APA PUNYA PARTI...KRITIK SIKIT KENA BUANG....


 

PASSPORT DIBATAL.


 

PASSPORT MENANTU MUHYIDDIN DIBATAL.


 

PUAS DOK FITNAH MACAM MACAM..ORANG MURTAD JANGAN PERCAYA..LANTAK KO LA....



Ko ada kelulusan apa sampai dilantik gitu dalam parti ko.kah KAH KAH...

Kena BUANG polis..sama la sekoq lagi...dok melalak pagi petang siang malam pun sama gak bekas polis kena BUANG.





 #ICYMI Ketua Biro Penyelidikan dan Analisis Data Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Mohamad Shafiq Abdul Halim melepaskan jawatan yang disandangnya berkuat kuasa serta-merta pada Jumaat.


Artikel penuh: https://www.sinarharian.com.my/article/753947/berita/politik/ketua-biro-penerangan-bersatu-selangor-letak-jawatan-serta-merta



MAHATHIR TERPERANGKAP DALAM SAKSIAN SENDIRI



Dalam prosiding di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Oktober 2025, Mahathir mengakui tiada sebarang pindaan Perlembagaan atau dasar kerajaan dibuat oleh pentadbiran Anwar yang menjejaskan hak Melayu — satu pengakuan yang melemahkan dakwaan asal beliau bahawa Anwar “menghapuskan kuasa politik Melayu”.


Beliau turut mengeluh bahawa proses kes terlalu panjang, malah menyebut kemungkinan beliau “mati sebelum kes ini selesai”. Mahkamah kemudiannya menangguhkan sesi soal balas ke 29 Oktober. Sepanjang perbicaraan, Mahathir juga kelihatan terganggu dengan soalan-soalan berkaitan watak dan kredibilitinya yang dikemukakan oleh peguam Anwar, menegaskan ia “menyimpang dari isu sebenar”.


Namun, pengakuannya bahawa tiada bukti dasar kerajaan Madani menjejaskan kedudukan Melayu memberi kelebihan besar kepada pihak defendan. Kini, perhatian tertumpu kepada sama ada bekas Perdana Menteri dua kali itu mampu mempertahankan dakwaannya — atau terpaksa menelan hakikat bahawa kenyataannya sendiri telah mematahkan naratif politik yang beliau cipta.




MAHATHIR MASUK PERANGKAP


 

MALAYSIA DAN BRAZIL CAPAI KATA SEPAKAT


 Malaysia berbesar hati dan berbangga tatkala menerima kunjungan rasmi sahabat saya Presiden Lula dan isteri dari Brazil hari ini. Beliau adalah pemimpin dan tokoh yang kental memperjuangkan nasib dan maruah kaum pekerja, lantang dalam keadilan sosial serta tegas menggugah prinsip kemanusiaan di pentas dunia, termasuk kezaliman di Gaza dan perjuangan melindungi bumi dan khazanahnya daripada kemelut dan bencana iklim. 














Dalam pertemuan hari ini, kami mengangkat tingkat kerjasama di pelbagai bidang yang dekat dengan kedua-dua negara, yakni perdagangan dan pelaburan, sektor tenaga, teknologi makanan, keterjaminan makanan, pendidikan dan budaya, serta teknologi tinggi dan semikonduktor. Malaysia menzahirkan penghargaan setulusnya kepada Brazil atas dukungan yang diberikan kepada Petronas dan Yinson serta peluang yang dihamparkan bagi memperluas kerjasama dalam teknologi pertanian dan industri makanan. 


Dalam sidang media bersama, saya turut berkongsi bahawa pemikiran saya turut dipengaruhi seorang tokoh ilmuwan Brazil yakni Dr. Ezraily Vargas yang pernah membimbing saya ketika muda, apatah lagi kini dalam usaha menterjemah serta mengolah dasar penyelidikan negara. Beliau menanam keyakinan bahawa kemajuan sesebuah negara itu mesti berpaksi dan bertunjangkan ilmu, penyelidikan yang ‘rigorous’ dan inovasi yang menepati semangat zaman (zeitgeist). 


Justeru, mesti ditegaskan betapa kunjungan Presiden Luiz Inácio Lula da Silva selain menepati tuntutan diplomatik dan protokol kenegaraan, ia berakar pada nilai bersama (shared values) iaitu, kemanusiaan, keadilan dan harapan untuk dunia yang lebih bermaruah. Lantas, Malaysia dan Brazil berjanji untuk berjalan sederap merapatkan Asia Tenggara dan Amerika Latin sebagai satu ketumbukan perjuangan menjelma kemakmuran dan kemuliaan insan. 




DEBAT EKONOMI







DASAR....TAK PAKAI OTAK


 

PATUT ALOQ SETAQ SERABUT SEMACAM. MP TAK PEENAH TUNJUK MUKA.


 

INI PERANGAI WALAUN. SANUSI DOK MAKI KEPALA BAPAK HANG.


 

TAKIYUDDIN KELUAR MALAM

 

Ustz Al Asri



Taki sanggup keluar malam sebab nak ceritakan kes APmm  serang Masjid Rusilla pada Rina.


Bagus MP PAS ni.








KECEK UMNO UNTUK KHIANATI ANWAR








Beberapa NGO berteraskan kaum dan agama telah mengadakan kunjungan ke Ibu Pejabat Umno dan berjumpa dengan Setiausaha Agong Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Maksud kunjungan itu adalah untuk memberi semangat dan cadangan kepada Umno agar memperkuatkan kedudukan kuasa politik Melayu.


Salah satu cadangan dikatakan untuk menghidupkan semula Maufakat Nasional (MN) kerjasama politik di antara Umno dengan Pas. Nampaknya Asyraf merai kunjungan itu dengan ramah dan berhemah.


Saya kongsikan sekeping gambar pertemuan berkenaan, dan tidak berniat untuk menyebut nama NGO berkenaan satu persatu. Tetapi kalau melihat kepada wajah wajah tertera ada antara wajah itu sudah familiar adalah orang yang mengkritik dan menentang kerajaan Madani hari ini.


Apakah kunjungan Ngo berkenaan untuk mengajak Umno khianati Anwar? 


Dari sisi lain apabila mentafsirkan pertemuan ini, ia menunjukkan NGO ini masih ikhtiraf akan kekeramatan Umno, yang bagi setengah orang telah menganggap parti Umno ini sudah lemah, laih dan pupus. Apabila ia dikunjungi dan menjadi harapan NGO berorentasikan kaum itu, jelas menunjukkan Umno masih ada pamor dan keramat dan maunahnya. 


Secara tidak langsung mereka tidak percaya kepada keupayaan Bersatu dan Pas bagi memperkasakan Melayu. Pertemuan NGO itu juga boleh memberikan kesedaran baik kepada Pas maupun Bersatu akan kelemahan dan ketudak upahaan mereka.


Apakah percubaan NGO ini untuk mengecek Umno meninggalkan Anwar Ibrahim berjaya atau tidak sama sama kita tunggu. Cuma bagi saya keperkasaan Umno sukar untuk dibentuk kembali ke asalnya selagi serpihannya bernama Bersatu masih mengasingkan diri. Dan Umno tetap setia kepada Anwar selagi ia dipimpin oleh Dr Ahmad Zahid Hamidi. Trims.




MENERIMA MEMORENDUM

 


Usai menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah di Surau Al Quddus, PPAM Saderi, Presint 16, Putrajaya, saya menerima memorandum daripada gabungan 16 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin.







Memorandum tersebut menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian dan langkah Kerajaan dalam memanfaatkan peluang kerjasama ASEAN–Amerika Syarikat (AS) sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang bakal berlangsung hujung minggu ini.


Ia juga menzahirkan sokongan agar Malaysia terus menegaskan peranannya sebagai pusat keamanan dan dialog serantau, di samping menyeru supaya suara rakyat Malaysia disampaikan dengan jelas dan menolak sebarang dasar yang terus menzalimi warga Gaza.


Saya menghargai keprihatinan dan semangat solidariti yang dizahirkan oleh pelbagai pihak, selaras dengan pendirian tegas Malaysia dalam mempertahankan keadilan dan kemanusiaan di peringkat global.


#MalaysiaMADANI

#RancakkanMADANI

#MADANIBekerja




NIH SEKOQ LAGI... CAKAP TAK PERNAH BETUL. WOIII ORANG KEDAH.. HANGPA TAK CELIK CELIK LAGI KA.


 

LANGKAH KERAJAAN KAWALAN PENYELUDUPAN


 

KERAJAAN PERUNTUKKAN JUMLAH BESAR HALANG PENYELUDUPAN


 

KERAJAAN LEMAH JIKA PERSEPSI FITNAH BERTERUSAN.

 


1. JAKIM @ Kerajaan Persekutuan tidak ada kuasa untuk menutup pondok atau pusat pengajian agama yang tidak berdaftar kerana ianya di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. 







2. Kuasa mendaftar, mengawal, menutup atau apa apa perkara berkaitan pondok, pusat tahfiz atau sekolah sekolah agama adalah kuasa kerajaan negeri, bukan bawah bidangkuasa kerajaan pusat @ Menteri Agama.


3. Setakat pengetahuan ambo, tidak ada pondok atau sekolah agama/Arab yang ditutup kerana tidak berdaftar. Kalau pun ada yang ditutup ialah kerana masalah pengurusan atau ada kaitan dengan ajaran salah.



MENJAWAB ROH ROH ROH NEH NEH NEH

 


KENAPA MASJID RUSILA? JAWAPAN BALAS TULISAN Syahir Sulaiman, Ahli Parlimen Bachok.



Profesionalisme itu sudah APMM amalkan, malah yang menjaga Keselamatan 59,941km persegi laut Terengganu adalah tangungjawab mereka bagi pastikan perairan Malaysia selamat daripada lanun, penjenayah dan ancaman luar. Asbab usaha keras Wira Negara APMM dan Tentera Laut lah TG Hadi Awang, Ahli Parlimen Marang selamat memancing ikan.


1. Tarikh dan Kronologi Sebenar


Latihan taktikal APMM berlangsung 19 September 2025, diluluskan lebih awal sebagai sebahagian modul “SERE – Survival, Evasion, Resistance and Escape” yang wajib dijalankan oleh pasukan keselamatan negara.


Laporan lengkap dikemuka kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 29 September 2025 bagi tujuan pengesahan dan semakan operasi.


▪️Tiada operasi pengintipan, tiada penyamaran terhadap mana-mana pemimpin, termasuk Haji Hadi Awang.


▪️Ia bukan misi politik, sebaliknya latihan keselamatan sebenar bagi menguji kesiapsiagaan pegawai maritim menghadapi situasi darurat di kawasan awam.


2. Penjelasan Rasmi Ketua Pengarah APMM


Ketua Pengarah APMM menegaskan bahawa:


“Latihan yang dijalankan adalah sebahagian daripada silibus modul Survival, Evasion, Resistance and Escape (SERE) oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team). Masjid berkenaan hanya menjadi tempat beriktikaf dan berehat selepas solat Asar, sebelum mereka menerima tugasan seterusnya. Tiada sebarang gangguan terhadap jemaah atau aktiviti keagamaan berlaku, dan pihak masjid telah dimaklumkan lebih awal mengenai kehadiran para pelatih.”


Segala gerakan direkodkan, disahkan selamat, dan tiada sebarang provokasi atau kerosakan berlaku.


3. Jawapan Dato’ Seri Saifuddin Nasution


Menteri Dalam Negeri menegaskan dalam kenyataan rasmi:


“Isu ini telah dijernihkan di peringkat tertinggi, termasuk penjelasan kepada Haji Hadi sendiri.

Polis meneliti, dan tiada pelanggaran undang-undang dikesan. APMM telah memaklumkan kepada pihak polis lebih awal kerana sifat operasi melibatkan penyamaran taktikal. Ini latihan sah, bukan operasi terhadap mana-mana individu.”


Beliau juga menyatakan bahawa mana-mana pihak yang cuba menunggang isu keselamatan demi politik sedang menjejaskan maruah institusi keselamatan negara.


4. Mengenai Rakaman CCTV dan Naratif Syahir


Gambar “tiga individu berlari keluar” atau “kereta perak di depan rumah MP Marang” adalah naratif dimanipulasi — rakamannya diambil luar konteks masa, dan tidak menunjukkan sebarang unsur ancaman.


Latihan “escape and evasion” memang mensyaratkan peserta menyelinap keluar dari kawasan awam tanpa disedari, untuk diuji aspek keselamatan dan tindak balas.


Jika benar berlaku “pencerobohan ruang wanita”, pasti laporan polis telah dibuat oleh pengurusan masjid — namun tiada laporan diterima. Justeru tuduhan itu hanyalah andaian politik, bukan fakta siasatan.


5. Mengapa Masjid Rusila?


Masjid Rusila bukan “sasaran” tetapi terletak di kawasan terbuka pantai Marang, sesuai dengan latihan maritim pantai. Ia sebahagian zon simulasi darat bagi anggota yang baru menamatkan kursus penyeludupan dan penyelamatan pantai.


Tiada motif lain, tiada musuh, tiada pelarian. Yang ada cuma tanggungjawab menjaga keamanan – biar di laut, di darat, atau di segenap penjuru tanah air.


6. Kesimpulan: “Profesionalisme Itu Amalan Kami, Bukan Slogan”


Syahir menulis “Be professional, Sir”.


APMM sememangnya Profesional.


Yang belum profesional ialah PEMBANGKANG/ AHLI PARLIMEN PAS yang mengfitnah Penjawat Awam APMM menceroboh, membawa senjata, memakai kasut dan menyerbu Masjid Rusila seperti peristiwa Mamali.


Ia jelas tidak bertamadun hingga menimbulkan syak terhadap keupayaan pasukan keselamatan APMM!


Masjid ialah tempat ibadah dan perpaduan, tumpang solat Asar je pun, bukan pentas propaganda menakut-nakutkan rakyat terhadap agensi kerajaan sendiri.


Kami kekal berpendirian:


▪️Latihan APMM sah di sisi undang-undang.


▪️Tiada unsur politik, fitnah, atau ancaman.


▪️Semua institusi keselamatan beroperasi secara bebas, profesional, dan berkoordinasi dengan PDRM.


Kita tidak gentar pada tuduhan, kita perang habis-habisan terhadap fitnah Pembangkang!


– Syam Ghaz


https://www.facebook.com/share/p/1CWUDjQ2dK/?mibextid=wwXIfr




HADI PUN TAK BOLEH GITU MASA JADI DUTA TIMUR TENGAH


Ustaz Al Asri

 

Pmx dasyatkan  ? dapat himpunkan pemimpin Dunia kat Malaysia


Ya, betul tu — memang dasyat dan jarang berlaku bila ramai pemimpin dunia berkumpul di Malaysia dalam satu masa. Kalau merujuk pada PMX (Dato’ Seri Anwar Ibrahim), beliau memang aktif gunakan diplomasi antarabangsa untuk angkat imej Malaysia di pentas global.


Beberapa sebab kenapa ramai pemimpin dunia sanggup datang:


1. 🇲🇾 Peranan Malaysia semakin menonjol semula — Malaysia dilihat sebagai suara sederhana dan berprinsip, terutama dalam isu Palestin, dunia Islam, dan keadilan global.


2. 🤝 Hubungan baik dengan pelbagai blok kuasa — PMX berjaya kekalkan hubungan baik dengan Barat, China, dunia Islam, dan ASEAN tanpa berpihak sepenuhnya.


3. 🌍 Kepimpinan karismatik dan reputasi lama PMX — ramai pemimpin menghormati pengalaman beliau sejak zaman Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dulu.


4. 💼 Pelaburan dan ekonomi hijau / digital — Malaysia kini jadi tumpuan pelabur dari AS, China, Timur Tengah, Jepun, dan Eropah.


Kalau ikut pemerhatian semasa, himpunan pemimpin dunia di Malaysia menunjukkan pengiktirafan antarabangsa terhadap kepimpinan PMX.


Nak saya senaraikan pemimpin atau negara mana yang terbaru datang atau dijemput ke Malaysia bawah pentadbiran PMX?



PENJUALAN BATTERSEA, LONDON? BIAR BETUL, BACA TULISAN SAYA Jawab Eric See-To - Lim Sian See


Syam Ghaz









1. Pertama skali pembelian Battersea tahun 2012 pada harga £400 juta ≈ RM 1.96 bilion (kadar 4.9 RM/£) dan penstrukturan semula 2018 adalah untuk membangunkan projek campuran (kediaman, pejabat dan komersial) bagi menjenamakan semula Battersea Waterfront dan memang untuk DIJUAL SEMULA bagi pulangan kepada pelaburan.


2. Sebab itulah pada tahun 2012, Sime Darby Property, S P Setia dan KWSP membeli tapak Battersea Power Station daripada Britain. 


3. Tapak seluas 42 ekar ini adalah BEKAS LOJI ARANG BATU kosong sejak 30 tahun dan tiada penyewa. 


4. Tahun 2018 baru bermula pembangunan semula bangunan utama (Power Station) selepas diambil alih oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan KWSP pada nilai £1.583 bilion ≈ RM8.4 bilion untuk membiayai fasa pembangunan baharu.


5. Ini pemindahan dalaman sesama dana Malaysia, bukan penjualan kepada pihak asing. PNB & KWSP kekal sebagai pemilik jangka panjang aset komersial utama projek.


6. Tahun 2022 – pembangunan semula siap dan dirasmikan oleh YDPA ke 16. Ia menempatkan Apple UK Headquarters (±46,000 m²), butik antarabangsa (Zara, Uniqlo, Hugo Boss, Nike), restoran & apartmen mewah.


7. Battersea kini antara destinasi paling menonjol (ikon Grade II* + HQ Apple + tarikan pelancongan), tetapi London juga ada The Shard, Canary Wharf/One Canada Square, 22 Bishopsgate — jadi “paling terkenal” ialah subjektif


8. Bila Anwar Ibrahim jadi PMX, Kerajaan lantik BNP Paribas iaitu sebuah bank pelaburan terbesar di Kesatuan Eropah dan antara 10 bank terkuat dunia, berpangkalan di Paris, Perancis sebagai penasihat pelaburan strategik.


9. BNP Paribas diiktiraf oleh Financial Times dan Global Finance Magazine sebagai antara bank paling stabil di dunia


10. Perlantikan BNP Paribas sebagai penasihat pelaburan strategik bermakna:


i. Proses penilaian dan jualan dilakukan mengikut piawaian global, bukan keputusan politik.


ii. Aset Malaysia diurus dengan tahap kredibiliti antarabangsa, memberi keyakinan kepada pelabur London & Eropah.


iii. BNP Paribas mempunyai rekod urus niaga besar UK, termasuk Canary Wharf Group, HSBC Tower Sale 2022, dan projek runcit Westfield London.


11. BNP Paribas bukan broker kecil; ia bank gergasi Eropah yang mengurus urus niaga kerajaan dan dana berdaulat dunia.


12. Bila PNB & KWSP lantik BNP Paribas, itu bukti Malaysia mengurus asetnya dengan standard global — bukan jual buta, tapi melalui proses pelaburan yang diaudit, profesional dan berkelas dunia


13. Fakta jelas: Malaysia beli tapak terbiar RM 2 bilion (2012); nilai kini RM 9 bilion (2025).


14. PNB & KWSP tidak ‘jual negara’, mereka sekadar menilai pasaran untuk memaksimumkan pulangan pelaburan.


15. Jika dijual dengan harga tepat — Malaysia untung besar. 


16. Jika kekal — dividen berterusan kepada rakyat.

Inilah pengurusan aset profesional yang Anwar terus perkemas — berkira, bukan beremosi.


Jalan terus PMX! 


Syam Ghaz





Hanya PNakut, PNgecut dan PNbelot saja suruh anak menantu dan peguam peribadi sembunyi di luar negara


Omar Mat Noor







Menantu Muhyiddin dikatakan hidup mewah di Asia Barat


October 23, 2025 @ 8:18am


Putrajaya: Ahli perniagaan yang menjadi buruan, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, yang melarikan diri lebih dua tahun lalu, dipercayai kini menjalani kehidupan mewah di sebuah negara Asia Barat.


Adlan, yang juga menantu kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dikehendaki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menghadapi pertuduhan pecah amanah.


Beberapa gambar yang dikongsi kepada New Straits Times menunjukkan Adlan bersama beberapa kenamaan dari Asia Barat. Dalam salah satu gambar itu, kelihatan potret seorang pemimpin negara berkenaan.


Sumber memberitahu NST bahawa Adlan kerap keluar masuk negara berkenaan untuk perjalanan ke luar negara, termasuk ke Thailand bagi bermain golf dan mengunjungi lapang sasar menembak.


Difahamkan, keluarganya turut berada bersamanya, namun NST tidak dapat mengesahkan maklumat itu.


Adlan di negara tiada perjanjian ekstradisi


Sebelum ini, SPRM memaklumkan bahawa Adlan dipercayai tinggal di sebuah negara yang tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia.


Adlan, 49, meninggalkan negara ini menuju ke New Zealand pada 17 Mei 2023, tidak lama selepas bapa mentuanya didakwa atas beberapa pertuduhan rasuah.


Peguamnya, Mansoor Saat, 70, turut melarikan diri. Beliau meninggalkan negara ini menuju ke Jakarta, empat hari selepas Adlan dan sejak itu tidak kembali.


Mansoor juga berdepan tuduhan pecah amanah yang berkaitan dengan projek National Enforcement and Registration (Biometrics) System (NERS), yang dibiayai melalui kemudahan sukuk bernilai RM595 juta.


Projek NERS bertujuan meningkatkan keselamatan negara melalui pengumpulan data biometrik. Namun, siasatan mendapati hampir RM50 juta hasil kutipan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) - yang sepatutnya digunakan untuk pembayaran balik sukuk - diselewengkan.


Siasatan SPRM mengenal pasti Adlan dan Mansoor sebagai individu yang dipercayai terbabit dalam kes itu, yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.


Kedua-duanya sebelum ini mengeluarkan kenyataan melalui peguam masing-masing menafikan bahawa mereka melarikan diri bagi mengelak pendakwaan.


Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, siasatan terhadap kes itu bermula pada 13 Mac 2023 selepas laporan rasmi diterima.


Sementara itu, peguam peribadi Mahyuddin Mansoor sebelum ini mendakwa SPRM mengetahui lokasinya dan beliau memberi jaminan untuk pulang selepas menyelesaikan urusan perniagaan.


Mansoor, yang juga pemegang saham dan pengarah NERS Sdn Bhd berkata, SPRM memintanya membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pegawai kerajaan berhubung perubahan akaun penerima hasil konsesi daripada Kementerian Dalam Negeri kepada akaun operasi syarikat.


Selepas semua usaha membawa pulang Adlan dan Mansoor gagal, SPRM memaklumkan bahawa mereka bersetuju dengan cadangan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendakwa kedua-duanya secara in absentia (tanpa kehadiran).


Pada 16 Oktober lalu, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, siasatan terhadap Adlan selesai dan arahan untuk pendakwaan dikeluarkan.


Khusairi berkata, SPRM akan menyokong sepenuhnya keputusan AGC untuk meneruskan pertuduhan terhadap Adlan dan Mansoor secara in absentia.


SOP MASUK SEJID...PAS AKAN PERKENALKAN NANTI.



Pandangan Bekas Komando kepada Dato Takiyuddin Haji Hassan.





 


BALIK LAH MENANTU MUHYIDDIN. TAKUT APA ?

 


Jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil meminta agar Muhammad Adlan Berhan yang sedang melarikan diri, kembali ke Malaysia dan membersihkan namanya.






Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian apabila ditanya sama ada mesyuarat Kabinet pada Jumaat ada membincangkan isu menantu bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, yang dilaporkan tinggal di sebuah negara Asia Barat.


"Isu itu tak perlu bincangkan pun. Balik sajalah. Kenapa nak larikan diri, melainkan takut. Jadi balik dan berdepan dengan (prosiding) mahkamah, bersihkan nama anda," katanya.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com

#AWANInews



WAJIB BACA- KISAH PENGKHIANATAN...


Safwan  Mohamad


Dahulu...






Muhyidin adalah Timbalan Presiden UMNO... Ketika itu Najib Razak sebagai Presiden. Dalam satu program, dia cakap secara terang-terangan supaya Presiden ditukar, kerana kes 1MDB. Pengkhianatan bermula di sini....


Akhirnya dia dipecat daripada UMNO...


Muhyidin diambil pula oleh Tun M untuk buka parti baru... maka Presiden dinamakan Muhyidin dan Tun M dinamakan sebagai Pengerusi....


Tun M perlukan Anwar untuk tumbangkan BN ketika itu. Maka buat pertama kali, dia pergi ke mahkamah ikuti perbicaraan Anwar. Sempatlah bertanya khabar... 


Kemudian, mereka bawa masuk Hamzah. Kata Hamzah, yang call dia adalah Tun Daim, bagi pihak Tun M, pujuk dia join PPBM. Tugas Hamzah adalah untuk tarik MP2 UMNO ketika itu untuk khianati UMNO. Pengkhianatan pertama...


Hamzah kata, boleh... Tapi syaratnya, Anwar tak boleh jadi PM. Jadi mereka pun rancang supaya Anwar tak jadi PM...


Mereka buat Himpunan Maruah Melayu. Mereka nak bagi orang Melayu takutkan DAP. Mereka berjaya....


Next move, adalah Langkah Sheraton...

Mereka ajak Azmin untuk khianati Anwar. Akhirnya geng MP KEADILAN pun keluar parti... Pengkhianatan kedua...


Mereka berkumpul di Hotel Sheraton. Mereka lupa, dulu PAS juga pernah khianati PR dengan menghantar calon mereka bagi bertanding di beberapa kerusi PKR atau DAP... Pengkhianatan ketiga


So berhimpunlah kumpulan itu dengan latar belakang yang hampir sama...


Tun M letak jawatan. Alasannya adalah kerana dia tidak mendapat sokongan majoriti MP. Tapi dia tidak berbincang pun dengan PH. Pengkhianatan keempat...


Selepas dia letak jawatan, dia kata MP2 tiba2 setuju pula dia jadi PM semula. Dia kata dia setuju, tapi dia sendiri yang akan tentukan semua lantikan kabinet, bukan daripada parti... Parti-parti tak setuju lah... Pengkhianatan kelima...


Akhinya, Hamzah mencadangkan kepada Tun M supaya lantik Muhyidin sebagai PM. Tun M terkejut... Tapi dia nak cover, dia kata, kalau majoriti MP setuju, oklah... Tun M pula dikhianati oleh Hamzah dan Muhyidin... Pengkhianatan keenam...


Hamzah gerakkan operator dia, akhirnya Muhyidin dapat cukup jumlah SD... Lalu dia pun secure seat PM... Sebagai balasan atas "kesetiaan" Hamzah, dia dilantik menjadi SUA...


Azmin pula menagih ghanimah miliknya. Dikatakan dia mula rapat dengan Muhyidin. Maka Muhyidin dikatakan mencadangkan Azmin sebagai TPM ketika Ismail Sabri jadi PM. Pengkhianatan ketujuh...


Team Hamzah tak puas hati. Mereka akhirnya merancang untuk menjatuhkan Muhyidin dan menggantikannya dengan Hamzah. Maka semasa pemilihan yang lalu, mereka menyusun... Pengkhianatan kelapan...


Azmin dikatakan telah dicadangkan untuk bertanding Timbalan Presiden... Tapi Hamzah mahu. Disebabkan Hamzah lebih senior di dalam parti, maka Azmin berikan laluan... Syaratnya, lantik dia sebagai SUA...


Team Hamzah nak jatuhkan Muhyidin, tanpa mereka sedar, Azmin ada di situ... Belum sempat buat apa-apa, pekung mereka terdedah... Azmin sebagai SUA block semua usul pelik-pelik... 


JK Disiplin pun memanggil mereka yang terlibat... Dikatakan semua kena, termasuk Hamzah...


Sekarang, game masih belum habis...


Antara khianat atau dikhianati, yang manakah pilihan anda?


Mampos lagi bagus...(Wrlr)..



DARI DULU SAMPAI SEKARANG MODAL PAS MAIN ISU PERKAUMAN...ORANG CERDIK WALAUN JA KIOK LAGI..GAK MENANG KALAU MAIN ISU PERKAUMAN.


 

PAS ANGGAP DIA HERO...DIA NI BUKAN CERDIK MANA PUN...TIAP KALI TANYA KENA HENTAM.


 

KESIAN HANG..KAH KAH KAH..MELINGKUP DOK KATA DAN FITNAH...KIOK.