KENA KENCING DENGAN PAK LEBAI

 


Kalau orang lain, janji yang dah valid pun dia tuntut. Tapi kalau dia, mungkir janji mungkin dapat pahala agaknya.


Tapi apa nak pelik? Bab mungkin janji dengan lebai bukanlah perkara yang asing. Tengok sajalah cara lebai dengan hutang. Nak bayar pun liat.


Tapi walaun suka macam ni. Macam awek zaman ni kata, awak terlalu baik untuk saya. Dorang suka yang penipu. Apa nak buat... Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


NAK PERTAHAN APA....SURAT HABAQ PUN TAK LEH NAK BAYAQ..PRESIDEN DEPA KENA SAMAN PUN BAYAQ...MANA BERANI NAK LAWAN ...NAK HARAP PERTAHAN LAIN.....MMMMM.....

 



'Takiyuddin, Pas sepatutnya pertahan PM diancam kuasa Barat'

Persendaan terhadap ugutan yang diterima oleh Perdana Menteri Malaysia (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pemimpin Barat dalam isu membela rakyat Palestin tidak seharusnya berlaku.


Sehubungan itu, Ketua Cabang KEADILAN Tenggara, Fakharuddin Moslim menempelak ucapan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di parlimen semalam yang menyifatkan tekanan diterima oleh PM daripada sebagai lucu dan pelik.


Katanya, sebagai pemimpin gerakan Islam, Takiyuddin sewajarnya memihak mempertahankan Anwar yang membela umat Islam Palestin, bukannya mempersendakan beliau.


"Sebagai pemimpin kanan Pas yang juga merupakan anggota parlimen Malaysia, seharusnya Takiyuddin Hassan memberikan dokongan penuh dan sedia mempertahankan PM jika Perdana Menteri Malaysia diancam oleh mana-mana pemimpin dunia Barat.


"Isu Palestin memerlukan rakyat Malaysia merentas segala fahaman politik untuk bersatu hati, menyeru masyarakat antarabangsa mengutuk, mengecam dan seterusnya mengambil tindakan terhadap segala kezaliman yang dilakukan oleh Israel terhadap warga Palestin.

"Pas sepatutnya menggunakan ruang ini untuk menzahirkan kebersamaan dan kesepakatan tanda solidariti kepada warga Palestin yang ditindas oleh regim zionis Israel.

"Dalam saat genting yang dihadapi oleh warga Palestin, Pas sepatutnya berhenti untuk bermain politik dan menyokong segala usaha kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata dalam kenyataan.



Fakharuddin Moslim

Fakharuddin membidas sikap Pas yang tidak berubah sejak berdekad lamanya, menganggap hanya parti itu yang layak berbicara persoalan Islam mahu pun membela rakyat Palestin.

Tegas Pengarah Biro Antarabangsa Angkatan Muda Keadilan itu, Pas seharusnya menghormati PM yang berani menyuarakan pendapat beliau di arena antarabangasa yang tidak mampu dilakukan pemimpin Pas ketika mereka memerintah selama 3 tahun sebelum ini.

"Datuk Seri Anwar menerusi kenyataan negara sulungnya pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, pada 22 September lalu telah mengetengahkan hipokrasi negara Barat dalam menangani isu Palestin. PM menyelar negara Barat sebagai munafik, hipokrit dalam isu Palestin.

"PM juga menyeru usaha pelbagai hala yang diterajui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyelesaikan semua konflik dan krisis kemanusiaan yang berlaku di dunia masa ini.

"Ketika Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di Riyadh pula PM menggunakan platform itu untuk membangkitkan isu Palestin, menggesa masyarakat antarabangsa menamatkan pencerobohan berterusan Israel terhadap Palestin," ujarnya.

Fakharuddin menambah, Anwar tidak berhenti hanya di persidangan antarabangsa tetapi mengunjungi negara negara Islam dan membincangkan peranan yang boleh dimainkan bersama untuk mencari perdamaian di Asia Barat.

Termasuk, katanya, bertemu Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Persiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan di Istanbul dan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Kaherah.

"Peranan Datuk Seri Anwar dalam memperjuangkan isu Palestin bukanlah semata-mata omong kosong, atau retorik, tetapi dizahirkan oleh inisiatif beliau menyuarakan pandangan di peringkat serantau dan antarabangsa.

"Maka tidak mustahil, inisiatif yang digerakkan oleh Datuk Seri Anwar itu mendapat tentangan pimpinan politik dunia Barat (yang pro Israel)," katanya.

Justeru, Fakharuddin menyeru agar Takiyuddin merendahkan egonya dan terima hakikat bahawa perjuangan Datuk Seri Anwar berkenaan isu Palestin lebih terkehadapan dan signifikan, jauh lebih berkesan daripada mantan duta khas ke Timur Tengah yang menjadi sekutu Takiyuddin ketika menjadi kerajaan pada 2020 - 2022 lalu.

MP KUALA KANGSAR DIBERI SURAT TUNJUK SEBAB


 Lembaga Disiplin Bersatu sudah menghantar surat tunjuk sebab kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim 12 Okt lalu.

Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin, berkata langkah itu dibuat sebelum sebarang tindakan diambil ke atasnya mengikut perlembagaan parti.

Dalam kenyataan, beliau berkata kedudukan Iskandar dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu malam tadi.

Sebelum ini, Iskandar menerusi kenyataan menjelaskan beliau menyokong kepimpinan Anwar kerana tidak sanggup melihat pengundi di kawasannya terbiar dan ketinggalan semata-mata perbalahan naratif politik, walaupun tetap bersama Bersatu.

Keesokannya, Hamzah yang juga setiausaha agung Perikatan Nasional (PN) mendakwa Iskandar “diugut akan didakwa atas kesalahan rasuah” oleh seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), susulan pertemuan dengan seorang ahli perniagaan yang menjanjikan habuan wang dan kedudukan dalam beberapa syarikat.

Hamzah bagaimanapun tidak menamakan pegawai tinggi dan ahli perniagaan berkenaan.

Sementara itu, Hamzah berkata mesyuarat dipengerusikan Presiden Muhyiddin Yassin itu juga menetapkan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu diadakan pada 23 hingga 25 Nov ini di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

“Jawatankuasa Induk Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu akan dipengerusikan Naib Presiden, Radzi Jidin.

“Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu bermula dengan perasmian sayap-sayap pada 23 Nov, sebelum diikuti Perhimpunan Agung pada 24 dan 25 Nov,” katanya.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/10/27/ahli-parlimen-kuala-kangsar-diminta-jawab-surat-tunjuk-sebab-sokong-pm/


SEKURANG KURANGNYA DIA BERTANYA..WALAUN KAKI FITNAH LAIN CARA DIA..SEBAB TAK SEKOLAH JADI MACAM GITU

 

Nikah sivil ni tak sama nikah agama…




PERJUANGAN APA...ISLE LAGU MANA..HUTANG SAMPAI TAK MO BAYAR.MELINGKUP PERNIAGAAN ORANG MELAYU KALAU BAGI PERINTAH


 

KALAU HANGPA SOMBONG....LANTAK HANGPA LA...DAH CLEAR BAB INI


 

Memalukan PBB gagal lulus gencatan senjata di Gaza - ABIM









 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyelar kegagalan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB) meluluskan usul gencatan senjata dalam perang Israel - Palestin yang memasuki minggu ketiga.


Menurut Presiden ABIM, kegagalan PBB menangani usul berkenaan memberi isyarat tidak baik terhadap tahap kemanusiaan ditunjukkan oleh anggota Majlis Keselamatan.


"ABIM menegaskan usul yang dibawa Rusia untuk menetapkan resolusi gencatan senjata gagal dicapai adalah sesuatu yang amat memalukan.


"Dalam laporan PBB menyatakan kegagalan tersebut disebabkan kegagalan usul mendapat sokongan sekurang-kurangnya sembilan negara anggota Majlis Keselamatan PBB.


"Dalam undian yang dibuat, usul tersebut hanya diterima oleh empat negara anggota iaitu Rusia (pembawa usul), China, Gabon, dan UAE," katanya dalam kenyataan hari ini.


Usul gencatan senjata tersebut, menurut Faisal, ditolak oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom, manakala sembilan negara anggota memutuskan untuk berkecuali iaitu Albania, Brazil, Ecuador, France, Ghana, Japan, Malta, Mozambique, Switzerland.


Dengan gagalnya usul berkenaan, akan menyukarkan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza dan bakal meninggalkan penduduk awam dalam keadaan tanpa bekalan perubatan serta makanan yang cukup.


"ABIM menegaskan krisis kemanusiaan di Gaza khususnya hari ini kian memuncak, memasuki hari ke dua puluh dengan catatan kematian penduduk Gaza mencecah 7,000 korban yang melibatkan kanak-kanak, wanita serta orang tua.


"Maka, ABIM menegaskan semua pihak harus meletakkan nilai kemanusiaan di hadapan sebagai jalan menyelamatkan nyawa masyarakat awam dengan menolak kepentingan mana-mana blok politik," katanya.


Kegagalan itu, kata Faisal, juga akan memberi kesan besar kepada kestabilan politik sejagat kerana kegagalan PBB berperanan di pentas politik antarabangsa melibatkan kuasa kuasa besar.


PM bincang isu Palestin dengan Jusuf Kalla


 Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima kunjungan hormat dari bekas Naib Presiden Indonesia, Muhammad Jusuf Kalla di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi mengambil kesempatan membincangkan konflik terkini Palestin - Israel.


Turut bersama dalam pertemuan itu adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Jusuf Kalla, Mufidah.


Menurut PM, perkembangan isu serangan Israel di Palestin menjadi perhatian utama dan sangat mengesankan Jusuf Kalla.


"Kesempatan yang ada turut kami gunakan untuk menyentuh kepentingan pengukuhan aliran dakwah dan pemikiran Islam yang sederhana di rantau Alam Melayu melalui aktiviti-aktiviti ilmu dan keagamaan.


"Ia juga seiring dengan peranan semasa Bapak Jusuf Kalla sebagai Ketua Dewan Masjid Indonesia (DMI)," tambah Anwar yang turut memuat naik beberapa gambar sekitar pertemuan itu.


Melalui hantaran sama, beliau turut menyatakan harapan agar pertemuan tersebut akan meneruskan lagi legasi panjang Jusuf Kalla yang sinonim dengan hubungan istimewa Malaysia dan Indonesia.



RENTASAN 1473 | PANAS!! MOTIF SEBENAR PAS, HARAKAH ENGGAN BAYAR HUTANG K...




MENARIK DALAM RENTASAN 1473
1. HUTANG TAK BAYAR, MANA INTEGRITI PAS? 2. PAS BAKAL MATI KEMPUNAN? 3. KEPURAAN DAN TIADA MASA 4. ANTARA BEKAS BANDUAN DAN PRESIDEN PERASAN




WOIII- BEREBUT JAWATANG KA WOOOOIIIII......



Sahih ke ni? Dah ada bibit-bibit retak ni kalau sahih. Hm... Lebai mana nak bertolak ansur kalau bab kuasa ni... Kalau aku jadi Bersatu, on je. Dia kata nak serah semua, ambik je la semua. Guane boh?

_____________________________________________

Tarikh : 10 Rabiul Akhir 1445H bersamaan 25 Oktober 2023M

Kepada.

YB Mohd Yunos Bin Majid

Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)

Dun Permaisuri

Terengganu

Tuan,

REFERENDUM BANTAHAN LANTIKAN PENGERUSI JPPK DALAM KALANGAN AHLI BERSATU

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Tindakan DUN (MTD) Permaisuri telah memutuskan untuk membantah calon Pengerusi JPKK yang dilantik dalam kalangan ahli Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)

3. Hal ini merujuk kepada surat awal yang telah diberikan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu bernombor rujukan PAS/TER/2.12/21-23-22 bertarikh 13 September 2023 vang memutuskan jawatan tertinggi bag ahli Bersatu adalah Timbalan Pengerusi.

4. Pihak MTD Permaisuri juga telan membuat keputusan untuk menyerahkan kesemua empat puluh enam (46) JPKK kepada Bersatu seandainya pihak Bersatu berkeras untuk melantik jawatan Pengerusi walaupun untuk satu (1) JPKK.

5.Segala kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"MALAYSIA SEJAHTERA"

Saya yang menjalankan amanah

MOHD AMIRU AZIZAN BIN ABDULLAH

Setiausaha Majis Tindakan DUN Permaisuri

Raja Gelap II