Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
JIKA PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO DITOLAK ROS, INI MASA TERBAIK UNTUK ZAHID HAMIDI UNDUR DIRI
Semalam Jabatan Perdaftar Pertubuhan atau RoS memaklumkan bahawa keputusan sama ada pindaan perlembagaan UMNO akan dilulus atau ditolak bakal diketahui selewat-lewatnya pada 16 Julai.
Pemakluman RoS itu muncul berikutan tanda tanya yang kian meningkat daripada UMNO sendiri berhubung status pindaan yang diluluskan dalam PAU Khas pada 15 Mei lalu.
Pindaan itu menetapkan pemilihan UMNO hanya akan diadakan selepas enam bukan PRU dilangsungkan.
Disebutkan pindaan itu dibuat untuk mengelakkkan berlakunya perpecahan dalam UMNO menjelang setiap kali PRU diadakan.
UMNO wajib mengadakan pemilihannya setiap tiga tahun dengan tempoh lanjutan yang dibenarkan sebelum ini ialah selama 18 bulan.
Tetapi, dengan pindaan terbaru ini yang dilakukan oleh UMNO dibawah kepimpinan Zahid Hamidi, ia bermakna setiap PRU selepas ini mesti dilangsungkan terlebih dahulu sebelum pemilihan parti diadakan.
Namun demikian, meski pindaan itu telah diluluskan, ia masih tertakluk kepada kelulusan RoS yang harus membuat keputusan sama ada menolak atau meluluskannya dalam tempoh 60 hari selepas PAU Khas diadakan.
Jadi, sekarang ini ramai orang, terutamanya Zahid Hamidi, amat berdebar-debar menanti keputusan RoS itu.
Setakat ini, jangkaan pelbagai pihak berhubung keputusan RoS itu terbahagi kepada tiga kategori:-
Pertama, pindaan itu mendapat kelulusan RoS yang bermakna PRU15 akan diadakan terlebih dahulu sebelum pemilihan parti.
Kedua, pindaan itu ditolak RoS dan ini bererti UMNO mesti mengadakan pemilihan parti sebelum 29 Disember tahun ini.
Ketiga, pindaan itu diluluskan, tetapi hanya berkuatkuasa setelah UMNO mempunyai barisan kepimpinan MT yang baru.
Dalam erti kata lain, UMNO mesti mengadakan pemilihan parti terlebih dahulu untuk memilih barisan MT dan pindaan itu tidak boleh dikuatkuasakan pada PRU15, sebaliknya hanya berkuatkuasa pada PRU16 akan datang.
Jika pilihan pertama menjadi keputusan RoS, ia adalah suatu kemenangan kepada Zahid Hamidi dan mereka yang menyokongnya atau dikenali juga sebagai kluster mahkamah UMNO.
Keputusan itu dengan sendirinya akan menjadikan PRU15 terpaksa diadakan terlebih dahulu sebelum pemilihan UMNO, sekaligus membolehkan Zahid Hamidi terus kekal sebagai Presiden parti semasa pilihan raya nanti diadakan.
Tetapi, jika kategori kedua atau ketiga menjadi pilihan RoS di mana dalam kedua-dua kategori itu memerlukan pemilihan UMNO diadakan terlebih dahulu berbanding PRU15, maka berikutan daripadanya Zahid Hamidi tiada pilihan lain melainkan perlu berundur diri secara terhormat.
Dengan pemilihan parti harus didahulukan sebelum PRU15, inilah masa yang terbaik untuk UMNO memilih barisan kepimpinan barunya sebelum berhadapan dengan pengundian daripada rakyat dalam PRU15.
Oleh kerana Ismail Sabri Yaakob telah memegang jawatan Perdana Menteri serta dimuktamadkan sebagai “poster boy” BN bagi PRU15, atas apa pertimbangan sekali pun, beliau semestinya wajib dijadikan sebagai Presiden UMNO untuk berdepan PRU15 itu.
Zahid Hamidi yang bukan “poster boy”, malah sibuk dengan turun naik mahkamah dengan sendirinya sudah tidak relevan lagi untuk terus mempertahankan jawatannya.
Kalau Zahid Hamidi benar-benar ikhlas mahu melihat BN menang dan UMNO tidak berpecah menjelang PRU15, tiada laluan paling bermaruah mesti dilakukannya melainkan memberi laluan kepada Ismail Sabri.
Jika bertanding juga yang sudah tentu berpotensi menyebabkan perpecahan dalam UMNO akan berlarutan sehingga PRU15, malah mungkin menyumbang kepada kekalahan BN, ini bermakna Zahid Hanidi yang tidak mahu berundur itulah yang menjadi penyebab utamanya. – ShahbudinHusin 08/07/2022.
ZAMAN PH DULU TAK ADA LAH KECOH MACAM GINI-BAGI KEPADA DERIS SAGON. TAK SAMPAI SETAHUN LAGI...DAH KECOH..SEMBANG KENCIN KATA 5 HARI SELESAI ..WEYYYY...NI APA DIA NIH...
Jemaah terkandas: Polis sahkan terima 23 laporan setakat ini
PETALING JAYA: Polis mengesahkan telah menerima 23 laporan berkait kejadian jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setakat tengahari tadi, kata Ketua Polis KLIA Imran Abd Rahman.
Menurut Imran, laporan itu dibuat di beberapa balai di seluruh negara namun polis belum memperoleh maklumat tepat mengenai jumlah sebenar jemaah terkandas.
“Laporan dibuat di beberapa balai polis seluruh negara termasuk Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA, Setapak dan Temerloh,” katanya menurut laporan Berita Harian.
“Kita belum pasti insiden ini ada elemen penipuan atau sebaliknya dan kita sedang menjalankan siasatan lanjut dalam segala aspek termasuk elemen jenayah.”
Ads by
Imran juga memaklumkan, polis telah menemu bual pemilik agensi pelancongan terbabit secara lisan dan merekod keterangan individu terbabit selepas menerima aduan jemaah yang terkandas.
Dalam pada itu, katanya, semalam berlaku sedikit kekecohan apabila jemaah mendapati mereka gagal berangkat ke Tanah Suci namun anggota polis bertugas berjaya mengawal keadaan.
Semalam, kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di KLIA, dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.
Mereka berkumpul di Aras 5, Balai Pelepasan KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).
Visa furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dilaporkan dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh TH.
Awal hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci mengenai isu hampir 400 bakal jemaah haji terkandas di KLIA.
Mengambil maklum isu berkenaan, Idris berkata, sekiranya terdapat sebarang unsur penipuan, pihak terbabit perlu dibawa ke muka pengadilan dan diberikan hukuman yang setimpal.
ADO DOMBA DALAM UMNO SERLAHKAN INTEGRITI ANWAR – GRM
Ado domba dalam Umno serlahkan integriti Anwar – GRM
on:
Kemelut dalaman Umno selepas Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan ‘kisah benar’ dalam usaha menjatuhkan pentadbiran Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin terus memanas dan mewujudkan dua kem dalam parti berkenaan.
Bagi Koordinator Gabungan Reformis Malaysia, Mustaffa Kamil Ayub, pertembungan dalaman Umno itu juga mensahihkan bahawa parti berkenaan dan pemimpinnya tidak wajar diberi peluang untuk menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.
Sebaliknya pendedahan itu, katanya, telah menaikkan kredibiliti Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini mengakui beliau mempunyai cukup sokongan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 9.
“Kemelut dalaman Umno meruncing sehingga mantan Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan beberapa fakta penting menjelang peralihan kuasa politik negara 2021.
“Tohmahan kepada Datuk Seri Anwar kononnya beliau berangan-angan mengenai bilangan sokongan Ahli Parlimen terhadapnya menggantikan Tan Sri Muhyiddin terbukti tidak benar dan berniat jahat.
“Jelas bahawa Anwar bercakap benar mengenai sokongan terhadapnya,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Menurut Presiden NGO Rapat itu lagi, kenyataan Tajuddin secara tidak langsung telah memperlihatkan keteguhan integriti Ahli Parlimen Port Dickson apabila pemimpin kluster mahkamah Umno terpaksa mencari calon lain selepas Anwar tidak bersetuju menekan badan kehakiman bagi melepaskan mana mana pemimpin yang didakwa di mahkamah.
Selain itu, katanya, Umno yang ‘berperang’ ketika ini hanya akan mengurangkan lagi pemimpin berpotensi untuk diangkat sebagai PM. Atau pun pasukan tertentu dalam parti itu akan cuba membuang mana mana calon berintegriti dalam parti berkenaan.
“Polemik ini serta lain-lain sebelumnya menyerlahkan hakikat negara ini semakin ketandusan kepimpinan yang berpengalaman, berintegriti serta jujur.
“Malaysia sesungguhnya memerlukan Datuk Seri Anwar yang ada wawasan. Beliau berjaya menyelesaikan masalah umat hatta sebelum memasuki gelanggang politik lagi, serta punya solusi yang proaktif bukannya reaktif,” katanya lagi.
Justeru, Mustaffa berharap rakyat Malaysia akan lebih bijak memilih dalam PRU ke 15 dan menolak parti pro kleptoktasi daripada berkuasa semula.
NAK BERLAKON TAPI TAK BERAPA BIJAK- IKUT LAGI WALAUN
BOB KELANANG
AMBIL selut tu kira dah okey la lakonan tu... TAPI jadi bodo, bangang xbertebing tu... sorong kereta sorong 2, tiga langkah, tuang selut kat situ... xsampai 5 meter jauhnya...
Pergi Haji tapi dengan Cara Menipu.
MOHD FIRDAUS JAILAN
Pergi nak buat ibadah tapi on the way nak kesana guna cara
menipu. I is kennot brain.
Bila saudi banyak tangkap puak macam ni dan ketatkan lagi visa.
Bukan sahaja jemaah haji kena tempias teruk, dengan geng-geng umrah sekali kena
libas.
Udah-udahlah beria nak pergi haji ni. Haji ni untuk yang mampu.
Kalau kita ni terpaksa menipu dan ambil risiko kena penjara macam ni, tak
perlulah pergi haji sebab kita tak mampu.
Stoplah using word Allah jemput Allah jemput kalau ini kaedahnya
nak masuk negara orang dan langgar peraturan negara orang.
Yang bukan-bukan jer perangai.
Mampu ni bukan kira ada duit sahaja. Mampu ikut peraturan dan
hak sesebuah negara pun satu kemampuan juga. Kalau tak mampu, tak payah.
LAAAA...AWAT TAK MAU GUNA LOGO PARTI SENDIRI- 5 HARI SAJA PAS PERINTAH SEMUA SELESAI...KEH..KEH..KENCIN....
Pas pertimbang guna logo baharu untuk berdepan PRU15
Astro Awani
Julai 8, 2022
Abdul Hadi menjelaskan isu pengunaan logo dalam pilihan raya umum akan datang masih lagi dalam perbincangan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pas sedang mempertimbangkan untuk menggunakan logo baharu dalam pilihan raya umum akan datang bagi menggantikan lambang Perikatan Nasional (PN).
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menjelaskan isu pengunaan logo dalam pilihan raya umum akan datang masih lagi dalam perbincangan..
"Kita berbincang untuk mengubah simbol, kita bincang dalam parti nak buat satu simbol yang baru yang sesuai.
"Bukan bendera dulu, masih dalam perbincangan sebab pilihan raya pun tidak tahu bila," katanya kepada media di Marang, Terengganu pada Jumaat.
Sebelum ini, terdapat laporan bahawa Pas akan menggunakan logo sendiri di tiga negeri yang dikuasainya iaitu di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Pada Khamis, Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata parti itu belum memutuskan sama ada akan menggunakan logo sendiri atau PN.
HANYA 3 INSAN INI YG SAYA PERCAYA LWN RASUAH
Akhirnya kerosakan negara telah berlaku dan dirasai
HANYA 3 INSAN INI YG SAYA PERCAYA LWN RASUAH
Norman Radzuan
Saya tak perlu sebenarnya sibuk2 dgn politik. Tak perlu juga sibuk2 nak menulis saban hari utk ingatkan rakyat Malaysia bahaya dan bahananya rasuah menggila ini. Dah lama beritahu tapi org kita percaya org yg korup berbanding org yg amanah.
Akhirnya kini segala kerosakan itu telah berlaku dan dirasai dan bebannya ditanggung rakyat. Manakala pemimpin2 itu berjuta simpanannya. Dlm hati tertanya tanya kenapa mudah sgt bangsa ku ditipu?
Jujur saya beritahu utk selamatkan Malaysia kena hapuskan rasuah. Saya hanya percaya 3 insan di foto ini utk mengubah nasib Malaysia. Utk melawan rasuah hanya mereka bertiga ini sahaja yg mampu lakukan.
Yg lain mcm2 didengar tapi Anwar dari dulu sampai skg tiada satu kes pun sebab itu bila dia jerit reformasi sampai ke dalam hati kita. Rasa keikhlasan hatinya… cakap serupa bikin.
Lihat sahaja Mahathir tuduh Najib korup, Najib tuduh Mahathir korup, Najib kata Muhyiddin korup dan Muhyiddin kata Najib korup….Zahid jgn katalah.
Jadi kenapa Anwar?
Mahathir, Najib, Muhyiddin dan Zahid Hamidi tak pernah kata Anwar makan rasuah. SPRM tak pernah dakwa seringgit pun Anwar makan duit rakyat…
Anwar sudah buktikan hampir 10 tahun menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri 1 ekar tanah rakyat dia tak ambil.
Itu sebab 22 tahun saya secara peribadi berjuang utk dia jadi PM bukan sebab jawatan tersebut utk dirinya tetapi sebab dia sahaja yg mampu ubah nasib Malaysia.
Saya pilih Anwar kerana dia konsisten, berprinsip dan berintegriti. Saya pilih (sokong) Rafizi menjadi Tim Presiden sebab org muda sepertinya dgn ideologi politiknya, proaktif dan kaya dgn formula.
Gabungan kedua ini Insyallah mampu mengembalikan yg haqq iaitu menafikan segala bentuk pendustaan, pembohongan, kepura puraan, keraguan dan kebatilan.
MENTERI UK YANG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKYAT
Pagi tadi, Perdana Menteri UK Borris Johnson, terpaksa meletak jawatan. Ini kerana lebih kurang 40 orang Ahli Kabinet dia meletak jawatan secara serentak termasuk Menteri Kewangan dan Menteri Kesihatan.
Mereka hilang kepercayaan kepada PM ini kerana mereka percaya PM ini pemimpin haprak. Selalu menipu rakyat dan tengah pandemik pun boleh berparti. Langsung takde intergriti.
Yang jatuhkan dia adalah di kalangan ahli2 parti dia sendiri.
Itu cerita di UK. Di Malaysia lain pula.
Di sini baru orang Melayu nak stim dengar Tok May melawan Klepto, tetiba dia tukar kenyataan pulak. Dia kata orang tersalah quote dia. Sampai Asia Times terpaksa keluarkan rakaman audio dia yang memang dia cakap dia nak Najib masuk penjara.
Kalau macam ni la gayanya, kalau kita semua tak keluar mengundi, geng UMNO confirm dapat 2/3 majoriti. Masa tu, confirm yang akan naik jadi PM set2 Klepto ni.
Sebabnya, pemimpin UMNO, pakai la segala tanjak dan samping, tapi kalau nak melawan pemimpin haprak, semuanya terkucil…
#ohmalaysiaku
MPP SAHKAN KEPUTUSAN PEMILIHAN PKR, KONGES NASIONAL JULAI
MPP sahkan keutusan Pemilihan PKR, Konges Nasional Julai
Keputusan Pemilihan KEADILAN 2022 diterima oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP), pembuat keputusan dalam KEADILAN dan MPP bersetuju untuk meneruskan Kongres Nasional KEADILAN kali ke 16 pada 15 – 17 Julai ini.
Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, mesyuarat MPP malam tadi juga telah membincangkan beberapa perkara mengenai laporan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) terkait pembekal perkhidmatan yang membangunkan aplikasi ADIL serta firma audit forensik yang dilantik JPP.
“MPP dengan ini merakamkan penghargaan terhadap peranan JPP dalam mengendalikan Pemilihan 2022.
“Pada masa yang sama, MPP mengambil maklum sebahagian daripada 1,800 aduan yang diterima masih dalam penelitian JPP.
“MPP menerima jaminan JPP akan menyelesaikan aduan dan memberikan maklum balas bertulis kepada semua yang mengemukakan aduan. MPP turut menerima penjelasan bahawa bagi kategori aduan yang terkait isu disiplin, hal tersebut akan dirujuk kepada Lembaga Disiplin,” kata Fahmi dalam kenyataan hari ini.
Mengenai kontroversi Pemilihan Atas Talian dan peranti yang digunakan dalam undian pula, kata Fahmi, MPP telah diberi taklimat penuh oleh firma audit forensik mengenai dapatan audit lengkap yang diperolehi mereka
Berdasarkan perbincangan dan pembentangan penuh, MPP mengambil maklum bahawa sistem ADIL yang dibangunkan adalah suatu sistem yang berintegriti dan utuh serta boleh dipercayai keputusan daripadanya.
“Walaupun begitu, firma audit forensik memperakui wujud beberapa kelemahan pada peringkat pelaksanaan sistem tersebut.
“MPP menerima penjelasan penuh firma berkenaan berhubung langkah-langkah bersesuaian untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut yang telah diambil.
“Oleh yang demikian MPP menerima keputusan rasmi Pemilihan 2022 yang telah diumum JPP,” kata Fahmi.
Berhubung Kongres KEADILAN ke-16 pula, katanya, tarikh asal bagi Kongres Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN pada 24 Jun serta Kongres Nasional pada 25 dan 26 Jun telah diubah untuk memberi ruang secukupnya kepada JPP dan firma audit forensik menyelesaikan aduan-aduan yang diterima.
Hal itu, tegasnya tidak sama sekali bertujuan melengahkan pengumuman keputusan Pemilihan sebagaimana dakwaan sesetengah pihak.
“Justeru, MPP memutuskan bahawa Kongres Wanita dan AMK akan diteruskan pada 15 Julai dan Kongres Nasional pada 16 dan 17 Julai di IDEAL Convention Centre (IDCC), Shah Alam.
“Kesemua perwakilan termasuk dari Sabah dan Sarawak akan hadir secara fizikal.
“Kongres KEADILAN ke-16 ini juga akan menyaksikan saf kepimpinan baharu mengambil alih tampuk kepimpinan parti, seterusnya menggariskan dasar serta halatuju parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15,” kata beliau lagi.
MENGAPA NAIKKAN OPR BANK NEGARA SEBULAN SEKALI?
Mengapa naikkan OPR Bank Negara sebulan sekali?
Kenaikan kadar dasar semalaman (overnight policy rate (OPR)) oleh Bank Negara Malaysia yang diumumkan semalam dikritik oleh Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Kemanan, Terengganu.
Menurut kenyataan AMK Kemaman, kenaikan OPR itu amat mengecewakan kerana bakal memicu kenaikan kadar faedah pinjaman yang akan menekan rakyat di tengah tengah inflasi melampau.
“AMK Kemaman mengecam tindakan ini kerana ini akan memburukkan lagi keadaan ekonomi rakyat yang sudah sedia tenat.
“Kenaikan kadar OPR kali ini adalah kenaikan kedua secara berturut-turut sejak 2 bulan lalu. Sebelum ini pihak Bank Negara telah pun menaikkan kadar OPR kepada 2%. Kenaikan kali ini sebanyak 25 mata menjadikan kadar OPR semasa kepada 2.25%
“Kenaikan kadar OPR ini akan meningkatkan kadar bayaran bulanan pinjaman bank dan akan menyebabkan kedudukan ekonomi rakyat bertambah teruk,” kata kenyataan itu.
Menurut AMK Kemaman lagi, rakyat yang sudah sedia terhimpit dengan pemotongan subsidi minyak masak dan juga kenaikan harga barang tentunya tidak dapat menerima kenaikan kadar faedah pinjaman.
AMK Kemaman juga bimbang akan berkurangnya aktiviti ekonomi dengan peningkatan harga barang dan pembiayaan.
“Oleh itu, AMK Kemaman mendesak pihak kerajaan menyelesaikan permasalahan ekonomi rakyat yang semakin memburuk. Kami sudah tidak dapat menerima ketidakcekapan pihak kerajaan dalam mengurus ekonomi negara
“Dengan ini pihak AMK Kemaman akan memastikan kerajaan ini akan ditumbangkan pada pilihan raya umum yang akan datang.
“Kami akan terus berjuang menentang segala bentuk kezaliman kepada rakyat oleh kerajaan yang tidak layak diberi mandat memerintah seperti kerajaan hari ini,” kata mereka lagi
PKR BERKUNJUNG KE PERKAMPUNGAN ORANG ASAL LANCHANG
Saudara Rosli Ismail Pengerusi DUN Lanchang menyampaikan bantuan kepada keluar orang asal yang susah.
PKR Temerloh bergerak terus dengan melakukan kunjungan ke Perkampungan orang asli di Kg Leleh Lanchang, Pahang.
Bertemu satu keluarga yang susah, rumah sudah uzur, seakan menanti rebah.ibu dan anak-anak deman.
Pihak PKR yang diketuai oleh Sdr Rosli menhulurkan sedikit belanja dan membawa mereka ke klinik kesihatan di Pekan Lanchang.
"Saya
diberitahu oleh Idah (ibunya ) bahawa anak perempuannya bermimpi dia dapat
tilam dan bantal".
Jadi keesokan
harinya kami datang semula dengan membawa 2 buah tilam dan 2 buah bantal bersama beras dan
sedikit keperluan dapur.
Mendengar cerita sedih keluarga ini dimana , kekadang mereka makan tepung dengan berkuahkan garam saja.
Susulan dari lawatan tersebut, Pihak kami bekerjasama dengan Ngo Bidadari , mengadakan program dengan kaum hawa,dimana kami memberikan penerangan berkaitan kesihatan diri wanita dan keluarga.
Dalam program lawatan itu juga ,pihak pihak PKR dan NGO Bidadari mengadakan
pertandingan mewarna untuk kanak-kanak , memberikan kesedaran tentang kesihatan dan bagi memberi ruang beramah mesra dan pengetahuan kesihatan kepada kaum ibu dan anak-anak perempuan khasnya dan seluruh penduduk orang asal dikampung tersebut
Selain khidmat kesihatan dan penerangan pihak kami juga menyumbang sedikit barang makanan dan keperluan harian dan juga menyumbangkan pakaian terpakai yang masih cantik dan bersih.Kami menerima sambutan yang sangat meggalakkan.
Sehubungan
dengan program tersebut, kami dipelawa untuk
buat perkara yang sama di perkampungan orang asli yang lain pula bersama dengan NGO Bidadari.
Sdr Rosli Ismail menyampaikan bantuan makanan kepada penduduk kampung orang asal.
Mengadakan program bersama kanak kanak orang asal dalam pertandingan mewarna.
TERLIBAT JUGA KOT...SAJA SEMBANG ..
Mukhriz nafi pentadbirannya terlibat projek Musang King dikait punca banjir Baling
PETALING JAYA: Mukhriz Mahathir menafikan dakwaan kerajaan Kedah pimpinannya sebelum ini mempunyai kaitan dengan projek ladang durian Musang King (LDMK) di Gunung Inas, yang dikaitkan antara punca banjir di Baling, Isnin lalu.
Penafian bekas menteri besar Kedah itu susulan artikel disiarkan lidah rasmi PAS Harakah Daily semalam, yang memperincikan beberapa kejadian banjir dan aktiviti penanaman durian di Gunung Inas, beserta susunan kronologi, yang dikatakan dipetik daripada akhbar harian berbahasa Melayu.
Zikrullah Ismail dari Pusat Penyelidikan Darulnaim yang menulis artikel itu dipetik berkata, penyokong Pakatan Harapan (PH) tidak seharusnya menyalahkan menteri besar ketika ini, Sanusi Md Nor kerana menurutnya pemimpin PAS itu yang “memperbaiki keadaan” dan menghentikan projek ladang durian pada Julai 2020.
“Sewaktu Sanusi mengarahkan pemberhentian projek LDMK tersebut, 2,000 ekar telah ditanam. Ini bermakna betapa kuatnya kedudukan syarikat pengusaha ladang ini ketika era PH memerintah,” kata Zikrullah.
Ads by
Mukhriz berkata, penebangan dilakukan di hutan simpan oleh kerajaan negeri pimpinan PAS di Kedah antara 2008 hingga 2013 seperti dilakukan di Kelantan, menurut Malaysiakini.
Beliau juga menegaskan terdapat kebimbangan terhadap aktiviti pembalakan melibatkan 400 hektar hutan simpan di Tasik Pedu, Padang Terap, hutan simpan di Bukit Bintang di Gunung Inas, Baling.
Menurutnya, bekas menteri besar Kedah Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri sedang mendesak untuk mewujudkan taman agro-pelancongan pertama negara di Tasik Pedu pada November 2012.
Mukhriz yang masih bersama Umno ketika itu berkata, beliau menentang kegiatan pembalakan.
“Seawal 2012, saya telah mengetuai kempen menentang projek Ladang Sejahtera kerajaan negeri PAS ketika itu di Pedu dan Gunung Inas,” kata Mukhriz.
“Kami membantah kerajaan negeri sendiri yang menceroboh hutan simpan walaupun untuk projek pertanian. Ia menjadi lebih teruk apabila penanaman semula tidak dilakukan selepas penebangan. Jadi nampaknya niat utama hanya untuk mengeluarkan balak bernilai tinggi dari hutan dara,” katanya.
Mukhriz, yang menerajui kerajaan Kedah antara Mei 2018 dan Mei 2020 bawah era PH, serta Mei 2013 dan Februari 2016 bawah BN, turut mempersoalkan susunan kronologi diterbitkan artikel itu, bertarikh 6 Julai.
“Kronologi peristiwa yang dilaporkan hanya bermula dari November 2018 seolah-olah tiada apa-apa berlaku sebelum itu,” katanya.
Beliau dirujuk kepada susunan kronologi antara November 2018 dan Julai 2020.
Menurut artikel itu, kerja teres di Gunung Inas sedang giat dijalankan pada November 2018 di mana asrama kakitangan dan sistem kumbahan terus disalurkan ke sungai, iaitu bekalan air bersih kepada 21,000 penduduk dari 17 kampung.
“Projek Ladang Sejahtera di Kedah, dan projek Ladang Rakyat di Kelantan tidak dilaksanakan dengan baik kerana penanaman semula kayu getah, pokok untuk pembalakan komersial atau Musang King tidak dilakukan seperti yang dicadangkan pada awalnya.
“Di Kedah, ia adalah kerajaan negeri berikutnya yang memulakan kerja penanaman semula,” katanya.
“Adalah penting untuk mengakui bahawa bukan penanaman semula yang menyebabkan hakisan tanah yang membawa kepada banjir. Walaupun teres tanah untuk penanaman menyumbang kepada beberapa hakisan, tindakan penebangan jelas yang menjadi punca utama air hujan mengalir terus di tanah yang terdedah terus ke dalam sungai,” kata Mukhriz.
Pada 5 Julai lalu, menteri besar Kedah dan menteri persekutuan menafikan terdapat kaitan antara ladang durian sebagai punca banjir besar di Baling, yang mengorbankan tiga mangsa walaupun kewujudan ladang Musang King seluas 21 hektar di Hutan Simpan Gunung Inas kira-kira 1km di hulu kampung dikaitkan sebagai punca bencana.
Subscribe to:
Posts (Atom)