk V Sithambaram berkata demikian ketika berhujah
dalam prosiding permohonan memasukkan bukti tambahan di hadapan lima panel
hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun
Tuan Mat.
Sithambaram berkata, afidavit itu dibuat menerusi permohonan notis usulnya
untuk memasukkan bukti tambahan yang menyentuh Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd
Ghazali ketika mendengar kes penyelewengan dana RM42 juta milik Syarikat SRC
International Sdn Bhd.
Ketika
memulakan hujahan, Sithambaram berkata, mahkamah boleh mengarahkan afidavit itu
ditolak kerana ia tidak mengikut undang-undang.
Menurutnya, kandungan afidavit itu
tidak berdasarkan pengetahuan peribadi Najib selaku pemohon, sebaliknya atas
dasar dengar cakap.
"Kandungan
afidavit itu pula, tidak lebih kepada tuduhan yang bukan sahaja tidak berasas
malah tidak disokong dengan bukti kukuh.
"Persoalan
undang-undang di sini ialah kami menyatakan bahawa kandungan afidavit itu tidak
relevan dengan rayuan akhir yang dihadapi pemohon," katanya.
Turut bersidang ialah empat
panel hakim iaitu Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Abang Iskandar
Abang Hashim serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan,
Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Selain Sithambaram, responden turut
diwakili empat Timbalan Pendakwa Raya Donald Joseph Franklin, Sulaiman Kho
Kheng Fuei, Mohd Ashrof Adrin Kamarul dan Manjira Vasudevan.
Bagi
pihak pemohon pula, Ahli Parlimen Pekan itu diwakili peguam Hisyam Teh Poh
Teik, Datuk Zaid Ibrahim, Liew Teck Huat, M Rueben dan Hannah Kam Zhen Yi.
Pada
Selasa, Najib memohon untuk memasukkan tujuh dokumen antaranya keterangan lisan
iaitu 'viva voce' oleh beberapa pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) yang menyiasat kes SRC.
Rombongan Besar Ke Mesir – Hutang Anak Syarikat Bila Nak Selesai?
Rombongan Besar Ke Mesir – Hutang Anak Syarikat Bila Nak
Selesai?
a. Air Kelantan Sdn Bhd dikatakan mempunyai hutang tertunggak
bil elektrik RM 35.2 juta! Sehingga 30 Jun 2022.
b. Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd belum mampu melunaskan
tuntutan kalah saman sebanyak RM 6.4 juta sehingga 15 Ogos 2022.
Mahkamah Persekutuan memutuskan Kompleks Perkayuan Kelantan
gagal dalam rayuannya pada 7 Julai 2022 lagi.
Akibatnya, difahamkan semua akaun bank milik Kompleks Perkayuan
Kelantan telah dibekukan atas perintah Mahkamah.
Baca selanjutnya :
NAJIB BUAT LAWAK TENTANG PERBICARAAN DIA SENDIRI
Mohd Mukhlis.
Rayuan kes Najib ini agak kelakar dan kelam-kabut. Biasanya orang merayu pada Mahkamah yang lebih tinggi kalau hakim mahkamah yang sebelumnya terkhilaf dalam menjatuhkan hukum, contoh kalau mahkamah tinggi terlepas pandang bukti penting dalam kes tersebut.
Mula-mula dia buat tuduhan yang hakim Nazlan ambil rasuah, tapi kalau nak tuduhan rasuah dia kena buktikan di mahkamah. Nak buktikan di mahkamah kena bawa saksi, tapi saksi utama dia sudahlah bangkrup, perlarian pula di UK. Dia pun tarik balik tuduhan rasuah, tapi sebelum itu macai dia semua dah fitnah hakim yang adil mengambil rasuah. Tuduhan rasuah ini berat sebab kalau betul, semua kes yang pernah hakim tersebut adili akan kena bicara semula bukan kes SRC sahaja.
So dia nak guna hujah yang hakim Nazlan ada conflict kepentingan waktu berkerja dengan Maybank pula, ini yang DPP bantah kata tak ada kaitan pun sebab business unit yang hakim Nazlan terlibat itu tak ada kena mengena dengan SRC pun. Lagi pun benda ini biasanya orang buat waktu mula-mula bicara dia mahkamah pertama (tinggi) , kalau hakim ada conflict of interest, mereka boleh minta untuk tukar hakim.
Saya bersetuju dengan hujah DPP yang ini hanya satu taktik untuk cubaan bicara semula. Kalau dapat bicara semula pun nak cari hakim yang ada financial speciality bukan senang, maybe most likely kalau pernah bekerja dengan bank akan ada kaitan dengan SRC @ 1Mdb at some point.
Dan kalau bicara semula pun dengan pertuduhan dan hujah pembelaan yang sama yang mana dia kata dia mangsa Jho Low, result pasti akan sama. Itu yang pendakwaan dan go extra miles sampai sanggup pergi ke level tanda tangan , sebab Najib nafikan yang tandatangan itu dia punya ( ingat auta dia nak hire tanda tangan expert dari luar negara?)
Kes Najib ini kalau nak di buktikan tak bersalah senang aje. Dalam kes jenayah konsep beyond resonable doubt, dia hanya perlu timbulkan keraguan dalam kes dia. Nak timbulkan macam mana? Dalam Facebook dia acap kali kata duit itu derma dari pak arab. Jadi cari aje mana-mana pak arab yang berani mengaku kata duit itu duit mereka derma pada Najib, guarantee mahkamah akan percaya yang Najib ini mangsa bukan pemangsa, mahkamah akan terpaksa lepaskan Najib sebab ada orang lain mengaku jadi donor duit tersebut.
Tapi based on saman Apandi vs LKS, kita semua tahu apa keputusan dia. Moga semua perasuah dan pengkhianat amanah akan decay and rot dalam penjara.
RAFIZI RAMLI DAKWA SUBKON BARU TUBUH 45 HARI, TERUS BUAT TUNTUTAN RM178 JUTA
Dari Rafizi Ramli
16 Ogos 2022
SUBKON BARU TUBUH 45 HARI, TERUS BUAT TUNTUTAN RM178 JUTA
Kebelakangan ini kerajaan PAS-UMNO-BERSATU cuba mengalih
perhatian dari isu sebenar yang menimbulkan kemarahan rakyat. Mesin propaganda
PAS-UMNO-BERSATU yang diketuai Dato’ Seri Najib Razak cuba meyakinkan rakyat
bahawa tiada penyelewengan berlaku, hanyalah kelewatan projek.
Sehingga kini, Najib sendiri belum menjawab soalan-soalan pokok
yang saya utarakan sejak saya mendedahkan butiran projek LCS yang mengesahkan
ada penyelewengan:
1. Kenapa reka bentuk dan kelas kapal LCS diubah di saat akhir
dari yang telah diluluskan, iaitu dari kelas Sigma (Belanda) kepada kelas
Gowind (Perancis)?
2. Siapa yang lebih berkuasa dari Menteri Pertahanan ketika itu
(Zahid Hamidi) yang boleh mempengaruhi keputusan?
3. Kenapa kontraktor utama (Boustead Naval Shipyard, BNS)
melantik subkontraktor berlapis-lapis, adakah untuk menyembunyikan penglibatan
DCNS yang ada reputasi dan skandal terdahulu berkait dengan Najib?
4. Kenapa kos untuk dua pakej utama naik harga dua kali ganda
(dari RM397 juta kepada RM1.2 bilion) apabila melalui dua lapisan
subkontraktor?
Kesemua ini melibatkan dua bentuk keputusan utama.
Pertama, keputusan teknikal berhubung pilihan reka bentuk dan
teknologi kapal perang (yang berubah dari kelas Sigma kepada kelas Gowind).
Kedua, keputusan kewangan, peruntukan dan pembayaran yang
sepatutnya tertakluk kepada semua Pekeliling Perbendaharaan yang mengawal selia
urusan tuntutan dari kontraktor dan subkontraktor.
Umum mengetahui bahawa keseluruhan tadbir urus kewangan negara
dipandu dan dikawal oleh satu set Pekeliling Perbendaharaan, yang pada
prinsipnya menekankan perkara-perkara berikut:
1. Kontraktor perlu dilantik dari kalangan pembekal yang paling
layak berdasarkan keupayaan teknikal dan pada harga yang
terbaik
kepada kerajaan
2. Kontraktor perlu mempunyai kekuatan kewangan dan aliran tunai
sendiri untuk menjalankan kontrak
3. Bayaran hanya boleh dibuat mengikut kemajuan projek dan
dibayar secara berpatutan mengikut peratusan projek dilaksanakan, seperti yang
dipersetujui mengikut dokumen kontrak yang dimeterai dengan kerajaan
Maklumat dalaman mengenai urusan tuntutan dan bayaran berhubung
projek LCS menunjukkan kesemua perkara (1) hingga (3) yang saya sebut telah
dilanggar. Ada bukti yang menunjukkan sama ada kontrak kerajaan dengan BNS
tidak mengikut peraturan kewangan Pekeliling Perbendaharaan, atau pun
pembayaran dibuat tanpa mengikut kemajuan projek yang melanggar Pekeliling
Perbendaharaan.
Bayaran-bayaran besar dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan
dan Kementerian Kewangan. Peruntukan disediakan oleh Kementerian Kewangan.
Menteri Kewangan semasa projek LCS ini diluluskan dan bayaran-bayaran awal
dibuat adalah Najib.
Sebelum ini, kita tahu bahawa sebanyak RM400 juta dari bayaran
pendahuluan projek LCS untuk membayar hutang lapuk BNS. Perkara ini sepatutnya
melanggar peraturan kewangan mengikut Pekeliling Perbendaharaan, iaitu bayaran
pendahuluan sesuatu projek hanya boleh digunakan untuk projek itu. Jika kita
membuat pinjaman sekali pun, bank hanya akan membenarkan pinjaman dikeluarkan
bagi tujuan pinjaman itu diluluskan.
Hari ini, saya ingin mendedahkan satu lagi pembayaran yang tidak
mengikut prinsip-prinsip di dalam Pekeliling Perbendaharaan.
Kertas siasatan dalaman projek LCS menunjukkan bahawa
subkontraktor lapisan kedua (Contraves Electrodynamics Sdn Bhd, atau CED)
membuat tuntutan sebanyak RM178 juta sebagai yuran memulakan kerja
(“mobilisation fee”) pada hari yang sama ia dilantik, sedangkan pada ketika itu
subkontraktor ini ditubuhkan 45 hari sebelum itu.
The Vibes sebelum ini melaporkan CED ditubuhkan pada 23 Februari
2012, iaitu 45 hari sebelum ia dilantik sebagai subkontraktor lapisan kedua
untuk pakej utama bernilai RM1.2 bilion.
https://www.thevibes.com/.../company-set-up-mere-45-days...
Rentetan peristiwa mengenai bayaran yang melanggar prinsip urus
tadbir Pekeliling Perbendaharaan adalah seperti berikut:
9 April 2012 – BNS melantik Contraves Advanced Devices (CAD)
sebagai subkontraktor bagi dua pakej utama bernilai RM1.2 bilion
9 April 2012 – CAD melantik CED, sebuah syarikat yang baru
berusia 45 hari sebagai subkontraktor bagi dua pakej yang dianugerahkan oleh
BNS
9 April 2012 – CED membuat tuntutan sebanyak RM178 juta sebagai
yuran memulakan kerja pada hari yang sama ia dilantik sebagai kontraktor
lapisan kedua
Transaksi-transaksi sebegini merupakan satu penyelewengan yang
melanggar peraturan pembayaran Kementerian Kewangan.
Sebagai Menteri Kewangan pada ketika itu, Najib mesti menjawab
bagaimana sebuah subkontraktor yang hanya berusia 45 hari boleh membuat
tuntutan berjumlah RM178 juta dari projek pertahanan utama negara?
Penyelewengan-penyelewengan beginilah yang menyebabkan BNS akhirnya tidak
mempunyai dana (walaupun telah dibayar kerajaan) dan projek tergendala sehingga
tidak ada satu kapal pun siap hingga ke hari ini.
RAFIZI RAMLI