2022 Seorang bekas calon bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Papat di Sabah semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 telah didakwa di Mahkamah Sesyen Siber di sini hari ini atas pertuduhan membuat komunikasi jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan UMNO dalam aplikasi Youtube dan juga Tiktok.
Orang Kena Saman (OKS) yang juga seorang penganalisis politik, Jufazli Shi Ahmad, 33, juga pernah berkhidmat sebagai penasihat kepada Perdana Menteri Kelapan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak.