HUJAH GANTI HARAKAH.SUARA KEAMANAN GANTI SUARA KEADILAN


SUARA KEAMANAN .Itulah akhbar yang menggantikan SUARA KEADILAN dimana ianya sudah mula dijual dipasaran.manakala HUJAH pula akan dikeluarkan pada hujung minggu ini.Kerajaan oula hari ini mengharamkan dibicarakan mengenai Altantunya melalui sebarang ceramah.Haru juga macam ini...........

Rasanya macam pernah dengar kerajaan nak berubah..nampaknya tak juga.anak muda pasti menilai ini semua.

YB ROZIAH DIPELANCARAN SRIKANDI KEDILAN






BUKIT GANTANG-Baru-baru ini , di hari penamaan calon Bukit Gantang YB Roziah telah merasmikan jentera pilihanraya Srikandi keadilan dimana ianya dikenali sebagai “Pasukan Gerak Gempur WIN” yang membawa tema wanita berdaya harapan negara.

Menurut YB Roziah lagi wanita PKR negeri Perak , tidak akan hanya berdiam diri tetapi akan menggerakkan seluruh jentera wanita PKR bagi membantu calon PKR Bukit Gantang iaitu YB Dato Seri Nizar bagi memenangi pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang.

Dengan menggerakkan seluruh jentara ini dilihat sebagai satu langkah bekerjasama diantara parti dalam Pakatan Rakyat.Beliau juga selepas itu bergerak ke beberapa kawasan bagi menyampaikan maklumat kepada penduduk kampong serta risalah penerangan untuk rakyat di negeri Perak.

HARI PENAMAAN CALON BUKIT GANTANG.MUNGKIN ANDA DAPAT ANGGARKAN JUMLAHNYA




















Hari penamaan calon Bukit Gantang menyaksikan sokongan dari penyokong PAS dan Pakatan Rakyat mengiringi calon dan perarakan di tengah-tengah Bandar Taiping seolah-olah menyaksikan satu demontrasi bagi membantah pembatalan akhbar harakah.Lebih 50 ribu penyokong hadir malah ada yang mengaanggarkan ianya hampir 100,000 penyokong yang hadir dari seluruh negara bagi menyatakan bantahan kepada Umno/Bn dan sokongan kepada Dato seri mohd Nizar yang mana jawatan beliau dirampas oleh Umno dan BN.


Hari penamaan calon juga menyaksikan persaingan sengit calon PAS Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dengan calon BN Ismail Safian yang dianggap "bantahan " terhadap Najib dan menteri besar Pakatan Rakyat itu dianggap sebagai hero rakyat negeri Perak .Dato Nizar yang berpakaian serba hijau dilihat melambaikan tagann kepada pemberita dan penuh keyakinan . Ia dimeriahkan lagi dengan kehadiran seorang calon bebas Kamarul Ramizu Idris yang berpakaian serba hitam.

Berbagai banner dan juga laungan dari para penyokong memeriahkan suasana.malah turut kelihatan juga kelab penyokong PAS dari kaum India yang memukul gentang ,manakal di sudut lain pula sekumpulan masyarakat kaum Tionghua melaungkan dan menyanyikan lagu “Antantunya”.Ini adalah cabaran hebat buat PAS dan juga Umno kerana walau pun berbagai slogan dan janji untuk berubah semasa perhimpunan agong Umno ,pertentangan rakyat dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang adalah juga satu cabaran hebat buat Timbalan Perdana Menteri Dato Najib yang dianggap sebagai satu hadiah buat beliau dan juga kemenangan manis buat PAS dan Pakatan Rakyat jika menang dan membuktikan tindakan Umno/Bn tidak dipersetujui rakyat Perak khasnya.