Kenapa jarang sangat kita dengar Marzuk mengkritik kerosakan Tabung Haji yang berlaku ketika pentadbiran Najib dan BN?

 





Sibuk betul Marzuk mengkritik Pelan Pemulihan Tabung Haji (TH). Sejak menjadi Timbalan Menteri Agama dahulu hingga kini, dalam podcast dan pelbagai kenyataan, isu pelan pemulihan TH zaman PH inilah yang sering menjadi sasaran beliau.

Tapi pelik juga. Kenapa jarang sangat kita dengar Marzuk mengkritik kerosakan Tabung Haji yang berlaku ketika pentadbiran Najib dan BN?
Itu aje kah bab yang ada dalam Laporan RCI tu?
Sedangkan kerosakan zaman itu bukan kecil. Kedudukan kewangan TH pernah menjadi begitu bermasalah sehingga mengancam keupayaan institusi tersebut memenuhi tanggungjawab kepada pendeposit.
Zaman Najib, Bank Negara pula telah berkali-kali memberikan peringatan mengenai masalah kewangan dan pengurusan TH. Namun masalah itu terus berlarutan.
Akhirnya apabila PH mengambil alih kerajaan pada 2018, kerajaan terpaksa melaksanakan pelan penyelamatan bagi memulihkan kedudukan kewangan Tabung Haji.
Sebahagian aset TH yang mengalami kejatuhan nilai dan kurang berdaya saing terpaksa diasingkan dan dipindahkan kepada Urusharta Jamaah untuk diurus serta dipulihkan.
Bukannya aset itu dipindahkan suka-suka. Masalahnya, nilai sebahagian aset yang diperoleh dan diurus ketika pentadbiran terdahulu sudah merosot sehingga membebankan kedudukan kewangan TH.
Nak pulihkan aset bermasalah bukan semudah bercakap dalam podcast. Aset yang dah jatuh nilai bukannya boleh naik semula sekelip mata. Ada yang perlu dijual, disusun semula dan menunggu keadaan pasaran yang sesuai.
Misalnya saham FGV yang pernah mencatat kerugian belum direalisasi sekitar RM1 bilion. Itu baru satu contoh aset bermasalah yang membebankan kedudukan kewangan TH.
Nak pulihkan macam mana? Kalau jual ketika harga jatuh, kerugian mungkin terpaksa direalisasikan. Kalau simpan pula, belum tentu harga saham akan kembali kepada nilai asal dalam masa terdekat.
Inilah masalah yang terpaksa ditangani melalui pelan pemulihan. Aset yang sudah merosot nilainya bukan boleh dipulihkan hanya dengan mengkritik dalam podcast.
Dapatan RCI kemudiannya mendedahkan betapa seriusnya masalah yang berlaku, termasuk agihan hibah yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang serta kelemahan tadbir urus.
Hairannya, sampai hari ini Marzuk kelihatan lebih berminat menyerang kerajaan PH yang cuba menyelamatkan Tabung Haji berbanding pentadbiran BN yang meninggalkan masalah tersebut.
Kita bukan kata pelan pemulihan TH tak boleh dikritik. Tetapi kalau benar mahu membela pendeposit, kenapa begitu lantang mempertikaikan usaha pemulihan, sedangkan punca kerosakan dahulu tidak mendapat perhatian yang sama?
Jangan sampai orang yang datang membaiki rumah rosak dipersalahkan, sedangkan orang yang membiarkan rumah itu hampir roboh langsung tak disentuh.
Seolah-olah segala masalah itu tiba-tiba sahaja muncul semasa PH membuat pelan pemulihan.
Belajar agama, tapi macam tak faham ajaran agama.

No comments: