Khalid ditolak ahli Cabang, masa untuk bersara

Kekalahan Ketua Cabang Kuala Selagor Khalid Ibrahim kepada bekas ahli parlimen Kapar Manickavasagam memberi tamparan hebat kepada imejnya yang sebelum ini popular.Dalam pengundian Sabtu lalu, Manickavasagam  mendapat 701 undi dan Khalid pula 515.

Khalid yang enggan berundur meskipun didesak oleh partinya PKR dan 2/3 Yang Dipertua PAS kawasan sering menggunakan alasan rakyat menyukai kepimpinannya. Oleh itu, beliau tidak akan berundur kerana masih banyak yang perlu dilakukan untuk rakyat dan bawahan partinya.

Namun apa yang berlaku di Kuala Selangor membuktikan sebaliknya. Bahawa kelemahan Khalid sebelum ini kini terserlah. Khaid sejak menjadi Ketua Cabang Kuala Selangor didakwa sering tidak turun padang. Malah DUN Ijok dalam kawasan Kuala Selangor juga muak dengan sikap Khalid yang selalu lepas tangan.

Program kawasan sering diwakili oleh setiausaha politiknya Faekah Husein. Sedangkan janji untuk membangunkan Ijok tidak banyak yang kelihatan. Situasi ini menyebabkan pengundi Ijok hampir menghukum PKR apabila Khalid berundur ke Pelabuhan Kelang. Dr Idris Ahmad yang menggantikannya hanya menang di bawah seratus undi. Ramai pemerhati politik berpendapat jika Khalid bertanding maka PKR akan kalah.

Keadaan inilah yang membuat banyak pihak dalam PAS, PKR dan DAP mendesak Khalid berundur untuk memberi laluan kepada Dr Wan Azizah sebagai MB baru. Sekiranya Khalid masih berdegil maka Selangor tidak akan mampu diselamatkan pada PRU ke 14.

PAS akan mengadakan mesyuarat perhubungan Selangor pada hujung bulan ini. Walau bagaimanapun, Presiden Hadi Awang dijangka sukar membuat keputusan untuk mengundurkan Khalid. Namun beberapa pihak dalam PAS terus mendesak agar Khalid digugurkan.

Difahamkan hanya Exco PAS yang mempertahankan Khalid, sedangkan pemimpin PAS negeri dan ADUN majoritinya menentang Khalid dikekalkan sebagai MB. Keputusan PAS dijangka akan menjadi titik akhir kepada perjuangan Khalid mengekalkan kerusi MB.

 http://www.suarapakatandaily.com/index.php?option=com_content&view=article&id=2199:khalid-ditolak-ahli-cabang-masa-untuk-bersara&catid=102:berita-kiri&Itemid=507


TEWAS DICABANG SENDIRI TANDA TAK PERNAH HADIR RUMAH KENDURI


Pemilihan PKR: Khalid tewas di cabang sendiri

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ditewaskan bekas anggota parlimen Kapar S Manickavasagam untuk kerusi ketua cabang dalam pemilihan PKR Kuala Selangor.

Dalam pengundian Sabtu lalu, Manickavasagam (gambar bawah, mengangkat tangan) mendapat 701 undi dan Khalid pula 515, lapor The Star Online.

Khalid bagaimanapun berjaya mendapat lebih undi berbanding Azmin Ali untuk pemilihan timbalan presiden.

Khalid mendapat 517 undi, Azmin mendapat 440 dan Datuk Saifuddin Nasution hanya menerima 50 undi, lapor harian berbahasa Inggeris itu lagi.

Manickavasagam dilihat sebagai calon bukan pilihan, lebih-lebih lagi selepas digantung parti beberapa minggu kerana kenyataannya berhubung dakwaan politik wang.

Penarikan balik penggantungannya lebih manis baginya selepas menewaskan Khalid, yang kekalahannya dibaca banyak pihak sebagai kehilangan sokongan akar umbi.


TU....DIA.....HANGPA ADA?



Syaratnya, Kerajaan Mahukan RM27 Bilion Setahun Melalui Cukai GST!!

Syaratnya, Kerajaan Mahukan RM27 Bilion Setahun Melalui Cukai GST!!


Kenaikan elaun 2015
Kenaikan Elaun Naik 2015 Kakitangan Awam penjawat awam : Suka atau tidak, bersedia atau tidak GST Malaysia tetap dilaksanakan bermula 1 April 2014. Melihatkan kata-kata Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah (SEPERTI DI SINI) yang mengatakan kenaikan harga barang, kos sara hidup seklaigus inflasi negara bakal berlaku, Datuk Seri Najib tampil dengan idea dan cadangan bagi meringankan beban kos sara hidup sebilangan rakyat Malaysia daripada 9 juta pembayar cukai GST kelak. Seperti….

Kenaikan Elaun Naik 2015 Kakitangan Awam?

  1. Kerajaan akan mempertimbangkan kenaikan elaun naik 2015 bagi 1.4 juta kakitangan awam
  2. Syaratnya, 9 rakyat Malaysia perlu berikan duit kepada kerajaan Malaysia melalui kutipan cukai GST Malaysia yang bakal dilaksanakan
  3. Kerajaan Malaysia memerlukan bajet, hasil dan dana tambahan bagi membolehkan hasrat 1.4 juta kakitangan awam bagi menikmati kenaikan elaun naik 2015 penjawat awam bakal menjadi realiti tidak lama sahaja lagi selepas “tergantung” sekian lamanya
  4. Dengan menggunakan sebahagian kutipan dana GST yang bernilai RM27 bilion setahun membolehkan kerajaan Malaysia mengumumkan kenaikan elaun naik 2015 kakitangan kerajaan tanpa meminjam daripada mana-mana institusi kewangan termausklah Bank Dunia yang bakal membawa negara ke arah bencana ekonomi. Siapa kata? Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak. Sekian.
Penantian satu penyiksaan. Adakah ini bermakna permintaan 1.4 kakitangan awam selama ini termasuk kenaikan elaun COLA dan rumah akan dipermudahkan dan kakitangan awam akan dihidangkan dengan pengumuman rasmi kenaikan elaun 2015 penjawat awam selepas ini?

Bawa MCA, Gerakan dalam kabinet, BN terdesak raih sokongan

Bawa MCA, Gerakan dalam kabinet, BN terdesak raih sokongan

KUALA LUMPUR 25 JUN: Perlantikan pimpinan MCA dan Gerakan dalam kabinet bertujuan menarik kembali sokongan masyarakat bukan Melayu supaya kembali kepada Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, penstrukturan semula kabinet yang ditunjangi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu menjadikan ia antara kabinet terbesar dalam sejarah negara, selepas penolakan nyata kedua-dua parti komponen BN itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Katanya, tindakan Najib juga bercanggah dengan apa yang ditonjolkan kelompok ‘Melayu Ultra’ yang dibawa badan bukan kerajaan (NGO) yang dibela Umno.

“Keputusan itu seperti ingin melunturkan imej ‘Melayu Ultra’ antaranya Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) secara tidak langsung demi meraih sokongan bukan Melayu walaupun NGO ini turut memberi sumbangan penting bagi Umno,” katanya dipetik.

kabinet NajibBeliau mengulas perlantikan Pengerusi MCA, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai ke dalam kabinet sebagai Menteri Pengangkutan, manakala Datuk Wee Ka Siong dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Sementara itu, Pengerusi Gerakan, Datuk Mah Siew Keong turut dilantik sebagai Menteri di JPM, Lee Chi Leong (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa), Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Kewangan), Datin Paduka Chew Mei Fun pula kembali memegang jawatan lama beliau iaitu sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Khalid berkata, keputusan Najib merombak kabinet dengan menambah anggota di bawah Jabatan Perdana Menteri hanya memberi manfaat kepada Najib sendiri, selain untuk membalas jasa kepada mereka yang berjaya mempertahankan kerusi BN.


“PM boleh goyang kaki bersama isteri? Tambah anggota Kabinet tapi Kabinet tetap tak berupaya. Jawatan sebagai hadiah…,” kata Khalid di twitter.


Kekecohan dalam PKR kerana jawatan Menteri Besar -MSO

Kekecohan dalam PKR kerana jawatan Menteri Besar

PANDANG TERUS                                                                           

Semalam sebuah setesen tv internet datang menemubual saya, perbicaraannya berkisar soal pemilihan dalam parti PKR yang kalut dan masih belum berakhir sampai kini. Tv itu mahu tahu pendapat saya kenapa sampai berlaku demikian, dan apakah kekecohan itu tidak memberi kesan kepada PKR sehingga menimbulkan persepsi negatif kepada pucuk pimpinannya.
Wan Azizah MB Selangor?

Iya, saya juga naik hairan dan muak kenapa sampai begitu lama sekali masa diambil parti berkenaan untuk menyelesaikan pemilihan kepimpinan mereka. Dan kekecohan yang berlaku menampakkan seolah-olah PKR sebuah parti yang diuruskan oleh mereka yang tidak cukup pengalaman.

Apa yang berlaku, kata saya tetap memberi kesan kepada PKR, menyebabkan orang akan mempersoalkan standard atau pun kelas parti berkenaan. Setiap apa yang berlaku orang akan mengingatkan kepada peristiwa yang sering meletus dalam mesyuarat parti MIC sebelum ini. Mesyuarat MIC tidak akan sah kalau tidak berlaku baling kerusi atau pun tumbuk meja.

Politik baru yang dilaung-laungkan nampaknya tidak menjadi dan berjaya diangkat ke atas untuk menarik minat umum terhadap parti itu. Keadilan dengan amalan demokratik berlebihan telah memakan diri parti berkenaan. Mungkin belum sampai masanya parti berkenaan memberi peluang dan keadilan seluasnya kepada ahli parti kerana sebilangan mereka tidak menghargai erti keadilan dan demokrasi itu. Ahli tidak tahu dan bijak menggunakan hak mereka satu ahli satu suara.

Makanya untuk tidak menyerlahkan kelemahan, kekecohan yang berlaku ditunding kepada pihak luar. Memang ada elemen luar untuk mengkhianati parti berkenaan. Tetapi tanpa meletakkan campur tangan luar sebagai punca besar ia tidak betul. PKR kena mengakui apa yang berlaku disebabkan kelemahan dan kepincangan dalam parti itu.  Ahli juga gagal diberikan fokus sebenar untuk apa dan kenapa proses pemilihan pemimpin dibukkan demikian luas.

Bagi saya kekecohan dalam pemilihan dalam PKR kerana ia dieksploitasi ataupun diunsuri oleh elemen lain, gila dan tamak kuasa. Proses pemilihan itu dalam erti kaya lain membawa agenda tertentu. Dalam hal ini ialah perebutan jawatan nombor dua parti itu, iaitu timbalan presiden. Jawatan timbalan presidenlah menyebabkan parti menjadi kucar kacir dan hiru pikuk, riuh randah bagaikan Cina karam perahu atau India mabuk todi, atau Melayu bergaduh laki bini di waktu Maghrib.

Dalam PKR kini sudah terbelah kepada tiga kumpulan yang dibentuk oleh tiga calon yang merebut jawatan timbalan presiden itu. Satu kumpulan timbalan presiden, Mohamed Azmin Ali yang mempertahankan jawatan. Dua kumpulan lagi dari calon penentang jawatan itu, itu Abdul Khalid Ibrahim dan Saifuddin Nasution Ismail. Inilah kumpulan yang menjadikan pemilihan dalam PKR hebat dan geger gegak. Mereka bertiga perlu bertanggungjawab kalau berlaku apa-apa yang buruk kepada parti tersebut.

Seandainya parti hancur gara-gara itu, mereka perlu mengambil risiko dan jangan berhelah dengan mengatakan itulah demokrasi sebenarnya? Alasan-alasan bersifat "escape" tidak diperlukan lagi dalam realiti politik hari ini kerana sikap begitu dalah sikap pandir.

Perebutan jawatan itu menjadi ghairah kerana jawatan itu penting. Kenapa jawatan timbalan presiden penting ia cukup memberi signifiken kepada setiap calonnya. Bagi Azmin tentulah beliau hendak mengekalkan kedudukannya. Dengan kedudukan itu beliau boleh mencapai apa-apa hajat politik yang diingini. Sesuatu yang tidak dapat ditusuk selindung oleh Azmin ialah untuk menjadi MB Selangor.

Manakala begitu juga bagi Khalid. Dia memerlukan jawatan itu bagi mengekalkan kedudukannya, sebagai MB. Khalid faham bahawa kedudukannya kini terancam maka beliau memerlukan kuasa dan kedudukan untuk mengekalkannya. Pengaruh, pemujaan dan glamour jawatan MB sudah merasang nalurinya.

Khalid mungkin tidak begitu ghairah, tetapi penyokong 20 persennya menjadi benteng dan "anjing buruan" untuknya. Mereka inlah yang mengoborkan semangat Khalid dan memberi keyakinan kepada Khalid sehingga Khalid lupa siapa dirinya. Kegagatan dilupai terus apabila penyokongnya memuji suara Khalid semerdu suata P Ramlee. Mana pendokong ini pula sudah tidak tahu menilai mana yang lebih penting Khalid untuk dirinya, atau dirinya untuk parti.

Mereka ini sebenarnya hipkorit kononnya pertahankan Khalid demi rakyat dan negeri. Walhal mereka berbuat demikian demi survive mereka. Mereka tahu apa yang mereka untung dan perolehi kalau bos mereka kekal menjadi MB. Apa disebutkan Refomasi Tulen yang dijaja untuk pertahankan Khalid adalah palsu semata-mata. Mereka yang mempertahankan Khalid juga adalah mereka yang jahil dan tidak dapat membaca mesej pucuk pimpinan parti termasuk daripada Anwar Ibrahim yang tidak mahukan kepada Khalid kerana sebab-sebab yang sedia maklum.

Pengertian kenapa dibuat projek Kajang Move tidak dapat dihayati oleh ahli parti khasnya mereka yang terdodoi dengan nyayian pihak musuh yang mahu kekalkan Khalid kerana mereka tahu dengan adanya Khalid pintu rumah mudah dibuka. Setengah ahli parti juga tidak akur dengan kehendak parti dan lebih mempercayai godaan dari luar.

Manakala Saifuddin pula ada agendanya tersendiri. Kerana Saifuddin bukan Adun di Selangor, mustahil untuk beliau menjadi MB Selangor, maka beliau ada proksi untuk mengekalkan kedudukan atau melonjak dirinya ke atas. Awal-awal lagi Saifuddin sudah meletakkan dirinya di sebelah presiden, Dr Wan Azizah. Apa yang dapat dibaca di sini Saifuddin menjadikan Azizah sebagai prokasinya untuk menjadi MB. Hal ini dimanfaati sepenuhnya apabila usaha untuk menggantikan Anwar dengan Khalid terhalang, maka Azizah menjadi alternatif.

Sekiranya Azizah menjadi MB, Saifuddin akan mengutik banyak keuntungan. Dia sudah pasti akan menjadi orang penting dalam pejabat MB Selangor khasnya dalam menyusun parti dan kerajaan. Menjadi master mind dan king maker inilah yang disukai oleh Saifuddin. Untuk ini beliau sudah ada team tersendiri. Apa dinamakan gagasan anak muda adalah persediaan ke arah untuk beliau menguasai pmpimpinan dalam parti dengan menjadikan Azizah sebagai ibu politiknya.

Kesimpulannya perebutan dalam PKR disebabkan masing-masing inginkan kepada jawatan yang diindah dan dibilas di sebalik kata-kata dan komitmen atas nama mahukan perubahan, peralihan atau penyerapan idea baru demi menjana kemajuan dan pembagunan untuk rakyat. Semua itu adalah "belawak belaka". Pokok pangkalnya ialah kerana inginkan jawatan MB kerana jawatan itu cukup powerful dan berprestaj.

Perebutan jawatan dalam PKR tidak jadi sekecoh hari ini dan menjadi ikon kekalutan dalam PKR kalau aspirasi projek Kajang Move dihayati dan sudah lengsai. Malangnya projek itu gagal maka peluang masih terbuka untuk sesiapa menjadi MB Selangor. Natijahnya menyebabkan PKR menjadi kalut dan geger gegak.

Kalau boleh, bagi meredakan suasana dan membolehkan PKR kembali memantapkan diri, eloklah kalau Khalid insaf diri dengan segala macam tuntutan dan desakan yang dilakukan ke atasnya, dengan berundur secara terhormat. Khalid perlu berkorban kepada parti yang telah berkorban untuknya dengan melantik menjadi MB.

Dan tidak pula kalau Khalid berundur tempatnya diambil oleh Azmin. Sementara keadaan reda, bagilah kepada Dr Wan Azizah memimpin Selangor. Wan Azizah bukan saja boleh meredakan ledakan nafsu dalam PKR tetapi turut juga mengamankan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat terutamanya Pas yang dilihat macam sering bermimpikan mahukan jawayan itu.

Sifat keibuan yang ada kepada Dr Wan Azizah mampu mengembalikan perpaduan dalam Pakatan Rakyat seterus menjadikan Selangor sebagai negeri contoh dan disegani. [wm.kl.10:39 am 26/06/14]