LEVEL MP APA INI? - KERAT BERITA SEPARUH - TUNJUK LA BIJAK SIKIT | Wan F...

PMX tak perlu layan Ketua Bahagian UMNO tak ada undi Parlimen....

SOALAN TERBAIK KETUA BACKBENCHERS, PEMBANGKANG PULA TERUS MEMBANGGANG!

Azalina Othman jawab soalan mengenai perancangan Kerajaan pinda Akta Per...

DS ANWAR CABAR PEMBANGKANG BUAT USUL UNDI TIDAK PERCAYA!

SAYA ULANG TAK ESOK RABU.


 

PEMBANGKANG DAN USUL UNDI TIDAK PERCAYA


 

KEH KEH KEH... TAK CUKUP KORUM..


 

PAS MANA PERNAH SESUAI DENGAN MANA MANA PARTI LAIN


 

ADA BAGI BALIK. ANWAR NAK BAGI KE RAKYAT.


 

NOHHH

 


LEBAI DOLLAH YANG BEBAL


 

MANA SUARA DAN PLAN TIMBALAN PRESIDEN PKR.

 

Eddy Gordon Zul



Wa perati je Nurul Izzah dok dendiam tu. Kalau tengok pak dia ja yang sebok pi jumpa orang PKR akar umbi. Dia macam buat taktau ja.


Benda ni pelik sangat. Tak mungkin team media sosial Nurul Izzah tadak benda nak update melainkan diarahkan senyap oleh tuan punya badan.


Malah public appearance paling dapat publisiti dia ialah turun Demo Bar Council.Dia go against pendirian parti PKR aka parti pak dia. Ada crack ka dalam PKR?


Ni kira 1st strike. Wa syak cukup 3 strike mau dia letak jawatan dalam PKR macam 2018.  


Wa rasa laa..hehe




PUAK BEBAL DALAM PAS YANG MENJAUHKAN DARI PENYOKONG PARTI. BODOH LA HANG NI






ARAHAN PM. JANGAN SEKAT HALANG SEBARANG PERJALANAN. BUKAN ZAMAN MAHAZALIM.


 

PEEEGEDAH... JADI PM KAU SAKAW


 

BUAT JA USUL DALAM DEWAN... AWAI LAGI DEWAN BARU BERSIDANG...

 

Adrian Lim Chee Ann


SEBILANGAN AHLI PARLIMEN PN MAHU ANWAR DIKEKALKAN






Himpunan Turun Anwar dijadualkan berlangsung pada 26 Julai ini. Himpunan ini dianjurkan oleh segelintir pemimpin bawahan pembangkang.


Dalam masa yang sama, Persidangan Parlimen bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-15 yang dihadiri oleh pemimpin atasan pembangkang telah membuka tirai pada hari ini (21 Julai).


Persidangan Parlimen adalah pentas terbaik menurunkan seseorang PM, melalui suatu usul undi tidak percaya.


Sebagai contoh, apabila Muhyiddin sedang berhadapan dengan bahaya dibuat usul tidak percaya seterusnya dijatuhkan, beliau telah lockdown Parlimen supaya sebarang usul undi tidak percaya terhadap beliau boleh disekat.


Hari ini, Parlimen tidak ditutup. Usul undi tidak percaya boleh dibuat terhadap Anwar.


Akan tetapi, takde satu pun Ahli Parlimen PN membuat usul undi tidak percaya dibuat terhadap Anwar.


Daripada membuang masa berjemur di bawah matahari panas dan menghisap asap jerebu dari Sumatera, penganjur dan penyokong Himpunan Turun Anwar ini kene tanya pemimpin-pemimpin tertinggi mereka:


Sebab apakah takde satu pun Ahli Parlimen PN membuat usul undi tidak percaya terhadap Anwar?


Adakah kerana sebilangan pemimpin-pemimpin tertinggi dan Ahli-ahli Parlimen PN tidak mahu Anwar diturunkan?




DOK SEMBANG GAH DALAM DEWAN TAPI TAK BUAT USUL PUN.


 

PENGHARGAAN LUAR BIASA BUAT RAKYAT AKAN DIUMUM ESOK ATAU LUSA.


 

GOLONGAN MUDA BELUM BOLEH JADI PM MALAYSIA



21 July 2025


Dalam riuh-rendah orang bercakap tentang “Turun Anwar”, ada yang bertanya – siapa calon Perdana Menteri yang mahu ditonjolkan sebagai penggantinya?


Adakah Muhyiddin Yassin, Hamzah Zainuddin atau Ahmad Samsuri Mokhtar?


Lalu,  yang lain pula yang menyampuk – tiadakah calon daripada golongan muda?


Misalnya kata mereka, mengapa tidak ditonjolkan Rafizi Ramli, Khairy Jamaluddin (KJ) atau Syed Saddiq sebagai calon Perdana Menteri bagi menggantikan Anwar?


Dalam banyak perbahasan, memang tidak dinafikan bahawa mereka yang tidak berparti lebih cenderung mahukan calon baru daripada golongan muda sebagai calon Perdana Menteri selepas Anwar.


Kata mereka, jika calon daripada generasi muda yang ditonjolkan, ia akan lebih “menangkap” minat rakyat berbanding calon-calon tua yang sedia ada itu.


Secara idealnya, memang tidak dinafikan ada kebenaran bahawa calon muda atau yang berusia di bawah 50 tahun lebih menarik berbanding calon yang sudah tua.


Di banyak negara lain pun sudah lama melahirkan golongan muda sebagai Perdana Menteri dan mereka terbukti diterima baik oleh rakyat di negara berkenaan.


Tetapi, dalam konteks negara kita, meski kebenaran menonjolkan calon muda itu tidak dinafikan daripada segi keupayaan menggamit sokongan rakyat, tetapi realitinya kita belum sedia ke arah itu.


Rafizi, walaupun ramai orang melihat ada potensi pada dirinya sebagai calon Perdana Menteri, tetapi beliau ketika ini sudah dipelantingkan daripada hireaki partinya sendiri.


Nasibnya sama ada dicalonkan atau tidak oleh PKR pada PRU16 akan datang, masih lagi kelihatan tidak pasti.


Rafizi juga nampaknya belum sedia untuk menubuhkan parti baru atau menyertai parti lain kiranya beliau dicicirkan oleh PKR sebagai calon pada PRU16 akan datang.


Beliau sekarang berusia 48 tahun dan tidak ternampak ada jalan untuknya akan jadi Perdana Menteri selepas PRU16 nanti.


Ertinya, kalau pun mungkin Rafizi ada rezeki jadi Perdana Menteri suatu hari nanti, ketika itu pastinya beliau sudah pun berusia tua juga.


Sama dengan KJ, potensi untuknya sebagai calon Perdana Menteri memang tidak dinafikan, namun beliau masih tiada parti.


Selepas dipecat daripada UMNO, KJ nampaknya selesa tidak berparti, sambil semacam menunggu-nunggu  untuk diterima kembali ke dalam parti itu.


Pada PRU16 akan datang, nasibnya kekal masih kabur dan yang pasti, selagi Zahid Hamidi memimpin UMNO, laluannya untuk kembali sebagai ahli UMNO masih dipenuhi duri.


Jika pada PRU akan datang beliau tidak bergelar Ahli Parlimen, jalan di hadapannya dipercayai akan terus berkabus.


Sistem politik negara kita meletakkan, kalau mahu jadi Perdana Menteri, waima mengetuai kerajaan negeri sekali pun, seseorang itu mesti ada parti.


Ahmad Faizal Azumu atau Peja misalnya, dapat jadi Menteri Besar Perak walaupun ketika itu beliau hanya satu-satunya Adun Bersatu di negeri itu.


Selagi KJ tiada parti, tidak mungkin beliau dapat jadi Perdana Menteri.


Beliau kini berusia 49 tahun dan sama seperti Rafizi, kalau ditakdirkan suatu hari nanti dirinya dapat jadi Perdana Menteri, usianya ketika itu pasti bukan lagi muda.


Syed Saddiq, walaupun baru berusia 33  tahun, satu keberaniannya yang boleh dipuji ialah beliau tidak takut menubuhkan partinya sendiri – Muda untuknya meneruskan perjuangan selepas dipecat daripada Bersatu pada 2020 lalu.


Cuma, Ahli Parlimen Muar itu dilihat masih kurang pengalaman, terlalu muda, bahkan pernah gagal dalam mendepani ujian kuasa ketika dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan selepas PRU tahun 2018 lalu dengan pelbagai kontroversi  singgah dalam hidupnya.


Lagi pun, partinya tidak cukup kuat dan tidak pasti berapa banyak kerusi boleh dimenangi Muda pada PRU16 akan datang bagi menjadikannya ada harga untuk tawar-menawar, lantaran pada PRU akan datang dipercayai tiada mana-mana parti akan beroleh kerusi yang dominan untuk membentuk kerajaan secara sendirian.


Oppps…bagaimana dengan Azmin Ali?


Walaupun Azmin kelihatan macam orang muda, beliau sebenarnya sudah berusia 60 tahun sekarang ini.


Dengan itu, beliau dengan sendirinya terkeluar daripada perebutan calon-calon muda untuk dipotensikan bagi menerajui negara.


Barangkali, hatinya saja yang tetap dan sentiasa muda.


Berdasarkan apa yang dibentangkan di atas, sama ada jika Anwar berjaya diturunkan dalam waktu terdekat ini atau pun kalau partinya tidak lagi mendapat sokongan pada PRU16 akan datang, hakikat yang nyata ialah impian untuk memperolehi Perdana Menteri daripada kalangan orang muda masih sukar menjadi kenyataan.


Politik kita adalah politik orang tua dan sebagaimana Anwar sebelum  ini jadi  Perdana Menteri pada usia 75 tahun, Perdana-Menteri terdahulu juga, kecuali Tun Razak, semuanya menjadi Perdana Menteri pada usia lebih 50 tahun.


Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj jadi Perdana Menteri pada usia 54 tahun, Tun Razak pada usia 48 tahun, Tun Hussein Onn di usia 54 tahun, Tun Mahathir Mohamad pada 56 tahun dan 93 tahun, Tun Abdullah Badawi di usia 64 tahun, Najib Razak pada usia 56 tahun, Muhyiddin Yassin di usia 73 tahun dan Ismail Sabri Yaakob ketika berusia 61 tahun.


Dengan itu, ditambah kerana tiada kebarangkali ada calon muda, apalah salahnya calon berusia, tetapi kaya pengalaman sekali lagi jadi Perdana Menteri kita.


Kecuali Muhyiddin (kini 78 tahun), calon lain yang dilihat berpotensi sebagai calon Perdana Menteri iaitu Hamzah (68 tahun) dan Ahmad Samsuri (54 tahun), mereka belumlah lagi boleh dikategori terlalu tua berbanding Anwar, Perdana Menteri sedia ada, pada tahun 2027 akan datang sudah pun 80 tahun usianya. – ShahbudinHusin 21July2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/07/golongan-muda-belum-boleh-jadi-pm-malaysia/




Siapa yang bohong dalam pertemuan Pas dan Mahiaddin kini jadi tanda tanya



Siapa yang berbohong dalam pertemuan Pas dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Yassin baru-baru ini masih menjadi tanda tanya.


Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, memberitahu jemputan telah dihantar kepada kepimpinan tinggi Pas tetapi tiada wakilnya yang hadir.


Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan bahawa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempunyai program lain.


Sebaliknya, Ketua Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden pula mengesahkan mereka tidak dijemput atau mengetahui mengenai pertemuan rentas parti terbabit.

Mengulas kenyataan berbeza melibatkan tiga pemimpin PN terbabit, pemerhati politik, Hussin Jan berpendapat blok pembangkang itu berada dalam situasi tidak aman.



“Antara tiga orang ni agak-agak siapa yang bercakap bohong?

“Agak-agak antara Bersatu dengan Pas, siapa nak kena cerai?


“Muhyidin buat pertemuan dengan lain-lain parti termasuk parti yang tak ada kerusi.

“Tapi Pas yang ada 40 kerusi lebih kena tinggal. Nampak macam aman tapi…,” ulas Hussin.

Ketiadaan pemimpin Pas dalam pertemuan rentas parti melibatkan pembangkang bersama Mahiaddin pada 18 Julai lalu terus mengundang teka-teki.


Selain wakil pemimpin Bersatu, parti lain yang hadir antaranya Gerakan, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Muda.



Mahiaddin dilaporkan mengadakan pertemuan dengan ketua parti blok bukan kerajaan bagi membincangkan cadangan penubuhan sebuah barisan rentas parti dalam kalangan parti pembangkang.






HRC LIVE!! - RAFIZI JANJI PERTAHAN PMX - EZAM SAMPUL PUTIH | ISU HAKIN S...


Rafizi tidak akan meninggalakan PKR dan PH dan akan terus pertahankan kerajaan PMX. Cuma tingkah laku mereka yang berada disekililing Anwar yang banyak merisaukan untuk kerajaan bertahan selepas PRU16 nanti. Masaalahnya tidak nampak siapa yang akan menjadi Frontliner dalam PKR sekarang. Selepas dua bulan pasukan baru PKR. Masih sunyi sepi.







Jika berhimpun, anda umpama -- Himpunan Tidak Bermoral, Tidak Demokratik, Umpama Anjing Menyalak Bukit


 

Himpunan Tidak Bermoral, Tidak Demokratik, Umpama Anjing Menyalak Bukit


Pada 26 Julai 2025, Perikatan Nasional (PN) akan mencetuskan ketidakselesaan dan kegemparan awam melalui penganjuran himpunan “Turun Anwar”, kononnya atas nama membela rakyat. Namun hakikatnya, himpunan ini tidak lebih daripada retorik murahan golongan yang kehabisan modal politik — himpunan paling bodoh, tidak bermoral dalam sejarah pasca-PRU15. Ia bukan sahaja tidak demokratik, malah menjadikan proses demokrasi sebagai alat peribadi untuk menggugat kestabilan negara yang sedang kembali pulih.


Parlimen Masih Wujud — Gunakanlah!



Apa yang lebih melucukan ialah kegagalan pimpinan PN, khususnya PAS dan Tan Sri Mahiaddin Yassin, untuk menggunakan saluran sah seperti Parlimen untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka. Bukankah mereka mempunyai Ahli Parlimen? Jika benar Anwar Ibrahim sudah hilang sokongan, kenapa tidak berani membawa usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat?



Jawapannya mudah: mereka takut kalah. Mereka tahu sokongan terhadap Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kekal kukuh di Parlimen. Kerajaan Perpaduan mempunyai majoriti melebihi 2/3 — satu angka yang tidak mampu dicabar dengan mudah. Maka, apabila jalan demokrasi terbuka luas, namun mereka memilih jalan demonstrasi jalanan, itu menunjukkan mereka bukan pejuang demokrasi — tetapi penunggang demokrasi.



Yang Patut Turun: MB PAS yang Gagal Tadbir Negeri



Sebenarnya, jika benar-benar ikhlas mahu membawa suara rakyat dan menyelamatkan ekonomi, yang patut turun bukan Anwar Ibrahim, tetapi empat orang pemimpin negeri yang diterajui oleh PAS yang telah gagal mempamerkan prestasi baik sebagai pentadbir:



  • Perlis: Turun Shukri! – Negeri kecil ini terus terperosok tanpa hala tuju ekonomi jelas, pembangunan terbantut dan belia berhijrah ke negeri lain mencari peluang.
  • Kelantan: Turun Nasaruddin! – Negeri paling miskin di Malaysia dengan krisis air yang tiada kesudahan, gagal menarik pelabur dan infrastruktur paling ketinggalan dalam negara.
  • Kedah: Turun Sanusi! – Retorik politik melebihi kerja. Kedah kehilangan peluang pelaburan strategik, dasar negeri sering celaru, dan hubungan dengan kerajaan pusat renggang kerana sikap angkuh dan kasar.
  • Terengganu: Turun Samsuri! – Terengganu tidak bergerak ke mana-mana, pelaburan lesu dan pelancongan gagal dimaksimumkan walaupun memiliki kelebihan geografi dan sumber asli.

Jika mahu berhimpun, berhimpunlah di Alor Setar, Kota Bharu, Kangar dan Kuala Terengganu. Desak pemimpin negeri PAS yang nyata gagal memimpin dan membawa kemajuan kepada rakyat mereka sendiri.


Anwar dan Kerajaan Perpaduan Kukuh – Tiada Isyarat Kejatuhan.



Ekonomi Malaysia sedang berada di landasan pemulihan yang menjanjikan. Ringgit semakin kukuh berbanding dolar, kadar pelaburan asing meningkat, dan Malaysia sekali lagi muncul sebagai antara destinasi utama pelaburan di ASEAN. Baru-baru ini, Bank Dunia dan IMF menyatakan keyakinan terhadap dasar fiskal dan reformasi struktur yang dibawa Kerajaan Perpaduan. Maka dalam keadaan ini, apakah rasional untuk menukar kerajaan melalui tekanan jalanan?



Tindakan himpunan seperti ini adalah simbol kegelojohan, bukan kebijaksanaan.


Mereka tidak mampu bersabar menunggu PRU-16. Mereka tidak percaya kepada kuasa rakyat sebenar melalui pilihan raya. Mereka mahu rampas kuasa melalui cara paling populis dan paling primitif: menghasut emosi rakyat di jalanan. Ini adalah pengkhianatan terhadap sistem demokrasi berparlimen yang kita junjung sejak merdeka.



“Turun Anwar” = Politik Bodoh Lagi Membodohkan



Himpunan ini menyerlahkan tahap intelektual politik pembangkang, khasnya PAS dan Bersatu. Mereka berteriak soal harga barang, inflasi, dan kemiskinan — seolah-olah masalah itu wujud hanya selepas Anwar menjadi Perdana Menteri. Sedangkan merekalah yang menerajui negara sewaktu pandemik COVID-19 — dan ketika itulah ekonomi menguncup paling teruk dalam sejarah Malaysia (-5.6% pada 2020), pelabur lari, dan ratusan ribu kehilangan pekerjaan.



Siapa yang gagal sebenarnya?



Jangan lupa kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan Kerajaan PN di bawah Mahiaddin sebagai kerajaan gagal — satu tempoh yang sarat dengan kelemahan pengurusan dan kehilangan keyakinan rakyat. Maka apabila Mahiaddin dan pimpinan PAS hari ini cuba menjadi ‘wira rakyat’ melalui himpunan jalanan, ia tidak ubah seperti “anjing menyalak bukit” — menyalak kuat, tetapi bukit tetap berdiri teguh.



Himpunan Tanpa Hala Tuju, Tanpa Nilai Tambah




Apa hasil daripada himpunan ini? Tiada memorandum, tiada tuntutan konkrit, tiada dialog, tiada pelan alternatif — hanya laungan kosong dan seruan turunkan Perdana Menteri. Demokrasi bukan soal suka atau tidak suka kepada seseorang individu. Demokrasi ada proses, ada sistem, ada undang-undang. Menolak sistem ini adalah menolak demokrasi itu sendiri.



Adakah ini contoh politik Islam yang PAS banggakan?



Atau ini politik gopoh dan tamak kuasa yang bersembunyi di sebalik serban dan jubah?



Rumusan: PN Perlu Cermin Diri



Sudah tiba masanya PN berhenti memperbodohkan rakyat dengan mainan emosi dan sentimen palsu. Jika yakin dengan kekuatan sendiri, bawa undi tidak percaya di Parlimen. Jika mahu kuasa, tunggu PRU-16. Buktikan keupayaan melalui dasar dan khidmat, bukan dengan menghuru-harakan negara.


Kerajaan Perpaduan hari ini sedang memulihkan imej Malaysia di mata dunia. Kita sedang bangkit dari kelemahan yang ditinggalkan oleh PN. Maka, rakyat Malaysia yang waras harus menolak politik songsang yang ditaja oleh mereka yang gagal menerima hakikat bahawa era mereka telah tamat.



“Turun Anwar”? Rakyat hanya akan menurunkan golongan yang gagal berfikir — bukan pemimpin yang sedang berusaha membina semula negara.





Ulama Kelantan mahu Anwar kekal PM tapi anak pula ‘perbetul’ maksud ucapan




Ketua Dewan Ulama Pas Kota Bharu, Adnan Wazir dilihat cuba memutarbelit ucapan ayahnya sendiri yang berharap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekalkan.

Adnan berkata, dia telah menghubungi ayahnya, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah untuk bertanyakan tentang ucapan berdurasi 8 minit 13 saat dalam Program Malaysia Bermunajat 2025 di Masjid Putra, Putrajaya, kelmarin.

Menurutnya, Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan itu menyebut beberapa perkara, termasuklah, “ucapan spontan kerana tiba-tiba ayahnya dijemput oleh PMX untuk bercakap sedangkan PMX sudah selesai bercakap”.


“Ucapan itu ucapan biasa dan tidak menyebelahi PMX sama ada menyokong atau mengundi PMX.

“Jika mendengar dan meneliti ucapan penuh ayahanda (Wazir), sebenarnya dia memberi sindirin dan teguran sinis kepada PMX dengan bahasa lembut dan bijaksana kerana beliau berada dalam majlis rasmi Kerajaan Malaysia dan hadirin yang hadir daripada orang-orang agama dan pondok-pondok seluruh Malaysia,” dalihnya.

Dia yang baharu dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama Pas Kota Bharu sehingga 2027 itu memberitahu ayahnya menyebut secara asas sesebuah kerajaan mesti kekal selama 10 tahun untuk kestabilan politik sehingga pilihan raya umum seperti saranan Presiden Pas kepada Datuk Seri Najib Razak dahulu.


“Ayahanda juga sebut ‘Jika baik kekal baik’ bermaksud jika kerajaan baik kekalkan kerajaan tersebut.


“Jika beronar dan bermasalah tukarlah kerajaan. Sebab itu ketika Mufti Wilayah bertanya pendapat ayahanda tentang Himpunan Turun Anwar, dia ketawa,” sembangnya.

Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah

Terdahulu, Syeikh Wazir semasa ceramah di hadapan Perdana Menteri pada 19 Julai lalu berkata, Anwar perlu kekal menerajui Kerajaan Persekutuan demi menjamin kesinambungan pembangunan Islam dan kestabilan ekonomi negara.


Syeikh Wazir berkata, perubahan kerajaan yang terlalu kerap sejak beberapa tahun kebelakangan ini bukan sahaja menggugat kestabilan ekonomi, malah turut memberi kesan kepada institusi pendidikan Islam seperti sekolah pondok.



“Kita di Malaysia ini, lima tahun satu kerajaan.



“Kadang-kadang dua tahun atau setahun pun bertukar kerajaan. Dasar yang sering berubah menyebabkan pondok pun jadi lemah dan malap. Ekonomi pun merosot. Ini bukan cara Islam,” tegasnya.

Tokoh ulama Kelantan itu juga menyifatkan kehadiran ribuan Jemaah dalam program Malaysia Bermunajat 2025 itu sebagai tanda sokongan jelas kepada kepimpinan Kerajaan Perpaduan yang diterajui Anwar sejak akhir 2022.


“Insya-Allah, dengan doa dan munajat rakyat, semua rintangan serta cabaran yang dihadapi negara akan dapat diatasi.


“Kerajaan pimpinan Datuk Seri (Anwar) akan dapat dipertahankan,” katanya.


Beliau turut mengimbas hubungan lama beliau dengan Anwar, termasuk jasa dan bantuan kewangan yang disalurkan ketika menuntut dan menetap di Pakistan selama 13 tahun, khususnya bagi menyokong pelajar-pelajar ASEAN di sana.


Mengulas lanjut, Adnan memetik pendirian bapanya yang merupakan orang Pas walaupun menghadiri program anjuran Kerajaan Persekutuan.


“Kehadiran ayahanda ke sana atas dasar memperkukuhkan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ayahanda sebut ketika muzakarah bersama Mufti Wilayah dan tuan-tuan guru pondok seluruh Malaysia, ‘Ambo ni Pas walaupun mari sini’. Semua hadirin ketawa,” tulis Adnan lagi.








 

(LIVE) Sidang Parlimen 21/07/2025 - Sesi Pagi

EKSKLUSIF : 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐁 PM 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐉PM 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓

MADANI Bekerja | 14 - 20 Julai 2025 🇲🇾✨







🚀 RM260 juta untuk tenaga – manfaat 60,000 pengguna Sabah & Labuan.


📚 Program Anak Kita lonjak prestasi pelajar.


🏫 RM20,000 untuk IPT dalam Citra Negara.


👨‍👩‍👧‍👦 5 inisiatif pendidikan bantu keluarga ATM.


🏥 Kesihatan negara terus kukuh.


📜 Akta Orang Asli dipinda – hormat hak komuniti.


🌍 Kerjasama halal kukuh bersama New Zealand.


📦 Sistem Alamat Nasional (NAS) jana RM2 bilion & 2,000 kerja baharu.


💰 Dana padanan semikonduktor dilancar.


🏘️ Projek perumahan baharu lengkap kemudahan sekolah.


💪 Usaha berterusan demi negara yang lebih maju!


#MalaysiaMADANI 

#RancakkanMADANI

#MADANIBekerja


Foto: Jabatan Penerangan




PAS TUNGGU JEMPUTAN, BERSATU TUNGGU KEHADIRAN: PENYOKONG PN KEBINGUNGAN







Hubungan PAS dan BERSATU dalam Perikatan Nasional (PN) kini kelihatan semakin goyah, bak retak menanti belah. BERSATU mendakwa telah menjemput PAS ke pertemuan penting, tetapi tiada wakil PAS yang hadir, sedangkan Pemuda PAS sendiri menegaskan mereka langsung tidak menerima sebarang jemputan. Ini menunjukkan bahawa komunikasi antara kedua-dua parti ini sangat lemah. Jika pemimpin sendiri tidak sehaluan, bagaimana penyokong boleh yakin dengan masa depan PN?  


Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, berkeras mengatakan bahawa jemputan telah dihantar, tetapi Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi, secara terang-terangan menyatakan bahawa mereka tidak dimaklumkan langsung. Ini bukan sekadar salah faham, ini adalah petanda buruk. Adakah BERSATU sengaja meminggirkan PAS, atau PAS sendiri sudah tidak berminat untuk duduk semeja dengan rakan sekutu? Jika perkara asas seperti jemputan pun tidak dapat diselaraskan, apa lagi hal-hal besar seperti strategi pilihan raya dan pembahagian kerusi?  


Penyokong PAS dan BERSATU pasti gelisah melihat keadaan ini. Afnan Hamimi berkata, "Kalau nak jemput PAS, PAS akan hadir," seolah-olah menyindir BERSATU yang tidak serius melibatkan mereka. Di sebalik senyuman dan pernyataan rasmi, jelas ada ketegangan yang tidak diungkapkan. Jika dua parti terbesar dalam PN tidak boleh bekerjasama dengan baik, apakah nasib Perikatan Nasional? Penyokong setia mungkin mula mempersoalkan, adakah perpecahan sedang berlaku di belakang tabir?


#MyCommunityNews

#MCN

#PNGaduhLagi

#PertikaianNasional

#BersatuVsPas



PAS TAK DA WASSAP GROUP RUPANYA

 


JOM TURUN...KITA DERMA


 

PUAK KHAWARIJ BERBEZA DENGAN PARA ULAMAK ISLAM.

 Aneh sungguh manusia hari ini,




Kalau ulama sokong parti dia, terus jadi “pejuang Islam”.


Kalau ulama tak sokong parti dia, terus jadi “penjilat, pengkhianat, sampah”.


Bukan sebab hujah. Bukan sebab salah betul.

Hanya sebab bendera.


Begitulah bila agama diperkuda demi dendam politik yang tak pernah habis.


Ingatlah teman²,


Perpaduan umat tak pernah lahir dari warna hijau, biru atau merah.


Perpaduan umat hanya lahir dari iman, taqwa, dan kebenaran.


Bukan dari markas parti. Bukan dari poster ceramah.


Tapi dari hati yang takut pada Allah lebih dari takut kalah pilihan raya.


Kalau ulama hanya dihormati bila ikut selera kita, itu bukan agama, dan itu adalah nafsu politik yang kita sembah.


Kalau kita sanggup hina sesama Islam hanya sebab lambang parti tak sama, jangan bicara soal perpaduan ummah..!


Kita sedang pecah belahkan ummah demi kerusi, bukan demi Allah.


Kebenaran itu milik Allah, bukan milik parti kamu.


Kalau kamu masih tak faham, jangan risau.

Kubur akan ajar nanti, bendera mana pun takkan selamatkan kamu dari hisab..!


Miqdad Zakaria



KEH.. KEH.. KEH.. KIOK


 Che Ibrahim 


Negeri lain pun terkawal juga setakat ni walaupun tidak ada slogan Membangun Bersama Islam.Ads dengar negeri lain buat pesta cam gini kah?