SEMUANYA SALAH ATOK 95 KERANA , MELEPASKAN JAWATAN DAN KEMUDIANNYA INGIN MENJADI SEMULA PM.PUNCANYA ATOK JUGA.
Dr M hantar surat kepada Agong, minta campur tangan keluhan rakyat
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, berkata beliau menulis surat secara peribadi kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Isnin lalu, meminta campur tangan dalam menangani keluhan dan masalah rakyat ketika ini.
Bagaimanapun, beliau berkata Agong buat masa ini belum membalas surat itu.
“Saya sendiri sudah tulis surat peribadi pada Agong untuk dia ambil campur tangan dalam selesaikan masalah rakyat. Itu pun belum dapat apa-apa jawapan dari Istana,” katanya pada sidang media melalui aplikasi Zoom selepas mengadakan mesyuarat Majlis Eksekutif Pusat Penaja Pejuang.Dalam pada itu, Mahathir berkata Pejuang masih belum dapat didaftarkan lagi.
Katanya, sekiranya Pejuang ikut undang-undang, parti itu berhak diluluskan pendaftaranya.
“Kalau ia pun kerana tak nak ada parti lawan dalam pilihan raya umum (PRU) supaya parti kerajaan boleh menang, beritahu pada kita,” katanya.
Mahathir turut berkata, keadaan Covid-19 semakin serius selepas kerajaan memohon melaksanakan darurat
Katanya dengan angka kematian yang tertinggi semalam menunjukkan kes Covid-19 semakin teruk masa ini.
“Jelas sekali darurat bukan saja tidak dapat kurangkan wabak ini tetapi seolah menggalakkan wabak ini supaya lebih banyak,” katanya.
Aktiviti lombong pasir untuk projek tambak laut P Pinang membimbangkan, kata aktivis
GEORGE TOWN: Seorang aktivis alam sekitar memuji kelantangan seorang menteri persekutuan membantah projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR), mengatakan isu penting berkait perlombongan pasir dibangkitkan menteri itu diabaikan.
Meenakshi Raman dari Sahabat Alam Malaysia berkata, kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Wan Junaidi Tuanku Jaafar tepat kerana perlombongan pasir dijangka memberi kesan buruk kepada kehidupan laut dalam jangka masa panjang.
Meenakshi berkata, kesan perlombongan pasir, membabitkan pasir yang dilaporkan akan diekstrak dari pesisir Perak untuk menambak semula tiga pulau seluas 4,500 ekar di pantai selatan Pulau Pinang akan memberi kesan yang besar kepada alam sekitar.
“PSR membabitkan kerja pengisian pasir dan bahan batu yang bersamaan dengan 76,000 kolam renang berukuran Olimpik di selat yang sempit dengan sistem ekologi yang sensitif.
“Perlombongan pasir seperti itu memerlukan penilaian impak tetapi kami masih belum melakukannya kerana ia sangat kritikal. Oleh itu, saya mengalu-alukan kenyataan Junaidi kerana ancaman terhadap persekitaran semula jadi kita adalah besar dan oleh itu projek itu harus dihentikan sama sekali,” katanya kepada FMT.
Junaidi, yang meminta agar projek itu dibatalkan, berkata pasir dan batu laut membabitkan “jutaan tan” akan dilombong untuk projek penambakan itu.
Dalam kenyataan awal hari ini, bekas menteri alam sekitar itu berkata, habitat dasar laut akan musnah dan kelembapan air akan meningkat akibat perlombongan dan penambakan pasir di tempat lain.
Khoo Salma Nasution dari Penang Forum turut menyambut baik kenyataan Junaidi, yang senada dengan Ahli Parlimen Pulau Pinang, Nurul Izzah Anwar dan Reezal Merican Naina Merican, menyeru agar projek itu dibatalkan.
Khoo berkata, sokongan ahli politik penting kerana kehidupan ribuan nelayan dipertaruhkan akibat PSR. Dia berkata Ahli parlimen memahami “ancaman alam sekitar menakutkan” yang ditimbulkan projek itu ke atas Pulau Pinang.
Dia berkata, Junaidi turut memainkan peran penting ketika menjadi menteri alam sekitar, karena permohonan pertama PSR untuk mendapatkan persetujuan penilaian impak alam sekitar (EIA) ditolak.
“Junaidi dan Reezal menunjukkan mereka prihatin terhadap masalah alam sekitar, kehidupan dan keselamatan makanan yang akan mempengaruhi masyarakat pada masa-masa sukar ini.
“Sedangkan kerajaan Pulau Pinang sejak awal lagi mengabaikan rintihan nelayan, memperkecilkan mereka seolah-olah mereka adalah warganegara kelas dua. Apabila terdapat penjajaran kuasa persekutuan dan negeri pada tahun 2019, EIA kedua diluluskan dalam jangka masa dua minggu.
“Kerajaan Pulau Pinang jelas menunjukkan bahawa ia obses dengan pembangunan hartanah dan untuk menyelamatkan industri pembinaan.”
DARIPADA 95,142 SUDAH MENINGKAT KEPADA 128,150, VIRUS COVID19 PUN AKAN TERUS KETAWA
Pada 1 Jun lalu, kita didedahkan dengan laporan media yang mengatakan sebanyak 95,142 syarikat telah diberi kebenaran untuk beroperasi dalam tempoh PKP penuh atau total lockdown yang berkuatkuasa sehingga 14 Jun depan.
Ketika itu, ramai yang terkejut lalu bising mempertikaikan mengapa MITI memberi banyak kelulusan sebegitu rupa.
Bukankah sekarang total lockdown?
Angka kes Covid19 yang dilaporkan pada hari tersebut ialah 7,105.
Susulannya, kerajaan dipertikaikan sama ada benar-benar serius mahu memerangi Covid19 atau sebaliknya dengan tindakan memberi kebenaran kepada begitu banyak syarikat-syarikat untuk beroperasi itu.
Total lockdown apa namanya kalau 95,142 syarikat terus beroeprasi dengan 1.2 juta pekerja sentiasa bergerak ke sana sini?
Hari ini, 3 Jun kita didedahkan pula dengan laporan media yang mengatakan syarikat yang dibenarkan beroperasi telah meningkat kepada 128,150 jumlahnya.
Jumlah pekerja yang terbabit pula dianggarkan 1.6 juta.
Hari ini juga kes Covid19 yang dilaporkan m ialah sebanyak 8,209.
Ehhh…kerajaan jenis apa kita ada ini, makin banyak kes makin banyak lagi syarikat dibenarkan beroperasi?
Dengan jumlah syarikat yang dibenarkan beroperasi terus meningkat daripada 95,142 kepada 128,150 hanya dalam tempoh tiga hari, berapa pula jumlahnya pada tiga hari akan datang?
Minggu depan dan 10 hari akan datang, adakah jumlah kebenaran yang diberi akan terus meningkat?
Jika begitu, macam mana mahu melawan wabak yang sedang menggila?
Kenapa tidak dilakukan total lockdown sepenuhnya sepertimana PKP 1.0 dengan semua pihak mesti berkorban selama dua minggu ini untuk duduk di rumah dan sama-sama memutuskan rantaian Covid19?
Apa yang nyata, tidak sebagaimana PKP 1.0 dahulu di mana kerapkali kedengaran seruan daripada pihak kerajaan agar rakyat sedia berkorban demi keselamatan nyawa, tetapi perkara itu tidak lagi kedengaran dalam total lockdown kali ini.
Malang sekali, kerajaan sendiri kali ini nampaknya tidak sedia berkorban dengan memahami betul-betul erti total lockdown dan sekatan penuh yang mereka laksanakan itu.
Jika begini kecenderungan kerajaan, sementara pemberian vaksin kekal lembab serta mengecewakan, virus Covid19 bukan saja lebih mungkin terus bermaharajalela di sekitar kita, bahkan akan mentertawakan semua pemimpin yang gagal dalam menangani krisis ini, meski sudah diberi isyarat dengan jumlah kematian yang semakin meningkat.
(ShahbudinHusin 03/06/2021)
HAH ..NGUTUK DAN FITNAH ORANG SAJA PANDAI...TU...KAWASAN KAMU...Petani di Perak pening dakwa sayur tak terjual, apa peranan Razman pegang Exco Pertanian?JADI EXCO PENDIDIKAN PUN KELAUT..JADI EXCO PERTANIAN KELAUT...KAH.....
Petani mula ‘pening’ apabila hasil pertanian khususnya sayur-sayuran di negeri ini tidak laku berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh.
Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria berkata, petani mula terkesan seawal hari pertama PKP 3.0 apabila lambakan seperti timun, cili, pisang dan jagung di ladang serta kebun kecil telah berlaku.
Menurut beliau, lambakan sayur berpunca daripada pemborong yang tidak berani mengambil bekalan berlebihan daripada petani kerana mendakwa dalam tempoh PKP tidak ramai pembeli.
“Kita memang terima aduan daripada petani bahawa hasil pertanian mereka tak dapat dijual malah harga seperti timun turun sehingga 30 sen sekilogram dan keadaan ini sangat membimbangkan.
“Situasi ini akan menyebabkan petani tidak mahu menanam, begitu juga yang lain seperti nelayan tidak turun ke laut sekali gus menyebabkan bekalan makanan berkurangan.
“Bagi petani yang terkesan, kita berharap mereka dapat segera menghubungi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan kita turut bawa perkara ini ke peringkat negeri untuk menyelesaikannya agar pengusaha -pengusaha tanaman tidak terjejas teruk,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau sekuriti makanan dan pemantauan harga barang di Pasar Awam Bagan Serai di sini hari ini.
Sementara itu, Razman berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesan penularan penyakit kulit kental (LSD) yang menjangkiti ternakan lembu dan kerbau di negeri ini.
Menurutnya, satu lokasi telah dikenal pasti berlaku penularan penyakit berkenaan yang menjangkiti ternakan lembu di sebuah ladang ternakan di di Simpang Pulai.
Menurutnya, pihak JPV telah menjalankan pemantauan rapi selain memantau semua ladang ternakan yang terdapat di Perak.
“Ladang itu kini di bawah kawalan JPV, sudah pasti tiada sebarang pengeluaran daging dari kawasan itu bagaimanapun di tempat lain turut diadakan pemantauan terhadap jangkitan penyakit tersebut supaya lembu-lembu yang sakit ini tidak dijual di pasaran.
“Tindakan undang-undang boleh diambil kepada pengusaha tidak bertanggungjawab menjual daging lembu ini.
“Namun penyakit LSD tidak berjangkit kepada manusia, hanya berjangkit sesama binatang ternakan,” katanya.
Ceroboh ruang udara: China pertahan tindakan 16 pesawat tenteranya
Harits Asyraf Hasnan
Jun 2, 2021 23:29 MYT
Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata pesawat terbabit tidak memasuki ruang udara Malaysia, sebaliknya ia merupakan rutin latihan.- Foto TUDM
KUALA LUMPUR: China hari ini mempertahan tindakannya selepas 16 pesawat tenteranya didakwa menceroboh ruang udara Malaysia.
Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata pesawat terbabit tidak memasuki ruang udara Malaysia, sebaliknya ia merupakan rutin latihan.
Jelasnya, apa yang dilakukan China adalah mematuhi undang-undang antarabangsa.
"Sewaktu latihan itu, tentera udara China patuh kepada peruntukan undang-undang antarabangsa dan tidak memasuki mana-mana ruang udara negara lain.
"China telah mengadakan perbincangan dengan pihak Malaysia," katanya.
Sebelum ini, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan Malaysia akan mengemukakan nota bantahan diplomatik kepada China berhubung 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) yang menceroboh ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM) dan menghampiri ruang udara nasional, pada Selasa.
Beliau menyifatkan tindakan 16 pesawat PLAAF itu sebagai 'pencerobohan ruang udara dan kedaulatan Malaysia'.
Sehubungan itu, beliau berkata, Kementerian Luar akan memanggil Duta Besar China ke Malaysia untuk mendapatkan penjelasan berhubung pencerobohan itu.
Jumlah terkini syarikat yang dibenarkan beroperasi sepanjang total lockdown meningkat ke 128,150
June 3, 2021
Sebanyak 586,308 syarikat dengan sejumlah 10.2 juta tenaga kerja mendaftar di bawah COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 setakat 7.30 pagi ini
📍 MITI bekerjasama dgn CyberSecurity Malaysia dan beberapa pakar IT bagi memperkasa portal CIMS sekali gus mengelakkan kebolosan sistem itu
📍 Sektor berkaitan kimia dan E&E dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu kerana sektor itu berkait rapat dalam memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat terjamin
📍 Sebanyak 586,308 syarikat dengan 10.2 juta tenaga kerja mendaftar di bawah COVID-19 Intelligent Management Systems (CIMS) 3.0 setakat 7.30 pagi 3 Jun.
Hanya 21.9% atau 128,150 syarikat dengan 1.57 juta pekerja mendapat kelulusan beroperasi
📍 MITI bekerjasama dgn CyberSecurity Malaysia dan beberapa pakar IT bagi memperkasa portal CIMS sekali gus mengelakkan kebolosan sistem itu
...See morePemimpin UMNO persoal apa kaitan rakyat Turki dengan menteri PAS?
June 3, 2021
Kita kena puji YB Dato Ahmad Nazlan, Ahli Parlimen Jerantut ni, kerana bukan sahaja dia tak kemaruk jawatan tapi bertegas tentang campurtangan menteri dalam urustadbir Lembaga Getah Malaysia.
YB Dato Nazlan ada sebut juga soal Turki pula. Apa kaitan rakyat Turki dengan LGM?
Atau kaitan rakyat Turki dengan menteri perusahaan utama kita?
Selain huru-hara juga bila kembalinya menteri tu dari negara Turki tempohari!
Bertegas tentang urustadbir agensi kerajaan yang dipimpin dan integriti diri sendiri kerana tidak mudah diperdayakan dengan jawatan!
Kawanku, anda terbaik sebagai seorang pemimpin UMNO – pertahankan urustadbir dan integriti diri!
Apa kerajaan PN nak buat atau pemimpin PN nak buat, bola dalam gelanggang PN!
Apa pilihan PN diantara “Hilang Integriti” dengan “Hilang Kuasa Politik”?
Tak pe kan.
Parlimen telah digantung kan. Tak hilang Kuasa Politik tu.
Atau PN kehilangan integriti setiap hari Parlimen tak bersidang.
#UrustadbirBaik
#IntegritiVsJawatan
Difahamkan JAKIM telah memohon maaf atas kekhilafan memetik Hadis Dhaif..
Kesimpulannya, hadith yang menyatakan bahawa pemerintah adalah bayangan Allah adalah dhaif dan makna hadith ini menunjukkan bahawa pemerintah mempunyai kedudukan yang istimewa berbanding rakyat yang berada di bawahnya. Semoga Allah SWT memelihara dan memacu pemerintah-pemerintah Islam menuju ke arah keredhaan Allah SWT. Amin - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
(https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/2537-irsyad-al-hadith-siri-ke-281-pemerintah-adalah-bayangan-allah)
SULTAN BAYANGAN ALLAH? COME ON JAKIM, YOU CAN DO BETTER THAN THIS...
Memang menghina orang itu tidak baik, tidak elok, tidak kiralah orang itu Raja atau hamba. Tetapi mengasbabkan Sultan itu bayangan Allah sebagai alasan untuk tidak boleh menghinanya saya kira sudah berlebihan, sedang Nabi S.A.W sendiri tidak pernah dalam mana-mana hadith mengatakan Baginda adalah bayangan Allah.
Hadith yang digunakan JAKIM ini juga diriwayatkan oleh Anas Bin Malik. Imam Abi Hatim apabila ditanya oleh anaknya berkaitan riwayat Anas ini, maka Abu Hatim menjawab ini adalah hadith munkar dan salah seorang perawi bernama Ibn Abi Rukbah adalah seorang yang majhul. Oleh itu, setelah meneliti dan mengambil kira beberapa pandangan ulama’ maka kami lebih cenderung untuk mengatakan bahawa riwayat pemerintah merupakan bayangan Allah SWT di dunia adalah dhaif.
Lagipun, mengikut Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi suruhan taat kepada pemerintah disertakan dengan ketaatan kepada Allah dan juga ketaatan kepada Rasulullah SAW. Hal ini menunjukkan bahawa ketaatan kepada pemerintah perlulah pemerintah itu didasari dengan ketaatan kepada Allah dan Rasulullah SAW supaya dengan itu masyarakat akan terpelihara dengan keimanan dan daripada penindasan terhadap rakyat di bawahnya.
Justeru itu, setiap pemerintah itu dituntut untuk menunaikan amanah dengan sempurna dan setiap pemerintah itu juga dituntut agar mereka sentiasa mentaati Allah dan Rasul-Nya. Sekiranya ini tidak berlaku, maka mereka itu akan digelar sebagai pemerintah yang zalim. [Lihat: Tafsir al-Sya’rawi, 2360/4]
Wallahua'lam.
Zukri Aksah
Ketua Komunikasi Nasional
Pertubuhan Perubahan Rakyat Malaysia - GERAK
#AkuKeadilan #kamikeadilan #neoreformia #keadilan21tahun #keadilan22tahun #KitaLawan #reformasi98 #GERAK98 #GERAKANREFORMASI98 #DSAI4PM #LawanTetapLawan
Anwar Ibrahim Dr Wan Azizah Wan Ismail Mohamad Ezam Nor Parti Keadilan Rakyat Pakatan Harapan Gerakan Reformasi Nasional Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM
RAMAI ANGGAP DIA NAK BLAH..RUPANYA NAK BALIK JUMPA BINI. INGAT BERANI KA PUAK NI NAK LEPASKAN JAWATAN?
Saya tutup ‘pintu depan’ sebab nak pulang, kata Ismail Sabri
KUALA LUMPUR: Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa hantarannya di Facebook dengan gambar beliau menutup pintu pejabatnya dengan emoticon menangis semalam hanyalah tanda beliau hendak pulang ke rumah selepas selesai tugasan harian.
“Itu sebab saya hendak pulang (sudah habis kerja), sebab itu tutup pintu,” katanya ketika menjelaskan berhubung hantaran di Facebooknya itu dalam sidang media secara maya sempena pelancaran Pembinaan Hospital Modular Covid-19 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.
Hantaran melalui Facebook itu melampirkan gambar beliau, dengan pelitup muka, menutup pintu pejabat Menteri Pertahanan.
Ia menjadi perbualan hangat di media sosial, ekoran catatan yang menimbulkan pelbagai tanda tanya.
“Saya dah tutup pintu depan tapi…,” kata Ismail, yang menutup catatan itu dengan emoticon menangis.
AZMIN SILA DEDAHKAN 95,142 SYARIKAT DIBENAR OPERASI SEPANJANG LOCKDOWN
Azmin sila dedahkan 95,142 syarikat dibenar operasi sepanjang lockdown
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 atau lockdown dibuat bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid 19 secara total dengan memaksa rakyat duduk di rumah.
Bagaimanapun, berbanding PKP 1.0 pada 2020 lalu yang berjaya mengurangkan kes jangkitan secara drastik, PKP 3.0 mungkin tidak mampu mengulangi pencapaian cemerlang sedemikian memandangkan sebanyak 95,142 buah syarikat dibenarkan beroperasi.
Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulai, Faezuddin Puad, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Azmin Ali perlu menjelaskan apakah sebab begitu banyak syarikat dan lebih 1.2 juta pekerja dibenarkan berjalan seperti biasa kali ini.
“Pengumuman MITI mengejutkan ramai orang kerana jumlah syarikat yang dibenarkan beroperasi jauh lebih banyak jika dibandingkan dengan PKP 1.0 Mac tahun lalu.
“Disebabkan itu, menjadi satu keperluan kita mendesak Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mendedahkan serta menyenaraikan nama-nama syarikat yang dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan PKP total lockdown.
“Menteri MITI wajib buktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa 95,142 syarikat yang mendapat kebenaran itu benar-benar termasuk dalam sektor perlu dan penting.
“Biar rakyat tengok dan menilai sejauh mana keikhlasan kerajaan melaksanakan total lockdown.
“Jika tidak, rakyat akan dihidangkan dengan pengumuman kemunculan kluster kilang atau kluster industri yang baharu setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Faezuddin, rakyat telah teruk didera sejak PKP 1.0 dengan pelbagai Prosedur Standard Operasi yang berubah-ubah dan dikenakan denda membebankan sedangkan hasil kempen melawan Covid hampir tiada.
Malah jangkitan Covid 19 di sekitar 1,000 kes sebelum darurat berkuatkuasa sebaliknya melambung sehingga pernah mencatat 9,000 kes sehari.
Oleh itu, katanya, sangat wajar PKP 3.0 adalah penutup segala usaha perang melawan Covid dengan memutuskan rantaian jangkitan melalui proses vaksinasi ke atas rakyat.
“Oleh itu, rakyat berharap kerajaan melaksanakan total lockdown yang betul-betul ketat kali ini. Bukan PKP yang suku masak atau separuh masak. Bukan sekejap ketat, sekejap longgar. Bukan PKP yang sekadar dijenamakan semula. Biar adil, kalau tutup, tutup semua.
“Dalam keadaan kritikal begini, kerajaan wajib mendahulukan kebajikan dan kesihatan rakyat. Jangan sesekali tunduk kepada tauke-tauke syarikat besar. Jangan sampai pengorbanan rakyat Malaysia kali ini dibazirkan begitu sahaja,” katanya lagi.
Faezuddin yang juga Penyelaras KEADILAN DUN Kempas menegaskan, sekiranya PKP 3.0 gagal menurunkan jangkitan secara drastik maka tidak mustahil sistem kesihatan awam negara yang ‘kepenatan’ akan runtuh manakala ekonomi dan pendidikan pula mungkin sukar dipulihkan pada masa hadapan.
KALAU DAH UMUM TOTAL LOCKDOWN, BUATLAH BETUL-BETUL – NAJIB INGATKAN KERAJAAN PN
Sedarlah!
Bahawa keadaan Covid negara kita berada dalam senarai Top 10 kes baharu Covid dalam dunia sejak dua minggu lalu.
Kes baharu dan JUGA kematian baharu Malaysia dari segi saiz penduduk dicatat kita ketika ini adalah BERKALI-KALI GANDA lebih tinggi berbanding kebanyakan negara lain termasuk USA, UK, India dan negara-negara jiran.
Adakah kerajaan PN masih belum sedar bahawa sebanyak 561 nyawa telah terkorban akibat Covid dalam tempoh 7 hari lepas sahaja?
Jauh mengatasi jumlah 471 kematian bagi keseluruhan tahun 2020.
Sebab itu sekiranya sendiri umum TOTAL lockdown, buatlah betul-betul supaya frontliners, hospital dan keadaan Covid negara mendapat keredaan dalam tempoh masa paling singkat.
Biar pahit seketika daripada menanggung sakit berterusan.
Jangan berkali-kali dibuat separuh masak lagi.
Jangan sia-siakan lagi pengorbanan Rakyat.
Gelombang Covid ini sudah berterusan selama 9 bulan. Berapa lama lagi Rakyat mampu bertahan untuk lihat kesudahan?
Selagi rantaian Covid tidak diputuskan, selagi Rakyat akan terkorban, diseksa dan ekonomi negara tidak dapat pulih.
NAJIB RAZAK
Bekas Perdana Menteri
03 Jun 2021.
PANTAS JAKIM BERTINDAK.TAPI SEPIHAK SAHAJA.
W.FAUDZIN
Terbaiklah JAKIM!!
Pantas bertindak. Cuba bawa pulak perintah Allah dan hadith tentang amanah dan
tanggungjawab Ulil Amri/pemerintah atau raja kepada rakyatnya. Nak jugak tahu....
Elok kerajaan PN perintah di ‘alam maya’, sindir Puad
PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi mempersoalkan mengapakah kerajaan tidak boleh mewartakan satu ordinan untuk membenarkan Parlimen bersidang secara maya ketika darurat.
Beliau mengulas kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun yang berkata, Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda terlebih dahulu sebelum sidang Parlimen secara maya boleh diadakan.
“Apakah di bawah darurat, kerajaan tidak boleh wartakan satu ordinan yang benarkan sidang Parlimen dibuat secara maya? Sebelum itu boleh pula wartakan ordinan yang membolehkan kerajaan tambah ‘perbelanjaan’ tanpa kelulusan Parlimen,” katanya dalam catatan di Facebook.
Puad turut mempersoalkan adakah Yang di-Pertuan Agong tidak boleh mengisytiharkan Parlimen boleh bersidang secara maya.
“Kalau secara maya pun tidak boleh, eloklah kerajaan PN (Perikatan Nasional) perintah di ‘alam maya’. Tidak perlu pintu pun.”
Sebelum ini, Azhar dilaporkan berkata, banyak undang-undang yang perlu dipinda untuk membolehkan Parlimen bersidang secara maya seperti yang digesa banyak pihak.
Panas! Video lucah pemimpin UMNO mula tersebar
June 3, 2021
Sekumpulan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Negeri Sembilan meminta seorang pemimpin di negeri itu untuk memberikan penjelasan berhubung penyebaran video aksi lucah yang tular sejak Jumaat lalu.
Menurut Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mazalan Maarof, pihaknya telah menghantar surat dan laporan kepada Lembaga Disiplin parti pada Isnin lalu berhubung video berkenaan yang dibimbangi akan merosakkan imej baik parti.
“Saya telah menghantar laporan kepada Lembaga Disiplin termasuk surat kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan untuk mengambil tindakan sewajarnya.
“Penyebaran video aksi lucah ini sangat mengaibkan, malah akan menjatuhkan reputasi baik UMNO. Sehingga kini kami tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku, tuan punya badan gagal dikesan, Facebook telah dipadam, telefon juga tidak dijawab.
“Semua grup WhatsApp beliau telah keluar, jadi kami tidak tahu apa situasi sebenar, jika tidak benar sila tampil dan beri penjelasan,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Zool Amali Hussin berkata, pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk jalankan siasatan dan juga pucuk pimpinan parti untuk menyelesaikan perkara tersebut.
“Pemuda UMNO tetap dengan prinsip, benar tetap benar, salah tetap salah. Semoga perkara yang berlaku ini menjadi iktibar untuk kita semua,” katanya.
Bagaimanapun, usaha Sinar Harian untuk mendapatkan penjelasan gagal apabila nombor telefon pemimpin terbabit gagal dihubungi berikutan tidak lagi aktif.
Terkini! Siapa halang Ebit Liew masuk G4z4?
June 3, 2021
UEL yang sudah membeli bertan-tan barangan untuk diagihkan kepada penduduk Gaza, dikatakan masih ‘tersangkut’ di Mesir. Ada yang mengatakan beliau masih d Kaherah dan ada juga mengatakan beliau kini di sempadan Mesir-Palestin.
Jika benar berita itu, ia pastinya sesuatu yang menyedihkan dan mengecewakan kita semua. Persoalannya, kenapa UEL tidak dibenarkan masuk ke Gaza?
Tujuannya untuk menolong orang Palestin di Gaza yang kini hidup susah selepas 11 hari wilayah itu dibedil Israel, baru-baru ini.
Orang Palestin di Gaza beragama Islam, UEL Islam, Mesir pun negara Islam. Jadi, apa masalahnya? UEL bukannya perlu memasuki wilayah Israel untuk sampai ke Gaza.
Dia sudah berada di Kaherah, Mesir. Jadi, dia hanya perlu melepasi pemeriksaan di pintu sempadan Mesir-Gaza iaitu di Rafah. Tapi, kenapa tak boleh? Apa yang susah sangat?
Jika sahabat masih tiada jawapan kepada soalan ini, maaf saya tidak akan menerangkannya dengan panjang lebar di sini. Hakikatnya, saya sengaja membangkitkan persoalan itu untuk anda sendiri mencari jawapannya.
Tidak sempurna pemahaman dan keprihatinan kita kepada Palestin jika kita masih tak tahu kenapa UEL dihalang masuk Gaza untuk menyempurnakan misi
kemanusiaannya.
Untuk membantu saudara kita di Palestin, sebaik-baiknya kita perlu ada ilmu dan memahami sejarah serta situasi mereka.
Jangan kita hanya lantang mengutuk Israel tapi tak pernah nak tengok peta, di mana Gaza, di mana Israel dan di mana Baitulmaqdis yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam.
Kita perlu tahu siapa watak-watak penting dalam konflik Palestin-Israel ini, sama ada yang jelas beraksi di pentas utama, atau yang ligat main wayang di belakang tabir.
Kita kena faham apa itu Hamas, apa itu Fatah. Siapa Mahmud Abas, siapa Ismail Haniyeh dan siapa pula Allahyarham Assyahid Dr Morsyi serta bagaimana pula watak penggantinya untuk menerajui Mesir kini iaitu Fatah Alsisi.
Kalau anda jujur menyayangi dan prihatin kepada nasib rakyat Palestin, tanyalah ‘Profesor Google’ untuk mengenali dan memahami nama-nama yang saya sebutkan itu serta bagaimana mereka mempengaruhi landskap konflik Palestin-Israel, khususnya dalam tempoh kira-kira sedekad lalu.
Kita juga wajib tahu mengapa Gaza dilabelkan “penjara terbuka” terbesar di dunia. Dan kita juga perlu sedar, gencatan senjata yang dipersetujui bersama baru-baru ini, bukanlah bermakna Palestin kini aman damai.
Sedarilah, ketegangan masih memuncak di Tebing Barat. Tentera dan polis Zionis Israel kini sedang menggila menahan orang awam termasuk kanak-kanak, perempuan dan juga wartawan.
Sebab itu, daripada satu sudut pandang saya melihat peristiwa UEL belum tiba di Gaza, ada hikmah tersendiri. Mungkin begitu ketentuan Allah SWT supaya rakyat Malaysia mula mengkaji dan menggali maklumat penting mengenai Palestin dan Israel.
Akhir kalam, jangan berhenti berdoa supaya UEL akhirnya berjaya menjejakkan kaki di bumi Gaza dan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang beliau bawa atas nama rakyat Malaysia.
Tuan Mohd Asri Tuan Hussein
Bekas Pengarang Kumpulan Harian Metro
Penafian: Artikel ini diambil dari Facebook penulis.
Total lockdown: Kerajaan PN benar-benar gagal
June 3, 2021
Awalnya slogan #kerajaangagal bersifat propaganda politik atas beberapa kelemahan kerajaan yang diterajui Perdana Menteri dan kabinetnya dalam mengurus negara. Itu memang kreativiti politik. Semua makhluk politik begitu. Lama-kelamaan slogan itu semakin ada kebenarannya apabila wujudkan ketidakselarasan dalam kabinet dalam menghadapi situasi getir negara.
Semalam saya seorang keluar ke pekan untuk membeli barang keperluan. Asalnya saya pergi ke pasaraya sehari sebelum total lockdown, tak jadi kerana semacam pesta pula di pasaraya. Pembelian panik. Parking penuh. Orang beratur panjang.
Di jalanraya, kenderaan macam biasa. Banyak. Hanya kedai-kedai banyak ditutup. Banyak bas ekspres tersadai di stesyen yang lengggang.
Tidak nampak total lockdown sangat.
Sudah dua minggu lebih tak jumpa mak di kampong yang hanya lebih kurang 15 km daripada rumah saya. Mak saya sangat patuh dengan arahah kerajaan. Mak saya terpaksa pendam perasaannya untuk bertemu anak dan cucunya. Bukan kerana mak saya sokong kerajaan atau takut polis saman. Ini peranan bersama kita untuk memutuskan rantaian Covid 19. Mak minta doa agar dia bersabar.
Hari ini, terbaca keluhan Menteri Kanan dan sindiran Menteri Kanan lain dalam media sosial. Parlimen tutup. Kabinetpun dah penuh dengan pinggang mangkok. Serius #gagalkerajaan ini.
Kita bakal berhadapan virus lebih bahaya daripada Covid 19. Semoga Allah SWT melindungi kita daripada syaitan jahat.
Dr Muhaimin Sulam
Subscribe to:
Posts (Atom)