BETUL KA KES KOBID DAH TURUN kerana 'Full Lockdown' yang 'ESSENTIAL' tu?


 

MOHD MUKHLIS


Sudah dijangka, angka kes baharu dah turun berikutan jumlah saringan telah dikurangkan hari demi hari. Dah buat 'Full Lockdown' ramailah yang dok kat rumah, kurang pergi buat saringan.


Bila nak naikkan angka kes.. buatlah saringan banyak-banyak. Bila nak turunkan angka kes.. kurangkan lah pulak buat saringan 😂😂


#KerajaanGagal

#dsaimemacukehadapan

#covidmenurun


KADAR UJIAN COVID19 DITURUNKAN KETIKA KES JANGKITAN MENINGGI SATU LAGI BUKTI #KERAJAANGAGAL – ANWAR

 

Sejak tujuh hari lalu, Kementerian Kesihatan telah melaporkan purata kes jangkitan Covid-19 sebanyak 99,094 kes. Kadar pengujian semakin menurun meski kadar jangkitan positif yang tinggi.

Kadar pengujian yang paling tinggi dilakukan satu hari adalah pada 4 Jun di mana 105,293 kes dilaporkan.

Saya telah mengajukan persoalan tentang rasional menurunkan kadar pengujian semasa PKP di mana kita tahu kes-kes sporadik sedang meningkat, kematian meningkat dan variasi terus merebak, dan ini ternyata membimbangkan.

Saat PKP ini mesti dimanfaatkan untuk membendung penularan wabak ini secara proaktif.

Pakar-pakar perubatan juga turut mempersoalkan tentang rendahnya kadar pengujian kita, dan mereka juga percaya bahawa laporan kes harian tidak menggambarkan jumlah kes jangkitan yang sebenar.

Logik mengatakan sekiranya kadar positif kes Covid-19 berada pada kadar 7% atau lebih, ia bermakna mengurangkan kadar pengujian akan memberikan gambaran yang salah tentang kes-kes jangkitan Covid-19.

Kesannya adalah lebih ramai yang dijangkiti Covid-19 tidak akan dikuarantin, lebih ramai yang akan menjangkiti yang lain, dan dalam beberapa minggu yang mendatang kita akan dibebankan dengan gelombang kes yang menggila tinggi dan juga kadar kematian tinggi.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan 10-30 pengujian untuk setiap satu kes yang telah disahkan. Berdasarkan syor dari WHO ini, kita harus lipatgandakan kadar pengujian.

Saya mengajukan soalan kepada Perdana Menteri, apakah rasional keraaan untuk tidak meningkatkan kadar ujian sekarang selain hanya untuk menutup kelemahan kerajaan untuk membendung wabak ini dan hanya menunggu fasa vaksinasi besar-besaran yang akan bermula pada bulan Julai atau Ogos ini.

Demi rakyat Malaysia, saya benar-benar berharap sebab untuk mengurangkan kadar pengujian bukan untuk menggambarkan kes semakin menurun bila secara realitinya kerajaan terus gagal dan rakyat terus mati.

Dengan pengujian besar-besaran kita akan mendapat gambaran sebenar tentang penularan wabak Covid-19, ambil langkah-langkah proaktif untuk kuarantin dan pengesanan kontak bagi melindungi warga yang terdedah dengan marabahaya untuk tiga bulan mendatang.

Saya telah menggesa sejak tahun lalu untuk meningkatkan keupayaan pengujian dan telah membangkitkannya kembali dalam minggu-minggu kebelakangan ini, namun tidak ada respon dan tindakan pantas dari pihak berwajib.

Ini secara tidak langsung menggambarkan langkah darurat hanya untuk menutup kelemahan kerajaan serta untuk mereka mengelak dari kebertanggungjawaban.

Sebaliknya, kerajaan ini terus berselirat dengan masalah untuk melaksanakan SOP yang mengelirukan dan menyusahkan orang ramai.

Sudah 15 bulan kita berdepan dengan ancaman wabak, tapi kerajaan masih menggunakan taktik dan strategi lapuk yang ternyata telah gagal.

Sentimen umum tentang kerajaan gagal adalah kesan langsung dari perencanaan yang tidak bijak dan mengelirukan.

ANWAR IBRAHIM

Presiden PKR/Pengerusi PH

7 Jun 2021.


TAK PANDU , IKUT NAIK BUAT APA? SUBAHAT LA...APA PUN TAHNIAH KEPADA PUAN NINI KERANA SIKAP BERANI ANDA MENDEDAHKAN PERBUATAN YANG TIDAK SEPATUTNYA

 

‘Saya tak pandu, hanya duduk saja’, Sanusi nafi dakwaan pandu uji




PETALING JAYA: Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak memandu uji kereta di Juru Auto City pada Sabtu lalu dan bersedia memaafkan wanita yang membuat dakwaan itu.

“Saya tidak memandu kereta itu (tetapi) hanya duduk di dalam kereta di sebelah jurujual manakala pengawal peribadi saya duduk di belakang.

“Bagaimanapun, saya serahkan kepada polis untuk membuat siasatan sama ada kejadian petang itu ada kaitan dengan pelanggaran SOP PKP 3.0.

“Saya tak kata saya tak salah, tetapi seandainya ia satu pelanggaran SOP, saya minta maaf kerana ia berlaku secara kebetulan,” portal Harakahdaily milik PAS memetik Sanusi sebagai berkata.

Sanusi juga berkata beliau memaafkan “makcik” yang mendakwa beliau melanggar SOP dengan memandu uji kenderaan di Juru Auto City pada Sabtu lalu, tanpa mengira niat wanita itu.

“Saya sedia memaafkan makcik itu. Kalau niat dia buruk pun saya maafkan. Kalau dia berniat baik saya puji sikapnya.

“Malah saya juga memaafkan semua yang pernah memaki hamun saya tidak kiralah kes apa-apa pun,” tambah beliau.

Sanusi berkata pihak yang mengambil gambarnya berhubung kejadian itu sepatutnya memastikan fakta sebelum membuat dakwaan.

“Orang yang ambil gambar itu pun mungkin niat baik nak tunjuk pemimpin langgar SOP. Cuma dia tak pun tanya saya dulu ‘mai’ (pergi) situ buat apa. Mungkin dia fikir saya rentas negeri kerana nak beli kereta,” jelasnya.

Menurutnya, sekiranya perbuatan itu dianggap sebagai satu kesalahan, beliau sedia membayar kompaun semua yang terlibat termasuk juru jual kenderaan berkenaan.

Sanusi berharap warganet tidak menyalahkan jurujual kereta terbabit kerana melayannya dengan baik ketika singgah di ruang pameran kenderaan tersebut.

Sabtu lalu, suri rumah Nini Siron, 36, memuat naik gambar seorang lelaki menyerupai Sanusi menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk di pandu uji bersama tiga orang lain, termasuk juru jual kereta.

Sebarang pandu uji kenderan dilarang bawah Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang berkuat kuasa sekarang.

Nini kemudian membuat laporan polis berhubung perkara itu pada hari sama.

Menurut laporan, polis telah mengambil keterangan beberapa individu dan dijadualkan mengambil kenyataan Sanusi petang tadi.

Susulan membuat laporan polis itu, Nini diserang dalam talian, dengan gambar keluarga dan anaknya disebarkan secara meluas di media sosial yang mengecam tindakannya itu.

Sanusi turut menasihatkan Nini menggunakan gajet yang dimilikinya bagi kerja-kerja kebaikan.

“Kalau dia perlu gajet yang baik untuk dapatkan gambar lebih jelas, saya bersedia hadiahkan untuknya gajet baharu.

“Tetapi ambil gambar yang baik-baik dan sebar untuk tujuan kebaikan,” tambahnya yang juga Adun Jeneri.

Beliau turut menasihatkan warganet menghentikan budaya memburukkan orang lain di media sosial.

PENGASAS WEBSITE "MAHAZALIMTWO" LAMAN REFORMASI MENINGGAL DUNIA.

 


Kematangan politik seseorang itu bergantung kepada bimbingan dan kepercayaan yang diberikan oleh mereka yang berhak. Pak Rahman sering menasihati untuk terus menjadi benteng presiden dan jalankan amanat dengan penuh keikhlasan.




Farhash Wafa Salvador

Abdul Rahman Yusof atau lebih dikenali sebagai Pak Rahman sudah bersama gerakan Reformasi di sisi Anwar Ibrahim sejak 1998 lagi. 

Langkah kanan beliau ke arena politik bermula sejak dipilih menjadi Ahli Parlimen Kemaman atas tiket Parti Keadilan Nasional pada masa itu.

Perjalanan politik Pak Rahman penuh dengan cabaran, namun kesetiaan dan kecekalan Allahyarham dalam meneruskan amanat Presiden tidak pernah terhenti. Pada suatu masa, khidmat kepada parti reformis diteruskan bersama Dr Wan Azizah Ismail ketika dilantik sebagai ketua pembangkang.

Sejak mengenali Pak Rahman beliau tidak pernah sesekali pun lekok ilmu malah sering berkongsi nasihat dan pengalaman orang lama. Sebagai Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, kami sering menempuhi pelbagai cabaran yang memerlukan kekuatan dari sebuah pasukan yang boleh dipercayai sepenuhnya.

Kematangan politik seseorang itu bergantung kepada bimbingan dan kepercayaan yang diberikan oleh mereka yang berhak. Pak Rahman sering menasihati untuk terus menjadi benteng presiden dan jalankan amanat dengan penuh keikhlasan.

Walaupun sudah sakit selama beberapa tahun, Allahyarham tidak pernah mengabaikan tugas malah masih boleh bergelak tawa bersama rakan-rakan. Pemergian beliau amat dirasai semua dan persahabatan kami yang sudah kian lama telah juga membantu membentuk kematangan politik dalam diri.

Terima kasih kerana sering memberikan sokongan di sebalik tabir dalam perjalanan politik saya sebagai Pengerusi Negeri, ahli Majlis Perwakilan Pusat dan Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّٰÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُÙˆْÙ†َ

Al-Fatihah



INILAH YANG ADA..

 

HAMZAH RIE NA


Itu lah kualiti yang ada pada menteri lantikan Mahiaddin ke kabinet. Individu² yang sudah ditolak rakyat dalam pilihanraya diangkat jadi orang penting dalam kepimpinan negara.

Apa rasionalnya? Kalau dalam pilihanraya orang tersebut sudah ditolak, apakah rakyat boleh terima mereka dalam kerajaan?

#KerajaanGagal

#PNipu

SR


May be an image of 2 people and text that says "SR Bertanding di Parlimen Ketereh KALAH PRU14 Bertanding di Parlimen Beaufort HILANG DEPOSIT DILANTIK JADI MENTERI KANAN DILANTIK JADI TIMBALAN MENTERI SILA LETAKJAWATAN! #KerajaanGagal"


ADUHAI....

 May be an image of text that says "Rozy Bukan Mawar Bangkhai Soalan hakak, susu siapa dia minum?? #hakaktanyaje Translate weet Takiyuddin Haji Hassan PAS-UMNO adalah hubungan Adik Beradik sedarah sedaging yang HARAM diputuskan. PAS-BERSATU adalah hubungan Adik Beradik Sesusu.. Ketiga- tiga WAJIB disatukan kembali dalam Keluarga Besar PERPADUAN NASIONAL dem Bangsa, Agama,... Hubungan Umno-PAS perlu terus diperkukuh, bukan ditamatkan, kata Md Alwi"

TEORI EKONOMI PAK LEBAI

 May be an image of text that says "Mohd Fadli Ghani 0hrs Kalau kita nak harga sawit mahal... Kita kena terima hakikat, minyak masak juga akan jadi mahal MOHD FADLI GHANI Published Research Dessertations ✓Scholarly Books ✓Magazine & Newspaper Articles Book Reviews Mohd Fadli Ghani"



MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFF


Inilah kelebihan mereka kalau memerintah.

Minyak masak naik 100% pun tak ada masalah. Hanya kena redha dah terima hakikat sahaja.

Pesawat Israel di ruang udara? Tafaddal alaikum, janji jangan loitering kat airspace. Kalau bising lebih2 orang alim MCA tak redha.

Tukar Ford Raptor lepas bosan dengan Vellfire? Tokkey MB nak naik biba.

RUU355? Panjang lagi perjalanan, dulu kita berapi sebab jadi pembangkang.

Yang paling sedih penyokong mereka adalah golongan paling banyak jadi B40; bab minyak masak jadi mahal pun lebai mereka boleh pandang enteng.

Macam inilah, mereka ini hanya berguna kalau jadi pembangkang.

Kalau jadi kerajaan, yang depa dok canang teknokarat itu tak berguna satu habuk pun selagi akal mereka masih di pajak gadai pada pimpinan.

 

Belum ada jemputan rasmi, pertemuan Agong, pemimpin utama parti politik mungkin sekadar khabar angin

 

Presiden MIC, S A Vigneswaran, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden MCA Wee Ka Siong masing-masing belum menerima sebarang jemputan rasmi. (Gambar Facebook UMNO)

PUTRAJAYA: Dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong akan memanggil presiden parti utama menghadap dalam masa terdekat bagi membincangkan isu penamatan proklamasi darurat mungkin sekadar ‘khabar angin’ semata-mata berikutan ramai pemimpin terbabit belum menerima sebarang jemputan rasmi daripada Istana Negara untuk berbuat demikian.

Ini terbukti apabila sehingga kini Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi belum menerima sebarang surat jemputan rasmi untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bagi membincangkan keperluan menamatkan proklamasi darurat dalam tempoh terdekat.

Sumber memberitahu FMT, sehingga kini Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Ahli Parlimen Bagan Datoh itu belum menerima sebarang jemputan dari Istana Negara.

Begitu juga dimaklumkan Presiden MIC, S A Vigneswaran ketika dihubungi.

“Tiada. Mungkin jemputan berkenaan hanya membabitkan parti utama sahaja,” ringkasnya ketika dihubungi hari ini.

Seorang pegawai khas Presiden MCA, pula mengesahkan sehingga kini Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong belum menerima jemputan seumpama itu.

Sementara itu, Presiden Gerakan, Dominic Lau Hoe Chai yang turut mengesahkan belum menerima sebarang jemputan seumpama itu percaya perkara itu hanyalah khabar angin dan polemik sengaja ditimbulkan pihak tertentu untuk memberi tekanan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

“Pada saya tiada keperluan untuk kita mempolemikkan soal keperluan persidangan Parlimen kerana apa yang penting sekarang ialah semua pihak termasuk orang politik perlu berganding bahu bagi mengawal kadar jangkitan dan kematian penularan Covid-19, sekali gus menyelamatkan nyawa rakyat.

“Sudah tiba masanya semua parti dan pemimpin politik berhenti berbalah demi kepentingan peribadi dan memberi fokus 100% kepada usaha membantu rakyat yang terkesan pandemik Covid-19.

“Inilah masanya kita menggerakkan seluruh jentera parti untuk turun ke peringkat akar umbi untuk mengenal pasti rakyat terjejas akibat Covid-19 dan menghulurkan bantuan sewajarnya kepada mereka,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan Yang di-Pertuan Agong akan bertemu dengan pemimpin-pemimpin parti politik utama di negara ini pada 9 hingga 11 Jun 2021.

Menurut beberapa sumber, Yang di-Pertuan Agong dijangka bertemu Presiden Bersatu yang juga Perdana Menteri dalam sesi pertama, diikuti parti-parti lain yang mempunyai perwakilan dalam Dewan Rakyat.

Bagaimanapun sumber tersebut menyatakan ia hanyalah pertemuan bagi mendapat pandangan dan tiada sebarang perencanaan perubahan kerajaan darurat dalam masa terdekat.

Desakan bagi menghentikan projek Reklamasi Selatan Pulau Pinang semakin mendapat perhatian


Baik hentikan projek reklamasi mega ini dan fikir alternatif lestari yang lain bagi memastikan keselamatan makanan serta sistem pengangkutan yang lebih mampan



Aliran mendukung desakan bagi membatalkan projek Reklamasi Pulau Pinang Selatan seluas 4,500 ekar itu.

Sejak beberapa minggu yang lalu, kelompok masyarakat sivil serta yang lain menyatakan dukungan terhadap komen oleh Nurul Izzah Anwar bagi membatalkan projek ini. Beliau mengkritik keperluan bagi projek kontroversi ini, apatah lagi saat berdepan dengan pandemik serta ketidaktentuan keadaan ekonomi sekarang.

Ahli Parlimen Permatang Pauh ini memetik penilaian impak alam sekitar bagi projek ini yang menyatakan bahawa ianya akan mengakibatkan kehilangan alam sekitar secara kekal: “Kerosakan alam yang kekal serta kesan yang berlarutan turut akan dialami oleh ekosistem dataran lumpur, pembiakan ikan, pendaratan penyu, serta batu karang di Pulau Rimau. Kerosakan berkekalan akan memberikan impak negatif yang signifikan kepada sumber perikanan, nelayan serta pengeluaran dan keselamatan makan negara.”

Kesan kepada keselamatan makanan negara sahaja merupakan sebuah alasan yang kukuh bagi membatalkan projek.

Kerosakan diakibatkan oleh reklamasi dan perlombongan pasir akan menyebabkan “kerosakan yang tidak dapat diganti dan dibaiki semula” terhadap kehidupan lebih dari 6,000 warga nelayan, bukan saja di Pulau Pinang, malahan di luarnya juga.

Seperti yang dinyatakan oleh NGO serta beberapa yang lain, Nurul Izzah juga menyatakan bahawa pelan reklamasi awal sudah berubah banyak dari pelan utama pengangkutan Pulau Pinang yang asal. Walaupun beliau serta rakannya di dalam parti (PKR) pada awalnya menyokong usaha ke arah pengangkutan awam yang lebih baik, mereka “mula timbul keraguan apabila PTMP berubah untuk memasukkan pembinaan lebuhraya mega melintas bukit serta sungai, LRT, monorel, teksi udara (skycab) serta kawasan reklamasi”.

Kerajaan negeri, memetik kajian oleh PricewaterhouseCoopers, sekarang menyatakan bahawa kawasan yang direklamasi – dan akan dijual kepada pihak pemaju perumahan – akan mendapat keuntungan ekonomi bagi negeri bagi jangka masa panjang: RM70bn di dalam bentuk pelaburan asing langsung yang membuka ruang kepada 300,000 kerja di dalam tempoh 30 tahun.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Namun, ianya tidak jelas jika kajian ini dijalankan sebelum atau selepas pandemik bermula dan bagaimana angka ini dicapai. Pandemik Covid, seperti yang kita tahu, mengganggu-gugat ekonomi di peringkat global, yang sudah pun mengakibatkan kesenjangan ekonomi dan kekayaan yang meruncing. Keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang cukup sukar untuk dijangka bukan saja tiga tahun ke hadapan, apatah lagi tiga dekad nanti.

Berbanding menggunakan pengindustrian sebagai dalih bagi reklamasi tanah, kerajaan negeri sepatutnya memikirkan alternatif pembangunan lestari di tanah besar Pulau Pinang. Ia juga dapat membina ribuan kerja baru dengan memilih sistem pengangkutan ke seluruh negeri dengan mengutamakan pengangkutan mampan seperti bas, teksi air, feri serta tram tanpa landasan – serta pembinaan dan penyeliaan infrastuktur bagi mendukung sistem ini.

Melihat kepada realiti perubahan iklim, kerajaan negeri sepatutnya boleh melakukan apa yang terdaya bagi mengekalkan alam sekitar, termasuklah biodiversiti laut, berbanding dengan mengganggu keselamatan makanan bagi mengejar pembangunan yang tidak lestari. Kerajaan negeri juga patut menghormati cabaran mahkamah oleh masyarakat nelayan bagi menolak penerimaan penilaian impak alam sekitar. Cabaran mahkamah ini, yang dijadualkan akan didengarkan nanti, diperuntukkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Desakan untuk membatalkan projek tidak lestari ini (#PenangTolakTambak) semakin mendapat sambutan dengan ahli politik, akademik serta pelbagai kelompok masyarakat sivil mula menyatakan kebimbangan. Petisyen atas talian menolak projek ini sudah mengutip 117,000 tandatangan sehingga kini. Sebuah lagi petisyen bagi menyelamatkan penyu laut spesis zaitun ridley serta kehidupan nelayan yang akan terkesan dengan reklamasi pula sudah berjaya mendapat 246,000 tandatangan.

Inilah waktunya untuk membatalkan terus projek reklamasi mega dan memikirkan alternatif lestari yang lain bagi bagi memastikan keselamatan makanan serta sistem pengangkutan yang lebih mampan di dalam dunia pasca-Covid.

READ MORE:  Istimewa Kawasan Selatan

 

Jawatankuasa eksekutif Aliran
6 Jun 2021

Selamatkan kawasan selatan Pulau Pinang daripada dimusnahkan – Nelayan

 

Projek pembangunan ini bukan sahaja mengancam perkerjaan nelayan tetapi juga bakal membawa kemusnahan kepada alam sekitar

By

 Aliran admin

 -

ARTIKEL INI DISIARKAN PADA 3 JUN 2021   LEPAS. NAMUN UNTUK KEFAHAMAN PEMBACA BLOG WRLR, IANYA DITERBITKAN SEMULA UNTUK PEMBACA YANG BUDIMAN

 


Zakaria Ismail is the head of the Sungai Batu Fishermen's Unit - ANIL NETTO/ALIRAN


Unit Nelayan Sungai Batu serta Unit Nelayan Teluk Kumbar yang berpengkalan di selatan Pulau Pinang menyambut baik kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah dan Ahli Parlimen Kepala Batas Reezal Merican berhubung dengan bantahan serta kritikan terhadap projek Penang South Reclamation.

Pihak kami amat berterima kasih dengan ucapan dan pandangan kedua-dua YB yang memahami perasaan nelayan dan bersolidariti bersama kami dalam mempertahankan sumber pendapatan kami serta memelihara sumber-sumber laut.

Unit Nelayan Sungai Batu serta Unit Nelayan Teluk Kumbar merupakan unit nelayan yang bakal terkesan secara terus jika projek Penang South Reclamation ini dijalankan.

Pihak kami telah melakukan pelbagai siri bantahan terhadap projek ini kerana kami sedar segala keburukan yang bakal terjadi kepada komuniti kami dari sudut kelangsungan hidup serta dari sudut kemusnahan alam sekitar dan perubahan iklim.

Pada waktu pandemik melanda negara kita ini yang menyebabkan banyak industri tidak dapat berfungsi serta menyebabkan ramai orang hilang punca pendapatan, perkerjaan nelayan ini terbukti sebagai satu perkerjaan yang utuh dan mampan kerana masih dapat membantu komuniti setempat dalam membekalkan ikan pada harga yang rendah dan tidak membebankan komuniti setempat yang mempunyai masalah kewangan.

Pekerjaan nelayan juga merupakan satu alternatif kepada komuniti setempat yang telah hilang punca pendapatan ataupun mempunyai masalah ekonomi sewaktu negara kita dilanda pandemik ini.

Umum mengetahui bahawa sewaktu negara kita dilanda oleh pandemik ini antara masalah yang menjadi kerisauan ramai pihak adalah isu jaminan keselamatan makanan (food security) kita pada jangka masa yang panjang.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Dari satu sudut, negara kita bakal ditekan oleh isu jaminan keselamatan makanan jika kita tidak menguruskan sumber-sumber kita dengan baik.

Dan dari sudut yang lain pula, sumber-sumber perolehan makanan kita semakin ditekan oleh pembangunan yang tidak terkawal serta pencemaran.

Pihak kami ingin menggesa pihak kerajaan negeri untuk memikirkan semula percaturan mereka di dalam merancang pembangunan di Pulau Pinang dan membatalkan projek Penang South Reclamation ini demi untuk kelangsungan hidup komuniti nelayan serta rakyat Pulau Pinang pada masa hadapan kerana manusia ini lebih memerlukan makanan daripada pembangunan.

Pihak kami juga ingin mencadangkan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang supaya menjadikan kawasan Pulau Pinang Selatan ini sebagai pusat penghasilan makanan laut.

Selain itu, pihak kami juga menzahirkan kebimbangan terhadap komuniti nelayan di utara Perak kerana aktiviti pengambilan pasir yang bakal dirancang untuk menambak kawasan tiga pulau ini adalah daripada kawasan utara Perak iaitu dari kawasan Tanjung Piandang sehinggalah ke kawasan Pantai Pasir Panjang.

Pihak kerajaan negeri Pulau Pinang serta pihak pemaju yang terlibat langsung tidak mengambil peduli serta mendengar suara nelayan di kawasan utara Perak yang juga bakal terjejas daripada projek penambakkan ini. Komuniti nelayan di kawasan tersebut seolah-olah tidak terbela kerana tidak ada langsung rundingan ataupun kenyataan dari pihak kerajaan negeri Pulau Pinang, sedangkan komuniti nelayan di sana juga merupakan mangsa kepada projek ini.

Pihak kami juga menggesa mana-mana ahli Parlimen ataupun ahli dewan undangan negeri di Malaysia untuk turut membantu dan mendengar suara komuniti nelayan di utara Perak.

Akhir sekali, kami juga ingin mengingatkan kepada pihak kerajaan negeri dan juga pihak pemaju bahawa kami sebagai nelayan tidak akan berhenti berjuang dalam mempertahankan laut tempat kami mencari rezeki.

Pihak kami juga menyeru kepada semua ahli Parlimen, ahli dewan undangan negeri, aktivis, NGO, para akademik dan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama bersolidariti dengan nelayan di kawasan selatan untuk mempertahankan kawasan selatan Pulau Pinang daripada dimusnahkan oleh projek pembangunan yang bukan sahaja mengancam perkerjaan kami tetapi juga bakal membawa kemusnahan kepada alam sekitar.

 

Roslizan Ramli ialah ketua Unit Nelayan Teluk Kumbar manakala Zakaria Ismail ialah ketua Unit Nelayan Sungai Batu

Terkini! Agong titah menghadap semua ketua parti politik utama?

 

Terkini! Agong titah menghadap semua ketua parti politik utama?

SuaraTV difahamkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dijangka akan bertemu dengan pemimpin-pemimpin parti politik utama di negara ini pada 9-11 Jun 2021.

Menurut beberapa sumber, Baginda dijangka bertemu Presiden Bersatu yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sesi pertama, diikuti dengan parti-parti lain yang mempunyai perwakilan dalam Dewan Rakyat.

Bagaimanapun sumber tersebut menyatakan ia hanyalah pertemuan bagi mendapat pandangan dan tiada sebarang perencanaan perubahan kerajaan darurat dalam masa terdekat.

Baginda juga dijangka menggunakan pertemuan tersebut untuk mendengar pandangan isu semasa dan mengenai lanjutan proklamasi darurat.

Proklamasi Darurat yang dibuat pada 12 Januari 2021 akan berakhir pada 1 Ogos 2021. Baginda dijangka akan membuat keputusan sama ada akan menamatkan Darurat atau menyambung lagi pada Julai nanti.

Terdapat pandangan Darurat wajar disambung sekurang-kurangnya sehingga 31 Disember 2021 memandangkan ancaman pandemik Covid-19 masih serius membabitkan ribuan kes sehari dan usaha vaksinasi belum mencapai 50%.

Bagi pelanjutan tempoh Darurat juga, Baginda dijangka akan mendengar pandangan Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria

VIDEO : KENAPA KKM MENGAMBIL MASA SETAHUN LEBIH BARU MENGGUNAKAN IVERMECTIN? KEN...

VIDEO : Kenapa Kongres Keadilan DITANGGUHKAN ?

VIDEO : [PANAS] DATO KAMAL SERANG MB KEDAH & MENTERI² PAS YANG MEMALUKAN? KILANG...

KAH...TERBELAKAH ANDA SEMUA ATAU TERANCAM ?

 May be an image of ‎text that says "‎#deep Rakyat cari FOOD Lebai cari FORD رSاد‎"‎



HAMZAH RIE NA


Ambekkkkk dulu kemain Islam terancam, Melayu dijajah DAP , Raja-Raja Melayu terancam, nasib arwah Adib Tak terbela, RUU 355 dan Hudud kami mahukannnn!

Sekarang apa dah jadi bai? Dah terbela semuanya ker bai? Aman sangat ker Malaysia sekarang ni? Sekolah, masjid tutup tapi kedai judi, dan kilang arak buka. Tak kerana netizen balun sampai laaa ni kilang calsberg tu beroperasi! Bai ohhhh bai mampuih korang nak menjawab depan Allah, kerana retorik politik korang yang gred A tu!

 

WARISAN PULAU PINANG

 

DAPAT KE PN HABIH MELINGKUP


May be an image of body of water




PAKSU BAGAN


Sedih melihat keadaan Feri Pulau Pinang yg dibiarkan tersadai dan tenggelam di Dermaga yg terletak di dalam kampung saya membesar.

Sebahagian sejarah Pulau Pinang terkandung di dalam Feri berkenaan.

Harap pihak pihak yg berkenaan dpt membuat sesuatu bg membaik pulih utk dijadikan tatapan serta kenangan kepada generasi yg akan datang...

SELAMATKAN HARTA WARISAN PULAU PINANG..

 

AKHIRNYA....HAAA...PAKAT ELOK ELOK..UMNO TUNGGU APA LAGI? HANGPA BUKAN ADA APA PUN?SILAP SILAP PARTI PUN NAK KENA HARAM?

 May be an image of text that says "MD dateline MALAYSIA HOME BERITA VIDEO RENCANA KOLUM Sementara itu, Malaysia Dateline dimaklumkan, Istana Negara dikatakan akan memanggil pimpinan semua parti bagi menghadap baginda Yang Dipertuan Agong mulai 9 Jun hingga 11 Jun ini. Ia dikatakan bertujuan untuk membincangkan pembinaan semula negara selepas didapati kerajaan yang ada ini gagal mengendalikan kes Covid-19 sehingga menjadi antara negara paling teruk di dunia. "Sesuatu mungkin berlaku termasuk pembinaan semula negara dengan penglibatan semua parti," kata sumber itu."

SALAH GUNA KUASA: Polis dijangka ambil keterangan MB Kedah petang ini

 


HAAA...CAIAUN...KAH...KAH...KAH.......

May be an image of 1 person and text that says "TERKINI ENGLISH MALAYSIA VIDEO DU Pandu uji kereta: Polis sudah rakam percakapan lima individu, MB Kedah akan dipanggil Dewi Nur Harasha Alias Jun 7, 2021 13:27 MYT SHAFEE Shafee (gambar) ketika dihubungi memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan dan kertas siasatan akan d rujuk ke pejabat pendakwa raya sebaik siasatan selesai. -Gambar fail f"






Penularan gambar dan video memaparkan individu mirip Muhammad Sanusi Md Nor memandu uji kenderaan di Juru Auto City pada Sabtu lalu ketika perintah kawalan pergerakan penuh sedang dikuatkuasakan.

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dijangka diambil keterangan oleh polis petang ini berhubung dakwaan beliau memandu uji kenderaan di Juru Auto City, Pulau Pinang pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Shafee Abd Samad berkata, lima individu sudah diambil keterangan berhubung perkara itu sehingga kini.

“Kertas siasatan akan segera dirujuk ke pihak pendakwa raya, selepas semua keterangan diambil dan siasatan lengkap,” katanya dipetik Astro Awani hari ini.

Semalam, Shafee dilaporkan berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Kelmarin, kecoh di media sosial susulan penularan gambar dan video memaparkan individu mirip Sanusi memandu uji sebuah kenderaan, sedangkan negara kini di bawah perintah kawalan pergerakan penuh, dengan pusat jualan dan pameran kenderaan tidak dibenarkan beroperasi.

Bagaimanapun, Setiausaha politik Menteri Besar Kedah, Afnan Hamimi Taib Azamuddin menafikan Sanusi melanggar SOP dan dakwaan itu fitnah semata-mata.

Katanya, kehadiran Sanusi di pusat pameran itu secara kebetulan dan bukannya berniat mahu membeli kereta, sebaliknya hanya datang untuk melihat sahaja.

RAMAI SOKONG MB MERAK BUIH DI SIASAT

 

Ramai sokong wanita dedah ‘pandu uji’ MB



Selepas memuat naik catatan mengenai ‘pandu uji’, Nini Siron diserang penyokong Menteri Besar Kedah, tetapi ramai turut menyokong tindakannya. (Gambar Facebook)

GEORGE TOWN: Ahli politik dan aktivis menyuarakan sokongan mereka terhadap seorang wanita yang mendedahkan tindakan didakwa melanggar SOP perintah kawalan pergerakan membabitkan Menteri Besar Kedah dan dua pembantunya ketika “memandu uji kereta” Sabtu lalu.

Suri rumah Nini Siron, 36, yang membuat laporan polis berhubung pelanggaran SOP jelas itu, kemudiannya diserang dalam talian, dengan gambar keluarga dan anaknya disebarkan secara meluas di media sosial.

Wanita itu memuat naik gambar dan video seorang lelaki menyerupai Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sedang memandu uji sebuah kenderaan baru, aktiviti yang dilarang di bawah peraturan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Pembantunya kemudian menafikan ia adalah pandu ujian, sebaliknya mereka sekadar melihat kenderaan itu ketika berhenti untuk membeli makanan.

Aktivis, Marina Mahathir berkata, serangan ke atas Nini ialah tindakan pengecut kerana beliau sekadar menunjukkan sikap dwistandard.

“Adakah MB di atas undang-undang? Beliau kata hanya cuba melakukan apa yang disyorkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), untuk menjadi mata dan telinga terhadap pengingkar PKP yang membahayakan masyarakat. Lebih teruk lagi, mereka sepatutnya menjadi teladan kepada kita semua.

“Ini menunjukkan betapa korupnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini dari segi moral kerana berbanding memihak kepada rakyat, penyokongnya berpihak kepada ahli politik yang melanggar peraturan secara terang-terangan hanya kerana mereka boleh berbuat demikian.

“Kerajaan ini nampaknya mahu memisahkan diri daripada rakyat.”

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, partinya akan menyediakan perkhidmatan guaman percuma kepada Nini dan individu lain yang menjadi mangsa kerana mengkritik kerajaan PN serta pemimpinnya.

“Nini sangat marah melihat orang masih melanggar SOP dan mengikut nasihat MKN untuk menjadi mata dan telinga mereka.

“Ini satu lagi contoh dwistandard dalam penguatkuasaan sekatan PKP antara VIP dan rakyat marhaen yang disaman kerana tidak mematuhi peraturan.

“Nini harus dipuji atas kesedaran siviknya, bukannya dicerca penyokong MB Kedah,” katanya dalam kenyataan.

Senator Yusmadi Yusoff mengutuk warganet yang melakukan intimidasi dan mengganggu wanita itu serta keluarganya.

Beliau turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap pembuli terbabit.

“Nini hanya menyampaikan maklumat berkepentingan awam untuk penilaian pihak berkuasa bagi tindakan lanjut. Sekiranya perkara tersebut mempunyai elemen kesalahan undang-undang, pihak berwajib perlu ambil tindakan segera. Undang-undang tidak kenal pangkat,” kata peguam dan ketua Pusat Hak Rakyat itu.

Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto berkata, Nini sepatutnya dipuji kerana mendedahkan tindakan itu, manakala menteri komunikasi dan multimedia harus menyuarakan pendiriannya untuk membendung pembulian siber.

Pada masa sama, katanya, menteri besar itu patut menggesa penyokongnya berhenti menghina dan membuat kenyataan merendah-rendahkan Nini.

“Sepatutnya, MB itu tampil menjelaskan. Dan soalan perlu ditanya: adakah bilik pameran dibenarkan dibuka ketika PKP? Jika tidak, kenapa ia dibuka? Dan adakah MB diberi kuasa untuk memandu uji serta aktiviti lain, seperti yang disaksikan Nini?