Mengerikan! 7 Aset Baru TUDM Malaysia Bakal Beroperasi, Sedia Jaga Kedau...

TAK SANGKA !! Aset Aset Tentera Malaysia Antara Tercanggih Di Asia Tenggara

Rahsia 6 Aset Terbaru ATM Kini Terbongkar!!

MENGEJUTKAN ASEAN !! Malaysia Mendapatkan Tawaran Kapal Induk MRSS Cangg...

MCMC NAK SIASAT MANA PUNYA PORTAL..BUKAN NAK SIASAT KO DIN...JOM DENGAR ISU INI DARI AWAL


 

TUNGGANG AGAMA UNTUK UNDI


 

DATO LOKMAN RESPON KHIR TOYO SERTAI BERSATU

APA LA MEREPEK NI MAT? - JANGAN LAH SAMPAI MEMB0D0KAN DIRI | DEBAT EKONO...

PARLIMEN PANAS! PMX ANWAR MOHON MAAF KEPADA MUHYIDDIN?

BELUM SELESAI PENDAKWAAN ANAK HAMZAH! BEKAS SETPOL PULA DIDAKWA RASUAH!




Perbicaraan kes bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang berdepan tiga pertuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM350,000, akan bermula 25 Ogos ini di Mahkamah Sesyen di sini. Hakim Rosli Ahmad mengekalkan tarikh perbicaraan kes rasuah melibatkan Sayed Amir Muzzakkir Al Syaed Mohamad dari 25 hingga 28 Ogos dan mengarahkan untuk menyerahkan pernyataan pembelaan kepada pihak pendakwaan pada 22 Ogos. Pada perbicaraan hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Hazel Tan Jia Qi telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah menyerahkan pernyataan saksi pada 31 Julai lalu. Peguam Md Yunos Shariff yang mewakili Sayed Amir Muzakkir berkata pembelaan akan mengemukakan pernyataan di bawah Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 sebelum tarikh perbicaraan. Pendakwaan akan memanggil 20 saksi. Pada 23 Mei lalu, Sayed Amir Muzzakkir, 43, didakwa menerima suapan RM350,000 daripada Pengarah Urusan Nexuscorp Group Sdn Bhd Wan Azhar Mohamed Yusof sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan tender perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti peralatan infrastruktur, pelayan, perisian dan radio pengguna Sistem RMPNet untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) bernilai RM381.1 juta. ============================================================================== Jun lalu, Muhammad Faisal, 40, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima rasuah bernilai RM100,000. Dia didakwa menerima wang berkenaan daripada Izmir Abd Hamid sebagai bayaran untuk Heitech Padu Bhd (Heitech Padu) melantik Syarikat Rimba Merpati Sdn Bhd dan Syarikat Per My Solutions menjadi perunding pemasaran. Kesalahan itu dikaitkan dengan Heitech Padu yang dikatakan mendapat tender RM33 juta oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk pembekalan, penyewaan, pelaksanaan, latihan, sokongan dan penyelenggaraan infrastruktur keselamatan. Muhammad Faisal didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pejabat dekat Publika Shopping Gallery, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur pada Mac 2018. Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun, denda lima kali ganda nilai rasuah atau RM10,000, yang mana lebih tinggi. Susulan pengakuan tidak bersalah tertuduh, mahkamah membenarkan dia dibebaskan dengan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin.




DEPA KATA , PADAN MUKA HANGPA. PILIH LAGI PAS KALAU NAK MUNDUR...NEGERI SG4 SEMUA NAIK AYAQ.KIOK.


 

SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA.AKIBAT RAFIDAH MULUT " BERPUAKA"


 

Mahkamah benar Khalid iklankan saman Rafidah di akhbar

Notis saman yang difailkan bekas Menteri Wilayah dan Persekutuan, Khalid Samad terhadap pempengaruh pro pembangkang, Rafidah Ibrahim, akan diserahkan melalui pemakluman secara Penyampaian Ganti.

Mahkamah Tinggi membenarkan Khalid menyiarkan pemakluman saman di akhbar dan penampalan di Papan Kenyataan Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

“Atas permohonan plaintif (Khalid) dan setelah membaca Notis Permohonan Plaintif bertarikh 8 Julai 2025, adalah pada hari ini diperintahkan bahawa Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 8 Mei 2025 disampaikan kepada defendan secara penyampaian ganti dengan menampalkan sesalinan Writ dan Pernyataan Tuntutan tersebut bersama- sama dengan Perintah Mahkamah ini di Papan Kenyataan Mahkamah Tinggi.

“Penampalan Writ dan Pernyataan Tuntutan tersebut bersama-sama Perintah Mahkamah ini di alamat terakhir defendan di Kampung Baru serta satu pengiklanan mengenai prosiding ini di akhbar harian tempatan selama satu hari,” menurut surat perintah mahkamah.

Menurut Mahkamah Tinggi, penampalan dan pengiklanan tersebut hendaklah menjadi penyampaian yang sempurna dan memadai bagi Writ dan Pernyataan Tuntutan tersebut selepas 14 hari dari tarikh akhir penampalan dan pengiklanan tersebut yang mana paling lewat.

Writ perintah mahkamah itu dimuat naik peguam, Zulhazmi Shariff di Facebook yang memaklumkan Perintah Penyampaian Ganti dikeluarkan kerana Rafidah mengelak untuk menerima Writ saman daripada peguam Khalid.


“Suatu Perintah Penyampaian Ganti telah dikeluarkan terhadap puan kerana puan mengelak untuk menerima Writ Saman. Sekarang, puan tak boleh lagi kata puan tak terima writ saman ya. Pejuang mana boleh menyorok,” tulisnya ringkas.

Terdahulu Khalid yang juga Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan, memaklumkan bahawa surat saman telah pun disiapkan untuk diserahkan secara tangan kepada Rafidah.

Bagaimanapun ia masih belum dapat diserahkan kerana Rafidah dikatakan masih ‘menghilang’ dan tidak dapat dikesan sehingga kini.

Khalid memfailkan saman fitnah kerana Rafidah memuat naik hantaran fitnah di TikTok, menuduh Khalid mahu memansuhkan Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural Settlement (MAS).

Dia juga menuduh bekas menteri itu ingin menghapuskan tanah rizab Melayu bukan sahaja di Kampung Sungai Baru, tetapi di seluruh Kampung Baru.

Khalid berkata, tindakan saman terpaksa diambil berikutan tuduhan dibuat merupakan tuduhan liar dan tidak bertanggungjawab.







Perjanjian Gencatan Senjata Thailand-Kemboja Hasil Solidariti ASEAN – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sambutan Hari ASEAN Ke-58 di Cyberjaya, Selangor pada 8 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

CYBERJAYA, 8 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perjanjian gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja berjaya dicapai hasil sokongan penuh dan solidariti semua pemimpin ASEAN.

Menurut Perdana Menteri, beberapa pihak menyifatkan perjanjian gencatan senjata itu kemungkinan adalah yang pertama berjaya dicapai dalam tempoh yang singkat dalam tempoh berdekad atau berabad.

Justeru, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu merealisasikan dan menyokong rundingan perjanjian gencatan senjata berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sambutan Hari ASEAN Ke-58 di Cyberjaya, Selangor pada 8 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya dan rakan-rakan dapat melakukannya kerana solidariti, komitmen, kepercayaan, persahabatan dan semangat persaudaraan semua pemimpin ASEAN.

“Saya rasa ini sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan pencapaian yang luar biasa.

“Sudah tentu ini menunjukkan kekuatan, komitmen dan iltizam semua pemimpin ASEAN,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari ASEAN Ke-58 di sini, hari ini.

Pada 29 Julai lalu, Thailand dan Kemboja mencapai kata sepakat melaksanakan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat sebagai langkah penting ke arah meredakan ketegangan dan mengembalikan keamanan di kawasan sempadan.

Persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat khas antara Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai, dengan Anwar bertindak sebagai hos, Pengerusi ASEAN dan saksi kepada perbincangan bersejarah itu.

Perdana Menteri berkata, semalam, persetujuan akhir berhubung gencatan senjata itu diselesaikan antara Kementerian Pertahanan Thailand dan Kemboha melalui mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) selepas perbincangan mengenai beberapa isu teknikal sejak beberapa hari lalu.

“Setiap kali saya bercakap dengan Perdana Menteri Thailand atau Kemboja, saya selalu berkata kepada mereka, saya mempunyai mandat ini dan sokongan daripada semua rakan sejawat saya di ASEAN.

“Itu memberikan kekuatan tambahan kepada apa yang saya nyatakan dan mereka tentunya perlu mempertimbangkan dengan serius,” katanya.


Bicara Kes Rasuah Bekas SetPol Hamzah Zainudin Ditetap 25 Ogos Ini

 


Bekas setiausaha politik kepada bekas menteri, Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad berdepan tiga pertuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM350,000 akan mula bicara bermula 25 Ogos 2025.

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Kes perbicaraan membabitkan bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang berdepan tiga pertuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM350,000, akan bermula 25 Ogos ini di Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Rosli Ahmad mengekalkan tarikh perbicaraan kes rasuah melibatkan Sayed Amir Muzzakkir Al Syaed Mohamad dari 25 hingga 28 Ogos dan mengarahkan untuk menyerahkan pernyataan pembelaan kepada pihak pendakwaan pada 22 Ogos.

Pada perbicaraan hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Hazel Tan Jia Qi telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah menyerahkan pernyataan saksi pada 31 Julai lalu.

Bekas setiausaha politik kepada bekas menteri, Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad (kanan) berdepan tiga pertuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM350,000 akan mula bicara bermula 25 Ogos 2025.

Peguam Md Yunos Shariff yang mewakili Sayed Amir Muzakkir berkata pembelaan akan mengemukakan pernyataan di bawah Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 sebelum tarikh perbicaraan.

Pendakwaan akan memanggil 20 saksi.

Pada 23 Mei lalu, Sayed Amir Muzzakkir, 43, didakwa menerima suapan RM350,000 daripada Pengarah Urusan Nexuscorp Group Sdn Bhd Wan Azhar Mohamed Yusof sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan tender perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti peralatan infrastruktur, pelayan, perisian dan radio pengguna Sistem RMPNet untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) bernilai RM381.1 juta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Solaris Dutamas pada 4 dan 16 Disember 2020.

Sehari kemudian, beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas satu lagi pertuduhan meminta suapan RM350,000 daripada individu sama bagi tujuan sama di pejabat Nexuscorp di Seksyen 7, Shah Alam awal Disember 2020.

Semua pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Kes di Shah Alam telah dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama.




Siapa lagi akan hadir Sidang Kemuncak ASEAN ke-47?


 

Pemimpin dunia selain Amerika Syarikat akan turut menghadiri sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa Presiden China Xi Jinping, residen Brazil, Lula Da Silva dan Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa yang kini memegang jawatan Pengerusi BRICS serta G20 akan turut menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN.

“Kita amat menantikan kehadiran ketua-ketua kerajaan ASEAN serta rakan dialog kita, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan saya percaya Presiden Xi Jinping dari China,” katanya dalam ucapan sempena Sambutan Hari ASEAN ke-58.”

“Seluruh dunia akan memerhati. Kita mesti memanfaatkan peluang ini (kerana) ini adalah masa untuk menilai semula dan melihat sejauh mana perjalanan kita (ASEAN).

“Saya yakin para pengasas ASEAN akan berbangga dengan kemajuan namun, kita tidak boleh menganggap bahawa motivasi dan kebimbangan yang mendorong penandatangan Deklarasi Bangkok 1967 sudah tidak relevan,” jelas beliau.

Beliau turut menyentuh berkenaan agenda utama yang akan dibincangkan sencara mendalam dalam sidang tersebut – hubungan dagangan, pelaburan rentas sempadan, pembangunan rangkaian tenaga dan keterhubungan serantau.


“Perkara ini akan dibincangkan secara mendalam pada Oktober nanti,” katanya.

Turut diulas ialah isu konflik Myanmar.

“Kami akan berkunjung ke Myanmar dalam masa terdekat untuk menegaskan kepentingan menghentikan keganasan, memulakan gencatan senjata dan menggalakkan dialog antara semua pihak berkepentingan.

“Langkah ini penting untuk mengembalikan keamanan dan kestabilan di negara itu,” katanya.




KALAU ADA KITA HENTAM BERJEMAAH

 Arif kadir


Tunggu siasatan MCMC. Sebab ramai yg tengok ucapan wakil Rohingya & Bangladesh ni. Bagi ana mudah aje;




1) Jika betul ia telah di delete & MCMC siar semula ucapan tu sebagai bukti, kita dapat rezeki troll berjemaah. Memang kaw-kaw punya kita bagi kali ni utk hiburan bersama.


2) Jika khilaf, anggaplah ianya pengajaran buat walaun. Kami dah lama hadap berita fake & fitnah daripada antum semua. Jenuh kami terangkan tapi walaun tetap percaya fake & fitnah. Kiblat walaun kalau tak Papagomo, Papaberry.  Sekarang rasalah pula betapa nikmatnya apabila dihadapkan dgn berita fake.


APAPUN, tunggu siasatan MCMC.


Ariff Kadir Al-Katami

Mantan Doktor Pakar Cirit Rohingya Yang Tak Sambung Kontrak




Rakyat Semakin Hilang Kepercayaan kepada Pas?







Dulu,Pas sering dianggap "pejuang agama", tapi sekarang ramai yang rasa parti ni semakin jauh dari realiti. Sikap Pas yang terlalu keras, asyik tolak kerjasama, dan suka main isu sensitif buat rakyat mula bosan. Alih-alih nak bawa perubahan, mereka sibuk dengan politik lama hudud, isu kaum, dan serangan peribadi.  


Sebaliknya, kerajaan negeri pimpinan YAB Dato Sri Diraja MB Pahang tunjuk kuasa sebenar bukan dengan retorik, tapi dengan tindakan. Gabungan Perpaduan berjaya membawa kestabilan politik yang semua perlukan. Ekonomi semakin baik, pelaburan asing meningkat, dan dasar  fokus pada rakyat semua kaum.  


Yang best? Kerajaan ni tak pilih kasih.Semua dijaga... Bermula dari bayi hingga warga emas tanpa mengira agama, bangsa. Kebajikan rakyat sentiasa menjadi fokus utama 


Rakyat sekarang lebih bijak mereka nak pembangunan, bukan polarisasi. Itulah sebabnya sokongan pada Pas semakin goyah. Kerajaan Perpaduan buktikan yang bersatu kita maju. Semoga lebih ramai memilih jalan yang benar dan memilih yang benar benar ikhlas dalam perjuangan dan menjaga kebajikan....



4352 DOKTOR DILANTIK TETAP . LAPOR DIRI 18 HINGGA 2 OKTOBER

 


Isu yang berlarutan sejak 2016 akhirnya diselesaikan!


Kerajaan Madani berjaya melantik 4,352 doktor kontrak ke jawatan tetap. satu langkah besar demi masa depan sistem kesihatan negara.


Apa maknanya untuk rakyat?

👩‍⚕️ Perkhidmatan kesihatan lebih stabil

🏥 Rawatan lebih cepat & efisien

❤️ Doktor lebih terjamin, pesakit lebih terjaga


Surat tawaran akan mula dikeluarkan sebelum 18 Ogos, dan lapor diri seawal 2 Oktober.


Terima kasih kepada para doktor yang terus berkhidmat dengan penuh dedikasi!


#RancakkanMADANI 

#MADANIBekerja 

#BersamaMalaysiaku 

#KekalAnwar




ANWAR ZALIM?


 

TURUNKAN ANWAR.. ANWAR TURUNKAN BANYAK PERKARA


 

KEKALKAN ANWAR


 

TURUN TOK GURU


 

Ketua Penerangan Pas kena Ceramah dengan Ketua Pemuda UMNO Akmal Saleh, ...

LAWAK SI FADLI KP PAS BERTARAF WALAUN! KAU POST KAU DELETE! KAU PULA NAK...

RAFIZI BALUN FUZIAH SALEH | RMK13 tak bincang dengan Kementerian

BADUT PARLIMEN TUNJUK KEBODOHAN DAN SIKAP YANG TERAMAT MEMALUKAN!

BADUT PARLIMEN TUNJUK KEBODOHAN DAN SIKAP YANG TERAMAT MEMALUKAN!

Ini bukan pasal ‘happy’ Tun, tapi tanggungjawab selamatkan periuk nasi rakyat


 

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beberapa kenyataan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung rundingan perdagangan Malaysia–Amerika Syarikat adalah tidak tepat.


Menurut beliau, ini bukan pasal “happy” seperti yang disebut Tun, tetapi tanggungjawab untuk menyelamatkan periuk nasi dan mata pencarian rakyat Malaysia.Kerajaan berunding bagi mengelakkan tarif 25% AS yang mengancam lebih RM198 bilion eksport dan 100,000 pekerjaan.



Zafrul turut menegaskan, tuduhan Tun bahawa Malaysia menghapuskan 100% cukai import terhadap 11,000 produk AS dan akan membekalkan nadir bumi mentah kepada negara itu adalah tidak benar.


“Hanya 60.4% sahaja baris tarif yang dikenakan duti sifar, jauh berbeza dengan 100% seperti yang didakwa.“Malah, sejak 1 Januari 2024, Malaysia telah mengenakan larangan eksport bahan mentah nadir bumi, dengan dasar sedia ada mewajibkan semua nadir bumi diproses dalam negara sebelum dieksport,” katanya panjang.



Di bawah adalah perkongsian penuh Tengku Zafrul di Facebook:


APA TUN KATA:


The Government seems happy with the deal they have negotiated with Trump.


FAKTA SEBENAR:


This is not about being “happy” but about responsible crisis management. The Government negotiated to avoid a 25% US tariff that threatened over RM198 billion in exports and 100,000 jobs (and this is just for E&E!). We secured the same 19% rate as other ASEAN peers, prioritizing national interests and economic stability.

Ini bukan pasal happy Tun, tapi tanggungjawab untuk menyelamatkan periuk nasi dan mata pencarian rakyat Malaysia.


APA TUN KATA:


In return for the U.S. reducing the tariff from 25% to 19%, Malaysia is abolishing all taxes on 11,000 U.S. products entering Malaysia.

As far as the 11,000 products are concerned, we are abolishing 100% of our tax. For this we only get a reduction in U.S. tariff of only 6% (from 25% to 19%). That is not a good deal.


FAKTA SEBENAR:

This is WRONG.* Only 60.4% of tariff lines are now duty-free, not 100%.

* The real trade-off is defending over RM198 billion in exports and jobs, along with potential adverse spillovers to the overall economy, financial and capital markets, and not “giving up” taxation.

Hanya 60.4% sahaja baris tarif yang dikenakan duti sifar.

100% dengan 60% tu jauh bezanya, Tun.  60% tu lebih sikit daripada separuh, langsung tak sama dengan semua (100%). Jadi tuduhan Tun jelas adalah PALSU.


APA TUN KATA:


And the Prime Minister has stated that Malaysia will supply the U.S. with rare earth.


Now rare earth as rare earth fetches little money. It is only 5% of the total value of the material. Malaysia should process the rare earth and extract the elements in it because the return would be as much as 30 times higher than just rare earth.



Why is Malaysia so stupid as to accept only 5% of the value when we can get many times more.


FAKTA SEBENAR:


Another FALSE statement.

* There is NO agreement, verbal or written, for Malaysia to supply rare earths (REE) to the US or any country, exclusively or otherwise.

* In fact, as of 1 January 2024, Malaysia has imposed a BAN on the export of raw rare earth materials (NR-REE). This was a Cabinet decision and is subject to strict monitoring and six-month reviews.

* The policy’s aim is to ensure all rare earth to be processed domestically, not exported raw, maximizing value for Malaysia’s economy and job creation. Malaysia is developing a full rare earth value chain, from mining (upstream), processing (midstream), to advanced manufacturing (downstream). The rare earth industry is projected to contribute up to RM9.5 billion to GDP by 2025 and generate thousands of skilled jobs.


* The policy has been communicated to all state governments and compliance is mandatory..Cuba baca balik kenyataan rasmi, Tun. Tiada perjanjian untuk bekal nadir bumi secara eksklusif. Dan tak ada mana-mana kenyataan pun yang menyatakan kita akan bekalkan nadir bumi mentah yang tidak diproses. Malah dasar sedia ada jelas mewajibkan nadir bumi diproses dalam negara sebelum dieksport.


Boleh Tun kongsi sumber tuduhan Tun tersebut?


Tak salah untuk mengkritik, tapi bila kritikan tu berlandaskan kepada tuduhan palsu, itu salah.

AS Puji Kepimpinan Malaysia Dalam Rundingan Gencatan Senjata Thailand-Kemboja

 


Duta AS ke Malaysia, Edgard D. Kagan ketika hadir pada Mesyuarat Luar Biasa Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) di Kuala Lumpur pada 7 Ogos 2025. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia menyifatkan kepimpinan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN dalam usaha damai antara Thailand dan Kemboja mendapat pujian dari Amerika Syarikat (AS), susulan Mesyuarat Luar Biasa Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) yang diadakan di sini pada Khamis.

Edgard D. Kagan berkata kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar serta Angkatan Tentera Malaysia telah memainkan peranan penting dalam menghimpunkan kedua-dua pihak bertelagah.

“Apa yang kita saksikan hari ini merupakan satu langkah penting, iaitu wakil kanan dari kedua-dua negara telah bertemu dan memperbaharui komitmen terhadap perjanjian gencatan senjata.

Duta AS ke Malaysia, Edgard D. Kagan ketika hadir pada Mesyuarat Luar Biasa Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) di Kuala Lumpur pada 7 Ogos 2025. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail

Malaysia telah menunjukkan kepimpinan cemerlang sebagai Pengerusi ASEAN dalam membawa Thailand dan Kemboja ke meja rundingan,” katanya kepada media selepas mesyuarat yang berlangsung di Kementerian Pertahanan.

Mesyuarat itu menghimpunkan pegawai kanan pertahanan kedua-dua negara bagi mengesahkan semula perjanjian gencatan senjata yang dicapai di Putrajaya pada 28 Julai lepas.

Kagan, yang hadir sebagai pemerhati, berkata AS menyokong penuh peranan Malaysia dalam ASEAN dan bekerjasama rapat dengan negara ini untuk membangunkan mekanisme jangka panjang bagi memastikan gencatan senjata dikekalkan.

Duta AS ke Malaysia, Edgard D. Kagan ketika hadir pada Mesyuarat Luar Biasa Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) di Kuala Lumpur pada 7 Ogos 2025. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail

Beliau turut memaklumkan bahawa Presiden AS Donald Trump dan Setiausaha Negara Marco Rubio juga terlibat secara aktif dalam usaha menyokong gencatan senjata dan kestabilan serantau yang lebih meluas.

“Presiden Trump terlibat secara aktif dalam hal ini dan beliau menganggapnya sebagai keutamaan tertinggi. Beliau percaya sebarang bentuk peperangan atau konflik, termasuk di Asia Tenggara, tidak memberi faedah kepada semua pihak,” katanya.

Sambil mengalu-alukan perkembangan itu, Kagan turut menegaskan bahawa ini hanyalah permulaan dan lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk memastikan gencatan senjata yang mampan dan boleh dikuatkuasakan.

Duta AS ke Malaysia, Edgard D. Kagan ketika hadir pada Mesyuarat Luar Biasa Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) di Kuala Lumpur pada 7 Ogos 2025. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail

Beliau berkata AS akan terus memantau perkembangan dengan teliti dan menyokong usaha ASEAN untuk mengekalkan keamanan di rantau ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Kemboja Jeneral Tea Seiha dan Pemangku Menteri Pertahanan Thailand Jeneral Nattaphon Narkphanit.

Turut hadir sebagai pemerhati ialah Menteri Dalam Negeri Malaysia Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.



HRC LIVE!! - DIN YANG PATUT MINTA MAAF PMX | LEMBU BETINA MUNCUL DI PARL...



INI KATA MUHYIDDIN KEPADA PMX DI PARLIMEN! “Saya cuma minta satu perkara saja daripada Yang Berhomat Tambun (Anwar), minta maaf sajalah. Jika Tambun tidak mahu memohon maaf, saya akan bawa perkara ini kepada Speaker dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan,” Yang hang kata fitnah PMX pelbagai sebelum ini tak nak minta maaf?




Honggaq Kedah dengar kata PAS dah boleh bekerjasama dengan PKR, UMNO , t...

Sokong subsidi RON95 untuk warga asing: SKMM ambil keterangan Muhyiddin


 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah merekodkan kenyataan pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Kenyataan beliau diambil untuk membantu siasatan terhadap dakwaan bahawa beliau menyokong subsidi RON95 diberikan kepada warga asing.

SKMM menyatakan bahawa Muhyiddin disiasat sebagai saksi.

“Fokus siasatan ini adalah untuk mengesahkan konteks kandungan yang telah dimuatnaik. Ia tidak termasuk dakwaan terhadap beliau,” kata agensi tersebut.

SKMM telah memanggil Muhyiddin setelah diarahkan berbuat demikian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.