#AWANI745 16 Mac 2021

RENTASAN 846 | PANAS!!! UMNO BAKAL BERENTAP DENGAN PAS PADA PRU-15?



MENARIK DALAM RENTASAN 846
1. SIAPA MENTERI MALAYSIA PALING GAGAL? 2. DIGELAR PELACUR POLITIK, APA KATA PEMIMPIN PAS? 3. MCA MELUKUT DI TEPI GANTANG UMNO 4. PENGKHIANAT TIDAK AKAN MENANG



VIDEO : Umno + PKR - 'Masih terlalu awal', Video lama 'hantui' Xavier, Ini kegil...



Antara paparan Sekilas Fakta 16 Mac 2021: 1) ‘Terlalu awal' - Anwar tak nafi kemungkinan kerjasama Umno-PKR 2) 'Tiada kerjasama, Anwar nak canang, terpulanglah' - Shahril 3) 'Tak mungkin berlaku' - Annuar tak yakin kerjasama Pas-Umno kekal 4) 'Pengkhianat dan lanun' - Video lama 'hantui' Xavier 5) 'Kegilaan apa ni?' - Hannah bidas bantuan guaman MCA, Umno 6) Bazar Ramadhan, solat tarawih dibenar dengan SOP ketat





VIDEO ; MENJAWAB SOAL KEADILAN - UMNO. BEZA ANWAR - MAHATHIR

Wanita hebat yang membuka jalan untuk pemandu OKU

 


PETALING JAYA: Selepas satu kemalangan tragis yang mengakibatkan beliau lumpuh dari pinggang ke bawah, Bathmavathi Krishnan mencari cara alternatif bagi membolehkan melakukan tugas seharian, dengan aktiviti memandu menjadi tumpuan.

Beliau mendapat pekerjaan di perpustakaan Universiti Malaya setelah menamatkan pengajian pada 1978, tetapi terpaksa mencari cara lain untuk ke tempat kerja kerana tidak lagi boleh tinggal di kolej kediaman.

“Saya hadiri temu duga dengan kerusi roda, dan mereka tanya bagaimana saya hendak datang ke tempat kerja,” katanya.

“Saya pernah tengok filem ‘Coming Home’, di mana lelaki ini memandu kereta dengan kawalan tangan. Jadi, saya beritahu mereka, saya akan dapatkan sebuah kereta untuk diubah suai dan memandunya ke tempat kerja.”

Walaupun kenderaan sebegitu wujud di Amerika Syarikat,namun masih belum ada sepertinya di Malaysia; sedangkan bas masih belum mempunyai kemudahan untuk kerusi roda.

Bathma menghubungi beberapa syarikat kereta dengan harapan seseorang boleh menjadi “MacGyver” dan mencipta sesuatu yang dapat dipandunya.

Sistem diguna pakai Bathmavathi Krishnan yang hampir tiada perubahan sejak lewat 1970-an

Akhirnya, seorang jurutera bernama Paul David dari Tan Chong Motors menyahut cabaran itu dan membina sebuah sistem yang membolehkan Bathma memandu menggunakan tuas yang dapat dikendalikannya dengan tangan.

Sebuah Datsun 120Y yang dilengkapkan dengan sistem itu menjadi kenderaan pertama seumpamanya di negara ini.

“Kemudian saya perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan. Seorang jurutera datang (untuk melihatnya) dan beliau melihat saya menggunakan kawalan tangan dan isyarat, bagaimana saya melalui bulatan, membuat hentian kecemasan, dan lain-lain.

“Minggu berikutnya, beliau memberitahu saya, ‘tangan kamu akan menjadi letih dan kamu akan membahayakan orang lain di atas jalan.’

“Saya kata kepada beliau,’pemikiran encik sangat tertutup, di tempat lain di dunia kereta sebegini sudah dipandu orang’,” kata Bathma.

Kesal tetapi tidak berputus asa, Bathma berjaya bertemu dengan timbalan menteri pengangkutan ketika itu, Goh Cheng Teik, dan menerangkan keperluannya untuk mendapat kelulusan bagi kenderaan tersebut.

“(Goh) melihatnya, dan beberapa minggu kemudian, (kereta itu) mendapat kelulusan, tetapi terdapat klausa yang menyatakan saya hanya boleh memandu di KL dan PJ, dan hanya boleh mencapai kelajuan 60km/j,” kata Bathma.

Beliau berpendapat bahawa had yang ditetapkan itu tidak masuk akal – tiada banyak perbezaan antara memandu di KL dan di tempat lain di negara ini, maupun dunia.

Walaupun menghadkan kelajuan pemanduannya adalah sepatutnya demi keselamatan di jalan raya, langkah tidak membenarkan beliau memandu lebih daripada 60km/j akan menyusahkan pemandu lain.

Sekatan-sekatan itu akhirnya dihapuskan pada 1983, tetapi penungguan yang begitu lama membuka mata Bathma berhubung cabaran yang bakal dilaluinya.

“Persepsi orang terhadap sesuatu yang baharu memang susah diubah, terutamanya dalam kalangan mereka yang berkuasa.

“Kadang-kadang, kita lihat pegawai pergi ke luar negara dan melaporkan begitu banyak yang berlaku di sana, tetapi mereka tidak sedar benda sama boleh diaplikasi di negara kita,” kata beliau.

Sehingga ke hari ini, Bathma menggunakan sistem yang sama dari dahulu. Walaupun sudah wujud versi baharu di Malaysia yang memudahkan penukaran di antara kenderaan, beliau tidak berasa ada keperluan untuk mengubahnya.

“Mungkin ia ‘kuno’, tapi saya sangat selesa dengannya,” kata beliau.

Bathma tetap komited memperjuangkan isu orang kurang upaya (OKU) dan menjadi presiden persatuan wanita kurang upaya.

Beliau berkhidmat sebagai senator mewakili OKU selama dua penggal apabila dilantik pada 2013.




DAP lindungi rakyat, tawar khidmat guaman percuma


Oleh B. Suffian dan Ghafar NS

DAP akan menawarkan khidmat guaman percuma terhadap individu yang dikenakan denda RM10,000 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu harus berjuang dan terus berjuang untuk melindungi rakyat.

“Saya telah mengumumkan bahawa DAP akan membela rakyat yang menghadapi kenaikan denda yang kejam ini di mahkamah secara percuma.

“DAP Perak telah mengambil langkah pertama untuk membentuk pasukan undang-undang sekurang-kurangnya 12 peguam dan kita akan melakukannya di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Konvensyen Biasa DAP Negeri Perak di Ipoh semalam.

Bermula Khamis lalu, kerajaan mewartakan jumlah kesalahan kompaun terhadap mereka yang melanggar SOP sebanyak RM10,000 berbanding RM1,000 sebelum ini susulan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, tindakan penghukuman tersebut adalah tidak patut apabila rakyat sudah menderita akibat kemelesetan ekonomi.

Beliau mendakwa, menteri mungkin mampu membayar denda seperti itu tetapi adakah mereka akan dikenakan tindakan seperti rakyat biasa.

Dakwanya, tiada sebarang tindakan dilihat terhadap menteri Perikatan Nasional (PN) seperti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Tan Sri Annuar Musa yang melanggar sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Begitu jelas amalan dua darjat apabila rakyat biasa didenda RM10,000 kerana tidak mengimbas kod QR MySejahtera atau pelanggan (Zachary Yeoh) yang tidak memakai pelitup muka semasa sedang makan di restoran.

“Semalam, Menteri dan Timbalan Menteri yang menyambut Perdana Menteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tidak nampak seperti mematuhi SOP. Adakah tindakan akan diambil?” soalnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Biro Bantuan Guaman DAP, Ramkarpal Singh berkata, bantuan guaman akan memberi keutamaan kepada golongan B40.

“Initiatif ini akan dilaksanakan di setiap negeri di mana mereka yang dikenakan penalti tersebut boleh menghubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

“Maklumat lanjut akan diumumkan dalam masa yang terdekat,” katanya.

‘Tangan kanan susahkan rakyat, tangan kiri nak bantu rakyat?’

 


Oleh B. Suffian

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh mempertikaikan tindakan MCA dan Umno menawarkan bantuan guaman kepada individu dikenakan kompaun RM10,000 ekoran pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Hannah berkata, MCA dan Umno berada dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang melaksanakan darurat dan ordinan kompaun RM10,000.

“Apakah kegilaan ini? MCA dan Umno dalam Kerajaan Perikatan Nasional laksanakan darurat dan ordinan kompaun RM10,000 dan sekarang nak bagi bantuan guaman?

“Tangan kanan susahkan rakyat, tangan kiri nak bantu rakyat?” soalnya di Facebook hari ini.

Beliau yang juga mantan timbalan menteri turut mempersoalkan kewajaran pengumuman pelbagai bantuan kebajikan apabila denda dikenakan 10 kali ganda.

“Apa guna umum pelbagai bantuan kebajikan – MyBeras di KL dan bagi beras sini sana serta top up bantuan kebajikan JKM kepada RM1000 tapi denda 10 kali ganda?” soalnya.

Menurut beliau, Kerajaan PN tidak ada pengalaman mentadbir dengan baik sebaliknya ‘umum dulu, kompaun dulu kemudian baru nak perincikan kesalahan.’

“Mengelirukan pegawai penguatkuasa seperti polis dengan SOP mereka kemudian menambah pula beban pegawai kesihatan daerah untuk meneliti rayuan kompaun RM10,000,” katanya.

Hannah berharap rakyat membuka mata melihat ketidakcekapan dan kezaliman PN yang terdiri daripada parti PAS, Bersatu, MCA, UMNO, MIC.

Umno, MCA dan Gerakan dilaporkan tampil menawarkan bantuan khidmat nasihat guaman percuma bagi mereka yang dikenakan denda RM10,000 tersebut.

Dalam pada itu, Adun Pengkalan Kota, Daniel Gooi berpendapat, tindakan MCA dan Gerakan mewujudkan saluran guaman tersebut adalah hipokrit.

Beliau berkata, ini merupakan percubaan untuk melepaskan tanggungjawab mereka sebagai sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan.

“Ingin saya menanyakan kepada MCA dan Gerakan, adakah MCA tidak mempunyai perwakilan di dalam Jemaah Menteri dan Kabinet?

“Adakah Gerakan yang baru sahaja menyertai Perikatan Nasional langsung tidak mempunyai pengaruh terhadap dasar Kerajaan Persekutuan?

“Mengapa mereka perlu mengambil tindakan sebegini sedangkan sebagai sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan, mereka mampu mengatasi masalah ini secara langsung dalam pengubalan dasar?” soalnya. 

'Saya selesai disuntik vaksin, jangan berlengah daftar MySejahtera' - Anwar

 


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai menerima suntikan vaksin Covid 19 di di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur pagi ini.

Beliau menyeru agar rakyat segera mendaftarkan diri untuk menerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera bagi membentuk 80% imunisasi kelompok (herd immunity).

"Saya telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur.

"Terima kasih kepada pasukan petugas perubatan yang diketuai Dr Murugesu Raju atas khidmat serta kerjasama baik yang diberikan sepanjang proses berlangsung.

"Saya menggesa rakyat untuk segera mendaftar melalui aplikasi MySejahtera dan jangan berlengah," katanya dalam catatan di Facebook.

Presiden KEADILAN itu juga menekankan perlunya seramai mungkin rakyat divaksinasi bagi membolehkan sektor ekonomi dan sosial dibuka semula dan memulihkan daya saing negara.

"Saya juga harap rakyat sedar akan kepentingan vaksin dan tingkatkan pembacaan tentangnya. Penting juga untuk kita keluar dari zaman sakit ini dan seterusnya dapat kita membina serta memulihkan ekonomi kita," katanya lagi.

Selain itu, Anwar turut mencadangkan agar proses pendaftaran mengambil vaksin dipermudahkan, memandangkan prosidur sedia ada terlalu rumit dengan borang dan semakan.

 

NGO Bersih cadangkan proses perlantikan jawatan utama kerajaan ditambah baik

 



Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) melancarkan laporan penyelidikan bertajuk "Penambahbaikan Proses Pelantikan Jawatan Utama Kerajaan di Malaysia".



Menurut kenyataan Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, kajian itu dibuat berhubung pelantikan jawatan pegawai tinggi kerajaan seperti Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan pelbagai jawatan utama yang berperanan penting untuk kesejahteraan demokrasi serta kedaulatan negara yang sebelum ini dipertikaikan kriterianya.



Kata BERSIH 2.0, kontroversi sering melingkari Perdana Menteri (PM) yang melantik individu tertentu yang dianggap tidak berasaskan merit atau diragui kemampuannya untuk mentadbir.



"Hal ini kerana besarnya pengaruh Eksekutif, terutamanya PM dalam urusan pelantikan, pembaharuan dan pemecatan pegawai yang memegang jawatan utama dalam kerajaan ini.



"Hal ini mengundang penyalahgunaan kuasa, kronisme dan perlindungan dalam kalangan pegawai berjawatan tinggi yang menyebabkan mereka tidak dapat melaksanakan tugas mereka secara tidak berpihak dan adil.



"Masalah ini turut dihambat oleh ketelusan, akauntabiliti dan penilaian awam yang kian berkurang dalam proses pelantikan sedia ada secara keseluruhannya.



"Maka lahirnya keperluan untuk penambahbaikan proses pelantikan dan pemecatan jawatan utama kerajaan agar ianya lebih telus, berakauntabiliti dan terbuka untuk penilaian awam serta berdasarkan sistem merit," kata kenyataan itu.



Menurut BERSIH 2.0 lagi, kajian berkenaan dibuat berdasarkan perbandingan proses pelantikan jawatan utama kerajaan di United Kingdom, Kanada dan Amerika Syarikat



Sehubungan itu, BERSIH 2.0 mencadangkan kerajaan menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Pelantikan dan Pemecatan Pegawai Jawatan Utama Kerajaan untuk memulakan proses penambahbaikan.



RUU ini harus mengandungi langkah-langkah berikut:



  • Menteri yang berkaitan mesti melantik Panel Penasihat Penilaian yang bebas dan diketuaioleh pertubuhan masyarakat sivil untuk menemubual dan mengesyorkan calon Jawatan Utama Kerajaan.



  • Ini harus dituruti oleh jemputan terbuka kepada rakyat untuk memohon kekosonganjawatan tersebut.



  • Setelah melalui proses pemilihan, Panel Penasihat Penilaian akan mengesyorkan hingga 3calon untuk setiap kosongan kepada Menteri yang berkaitan, mengikut urutan pilihan.



  • Pada tahap ini, Menteri mempunyai dua pilihan: (a) beliau boleh menerima calon tersebutatau (b) beliau boleh merujuk perkara itu kembali ke Panel Penasihat Penilaian (tetapi hanya sekali) untuk pertimbangan semula. Sekiranya Menteri tersebut merujuk kembali dan Panel Penasihat Penilaian bertegas untuk senarai asal, maka Menteri secara undang-undangnya perlu menerima calon-calon tersebut.



  • Menteri perlu mencalonkan individu yang dicadangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen yang berkaitan. JPK akan berbincang bagi mempertimbangkan pencalonan menteri. JPK akan bertindak sebagai lapisan tambahan untuk semak dan imbang proses pelantikan dan penilaian sedemikian (yang sering dilakukan oleh umum) bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti.



  • Jawatankuasa ini boleh (a) mengesahkan pencalonan atau (b) merujuk pencalonan itu kembali kepada Menteri berserta laporan yang menyatakan sebab-sebab pertimbangan semula. Sekiranya (b) dipilih, Menteri boleh mencalonkan calon lain di antara calon yang selebihnya yang diperingkat oleh Panel Penasihat Penilaian kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen. Jawatankuasa ini akan mempunyai pernyataan terakhir mengenai pengesahan pelantikan Jawatan Utama Kerajaan.



  • RUU ini mewajibkan Menteri untuk melantik calon yang berjaya dipersetujui oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Sekiranya Jawatan Utama ini dilantik oleh YDPA berdasarkan undang-undang kita, Menteri akan menasihati YDPA untuk melantik calon yang berjaya.



  • RUU ini juga akan menetapkan seorang Pesuruhjaya untuk Pelantikan dan Pemecatan Jawatan Utama Kerajaan, terutamanya yang ditugaskan untuk mengawasi semua prosedur bagi memastikan semua peraturan tersebut dipatuhi oleh semua Kementerian, Agensi, Menteri, Panel Penasihat Penilaian dan Jawatankuasa Pilihan Parlimen. Pesuruhjaya juga akan mengaudit proses pelantikan dan pemecatan dan menerbitkan laporan kepada masyarakat mengenai audit tersebut, untuk memastikan ketelusan dan pemeriksaan.



  • RUU ini akan mewajibkan Kerajaan untuk membuat satu Kod Pemerintahan untuk membimbing pelantikan Jawatan Utama Kerajaan. Proses pelantikan semestinya merangkumi prinsip-prinsip seperti tidak mementingkan diri sendiri, integriti, jasa, keterbukaan, kepelbagaian, jaminan dan keadilan.



Kajian "Penambahbaikan Proses Pelantikan Jawatan Utama Kerajaan di Malaysia" tersebut dijalankan oleh penyelidik oleh Lim Wei Jiet di bawah naungan BERSIH 2.0

 


Label PAS pelacur: MB Kedah kata strategi Ku Li nak jadi Presiden UMNO

 


Label PAS pelacur: MB Kedah kata strategi Ku Li nak jadi Presiden UMNO


Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah di dakwa berkemungkinan mempunyai agenda peribadi apabila melabel Pas sebagai ‘pelacur’.

Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tidak mustahil Tengku Razaleigh atau Ku Li mahu membina naratif baharu untuk meraih sokongan ahli UMNO menjelang pemilihan parti itu tidak lama lagi.

Menurutnya, kemungkinan juga ia ada kaitan dengan hasrat Tengku Razaleigh untuk bertanding sebagai Presiden UMNO.

“Saya rasa Ku Li hendak bertanding Presiden UMNO. Dia mahu ‘ambil angin’ ahli-ahli UMNO dengan bina satu naratif baharu dalam kalangan ahli parti itu yang hendak sokong dia sebagai Presiden,” katanya selepas melancarkan filem ‘The Puppet Master Trilogy’ di Dewan Seri Mentaloon Isnin malam.

Menteri Besar Kedah itu berkata, bagaimanapun Pas menyifatkan pandangan veteran UMNO itu bukan mewakili parti UMNO secara keseluruhannya.

“Astagfirullahalazim, orang tua-tua yang umur 80-an tak patut cakap bahasa macam itu. Pas tidak kenal ‘pelacur’. Yang kenal adalah yang biasa langgan pelacur,” katanya.

Sebelum ini, Tengku Razaleigh dilaporkan melabel Pas sebagai ‘pelacur’ dan menggesa UMNO untuk menewaskan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Tengku Razaleigh dalam temu bual bersama sebuah portal berita menggelar Pas sebagai ‘pelacur’ kerana sering kali beralih sokongan antara DAP dan Semangat 46, iaitu parti serpihan UMNO yang diterajuinya.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, selaku pemimpin veteran, beliau sepatutnya menasihatkan UMNO bagaimana untuk memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) selain menyuburkan persaudaraan sesama parti.

“Saya rasa pemimpin politik yang meniupkan kebencian dan permusuhan serta beri gelaran negatif kepada parti lain tidak sepatutnya berlaku, patut jadi sejarah lah,” katanya.

Menurutnya, tindakan Tengku Razaleigh itu hanya akan mencetuskan permusuhan dan menggalakkan kebencian.

“Kalau dia mencetuskan perkara yang boleh galakkan permusuhan dan kebencian, saya rasa dia tak layak jadi penasihat,” katanya. 


Kerajaan Melayu Islam bagai singa hilang taring!, kata BERJASA

 


Kerajaan Melayu Islam bagai singa hilang taring!, kata BERJASA


Kerajaan hari ini yang bertunjangkan parti politik Melayu dan Islam, bagaikan ‘singa kehilangan taring’ apabila tidak ramai pemimpinnya lantang bersuara memperjuangkan isu kalimah Allah. 

Yang Di-Pertua (YDP) BERJASA Shah Alam, Ustaz Fahmi Bazlan berkata, apa yang menyedihkan, kerajaan seolah-olah hanya lantang dalam perkara yang memberi ‘political mileage’ (manfaat politik).

“Mereka diam membisu tak kata apa-apa. Bahkan isu kalimah Allah masih dianggap terlalu awal untuk respon. Apa semua ini. Mereka terlalu takut untuk hilang kawan (kuasa) sedangkan hak sahabat (rakyat) itu lebih utama,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Ustaz Fahmi berkata, menurut pemerhatiannya, sejak 2012-2013 suara-suara lantang pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan kini gabungan NGO Islam seperti PEMBELA yang mengangkat isu-isu utama negara melalui kajian dan kerja di lapangan.

Namun, katanya lagi, ia akhirnya diambil kesempatan oleh parti Melayu Islam untuk membentuk kerajaan.

“Dari segi dasarnya memang desakan-desakan yang dibuat adalah untuk menyatukan orang Melayu dan membentuk dominasi Islam dalam kerajaan, tetapi itu semua adalah untuk mendesak kerajaan memerintah dengan bijaksana, tegas dan mempunyai wewenang politik yang mengufuk.

“….agar kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu terus dihormati dan berada di tempat yang sepatutnya,” katanya.

Pun begitu, katanya, apa yang berlaku hari Ini diibaratkan seperti ‘habis madu sepah dibuang’.

“Dapat kuasa hilang agenda dan perjuangan. Kuasa sudah di tangan mengapa masih mengharapkan NGO-NGO untuk menyelamatkan keadaan.

“Saya yakin ini seolah-olah kerajaan tidak mengambil pengajaran, terhadap kuasa mendesak daripada rakyat,” katanya.

Justeru, beliau mewakili BERJASA Shah Alam ingin mengajak masyarakat untuk memahami tanggungjawab kuasa politik bukan sekadar memerintah negara dan menikmati kenikmatan sebagai pucuk pimpinan. 

“Tetapi merekalah harapan terakhir rakyat untuk melihat negara terus berdaulat. Nasib agama dijaga dihormati dan rakyat terus terbela. Kerajaan perlu berjuang dan buat kerja,” katanya. 



Kerjasama UMNO-PKR-DAP adalah propaganda PN, kata Najib

 


Kerjasama UMNO-PKR-DAP adalah propaganda PN, kata Najib


DESAS-DESUS kerjasama Umno dengan PKR dan DAP adalah propaganda kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata bekas presiden Umno Najib Razak.

Propaganda itu bagaimanapun, katanya, “mengarut”. 

Anwar Ibrahim: Sidang Media Ketua Pembangkang

LOMPAT PARTI UMPAMA BUNUH DIRI SENDIRI.


 Bersatu dan PN tanpa keraguan lagi akan tercatat dalam sejarah sebagai parti dan kerajaan yang didalamnya paling banyak dianggotai oleh pelompat serta pengkhianat.

Dalam PRU14 lalu, calon Bersatu yang bertanding atas tiket PH serta menggunakan logo PKR cuma menang 13 kerusi daripada 52 kawasan Parlimen yang ditandinginya.

Sejumlah 16 Ahli Parlimen UMNO dan BN telah melompat menyertai Bersatu kemudiannya.

Daripada PKR pula, seramai 14 Ahli Parlimen parti itu turut melompat menyertai Bersatu secara berperingkat-peringkat.

Dengan jumlah 30 Ahli Parlimen ‘katak’ yang ada dalam Bersatu, sementara Ahli Parlimen asal Bersatu cuma 6 orang saja yang mengikut Muhyiddin Yassin membentuk kerajaan PN, manakala 4 kekal bersama Tun Mahathir Mohamad dan dua lagi iaitu Dr. Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak terikat kepada mana-mana pihak, ini bermakna kedudukan Bersatu lebih didominasi oleh golongan pelompat dan pengkhianat berbanding anggota asalnya

Tetapi, jika diambil kira kedudukan Muhyiddin Yassin sendiri bersama 6 Ahli Parlimen Bersatu yang bersamanya dalam kerajaan PN sekarang adalah juga melompat daripada wadah PH yang memenangkannya pada PRU14 lalu untuk membentuk PN, ertinya semua Ahli Parlimen Bersatu sekarang adalah pelompat dan pengkhianat belaka.

Tidak ada dalam dunia ini pernah wujud sebuah parti yang sehodoh serta sejelik ini kedudukannya dalam membentuk kerajaan dan seterusnya tidak malu pula mengaku mereka kononnya berjuang untuk rakyat dan negara.

Realitinya, semua mereka ini langsung tidak berjuang untuk rakyat dan negara, sebaliknya hanya berjuang untuk tembolok dan perut sendiri semata-mata.

Sebab itu kerajaan PN ini adalah kerajaan paling caca-marba, huru-hara dan tidak stabil serta tiada hala tuju yang jelas ke mana mahu dibawanya negara ini.

Keutamaannya hanyalah untuk kuasa, kuasa dan kuasa sehingga setelah kehilangan majoriti pun, usaha terus dilakukan untuk mempertahankan kuasa, termasuk dengan mencadangkan darurat.

Kemudian itu, walaupun PN adalah kerajaan dengan segala kuasa yang ada dan berjaya membawa pelompat demi pelompat untuk bersamanya, kedudukannya sama sekali tidak bertambah kukuh dan tenang.

Sebaliknya, PN semakin dibelenggu banyak isu yang membuatkan rakyat kian hilang keyakinan terhadapnya.

Rasa tidak stabil dan tidak senang dengan kedudukan sendiri terus menghantui Bersatu dan PN, meskipun mereka boleh berbangga kerana berjaya ‘membeli jiwa’ beberapa Ahli Parlimen untuk mengukuhkan kedudukannya.

Kejayaan membawa masuk lebih ramai pelompat dan pengkhianat sekadar cuma berjaya menangguhkan kejatuhan PN saja, tetapi tidak berupaya memperkasakan kedudukan kerajaan itu sendiri.

Lebih daripada itu, sentimen rakyat dalam menolak pelompat dan pengkhianat ini juga cukup jelas dan ketara sekali.

Rata-rata berkeyakinan pelompat dan pengkhianat ini akan ditolak dalam PRU akan datang dan mereka tidak berupaya mempertahankan kedudukan masing-masing lagi.

Ada laporan mengatakan, kedudukan Muhyiddin di Pagoh sendiri tidak lagi selamat dalam PRU akan datang, kecuali jika UMNO sedia membuat pusingan U untuk bekerjasama semula dengan Bersatu.

Namun, sehingga ini UMNO kekal dan tetap dengan keputusan enggan bekerjasama dan menolak sebarang perundingan lanjut dengan Bersatu.

Lalu, apa terjadi kepada semua pelompat dan pengkhianat ini?

Sebenarnya, tindakan pelompat dan pengkhianat ini menyeberang parti untuk menyertai Bersatu dan menyokong PN, walaupun beroleh jawatan dan kedudukan, ia juga umpama tindakan ‘bunuh diri’ dalam karier politik masing-masing.

Pengkhianatan mereka terhadap mandat yang diberikan rakyat, walaupun pengundi tidak mampu menarik balik undi mereka sebagaimana wakil rakyat terbabit senang-senang menukar kiblat politik untuk melompat dan bersikap khianat, hukumannya pasti menunggu dalam PRU15 akan datang ini. (Shahbudindotcom 16/03/2021)


3 DUTA JUMPA ANWAR DALAM MASA TERDEKAT INI.

Hamzah Rie Na.

‪Dalam masa terdekat ini, tiga duta menemui dan adakan perbincangan dengan Anwar Ibrahim.‬


‪9 Mac 2021: Duta Jerman, Dr. Peter Blomeyer‬

10 ‪Mac 2021: Duta Tanzania, Dr. Ramadhani K. Dau‬

‪15 ️Mac 2021: Duta Netherlands, Aart Jacobi‬


Bakal ada perubahan besar dalam kepimpinan negara tak lama lagi. Doakan semua berjalan lancar. 


‪p/s: Duta Arab mana yang sudah temui Duta Khas PM ke Timur Tengah?‬


ANWAR IBRAHIM PM RAKYAT.



 

HATI DENGAN UMNO

No photo description available.


Muhd Mufiz II


Hati-hati dengan UMNO !! UMNO ni selicik Madey sebab Madey yang tubuhkan UMNO tahun 1988 dulu sebagai kenderaan politik peribadi dia yg licik

UMNO ni di hari pertama lagi dah di gerakkan oleh Madey dengan budaya licik, xde nilai moral dan batas Ugama....apa yg menguntungkan pemimpin UMNO semua ok walaupun xbermoral dan salah di sisi ugama....

Strategi pun strategi juga, kena berhati-hati !! UMNO ni ciptaan Madey...Aku bersama Iswardy Morni, PKR khususnya akan mengulangi perkara yg sama percaya dgn Madey dulu !! Hati-hati dgn musang berbulu ayam dlm PKR yg di tanam oleh Madey dari dulu lagi....

 

ISWARDY MORNI


Aku hanya boleh lihat dari jauh, bagaimana kita akan di khianat lagi...

Jerat tidak pernah lupa pelandok
Tapi pelandok yang lupa kepada jerat...

Ezam Mohd Nor: Gerak 98 Sehari Di Dun Sg Tua Parlimen Gombak

PENGKHIANAT TIDAK AKAN MENANG



Anwar Ibrahim juga mengecam keputusan kerajaan menaikkan kadar denda dari RM1,000 ke RM10,000 kepada mereka yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) terkait Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Ketua Polis Negara juga telah menyatakan bahawa setakat ini seramai 330 individu telah dikenakan denda RM10,000 tersebut kerana didakwa melanggar SOP PKP.




EZAM AKAN HADIR KE BUKIT AMAN JAM 2.30 PETANG

 

Hari ini Pengerusi Gerak98, Sdr Ezam akan hadir ke Bukit Aman. Rakan2 yg berada di sekitar KL dan Selangor, boleh hadir berikan sokongan. Apakah kerana desakan Ezam agar KPN berani untuk menyiasat kes semburit Azmin menyebabkan beliau dipanggil ke Bukit Aman?


2.30 PETANG BUKIT AMAN

ANGKARA FEDUP DENGAN KERAT PN?


May be an image of text that says "F M T HOME NEWS BERITA CARZILLA OPINIO Makin ramai ahli PH sokong langkah Anwar kerjasama dengan Umno Minderjeet Kaur dan Robin Augustin- March 15, 2021 7:40 PM 574 Shares f Pemimpin Umno, PKR dan DAP berkata, suara akar umbi mahu mereka bekerjasama untuk membentuk kerajaan."


TIDAK menghairankan jika akar umbi pelbagai parti dlm PH menyokong usaha Politik Konsolidasi dibawa DSAI bg merundingkan kerjasama UMNO-PKR.

Akar umbi UMNO pun sdg marah dgn MP2 UMNO dan semakin fedup dgn KERA j PN. Ramai berpendpt perlu kerjasama walau dgn DSAI dan PKR sekalipun bg menyelamatkan negara.

Yg membenci usaha ini hanyalah PANjilat2 SAKATua. Mereka ini akan ditolak oleh akar umbi dan hanya disokong oleh anai2 PANtuk makhluk perosak shj.

Perkembangan ini merupakan isyarat kpd #K3 PANDAP jgn berlawan arus dan terus menjilat pungkoq SAKATua.

Nak lawan DSAI dan penyokong akar umbi PH? Silakan. PRU15 mungkin semakin hampir. Tau lah untung nasib PANKHIANAT. Insya Allah.

- Zus Din

16 March 2021

****************

Makin ramai ahli PH sokong langkah Anwar kerjasama dengan Umno

PETALING JAYA: Akar umbi parti komponen Pakatan Harapan (PH) menyokong usaha menjalin kerjasama blok pembangkang itu dengan Umno sebelum atau selepas pilihan raya umum, malah mendesak pemimpin parti masing-masing untuk melakukannya.

Sumber DAP mendedahkan, kebanyakan ahli parti itu menyambut baik perbincangan awal PKR dan Umno, malah mahu kerjasama itu diperluaskan kepada PH bagi membolehkan pembentukan kerajaan majoriti.

Malah, kebanyakan pemimpin negeri yang menyokong idea itu dijangka memenangi pemilihan parti yang sedang berlangsung ketika ini.

“Kami meramalkan semua pemimpin DAP yang menyokong kerjasama dengan Umno dan PKR akan menang pemilihan parti,” katanya kepada FMT.

“Inilah apa yang akar umbi rasakan ketika ini.”

Sementara itu, sumber PKR berkata rata-rata Ahli Parlimen setala dengan pandangan masyarakat yang mahu semua parti politik ketepikan perbezaan dan berganding bahu.

“Banyak Ahli Parlimen daripada pelbagai parti merasakan perlu bersatu untuk menentang pentadbiran yang semakin keterlaluan,” kata sumber itu yang juga seorang Ahli Parlimen.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Rahman Dahlan, berkata parti Melayu itu dan Barisan Nasional terbuka kepada idea kerjasama dengan mana-mana pihak.

“Sudah tentu (kerjasama itu) tertakluk kepada parti lain harus terima wawasan Umno dan tidak menjejaskan kepentingan kami,” katanya.

Bagaimanapun, Rahman berkata sebarang kerjasama Umno dengan parti lain mungkin berlaku hanya selepas pilihan raya.

“Zaman bekerjasama sebelum pilihan raya sudah berlalu. Sebarang kerjasama mungkin berlaku selepas pilihan raya, seperti mana di negara lain,” katanya.

Rahman percaya Umno dan BN akan muncul sebagai gabungan dengan kerusi terbanyak selepas PRU15.

“Kita tengoklah apa akan jadi selepas itu.”

Namun, beliau berkata sebagai parti yang besar, Umno harus terbuka untuk berbincang dengan parti lain.

“Kita ada daya penarik. Tiada orang mahu bercakap dengan kamu kalau kamu lemah,” katanya.

Seorang lagi pemimpin Umno berkata idea kerjasama dengan PKR mula dilontar pada hujung tahun lalu, tetapi ia “dibincangkan secara serius sebulan lepas.”

“Ya memang ada beberapa perbincangan sedang berjalan tapi belum ada keputusan muktamad,” kata sumber itu kepada FMT.

Sumber berkata kerjasama Umno-PH itu berupaya membuahkan sokongan majoriti Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

“Perbincangan semakin rancak,” katanya.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam temubual dengan Utusan Malaysia mengesahkan beberapa pertemuan tidak rasmi diadakan dengan pemimpin Umno, dengan hasrat “untuk membentuk kerajaan baharu”.

Anwar berkata, hasilnya “positif” namun menegaskan sebarang kerjasama bergantung kepada kesanggupan parti Melayu itu untuk menjalin kerjasama berteraskan “idealisme.