Kekecohan dalam PKR kerana jawatan Menteri Besar
PANDANG TERUS
Semalam sebuah setesen tv internet datang menemubual saya,
perbicaraannya berkisar soal pemilihan dalam parti PKR yang kalut dan
masih belum berakhir sampai kini. Tv itu mahu tahu pendapat saya kenapa
sampai berlaku demikian, dan apakah kekecohan itu tidak memberi kesan
kepada PKR sehingga menimbulkan persepsi negatif kepada pucuk
pimpinannya.
|
Wan Azizah MB Selangor? |
Iya, saya juga naik hairan dan muak kenapa sampai begitu lama sekali
masa diambil parti berkenaan untuk menyelesaikan pemilihan kepimpinan
mereka. Dan kekecohan yang berlaku menampakkan seolah-olah PKR sebuah
parti yang diuruskan oleh mereka yang tidak cukup pengalaman.
Apa yang berlaku, kata saya tetap memberi kesan kepada PKR, menyebabkan
orang akan mempersoalkan standard atau pun kelas parti berkenaan. Setiap
apa yang berlaku orang akan mengingatkan kepada peristiwa yang sering
meletus dalam mesyuarat parti MIC sebelum ini. Mesyuarat MIC tidak akan
sah kalau tidak berlaku baling kerusi atau pun tumbuk meja.
Politik baru yang dilaung-laungkan nampaknya tidak
menjadi dan berjaya diangkat ke atas untuk menarik minat umum terhadap
parti itu. Keadilan dengan amalan demokratik berlebihan telah memakan
diri parti berkenaan. Mungkin belum sampai masanya parti berkenaan
memberi peluang dan keadilan seluasnya kepada ahli parti kerana
sebilangan mereka tidak menghargai erti keadilan dan demokrasi itu. Ahli
tidak tahu dan bijak menggunakan hak mereka satu ahli satu suara.
Makanya untuk tidak menyerlahkan kelemahan, kekecohan yang berlaku
ditunding kepada pihak luar. Memang ada elemen luar untuk mengkhianati
parti berkenaan. Tetapi tanpa meletakkan campur tangan luar sebagai
punca besar ia tidak betul. PKR kena mengakui apa yang berlaku
disebabkan kelemahan dan kepincangan dalam parti itu. Ahli juga gagal
diberikan fokus sebenar untuk apa dan kenapa proses pemilihan pemimpin
dibukkan demikian luas.
Bagi saya kekecohan dalam pemilihan dalam PKR kerana ia dieksploitasi
ataupun diunsuri oleh elemen lain, gila dan tamak kuasa. Proses
pemilihan itu dalam erti kaya lain membawa agenda tertentu. Dalam hal
ini ialah perebutan jawatan nombor dua parti itu, iaitu timbalan
presiden. Jawatan timbalan presidenlah menyebabkan parti menjadi kucar
kacir dan hiru pikuk, riuh randah bagaikan Cina karam perahu atau India
mabuk todi, atau Melayu bergaduh laki bini di waktu Maghrib.
Dalam PKR kini sudah terbelah kepada tiga kumpulan yang dibentuk oleh
tiga calon yang merebut jawatan timbalan presiden itu. Satu kumpulan
timbalan presiden, Mohamed Azmin Ali yang mempertahankan jawatan. Dua
kumpulan lagi dari calon penentang jawatan itu, itu Abdul Khalid Ibrahim
dan Saifuddin Nasution Ismail. Inilah kumpulan yang menjadikan
pemilihan dalam PKR hebat dan geger gegak. Mereka bertiga perlu
bertanggungjawab kalau berlaku apa-apa yang buruk kepada parti tersebut.
Seandainya parti hancur gara-gara itu, mereka perlu mengambil risiko dan
jangan berhelah dengan mengatakan itulah demokrasi sebenarnya?
Alasan-alasan bersifat "escape" tidak diperlukan lagi dalam realiti
politik hari ini kerana sikap begitu dalah sikap pandir.
Perebutan jawatan itu menjadi ghairah kerana jawatan itu penting. Kenapa
jawatan timbalan presiden penting ia cukup memberi signifiken kepada
setiap calonnya. Bagi Azmin tentulah beliau hendak mengekalkan
kedudukannya. Dengan kedudukan itu beliau boleh mencapai apa-apa hajat
politik yang diingini. Sesuatu yang tidak dapat ditusuk selindung oleh
Azmin ialah untuk menjadi MB Selangor.
Manakala begitu juga bagi Khalid. Dia memerlukan jawatan itu bagi
mengekalkan kedudukannya, sebagai MB. Khalid faham bahawa kedudukannya
kini terancam maka beliau memerlukan kuasa dan kedudukan untuk
mengekalkannya. Pengaruh, pemujaan dan glamour jawatan MB sudah merasang
nalurinya.
Khalid mungkin tidak begitu ghairah, tetapi penyokong 20 persennya
menjadi benteng dan "anjing buruan" untuknya. Mereka inlah yang
mengoborkan semangat Khalid dan memberi keyakinan kepada Khalid sehingga
Khalid lupa siapa dirinya. Kegagatan dilupai terus apabila penyokongnya
memuji suara Khalid semerdu suata P Ramlee. Mana pendokong ini pula
sudah tidak tahu menilai mana yang lebih penting Khalid untuk dirinya,
atau dirinya untuk parti.
Mereka ini sebenarnya hipkorit kononnya pertahankan Khalid demi rakyat
dan negeri. Walhal mereka berbuat demikian demi survive mereka. Mereka
tahu apa yang mereka untung dan perolehi kalau bos mereka kekal menjadi
MB. Apa disebutkan Refomasi Tulen yang dijaja untuk pertahankan Khalid
adalah palsu semata-mata. Mereka yang mempertahankan Khalid juga adalah
mereka yang jahil dan tidak dapat membaca mesej pucuk pimpinan parti
termasuk daripada Anwar Ibrahim yang tidak mahukan kepada Khalid kerana
sebab-sebab yang sedia maklum.
Pengertian kenapa dibuat projek Kajang Move tidak dapat dihayati oleh
ahli parti khasnya mereka yang terdodoi dengan nyayian pihak musuh yang
mahu kekalkan Khalid kerana mereka tahu dengan adanya Khalid pintu rumah
mudah dibuka. Setengah ahli parti juga tidak akur dengan kehendak parti
dan lebih mempercayai godaan dari luar.
Manakala Saifuddin pula ada agendanya tersendiri. Kerana Saifuddin bukan
Adun di Selangor, mustahil untuk beliau menjadi MB Selangor, maka
beliau ada proksi untuk mengekalkan kedudukan atau melonjak dirinya ke
atas. Awal-awal lagi Saifuddin sudah meletakkan dirinya di sebelah
presiden, Dr Wan Azizah. Apa yang dapat dibaca di sini Saifuddin
menjadikan Azizah sebagai prokasinya untuk menjadi MB. Hal ini
dimanfaati sepenuhnya apabila usaha untuk menggantikan Anwar dengan
Khalid terhalang, maka Azizah menjadi alternatif.
Sekiranya Azizah menjadi MB, Saifuddin akan mengutik banyak keuntungan.
Dia sudah pasti akan menjadi orang penting dalam pejabat MB Selangor
khasnya dalam menyusun parti dan kerajaan. Menjadi
master mind dan
king maker
inilah yang disukai oleh Saifuddin. Untuk ini beliau sudah ada team
tersendiri. Apa dinamakan gagasan anak muda adalah persediaan ke arah
untuk beliau menguasai pmpimpinan dalam parti dengan menjadikan Azizah
sebagai ibu politiknya.
Kesimpulannya perebutan dalam PKR disebabkan masing-masing inginkan
kepada jawatan yang diindah dan dibilas di sebalik kata-kata dan
komitmen atas nama mahukan perubahan, peralihan atau penyerapan idea
baru demi menjana kemajuan dan pembagunan untuk rakyat. Semua itu adalah
"belawak belaka". Pokok pangkalnya ialah kerana inginkan jawatan MB
kerana jawatan itu cukup
powerful dan berprestaj.
Perebutan jawatan dalam PKR tidak jadi sekecoh hari ini dan menjadi ikon
kekalutan dalam PKR kalau aspirasi projek Kajang Move dihayati dan
sudah lengsai. Malangnya projek itu gagal maka peluang masih terbuka
untuk sesiapa menjadi MB Selangor. Natijahnya menyebabkan PKR menjadi
kalut dan geger gegak.
Kalau boleh, bagi meredakan suasana dan membolehkan PKR kembali
memantapkan diri, eloklah kalau Khalid insaf diri dengan segala macam
tuntutan dan desakan yang dilakukan ke atasnya, dengan berundur secara
terhormat. Khalid perlu berkorban kepada parti yang telah berkorban
untuknya dengan melantik menjadi MB.
Dan tidak pula kalau Khalid berundur tempatnya diambil oleh Azmin.
Sementara keadaan reda, bagilah kepada Dr Wan Azizah memimpin Selangor.
Wan Azizah bukan saja boleh meredakan ledakan nafsu dalam PKR tetapi
turut juga mengamankan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat terutamanya Pas
yang dilihat macam sering bermimpikan mahukan jawayan itu.
Sifat keibuan yang ada kepada Dr Wan Azizah mampu mengembalikan
perpaduan dalam Pakatan Rakyat seterus menjadikan Selangor sebagai
negeri contoh dan disegani.
[wm.kl.10:39 am 26/06/14]