Benda paling bullsh*t zaman doktor kontrak dulu: jawatan tetap dijadikan modal ugutan.
“Kalau kau buat hal, susah nanti nak dapat permanent.”
“Kena extend nanti tak dapat permanent”
“Kau tu kontrak.
Daripada PT (pembantu tadbir) sampai senior dan superior, ada yang guna ayat ni untuk buat kau diam dan ikut sahaja. Padahal masa tu, laluan lantikan tetap pun belum jelas.
Kau bersuara, dikira buat hal. Kau diam, kau yang telan semuanya. Harapan nak bina masa depan dijadikan alat untuk menakutkan kau.
Tahniah buat generasi baharu doktor yang tidak perlu melalui sistem kontrak seperti kami. Semoga selepas ini, jawatan tidak lagi dijadikan modal ugutan untuk menakutkan dan menutup suara anda.
Bercita-citalah lebih tinggi. Kejar impian menjadi pakar, kemudian consultant. Semoga anda mendapat peluang dan sokongan untuk sampai ke sana.
Harapan kita, perkhidmatan kesihatan menjadi lebih baik dan efisien, akses rawatan lebih cepat, serta kesihatan rakyat lebih terjamin.
Masih banyak kelompongan yang perlu diperbaiki. Namun, semoga langkah hari ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak perubahan.
P/S
Terima kasih PMX dan kerajaan Madani.
PN pula kena bekerja lebih keras sebagai pembangkang yang mampu menjadi semak dan imbang kepada kerajaan. Tegur kelemahan dasar, bawa hujah yang kukuh dan tawarkan penyelesaian yang lebih baik.
Kalau asyik bergaduh sesama sendiri, rakyat boleh nampak seolah-olah anda pun lebih sibuk berebut kuasa daripada memperjuangkan masalah mereka.
Apa yang generasi terdahulu lalui, biarlah menjadi pengajaran. Jangan diwariskan.

No comments:
Post a Comment