BUSUKNYA HATI PERUT KAU


Sham Ghaz



 Pembangkang Fadhli Shaari Berbulu; Anwar berjaya selesaikan perang Thailand - Kemboja harini







Himpunan Turun dah la tak capai target 300,000. 


Harini niat mereka nak sindir PMX Anwar Ibrahim tidak berjaya skali lagi apabila Perdana Menteri Kemboja dan Pemangku Perdana Menteri Thailand sepakat mahu hentikan perang harini juga.


Tahniah PMX! Nak harapkan Muhyiddin Yassin jauh langit dengan bumi bab respect, kebijakan diplomasi dan geostrategi.


Anwar dah bukti dia layak jadi Pengerusi ASEAN dan berkaliber menyelesaiakn konflik Thailand - Kemboja.


Jalan Terus! #PembangkangGagal terlopong lagi harini.




Himpunan Turun Anwar: Hanya 0.4% daripada pengundi PN turun, PN patut te...

Madani gagal cerdikkan Safwan Afnan , untung Parti Lebai 3 suku....

Pembangkang dakwa Nga tipu berkait sampah 20 tan

AMAT MENGEJUTKAN! DOA QUNUT NAZILAH MP PAS DI HIMPUNAN!

CHEGUBAD DITAHAN POLIS HARI INI! YIDDIN CAKAP BESAR ITU SUARA WALAUN!



Ketua Bersatu Port Dickson Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard ditahan polis petang ini, didakwa berkaitan dengan perhimpunan 'Turun Anwar' yang berlangsung di ibu negara Sabtu lalu. Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali berkata pihaknya dimaklumkan pada pukul 2.30 petang tadi bahawa Chegubard ditahan di kediamannya. Rafique mengecam tindakan pihak berkuasa itu dengan mendakwa ia tidak perlu kerana Badrul Hisham sudah menetapkan temu janji untuk bertemu penyiasat polis yang bertanggungjawab kesnya di Bukit Aman esok (Selasa). “Semalam kami menerima pengesahan laporan polis telah dibuat terhadap Chegubard berhubung Himpunan Turun Anwar pada Sabtu. “Kertas siasatan dibuka atas dakwaan kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (tingkah laku menghina), Seksyen 504 Kanun Keseksaan (menghina dengan sengaja dengan niat untuk mencetuskan pecah keamanan), Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan," katanya.


Turunkan Sanusi, sapa calon Madani nak ganti? Siap.jawpaan kaihhhh....

TERUK DI MULUT BUKAN TERUK DI POKET


 

KEH KEH KEH


 

LAIN KALI KERAP SIKIT TURUN KL... MASJID BERSEPAH.


 

BANYAK TU JA PENYOKONG KO, KO KATA ANWAR NAK TURUN. BAWA MASUK DEWAN LA IKUT PERLEMBAGAAN. PATUT SELALU KENA TROLL NGAN ANWAR LAM DEWAN.


 

BEZA CERDIK DAN PANDAI.


Mukhlis Eddie





 1) Di sebelah kiri, terdapat gambar Puan Zaharah Sulaiman, yang dikenali sebagai seorang penyelidik dan penulis, ahli Persatuan Arkeologi Malaysia, serta bernaung di bawah Akademi TAMU.


2) Di sebelah kanan pula ialah Dr. Zaharah Sulaiman, IBCLC, PhD, seorang pensyarah kanan dan perunding laktasi (pakar dalam penyusuan susu ibu).


p/s mujur bukan TEMU





TUNGGU

RMS


 Tunggu pembangkang meroyan dakwa Kjaan tindas hak bersuara.. 😆



"Polis telah melancarkan siasatan selepas anak patung yang menyerupai PM Anwar Ibrahim disebat semasa perhimpunan 'Turun Anwar' pada 26 Julai lalu."




NAK MENANG AMBIL LANGKAH NI. KALAU DAK DOK DIAM MACAM TIM NIA.

 Man Toba


Nak kekal menang, buang semua deepstate yang ada. Kalu taknak sepenggal la.




[[LIVE]]28.7.25 ANWAR CABAR HAMZAH. AYUH MALAYSIA. POLITIK RAFIZI KE MANA?

FAKTA PALING JELAS TENTANG HIMPUNAN ‘TURUN ANWAR’ YANG TAK BOLEH DISOROK LAGI.







 1. Kehadiran? Tak sampai 25 ribu pun. Itu pun angka maksimum dari pelbagai sumber termasuk laporan rasmi PDRM. Tak pecah rekod langsung.

 2. Langsung tak ada kekecohan. Tak ada baling botol. Tak ada gas pemedih mata. Tak ada yang ditahan. Aman damai. Macam jalan-jalan santai je.

 3. Tiada sekatan pun dari pihak berkuasa. Siapa nak berhimpun, berhimpunlah. Tapi yang muncul? Tak seramai mana pun.

 4. Majoriti peserta datang dari negeri Pantai Timur, Kelantan, Terengganu, Kedah. Bukan dari seluruh negara. Maksudnya? Ini bukan sentimen nasional. Ini hanya gerakan kelompok.

 5. Sangat sedikit bukan Islam yang hadir. Padahal Malaysia ini berbilang bangsa. Jelas himpunan ni bukan suara semua rakyat Malaysia.

 6. Tuntutan? Tak jelas. Mesej? Langsung tak ada. Yang dilaung cuma satu ayat  “Turunkan Anwar”. Lepas tu? Tak tahu nak buat apa.

 7. Ironinya, majoriti yang hadir cuma datang ke Kuala Lumpur untuk ‘healing’. Selfie, makan-makan, shopping, content TikTok. Akhirnya yang untung peniaga KL. Himpunan ni sebenarnya boost ekonomi tempatan.


KESIMPULAN PALING PENTING


Himpunan ni secara terang-terangan membuktikan satu perkara, tak ada urgency dan keterdesakan pun nak turunkan Perdana Menteri.Sekadar Retorik Kosong yang menunjukkan Pembangkang ini terlalu lemah dan Tiada sebab kukuh. Tiada bukti kegagalan. Tiada kerosakan negara yang berlaku di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim.


Sebaliknya, waktu orang lain buat bising, PMX terus bekerja. Diam diam bangunkan ekonomi. Diam diam bersihkan sistem. Diam diam pulihkan maruah negara. Satu demi satu reformasi sedang bergerak.Siap Turun Kedah Santuni Rakyat Kedah dgn suasana semangat dan Hormat..Alhamdulillah..


Beliau kini berumur 78 tahun. Hampir masuk 79. Apa lagi yang dia cari? Bukan kuasa. Bukan kekayaan. Tapi amanah. Sebab dia tahu masa tak panjang. Dia nak tinggalkan legasi. Bukan sekadar nama, tapi tamadun baru untuk Malaysia.


Kalau kita waras, kalau kita masih punya hati dan akal, maka doa dan sokongan adalah yang paling patut kita beri.


Doakan beliau terus diberi kesihatan, kekuatan dan ketajaman minda.

Doakan beliau terus pimpin Malaysia dengan akhlak dan integriti.

Doakan beliau terus bawa negara ini jadi negara contoh di mata dunia.


Dan paling penting, doakan kita jadi rakyat yang tahu beza antara kebenaran dan kebencian politik.


Amin Ya Rabb.


kredit Dr. Ahmad Fadzhil Mohamad




Parlimen kecoh! Takiyuddin mempersoalkan lantikan Ketua Audit

ADAKAH PRIDANA MINTRI SAFWAN AKAN ANGKAT SUMPAH? PM LAGI TERBAIK!

Pendang koyak bila Menteri tegur sikap pengotor di Himpunan Turun Anwar

BERANIKAH HAMZAH @ CAKAP BESAR? KEMANA ARAH POLITIK YB RAFIZI?

Fasa Pertama Kilang Infineon RM30 Bilion Siap, Bukti Potensi Jadi Realiti

 


Pelaburan RM30 Infineon di Kulim, Kedah yang diluncur Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kini telah menjadi realiti dengan penawaran 1,500 peluang pekerjaan. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 28 Jul – Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz mendedahkan, pelaburan mega Infineon Technologies bukan sahaja melonjakkan Malaysia sebagai pusat pengeluaran semikonduktor global, malah mewujudkan 1,500 peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada rakyat.

Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan potensi pelaburan RM30 bilion itu semasa misi pelaburan dan perdagangan ke Jerman, susulan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Infineon di sana.

“Kini, potensi itu telah menjadi realiti. Infineon Technologies, gergasi semikonduktor dari Jerman, telah memulakan tambahan pelaburan sebanyak RM30 bilion untuk pembinaan kilang 200mm Silicon Carbide (SiC) Power Fab terbesar di dunia di Kulim Hi-Tech Industrial Park, Kedah,” katanya dalam catatan di X.

Tengku Zafrul berkata, fasa pertama kilang ini bukan sahaja sudah siap, malah telah mula beroperasi, menandakan pengiktirafan kerajaan negeri terhadap peranan kerajaan pusat dalam menarik pelaburan bernilai tinggi ke Kedah.

Komitmen Infineon itu juga kata beliau, turut memberi manfaat kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan melalui program pembangunan vendor tempatan yang dilancarkan pada 15 Jan 2025, yang kini menyokong 139 syarikat tempatan.

Pelaburan ini adalah komitmen yang sangat signifikan dan bukti keyakinan Infineon terhadap Malaysia. “Daripada potensi, kita jadikan realiti,” katanya.

Pelaburan RM30 Infineon di Kulim, Kedah yang diluncur Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kini telah menjadi realiti dengan penawaran 1,500 peluang pekerjaan. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar meluncurkan kilang dinamakan Kulim 3 itu pada 8 Ogos tahun lalu dan kurang setahun kemudian, ia bukan sahaja menutup mulut pengkritik di kalangan pembangkang, malah suara-suara sumbang dalam Kerajaan Perpaduan.

Konflik Thailand-Kemboja: ASEAN Gesa Kembali Ke Meja Rundingan

 


Menteri-menteri Luar ASEAN menyuarakan kebimbangan dengan ketegangan yang meningkat antara dua negara berkenaan yang mengakibatkan peningkatan jumlah korban dan kemusnahan harta benda awam. Foto Reuters

KUALA LUMPUR, 28 Jul – Menteri-menteri Luar ASEAN menggesa kerajaan Thailand dan Kemboja kembali ke meja rundingan bagi menyelesaikan pertikaian antara kedua-dua negara secara aman dan mengikut undang-undang antarabangsa.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini menyebut, mereka menyuarakan kebimbangan dengan ketegangan yang meningkat antara dua negara berkenaan yang mengakibatkan peningkatan jumlah korban dan kemusnahan harta benda awam, selain memaksa penduduk secara besar-besaran berpindah ke kawasan sempadan.

“Kami menekankan keperluan untuk kedua-dua pihak menahan diri sepenuhnya dan melaksanakan gencatan senjata serta-merta dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan gencatan senjata itu.




Penduduk kampung di wilayah Oddar Meanchey, Kemboja yang berlindung di Sekolah Rendah Batthkao mendapatkan bekalan air minuman berikutan pertempuran terbaru di sempadan Thailand-Kemboja. Foto Reuters

“Kami menggesa penyelesaian secara aman bagi mengembalikan keamanan dan kestabilan berlandaskan semangat kekeluargaan ASEAN, perpaduan dan kejiranan yang baik,” katanya.

Pertikaian sempadan antara Thailand dan Kemboja memuncak pada 25 Julai lalu, mengakibatkan pertempuran bersenjata di kawasan sempadan utara Kemboja.

Pertempuran terbaharu itu dilapor mengorbankan lebih 20 nyawa di pihak Thailand dan pada masa sama, pihak berkuasa Kemboja memaklumkan, lima anggota tentera dan lapan orang awam terbunuh, manakala ribuan penduduk dipindahkan di kedua-dua belah sempadan.





Kenyataan media Perdana Menteri Kemboja Hun Manet setelah mengadakan perbicangan dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN 2025. Foto Facebook Hun Manet

Ketegangan itu semakin meningkat sejak 28 Mei lalu susulan insiden konfrontasi antara anggota tentera berhampiran kawasan sempadan Preah Vihear yang dipertikaikan, mengakibatkan kematian seorang tentera Kemboja.

Kedua-dua negara jiran Asia Tenggara itu sudah lama tidak sependapat mengenai jajaran sepanjang 817 kilometer (km) sempadan yang belum dimuktamadkan, yang terus menjadi punca ketegangan dan tekanan diplomatik.

Pada jam 3 petang ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan bersama pemimpin Thailand dan Kemboja di Putrajaya bagi membincangkan konflik berkenaan.



Delegasi Thailand diketuai Pemangku Perdana Menteri Phumtham Wechayachai akan menghadiri rundingan bersama Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim jam 3 petang 28 Julai 2025. Foto Bangkok Post/Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri berkata, kedua-dua negara meminta Malaysia selaku Pengerusi ASEAN untuk menjadi pengantara bagi mencari penyelesaian dalam isu itu.


BEZA ANTARA JUMLAH PESERTA DI SEPANJANG PADANG DATARAN MERDEKA.


 

sebelum ini Imej memberikan maklumat tentang Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2022. Teks tersebut menyatakan bahawa "LEBIH 34,000 pelari berkumpul di Dataran Merdeka untuk mengambil bahagian dalam Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2022," menerangkan secara langsung angka "34k". 


Angka "18k" berkemungkinan merujuk kepada jumlah peserta daripada kategori Maraton Penuh dan Separuh Maraton yang disebut dalam teks (10,400 + 12,200 = 22,600, iaitu lebih hampir kepada 18k daripada gabungan 10km dan 5km kategori). Ini adalah inferens yang munasabah memandangkan konteks nombor yang dikemukakan.


PMX BALUN HAMZAH!! - TIGA TAHUN TUNGGU USUL DIPARLIMEN | Mereka takdak t...



Bergegar di himpunan di Dataran semalam suruh Anwar turun . Hang tu Ketua pembangkang Hamzah Zainuddin. Buat la cara betul anak jantan. Ni dok ajak rakyat turun setakat 25,000 tak payah lah. Yang si Tuan Ibrahim Tuan Man ni pulak tak habis-habis guna agama. Ingat tuhan tu hangpa punya ka?






Ucapan Anwar Ibrahim ketika meluncurkan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kiba...

(Terkini) Rafizi Ramli: Ucapan Penuh Pelancaran AYUH Malaysia 2025 Di Ku...

ORANG BODO SUKA

 



UMNO SENYUM, AHLI PKR JANGAN KUTUK, HAKIKAT NYA PERHIMPUNAN TAK ADA TUJUAN JELAS. NAMAKAN SIAPA PENGGANTI. NAK SURUH ANWAR TURUN KENA ADA CALON PENGGANTI.


Hamdan Taha.


 Saya tak terlibat dengan program Turun Anwar semalam, saya lebih seronok di tg malim ikut jemaah surau adakan program bacaan Yassin 7 mubin sambil berehat...


Tapi pagi baru dapat teliti di media sosial perhimpunan aman tersebut, berapa jumlah kehadiran bukan lah satu isu sepatutnya, ini berbalah di media sosial bab jumlah kehadiran, puak penyokong pkr ph dan pmx kata sikit jer tu ada lah dalam 8 ribu, kumpulan PN dan anti pmx kata ratusan ribu yang turun... Bagi saya jumlah tu bukan isu... Isunya kenapa ada rakyat boleh berhimpun untuk menyatakan ketidak sukanya mereka pada PMX iaitu Anwar Ibrahim...


Berkumpul di KL semalam tak payah lah kita bahas jumlahnya tapi zaman media sosial sekarang selain yang turun di jalan, ramai yang turut serta di live media sosial sehingga berjuta juta rakyat malaysia, sokong ke tidak kita tak tau tapi mereka melihat, cuma perhimpunan ni 99 peratus semuanya orang melayu islam... Bangsa lain tak nampak nak join pun tapi tak semestinya mereka tak sokong untuk Turun PMX tu...


Cuma agenda semalam tu jika hanya tujuan nak sampaikan hasrat hanya turunkan Anwar, isu tu tak ada kesan besar pada anwar dalam negara, tapi ada kesan pandangan dunia pada pmx sedikit. Tapi pkr dan penyokong mereka tak boleh lah guna pendekatan umno di zaman najib, yang masa tu mengutuk, menghina perhimpunan yang PH buat di media sosial, sekarang jcom, cyber truper pkr semua menyerang sama macam penyokong umno dulu, sebiji sama, ayat ayat pun sama, gaya bahasanya sama... Tak ada perbezaan langsung... Macam sikit pun tak ada kesan...


Satu bagusnya ialah PDRM kerana telah ada arahan atasan dari menteri dan pmx juga keputusan mahkamah tentang perhimpunan aman, maka semalam tak ada lah kereta pecah, kereta terbakar, pergaduhan, air pemedih mata, semua tu tak berlaku, masa zaman saya dulu berlaku kekerasan dan perkara yang tak sepatutnya, tangkapan, pukulan, makian dan paling dasyat provokasi datangnya dari Polis sendiri terutama SB SB sialan, maka rakyat pun panggil mereka Anjing Mahathir dan sebagainya, tapi zaman najib dah kurang keras... Sekarang lagi tak keras... Kira satu kebaikan telah berlaku... Tahniah pada Kerajaan Madani...


Apa pun sekarang ni sudah ada Gerakan besar besaran dari rakyat menuju PRU yang sebenarnya... Setakat berhimpun macam semalam PMX tetap orang yang sama.... Paling relax ahli umno dan penyokong mereka sekarang senyum je... Gelak gelak saja




PM ANWAR MERAIKAN ILMUAN AGAMA DARI MESIR SEMALAM.

 


Saya berbesar hati malam tadi dapat meraikan beberapa tokoh ilmuwan dan dakwah di Kompleks Seri Perdana malam ini iaitu Syeikh Dr Ahmad Aissa Hassan El-Ma’sarawi, Mantan Syeikh di “Umum Al-Maqarii” Mesir; Dr Haifaa Younis, Pengerusi Institut Jannah dan pendidik dari Amerika Syarikat; Syeikh Yusuf Islam (Cat Stevens) dari United Kingdom dan Syeikh Muhammad Haydara al-Jilani dari Gambia. 















Dalam siri Majlis Ilmu MADANI kali ini, saya sentuh mengenai ikhtiar Malaysia dalam memberi respon isu kepada isu pembakaran Al-Quran di Sweden dan perkembangan politik antarabangsa di Gaza. Saya tekankan kepentingan hikmah dan bicara pada waktu dan ketika yang tepat dalam menangani perkembangan tersebut. 


Peluang mendengar titipan hikmah dan ilmu dari para tamu ini memberi inspirasi untuk kita terus berkerja keras meratakan ihsan dan kasih sayang sesama manusia melalui kebaikan dan keindahan Islam. 


Saya zahirkan penghargaan atas pandangan dan perkongsian tamu Majlis Ilmu MADANI pada malam ini serta doa Syeikh Muhammad Haydara. Semoga majlis seperti ini memberi barakah dan manfaat untuk kita bersama.


Firman Allah SWT:


‎ÙˆَتَعَاوَÙ†ُوا عَÙ„َÙ‰ الْبِرِّ ÙˆَالتَّÙ‚ْÙˆَÙ‰ٰ ۖ ÙˆَÙ„َا تَعَاوَÙ†ُوا عَÙ„َÙ‰ الْØ¥ِØ«ْÙ…ِ ÙˆَالْعُدْÙˆَانِ ۚ


Maksudnya: “Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bantu-membantu pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.”


Surah al-Ma’idah (2)


#MalaysiaMADANI

#MADANIbekerja

#RancakkanMADANI




Sebuah Naratif Perjuangan, Pengkhianatan dan Harapan

 

Azhar Archil





27 Tahun Lalu Mahathir di Puncak Kuasa, Kini Anwar di Persada Takhta:


---

Penulisan Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut

---


Putaran Takdir


Putaran roda kuasa bukan sekadar soal politik. Ia adalah kisah manusia, kisah idealisme, kisah luka dan penyembuhan. 


Pada 20 September 1998, jalan-jalan di Kuala Lumpur digegarkan oleh lautan manusia. Laungan "Reformasi!", "Undur Mahathir Undur" memecah langit ibu kota negara . Ratusan ribu rakyat turun, bukan kerana kebencian semata-mata, tetapi kerana harapan.


Ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad berada di puncak kuasa. Perdana Menteri paling lama memerintah dalam sejarah Malaysia. Dengan pemerintahan kawalan keras. Di bawah bayang-bayangnya, Anwar Ibrahim, timbalannya — telah dibuang, diaibkan, dan dipenjarakan.


Namun siapa sangka, 27 tahun selepas itu, pada 26 Julai 2025, Tun Mahathir pula berdiri di hadapan ribuan manusia, dalam himpunan mendesak agar Anwar Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. 


Dunia telah terbalik. Seperti siang bertukar malam, dan malam kembali menjadi siang.


---


Anak Kampung yang Membakar Api Harapan


Anwar Ibrahim bukan datang dari keturunan bangsawan. Beliau anak seorang pendidik, dilahirkan di Cherok Tok Kun, Pulau Pinang. Jiwa idealismenya membuak sejak muda. Pada usia belasan tahun, beliau sudah menulis kritikan terhadap ketidakadilan sosial.


Tahun 1974, beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mengetuai demonstrasi besar-besaran membela nasib petani di Baling. Itu adalah titik mula. 


Jiwa Anwar terarah ke jalan perjuangan. Jalan yang tidak menjanjikan kekayaan atau keselesaan, tetapi jalan yang menjanjikan erti.


---


 Naik ke Puncak Bersama Mahathir


Tahun 1982, Malaysia terkejut dengan berita Anwar Ibrahim menyertai UMNO. Seorang pemuda Islam progresif, pejuang ABIM, masuk ke parti yang menjadi simbol kekuasaan Melayu? Ramai ragu. Ramai kecewa.


Tetapi Anwar bertekad. Beliau mahu membawa perubahan dari dalam. Di situlah bermula episod politik yang mendebarkan. Dalam masa hanya 10 tahun, Anwar naik dari seorang ahli parlimen biasa menjadi Menteri Kewangan, dan kemudiannya Timbalan Perdana Menteri. Semua ini berlaku di bawah naungan Mahathir.


Namun politik itu bukan sekadar merit. Ia medan kuasa. Dan kuasa tidak pernah sunyi dari curiga. Ketika Anwar makin digemari rakyat dan disenangi antarabangsa, bayang perbalahan mula muncul. Retakan mula terdengar di koridor kuasa.


---


 Kejatuhan Tragis Seorang Timbalan


Tahun 1998 menjadi tahun bersejarah dalam politik Malaysia. Di tengah-tengah krisis kewangan Asia, perbezaan pendapat antara Mahathir dan Anwar menjadi api yang membakar segalanya. Anwar mahu reformasi ekonomi. Mahathir mahu pendekatan ortodoks. Tetapi krisis sebenar bukan itu.


Pada malam 2 September 1998, Anwar dipecat dari jawatannya. Esoknya, beliau diusir dari UMNO. Pada 20 September, gerakan Reformasi meledak. Masjid Negara dan Dataran Merdeka dibanjiri manusia. Esoknya, Anwar ditangkap, dipukul, dipenjara.


Rakaman mukanya dengan lebam menjadi ikon perjuangan. Dunia tersentak. Rakyat tersentuh. Tapi pada ketika itu, segalanya nampak gelap. Tiada siapa menyangka Anwar akan kembali. Apatah lagi menjadi Perdana Menteri.


---


Dua Dekad dalam Jerat dan Jalan


Dua puluh tahun berlalu seperti mimpi ngeri yang panjang. Anwar keluar masuk penjara. Mahkamah menjadi pentas maruah dan penghinaan. Sementara itu, rakyat tidak pernah lupa. Dari Reformasi 1.0 hingga Bersih, hingga PRU 2008, 2013 dan 2018 — nama Anwar tidak pernah tenggelam.


Pada tahun 2018, satu keajaiban berlaku. Mahathir dan Anwar berdamai. Pakatan Harapan menang pilihan raya. Najib tersungkur. Anwar diberi pengampunan. Mahathir kembali jadi PM, tetapi hanya untuk sementara. Anwar dijanjikan peralihan.


Namun sekali lagi, janji tinggal janji. Langkah Sheraton pada 2020 merobohkan kerajaan. Anwar diketepikan lagi. Rakyat mulai ragu — apakah Anwar ditakdirkan hanya sebagai pemimpin yang hampir berjaya, tetapi tidak pernah sampai?


---


Kembali ke Puncak — Sebuah Kemenangan Terakhir


Tahun 2022, PRU ke-15 menyaksikan keputusan tergantung. Tiada parti mendapat majoriti jelas. Negara keliru. Rakyat resah. Tetapi akhirnya, Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan — Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10.


Ia adalah detik bersejarah. Seorang bekas tahanan politik, yang dipenjara tanpa keadilan, kini memegang kunci tertinggi negara.


Tangisan, pelukan, takbir dan air mata mengiringi pelantikan itu. Akhirnya, selepas 24 tahun, Reformasi mencapai kemuncaknya.


---


Kepimpinan Yang Diam-diam Berfungsi


Berbeza dengan era sebelumnya, Anwar memilih pendekatan senyap. Beliau tidak gah melaungkan kejayaan, tetapi kuat dan dedikasi bekerja. Diam-diam beliau mula membaiki institusi. Meningkatkan integriti pentadbiran. Mengukuhkan hubungan diplomatik.


Dalam diam, beliau menyatukan blok politik yang sebelum ini saling bermusuh. Diam-diam, beliau mengurangkan defisit, menarik pelaburan, memulihkan persepsi antarabangsa. Tanpa kegemilangan populis, beliau memilih keberanian institusi.


Walau usianya menjangkau 79 tahun, Anwar tidak letih. Kerana beliau tidak perlu membuktikan dirinya kepada sesiapa lagi. 


Yang beliau ingin buktikan hanyalah satu perkara: Malaysia layak dipimpin oleh pemimpin yang jujur dan amanah.


---


Mahathir Kembali di Jalanan


Ironi paling besar dalam sejarah politik Malaysia berlaku pada 26 Julai 2025. Tun Mahathir, yang pernah menjadi simbol kuasa selama 22 tahun, kini berdiri di jalanan, memimpin himpunan untuk mendesak Anwar meletak jawatan.


Dunia melihat dengan pelbagai rasa. Ada yang kasihan, ada yang sinis. Mahathir tidak lagi segagah dahulu. Suaranya semakin dimakan zaman. Laungan itu kini tidak bergema seperti dahulu. Rakyat mula membezakan antara dendam dan prinsip.


Putaran sejarah itu nyata. 27 tahun dahulu, Mahathir memecat Anwar. Kini Mahathir cuba menjatuhkannya semula. Tetapi kali ini rakyat melihat dengan lebih bijaksana. Mereka tidak lagi mudah ditipu oleh persepsi. Kerana pengalaman mengajar, luka menginsafkan.


---


Dilema Sebuah Bangsa


Kepimpinan Anwar bukan tanpa cabaran. Ketirisan, tekanan politik, ekonomi global — semua menuntut ketahanan luar biasa. Namun buat pertama kalinya sejak sekian lama, Malaysia punya pemimpin yang tidak takut berunding dengan semua, tetapi tidak tunduk pada sesiapa.


Dilema Malaysia ialah sama ada mahu kembali ke politik lama — yang penuh manipulasi, ugutan dan perkauman — atau terus mara dengan reformasi, meskipun perlahan. Dan Anwar menjadi simbol kepada jalan baru itu.


Beliau tidak sempurna. Tetapi kejujurannya dirasai. Dan buat pertama kalinya, rakyat melihat seorang pemimpin yang tidak menggunakan kuasa untuk membalas dendam, tetapi untuk menyatukan semula negara yang lama berpecah.


---


Legasi yang Dibenam dan Dihidupkan Kembali


Jika Mahathir mewakili era pembangunan pesat tetapi autokratik, Anwar membawa legasi keterbukaan dan keseimbangan. Ramai tidak tahu bahawa banyak idea reformasi institusi yang kini berjalan adalah idea lama Anwar sejak zaman ABIM dan awal Reformasi dahulu.


Dulu, legasi itu dibenam. Kini ia muncul kembali. Dalam bentuk pendidikan, pemerkasaan SPRM, reformasi parlimen, urus tadbir negara dan ketelusan fiskal. Semua ini tidak glamor, tetapi membina.


Seperti akar pokok yang bekerja dalam senyap untuk memastikan pokok tumbuh subur, begitu jugalah Anwar. Beliau tidak meraikan kejayaan dalam ucapan gah. Tetapi keputusan-keputusan dasarnya mula dirasai rakyat marhaen.


---


 Malaysia Baharu — Akhir atau Permulaan?


Kisah Anwar Ibrahim bukan lagi sekadar kisah peribadi. Ia kisah kolektif kita. Kisah bagaimana sebuah bangsa boleh memilih untuk memaafkan, untuk membina, dan untuk mempercayai semula.


27 tahun bukan tempoh yang singkat. Dalam masa itu, kerajaan tumbang, rakyat bangkit, institusi diuji, kepercayaan dibina dan dimusnahkan berkali-kali. Tetapi kini kita ada peluang untuk memilih jalan yang lebih matang.


Anwar mungkin memerintah tidak lama, dua atau tiga penggal. Tetapi legasinya ialah menjadikan kuasa bukan sebagai alat balas dendam, tetapi sebagai amanah. Dan di situlah keindahan sebenar kisah ini — apabila sejarah ditulis semula, bukan dengan darah, tetapi dengan harapan.


---


Dari Masjid Negara ke Pejabat Perdana Menteri


27 tahun lalu, laungan "Reformasi!" bergema di Masjid Negara. Hari ini, prinsip-prinsip itu mengemudi Putrajaya. Bukan dengan revolusi berdarah, tetapi dengan kesabaran, idealisme dan keazaman.


Kisah ini belum tamat. Tetapi apa yang pasti, ia bukan lagi sekadar cerita tentang Anwar atau Mahathir. Ia cerita kita semua — tentang negara yang tidak sempurna, tetapi tidak pernah menyerah kalah.


Dan jika sejarah mengajar kita sesuatu, ia adalah ini: Kuasa itu tidak kekal, tetapi prinsip — jika dijaga — akan tetap menyala.


---




ANWAR TETAP AKAN TURUN JUGA.



Jamzuri Ardani


InsyaAllah Anwar akan turun juga nanti akhirnya ... setelah Tun M, Hadi, Muhiadin, dan yang sewaktu dengan sudah hilang dari radar politik. 


Saya juga waktu itu mungkin sudah tiada lagi di pentas politik. 


Dulu rakyat turun reformasi tahun 1998 minta Tun M undur. Tahun 2003, Tun M pun undur.  Lima tahun. 


Kalau ikut formula sama, lima tahun lagi 2030. Mungkin waktu itu Anwar pun akan turun juga. Jika Anwar berjaya jadi PM untuk penggal ke-2, mungkin tahun 2032 atau 2033 baru habis penggal. Mungkin ... 


Saya harap selepas waktu itu ... Tun M, Hadi, dan Mahiadin tidak lagi berada dalam radar politik tanah air. Waktu itu biarlah pemimpin negara terdiri dari kalangan generasi baru. 


Di pihak PH:

Rafizi

Nurul Izzah

Mujahid

Amiruddin

Adly

Azli

Anfal

Anthony Loke

Steven Sim

Hannah Yeoh


Di pihak BN:

Asyraf Wajdi

Azalina

Akmal

Onn Hafiz


Di pihak PN:

Azmin Ali

Afif

Wan Fayshal

Sanusi

Samsuri

Fadhli Saari

Afnan

Mas Ermiyanti

Mastura 


Ini sekadar nama-nama yg terlintas di kepala. Mungkin ramai lagi. Apa yang penting ... mulai sekarang belajarlah melakar politik yang lebih damai dan matang. 


Jangan diikuti budaya politik pemimpin yang terdahulu. Politik benci yang menghasil episod duka seperti Memali, Lubuk Merbau, Takfiri, Qazaf, dan seumpamanya.




ZAMAN KO JADI PM BARANG MAHAL. MINYAK 50, TELOQ TAK DAK..AYAN 18 SEKILO....KIOK


Spark Nauza

 

Hahaha..

 

Badan pemikir yang pengerusi dan pengasasnya Muhyiddin Yassin...


Dah sahlah dia berfikir cara Muhyiddin..








PM ANWAR BERTEMU PKR WILAYAH. HANGPA JANGAN LENA. MENANG DAH MENANG



 Tengah hari tadi saya di Putrajaya untuk mengadakan pertemuan bersama KEADILAN Wilayah Persekutuan, di mana saya ingatkan anggota-anggota agar terus berpegang pada seruan islah mastata’tum yakni berusaha melakukan perubahan sedaya upaya. Kita tidak mampu menyempurnakan segalanya dalam sekelip mata, tetapi reformasi ini tetap kita bawa ke hadapan, setahap demi setahap.










Dalam menyusun langkah, teguran dan peringatan dalam perjuangan harus diraikan. Saya ucap terima kasih kepada semua yang berhimpun semalam kerana ia berlangsung secara aman. Saya sentiasa bersedia mendengar apa jua teguran dan kritikan, namun sedikit kesal kerana tiada isu pokok yang diketengahkan. Yang kedengaran cuma satu: “Turunkan Anwar.”


Ketua Pembangkang pula dikatakan mahu membawa usul undi tidak percaya. Silakan. Ini negara demokrasi. Usul itu satu proses yang sah. Jika cukup jumlah, bawa saja ke Parlimen.


Saya tidak pernah mendakwa kerajaan ini sempurna. Tapi kita tidak sombong untuk membetulkan kelemahan. Apa yang kurang, akan kita baiki. Apa yang belum selesai, akan kita usahakan. Namun reformasi itu mesti dilaksanakan secara berfasa agar dapat diterima, difahami dan berkekalan.


Wilayah Persekutuan sejak awal menjadi antara benteng perjuangan KEADILAN. Tapi kekuatan ini hanya bermakna jika terus berpaksikan nilai dan gerak kerja akar umbi. Cabang-cabang mesti terus hidup dengan program yang benar-benar menyantuni rakyat tanpa mengira kaum, umur atau latar.


Kita turunkan harga RON95 kepada RM1.99 untuk rakyat Malaysia dengan menarik subsidi daripada warga asing. Ini langkah berani dan rasional demi memastikan wang negara dimanfaatkan oleh rakyat terbanyak dan membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup, tanpa meruntuhkan asas ekonomi negara.


Akhirnya, KEADILAN mesti kekal sebagai parti masa depan, parti yang terbuka menerima teguran, matang dalam bertindak dan bersatu dalam tujuan. Kita bukan sempurna. Tapi kita jujur, dan selagi ada kejujuran serta semangat untuk membaiki, kita akan terus mara melangkaui mereka yang hanya tahu menjerit tanpa arah dan tawaran.


#MalaysiaMADANI

#MADANIbekerja

#RancakkanMADANI




PEEERAH...KAWASAN KO DI JERANTUT TAK NAMPAK MUKA..LAGI MAU SEMBANG.

 




Ir Khalil Nizam.


So, apa yang kami dapat dari Himpunan #TurunAnwar semalam?

Anwar still PMX lagi hari ni. Tak turun pun…


Dari pemerhatian saya yang juga merupakan Alumni Demonstrasi BERSIH:


1. Perhimpunan Mega Rakyat dapat dilakukan secara AMAN melalui anjuran PERIKATAN NASIONAL.

2. ⁠Rakyat berbilang-bangsa berdemo sambil mengekalkan budaya Malaysia yang harmoni.

3. ⁠Puluhan ataupun ratusan ribu Rakyat turun fizikal dan disokong dengan jutaan Rakyat secara maya adalah signal besar kepada PMX untuk melaksanakan polisi yang adil dan berkebajikan kepada Rakyat.

4. ⁠Rakyat semakin penat, kecewa dan rasa dikhianati oleh janji-janji palsu Kerajaan Madani.

5. ⁠Tiada Black-Maria, Gas Pemedih Mata apabila perhimpunan ini ‘dibenarkan’ oleh Ketua Hakim Negara.

6. ⁠Jabatan Amal Malaysia adalah JOHAN dan JUARA SUKARELAWAN MALAYSIA. Perhimpunan bebas dari sebarang provokasi dan bersih!


Benar, Anwar masih PMX. Tapi, apakah Kerajaan Madani berani untuk membubarkan Parlimen lebih awal untuk Rakyat tentukan nasib mereka?


KUASA RAKYAT!



NOHHHH...KIOK


 

TAK CUKUP JOMMLAH


 

PAS ADA RUNDING DENGAN UMNO...KISAH LAMA KA BARU ENTAH...TAPI UMNO AKAN KENA KENCING DENGAN PAS


 

DULU TERPENGARUH PM ANWAR ADALAH LIBERAL

Nabiell Ahmad





 Dulu saya hampir terpengaruh dengan dakyah PAS yang mengatakan Anwar ini pemimpin liberal dan seumpamanya. Masa Anwar naik jd PM, saya mula risau, jika apa yang dikatakan itu benar. Selepas hampir 3 tahun, ternyata jauh meleset. Hampir setiap minggu, ada sahaja program beliau bersama ulama dan tokoh agama dari dalam dan luar negara, mereka seakan akrab. Saya mula percaya, tohmahan yang mengatakan Anwar liberal kerana sikap dan beberapa pandangan, sebenarnya beliau hanya ingin merangkul dan mendapat sokongan pelbagai bangsa dan agama, seterusnya diangkat menjadi PM. Tidak hairan, ada dari kalangan penyokong beliau yang bukan Islam berpandangan, Anwar kini berubah menjadi pemimpin Islamis, sedangkan itulah identiti Anwar yang sebenar. Penyokong bukan Islam tidak perlu risau dengan penampilan Anwar, kerana orang yang faham agama, akan meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya, adil untuk semua tanpa diskriminasi, amanah dan berintegriti.


Nota : Majlis Ilmu MADANI bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.


Majlis tersebut menampilkan tausiyah khas daripada pendakwah terkenal, Syeikh Yusuf Islam (Cat Stevens), serta Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr. Sharifah Haifaa Younis yang juga merangkap aktivis dakwah.



SAH RAMAI

Spark Nauza




 Ok la.. angkat tertinggi dilaporkan setakat ni 25,000.. 




Untuk tidak mengecewakan walaun.. aku doublekan jadi 50,000 (10% dari sasaran Shahidan Kasim )


Barulah setara kehadiran himpunan RUU355 dulu tu.


Esok Hadi Awang jadi PM.. aku harap dia dapat tunai RUU355 (hudud) tu.. selain ganti tax dengan taxi.


Tak best himpunan kali ni do.. hambar




PARTI DOA KEMUSNAHAN


Ridwan Abu Bakar


 Sepanjang berada dalam PAS, antara perkara yang saya tidak pernah 'bersetuju' dengan PAS adalah ; doa kehancuran pihak lawan (dan antara punca utama kekecohan dalam

Muktamar Batu Pahat adalah apabila, 'lawan' dalam sama² parti pun didoakan kehancuran), membayar zakat fitrah kepada PAS dan juga bermudahnya PAS mengULAMAkan sesiapa saja 'asalkan' ahli Dewan Ulama ! , kerana saya percaya bahawa ia bukan dari ajaran Islam dan ia amat mudah dimanipulasi pihak berkepentingan untuk membawa fikrah ghuluw'.




Lalu, apa yang dibuat oleh Hj Zul 'akhlak' bukanlah pelik dalam PAS, usaha untuk meningkatkan kesedaran menolak pemikiran ghuluw' ini hendaklah digerakkan dengan bersungguh. 


Untuk Fahmi Fadzil ! 

Nak terangkan tentang 'ghuluw' dan bahayanya janganlah dok panggil yang sejenama dengan puak ghuluw'.



KETUA PEMUDA PEMBOHONG


 

KERJA DOAKAN ORANG NI ADALAH KEEJA PAS.

 


MB SAFWAN AKAN DILANTIK SEBAGAI PM BARU

 


OFFICIAL - setelah 980,000 orang (official media PAS setelah mengira jumlah berlari marathon) turun semalam, maka jelas dan sah bahawa Anwar Ibrahim TELAH di jatuhkan sebagai perdana menteri dan kini akan di ganti dengan YB Dato Seri Panglima pedang setiawan Safwan MB Terengganu. Selasa angkat sampah. Eh sumpah.




TAK ADA PUN YANG CERDIK


Naz Laharadi


 Dalam Facebook ni ramai pakar pemasaran kan.. aku bukanlah pakar pemasaran.. tapi nak sentuh tentang pemasaran himpunan aman siang tadi.. yang berjaya jugalah kumpul puluhan ribu.. ok lah tu.. not bad..


Cuma aku tak puas hati sangat-sangat.. dalam ramai-ramai pembangkang tu.. tak ada ke yang brilliant idea.. untuk sentuh jiwa rakyat.. perkenalkan tagline yang menyentuh hati rakyat.. contohnya - himpunan mansuhkan SST.. himpunan turun harga minyak rm1.50.. himpunan mahkamah janganlah asyik lepaskan kes politician.. asyik rakyat je kena hukum..


you kena kejar golongan atas pagar.. bukan setakat kumpulkan pembangkang letak satu tempat.. 


Dan you nak heret rakyat berhimpun ni atas tujuan untuk bina negara.. bukan atas sebab nak turunkan seseorang.. apa salahnya kita minta PM kekal cuma kita nak minta Kerajaan ubah dasar tertentu yang kita desak.. bukan setakat menguntungkan sesetengah parti.. kalau boleh biarlah objektif himpunan tu rentas parti.. rentas bangsa.. rentas agama..


Sebab tu anwar sengih-sengih je tengok korang main game dia buat demonstrasi.. siap troll kat page rasmi dia.. ‘anwar turun kedah.. selamat pulang peserta, mai la lagi ke kuala lumpur..’


dia pakar game demonstrasi.. tengok tajuk himpunan ‘turun anwar’ dia dah tahu dah setakat mana dia boleh bimbang setakat mana dia boleh rilek.. agaknya dia bisik dalam hati - ‘hang boleh mintak macam-macam menerusi perhimpunan aman.. hang mintak aku letak jawatan?.. aku jadi PM pun Agong yang perintahkan..’


rakyat kalau hidup susah, dia bukan nak tahu siapa PM siapa TPM.. dia nak makan.. dia nak rehat-rehat kat rumah kalau bukan ofis hour, tak perlu buat 2 kerja..


Sebab tu dulu tagline reformasi boleh menyerap dalam denyut nadi rakyat.. sebab mereka rasa slogan tu boleh relate..


Himpunan bersih - sebab pembangkang berjaya jual naratif yang SPR tak bersih.. dipengaruhi pemerintah..


Himpunan turun harga minyak - sebab masa tu pak lah tarik subsidi minyak banyak mendadak..


Himpunan RUU - sebab rasa Islam terancam..


Himpunan mansuh GST - sebab pembangkang berjaya jual naratif GST tu membebankan rakyat


Semua topik di atas boleh sahaja didebat samada betul atau tak betul, tapi itu perkara kedua. Yang penting, ia pemasaran ampuh untuk diterjemah atas kertas undi..


Bila tagline ‘turun anwar’ - dia jadi satu tagline yang.. lah tu je ke.. kalau anwar turun esok, kira selesailah ya tuntutan himpunan tu?.. apa faedahnya pada negara?.. tambah lagi huru hara nak cari PM baru tengah-tengah penggal parlimen.. Ketua Hakim Negara belum sempat angkat sumpah.. Perdana Menteri pun takde.. nak jadi apa negara ni..


dulu masa PH membangkang, mereka main long game.. nak tarik sokongan orang atas pagar.. mesej himpunan mereka subtle.. mereka menyorok belakang tagline reformasi dan bersih dan gst.. tapi game sebenar adalah next PRU..


Yes memang biasalah ada sorak ‘undur mahathir undur pak lah undur najib’ masa demo.. tapi itu sorak2 nak semangat je.. bukan tagline himpunan..


‘turun anwar’ ni terlalu hard sell.. yes you boleh kumpul orang yang tak suka anwar.. tapi orang atas pagar akan dok di tepian.. 


Apatah lagi, tajuk himpunan tu hanya mengundang persoalan susulan.. kalau anwar turun, siapa naik?.. kan dah susah pulak peserta perhimpunan nak kena fikir.. sudahnya ada pula yang jawab bakal pm kita nama safwan..


ada satu peserta lain, penat wartawan tanya dia takde jawapan.. pada saya, itu bukan salah peserta.. itu salah penganjur.. salah bagi nama himpunan..


Tolong lah pembangkang kerja keras sikit.. ingat percuma ke nak dapat undian rakyat ni.. sekadar main sentimen jom benci anwar.. payah la nak menang pilihanraya.. murah sangat lah undi rakyat kalau undi pembangkang hanya semata nak anwar turun.. terlalu simplistik..


Pembangkang kena ingat, BN kalah bukan sebab rakyat benci najib.. tapi sebab dia gagal bersihkan nama dia daripada isu 1MDB.. rakyat bukan nak turunkan najib.. diorang nak duit 1MDB tu dikembalikan.. rakyat suka je dengan pemerintahan najib.. kecuali kes 1MDB.. 


Buktinya, sekarang BN guna nama najib utk dapatkan sokongan balik.. siap tuntut titah adendum minta tahanan rumah?.. itu semua hanyalah drama politik supaya rakyat pangkah BN.. kononnya kalau pangkah BN, najib akan terima keadilan sewajarnya..


Satu lagi, tuntutan supaya anwar turun ni pun satu objektif yang terlalu rendah.. too easy.. sebab, Anwar bukannya menang pilihanraya pun.. dia sekadar menerajui kerajaan perpaduan.. kalu dia turun pun, tak menambah kerusi pembangkang, dan tidak mengurang kerusi madani.. so instead of suruh anwar turun, apa kata korang cari satu nama untuk dinaikkan pula.. takkanlah kita nak kena ada Perdana Menteri ke-11 yang berumur 101 tahun pula?


Kenapa aku tulis ni panjang-panjang?.. sebab aku pun suka kalau ada pembangkang yang kuat.. barulah ada semak dan imbang kepada Kerajaan sediada.. pep guardiola perlukan jurgen klopp untuk jadi jurulatih yang lebih baik.. begitulah negara akan jadi lebih baik kalau ada pembangkang yang kuat