SPRM tarik balik video ‘MC boleh jadi rasuah’


SPRM berkata, video itu merujuk isu pemberian sijil cuti sakit palsu berdasarkan situasi benar yang pernah disiasat dan ia tidak berniat menjatuhkan atau mempersoalkan profesionalisme pakar atau pengamal perubatan.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menarik balik klip video bertajuk “MC boleh menjadi rasuah” selepas mendapat kecaman pelbagai pihak, termasuk Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

SPRM dalam kenyataan berkata, video yang diterbitkan itu bertujuan mendidik masyarakat serta memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai perbuatan menawar, memberi dan menerima rasuah.

Bagi konteks video itu, SPRM menjelaskan ia merujuk isu pemberian sijil cuti sakit (MC) palsu dan contoh ini berdasarkan situasi benar yang pernah disiasatnya.

“Suruhanjaya ini tidak berniat menjatuhkan atau mempersoalkan profesionalisme pakar atau pengamal perubatan dalam isu berkenaan,” jelasnya.

Semalam, MMA menuntut klip video yang dianggap menghina kesucian dan imej profesion perubatan itu diturunkan segera.

Presidennya, Dr Koh Kar Chai berkata, agensi antirasuah itu patut menggunakan contoh lain untuk menyampaikan mesej mereka.

“Sebagai doktor, kami sangat tersinggung dengan hantaran itu, yang patut diturunkan serta-merta,” katanya.

Dalam klip video dikongsikan di Twitter rasmi SPRM, seorang lelaki dilihat meminta MC walaupun doktor memberitahu dia sihat.

Lelaki itu kemudian menyerahkan sampul surat kepada doktor itu untuk “memudahkan” permintaannya. Doktor itu dilihat menerima sampul berkenaan sebelum menandatangani MC untuknya.

Video itu berakhir dengan kata-kata “semarakkan integriti, rasuah diperangi”.

Dalam pada itu, SPRM berkata, pihaknya menghargai segala usaha, pengorbanan serta sumbangan setiap pengamal perubatan, khususnya ketika negara berdepan penularan pandemik Covid-19.

“Sehubungan dengan ini, bersandarkan nilai kebertanggungjawaban dan kesepaduan, SPRM mengambil keputusan menurunkan video tersebut demi menjaga sensitiviti dan keharmonian semua pihak,” katanya.

Viral budak Rohingya jadi pengemis, JKM baru buat kerja?


Viral budak Rohingya jadi pengemis, JKM baru buat kerja?

Sejak beberapa hari lalu, tular akan video kanak-kanak lelaki dipercayai warga Rohingya meminta sedekah dengan cara kasar terhadap pengguna jalan raya.

Difahamkan, ada yang menuding jari, menunjukkan isyarat lucah, cubaan membuka pintu serta mengetuk cermin kereta agar memberinya wang.

Kanak-kanak mengemis dah kena angkut?

Susulan itu, menerusi perkongsian pengguna Twitter dikenali sebagai @jnmalaysia memaklumkan Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah melakukan operasi pengemis, semalam.

 Difahamkan, operasi tersebut dilakukan dibeberapa kawasan lampu isyarat di hadapan Perkeso, KLCC serta Ampang Point.

Menerusi beberapa gambar yang dimuat naik pengguna Twitter tersebut memaparkan beberapa orang peminta sedekah telah dibawa masuk ke dalam sebuah van oleh anggota yang bertugas ketika itu.

Dalam pada itu, pengguna Twitter berkenaan juga meminta orang ramai agar menghubungi Talian Kasih serkiranya melihat kanak-kanak Rohingya sedang meminta sedekah.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih dan meminta agar membenteras golongan ini dengan segera

MERAPUH YANG SEMAKIN HILANG







 

PENJARAH HUTAN AKAN DIRENDAM DALAM NERAKA. PENYOKONG KEPADA PENJARAH HUTAN PEE MANA PULAK ???



Asri mengecam mereka yang menebang pokok-pokok secara rakus sehingga berlaku bencana yang menyebabkan manusia hilang bukan hanya tempat berteduh di luar rumah, tetapi hilang tempat kediaman, sekolah, tempat kerja, masjid, rumah ibadah dan pelbagai lagi. “Bukan sekadar musafir yang melakukan perjalanan, bahkan manusia yang tinggal tetap di situ sejak sekian lama kehilangan segalanya. Apakah lagi kedajalan dan kejahatan yang lebih besar daripada itu?” bidasnya.

Pembela mahu Azam letak jawatan atau bercuti

MASIH NAK CUTI! RAKYAT MAKI YB-YB TAK BERGUNA!!




Setelah dikritik netizen kerana ramai Menteri-menteri dan YB-YB enggan batalkan cuti akhir tahun mereka, akhirnya YAB Bera Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob terpaksa keluarkan kenyataan mengenai isu ini. Ini ulasan dan laporan kami di YB Viral.




KERAJAAN INI FAHAM EKONOMI ATAU TIDAK?



“Lihat saja Facebook, Lazada, Tencent, ByteDance, Alibaba tergamak tidak hiraukan Malaysia tetapi memilih Singapura lagi menjadi hub serantau bagi pusat strategik dan pusat datanya.” Hassan turut mempersoalkan apa yang sedang dilakukan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato' Seri Mohamed Azmin Ali selama ini.


KAH..KAH..MUKA BEKAS CG SEKOLAH BERTANDA BULAT.


 

MUKA MUKA LEBAI PEMBOHONG. SAMPAI SEKARANG TAK PERNAH MEREKA NAK SAMAN KENYATAAN LOKMAN ADAM BAHAWA PAS MAKAN DUIT UMNO



 

KHEMAH BESAR TANPA PEJUANG?



“Gesaan yang boleh menimbulkan perpecahan dalaman Pakatan Harapan ini sebenarnya tidak akan memberi keuntungan sedikit pun kepada AMANAH dan Pakatan Harapan. “Pimpinan atau mana-mana individu dalam parti seharusnya jelas hala tuju parti dalam satu satu usaha,” katanya dalam satu kenyataan.


APA YANG MEMBEZAKAN ANWAR IBRAHIM DENGAN SEMUA PERDANA MENTERI SEBELUM INI



IBRAMadhi Hasan


Mengapakah sebahagian besar rakyat Malaysia menganggap Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sejak lebih dua dekad yang lalu? Harapan itu sering timbul setiap kali berlangsungnya Pilihan Raya Umum meskipun Anwar sendiri tidak bertanding dalam PRU. Anwar sebenarnya hanya berpeluang bertanding sekali sahaja dalam PRU sejak dipecat dari UMNO  iaitu pada PRU-13. Bagi empat PRU yang lain, Anwar  berada di dalam penjara (PRU-10, PRU-11 dan PRU-14) ataupun tidak dibenarkan bertanding (PRU-12). 


Pada pandangan sebahagian rakyat yang inginkan Anwar menjadi Perdana Menteri, beliau mempunyai beberapa kualiti dan ciri kepimpinan yang tidak dipunyai oleh pemimpin-pemimpin lain. Dengan jatuhnya Mahiaddin Yassin daripada kerusi Perdana Menteri pada 16 Ogos 2021, nama Anwar sekali lagi diangkat sebagai calon Perdana Menteri.


Jika Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri pada kali ini, berikut adalah lima perkara tentang Anwar yang tidak dimiliki oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.


(i) Perdana Menteri pertama yang pernah dipenjarakan


Anwar akan menempah tempat sebaris dengan nama-nama besar dalam sejarah seperti Nelson Mandela, Jawaharlal Nehru, Sukarno, Recep Tayyep Erdogan dan Vaclav Havel iaitu bekas-bekas banduan atau tahanan politik yang akhirnya mencapai tampuk kuasa.  


Bermula dengan ditahan tanpa bicara di bawah ISA di antara tahun 1974-1976,  Anwar kemudiannya  menjalani hukuman penjara di antara tahun 1998-2004 dan 2015-2018. Keseluruhannya Anwar telah menghabiskan hayatnya selama dua tahun sebagai tahanan ISA di Kamunting dan sembilan  tahun di dalam penjara Sungai Buloh. 


Mengapakah reputasi dan karier politik Anwar masih bertahan walaupun telah disabitkan oleh mahkamah dengan kesalahan rasuah dan liwat? Ia adalah kerana rakyat dan masyarakat antarabangsa telah menyaksikan ketidakadilan yang menjolok mata sewaktu perjalanan perbicaraan bagi ketiga-tiga kes Anwar. Kesemua pertuduhan ke atasnya dilihat bermotif politik dengan tujuan membunuh nama baik dan karier politik Anwar.


Badan-badan perundangan antarabangsa iaitu International Bar Association, Centre for the Independence of Judges of the International Commission of Jurists, Commonwealth Lawyers’ Association dan Union Internationale des Avocats telah memantau perbicaraan Anwar dan mengeluarkan satu laporan yang bertajuk “Justice in Jeopardy: Malaysia 2000”. Laporan itu membuat kesimpulan bahawa kebebasan badan kehakiman dan integriti agensi pendakwaan di Malaysia telah terjejas teruk semasa perbicaraan tersebut. Amnesty International telah memberikan gelaran “Prisoner of Conscience” kepada Anwar.


(ii) Perdana Menteri pertama daripada parti berbilang kaum


Kesemua Perdana Menteri sebelum ini adalah pemimpin parti-parti nasionalis Melayu iaitu UMNO dan BERSATU. Anwar akan mencipta sejarah sebagai  Perdana Menteri yang menerajui sebuah parti berbilang kaum iaitu Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN). 


Pada masa dahulu parti berbilang kaum seperti Parti Negara yang dipimpin Dato’ Onn gagal bertahan kerana pengaruh politik perkauman amat kuat. Anwar berjaya membuktikan bahawa parti berbilang kaum seperti KEADILAN boleh mencapai kemenangan dalam pilihan raya. Kini ia merupakan satu-satunya parti yang mempunyai cabang di semua 222 kawasan parlimen.


Anwar adalah pemimpin politik yang konsisten memperjuangkan nasib rakyat bawahan tanpa mengira batas kaum dan agama. Politik aliran sederhana yang dibawa oleh Anwar membolehkannya diterima sebagai pemimpin bagi semua kaum. Kejayaan KEADILAN dalam pilihan raya menunjukkan yang parti berbilang kaum menjadi semakin relevan manakala politik perkauman menjadi semakin ketinggalan zaman.


(iii) Perdana Menteri pertama yang merupakan pemimpin gerakan Islam


Anwar akan menjadi satu-satunya Perdana Menteri yang memulakan perjuangannya melalui gerakan Islam iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Semua kajian oleh para sarjana telah mengiktiraf sumbangan besar oleh Anwar dan ABIM kepada fenomena kebangkitan Islam di Malaysia pada tahun 1970-an. 


Di bawah kepimpinan Anwar, ABIM mengambil pendekatan perjuangan Islam yang sederhana yang bersesuaian dengan suasana masyarakat Malaysia. Anwar amat dihormati di seluruh dunia Islam dan mempunyai hubungan rapat dengan tokoh-tokoh penting seperti ulama terkenal Sheikh Yusuf al-Qaradhawi  dan Presiden Turki Recep Tayyep Erdogan.


Apabila Anwar menyertai kerajaan pada tahun 1982, beliau telah memperkenalkan beberapa institusi dan program berteraskan Islam. Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam, sistem takaful dan perbankan Islam adalah antara hasil usaha Anwar. Hari ini, Anwar berusaha mempopularkan konsep “Muslim Democrat” bagi menggalakkan amalan demokrasi yang progresif di kalangan umat Islam. Walaupun mempunyai latar belakang gerakan Islam, musuh-musuh Anwar menuduhnya sebagai seorang sekular, liberal dan menganuti faham pluralisme agama.


(iv) Perdana Menteri pertama daripada latar belakang perguruan dan pendidikan


Anwar akan menjadi Perdana Menteri pertama yang bermula sebagai seorang pendidik. Beliau telah menubuhkan dan mengetuai sebuah sekolah swasta iaitu Yayasan Anda dengan tujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang tercicir. Sewaktu menjadi Menteri Pendidikan beliau telah memperkenalkan Falsafah Pendidikan Negara.  


Kredibiliti Anwar sebagai seorang intelektual dan pemikir adalah tulen dan bukan dibuat-buat sepertimana kebanyakan ahli politik lain. Anwar terlibat mengasaskan International Institute of Islamic Thought (IIIT) bersama tokoh-tokoh pemikir Islam antarabangsa dan kini menjawat jawatan sebagai Pengerusi badan pemikir tersebut. Beliau juga pernah menjadi Profesor Pelawat di beberapa buah universiti terkemuka di Amerika Syarikat dan United Kingdom setelah dibebaskan dari penjara pada tahun 2004.


(v) Perdana Menteri yang mempunyai pengalaman yang panjang sebagai Menteri Kewangan


Setakat ini hanya Najib Razak seorang sahaja Perdana Menteri yang mempunyai pengalaman sebagai Menteri Kewangan sebelum menjadi Perdana Menteri. Bezanya dengan Anwar ialah Najib menyandang jawatan tersebut selama enam bulan sahaja sebelum beliau diangkat sebagai Perdana Menteri. Anwar pula mempunyai pengalaman yang jauh lebih panjang sebagai Menteri Kewangan iaitu  selama lebih tujuh tahun (1991-1998).


Walaupun tanpa kelulusan dalam bidang kewangan, Anwar membuktikan kecekapannya mengurus kewangan negara dengan mencapai belanjawan berimbang dan mengurangkan hutang negara.  Pencapaian seperti itu tidak pernah lagi dapat diulang oleh mana-mana Menteri Kewangan sejak tahun 1998 sehingga kini. Prestasi beliau turut menarik perhatian antarabangsa sehingga majalah Euromoney menamakan Anwar sebagai “Finance Minister of the Year” pada tahun 1996.  Antara jasa beliau ialah memperkukuh perlaksanaan sistem perbankan tanpa faedah yang kini dikenali sebagai perbankan Islam.


Krisis pandemik, ekonomi dan politik yang telah gagal ditangani oleh Mahiaddin Yassin pada ketika ini adalah satu keadaan luarbiasa yang tidak pernah dialami oleh negara. Krisis luarbiasa seperti ini memerlukan seorang pemimpin dengan karisma, keyakinan dan daya kepimpinan yang luarbiasa. Keadaannya samalah tatkala Great Britain memerlukan Winston Churchill sewaktu berdepan dengan ancaman Hitler dalam Perang Dunia Kedua. Berdasarkan sejarah perjuangan dan rekod kepimpinan Anwar Ibrahim yang luarbiasa, beliau sahajalah yang dilihat mempunyai keupayaan untuk memimpin negara ini keluar dari krisis. 


Dr. Madhi Hasan ialah Felo di Institut Kajian Pilihan Raya & Pemajuan Demokrasi (IESAD), Universiti Selangor


POLIS PANGGIL SAYA KE IPD BENTONG, SUSULAN PEMBONGKARAN BERSIRI TANAH HARAM DI PAHANG



Oleh KHAIDIR AHMAD

(Wartawan Tua)


Hari ini saya menerima panggilan daripada seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, yang meminta saya datang ke IPD Bentong untuk merakamkan keterangan saya.


Saya tanya keterangan untuk kes apa?


Katanya, Pejabat Tanah Bentong sudah membuat laporan polis berhubung laporan bersiri saya itu.


Dan laporan polis itu sekaligus akan “memaksa” saya berkongsi lokasi tanah haram Musang King di Bentong yang saya bongkar kerana sebelum ini saya enggan berkongsi lokasi berkenaan apabila diminta oleh Bahagian Penguatkuasa Pejabat Tanah Bentong, kecuali jika Menteri Besar Pahang dan Pegawai Daerah Bentong sanggup turun padang bersama saya meninjau lokasi berkenaan.


Ini bukanlah kali pertama Pihak Berkuasa Negeri (PBN) Pahang menggunakan Polis untuk “memaksa“ saya berkongsi lokasi kes penerokaan hutan secara haram yang berpunca daripada rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan.


Pada tahun 2007, ketika saya bertugas sebagai Pengurus Berita TV3 Wilayah Timur dan sering membongkar kegiatan pembalakan haram, PBN Pahang juga menggunakan kaedah yang sama terhadap saya.


Malah ketika itu “ugutannya” lebih dahsyat apabila nama Sultan Pahang ketika itu turut digunakan bagi menakut-nakutkan saya supaya menghentikan segera pembongkaran itu.


Inilah negeri saya, Tanah Melayu Pahang yang kuasa politik dan pentadbirannya dikuasai oleh orang Melayu yang sebangsa dengan saya.


Mereka lebih berminat untuk “menutup atau menyorok isu” dengan cara menghentikan “penyampaian atau pendedahan isu” berbanding untuk menyelesaikan isu sebenar yang menjadi kebimbangan rakyat marhaen.


Keterangan gambar:


1. Tahun 2006 - Pembongkaran pembalakan haram di Lembah Tembeling memaksa PBN Pahang menggunakan polis dan nama Sultan Pahang untuk “menghentikan” laporan Wartawan Tua

2. Tahun 2016 - Wartawan Tua dipanggil mengadap Al-Marhum Sultan Pahang selama 4 jam di Istana Pahang susulan pembongkaran isu pembalakan berlebihan di Hulu Tembeling.

3. Tahun 2020 - PBN Pahang sekali lagi menggunakan polis untuk meredakan pembongkaran Wartawan Tua dalam isu penerokaan ribuan ekar tanah haram Musang King di Bentong.


BILAKAH PBN PAHANG MAHU MENGGUNAKAN KUASANYA SENDIRI YANG TERMAKTUB DALAM KANUN TANAH NEGARA UNTUK MEMBAWA PENEROKA TANAH HARAM KE MAHKAMAH DAN MERAMPAS SEMULA KESEMUA TANAH HUTAN SIMPAN KERAJAAN NEGERI YANG SUDAH DITEROKA HARAM ITU?


JANGANLAH NANTI ORANG YANG MELAPORKA KESALAHAN DIKENAKAN TINDAKAN TETAPI ORANG YANG MELAKUKAN KESALAHAN DIBIARKAN BEGITU SAHAJA!


BARU BELAJAR NAK MENIPU KO ?

 Bukan biasa-biasa awak ni,pantau paras ombak terus..

🙄
Ombak dari mana tu kat Indera Mahkota, pantai paling dekat pun Taman Gelora,Telok Chempedak,Balok

KALAU AKUI SENDIRI ADAKAH ITU FITNAH ?

 

Aku tak baca tuduhan yang mula-mula sekali dibuat. Tapi kalau tuduhannya Azam Baki memiliki banyak saham berdasarkan akaun sahamnya, maka tidak ada fitnah di situ.

Kerana ada hakikatnya ianya diakui sendiri oleh Azam. Soal adiknya yang guna akaun itu, bukan perkara yang diketahui umum. Tuduhan dibuat berdasarkan bukti semasa.
Sekarang ini, Azam ada soalan lebih besar untuk dijawab. Adakah dibolehkan seorang penjawat awam membenarkan akaunnya digunakan orang lain, walaupun adik sendiri?
Kalau nak tolak tepi peraturan pun, tetap perkara itu mengundang salah faham. Tidakkah ini bersalahan dengan etika penjawat awam yang mana mesti sentiasa kelihatan bersih?
Soalan lebih besar, bagaimana nak buktikan yang Azam tiada kena mengena dengan segala saham tersebut memandangkan akaun itu atas namanya? Boleh dia buktikan ayang adiknya bukan setakat boneka?

MP AMANAH hantar, mohon Speaker bahas usul isu Ketua Pesuruhjaya SPRM


Satu usul tergempar dibawah peraturan 18(1) (2) telah dihantar oleh Ahli Parlimen Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayub kepada Speaker Dewan Rakyat berkaitan dakwaan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memiliki saham dengan jumlah yang melampau.

Salahuddin yang juga Timbalan Presiden AMANAH membawa usul itu bagi pihak rakyat Malaysia dengan mengambil tanggungjawab membawa isu pemilikan saham yang sangat mencurigakan oleh penjawat tertinggi SPRM.

Usul yang dihantar 5 Januari 2022 supaya ianya dapat diterima dan dibahas pada 1hb Mac 2022 iaitu sesi parlimen bagi membahaskan titah YDPA.

“Saya harap usul yang penting ini dapat diterima dan dibahas di dewan persidangan bukan dalam Kamar Khas kerana isu ini sangat menyentuh persoalan intergriti seorang penjawat awam yang menimbulkan persoalan kepercayaan dikalangan rakyat awam,” kata beliau.

Usul yang dihantar kepada Tan Sri Datuk Azhar Azizan Harun bagi Salahuddin ianya perlu disegerakan untuk menggesa Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah melakukan siasatan dengan lebih lanjut terghadap dakwaan Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki.

Jelas Salahuddin ini adalah perkara kepentingan ramai untuk mengembalikan keyakinan orang awam terhadap SPRM bagi mengekang aktiviti rasuah yang menjurus kepada pecah amanah.

“Saya percaya isu ini adalah berkenaan kepentingan orang ramai yang perlu disegerakan dan dibahaskan pada persidangan Parlimen 1 Mac ini,” kata beliau.

Baik pecat menteri gagal daripada gugur 144 atlet kebangsaan, kata Ahli Parlimen DAP. Pecat ja yang dok makan gaji buta tak tolong cari pelabur arab pun..sembang....

 


Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong berkata, beliau telah membangkitkan isu kekurangan dana bagi persediaan sukan antarabangsa pada tahun ini. (Gambar Steven Sim)

PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen DAP menyelar tindakan Majlis Sukan Negara (MSN) menggugurkan 144 atlet negara daripada program latihan kebangsaan dengan menyifatkan tindakan itu amat mengecewakan terhadap pembangunan industri sukan tanah air.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong berkata, kerajaan seharusnya memecat sepuluh Menteri dan sepuluh Timbalan Menteri yang gagal berfungsi daripada menggugurkan atlet yang berkhidmat untuk negara tanpa sebarang ganjaran lumayan sekiranya isu kekurangan dana menjadi cabaran ketika pandemik.

“Lebih baik pecat sepuluh Menteri dan sepuluh Timbalan Menteri bergaji besar dalam Kabinet gergasi yang gagal berfungsi daripada menggugurkan atlet yang sekian lama berkhidmat untuk negara tanpa sebarang ganjaran yang lumayan.

“Gaji Menteri dan Timbalan Menteri tersebut lebih daripada memadai untuk menampung kembali atlet kita dalam program latihan sukan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, MSN mengumumkan tindakannya menggugurkan 144 atlet negara daripada program latihan kebangsaan dan mengurangkan elaun latihan atlet negara ekoran kurang peruntukan.

Antara nama besar digugurkan adalah pelari pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, yang mengalami kecederaan ligamen lutut sejak 2020 manakala selebihnya sedang mempertimbangkan untuk bersara, menyambung pengajian atau mencari peluang pekerjaan lain.

Steven yang juga bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, beliau telah membangkitkan isu kekurangan dana bagi persediaan sukan antarabangsa pada tahun ini yang menyaksikan Kementerian Belia dan Sukan hanya memperuntukkan sebanyak RM17.5 juta sedangkan negara bakal berdepan tiga acara sukan antarabangsa, iaitu Sukan SEA Hanoi 2021, Sukan Asia Hangzhou 2022 dan Sukan Komanwel Birmingham 2022.

“Bandingkan peruntukan ini dengan Belanjawan 2018 dengan RM71.5 juta diperuntukkan untuk Sukan Komanwel Gold Coast 2018 dan Sukan Asia Jakarta 2018.

“Saya telah menyatakan kekhuatiran bahawa dengan pengurangan mendadak ini, atlet dan persatuan sukan tidak mendapat peruntukan yang mencukupi untuk berdepan dengan cabaran sukan antarabangsa pada tahun ini,” katanya.

Selain itu katanya, Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu memberi jaminan kosong di Dewan Rakyat pada 29 Nov lalu bahawa KBS tidak akan mengabaikan atlet dan persatuan sukan yang akan mengambil bahagian.

“Jelas, Menteri telah menipu di Parlimen apabila hanya sebulan selepas jaminan beliau bahawa KBS tidak akan mengabaikan atlet, seramai 144 orang atlet digugurkan daripada program latihan sukan kebangsaan,” tegasnya.

Steven juga mendakwa, sebahagian atlet mengadu bahawa KBS tidak berunding dengan mereka sebelum membuat keputusan berhubung penamatan perkhidmatan itu.

“Ini telah memperlakukan atlet kebangsaan kita seakan-akan ‘alat pakai buang’ yang boleh disingkirkan bila-bila masa dengan begitu sahaja,” katanya.

Adakah Azam langgar undang-undang pemilikan saham?


Pada sidang media semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, beliau memberi kebenaran kepada adiknya untuk membeli saham menggunakan akaun perdagangan sahamnya.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti (SC) digesa menyiasat sama ada pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki melanggar undang-undang pemilikan saham apabila beliau membenarkan adiknya menggunakan akaun perdagangan saham miliknya.

Gesaan itu dibuat oleh peguam Rafique Rashid Ali dan M Manoharan serta Ahli Parlimen Subang Wong Chen dan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

Pada satu sidang media semalam, Azam, yang juga Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata, beliau memberi kebenaran kepada adiknya untuk membeli saham menggunakan akaun terbabit dan perkara ini telah dijelaskannya kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR).

Rafique merujuk kepada Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) yang menyatakan akaun sekuriti mestilah atas nama pemilik yang menerima manfaat.

“Sidang media Azam kini mesti tertakluk kepada siasatan oleh Suruhanjaya Sekuriti,” katanya kepada FMT.

Manoharan berkata, seseorang tidak boleh meminjamkan namanya kepada orang lain untuk berdagang saham.

“Ini bermakna ia boleh mengelirukan SC dan mungkin terdapat unsur kesalahan,” katanya.

Wong berkata, Azam patutnya lebih arif daripada membenarkan sesiapa meminjam akaun dagangan sahamnya.

“Kini amat penting untuk menunjukkan dokumen pengisytiharan asetnya kepada Perdana Menteri ketika itu untuk dilihat sama ada beliau mengisytiharkan saham ini.

“Jika ini tidak didedahkan, maka beliau perlu disiasat lebih lanjut,” katanya.

Beliau juga berkata, siasatan dalaman oleh SPRM mengenai perkara itu seperti yang diumumkan semalam tidak akan memuaskan hati rakyat kerana “terdapat isu konflik kepentingan yang jelas”.

Beliau menggesa SPRM membentangkan laporan bertulis mengenai penemuannya kepada Parlimen bagi membolehkan jawatankuasa dwipartisan Ahli Parlimen menelitinya.

Santiago berkata, SC harus memastikan sama ada Azam melanggar SICDA.

“Juga penting untuk diketahui sama ada Azam telah mengisytiharkan asetnya pada 2015 apabila adiknya mula-mula membeli saham itu,” katanya.

Beliau menggesa Perdana Menteri “menyiasat kes ini” bagi menyelamatkan reputasi SPRM.

Santiago turut menyeru agar ketua SPRM baharu dilantik.

“Kita mesti fikirkan kesan ke atas pelabur asing yang merancang untuk melabur di sini.

“Mereka akan melihat kredibiliti agensi antirasuah kita,” katanya.


Syahid balak

 

Syahid balak










Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Hazani Ghazali menyatakan terdapat 54 kematian akibat banjir direkodkan di seluruh negara dan dua orang lagi masih hilang. Selangor mencatatkan kematian tertinggi iaitu 25 orang, disusuli Pahang dengan 21 kematian, di Kelantan empat orang terkorban, manakala di Sabah tiga orang dengan seorang di Negeri Sembilan.

Sekiranya kematian 54 orang ini terjadi bukan kerana curahan hujan yang banyak, kepala air, bencana alam (atau disebut-sebut agar boleh ‘move on’ sebagai takdir) sebaliknya kerana aktiviti penggondolan hutan, pembalakan, dan perubahan lanskap oleh sebab korupsi, maka mangsa banjir ini adalah ‘syuhada’ (tanpa mengira kepercayaan mereka).

54 orang ini boleh dan wajar menuntut semula hak mereka di hari pengadilan kelak. Bak kata Mufti Perlis dalam kenyataan beliau baru-baru ini; “…perbuatan menebang hutan sehingga membinasakan kehidupan rakyat merupakan jenayah dunia dan akhirat. Tanpa mengira siapa pun pelakunya, sama ada golongan bawahan atau bangsawan, ahli politik atau ahli perniagaan, ke atas mereka laknat rakyat.”

Hubungan korupsi-pembalakan-banjir sangat kuat. Seperti yang dapat kita lihat, mangsa banjir ini kebanyakannya orang kampung, kaum miskin, dan mereka yang senang tertindas. Tak ada bangsawan atau T20 misalnya yang ditimpa banjir atau bah, apatah lagi ditusuk banglo, atau villa mereka dengan kepala balak.

Dalam hal ini penjelasan Transparency International pada 15 Disember 1998 menunjukkan bagaimana korupsi ini menimpa (dalam konteks ini menyebabkan kematian beramai-ramai) kaum melarat atau marhaen. Menurut Transparency International:

“Corruption is one of the greatest challenges of the contemporary world. It undermines good government, fundamentally distorts public policy, leads to the misallocation of resources, harms the private sector and private sector development and particularly hurts the poor.”

Ini juga sebabnya Nabi Muhammad menghina, menista dan mengecam pemberi, penerima, dan perantara rasuah atau korupsi ini. Hadis “la’anallahu ala al-rasyi wa al-murtasyi” itu dilaporkan dalam Musnad Ahmad, Sunan Abu Daud, dan Sunan Ibnu Majjah.

Dalam skema moden dan kontemporari, rasuah atau korupsi ini secara mudahnya membabitkan monopoli dan kekuasaan untuk melakukan sesuatu (dalam hal ini membalak) “minus” pertanggungjawaban iaitu tidak boleh dihukum lantaran kebalnya (lantaran posisi si pelaku yang tidak boleh digugat). Ini menepati pencirian korupsi yang diberikan oleh World Bank pada 1997:

“Public office is abused for private gain when an official accepts solicits, or extorts a bribe. It is also abused when private agents actively offer bribes to circumvent public policies and processes for competitive advantage and profit. Public office can also be abused for personal benefit even no bribery occurs, through patronage and nepotism, the theft of state assets, or the diversion of state revenues.”

Pembalakan yang terdedah makarnya oleh banjir (bukti kekuasaan Tuhan) pada Disember 2021 itu mestilah dilubangcacingi iaitu diburu dan dicari pelakunya. Jangan segera berlalu setelah lumpur dicuci. Jangan segera beredar selepas musim hujan mereda.

Hubungan pembalakan dan korupsi bagai bintang-gemintang terang benderang tanpa perlu suluhan.

Kajian profesor sohor, Jomo KS bersama-sama Chang YT dan Khoo KJ pada 2004 dengan judul “Deforesting Malaysia: The Political Economy and Social Ecology of Agricultural Expansion and Commercial Logging” menyebutkan hubung kait pembalakan dan korupsi. Sistem sedia ada di negara ini, menurut mereka, mendorong kepada ketiadaannya kebertanggungjawaban pengusaha balak:

“…encourages corruption and illegal logging owing to the lack of accountability of the concessionaires and loggers.”

Pengusaha balak itu boleh jadi macam-macam status mereka, seperti disebut-sebut oleh Mufti Perlis itu.

Kematian mangsa di Pahang misalnya baru-baru ini, khusus dalam ‘banjir balak’ di Karak, Bentong; siapakah yang akan bertanggungjawab? Jika tiada, maka jelas tiadanya kebertanggungjawaban ekoran imuniti taukehnya. Siapa pula di belakang taukeh sampai tiada boleh dipertanggungjawabkan?

Hubungkait pembalakan dan korupsi ini bukan diada-adakan, pada 2020 misalnya tiga individu ditahan kerana disyaki memberi dan menerima rasuah RM3 juta, iaitu berhubung sebuah projek pembalakan bernilai lebih 27 juta. Fakta kes menyebutkan projek ambil alih kawasan pembalakan itu melibatkan kawasan seluas 6,591.67 ekar di Pahang pada 2015.

Ops Timber pada 2017 pula memerangkap seorang pegawai hutan Jabatan Perhutanan Daerah Jerantut, Pahang yang mengaku bersalah atas tiga pertuduhan pilihan bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berhubung kes pemberian rasuah oleh syarikat. Rasuah ini sebagai balasan tidak dikenakan tindakan apabila melakukan pencerobohan dan penebangan pokok secara haram di luar kawasan. Ekoran dari itu pada 20 September 2017, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda sebanyak RM150,000.00 tunai bermula daripada tarikh beliau ditangkap iaitu pada 11 September 2017.

Untuk rekod, aktiviti pembalakan di Jerantut (kerana kes rasuah di atas terjadi di Jerantut) mendorong bantahan besar dari penduduk atau rakyat miskin di situ. Terdapat laporan berita seawal bulan Mac 2021 oleh penduduk di sini, yang berusaha menolak pembalakan. Bantahan dibuat oleh penduduk membabitkan lima kampung iaitu Kampung Baharu, Kampung Sungai Badak, Kampung Lata Kasah, Kampung Binjai, dan Kampung Sungai Par.

Menurut penduduk, kerja-kerja penebangan balak berdekatan dengan Sungai Teh dan penempatan penduduk di Kampung Sungai Badak dikhuatiri menjadi punca musibah.

Juga untuk rekod, Ahli Parlimen Jerantut adalah Ahmad Nazlan Idris (Umno) yang juga Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Sebagai rekod tambahan, Perdana Menteri hari ini adalah dari Pahang, manakala dua orang lagi bekas Perdana Menteri juga dari Pahang.

Rekod lain: banjir di Jerantut juga menarik minat Pemangku Sultan Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membuat lawatan ke 10 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Jerantut. Seperti biasa, beliau menyantuni mangsa banjir dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di PPS.

Demi semua rekod yang dipecahkan pada 17 dan 18 Disember 2021 itu, jika kita memahami sebab akibat pembalakan dan korupsi, tidaklah pula terlalu sukar untuk menjelaskan hubungan pembalakan dengan bencana banjir, khusus di Pahang itu.

Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Prof Ahmad Ismail, sebagai contoh menegaskan hutan berfungsi untuk ‘menapis’ atau memperlahankan aliran air ke permukaan ketika hujan lebat, sekali gus mengurangkan impak banjir kepada penduduk (dalam hal ini orang miskin). Beliau menyatakan:

“Kawasan hutan yang menipis juga boleh menyumbang kepada kebolehan peningkatan pergerakan air permukaan. Pembangunan baharu dan penerokaan hutan secara haram juga perlu dilihat menyumbang kepada banjir dan tanah runtuh.”

Sekiranya banjir besar yang terjadi hujung Disember 2021 itu memang bersebabkan pembalakan maka kematian ramai rakyat (baca: orang miskin) itu memanglah satu ‘pembunuhan beramai-ramai’ yang boleh dan patut dielakkan.

Yang terkorban tentulah sudah ‘syahid’. Akan tetapi untuk yang masih tinggal bernyawa kekal melakukan kebebalan sama dengan memilih tukang, wakil, proksi, dan tangan yang menjadi punca pembalakan, itu memanglah mengherankan.

Kenapa bersih nama bos SPRM tanpa siasatan menyeluruh, soal IDEAS

 

Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi menggesa Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah mendedahkan dasar atau tatakelakuan yang diguna pakai dalam membersihkan nama Azam Baki daripada sebarang salah laku. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sebuah badan pemikir bimbang dengan keputusan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) membersihkan nama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki daripada sebarang salah laku berdasarkan satu mesyuarat sahaja tanpa siasatan menyeluruh.

Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) dalam kenyataan berkata, keputusan LPPR itu dibuat hanya berdasarkan penjelasan Azam semata-mata.

“Pada pandangan kami, jika kesimpulan itu hanyalah berdasarkan penjelasan Azam, maka LPPR tidak menjalankan tugas dengan betul dan hal ini bukan tindakan contoh yang sepatutnya dilakukan sebuah organisasi ditugaskan sebagai badan utama mengawasi SPRM.

“Kami juga menyesali kelewatan LPPR mengumumkan keputusan mesyuarat tersebut kepada masyarakat awam sejurus selepas mesyuarat berlangsung. Jika LPPR mengadakan sidang media sejurus selepas mesyuarat khas itu berbanding menunggu lebih sebulan, keluh-kesah rakyat berkenaan hal ini dapat dielakkan.”

Terdahulu, Pengerusi LPPR, Abu Zahar Ujang dilaporkan berkata, Azam tidak terbabit dalam salah laku berhubung pembelian saham syarikat, selepas ia berpuas hati dengan penjelasan Azam dan mendapati tiada elemen konflik kepentingan.

IDEAS mendesak LPPR mendedahkan dasar atau tatakelakuan yang diguna pakai dalam membersihkan nama Azam daripada sebarang salah laku.

“Lebih penting lagi, LPPR perlu menjelaskan sama ada Azam memenuhi kriteria pengisytiharan harta berdasarkan pekeliling kerajaan bertajuk ‘Surat Pekeliling Perkhidmatan 2 Tahun 2002 (Pemilikan dan Perisytiharan Harta oleh Pegawai Awam)’ yang memerlukan penjawat awam mengisytiharkan harta mereka.”

Menurutnya, kegagalan memberi penjelasan menyeluruh bagaimana keputusan itu dicapai dengan penuh ketelusan akan menghakis kepercayaan awam terhadap SPRM sebagai institusi penting dalam membasmi rasuah.

SIAPA ADIK AZAM BAKI, ADAKAH KEDUDUKANNYA LEBIH TINGGI DARIPADA AZAM SENDIRI?

 

Tanpa melalui sebarang proses siasatan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki nampaknya terus dibersihkan daripada sebarang salah laku atas dakwaan memiliki sejumlah saham yang besar dalam sebuah syarikat korporat.

Beliau dibersihkan hanya dengan memberi penjelasan kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM saja.

Menurut Pengerusi LPPR, Abu Zahar Ujang, pihaknya berpuas hati dengan penjelasan Azam bahawa saham-saham itu adalah milik adiknya yang meminjam akaunnya bagi membelinya pada 2015 dahulu.

Saham-saham itu kini, katanya, telah pun dipindahkan kepada nama adiknya, Nasir Baki.

Dengan itu, tambah Abu Zahar, LPPR berpuas hati dengan penjelasan Azam bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM itu tidak mempunyai sebarang manfaat kewangan mahupun konflik kepentingan dalam pemerolehan saham tersebut.

“Ahli-ahli LPPR berpendapat Azam tiada sebarang kepentingan sendiri dalam saham-saham berkenaan,” kata Abu Zahar lagi.

Wowww….senangnya Azam membersihkan diri dan dibersihkan oleh LPPR!!

Terus terima saja bulat-bulat penjelasan Azam tanpa perlu apa-apa siasatan?

Persoalannya adakah selama ini Azam pernah memberi penjelasan kepada pihak berkaitan dalam kerajaan berkenaan pemilihan saham tersebut?

Adakah JPA dan SPRM sendiri sebelum ini tahu berkenaan pemilikan saham tersebut kerana pada tahun 2015, Azam adalah Pengarah Siasatan SPRM dan sudah tentu ada ketua di atasnya?

Berkenaan penjelasan Azam kepada LPPR bahawa saham tersebut adalah milik adiknya yang meminjam namanya, ini sesungguhnya sesuatu yang pelik sekali kerana biasanya penjawat awam yang akan meminjam nama atau akaun orang lain jika mereka ada perniagaan di belakang tabir yang hendak dilakukan.

Tetapi, dalam kes Azam, beliau pula yang membenarkan namanya sebagai penjawat awam dan Pengarah Siasatan SPRM untuk digunakan untuk urusan perniagaan oleh orang lain.

Tidakkah ini pelik?

Kenapa adiknya tidak menggunakan nama dan akaunnya sendiri?

Adakah adiknya tidak mempunyai akaun atas namanya sendiri?

Kalau adiknya pandai main saham dan tahu berkenaan pemilikan saham, adakah adiknya tidak tahu membuka akaun sendiri?

Siapa Nasir Baki itu dan apa kedudukannya dalam kerajaan?

Pernahkah kita mendengar namanya sebelum ini?

Apakah pangkat dan kedudukannya lebih besar daripada Azam sendiri sehingga beliau terpaksa meminjam akaun abangnya untuk memiliki saham?

Selain itu, dengan penjelasan Azam bahawa saham itu adalah milik adiknya yang hanya meminjam namanya, bagaimana urusan pembiayaan saham-saham itu dilakukan?

Adakah ia menggunakan duit Azam atau duit adiknya?

Bolehkah Azam menunjukkan semua transaksi kewangan sebagai bukti?

Walaupun ternampak dibersihkan oleh LPPR, hakikatnya Azam belum bersih lagi di mata masyarakat, apa lagi SPRM sendiri terkait dengan banyak hal memalukan kebelakangan ini.

Hanya badan siasatan bebas yang mampu menyiasat secara menyeluruh dan tanpa berpihak saja dapat menentukan sama ada Azam benar-benar bersih atau sebaliknya. – ShahbudinHusin 06/01/2021.




Kantoi! Lelaki ini jawab Bos SPRM isu guna akaun orang lain untuk beli saham di pasaran

 

Kantoi! Lelaki ini jawab Bos SPRM isu guna akaun orang lain untuk beli saham di pasaran


“Beritahu saya kalau ia suatu kesalahan”- Azam Baki

Ya ia SALAH.

Rujuk perkara (2),(5) bahagian 25 AKTA PERINDUSTRIAN SEKURITI (DEPOSITORI PUSAT) 1991 Perkara 25:

(2) Ejen depositori dibenarkan untuk menguruskan sekuriti yang didepositkan oleh prinsipal berkaitan dengan urus niaga, membuka dan menyenggara sekuriti akaun dengan depositori pusat.

(4) Tiap-tiap akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat hendaklah dinamakan di atas nama pemilik benefisial sekuriti yang didepositkan atau penama yang diberi kuasa (authorised nominees).

(5) Orang yang membuka akaun sekuriti itu hendaklah membuat pengisytiharan dalam apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah depositori pusat bahawa dia ialah pemilik benefisial bagi sekuriti yang didepositkan atau penama yang diberi kuasa (authorised nominees) atau mengikut mana-mana yang berkenaan.[Ins. Akta A1039:s.13]

(6) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (5) adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kepada kedua-duanya.[Ins. Akta A1039:s.13]

Sumber:

AKTA PERINDUSTRIAN SEKURITI (DEPOSITORI PUSAT) 1991 Perkara 25.

https://www.sc.com.my/…/akta-perindustrian-sekuriti…

Securities Commission Malaysia takkan diam je?

Khairul Azri

Guna nama beli saham tak patut dijadikan isu: Azam Baki

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menjelaskan isu adiknya, Nasir Baki menggunakan akaunnya untuk membeli saham tidak harus menjadi isu.

Menurutnya, sesiapa sahaja boleh menggunakan akaun orang lain untuk membeli saham di pasaran terbuka dan ia tidak menjadi satu kesalahan untuk berbuat demikian.

“Sebenarnya, siapa-siapa pun boleh menggunakan akaun orang lain untuk membeli saham di pasaran.

“Kalau ada kesalahan dan benar berlaku (salah menggunakan akaun orang lain), beritahu saya kalau ia merupakan satu kesalahan,” katanya ketika sidang media khas bersama Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Rabu.

Sidang media khas itu dibuat bagi menjawab dakwaan berhubung salah laku yang dikatakan membabitkan pegawai-pegawai tinggi di suruhanjaya berkenaan.

Mengulas lanjut, Azam turut menegaskan bahawa dalam isu saham ini, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tuduhan terdapat ‘conflict of interest’ seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak adalah tidak berasas.

Katanya, isu itu telah dijelaskan kepada Panel LPPR, yang mana akaun sahamnya digunakan oleh adiknya untuk membuat urusniaga.

“Saya tiada kepentingan atau benefisial ke atas saham-saham yang dibeli itu. Saham-saham itu dibeli melalui pasaran terbuka oleh adik saya menggunakan pembiayaannya dan saham-saham syarikat yang dibeli olehnya tiada kaitan dengan siasatan oleh SPRM.

“Saham itu kemudiannya dipindahkan ke dalam akaun beliau,” katanya.

Azam berkata, tuduhan yang mengatakan beliau mengawal banyak syarikat juga adalah ‘total lie’ dan didakwa sengaja dicipta untuk memberi persepsi negatif terhadapnya.

Tambahnya, tuduhan itu digambarkan seolah-olah beliau mengawal satu konglomerat yang besar untuk menjatuhkan reputasinya sebagai Ketua Pesuruhjaya dan institusi SPRM.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya tohmahan ini kerana ia merupakan perbuatan yang berniat jahat,” tegasnya.