SEMASA MENJADI AHLI PARLIMEN TAK PERNAH DENGAR PUN SUARA MEMBELA BANGSA MELAYU DI PUALAU PINANG. MALAH ADA MASYARAKAT DI BAYAN BARU TAK PERNAH LIHAT MUKA PUN DI MARKET ATAU PASAR.BUAT LAH LABU................
SEMASA MENJADI AHLI PARLIMEN TAK PERNAH DENGAR PUN SUARA MEMBELA BANGSA MELAYU DI PUALAU PINANG. MALAH ADA MASYARAKAT DI BAYAN BARU TAK PERNAH LIHAT MUKA PUN DI MARKET ATAU PASAR.BUAT LAH LABU................
KUALA LUMPUR: Perkumpulan Demi Negara, Agama dan Bangsa (D' Nab) hari ini mengutuk sekeras-kerasnnya beberapa pimpinan Melayu Muslim yang disifatkan mereka sebagai penderhaka kepada negara, agama (Islam) dan bangsa (Melayu).
Dalam suatu kenyataannya baru-baru ini, Pengerusi D' Nab Mohd Basir Abdullah telah membariskan nama-nama para pemimpin yang perlu bertanggungjawab untuk berdepan dengan kemusnahan masyarakat Islam, Melayu dan negara Malaysia.
"Antara mereka yang mesti bertanggungjawab adalah Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Timbalan Perdana Menteri, semua menteri kabinet Melayu Islam, semua ahli parlimen Melayu Islam, semua ahli Dun Melayu Islam, Yang Dipertua Majlis Agama Negeri, para pengarah Jabatan Agama Negeri-Negeri, para ulamak, tok-tok guru dan lain-lain bijak pandai dalam kalangan bangsa Melayu Islam Malaya.
"Mengikut pengakuan mereka, mereka inilah penjaga hak orang Melayu dan agama Islam. Sebenarnya mereka ini adalah biadap, pengkhianat dan penderhaka negara, agama dan bangsa," tambah Mohd Basir.
Menurut beliau, dakwaan ini dilakukan kerana benci golongan yang tiada ketakutan kepada Tuhan, sambil menyifatkan mereka sebagai bisu, pekak dan buta melihatkan kesengsaraan negara Islam tercinta ini.
"Betulkah anda semua jaga hak bangsa Melayu dan memelihara Islam sebagai agama rasmi negara ini? Jika anda amanah terhadap bangsa dan agama, bagaimana mungkin anda semua bisu, pekak dan buta terhadap judi, arak dan pelacuran yang dilarang sama sekali dan diharamkan Allah?
"Dalam negara ini, agama ini dikuasai bangsa Melayu, kenapa masih boleh diluluskan lesen-lesen judi? Adakah arak dan pelacuran boleh dibiarkan bebas berlaku?
"Dalam negara Islam ini, jika hal itu diharamkan Tuhan, tetapi lesen-lesen maksiat, judi, arak dan pelacuran masih diluluskan dalam jumlah yang banyak, pastinya ia mendapat restu anda semua," tambah beliau lagi.
Zulkifli Nordin, Fir'aun kecil?
Menyentuh perkembangan terkini berhubung kenyataan ahli parlimen Kulim Bandar Baharu, Mohd Basir menyifatkan 'Fir'aun Kecil' itu adalah beliau sendiri.
"Pertamanya, Dr Mahathir, kedua kalau Firaun hidup semula, wajah dan namanya adalah seperti ahli parlimen Kulim Bandar Baru itu, ketiganya Fir'aun Kecil itu adalah saki-baki ahli parlimen yang melompat parti jadi Bebas, sehingga porak-peranda negara, agama dan bangsa.
"Saya mengucapkan tahniah yang tidak berkesudahan kepada yang dimaksudkan di atas kerana menghidupkan semula era Fir'aun. Sayang sangat anda kepada Fir'aun sehingga terbawa 'sunnah'nya ke dalam kehidupan anda," kata beliau lagi.
Pengerusi D' Nab Mohd Basir Abdullah boleh dihubungi di talian 019-6824198, atau mohamad.basir@yahoo.com.