Siapa lagi akan hadir Sidang Kemuncak ASEAN ke-47?


 

Pemimpin dunia selain Amerika Syarikat akan turut menghadiri sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa Presiden China Xi Jinping, residen Brazil, Lula Da Silva dan Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa yang kini memegang jawatan Pengerusi BRICS serta G20 akan turut menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN.

“Kita amat menantikan kehadiran ketua-ketua kerajaan ASEAN serta rakan dialog kita, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan saya percaya Presiden Xi Jinping dari China,” katanya dalam ucapan sempena Sambutan Hari ASEAN ke-58.”

“Seluruh dunia akan memerhati. Kita mesti memanfaatkan peluang ini (kerana) ini adalah masa untuk menilai semula dan melihat sejauh mana perjalanan kita (ASEAN).

“Saya yakin para pengasas ASEAN akan berbangga dengan kemajuan namun, kita tidak boleh menganggap bahawa motivasi dan kebimbangan yang mendorong penandatangan Deklarasi Bangkok 1967 sudah tidak relevan,” jelas beliau.

Beliau turut menyentuh berkenaan agenda utama yang akan dibincangkan sencara mendalam dalam sidang tersebut – hubungan dagangan, pelaburan rentas sempadan, pembangunan rangkaian tenaga dan keterhubungan serantau.


“Perkara ini akan dibincangkan secara mendalam pada Oktober nanti,” katanya.

Turut diulas ialah isu konflik Myanmar.

“Kami akan berkunjung ke Myanmar dalam masa terdekat untuk menegaskan kepentingan menghentikan keganasan, memulakan gencatan senjata dan menggalakkan dialog antara semua pihak berkepentingan.

“Langkah ini penting untuk mengembalikan keamanan dan kestabilan di negara itu,” katanya.




No comments: