Kematangan politik seseorang itu
bergantung kepada bimbingan dan kepercayaan yang diberikan oleh mereka yang
berhak. Pak Rahman sering menasihati untuk terus menjadi benteng presiden dan
jalankan amanat dengan penuh keikhlasan.
Farhash Wafa Salvador
Abdul Rahman Yusof atau lebih dikenali sebagai Pak Rahman sudah bersama gerakan Reformasi di sisi Anwar Ibrahim sejak 1998 lagi.
Langkah kanan beliau ke arena politik bermula sejak dipilih menjadi Ahli Parlimen Kemaman atas tiket Parti Keadilan Nasional pada masa itu.
Perjalanan politik Pak Rahman penuh dengan cabaran, namun kesetiaan dan kecekalan Allahyarham dalam meneruskan amanat Presiden tidak pernah terhenti. Pada suatu masa, khidmat kepada parti reformis diteruskan bersama Dr Wan Azizah Ismail ketika dilantik sebagai ketua pembangkang.
Sejak mengenali Pak Rahman beliau tidak pernah sesekali pun lekok ilmu malah sering berkongsi nasihat dan pengalaman orang lama. Sebagai Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, kami sering menempuhi pelbagai cabaran yang memerlukan kekuatan dari sebuah pasukan yang boleh dipercayai sepenuhnya.
Kematangan politik seseorang itu bergantung kepada bimbingan dan kepercayaan yang diberikan oleh mereka yang berhak. Pak Rahman sering menasihati untuk terus menjadi benteng presiden dan jalankan amanat dengan penuh keikhlasan.
Walaupun sudah sakit selama beberapa tahun, Allahyarham tidak pernah mengabaikan tugas malah masih boleh bergelak tawa bersama rakan-rakan. Pemergian beliau amat dirasai semua dan persahabatan kami yang sudah kian lama telah juga membantu membentuk kematangan politik dalam diri.
Terima kasih kerana sering memberikan sokongan di sebalik tabir dalam perjalanan politik saya sebagai Pengerusi Negeri, ahli Majlis Perwakilan Pusat dan Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ
Al-Fatihah