BERDAMAI DENGAN AZMIN.BERMAKNA LALUAN PM8 LEBIH CERAH



Sehari sebelum berlangsungnya kongres AMK dan Wanita PKR esok, satu berita gembira muncul hari ini iaitu berlakunya perdamaian antara Anwar Ibrahim dengan Azmin Ali.
Buat pertama kalinya sejak lebih setahun lalu, Azmin petang tadi hadir mesyuarat Biro Politik PKR yang dipengerusikan Anwar di mana sebelum itu mereka berdua telah mengadakan perbincangan ke arah mengukuhkan parti di Bangunan Parlimen.
Dengan perdamaian itu, Azmin bersama penyokongnya setuju hanya ada satu kongres PKR iaitu di Melaka dan membatalkan ura-ura mengadakan kongres berasingan di ibu kota.
Dengan langkah itu, tradisi parti turut dikembalikan di mana Azmin selaku Timbalan Presiden akan merasmikan Kongres AMK dan Wanita PKR secara serentak, manakala Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan melakukan perasmian penutupnya.
Dalam erti kata lain, perdamaian ini adalah keputusan menang-menang bagi Anwar dan Azmin serta menjadikan semua orang menjadi ceria serta gembira menghadiri kongres di Melaka nanti.
Perkembangan terbaru ini tentu saja suatu berita baik buat semua ahli PKR kerana sejak lebih setahun lalu, isu pergeseran antara kedua-dua pemimpin tersebut sentiasa menghantui mereka.
Pergeseran itu bukan saja menjadikan PKR, parti terbesar dan mempunyai jumlah Ahli Parlimen teramai dalam PH, nampak berpecah, malah menjadikannya kelihatan kian lemah.
Keadaan itu sekaligus boleh dijadikan alasan untuk melewat-lewatkan pelan peralihan kuasa yang sudah dipersetujui daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar.
Dalam keadaan pergeseran itu, Azmin bukan saja lantang menolak peralihan kuasa kepada Anwar, malah kadangkala seperti beliau sedang dipergunakan oleh pihak lain yang berkepentingan untuk menggagalkannya.
Kini, dengan berdamainya Azmin dengan Anwar, selain kembali menjadikan PKR parti yang unggul dalam PH, malah tentu saja membuatkan isu peralihan kuasa tidak lagi bermasalah.
Dengan kembalinya Azmin bergandingan rapat dengan Anwar memperkukuhkan PKR, bermakna beliau bukan saja menerima kembali kepimpinan Anwar dalam parti, ia tentu juga diikuti dengan keakuran terhadap kedudukan Presiden PKR itu sebagai bakal PM8 tanpa berbelah-bagi.
Yesss…laluan Anwar menuju PM8 tidak lagi berdepan sebarang halangan atau cubaan untuk menggagalkannya.
Dalam waktu terdekat ini, logiknya, sebagaimana yang sudah dipersetujui oleh Tun Mahathir sendiri, perbincangan dan penetapan tarikh peralihan kuasa itu sudah pun boleh dimuktamadkan oleh Majlis Presiden PH. (ShahbudinHusin 04/12/2019)

APAKAH MEMANG WUJUD PERANCANGAN MAHATHIR MENGGAGALKAN ANWAR IBRAHIM MENJADI PM8, ATAU SEKADAR PENDAPAT@PANDANGAN ORANG RAMAI??




APAKAH MEMANG WUJUD PERANCANGAN MAHATHIR MENGGAGALKAN ANWAR IBRAHIM MENJADI PM8, ATAU SEKADAR PENDAPAT@PANDANGAN ORANG RAMAI??

MARI MELIHAT KPD PERISTIWA YG SUDAH BERLAKU
PERCUBAAN 1
Cuba menggagalkan  ANWAR IBRAHIM MENJADI AHLI PARLIMEN PD selepas dibebaskan dari penjara.
Beberapa kenyataan telah dikeluarkan oleh sekutu Azmin Ali tentang ketidakperluan atau mungkin kalah jika  bertanding di PD dari Dr. Afifuddin, Zuraidah beberapa pemimpin PKR lagi
Bersatu ne9 dibubarkan mungkin faktor tidak menyokong, atau cubaan sabotaj PRK PD.
Kempen dari PARTI komponen PH ( terutama Bersatu) , juga dari geng KARTEL pada awalnya slow.Tapi setelah Anwar diberi sambutan menggalakkan oleh RAKYAT PD, barulah ada kesungguhan berkempen oleh MAHATHIR dan geng2 kartel

      2. PERCUBAAN 2
Mengimport seberapa ramai MP parti2 pembangkang terutama UMNO untuk menguatkan kedudukan kerusi  MP BERSATU yg menang hanya 13 kerusi semasa PRU14. Dan sekarang jumlah MP2 Bersatu  bersama team yg diimport berjumlah sekitar 27 orang
Mengembangkan SAYAP Bersatu ke SABAH walaupun ditentang hebat oleh WARISAN sekutu PH. Janji awalnya BERSATU tidak melangkaui WARISAN di Sabah

      3. PERCUBAAN 3
      Mahathir membuat perjumpaan tertutup       (sulit) dgn parti2 pembangkang {Hisyamuddin h2o umno, Abg jo gps, Hadi & Takiyuddin pas dan PKR Kartel Azmin } di pejabatnya.

     4. PERCUBAAN 4
Cuba mengaitkan ANWAR sebagai DALANG dalam kes SEMBURIT AZMIN Ali di SANDAKAN pada mei, 2019. Supaya Anwar dikenakan PERTUDUHAN jenayah DALANG

   5. PERCUBAAN 5
AZMIN ALI mengadakan perjumpaan sulit dirumahnya dgn kehadiran ramai MP2 UMNO dgn tujuan untuk membentuk kerajaan PINTU BELAKANG bersama UMNO, PAS, BERSATU, GPS, mungkin WARISAN, dan Geng PKR KARTEL

Walaupun tdk dihadiri oleh PAS, GPS dan BERSATU. Tetapi perjuampaan Azmin seolah direstui oleh MAHATHIR dgn mengatakan itu HAK AZMIN ALI.

Dan Azmin dibiarkan tanpa sebarang tindakan oleh MAHATHIR sbg PM, sbb Azmin seorg menteri kabinet. Juga oleh PH sendiri krna Azmin dlm komponen PH. Azmin  Ali dibiarkan bermaharaja lela di dalam Kerajaan PH, sbb dibela oleh MO1. SEMUA KAKU DIAM DGN TINDAKAN AZMIN.

6. PERCUBAAN 6
Cuba mengenakan ANWAR melalui penulisan memburukkan PERIBADI ANWAR seperti menjatuhkan ANWAR melalui BUKU 50 DALIL dulu. Antaranya melalui
Yahaya Ismail. Penulis buku politik
Hisyamuddin Rais blog tukar tiub
Kadir Jasin
Khairuddin Hassan

7. PERCUBAAN 7 {PERCUBAAN KLIMAKS SETAKAT INI dan masih berjalan}
CUBA memporak porandakan PKR dgn diketuai AZMIN ALI yg bertindak membuat huruhara dari dalam PKR sendiri. Lihat saja semakin galak geng2 kartel cuba mempermainkan & mempersendakan PERLEMBAGAAN PARTI PKR.

MEREKA TIDAK HADIR MEETING PKR PUSAT, tapi mereka menyalak SALAHKAN PRESIDEN
MEREKA INGIN MEMBUAT KONGRES BERASINGAN DARI KONGRES PUSAT. Mereka sentiasa SALAHKAN PRESIDEN sehingga KONGRES BERASINGAN MEREKA MAHU BUAT

Adakah tindakan mereka ini tiada seseorang dibelakang yg menyuruh mereka bertindak begitu. TIDAKKAH TINDAKAN MEREKA INI SEOLAH SENGAJA INGIN MENGHANCURKAN PARTI PKR DARI DALAM DGN DIKETUAI OLEH AZMIN ALI DGN ADANYA TANGAN GHAIB YG INGIN MENGHANCURKAN PARTI YG TERKUAT DALAM PH. SIAPAKAH MEREKA ITU?. TIDAK SUSAH UNTUK MENDUGANYA! . GOLONGAN SEPERTI AZMIN ADALAH INDIVIDU YG TERSEPIT & TERDESAK KERANA ISU MORALNYA YG SDH DIKETAHUI UMUM. DAN DIA AKAN BERTINDAK DILUAR BATASAN NORMAL

BUKAN ITU SAJA, malah geng PKR kartel telah cuba menodai kesepakatan dalam perjanjian MAJLIS PRESIDEN bila geng mereka menyokong utk MAHATHIR KEKAL PM SEPENGGAL. Lihat betapa angkuhnya mereka dgn sikap mereka. ADAKAH INI TIADA RESTU DARI MAHATHIR UNTUK BERKATA DEMIKIAN
Azmin sokong Mahathir kekal PM sepenggal. Katanya mana mungkin PM boleh betukar ganti sebelum habis penggal. Tidak pernah ada katanya
Zuraidah tetap menyokong MAHATHIR PM sepenggal
Hilman, Timbalan AMK, SU Politik Azmin mahu MAHATHIR PM sepenggal.

MENGAPA PENENTANGAN YG BEGITU KONTRADIK SEKALI DGN BOSNYA, DGN BERALIH ARAH SOKONGAN 360 DARJAH KPD MAHATHIR. ADAKAH KERANA SELESA DGN JAWATAN MENTERI. ADAKAH INI BUKAN PERMAINAN MAHATHIR?? .

 PERCUBAAN 1 HINGGA 7 BOLEH DIKATAKAN PERCUBAAN A.K.A PELAN YG DIRANCANG MAHATHIR. CUMA DARI PENGAMATAN PERCUBAAN 1 HGGA 6 MASIH BELUM BERJAYA SEPENUHNYA MENYEKAT KEMARAAN ANWAR. KITA TUNGGU PERCUBAAN KE 7. PELAN NAK MERANAPKAN PKR MELALUI ORANG DALAM PKR SENDIRI.

ADAKAH KISAH BUANG BERULANG, DALAM FILEM SARJAN HASSAN??? ATAU ADAKAH SI KITOL SEDANG MENJALANKAN TUGASNYA SEKARANG???

DAN PALING PENTING!!!
#MAHATHIR SENTIASA MENYERANG#
#ANWAR SENTIASA BERTAHAN#
#ADAKAH KUBU PERTAHAN AKAN PECAH#
#SAMPAI BILA HARUS BERTAHAN#
#YANG PASTI JAHAT & BATIL AKAN KECUNDang
Dr fb abd Abdul Rauf


JADUAL DSAI PADA 2 OKTOBER 2018


DAMAI DAN SAMA SAMA MENANG.SIAPA PULA YANG KALAH?SIAPA PERANCANGNYA?



Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 04 DISEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, 

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan merasmikan kedua-dua Kongres Angkatan Muda Keadilan dan Kongres Wanita PKR di Melaka pada malam Khamis esok dan Jumaat ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmy Fadzil berkata, keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Biro Politik Khas PKR petang tadi dengan persetujuan semua yang hadir di Dewan Persidangan bangunan Sementara Parlimen.

“Saya baru bersama-sama dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam mesyuarat biro politik khas petang ini dan kami antara lain bincang persiapan kongres.

“Saya ingin maklumkan Kongres AMK dan Kongres Wanita akan dirasmikan oleh Azmin esok manakala kedua-dua kongres itu akan ditutup secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail pada Jumaat dan semua kepimpinan kita akan hadir kecuali mereka yang ada urusan rasmi di luar,” katanya kepada pemberita di pekarangan Bangunan Sementara Dewan Persidangan Parlimen hari ini.

Ditanya mengenai perubahan dalam tentatif perasmian AMK dan Wanita yang sebelum ini dikatakan Azmin hanya akan merasmikan AMK, Fahmy berkata; “Keputusan itu hadir selepas kita mengambil kira pandangan semua pihak dalam mesyuarat khas tadi.”

Beliau juga menegaskan, tidak kongres kedua seperti yang diuar-uarkan sebelum ini kerana Azmin dan juga Naib Presiden PKR, Tian Chua sudah mengesahkan untuk hadir ke kongres di Melaka.- MalaysiaGazette



Dari Anwar Ibrahim fan Club- cubaan malukan Anwar

Dari Anwar Ibrahim fan Club..




Ini Yusof Rawter, bekas penyelidik sukarela untuk Anwar. Baru ni, dia keluar statement yang Anwar ajak dia buat seks. Taknak cakap banyak, nilaikan sendiri.

September 2018 - Masuk kerja di pejabat Anwar

2 Oktober 2018 - Pergi rumah Anwar, Anwar ajak seks. Dia menolak, siap jerit kat Anwar "stop being a fucking cibai". Fuhhh berani. Anwar kata "Lepas ni you kena buat juga sebab saya akan jadi PM". 

Mei 2019 - Dia cuba masuk pejabat Anwar dan dihalau oleh staff Anwar yang lain. Rupanya sebab dia dah dipecat atas kes dadah dan masalah disiplin.

19 November 2019 - Buat akuan bersumpah kerana mendapat ancaman sejak kebelakangan ini

Okay, ini timeline cerita mamat ni. Sekarang kita tengok logiknya.

1) Kalau betul kau nak kena liwat dengan Anwar and kau pun tak rela masa Oktober 2018 tu, yang kau still kerja dengan dia sampai setahun buat apa? Bukan setakat tu, siap nak masuk pejabat Anwar Mei 2019 walaupun dipecat. Dalam sejarah, ni kali pertama "bakal mangsa seks" selesa kerja bersama, siap tak move on nak masuk office juga walaupun dah dipecat.

2) Kau dah ada isu dadah dah sebelum akuan bersumpah, apa jaminan yang kenyataan kau tepat dan berkredibiliti?

3) Dia kata, Anwar kata "Lepas ni i jadi PM". Come on, ayat ni secara jelas nak menakutkan rakyat kononnya Anwar akan salahguna kuasa yang ada nanti untuk tujuan yang tak betul. Motif politik jelas sangat lah, brader.

4) Buat akuan bersumpah kerana terima ancaman? Kita cabar mamat ni buktikan ancaman yang diterima. Lepas setahun baru nak buat akuan bersumpah sebab diancam ke sebab kongres? 🤔

5) Tarikh yang disebut kononnya berlaku adegan jijik ni pada 2 Oktober 2018. Check sendiri gambar di bawah. Terbukti Anwar ada program sepanjang hari.


KONVENSYEN KEADILAN PERAK MALAM TADI - JANGAN UJI SAYA, KATA ANWAR

Cnp
WFAUZDIN NS

KONVENSYEN KEADILAN PERAK MALAM TADI -  JANGAN UJI SAYA, KATA ANWAR 

Terlebih dahulu tabik dan syabas saya ucapkan kepada MPN KEADILAN Perak yang telah berjaya melangsungkan Konvensyen KEADILAN bagi negeri tersebut yang merupakan konvensyen terbaik sebelum Kongres Nasional bermula pada 6,7 dan 8 hb Disember ini di MITC, Melaka. 

Jelas, semakin Anwar Selaku Presiden parti ditekan dan diugut oleh petualang parti, semakin ramai penyokong Keadilan dan pejuang reformasi berada di belakang tokoh reformasi ini bagi mempertahankannya.  Kehadiran malam tadi di Perak pada pandangan saya yang mengikutinya secara langsung di FB adalah merupakan yang terbaik sekali.  Syabas warga Keadilan Perak.

Turut berucap adalah Pengerusi MPN Perak, Sdr Farhash yang menyentuh tentang pengorbanan beberapa pejuang Keadilan di peringkat bawahan yang berjuang tanpa meminta apa2 kedudukan, jawatan atau projek.  Pejuang seperti ini wajar dihormati dan tidak disisihkan, ujar beliau yang juga merupakan Pegawai Khas kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan Keadilan, Sdr Shamsul Iskandar (Dato' Seri) dengan lantang menyatakan bahawa Keadilan akan tetap menentang amalan rasuah tidak mengira sesiapa dan sekali lagi mengingatkan betapa setiap ahli parti betapa pentingnya menjaga disiplin parti dan menghormati kepimpinan parti.  Beliau turut memberi amaran terhadap sesiapa sahaja dari kalangan parti yang mahu mensabotaj Kongres Nasional yang akan diadakan hujung minggu ini di Melaka.  

Dr Xavier turut berucap dan beliau mengingatkan tentang sejarah Keadilan dalam menghadapi cabaran yang berliku.  Keadilan wujud atas pengorbanan Anwar dan kita menjadi sebahagian dari kerajaan sekarang adalah hasil dari perjuangan yang dibawa oleh Anwar Ibrahim.  Maka, wajar sekali Presiden Keadilan ini ditabalkan sebagai PM ke 8.  

Kemuncak konvensyen malam tadi adalah pidato dari Presiden.  Beliau mengingatkan tentang asas perjuangan parti.  Beliau bersyukur kerana diuji dengan penderitaan, kesusahan dan dipenjarakan.  Dalam ujian itu ada hikmahnya di mana beliau boleh merasai bagaimana seseorang itu tidak boleh tidur selesa, tidak boleh makan dan minum seperti orang lain mengikut cita rasa selera.  Di sini beliau dapat rasakan kehidupan rakyat yang miskin di luar sana.  InsyaAllah, jika ditakdirkan menjadi PM selepas ini, beliau berjanji nasib rakyat tidak mengira apa jua kaum dan agama akan beliau perjuangkan dan menjadi keutamaannya.  

Menyentuh tentang isu dalaman parti, sekali lagi beliau menyeru kepada semua ahli parti untuk bersatu dan tumpukan kepada kekuatan parti.  Usah biarkan diri kita dipergunakan oleh dua tiga kerat pemimpin yang berkepentingan, ujarnya.  Selaku Presiden, beliau berjanji untuk menjadi Presiden untuk semua bukan untuk satu2 puak atau kumpulan.  Beliau akan pastikan parti ini kuat dan tidak diganggu gugat oleh musuh samada dari luar atau dalam parti.  Justeru itu katanya, "  Jangan uji saya". !! 

Ayuh kita semua.  Kita berkampung di Melaka, kita berhimpun di MITC, Melaka.  Bumi Hang Tuah bakal menyaksikan kehadiran panglima kita Anwar Ibrahim.  

" Dari Perak menuju ke Melaka,
Jangan singgah di Kuala Lumpur,
Jangan biarkan cacing naik ke mata,
Derhaka Presiden akan kita gempur. 

Hang Tuah pahlawan negeri Melaka,
Sanggup membunuh Jebat derhaka,
Kesabaran Presiden ada batasnya,
Menyesal kemudian tidak berguna.

TAZKIRAH BUAT DUSUKI



Oleh : Nizam Aka

Celaka punya ustaz barua geng perosak imej Islam..Imej bukan main lagi warak,alim dan lebai..tapi tabur taik fitnah merata-rata.Inilah puncanya Islam nampak hina dan busuk di mata orang-orang bukan Islam..

Adakah Dusuki ini terlalu bahlol bongok hingga terpaksa ambil cerita yg berlaku 24 SEPT 2013 untuk dijadikan bahan fitnah dan buruk-burukkan Kerajaan PH pada thn 2019?Apa yang bengong sangat ni?Kamu ingat,bila dah jadi pejuang parti lebai kelarah penipu,maka kamu ada imuniti dan kebebalan daripada dosa melakukan fitnah?

Yang pelik,geng2 lebai kelarah bahlol ini tak ada pulak terpekik terlolong bila kejadian itu berlaku pd tahun 2013?Dasar barua dan khadam abg long MCA..


MENJAWAB FITNAH JAHAT JOHAR ISMAIL



MENJAWAB FITNAH JAHAT JOHAR ISMAIL

Fitnah tak habis habis manusia ni, haritu kamu Fitnah Dato Husam. Sekarang Dato Husam tarik diri dari tanding AJK AMANAH Nasional, kamu dah puas hati kah?

DS Wan Azizah datang Parlimen Rantau Panjang, saya Naib Ketua AMANAH Kawasan Rantau Panjang.

Waktu Kak Wan tiba, Dato Husam Pengerusi PH Kelantan dan Dr Shah Pengerusi Ph Rantau Panjang masih belum tiba.

Kami masuk dewan, pada waktu itu kami lihat kerusi untuk Dato Husam tidak di sediakan oleh Penganjur di sebelah Kak Wan, majlis tersebut dipengerusikan oleh DO Pasir Mas. Exco Kerajaan Negeri iaitu YB Mumtaz dan YB Zailah Mp Rantau Panjang berada disebelah Kak Wan. 

Protocol ini perlu Kerajaan Negeri dan agensi di bawah Kerajaan Negeri dan Persekutuan perlu betulkan, Dato Husam juga adalah Pengerusi KADA, Kawasan yang paling Banyak terjejas banjir adalah kawasan Padi Dan beliau ada jawatan persekutuan.

Saya melalui En Abdullah, memakluman kepada AJK kami @ Tok Ayah memaklumkan kepada Dato Husam untuk duduk depan di kerusi saya (sebelah sisi), ganti tempat saya. Dato Husam menolak kerana majlis sudah mula. Gambar saya tengah berdiri pun ada.

Majlis di teruskan; Taklimat diberikan, pada waktu itu saya bangkitkan berberapa perkara kerana saya sudah berhari-hari bersama dengan mangsa banjir, antaranya kekurangan bekalan partition, selimut, toto, tikar dll dan saya bangkitkan juga isu Tebatan Banjir Sungai Golok. 

Untuk makluman, isu Tebatan banjir Sg Golok ini saya dah handle sejak 2017 lagi bersama Masyarakat Siam Kg Teresek, apabila kuil mereka terlibat, harga rendah dan tiada tanah ganti Rizab Siam. Untuk info kini Wat berjaya di selamatkan dan saya juga telah bawa perkara itu hingga ke YB Tengku Zulpuri, Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli.

Masa Kak Wan bergerak keluar dalam dewan taklimat, saya iringi Kak Wan kerana pada waktu itu beliau ingin tanya detail berkaitan Tebatan Banjir Sg Golok, saya terangkan kepada beliau satu. Tiada siapa pun tegur saya, kerana waktu Itu permintaan Kak Wan. Tuduhan Suhaimi Ismail @ Johar Nyamuk adalah Fitnah!

Sampai ke tempat Kanak-Kanak Demam, waktu itu saya nampak Dato Husam Musa, Dr Shah, Lawyer Ridzuan tiada. Saya yang minta usher/polis bagi laluan kepada Dato Husam & Lawyer Wan, waktu tu tak jumpa Dr Shah. Dato Husam & Lawyer Ridzuan dapat duduk. Disertakan gambar dan video pun ada.

Bergerak ke tempat agihan Berangan Sumbangan, waktu itu saya ajak rapat Dato Husam berada disebelah Kak Wan. Boleh lihat gambar waktu bagi Sumbangan banjir.

Waktu Sidang Media, pada waktu itu saya berada selang seorang dengan Dato Husam, iaitu ada Body Guard Kak Wan di Tengah, saya sendiri tanya Dato Husam dan ajak beliau duduk depan, dia kata Syam duduk situ, dia stay tempat asal yang juga berada di belakang Kak Wan. Majlis berjalan terus.

Bergerak melawat tempat permainan kanak-kanak, waktu isu saya terus ke Dato Husam, minta Dato Husam iringi Kak Wan. Dato Husam sendiri jawab, “Syam kena follow”... pada masa tu beliau bersalam dengan orang kampung untuk gerak ke Kereta untuk ke Pasir Puteh. 

Bila jadi macam tu saya cari Dr Wan Shah Jihan, Pengerusi PH Kawasan Rantau Panjang. Beliau saya susun rapat dan sebelah Kak Wan, ada gambar siap keluar Berita di Harian Metro. 

Saya terbaca tulisan Suhaimi Ismail pagi ni, itu pun kawan saya hantar sebab saya dh tak minat nak baca tulisan merapu beliau. Tapi memandangkan ia tulisan Fitnah memasukkan gambar saya di FB dia, saya terpaksa jawab memandangkan Esok adalah Pemilihan AJK Pemuda AMANAH Nasional. Saya jangka tulisan itu pun bertujuan membuat serangan peribadi kepada saya. Perangai bunuh karektor orang ni budaya jahat, elok jangan buat lagi.

Haritu kamu Fitnah Dato Husam Musa ingin “menjatuhkan” Abg Mat Sabu di Facebook, tulisan kamu telah menyebabkan Dato Husam terguris hingga ramai kawan-kawan media anggap ia benar. Dato Husam terguris dengan berita Fitnah kamu, kini Dato Husam Tarik Diri dari bertanding AJK AMANAH Nasional.

Kamu Itu Fitnah untuk PECAH BELAHKAN PARTI? Saya tak tahulah macamana spesis ni boleh hidup dalam AMANAH.

Kerja asyik kutuk dan Fitnah orang sahaja, perasan dia sahaja betul, habis Menteri lain dan individu di kutuknya. Nak kata Facebooker, tulisan asyik Fitnah orang. Jauh benar lah, biar ada juga ilmiahnya, takda isi.

Parti sendiri di Besut, Terengganu tu kacau bilau tak hirau sangat. 

Haritu duk himpit KSU MOA, lepas Dato KSU MOA sudah berpindah kamu nak himpit siapa pula? Jangan jadi nyamuk penghisap darah! Nanti kena sumpah. 

Realitinya kamu tiada di hari kejadian, waktu Itu Tn Syed Shah Syed Othman ada disebelah saya dibelakang Kak Wan, dia tahu apa yang berlaku.

Syam Ghaz


APA MAKSUD ANWAR"JANGAN UJI SAYA"


Di Konvensyen PKR Perak semalam yang dihadiri lebih 3,000 orang dan di ketika parti itu sedang berdepan kemungkinan ada dua kongres berasingan hujung minggu ini, Anwar Ibrahim melontarkan amaran agar jangan ada sesiapa cuba menguji kesabarannya.
Presiden PKR itu berkata, selagi bergelar presiden, beliau bertanggungjawab untuk membina kekuatan parti dan dalam masa yang sama menghormati suara akar umbi.
“Ada yang kata Anwar ini lemah sangat, sabar sangat, malah Shamsul Iskandar (ketua penerangan PKR) kata…sabar tahap dewa.
“Bezanya parti kita dengan orang lain bukan cakap sikit terus pancung.
“Tapi jangan uji saya… Saya sabar sebab saya fikir orang lain ada hak bagi pandangan.
“Tetapi kalau kesabaran itu sampai memberi gambaran parti pecah dan lemah, saya tidak boleh (tak akan bertolak ansur),” katanya sambil disambut tepukan.
Apakah maksud amaran itu?
Jika diperhati, tindakan kumpulan penentangnya dalam PKR boleh dikira sudah agak melampau sejak kebelakangan ini.
Mereka bukan saja mempertikai dan tidak lagi mengendahkan hal ehwal parti, malah berani mengecam Anwar secara terbuka melalui media.
Tapi, Anwar masih sabar.
Lebih daripada itu, mereka juga tidak hadir mesyuarat MPP dan Biro Politik sejak lebih setahun yang lalu, walaupun peraturan parti jelas bahawa tiga kali tidak hadir berturut-turut tanpa alasan, tindakan menggugurkan jawatan sudah boleh dikenakan.
Tapi, Anwar tetap sabar.
Mereka yang tidak hadir mesyuarat, tetapi kemudian Anwar pula yang diminta tunduk dengan desakan dan berjumpa dengan mereka atas nama rekonsilasi atau perdamaian kononnya.
Pun Anwar masih sabar lagi.
Apabila sesuatu keputusan dibuat parti, mereka turut menolaknya dengan kasar melalui kenyataan media, walhal mereka masih ponteng mesyuarat macam biasa, di sini juga Anwar tetap ada kesabaran yang sama.
Mereka bernaung di bawah PKR dan mendapat nikmat jawatan dalam kerajaan juga atas nama parti, tetapi dengan lancar dan celuparnya menolak Anwar sebagai bakal Perdana Menteri, meskipun perkara itu adalah persetujuan serta konsensus PH.
Ya…beliau sabar juga lagi.
Lalu, ramai yang bertanya, kenapa Anwar terlalu bersabar?
Apakah tindak-tanduk golongan penentangnya itu masih boleh dikira sebagai hak dalam memberi pandangan yang mesti dihormati?
Dan adakah dengan tersebarnya kemungkinan golongan penentangnya akan menganjurkan kongres berasingan di Kuala Lumpur dan memboikot Kongres Keadilan Nasional di MITC, Melaka 7 dan 8 Disember nanti, tahap kesabaran Anwar sudah sampai ke penghujungnya?
Apakah selepas kongres nanti atau melalui mandat perwakilan dalam kongres di MITC Melaka itu, sesuatu tindakan bakal menyusul terhadap golongan yang tidak dinafikan lagi mahu memberi gambaran PKR yang dipimpinnya sudah berpecah dan semakin lemah?
Itukah maksud sebenar dalam ucapan Anwar di Kuala Kangsar semalam dengan amaran agar “jangan uji kesabaran saya?” (ShahbudinHusin 04/12/2019)

PENGAMBILALIHAN TOL DIBINCANG KE KABINET PERTENGAHAN DISEMBER

KEKALAHAN DI PRK TG PIAI BUKAN PENAMAT KERAJAAN PH JOHOR

AZMIN PENGKHIANAT


Oleh : Mohd Asraf Abdullah

Tian Chua dan Sivarasah diantara 19 MP PKR yg menuntut pemecatan Zakaria dibatalkan dan mendesak Anwar memohon maaf, namun kedua2 mereka menafikan surat yg dihantar yg ditandatangani oleh Azmin yg menuntut Anwar memohon maaf adalah tidak benar kerana deraf asal surat tidak menyebut Anwar perlu memohon maaf.

Ini bermakna Azmin telah menipu dgn mengubah kandungan surat.

Sebelum ini dlm kes dimana Azmin mengadakan satu perjumpaan dan mesyuarat bersama 17 MP UMNO dirumahnya di Putrajaya, Azmin memaklumkan kpd Tun Mahathir bahawa MP2 UMNO yg hadir dirumahnya mengadu telah hilang parti dan ingin melompat parti, namun semua MP UMNO yg terlibat menafikan tuduhan Azmi.

Azmin tidak pernah memberi sebarang maklum balas. Berdiam diri bermakna benar Azmin menipu. Ini perkara serius, sebagai Timbalan Presiden dia sanggup menipu dan berbohong. Dimana2 orang ramai mempertikanya dan mencemuh. Dia telah hilang kredibiliti.

Azmin semakin terdesak, dia sanggup melakukan apa sahaja bagi memuaskan nafsunya, tindak tanduknya yg tidak menghormati pucuk pimpinan, tidak hadir mesyuarat parti, melanggar perintah perlembagaam parti, menentang peralihan kuasa PM kpd Anwar telah mencemar imej parti.

Azmin pengkhianat parti..dia akan menghancurkan parti, tindak tanduknya turut memberi kesan ketidakstabilan gabungan PH dan memberi imej buruk kpd kerajaan PH.

Kita menyeru kpd sejuta ahli parti, penyokong, pendokong dan seluruh peringkat pimpinan agar bersatu hati, rapatkan saf, kita bangkit dan berdiri teguh bersama Presiden bagi mempertahankan parti dari pengkhianat dan gerombolanya yg mahu memecahbelahkan parti dan melemahkan kerajaan Pakatan Harapan.


AKTIVITI DSAI 30 NOV 2019 - 3 DIS 2019 (2)

2 DIS 2019


Di Parlimen hari ini bagi mendengar pembentangan Kertas Putih Pertahanan (KPP) oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.
Ia dibentangkan berikutan perlunya Dasar Pertahanan Negara diperbaharui sekali gus membolehkan strategi dan keupayaan pertahanan negara seiring serta relevan dengan perubahan persekitaran keselamatan global yang semakin mencabar dan tidak menentu.


Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang dudukImej mungkin mengandungi: 3 orang, orang duduk

PROGRAM MARI BELAJAR CODING

Pejabat Parlimen Port Dickson akan menganjurkan Program Belajar Coding khas untuk adik-adik sekolah rendah Port Dickson seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 7 Disember 2019, Sabtu
Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi : Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson

Adik-adik akan diajar tentang kemahiran coding BBC micro:bit menggunakan Microsoft MakeCode dengan aktiviti yang interaktif dan inovatif!

Kemasukan adalah TERHAD dan PERCUMA.




Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum

Alhamdulillah, acara mingguan majlis zikir dan selawat di rumah semalam. Terima kasih saya ucapkan kepada teman-teman dan anak-anak tahfiz yang sudi mengimarahkan majlis.



Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang duduk, orang makan, meja, makanan dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, dalaman


1 DIS 2019
Alhamdulillah telah berlangsungnya Kelas Kemahiran Asas Debat 1.0 hari ini di Pusat Interaktif Port Dickson (PiPD) dengan jayanya.

Pihak Pejabat Parlimen Port Dickson mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang menyertai program mingguan anjuran kami ini termasuklah pengajar kelas kali ini iaitu Saudara Farhan Zulkefly.

Sekian, terima kasih.


Imej mungkin mengandungi: 10 orang, orang senyum


Bersama teman-teman dari Malay College Kuala Kangsar (MCKK) malam ini di majlis tahunan Malay College Old Boys Association (MCOBA). Turut hadir DYMM Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah.

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, sut dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang berdiri, sut dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 13 orang, orang senyum, sut dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang duduk dan dalaman

AKTIVITI DSAI 1-3 DIS 2019 ( I )


3 DIS 2019



Menyampaikan amanat sempena Konvensyen KEADILAN Perak di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar.
Konvensyen ini merupakan yang terakhir sebelum semua tumpuan akan terarah ke negeri Melaka sempena Kongres Nasional Keadilan Ke-14 pada hujung minggu ini.
Dalam amanat saya ingatkan semua pimpinan dan anggota jika mahu kekal dalam parti ini mesti pejuangkan nasib serta mendengar dan selesai masalah semua kaum.
Sebagai pemimpin, kita perlu memahami derita rakyat dan jangan sesekali kita khianati dukungan yang diberikan mereka.
Saya juga menyeru kepada semua anggota untuk sama-sama menghadiri Kongres Nasional Keadilan bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Kongres ini penting untuk kita merencana perjalanan parti dalam membantu rakyat dan seterusnya menggilap idealisme perjuangan yang menjadi prinsip sejak sekian lama.Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang ramai dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang ramai dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang senyum, orang ramai dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, dalaman

2 DIS 2019
Saya kemudian mempengerusikan Mesyuarat Kaukus Reformasi & Tadbir Urus.
Mesyuarat pada hari ini mendengar taklimat berhubung dakwaan awam terhadap campur tangan dalam badan kehakiman.
Ahli kaukus selepas itu turut mendengar taklimat dari pihak Access to Justice & Rule of Law Cluster yang mewakili masyarakat civil.
Turut memberi taklimat dalam mesyuarat tadi pihak Gabungan Urus Tadbir, Integriti, Akauntabiliti dan Ketelusan (GIAT).
Seterusnya ahli Kaukus juga mendapat maklum balas berkenaan isu alam sekitar dan khazanah alam dari Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA)

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk, skrin, pejabat dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, dalaman

Di Parlimen hari ini bagi mendengar pembentangan Kertas Putih Pertahanan (KPP) oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.
Ia dibentangkan berikutan perlunya Dasar Pertahanan Negara diperbaharui sekali gus.
 membolehkan strategi dan keupayaan pertahanan negara seiring serta relevan
 dengan perubahan persekitaran keselamatan global yang semakin mencabar dan tidak menentu.
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang duduk

 Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang duduk
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang duduk



Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang duduk
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang duduk


Pejabat Parlimen Port Dickson akan menganjurkan Program Belajar Coding khas untuk adik-adik sekolah rendah Port Dickson seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 7 Disember 2019, Sabtu
Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi : Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson

Adik-adik akan diajar tentang kemahiran coding BBC micro:bit menggunakan Microsoft MakeCode dengan aktiviti yang interaktif dan inovatif!

Kemasukan adalah TERHAD dan PERCUMA.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum


Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang duduk
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, dalaman


PELABUR YAKIN LANTIK ANWAR PM SENGKETA DALAMAN BERAKHIR