Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan rasmi ke Perancis atas undangan Presiden Emmanuel Macron pada 4 Julai 2025. Foto Arkib G20 Summit
PUTRAJAYA, 30 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan satu siri lawatan ke tiga buah negara iaitu Itali, Perancis dan Brazil bermula 1 Julai ini.
Siri lawatan Perdana Menteri kali ini yang bermula dengan lawatan rasmi tiga hari ke Itali mulai Selasa adalah sebahagian daripada usaha berterusan Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dua hala dan mempromosi kerjasama ekonomi di peringkat global.
Menurut Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, di ibu negara Itali, Anwar dijadual mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Giorgia Meloni untuk memperkasa hubungan ekonomi dua hala serta meneroka inisiatif baharu dalam bidang kebudayaan.
Katanya, satu sesi meja bulat perniagaan juga akan diadakan, menghimpunkan peneraju industri dari kedua-dua negara yang pada masa ini merekodkan nilai dagangan antara Malaysia dan Itali berjumlah RM14.61 bilion.
Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah ketika sidang media di Putrajaya pads 30 Jun 2025.
“Turut dijadualkan ialah dialog bersama pemimpin komuniti Islam serta pertemuan bersama warga dan diaspora Malaysia yang menetap di Itali,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.
Tunku Nashrul berkata, seterusnya di Paris, Perdana Menteri akan bertemu Presiden Emmanuel Macron untuk membincangkan kerjasama dalam bidang perdagangan, teknologi dan pendidikan.
Katanya, nilai dagangan antara kedua-dua negara kini berjumlah RM15.95 bilion.
Beliau menjelaskan, Anwar turut akan menyertai sesi meja bulat bersama syarikat-syarikat utama Perancis, berdialog dengan pemimpin komuniti Islam tempatan, serta menyampaikan Syarahan Umum di Universiti Sorbonne.
Menurut Kementerian Luar, di Brazil Perdana Menteri akan menghadiri sidang kemuncak BRICS di Rio de Janeiro sebagai negara rakan dalam pakatan yang dianggotai Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Ethiopia, Indonesia dan Iran.
Zahid berkata dalam lawatan rasmi ke Itali, Perdana Menteri akan diiringi oleh lima menteri Kabinet iaitu Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Turut serta dalam lawatan itu ialah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir, katanya.
Menurut Zahid, turut mengiringi Perdana Menteri ialah pegawai-pegawai kanan kerajaan yang berkaitan serta satu delegasi korporat melibatkan 13 syarikat daripada pelbagai sektor dari Malaysia.
Beliau berkata, Anwar dan delegasi dijangka tiba di Lapangan Terbang Fiumicino, Rom sekitar 7.50 malam pada Selasa, 1 Julai dan beliau dijangka menghoskan majlis ramah mesra bersama diaspora Malaysia di Itali pada malam yang sama.
Pada Rabu, 2 Julai Perdana Menteri akan terlibat dalam mesyuarat meja bulat bersama kapten-kapten industri Itali dan Malaysia dalam sebuah acara yang dianjurkan bersama oleh Kerajaan Malaysia dan Itali yang dipanggil “Malaysia, Italy Economic Partnership Roundtable”, katanya.
Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden AS, JD Vance dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen di Palazzo Chigi, Rom pada 18 Mei 2025. Foto Giorgia Meloni
Beliau berkata mesyuarat meja bulat itu akan melibatkan lebih daripada 50 syarikat, persatuan dan industri dari Malaysia dan Itali.
Pada hari yang sama Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan Imam Yahya Pallavicini, Naib Presiden Comunita Religiosa Islamica Italiana (COREIS) dan Abdellah Redouane, Setiausaha Agung Pusat Kebudayaan Islam Itali dan Masjid Rom.
Menurut Zahid, pada Khamis, 3 Julai, Perdana Menteri akan diwawancara oleh Rai News 24, rangkaian berita televisyen tempatan yang utama dan berpengaruh di Itali.
Dalam sesi temu ramah itu, Perdana Menteri dijangka ditemu bual mengenai hubungan dua hala di antara Malaysia dan Itali, perdagangan dan pelaburan serta berkongsi mengenai Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia, katanya.
Delegasi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggunakan pesawat sewaan khas bagi melakukan lawatan rasmi ke Itali, Perancis dan Brazil bermula 1 hingga 9 Julai 2025.
Beliau berkata pada tengah hari 3 Julai, Anwar dijadualkan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Itali, Meloni di Palazzo Chigi.
Semasa pertemuan ini, kedua-dua pihak akan membincangkan beberapa perkara yang merangkumi kerjasama dua hala dalam bidang ekonomi seperti perdagangan dan pelaburan, kerjasama dalam bidang pertahanan, tenaga boleh baharu dan alam sekitar, agro-komoditi dan bidang digital.
Turut akan dibincangkan ialah kerjasama dalam hubungan sesama rakyat termasuk pendidikan, pertukaran kebudayaan, sektor pelancongan, isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama seperti situasi di Timur Tengah, kata Zahid.
Beliau berkata lawatan Perdana Menteri ke Itali adalah sangat signifikan dalam mencerminkan hubungan akrab di antara kedua-dua negara.
Dalam lawatan ini, kedua-dua pemimpin akan menegaskan komitmen kedua-dua negara dalam memperkukuh hubungan dua hala melalui kerjasama yang lebih komprehensif.
Menurut beliau lawatan ini akan memberi mandat dan momentum untuk mempertingkatkan hubungan dua hala Malaysia dan Itali yang lebih strategik pada masa hadapan.
Secara keseluruhan lawatan ini akan menjadi wadah untuk Perdana Menteri mengetengahkan dasar luar Malaysia terutama pendirian negara dalam isu serantau dan global di pentas antarabangsa serta fokus kepada Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada masa ini, kata Zahid.
Beliau berkata pada tahun 2024 jumlah perdagangan Malaysia dan Itali adalah sebanyak RM14.61 bilion, dengan jumlah eskport Malaysia ke Itali melibatkan RM6.71 bilion dan import Malaysia dari Itali adalah sebanyak RM7.89 bilion, katanya.
Beliau berkata secara keseluruhan Itali merupakan rakan dagang kelima terbesar Malaysia dalam kalangan negara-negara Eropah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Putrajaya pada 30 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA, 30 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) merekodkan pelaburan direalisasikan berjumlah RM6.4 bilion yang mewujudkan lebih 2,800 peluang pekerjaan baharu bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2025.
Ketika mempengerusikan mesyuarat berkenaan yang dikongsikan di Facebook, Perdana Menteri berkata, nilai pelaburan komited direkodkan ECERDC bagi tempoh sama pula mencecah RM10.4 bilion iaitu melepasi sasaran RM10 bilion ditetapkan untuk tahun 2025.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Putrajaya pada 30 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
“Perencanaan kerajaan terutamanya melalui Pelan Pembangunan ECER antara lain akan menyaksikan sebanyak lapan buah projek strategik dan berimpak tinggi yang dijadualkan akan siap pada tahun ini.
“ECERDC perlu meneruskan momentum ini melalui proses fasilitasi efisien dan proaktif yang mengukuhkan kedudukan Wilayah Pantai Timur sebagai destinasi pelaburan yang kompetitif di peringkat nasional dan antarabangsa,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Putrajaya pada 30 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Mesyuarat ECERDC berlangsung hari ini dan beberapa perkara terkait kemajuan semasa petunjuk-petunjuk utama bagi koridor ekonomi itu diteliti.
Kata beliau, mesyuarat turut membincangkan kerangka hala tuju pembangunan ECER di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang sedang giat disediakan kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Putrajaya pada 30 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
“Saya tekankan keperluan meletakkan kepentingan jangka panjang negara dalam usaha menarik pelabur-pelabur termasuk kepentingan peratusan elemen peralihan teknologi dan kemahiran dalam setiap pelaburan masuk yang diluluskan,” katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur segelintir mahasiswa yang mendakwa bakal berlaku kenaikan kadar elektrik akibat pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Anwar berkata, beliau tidak menolak sebarang kritikan, namun meminta semua pihak terutama anak muda supaya menyuarakan pendapat dengan berasaskan kebenaran.
Beliau bertanya adakah benar mahasiswa terkesan dalam isu pelarasan elektrik kerana universiti awam tidak dikenakan caj tersebut.
“Katanya kadar elektrik naik. Saya tak faham, betul ke dia (mahasiswa) terkesan, sedangkan universiti awam dikecualikan.
“Kalau benar universiti mengenakan caj elektrik kepada mahasiswa, kita kena betulkan,” katanya semasa berucap dalam Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Anwar mengingatkan golongan muda agar tidak menjadikan kebebasan bersuara sebagai medan menyebar fitnah atau maki hamun.
“Kalau kita kata kita ini pejuang mahasiswa dan ‘conscience of the majority’, maka suara kita mestilah mewakili nurani rakyat.
“Tetapi kadar elektrik hanya naik bagi kelompok pengguna teratas iaitu 10 hingga 15 peratus tertinggi. Adakah mahasiswa benar-benar terkesan?” soal beliau.
Ketua Hakim Negara, YAA Tun Tengku Maimun Tuan Mat akan bersara wajib pada 1 Julai 2025, diikuti dengan persaraan wajib Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar Abang Hashim pada 2 Julai 2025.
Ini akan diikuti oleh persaraan lima lagi Hakim Mahkamah Persekutuan dalam tempoh enam bulan akan datang, iaitu:
1. YAA Tan Sri Hasnah Dato’ Mohammed Hashim (Hakim Besar Malaya) – dijangka bersara 14 November 2025
2. YAA Tan Sri Dato' Abdul Rahman Sebli (Hakim Besar Sabah Sarawak) – dijangka bersara dalam Julai 2025
3. YA Tan Sri Tan Sri Nallini Pathmanathan (Hakim Mahkamah Persekutan) – dijangka bersara 22 Ogos 2025
4. YA Dato' Zabariah Mohd Yusof (Hakim Mahkamah Persekutuan) – dijangka bersara 10 Oktober 2025
5. YA Datuk Hanipah Farikullah (Hakim Mahkamah Persekutuan) – dijangka bersara 22 November 2025
Ini bermakna negara akan berhadapan dengan kekosongan lebih separuh dari keseluruhan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dalam tempoh enam bulan akan datang, yang akan memberi kesan kepada perjalanan pentadbiran undang-undang di negara ini.
Daripada tujuh hakim-hakim yang akan bersara ini, empat sebenarnya telah mendapat sambungan perkhidmatan enam bulan sebelum ini, iaitu Tan Sri Hasnah, Datuk Abdul Rahman, Dato’ Zabariah dan Datuk Hanipah.
Oleh yang demikian, saya memahami pandangan beberapa tokoh dari profesion guaman dan pengamal undang-undang yang merasakan Ketua Hakim Negara, YAA Tun Tengku Maimun dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar juga wajar diberikan sambungan perkhidmatan enam bulan, seperti mana hakim-hakim lain sebelum ini.
Ia bukan bersifat politik, atau ingin mempolitikkan lantikan hakim (yang ada prosesnya sendiri). Ia adalah satu perkara munasabah mengambil kira keadaan semasa, yang mana kekosongan lebih separuh hakim-hakim Mahkamah Persekutuan akan memperlahankan perjalanan kes-kes mahkamah.
Ramai peguam-peguam yang menghubungi saya untuk memaklumkan perkara ini serta kebimbangan mereka bahawa sebarang masalah yang timbul dari kekosongan hakim- hakim Mahkamah Persekutuan akan memberi kesan besar kepada perjalanan kes di semua mahkamah (dari mahkamah tinggi hingga mahkamah persekutuan).
Tambahan pula, jika sambungan perkhidmatan telah diberikan kepada hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang lain tetapi tidak kepada Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan, ini akan memburukkan polemik mengenai kebebasan institusi kehakiman yang sudah pun berlegar.
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sebagai Perdana Menteri, tidak boleh mengetepikan kebimbangan pengamal undang-undang hanya dengan beranggapan isu ini adalah serangan politik.
Polemik ini bermula dengan kebimbangan pengamal undang-undang bahawa kepimpinan institusi kehakiman yang seterusnya akan bertukar kepada seorang yang dilantik terus ke Mahkamah Persekutuan.
Dengan kekosongan lebih separuh dari hakim-hakim kanan di Mahkamah Persekutuan, timbul persoalan adakah pelantikan terus itu adalah sebahagian dari perancangan untuk melangkau senarai kekananan hakim-hakim sedia ada dan mengubah kepimpinan institusi kehakiman untuk tempoh lapan tahun akan datang, memandangkan beliau hanya akan bersara wajib pada tahun 2033?
Polemik ini menjadi makin parah apabila timbul “double standard” dalam pelantikan- pelantikan lain. Apabila perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilanjutkan tiga kali berturut-turut dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan tidak dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru, sudah tentu pelbagai desas-desus akan menjadi lebih kuat.
Sebelum ini, sebagai anggota pentadbiran dan Jemaah Menteri, pandangan saya kekal di dalam perbincangan dan tertakluk kepada keputusan akhir Perdana Menteri.
Sebagai Ahli Parlimen, adalah wajar untuk saya mengingatkan supaya polemik mengenai kebebasan institusi kehakiman ini ditangani sebaik mungkin, agar ia tidak diburukkan lagi.
Sebagai seorang rakyat biasa, kesedaran politik saya bermula dengan pemecatan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara dalam tahun 1988. Saya baru darjah lima ketika itu dan kebetulan Tun Salleh Abas berasal dari Besut, Terengganu seperti saya.
Saya tidak boleh memahami kenapa seorang Ketua Hakim Negara dipecat dan dari situlah saya mengambil tahu mengenai politik dan perkara yang berlaku dalam masyarakat. Pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam tahun 1998 adalah langkah seterusnya untuk terbabit di dalam politik.
KEADILAN dan Pakatan Harapan telah lama berkempen untuk mempertahankan kebebasan institusi kehakiman.
Adalah sangat malang sekiranya satu hari nanti, KEADILAN dan Pakatan Harapan dituduh melemahkan kebebasan institusi kehakiman, lalu mewujudkan satu kumpulan anak muda baru yang bertekad melawan KEADILAN dan Pakatan Harapan.
Adik nak berdemontrasi buatlah. Mana ada kerajaan yang sempoi tak ganggu kalian nak berdemo macam sekarang ini. Dahulu kami dikejar, dipukul, ditahan dan ada dipenjarakan.
Tapi ada adab dia, ada cara dia… tak kisah nak suruh tulis ‘Anwar turun’, ‘Anwar lemah’, Anwar ditaktor’ ke atau apa sekalipun. Itu hak adik2 dari persepsi adik2 nak luahkan.
Tapi bangga dengan memegang sepanduk ini memalukan agama dan bangsa kita. Nak perubahan tapi adik2 tunjukkan akhlak seperti bukan zaman jahiliah. Yang memalukan adik2 menjadikan Isham Rais sebagai idola yg mengajar menyebut ayat jijik seperti itu?
Jika benarlah ia gambar yang bukan menggunakan teknologi AI ia sangat memalukan. Saya tidak tahulah jika ibu bapa adik2 berbangga dgn akhlak yang adik2 tunjukkan ini. Tetapi sebagai orang lama yang dah puas berdemontrasi… cara ini salah dan memalukan kita bangsa Melayu kepada kaum2 lain.
Kadang2 rasanya hendak sahaja duduk semeja nak tanya adik2 nak PM yang bagaimana? Yang makan duit rakyat? Yang hancurkan ekonomi negara? Yang buat hutang beratus billion dalam tempoh 23 bulan?
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Perjumpaan Bulanan YAB Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada 30 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA, 30 Jun – Kerajaan terbuka menerima sebarang kritikan berhubung peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini namun setiap pandangan tersebut mesti dibuat berasaskan fakta, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri menegaskan, sebarang keputusan berhubung peluasan skop sistem percukaian berkenaan dibuat tanpa membebankan majoriti rakyat.
“Apa yang dibangkitkan mengenai SST, saya lihat ada beberapa mahasiswa mengeluh katanya kadar elektrik naik.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Perjumpaan Bulanan YAB Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada 30 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
“Saya tak faham apakah benar dia terkesan, umpamanya jika ada universiti mengenakan kadar elektrik bagi mahasiswa. Kalau benar, itu kita harus betulkan dan yang saya tahu universiti awam dikecualikan.
“Jadi hal-hal ini disebar kerana kebebasan itu jadi ruang fitnah, ruang maki hamun dan saya harap saudara saudari, adik-adik kita atau anak-anak kita tolong berikan fakta, saya tidak ada masalah orang menegur dan mengkritik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Perjumpaan Bulanan YAB Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada 30 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Ketua Setiausaha Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Peluasan SST yang bermula esok dijangka menyumbang tambahan RM5 bilion kepada ekonomi negara dalam tempoh setahun yang akan digunakan kembali dalam bentuk bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Kewujudan mereka yang berpangkat pegawai termasuk jeneral dalam Jabatan Amal Malaysia (JAM) di bawah Pas dengan lebih ramai daripada Lain-Lain Pangkat (LLP) dipersoal seorang penganalisis.
Omar Mat Noor menerusi hantaran di Facebook menyifatkan keadaan itu sebagai pelik lantaran bercanggah dengan amalan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Untuk rekod, JAM yang digambarkan sebagai “askar sukarela Pas” oleh penyokong parti pembangkang itu, antara lain bertugas mengawal keselamatan semasa ceramah, himpunan, muktamar, dan pilihan raya.
“Untuk pengetahuan, susunan pangkat dalam ATM adalah menurut kekuatan atau jumlah LLP dalam pasukan.
“Ia bermula dengan sebuah platun yang diketuai oleh Leftenan Muda atau Leftenan, dengan kekuatan anggota seramai 20 hingga 30 orang.
“Seterusnya, diikuti oleh sebuah kompeni yang mempunyai kekuatan antara 100 hingga 120 anggota, dan diketuai oleh seorang pegawai berpangkat Kapten atau Mejar.
“Selepas kompeni, barulah ke peringkat rejimen yang terdiri daripada 600 hingga 800 anggota, dan diketuai oleh Pegawai Memerintah berpangkat Leftenan Kolonel,” katanya.
Beliau menjelaskan peringkat seterusnya ialah briged, dengan kekuatan antara 3,000 hingga 3,500 anggota, dan diketuai oleh Panglima Briged berpangkat Brigedier Jeneral.
Akhir sekali, tambah Omar, peringkat divisyen yang melibatkan seramai 15,000 anggota, dan diketuai oleh Panglima Divisyen yang berpangkat Mejar Jeneral.
Sehubungan itu, beliau berpendapat sudah tiba masanya Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) meneliti semula penggunaan pangkat dalam organisasi bukan kerajaan (NGO) atau parti politik.
Menurutnya, tindakan itu penting agar pemakaian pangkat tersebut tidak menjadi bahan jenaka.
“Pangkat-pangkat berkenaan seharusnya dihormati dan hanya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang layak menggunakannya.
“Sejujurnya, apa yang berlaku pada masa ini sudah menjadi bahan jenaka apabila individu yang memakai pangkat tersebut sebenarnya tidak layak,” tegas beliau lagi.
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan seorang ahli perniagaan yang disyaki terbabit berhubung skandal rasuah lesen cari gali di negeri itu, akan didakwa esok.
Ketiga-tiga mereka akan dituduh mengikut Seksyen 16A dan 16B Akta SPRM.
Terdahulu, dilaporkan dua ADUN terbabit masing-masing berstatus Pembantu Menteri dalam jemaah Kabinet Sabah dan ADUN biasa.
Selain mereka, seorang individu awam yang dikenal pasti sebagai pemberi maklumat dikenali sebagai Albert Tei turut akan didakwa oleh SPRM hari ini.
Sebelum ini, tular beberapa rakaman video yang didakwa perbualan berkaitan rasuah antara individu tertentu dan beberapa wakil rakyat Sabah berhubung isu perlombongan mineral di negeri itu.
SPRM kemudiannya membuka kertas siasatan dan menjalankan siasatan secara menyeluruh termasuk analisis forensik digital terhadap bahan bukti itu.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini sedang memburu dan membekukan harta dikaitkan dengan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, keluarganya serta proksi, yang berada di lima negara bernilai RM4.5 bilion.
Apa yang menjadi tumpuan ialah nilai aset yang besar dikatakan mencecah RM700 juta di UK termasuk kondo, hotel, pusat beli-belah dan akaun bank.
Pengulas ekonomi, Nazri Hamdan berkata, punca harta dibekukan adalah kerana aset itu gagal diisytihar semasa siasatan dijalankan oleh SPRM sebelum ini.
“Dalam bahasa mudah, ini dikira satu bentuk pelanggaran bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001.
“Seksyen ni menyebut bahawa sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam transaksi wang atau aset hasil aktiviti haram termasuk yang gagal isytihar boleh dikenakan siasatan dan tindakan pembekuan.
“Maksudnya, bukan kena buktikan duit tu haram dulu pun, cukup ada “reasonable suspicion” untuk mulakan tindakan sementara,” katanya.
Atas sebab itu kata beliau, SPRM menggunakan satu alat undang-undang dipanggil “restraining order” atau perintah larangan untuk pastikan aset itu tidak boleh digerakkan, dijual atau dilupuskan semasa siasatan dijalankan.
Nazri berkata, perintah larangan adalah perkara biasa dalam undang-undang jenayah kewangan, lebih-lebih lagi jika harta itu berada di luar negara.
“Mereka perlukan kerjasama pihak berkuasa negara terbabit. Setakat ni UK dah setuju, dan beberapa negara lain bakal menyusul.
“Yang menarik, Mahkamah Tinggi KL sebelum ni ada bekukan hak milik Menara Ilham, bangunan 60 tingkat yang dikaitkan dengan Daim.
“Tapi tak lama lepas tu, peguam keluarga mohon pembatalan ex parte (sebelah pihak je) sebab katanya proses tak adil.
“Mahkamah gantung arahan beku tu buat sementara. Ini biasa dalam sistem adversarial dua-dua pihak diberi ruang berhujah, sebelum keputusan akhir dibuat oleh mahkamah,” ujarnya.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membekukan hak milik Menara Ilham, bangunan ikonik 60 tingkat yang dikaitkan dengan keluarga Daim.
Namun, peguam pihak keluarga kemudiannya memfailkan permohonan untuk membatalkan perintah tersebut atas alasan ia diperoleh secara ex parte, iaitu tanpa kehadiran mereka di mahkamah.
Keriuhan daripada penyokong tegar Rafizi masih belum reda hingga ke hari ini. Mereka kecewa dan marah dengan percaturan pemilihan parti yang menyisihkan beliau sebagai seorang reformis tetapi seorang pengamat politik menyimpulkan sokongan Rafizi dan gerombolan penyokongnya – baik dalam mahupun di luar parti.
Amat penting andai kata Anwar berharap untuk melanjutkan tempoh selaku PMX ke penggal kedua - Tanpa sokongan Rafizi, kamu akan melalui jalan berliku!
Mesyuarat MPN KEADILAN Sabah telah diadakan pada 29 Jun 2025 bagi membincangkan hala tuju parti serta melantik barisan kepimpinan baharu KEADILAN Sabah.
YB Datuk Mustapha Sakmud kekal sebagai Pengerusi MPN Sabah, dibantu oleh pimpinan berpengalaman serta wakil sayap Wanita dan AMK. Pelantikan ini adalah sebahagian daripada usaha memperkukuh jentera parti menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang.
KEADILAN Sabah kini giat menjalankan aktiviti culaan bagi mendengar suara rakyat dan memahami keperluan akar umbi.
Dalam isu semasa, KEADILAN Sabah menyokong kebebasan bersuara sebagai tunjang demokrasi, namun menegaskan bahawa tindakan membakar karikatur Perdana Menteri adalah keterlaluan dan tidak mencerminkan semangat perjuangan menolak rasuah secara matang dan beretika.