Sangkakala untuk UMNO
Oleh Sakmongkol AK47
Marilah kita orang Melayu sedar, bahawa
UMNO telah khianat kepada bangsa Melayu. Bukankah orang Melayu keluar
berarak dan menentang Malayan Union dalam tahun 1946 kerana kerajaan
kolonial mahu memberikan kerakyatan dan kewarganegaraan kepada bangsa
asing? Itulah motivasi pertama mengapa UMNO diwujudkan dan menentang
Malayan Union.
Hari ini apa sudah jadi? Prinsip dan
pemangkin perjuangan orang Melayu sudah dikhianati UMNO. Hari ini
UMNOlah yang membenarkan 3 juta warga asing menjadi warga negara
Malaysia kerana mahu menyelamatkan keadaan mereka.