SIAPA AHLI PARLIMEN PKR YANG DIDAKWA TERIMA RM9.5 JUTA MASIH LAGI MISTERI
27 Mac 2026
Berdasarkan pendedahan Rafizi Ramli semalam, sudah diketahui kini bahawa Mr R sebagaimana disebut oleh Victor Chin ialah Sandraruben Neelamagham atau Ruben.
Menurut Rafizi, Ruben adalah seorang peguam yang merupakan Penasihat Korporat NexG dan Pengarah HighTech Padu.
Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa Ruben ialah penghubung antara kumpulan yang digelar “mafia korporat”dengan pihak berkepentingan dalam isu tekanan terhadap pemegang saham sepertima dinyatakan Victor Chin.
“Gambarannya jelas bahawa Mr R adalah operator kepada seorang yang lebih berkuasa,” katanya dalam satu hantaran di media sosial malam semalam.
Rafizi turut mengaitkan individu yang didakwa sebagai 'boss' kepada Ruben ialah bekas Setiausaha Politik kepada Anwar Ibrahim iaitu Farhash Wafa Salvador.
“Persoalan yang lebih besar ialah dakwaan dari komunikasi antara Victor dan Ruben, iaitu bossnya, atau dari deduksi Farhash, mempunyai pengaruh bagi mengarahkan pihak berkuasa untuk menekan pemegang saham NexG, serta Farhash berkemampuan meyakinkan Perdana Menteri untuk memberikan kontrak berbilion ringgit kepada NexG.
“Saya dah tunaikan janji saya untuk dedah siapa Mr R,” tambah Rafizi sambil menyatakan isu tersebut selanjutnya wajar dijawab oleh Perdana Menteri bagi menjelaskan dakwaan yang timbul.
Meskipun Rafizi telah menunaikan janji untuk mendedahkan siapa Mr R, sebenarnya ada individu lain yang dikaitkan dengan “mafia korporat” yang masih lagi belum diketahui.
Ia adalah Ahli Parlimen PKR yang didakwa menerima RM9.5 juta daripada Victor Chin sebagaimana didakwa oleh ahli pernigaan itu.
Victor Chin sebelum ini mendakwa wang itu diserahkan kepada Mr R untuk menyelesaikan tekanan daripada “mafia korporat” yang dihadapinya.
Oleh kerana Victor Chin mendakwa urusan itu tidak dijalankan, beliau telah menuntut wang itu kembali dan memberi tempoh akhir berbuat demikian sebelum 30 Mac ini.
Jika wang tidak dikembalikan, Victor Chin mengancam untuk mendedahkan nama Ahli Parlimen berkenaan.
Persoalan sekarang setelah nama Mr R didedahkan dan nama Farhash turut dikaitkan, siapakah Ahli Parlimen PKR yang dimaksudkan Victor Chin itu.
Baik Ruben atau Farhash, kedua-dua mereka bukan Ahli Parlimen.
Adakah nama Ahli Parlimen PKR itu benar-benar wujud atau sekadar sensasi ciptaan?
Apakah kita kena tunggu lagi sehingga 30 Mac ini untuk mengetahuinya, itu pun jika Victor Chin sedia mendedahkannya? - ShahbudinHusin 27Mac2026.
TIADA KOMPROMI TERHADAP PENYELEWENGAN SUBSIDI
Kerajaan MADANI melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh tindakan penguatkuasaan bagi membanteras penyelewengan subsidi bahan api yang menjejaskan hak rakyat.
“Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyeleweng subsidi kerana ia adalah hak rakyat. Tindakan tegas akan terus diambil melalui pendekatan penguatkuasaan pintar bagi memastikan ketirisan dapat dihentikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Pendekatan Smart Enforcement dilaksanakan secara bersepadu melibatkan agensi penguatkuasaan KDN dengan fokus kepada:
Operasi khas dilaksanakan bagi melumpuhkan rangkaian penyelewengan dan penyeludupan subsidi demi memastikan manfaatnya dinikmati oleh rakyat Malaysia.
Kawalan di pintu masuk dan sempadan negara diperkukuh secara berterusan bagi mengekang aktiviti penyeludupan bahan bersubsidi ke luar negara.
Kerjasama rakyat amat penting. Laporkan sebarang aktiviti mencurigakan di stesen minyak atau kawasan sekitar demi melindungi kepentingan bersama.
KDN komited memastikan setiap sen subsidi sampai kepada golongan yang berhak, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Keselamatan tanggungjawab bersama. Rakyat dilindungi, negara diperkasa.
#KDN #MalaysiaMADANI #SmartEnforcement #LindungiRakyat #KeselamatanTanggungjawabBersama #PerangiPenyelewengan #SubsidiUntukRakyat #MADANIBekerja
Sumber:
Kementerian Dalam Negeri (KDN) / Kenyataan Rasmi Kerajaan MADANI, 2026
See less
Subscribe to:
Comments (Atom)