IKLAN DEKAT 1 BULAN KOT. HANGPA NAK MOHONG SAPA..?

 








PAS kata Pesta Aloha itu berlangsung tanpa Permit,mereka tak tahu.Apabila semak IG resort tersebut, acara itu telah di iklankan pada 25 April lalu.Selama 1 bulan,kerajaan PN tak ambil apa-apa tindakan untuk hentikan parti haram tersebut?Selepas soal siasat rupanya sudah jadi acara tahunan untuk 10 tahun terakhir.


MB TERENGGANU tidur mati?32 ADUN tumpang sekaki?EXCO2 makan gaji elaun buta,PBT angan2 mat jenin tak buat kerja,kehkehkeh.Akibat menang sampai 32-0 di DUN dan sapu 8-0 untuk PARLIMEN,PAS biarkan pesta maksiat bermaharajalela.


Parti Aloha SeMalaysia dah koma 10 tahun‼️


10 tahun buat Pesta Seks

10 tahun buat Pesta Arak

10 tahun Lebai ternganga

10 tahun tak buat apa

10 tahun Lebai berjoget


Harini kompaun 25k jer

Terus bersorak claim hebat

Walaun oh Walaun 🤣


Persetankan kepimpinan ULARMAK,

Konsert seksi bogel oh MATILANAK,

Mana nak letak muka PAK dan EMAK,

Semua pakat jadi KUTU BERAHAK.


PAS BERSATU sembang berapi api,

Perasan bagus tapi syok sendiri,

Lihat saja ape sudah terjadi,

PERLIS pun dia sakau SHUKRI RAMLI.... 

https://www.youtube.com/watch?v=U4mAnyp2V0o



KEH.. KEH.. KEH... YA AMPUSALAM.. TEMBERANG JA PAK LEBAI PAS NI.... ZAMAN TOK GURU YANG TERBAIK


 

TAUKE KK MART DITUDUH IKUT PM. TAPI DIA NAK KEMBANGKAN PERNIAGAAN DIA.. APA.


 

PAPAGOMO MULA GENTAR


 

RAKYAT TAK RESAH MANA PUN. YANG RESAH KARTEL SELUDUP MINYAK DIESEL DAN MINYAK PAKET


 

BAHAYA UNTUK NEGARA

 

Manipulasi agama, kaum dan Raja Raja Melayu adalah antara elemen yang boleh menyebabkan situasi tidak harmoni kepada negara.



KISAH AGRO KEDAH



PU MOHD ZAHILI ROSUDIN


 KEDAH AGRO




Demi maruah kami yang difitnah, Demi wang rakyat yang telah di bazirkan.


DEDAH PROJEK BUKIT KURA , PEDU


Seperti yang telah diucapkan oleh YAB MB Kedah Sanusi, Kedah Agro telah mendapat dana pembiayaan projek berjumlah RM 5 juta berbentuk Geran dari Kementerian Kewangan (MOF).Projek Tanaman integrasi Kelapa, Betik & Melon di Bukit Kura, Pedu Dan Projek Pembenihan ikan di Langkawi.


Kami 4 orang Staff telah ditempatkan kedalam projek di Bukit Kura. Seorang Pengurus telah dilantik iaitu bernama En.A dari Sungai Petani bermula bulan Feb 2022. Antara bulan 2,3,4 kami banyak bersama dalam kerja2 persediaan projek, meeting, urusan sebutharga dengan kontraktor, ada masa melawat tapak, panggil Jabatan pertanian mai buat soil test.


Masuk sahaja bulan Mei 2022, selepas raya. Kerja2 membersih dan menolak hutan dimulakan. Dana pertama dari MOF telah dibayar sebanyak Rm700k…Dana ini diberi tidak sekaligus.


Pada mulanya, Plan keluasan tanaman ialah 106 ekar, tetapi akibat pertikaian dengan orang kampung, penternak lembu…depa pertahan. Jadi Kedah Agro hanya dapat dalam 70 ekar.Tolak jalan ladang, parit gajah, kolam dan kawasan Stor Pejabat…menjadikan keluasan lot yang boleh ditanam ialah 56 ekar sahaja.


Kita cerita Tanaman Kelapa dahulu…..


Pihak Kedah Agro telah memohon benih kelapa pandan dari jabatan pertanian, putrajaya. Pengarah Dari bahagian terlibat telah turun melihat sendiri tapak…Ikut jumlah yang dibincang awal sebanyak 6000 pokok diperlukan untuk 106 ekar.


Setelah saya membuat kiraan keluasan, Bagi jarak tanaman 24 x 24 kaki…Hanya 4000 lebih sahaja keluasan yang boleh tampung…Jadi saya dengan itu pergi ke Pejabat di Alor Setar dan telah maklum kepada 2 orang pengurus…mengatakan keluasan kita tak cukup nak tanam 6000 pokok….jawapan depa berdua..tetap nak beli juga 6000.


Harga masa itu dikatakan RM 17/pokok, tapi Kedah Agro dapat lebih murah , hanya Rm 7 sahaja…Benih depa pi ambil di Bagan Datok, Perak.


Masuk bulan Oktober 2022, benih pun tiba sebanyak 6000 pokok…dan telah ditanam 4668 pokok sahaja…Maka yang selebihnya mati dan telah ditolak masuk dalam lubang.


6000 - 4668 = 1333 pokok


1332 x Rm 7 = Rm9324 loss terbenam.


Mai pulak cerita kontraktor tanam…dalam perbincangan kami melihat skop kerja…Kos tanam bagi 1 pokok sekadar hanya Rm3 sahaja….Dalam duk tak duk dengar habaq CEO telah ambil Kawan dia Hj Isa dari tikam batu untuk kerja2 penanaman kelapa. Hj Isa pulak Ayah kepada Hafiz, Staff baru kewangan Kedah Agro.


Haji Isa pula dalam waktu itu telah lantik kawan dia di Bukit Buloh untuk melaksana kerja..Bukit Buloh ni bersebelahan saja dengan tapak projek.


Bila keluar sahaja sebutharga, Tanam Rm 8 dan Buloh pancang Rm1.50…nahh punya tinggi sehingga Rm9.50/pokok…Depa pun langsung buat kerja ukur jarak tanda pancang, bawak benih dari tapak semai masuk plot…korek dengan cangkul, masuk sikit baja akar CIRP dan kambus…ikat pokok dipancang.


Waktu kerja penanaman ni bulan oktober…hampir setiap hari hujan ….Ada kawasan greenhouse lama seluas 5 ekar..depa tak plought…kawasan itu banyak point pokok yang tenggelam air…hampa cuba fikir..pokok duduk dalam air selama 3 bulan…Reput laa


Mai pulak bulan 1,2,3,4.musim kemarau…sistem paip dan pam belum tersedia…depa lambat pasang…Banyak pulak pokok mati kekeringan…sampai depa terpaksa panggil semula kontraktor yang tanam mai siram setiap pokok…Bawak tong 200 liter, jalan dengan traktor….bayar lagi Rm 0.60/pokok….dengan jumlah 4668 pokok. Jenuh kampoi laaa.


Di sini timeming tak kena, Bulan oktober ke atas dah tak sesuai kita nak tanam sebarang pokok jangka panjang lebih setahun…Sayur ,jagung ok lah…Sebab bila tiada persediaan irrigation…mai musim kemarau habis musnah, mati kering kepanasan…nak tanam mula bulan Mei hingga Ogos itu waktu yang terbaik.


#mof&sprm sila siasat.


Cerita TANAM BETIK 


Pada Catatan awal atas kertas jumlah hendak ditanam 20,000 pokok betik.


Setelah dikira jarak per-ekar, lagi jarak dengan pokok kelapa..menjadikan 1 ekar hanya boleh masuk sekadar 250 pokok/ekar…


250 x 56 ekar = 14,000 pokok


Depa nak buat jugak 20,000 pokok…jadi nak tanam di mana baki 6,000 pokok?


Seterusnya, cerita sebenar yang berlaku begini….Tapak semai disediakan..upah tukang buat pagar.Lakaran dilukis…Ada 10 baris yang mana setiap 1 baris ada 2000 polibeg .jumlah 10 baris bersamaan 20,000.


Plastik polibeg Kedah Agro  beli.


Benih betik depa beli 2 kg dari Pusat Pertanian Titi Gantung, Perak.


Bab kerja isi tanah dalam polibeg, Depa lantik kontraktor luar…Budak Bukit Tampoi….kami hitung awal dengan orang kampung…depa sanggup  harga Rm 0.20/polibeg…kerja senang jaaa..alat dan bahan Kedah Agro sediakan….kami tak kenal kontraktor ni…entah macam mana Ceo pilih…bila mai sebutharga dia bagi Rm 0.60 1 polibeg kecik jaa….lepas tu dia bawak mai beberapa orang dari Bukit Tampoi isi tanah campur baja  sikit dan susun ikut 1 baris 2000 polibeg jadi 10 baris semua siap...orang kampung keda bukit kura melepas...job dapat kat orang luar.


Next kerja semai benih, Depa panggil mai staff perempuan di pejabat Alor setar tolong semai. 1 polibeg 3 biji benih….Sepenglihatan saya, hanya 3 baris sahaja depa semai iaitu 6000 polibeg…Apa jadi dengan lagi 14,000 polibeg…akhirnya dibiar naik rumput menjalar semak samun…luupsss


14,000 x Rm0.60= Rm 8,400 loss lagi…tak termasuk kos plastik polibeg dan baja.


Benih Betik yang belum disemai ada lagi lebih 1 kg...depa simpan mana? Depa nak buat apa? Berapa harga depa beli?


Pengurus En. A berhenti tampa perkhabaran…CEO lantik pulak kawan dia En. B….orang Sungai Petani jugakk…heboh depa duk kata buat temuduga di restoran di Sg. Petani…ini berlaku dalam bulan Januari 2023.Kawan2 depa di kilang dulu…


Entah tak tau apa percakapan En. B dengan kontraktor traktar…lepas kerja2 penaik batas terus diam hilang…bila saya chek dengan kontraktar…Dia habaq kat saya cara cakap En. B…Dia buat kita macam budak kerja dia…hampa paham laa..En. B ni..mulut dia agak celaka pelaq sikit.


Benih betik di semai bulan oktober 2022…masuk bulan April 2023 baru depa mula tanam…masa tu tengah bulan puasa…selepas 7 bulan…


Dalam bulan Feb 2023, depa tabur tahi ayam dalam keluasan 10 ekar…itu pun saya lihat banyak tempat yang tak kena tahi ayam…manakan tidak..hanya seorang buruh yang depa lantik bagi tugas tersebut…kesian.Putaq batas dan pasang plastik silver shine…Depa upah Staff lagi bagi kerja2 tanam betik…Akhirnya hanya 4000 ++ pokok betik ditanam dalam keluasan 10 ekar sahaja…dalam bulan november 2023..ada kami dapat jual beberapa Ratus Kg Betik....last saya pergi melawat ladang..pokok betik pun telah habis mati kering....


Kami juga masih ingat En. B Oder tahi ayam dalam 2000 beg untuk batas betik…dalam bulan Feb 2023…tunggu punya tunggu…kata nak tabur bagi tujuan betik..akhirnya lepas setahun tahi ayam tu tinggal di tepi plot…Betik tidak di tanam dan kawasan lot yang ada kelapa tidak di jaga..naik hutan habis loss pokok kelapa…dengan segala poli paip dan tubing telah dipasang di setiap pokok kelapa…losss..hampa kira harga tahi ayam


Kata 1 beg Rm 3 x 2000= Rm 6,000 loss


Ini semua kerja buat puak hampa Sungai Petani…

 

Saya yang paling marah sekali,  Dia dilantik jadi Pengurus ladang…Bukan bidang pertanian dan pengurusan ladang…pulak tu jarang2 mai ladang..mula tu seminggu sekali…Dia mai naik Komuter dari SP ke Alor Setar..lepas tu ambik GRAB mai opis…lama2 dia tak dapat gaji sebulan 2 bulan tak masuk ladang..cuma arahan ikut wasap group…hari dia mai ladang pun sampai pukul 10…tak sempat Zohor start kereta balik…mai buat gempaq, cakap mulut longkang…


Pengurus ladang ni Amalan sebenar..,dia kena berada di ladang…lebih awal dari Staff…dia hanya pi Pejabat jika ada urusan mesyuarat…tapi ini bukan salah dia…Salah CEO yang lantik dia Hj Omaq.


TANAM MELON


Projek Hyidro ponik tanam Melon.


Ikutnya Kedah Agro kena bina 5 GreenHouse, tapi depa takat bina 1 Greenhouse berkeluasan 80 x 80 kaki. Ada 2000 lubang dalam tu.


1 lagi depa buat open sistem…hanya ada palong tampa greenhose..2000 lubang jugak.


Pendek cerita, 4 kali tanam,,,.tak menjadi..pokok kena serangan serangga macam2 kutu trip dan ulat buah…habis


Itulah ceritanya Bukit Kura…Bab Pengurusan, ketidak cukupan Dana, Pekerja Buruh tak cukup orang..hanya ada 3 orang…akhirnya kami tak dapat gaji..hilang upaya untuk datang ke tempat kerja.


Seperti yang diucapkan oleh CEOMbi dulu..minta kami buat sehingga berjaya...harapan kami dan pihak2 pemegang taruh tidak dapat ditunaikan...kerana Salah urus Kewangan, tak tahu urus ladang...Hancoq habis...


Persoalan mana pergi Geran MOF 5 juta…sedangkan apa yang dibuat di Bukit Kura saya rasa dalam anggaran 1 juta sahaja…sepatutnya 5 juta bahagi 2 dengan projek langkawi…projek sini ada 2.5 juta.


Katakan projek Pusat Pembenihan ikan dilangkawi hampa habis 2 juta…campoq 1 juta bukit kura…jadi 3 juta….mana lagi 2 juta?


Katalah hampa guna untuk bayar gaji kami sejak mei 2022 hingga julai 2023..selama 12 bulan…


Anggaran RM70,000 x 12 = Rm 840,000

Kwsp kami hampa tak bayar.

Perkeso hampa tak carum.


3 juta + 840 k= 3,840.000 baki lagi Rm 1,160 000.


Saya sebagai rakyat Kedah dan Ex- Staff Kedah Agro minta pihak MOF, Jabatan Audit Negara dan SPRM…masuk dan siasat Kedah Agro.


Saya sedia memberi Keterangan, tangkap jika mereka bersalah…humban masuk Penjara.


MOHD ZAHILI BIN ROSUDIN

Pokok sena, Kedah.


#mof

#sprmmalaysia 

#MBKedah



BERTEMU DENGAN PEMAIN INDUSTRI JEPUN



 Mengetuai delegasi Malaysia mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin industri dan perniagaan meliputi pelbagai sektor yang berpusat di Jepun.






Antara syarikat yang terlibat adalah IHI Corporation, Nisshin OilliO Group Ltd., Tokuyama Corporation, Sumitomo Corporation, ENEOS, Mitsubishi Corporation dan Tokyo Gas.








Ruangan dan peluang ini saya gunakan untuk memberi jaminan kepada mereka bahawa Malaysia kekal sebagai destinasi terbaik dan pilihan untuk membuat pelaburan.


Saya juga tegaskan bahawa Malaysia punyai kestabilan dan ekosistem pelaburan yang kondusif bagi mana-mana syarikat merealisasikan pelaburan ke dalam negara.


Antara peluang pelaburan di Malaysia yang dibincangkan merangkumi industri minyak dan gas, tenaga boleh baharu, hidrogen dan amonia, industri halal dan semikonduktor.


Saya tegaskan supaya komitmen syarikat ini disusuli secara rapi supaya pelaburan ke dalam negara ini dapat direalisasikan dalam masa yang ditetapkan.


Dengan adanya interaksi kerajaan dengan para pelabur seperti ini akan terus memberikan peluang yang besar buat negara kita bagi menarik lebih banyak pelaburan daripada Jepun, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI



KEH.. KEH.. KEH..


Nasrul Hichamp 


Persatuan penyeludup minyak diesel akan buat mesy tergempar malam ni di seluruh negara. 😆


#JanganZalimiKami