Bangla & warga Myanmar miliki IC biru cuba mengundi dikesan
PETALING
JAYA 5 MEI: Seorang lelaki warganegara Myanmar ditangkap ketika cuba
memasuki pusat pengundian di sebuah pusat mengundi di Petaling Jaya,
Selangor.
Dia
ditahan dalam keadaan gelisah dan seakan-seakan takut dicekup pasukan
bertindak pemantau pilihan raya Pakatan Rakyat sebelum diberkas dan
dibawa kepada polis untuk tindakan lanjut.
Di AMPANG pula, calon KEADILAN Pandan, Rafizi Ramli melalui twitter
menyatakan petugas Pakatan Rakyat Pandan pagi ini mengesan empat nama
yang disyaki pengundi hantu di Parlimen Ampang.
Empat pengundi hantu terbabit dipercayai warga asing cuba untuk
membuang undi di beberapa pusat mengundi sekitar Pandan Mewah, Ampang.
Satu laporan polis akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang jam 11.30 pagi.
Sementara
itu, calon DUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad berkata, seorang warga
Bangladesh disyaki pengundi hantu dapat ditahan di pusat pengundian di
Pandan Jaya.
Pandan Jaya terletak dalam DUN Cempaka dan Parlimen Pandan.
“Saya terima laporan daripada petugas PAS di sana tentang cubaan memasukkan warga Bangladesh di tempat mengundi di Pandan Jaya.
“Petugas sedang siasat. Saya akan periksa semula dengan mereka,”
katanya ketika ditemui di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Taman
Nirwana pagi tadi.
Selain itu, facebook juga memapar banyak rakaman dakwaan pengundi hantu. Untuk tonton,
KLIK INI.