PM Salahkan Najib, Hadi Awang Kerana Dulu Menyambut Kehadiran Rohingya, Begini Kata PM Anwar Ibrahim


 

Kenapa jarang sangat kita dengar Marzuk mengkritik kerosakan Tabung Haji yang berlaku ketika pentadbiran Najib dan BN?

 





Sibuk betul Marzuk mengkritik Pelan Pemulihan Tabung Haji (TH). Sejak menjadi Timbalan Menteri Agama dahulu hingga kini, dalam podcast dan pelbagai kenyataan, isu pelan pemulihan TH zaman PH inilah yang sering menjadi sasaran beliau.

Tapi pelik juga. Kenapa jarang sangat kita dengar Marzuk mengkritik kerosakan Tabung Haji yang berlaku ketika pentadbiran Najib dan BN?
Itu aje kah bab yang ada dalam Laporan RCI tu?
Sedangkan kerosakan zaman itu bukan kecil. Kedudukan kewangan TH pernah menjadi begitu bermasalah sehingga mengancam keupayaan institusi tersebut memenuhi tanggungjawab kepada pendeposit.
Zaman Najib, Bank Negara pula telah berkali-kali memberikan peringatan mengenai masalah kewangan dan pengurusan TH. Namun masalah itu terus berlarutan.
Akhirnya apabila PH mengambil alih kerajaan pada 2018, kerajaan terpaksa melaksanakan pelan penyelamatan bagi memulihkan kedudukan kewangan Tabung Haji.
Sebahagian aset TH yang mengalami kejatuhan nilai dan kurang berdaya saing terpaksa diasingkan dan dipindahkan kepada Urusharta Jamaah untuk diurus serta dipulihkan.
Bukannya aset itu dipindahkan suka-suka. Masalahnya, nilai sebahagian aset yang diperoleh dan diurus ketika pentadbiran terdahulu sudah merosot sehingga membebankan kedudukan kewangan TH.
Nak pulihkan aset bermasalah bukan semudah bercakap dalam podcast. Aset yang dah jatuh nilai bukannya boleh naik semula sekelip mata. Ada yang perlu dijual, disusun semula dan menunggu keadaan pasaran yang sesuai.
Misalnya saham FGV yang pernah mencatat kerugian belum direalisasi sekitar RM1 bilion. Itu baru satu contoh aset bermasalah yang membebankan kedudukan kewangan TH.
Nak pulihkan macam mana? Kalau jual ketika harga jatuh, kerugian mungkin terpaksa direalisasikan. Kalau simpan pula, belum tentu harga saham akan kembali kepada nilai asal dalam masa terdekat.
Inilah masalah yang terpaksa ditangani melalui pelan pemulihan. Aset yang sudah merosot nilainya bukan boleh dipulihkan hanya dengan mengkritik dalam podcast.
Dapatan RCI kemudiannya mendedahkan betapa seriusnya masalah yang berlaku, termasuk agihan hibah yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang serta kelemahan tadbir urus.
Hairannya, sampai hari ini Marzuk kelihatan lebih berminat menyerang kerajaan PH yang cuba menyelamatkan Tabung Haji berbanding pentadbiran BN yang meninggalkan masalah tersebut.
Kita bukan kata pelan pemulihan TH tak boleh dikritik. Tetapi kalau benar mahu membela pendeposit, kenapa begitu lantang mempertikaikan usaha pemulihan, sedangkan punca kerosakan dahulu tidak mendapat perhatian yang sama?
Jangan sampai orang yang datang membaiki rumah rosak dipersalahkan, sedangkan orang yang membiarkan rumah itu hampir roboh langsung tak disentuh.
Seolah-olah segala masalah itu tiba-tiba sahaja muncul semasa PH membuat pelan pemulihan.
Belajar agama, tapi macam tak faham ajaran agama.

UMPAS YANG BERAK & KENCING! MADANI TERPAKSA CUCI! KERAJAAN AMBIL TINDAKAN MEREKA PULA BANTAH!


 

HANGPA PILIH PNPAS NI ZAMAN PNPAS PERINTAH....NASIB BAIK KALAH- Cost of generating electricity increases by 45%, says Takiyuddin


 

"ZAMAN KAMU BAWA MASUK, SALAH MADANI PULAK" ! SAIFUDDIN SEKOLAH PEMBANGKANG !


 

PMX cuba ringankan bil elektrik rakyat, dia pula sibuk bangkitkan soal keuntungan TNB dan pemegang saham. Rakyat tengah susah, untung syarikat pula jadi kerisauan.


Buntu mcmmana nk counter move PMX pasal bil letrik tu, jadi pusing la kata KWAP tak untung banyak sbb Kwsp pegang banyak saham tnb ..org cerita kurangkan beban rakyat dia cerita untung Kwsp berkurang, dulu puak2 ko kata tnb nutung billion2, jadi boleh je kurangkan charge letrik...ini dah merapu ke situ pulak.... pembangkang dah senget ke apa??








  •  Pelik juga Hamzah ni. PMX cuba ringankan bil elektrik rakyat, dia pula sibuk bangkitkan soal keuntungan TNB dan pemegang saham. Rakyat tengah susah, untung syarikat pula jadi kerisauan.

    Sebelum ni, waktu bil elektrik rakyat melambung akibat cuaca panas, pembangkang bukan main lagi mengkritik kerajaan. Antara modal yang dibangkitkan, TNB untung berbilion-bilion ringgit, tapi rakyat masih kena bayar bil elektrik yang tinggi.
    Tapi bila PMX mula bertindak ringankan beban rakyat, lain pula nadanya. Kali ni dibangkitkan pula soal KWSP, KWAP dan kepentingan pelaburan milik rakyat. Kononnya kalau keuntungan TNB terjejas, akhirnya dividen dan simpanan rakyat juga yang menerima kesan.
    Eh, dulu bising TNB untung berbilion tapi rakyat kena bayar maihal. Sekarang bila kerajaan tambah perlindungan untuk rakyat, sibuk pula risau keuntungan TNB berkurang.
    Jadi sebenarnya nak apa?
    Kerajaan naikkan had perlindungan bil elektrik daripada 600 kepada 800 kWj sebulan. Lebih lapan juta pengguna domestik dijangka mendapat manfaat, terutama ketika cuaca panas dan jerebu menyebabkan penggunaan elektrik meningkat.
    Bukannya salah nak fikir pasal keuntungan TNB atau pulangan pelaburan KWSP. Itu pun duit rakyat juga.
    Tapi takkan setiap kali kerajaan nak bantu pengguna, kita kena fikir keuntungan pemegang saham dulu?
    Lagipun TNB sendiri menyokong langkah perlindungan tambahan yang diumumkan kerajaan.
    Bil rakyat naik, kerajaan kena hentam. Kerajaan cuba ringankan bil, kesan kepada pemegang saham pula dipersoalkan.
    Agaknya lepas ni sebelum PMX nak bantu rakyat, kena tanya dulu pemegang saham TNB setuju atau tidak?

    Jet mahal + taktik lama + rangkaian tidak lengkap = boleh kalah

     







    Jet mahal + taktik lama + rangkaian tidak lengkap = boleh kalah

    💥
    Perang India - Pakistan dah jadi bukti jelas.
    FPDA punya latihan beri tak bantuan AEW&C pada pesawat-pesawat rakan ?
    Ya, beri ✅ Malah itu salah satu nilai utama latihan FPDA sekarang.
    Dalam FPDA kita ada dua latihan udara utama : Bersama Shield dan Bersama Lima. Kedua-dua ini memang direka sebagai latihan peperangan udara dan maritim bersepadu, bukan dogfight satu lawan satu saja.
    Siapa jadi mata dan otak ?
    Dalam latihan tersebut, pesawat pejuang rakan-rakan memang disokong oleh pesawat AEW&C.
    1. Australia - E-7A Wedgetail = Ini tulang belakang AEW&C untuk FPDA. Australia kerap hantar E-7A Wedgetail AEW&C untuk latihan ini. Rekod lama pun tunjuk Bersama Shield 2012 memang termasuk RAAF E-7A Wedgetail.
    2. Singapura - G550 CAEW = Singapura pula ada 4 buah Gulfstream G550 AEW. Bila latihan dibuat di Singapura atau di kawasan Selatan Laut China Selatan, mereka yang ambil alih peranan kawalan udara.
    Malaysia, UK dan New Zealand memang tidak ada atau tidak bawa aset AEW&C kekal, jadi tumpang keupayaan dua negara itu.
    Apa yang di buat semasa simulasi lawan musuh ?
    Bila simulasi musuh datang, Wedgetail atau G550 jadi mata jauh, ia buat 3 benda kritikal yang boleh buat musuh hancur.
    Nampak dulu, jauh dulu. Radar dia boleh nampak pesawat musuh dari 400km lebih. Jet pejuang kita macam Su-30MKM, F/A-18D atau F-16 Singapura boleh terbang dalam mod senyap, tidak perlu buka radar, jadi musuh tak boleh kesan.
    Jadi pengawal trafik perang. Dia yang arahkan, siapa patah balik, siapa naik tinggi, siapa tembak, siapa kepung. Juruterbang tidak perlu cari musuh sendiri, dia cuma ikut arahan dari AEW&C. Ini dipanggil fighter control.
    Kongsi gambar udara melalui Data Link. Maklumat sasaran dari AEW&C terus dihantar ke kokpit semua jet rakan melalui Link 16. Jadi semua orang nampak gambar yang sama. Ini sistem lawan sistem. Cuma sistem siapa lebih superior, bukan lagi pasal jet semata-mata.
    Sebab itu bagi TUDM, latihan FPDA ini sangat bernilai. Kita tiada AEW&C sendiri, tapi melalui FPDA kita dapat belajar dan berlatih bagaimana hendak berperang di bawah payung AEW&C, dengan peluru jarak jauh BVR, sama seperti doktrin perang moden sekarang yang dah jauh berubah.
    Jadi kalau paltformnya cuma FA-50M Block 20, hanya LCA pun, tapi kalau guna sistem tadi 👆 pesawat-pesawat musuh tu kena fikir banyak kali kalau nak buat onar...
    Ini hanya contoh aset FPDA, dan sistem tidak semestinya perlu guna AEW&C sahaja, kalau faham terjemahan EW tu tadi ia boleh jadi pelbagai platform. Ini namanya taktik. Taktik ini yang jadi rahsia, musuh takkan tahu.
    Begitulah yer
    Oleh Salman Al Farisy
    Photo contoh sahaja

    Saifuddin Nasution jawab isu pendaftaran warga Rohingya melalui Program Dokumen Pendaftaran Pelarian


     

    UMNO PARTI PENYAKAU NEGARA? PENDEDAHAN SANGAT MENGEJUTKAN! BEKAS MENTERI AGAMA DIDAKWA!


     

    Tuan Ibrahim sibuk tanya LPT3, tujuh projek untuk rakyat Kelantan dalam Belanjawan 2027 tak nampak?

     


    Oleh MUHAMMAD FAIRUL AL QASAS

    Geleng kepala saya bila baca yang Timbalan Presiden Pas tanya LPT3 tak ada dalam belanjawan untuk Negeri Kelantan.

    Baik, biar saya ulas.

    1. PMX Anwar Ibrahim telah memberikan apa yang sepatutnya dan yang penting untuk Kelantan dalam Belanjawan 2027.

    Pertama, Kelantan dapat Empangan Lebir. Bantu jamin bekalan air dan elakkan dari banjir besar.

    Kedua, loji rawatan air di Machang. Ini juga bantu atasi masalah air Kelantan yang kronik.

    Ketiga, penggantian paip uzur. Paip usang lah menyebabkan kebocoran air dan kerugian kepada air Kelantan dan menjadikan air tersebut kotor seperti kopi atau teh.

    Keempat, stesen bas baru di Stesyen ECRL Kota Bharu.

    Kelima, penambahbaikan bas henti-henti.

    Keenam, menyambung projek ECRL dari Kota Bharu ke Rantau Panjang dimana ia membuka laluan untuk sambung laluan sehingga ke Thailand.

    Ketujuh, USM di Kubang Kerian mendapat teknologi robotik.

    1. ECRL “game changer” Pantai Timur

    Pertama, Insyaallah hujung tahun ini, rakyat Kelantan dah boleh naik keretapi dari Kota Bharu ke Gombak dengan hanya empat jam.

    Kedua, PMX Anwar Ibrahim jayakan lagi dengan pembinaan stesen bas baru dan program bas henti-henti dengan meliputi 15 stesen di seluruh Kelantan.

    Ketiga, PMX Anwar Ibrahim tambah lagi laluan dari Kota Bharu ke Rantau Panjang. Jelas PMX Anwar Ibrahim lebih tahu bagaimana melonjakkan sumber yang ada.

    1. LPT bukan pilihan utama rakyat Kelantan

    Pertama, laluan LPT ialah melalui Terengganu dan jaraknya lebih jauh untuk ke KL.

    Kedua, laluan paling dekat ke KL dari Kelantan ialah melalui lebuhraya Central Spine Road (CSR) yang sedang dibina dari Kota Bharu ke Bentong.

    Ketiga, LPT2 sendiri masih kurang penggunaannya dimana penggunaan harian sekitar 15 ribu kenderaan, berbanding kapasiti 80 ribu kenderaan sehari.

    1. Tuan Ibrahim dan Pas tamak

    Pertama, Pas mahukan projek walaupun sedar projek tersebut sebenarnya bukan kepentingan utama untuk Kelantan.

    Kedua, Pas bandingkan dengan Pulau Pinang walhal dari segi populasi kepadatan Pulau Pinang, LRT adalah yang paling sesuai untuk keperluan mereka.

    Ketiga, Pas hanya tahu meminta, tetapi tidak tahu melaksanakannya. Buktinya ketika Pas 33 bulan dalam Kerajaan PN, Pas langsung tidak memulai projek LPT3.

    1. Anwar Ibrahim lebih faham fiqh keutamaan

    Pertama, pembentangan belanjawan oleh PMX Anwar jelas menunjukkan beliau faham keutamaan sebenar setiap negeri.

    Kedua, projek yang diluluskan oleh Kerajaan Madani adalah yang paling penting untuk kesejahteraan rakyat Kelantan.

    Ketiga, Anwar bantu Kelantan untuk selesaikan perkara asas seperti air dan selamatkan harta rakyat Kelantan melalui projek empangan dan tebatan banjir.

    Keempat, Anwar melihat masa depan pengangkutan awam Kelantan dengan memperkasakan sistem pengangkutan bas dan ECRL di Kelantan.

    Apapun akhir sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada MB Kelantan Datuk Panglima Perang Ustaz Nassuruddin kerana matang dan mengucapkan terima kasih kepada PMX Anwar Ibrahim atas semua projek tersebut.






    Dah kata nak ambil yang baik, tapi mahu ‘musnahkan segala-galanya’, ucapan Ketua Pembangkang mengejutkan

     









    Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang menyebut mahu mengambil segala perkara baik tetapi kemudian ‘memusnahkan segala-galanya’ selepas pertukaran kerajaan mengejutkan orang ramai.

    Ahli Parlimen Larut yang diuar-uarkan sebagai calon Perdana Menteri itu mengeluarkan kenyataan berkenaan ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, semalam.

    Dalam petikan rakaman yang kemudian tular di media sosial, Hamzah menyatakan keyakinannya bahawa pertukaran kerajaan akan berlaku sebelum memberikan gambaran mengenai tindakan yang bakal diambil.

    “Selepas sahaja penukaran kerajaan yang akan berlaku, insya-Allah segala yang baik akan kita ambil dan akan kita musnahkan segala-galanya,” katanya.

    Kenyataan itu disusuli sorakan daripada beberapa Ahli Parlimen sebelum Hamzah menyambung dengan ungkapan, “Amar makruf nahi mungkar.”

    Bagaimanapun, penggunaan frasa ‘musnahkan segala-galanya’ mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengguna media sosial lantaran dia terlebih dahulu menyebut mahu mengambil perkara yang baik.

    Seorang pengguna Facebook, Ziha Md Yatim, secara sinis mempersoalkan apa sebenarnya yang mahu dikekalkan sekiranya segala-galanya akhirnya dimusnahkan.

    “Dah ambil yg baik, lepas tu nak musnahkan. So yg tinggal apa?” soalnya.

    Fadhlan Ghazali pula mempertikaikan kejelasan kenyataan itu sambil mengaitkannya dengan persoalan kepimpinan Perikatan Nasional (PN).

    “Apa dia melalut ni? Ni ke calon PM dari PN?” tulisnya.

    Seorang lagi pengguna, Salleh Rasul, mengakui beliau sendiri terkejut ketika mendengar kenyataan berkenaan.

    Tidak kurang juga pengguna yang memberikan reaksi lebih keras, termasuk Wmazrul Wan Muda yang menulis, “Harap-harap merekalah yang musnah.”

    Sementara itu, Mohd Fauzi Saidin menyentuh mengenai parti baharu yang dikaitkan dengan Hamzah, sambil menyindir cita-cita politiknya untuk menerajui pentadbiran negara.

    Dyra Nazry pula melihat ungkapan tersebut sebagai sesuatu yang kedengaran penuh dendam, selain mempersoalkan kaitannya dengan prinsip Islam yang disebut oleh Hamzah.

    “Penuh dendam betul bunyinya. Tak faham konsep ‘amar makruf nahi mungkar’ ni,” tulisnya.

    Dalam ajaran Islam, amar makruf nahi mungkar membawa maksud menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.