Projek pembangunan ini bukan sahaja mengancam
perkerjaan nelayan tetapi juga bakal membawa kemusnahan kepada alam sekitar
By
Aliran admin
-
ARTIKEL INI DISIARKAN PADA 3 JUN 2021 LEPAS. NAMUN UNTUK KEFAHAMAN PEMBACA BLOG WRLR, IANYA DITERBITKAN SEMULA UNTUK PEMBACA YANG BUDIMAN
Zakaria Ismail is the
head of the Sungai Batu Fishermen's Unit - ANIL NETTO/ALIRAN
Unit Nelayan Sungai Batu serta Unit Nelayan Teluk Kumbar yang
berpengkalan di selatan Pulau Pinang menyambut baik kenyataan yang dikeluarkan
oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah dan Ahli Parlimen Kepala Batas
Reezal Merican berhubung dengan bantahan serta kritikan terhadap projek Penang
South Reclamation.
Pihak kami amat berterima kasih dengan ucapan dan pandangan
kedua-dua YB yang memahami perasaan nelayan dan bersolidariti bersama kami
dalam mempertahankan sumber pendapatan kami serta memelihara sumber-sumber
laut.
Unit Nelayan Sungai Batu serta Unit Nelayan Teluk Kumbar
merupakan unit nelayan yang bakal terkesan secara terus jika projek Penang
South Reclamation ini dijalankan.
Pihak kami telah melakukan pelbagai siri bantahan terhadap
projek ini kerana kami sedar segala keburukan yang bakal terjadi kepada
komuniti kami dari sudut kelangsungan hidup serta dari sudut kemusnahan alam
sekitar dan perubahan iklim.
Pada waktu pandemik melanda negara kita ini yang menyebabkan
banyak industri tidak dapat berfungsi serta menyebabkan ramai orang hilang
punca pendapatan, perkerjaan nelayan ini terbukti sebagai satu perkerjaan yang
utuh dan mampan kerana masih dapat membantu komuniti setempat dalam membekalkan
ikan pada harga yang rendah dan tidak membebankan komuniti setempat yang
mempunyai masalah kewangan.
Pekerjaan nelayan juga merupakan satu alternatif kepada komuniti
setempat yang telah hilang punca pendapatan ataupun mempunyai masalah ekonomi
sewaktu negara kita dilanda pandemik ini.
Umum mengetahui bahawa sewaktu negara kita dilanda oleh pandemik
ini antara masalah yang menjadi kerisauan ramai pihak adalah isu jaminan
keselamatan makanan (food security) kita pada jangka masa yang panjang.
Support
the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email
updates or weekly newsletters or both
·
Make a one-off
donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Schedule an auto donation to Aliran
every month or every quarter
·
Become an Aliran
member
Dari satu sudut, negara kita bakal ditekan oleh isu jaminan
keselamatan makanan jika kita tidak menguruskan sumber-sumber kita dengan baik.
Dan dari sudut yang lain pula, sumber-sumber perolehan makanan
kita semakin ditekan oleh pembangunan yang tidak terkawal serta pencemaran.
Pihak kami ingin menggesa pihak kerajaan negeri untuk memikirkan
semula percaturan mereka di dalam merancang pembangunan di Pulau Pinang dan
membatalkan projek Penang South Reclamation ini demi untuk kelangsungan hidup
komuniti nelayan serta rakyat Pulau Pinang pada masa hadapan kerana manusia ini
lebih memerlukan makanan daripada pembangunan.
Pihak kami juga ingin mencadangkan kepada kerajaan negeri Pulau
Pinang supaya menjadikan kawasan Pulau Pinang Selatan ini sebagai pusat
penghasilan makanan laut.
Selain itu, pihak kami juga menzahirkan kebimbangan terhadap
komuniti nelayan di utara Perak kerana aktiviti pengambilan pasir yang bakal
dirancang untuk menambak kawasan tiga pulau ini adalah daripada kawasan utara
Perak iaitu dari kawasan Tanjung Piandang sehinggalah ke kawasan Pantai Pasir
Panjang.
Pihak kerajaan negeri Pulau Pinang serta pihak pemaju yang
terlibat langsung tidak mengambil peduli serta mendengar suara nelayan di
kawasan utara Perak yang juga bakal terjejas daripada projek penambakkan ini.
Komuniti nelayan di kawasan tersebut seolah-olah tidak terbela kerana tidak ada
langsung rundingan ataupun kenyataan dari pihak kerajaan negeri Pulau Pinang,
sedangkan komuniti nelayan di sana juga merupakan mangsa kepada projek ini.
Pihak kami juga menggesa mana-mana ahli Parlimen ataupun ahli
dewan undangan negeri di Malaysia untuk turut membantu dan mendengar suara
komuniti nelayan di utara Perak.
Akhir sekali, kami juga ingin mengingatkan kepada pihak kerajaan
negeri dan juga pihak pemaju bahawa kami sebagai nelayan tidak akan berhenti
berjuang dalam mempertahankan laut tempat kami mencari rezeki.
Pihak kami juga menyeru kepada semua ahli Parlimen, ahli dewan
undangan negeri, aktivis, NGO, para akademik dan seluruh rakyat Malaysia untuk
bersama-sama bersolidariti dengan nelayan di kawasan selatan untuk
mempertahankan kawasan selatan Pulau Pinang daripada dimusnahkan oleh projek
pembangunan yang bukan sahaja mengancam perkerjaan kami tetapi juga bakal
membawa kemusnahan kepada alam sekitar.
Roslizan Ramli ialah ketua Unit Nelayan Teluk Kumbar manakala
Zakaria Ismail ialah ketua Unit Nelayan Sungai Batu